hotel di johor bahru

23 Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Yang Dekat Dengan Tempat Menarik

Apabila bercakap tentang percutian di Johor, sudah pasti ramai yang mencari-cari hotel di Johor Bahru yang mesra keluarga, murah dan dekat dengan tempat-tempat menarik seperti Legoland, Hello Kitty Town, Johor Premium Outlet, Danga Bay, bandar JB malahan Singapura.

Pilihan BEST Hotel di Johor Bahru (Senarai Ringkas)

Hotel Taman Tema Menarik dan Unik: Legoland Hotel, “Jika anda mahukan pengalaman yang unik dan menarik, hotel ini ada jawapannya. Terletak di taman tema Legoland, hotel ini menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan kepada tetamu”

Hotel Keluarga Termurah: Tune Hotel Danga Bay, “Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah untuk keluarga di Johor Bahru tetapi yang perkhidmatan yang diberikan amat bagus dan memuaskan. Ia juga terletak berhampiran dengan Taman Tema Angry Bird”

Hotel Bertema yang Menyeronokkan: Hotel Jen Puteri Harbour, ” Hotel ini menawarkan bilik keluarga yang bertemakan kartun-kartun menarik seperti Hello Kitty yang pastinya menjadi tarikan terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.”

Hotel Butik Keluarga yang Selesa: Potpourri Boutique Hotel“Hotel butik yang comel ini amat sesuai untuk keluarga dengan kanak-kanak kecil. Bilik tetamu yang ditawarkan wangi dan lengkap dengan segala kemudahan asas yang diperlukan”

Hotel 5 Bintang yang Terbaik untuk Keluarga:  DoubleTree by Hilton Johor Bahru“Hotel ini menawarkan perkhidmatandan fasiliti 5 bintang kepada tetamu yang menetap di sini”

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui 23 hotel di Johor Bahru yang sesuai untuk percutian keluarga anda. Ada di antara hotel-hotel ini yang mempunyai kolam renang, bilik yang luas untuk anak-anak, harga berpatutan, dan berdekatan dengan tempat menarik di Johor – jom kita lihat!

1. Legoland Hotel

Legoland Malaysia Hotel Johor Bahru

Sudah pasti, antara hotel terbaik yang terletak berdekatan dengan taman tema yang popular di JB, Legoland, adalah Legoland Hotel. Ia terletak betul-betul di depan pintu masuk taman tema tersebut! Anda tidak perlu memandu kereta dengan jauh untuk tiba di sini; cukup sekadar berjalan kaki sahaja.

Anda mungkin menyangka Hotel Legoland mahal harganya, tapi tidak juga. Ini kerana setiap bilik di sini luas dan boleh memuatkan dari 5 ke 8 orang bagi bilik Standard/Premium dan Deluxe/Suite.

Legoland Hotel Johor Bahru

Ia sesuai bagi tetamu yang ramai dan agak ekonomikal jika boleh dikongsikan kosnya dengan rakan-rakan! Yang penting, kemudahannya lengkap dan berkualiti tinggi. Biliknya juga moden dan dihiasi dengan cantik. Kolam renang pun ada. Pasti seronok dapat menginap di sini.

  • Harga – Dari RM820 Semalaman.
  • Alamat – 1, Jalan Medini Utara 3, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Nusajaya, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri

Somerset Puteri Harbour Johor

Lagi satu hotel mesra keluarga di Johor yang sesuai untuk percutian anda di Legoland atau Hello Kitty Town adalah Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri. Ia merupakan hotel empat bintang yang terletak hanya 200 meter sahaja dari Sanrio Hello Kitty Town dan 4 km dari Legoland.

Di Somerset Hotel, biliknya cukup luas dan anda turut boleh memilih apartment 3 bilik tidur jika keluarga anda besar. Ianya selesa, bersih dan ramai tetamu menyatakan yang mereka berasakan seperti berada di rumah sendiri ketika menginap di sini.

Somerset Puteri Harbour Hotel JB

Selain itu, terdapat juga gimnasium, kolam renang, dan sewaan basikal. Pada waktu pagi, anda juga boleh menikmati sarapan ala Continental yang turut termasuk dalam pakej harga bilik hotel.

  • Harga – Dari RM262 Semalaman.
  • Alamat – Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

3. Ramada Meridin Johor Bahru

Ramada Meridin Hotel Johor Bahru

Dekat dengan Legoland, ruang yang luas, kolam renang yang besar dan menyeronokkan – itu semua dapat anda nikmati ketika menginap di Ramada Meridin Johor Bahru. Hotel apartmen ini terletak betul-betul di kawasan Nusajaya, hanya 500 meter dari Taman Tema Legoland.

Jika anda ke sini dengan pasangan atau seorang rakan, anda boleh menempah bilik Deluxe atau Suite Classic yang bermula dari serendah RM215 semalam. Tapi, kalau anda mahu ruang yang besar untuk anak-anak, Suite Premium lebih sesuai kerana ia mempunyai 2 bilik tidur.

Ramada Meridin Hotel JB

Ia merupakan hotel yang baru, jadi anda boleh jangkakan kelengkapan yang terbaru, cantik, moden dan kemas. Sarapan pun ada disediakan dan menurut tetamu di sini, makanannya sedap – jom cuba!

  • Harga – Dari RM215 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Legoland Bandar Medini Iskandar, 79000 Nusajaya, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

4. D Elegance Hotel

D Elegance Hotel Johor Bahru

Mungkin anda sedang mencari hotel bajet di Johor Bahru yang hampir dengan Legoland. Jangan risau, kami ada pilihan yang sesuai untuk anda – D Elegance Hotel! Dengan jarak hanya 6 km dari taman tema, ia tidaklah terlalu jauh.

Harga bilik Family Deluxe di sini bermula dari serendah RM160 sahaja dan boleh memuatkan sehingga 4 orang tetamu. Terletak di bandar Nusajaya, ia juga berdekatan dengan banyak kedai, pasaraya dan juga AEON. Mudah untuk anda membeli barangan keperluan diri.

D Elegance Hotel Johor Bahru

Bilik di sini luas, bilik mandinya bersih dan ia juga turut dilengkapi dengan penyaman udara, Wi-Fi percuma, TV skrin rata, alat kemudahan teh/kopi, dan juga peralatan mandian.

  • Harga – Dari RM128 Semalaman.
  • Alamat – 06-01, Jalan Nusaria 11/6, Taman Nusantara, 81550 Nusajaya, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

5. Stella Hotel

Stella Hotel Johor Bahru

Anda mencari hotel di bawah RM100 semalam untuk percutian di Johor Bahru? Jom pertimbangkan Stella Hotel. Walaupun ia hotel bajet, tetapi ia selesa, bersih, dan dapat memuaskan hati anda sebagai tetamu!

Bilik di sini tidak sempit dan sesuai untuk penginapan keluarga pada harga murah. Katilnya besar dan empuk, bilik airnya luas dan bersih, dan bagi tetamu beragama Islam, hotel ini turut menyediakan panduan arah kiblat untuk anda – memudahkan, bukan?

Stella Hotel JB

Harga bagi bilik Single bermula serendah RM52 sahaja. Jika anda ke sini dengan anak-anak, tempah bilik Keluarga yang boleh memuatkan sehingga 3 orang. Kelengkapannya juga lengkap seperti teh/kopi percuma, alat mandian, penyaman udara, TV dan saluran kabel, serta Internet percuma. Berbaloi sangat!

  • Harga – Dari RM52 Semalaman.
  • Alamat – No. 8 Jalan Utama 2, Taman D’Utama, 81200 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

6. Hotel Granada Johor Bahru

Hotel Granada Johor Bahru

Lagi satu hotel mesra keluarga yang berada di Johor Bahru adalah Hotel Granada. Ia adalah hotel empat bintang yang berada di lokasi strategik. Ia berada hampir dengan pusat membeli-belah, kedai makan, dan pusat bandar.

Apabila menginap di sini, mudah untuk anda pergi ke AEON Mall dan makan di McDonalds yang terletak bersebelahannya. Legoland pula hanya 7 km dari hotel ini. Hotel ini turut menyediakan banyak ruang parkir bagi kemudahan anda yang memandu kereta ke JB.

Hotel Granada JB

Antara kemudahan yang ada di bilik hotel termasuklah ruang yang agak besar, dekorasi yang moden, bilik air yang bersih, kelengkapan bilik yang lengkap, Wi-Fi, dan sarapan pagi di restoran hotel.

  • Harga – Dari RM158 Semalaman.
  • Alamat – 55, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

7. OYO 519 Domus Hotel

OYO 519 Domus Hotel Johor Bahru

Anda mencari hotel bajet yang berharga patut untuk percutian keluarga anda tetapi masih mahu menikmati keselesaan di sepanjang penginapan? Mungkin OYO 519 Domus Hotel adalah hotel yang sesuai untuk anda.

Terletak di Skudai, Domus Hotel ialah hotel dua bintang yang menawarkan bilik hotel yang kemas, cantik, dan dihiasi dengan rekaan moden. Malah, bilik mandinya juga kelihatan cantik dan luas. Kelengkapan seperti katil empuk, pancuran air mandi panas, dan TV skrin rata juga turut disediakan.

OYO 519 Domus Hotel Johor Bahru

Hotel murah di Johor Bahru ini sesuai untuk anda jika anda mahu bermalam hampir dengan Legoland (7.6km), AEON Bukit Indah (1km), dan Taman Aktiviti Angry Birds (11km).

  • Harga – Dari RM109 Semalaman.
  • Alamat – Domus Hotel , 45-47 Jalan Bestari 8/2, Taman Nusa Bestari, Skudai, 81300 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

8. Hotel By The Park PLT

Hotel By The Park PLT Johor Bahru

Untuk pergi dari Hotel By The Park PLT ke Taman Tema Legoland di Nusajaya, ia hanya mengambil masa selama 15-20 pemanduan kereta sahaja. Dekat, kan? Jadi, hotel ini adalah salah satu hotel terbaik di Johor Bahru bagi anda yang akan membawa ahli keluarga bercuti di JB.

Ramai tetamu sebelum ini telah memuji tahap profesionalisme dan kemesraan para staff di Hotel By The Park. Anda tidak akan berasa seperti duduk di hotel bajet; anda akan dilayan dengan baik!

Hotel By The Park PLT Johor Bahru

Dan, kemudahannya juga lengkap. Walaupun biliknya tidaklah terlalu luas, namun sudah cukup selesa untuk anda bergerak di dalamnya. Jika anda datang dengan anak-anak, pilih bilik Family Standard. Katilnya agak besar, lembut dan bilik mandinya juga bersih dan moden. Jom cuba inap di sini ya!

  • Harga – Dari RM100 Semalaman.
  • Alamat – 41 Jalan Indah 15/1, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

9. Grand Medini Suites

Grand Medini Suites Johor Bahru

Selain daripada menginap di hotel biasa, hotel apartment juga ada di Johor Bahru sebagai pilihan penginapan anda. Dengan membelanjakan antara RM170 sehingga RM300, anda sudah boleh bermalam di apartment suite dua bilik tidur yang besar dan selesa untuk anak-anak. Di mana? Di Grand Medini Suites!

Hotel ini terletak di Iskandar Puteri, hanya 1.1km dari Legoland. Anda sekeluarga pasti seronok menginap di sini. Biliknya memang luas dan cantik dengan hiasan moden dan serba baru. Kolam renang dan taman permainan juga ada di sini.

Grand Medini Suites JB

Setiap suite di sini dilengkapi dengan dua atau tiga bilik tidur, katil yang besar, tab mandi, peralatan mandian peribadi, TV, saluran kabel, pengering rambut, peti sejuk, dapur, dan peralatan memasak. Lengkaplah kiranya!

  • Harga – Dari RM178 Semalaman.
  • Alamat – Grand Medini, Jalan Medini Utara 8, Taman Medini Iskandar, Iskandar Puteri 79250, Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

10. Hotel Jen Puteri Harbour

Hotel Jen Puteri Harbour JB

Ada tak lagi hotel premium berhampiran Legoland dan Taman Tema Keluarga Puteri Harbour? Ada! Anda boleh mempertimbangkan Hotel Jen Puteri Harbour yang mewah dan berstatus empat bintang.

Di sini, segalanya serba eksklusif. Dengan pemandangan indah pelabuhan, kolam renang yang serba besar, sarapan yang lazat, perkhidmatan urut yang menenangkan di pusat spa, anda boleh meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak dan berehat dengan baik.

Hotel Jen Puteri Harbour JB

Kalau anda mahu, anda turut boleh menempah bilik bertema Hello Kitty yang pasti disukai oleh anak anda. Ianya berwarna-warni, ceria, dan cantik!

  • Harga – Dari RM314 Semalaman.
  • Alamat – Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Malaysia.

Selanjutnya di Agoda.com

11. Impiana Hotel Senai

Impiana Hotel Senai Kulai Johor

Antara hotel terbaik yang terletak dekat dengan butik membeli-belah terkenal di JB, Johor Premium Outlet, adalah Impiana Hotel Senai. Hotel ini terkenal dengan gaya mewah dan eksklusif, namun harganya masih berpatutan serendah RM190 semalam!

Hotel ini amat mesra keluarga dengan kemudahan ruang parkir yang banyak, kolam renang outdoor untuk dinikmati oleh anak-anak anda, bilik yang besar, dan juga pilihan menu sarapan pagi yang pelbagai di restoran hotel.

Impiana Hotel Senai Kulai

Ramai tetamu sebelum ini telah memuji kemesraan layanan pekerja di sini. Anda pasti berasa puas hati dapat menginap di Impiana Hotel Senai.

  • Harga – Dari RM190 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Impian Senai Utama 2 Taman Impian Senai, 81400 Kulai, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

12. Hotel Castello

Castello Hotel Kulai Johor Bahru

Kalau anda ingin bermalam hampir dengan Johor Premium Outlet dan mempunyai bajet yang terhad, jom tempah penginapan anda di Castello Hotel. Ia adalah hotel bajet yang cukup selesa untuk ahli keluarga.

Anda boleh menempah bilik keluarga yang agak besar dan selesa pada harga hanya RM175 semalam. Dari hotel ini ke JPO, ia hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja dengan kereta. Lokasinya juga strategik kerana berhampiran kedai makan, pasaraya dan shopping mall seperti AEON, Tesco, dan IOI Mall.

Castello Hotel Kulai JB

Malah, ia juga mesra Muslim kerana menyediakan arah kiblat dan sejadah untuk tetamu yang beragama Islam. Anda pasti berasa selesa bermalam di sini.

  • Harga – Dari RM145 Semalaman.
  • Alamat – No. 93 & 94, Jalan Kenanga 29/7, Indahpura, 81000 Kulai, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

13. Hotel Corsica

Hotel Corsica Kulai Johor Bahru

Lagi satu hotel di Johor Bahru yang mesra keluarga untuk percutian anda adalah Hotel Corsica. Ia terletak di Bandar Indahpura dan cukup hampir dengan Johor Premium Outlet (JPO) dan pusat membeli-belah serta pasaraya lain.

Apa yang menarik di Hotel Corsica ini? Sudah pasti, ruang biliknya yang luas, katil yang besar dan empuk serta bilik air yang bersih dan baru menjadi pujian ramai tetamu sebelum ini. Yang bestnya, sesetengah bilik di sini turut mempunyai jakuzi di dalam bilik mandinya – wow!

Corsica Hotel Kulai Johor

Harga bilik penginapan di sini juga berpatutan dan bermula dari RM216 semalam. Kalau anda pergi dengan anak-anak, cuba tempah bilik Family atau Grand Family yang besar dan selesa untuk keluarga anda.

  • Harga – Dari RM216 Semalaman.
  • Alamat – No. 150 & 151, Jalan Kenanga 29/6, Bandar Indahpura, Johor, 81000 Kulai, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

14. Zenz Hotel

Zenz Hotel Kulai Johor Bahru

Berada di bandar Kulai, Zenz Hotel juga menjadi salah satu pilihan hotel di Johor Bahru bagi anda yang merancang untuk melawat dan membeli-belah di JPO bersama keluarga.

Ia merupakan hotel yang baru, menyediakan bilik yang selesa dan bersih, dan hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Harga bilik Hotel Zenz juga agak berpatutan iaitu serendah RM118.

Zenz Hotel Kulai JB

Bilik keluarga juga ada disediakan dan dapat memuatkan sehingga 4 orang tetamu. Walaupun ia hotel bajet, namun keselesaan masih menjadi keutamaan. Biliknya dilengkapi dengan kebal bunyi (tiada lagi bunyi bising dari bilik sebelah!) dan bilik airnya bersih dan moden.

  • Harga – Dari RM118 Semalaman.
  • Alamat – 5016, Jalan Kenari, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

15. Tune Hotel Danga Bay

Tune Hotel Danga Bay Johor Bahru

Selain daripada JPO, Hello Kitty Town dan Legoland, Danga Bay yang terletak di Johor Bahru juga sering menjadi tumpuan pelancong. Anda mencari hotel di Danga Bay yang selesa dan mesra keluarga? Jom pertimbangkan Tune Hotel.

Antara perkara menarik yang dapat anda nikmati ketika menginap di hotel ini adalah harganya yang berpatutan bagi kemudahan asas yang lengkap. Bilik yang sesuai untuk keluarga adalah bilik Kuadrapel untuk 4 orang dan ada 2 katil Single dan 1 Double. Besarkan?

Tune Hotel Danga Bay JB

Malah, setiap bilik di sini menyediakan katil yang empuk, TV skrin rata berserta saluran kabel, penyaman udara, peralatan mandian dan bilik air peribadi. Selain lokasinya yang strategik terletak hampir dengan pusat bandar JB, ia juga dekat dengan Taman Aktiviti Angry Birds.

  • Harga – Dari RM71 Semalaman.
  • Alamat – Lot PTB 22819, Jalan Skudai, Mukim Bandar Johor Bahru, 80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

16. The Puteri Pacific Johor Bahru

The Puteri Pacific Johor Bahru

Bilik yang besar dan selesa, menu sarapan yang menarik dan kolam renang yang mesra kanak-kanak – itu adalah antara kemudahan yang akan anda nikmati ketika bermalam di The Puteri Pacific Johor Bahru.

Hotel ini terletak di pusat bandar dan mudah untuk dicari dek bangunannya yang gah! Di sini, anda boleh menikmati pemandangan indah laut Selat Johor dari bilik hotel anda. Dengan statusnya empat bintang, anda pasti berasa selesa dengan segala kemudahan yang ada seperti restoran/bistro, gimnasium, dan spa.

The Puteri Pacific Johor Bahru

Malah, anda dan keluarga akan bermalam di bilik yang elegan, lengkap dengan kemudahan seperti bilik air yang besar, bar mini, peralatan mandian, dan juga seterika berserta iron board yang ada disediakan di dalam bilik.

  • Harga – Dari RM102 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Abdullah Ibrahim, 80730 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

17. Hallmark Regency Hotel

Hallmark Regency Hotel Johor Bahru

Antara faktor penting bagi hotel yang mesra keluarga adalah ruang bilik yang besar. Barulah selesa bagi seisi keluarga, kan? Jika itu keutamaan anda, maka Hallmark Regency Hotel amat sesuai untuk anda pertimbangkan.

Ini kerana bilik hotel di sini cukup besar, dari 40m² sehingga 48m². Cukup luas dan selesa untuk pergerakan anak-anak di dalam bilik. Selain itu, katil yang disediakan juga empuk dan lembut. Begitu juga untuk bilik airnya – besar, moden dan bersih. Tab mandi juga ada di dalamnya!

Hallmark Regency Hotel Johor Bahru

Ruang parkirnya agak terhad kerana lokasinya di tengah bandar, namun hotel ada menyediakan pembantu parkir untuk membantu anda mencari tempat meletak kereta. Ia juga mudah untuk anda membeli barangan keperluan diri atau keluar makan kerana hampir dengan banyak kedai serbaneka dan kedai makan.

  • Harga – Dari RM80 Semalaman.
  • Alamat – 16, Jalan Harimau Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

18. Hotel Citrus

Hotel Citrus Johor Bahru

Jika anda bercuti ke JB dengan anak-anak dengan menaiki kereta api dan turun di Stesen Keretapi JB Sentral, anda boleh memilih untuk bermalam di Hotel Citrus. Hotel ini dekat sahaja dengan stesen ini.

Hotel yang mesra keluarga ini ada bilik tetamu yang luas, cukup untuk anda solat dan anak-anak bergerak. Sarapan pagi juga ada disediakan dan ada dimasukkan dalam kadar sewa bilik.

Hotel Citrus Johor Bahru

Selain itu, kelengkapannya juga bagus seperti penyaman udara, bilik air, pancuran air panas, kemudahan membuat teh/kopi, dan Internet percuma. Harganya pun tidak mahal iaitu bermula dari RM91 sahaja.

  • Harga – Dari RM91 Semalaman.
  • Alamat – No 16 Jalan Station, 80000 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

19. Doubletree by Hilton Johor Bahru

Doubletree by Hilton Johor Bahru

Anda mempunyai bajet lebih dan ingin memberikan keselesaan dan pengalaman yang serba eksklusif untuk percutian keluarga anda yang akan datang? Apa kata anda bawa anak-anak menginap di hotel mewah Doubletree by Hilton Johor Bahru?

Ia sememangnya menjanjikan kepuasan dan keseronokan kepada para tetamu dengan hotel yang serba elegan, bilik yang selesa dan kelengkapan serta kemudahan yang berkualiti tinggi. Malah, layanannya juga bertaraf lima bintang – berbaloilah dengan harga yang dibayar.

Doubletree by Hilton Johor Bahru

Di sini, anda akan menginap di bilik yang mempunyai pemandangan cantik bandar JB, ruang yang luas, bilik air yang moden dan dihias indah (tab mandinya besar!), bermandi-manda di kolam renang outdoor, dan bersarapan di restoran empat bintang.

  • Harga – Dari RM255 Semalaman.
  • Alamat – No. 12 Jalan Ngee Heng, 80000 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Agoda.com

20. Swiss-Inn Johor Bahru

Swiss Inn Johor Bahru

Lagi satu hotel di Johor Bahru yang dekat dengan tempat popular untuk dilawati ketika bercuti di JB adalah Swiss-Inn Hotel. Mudah untuk anda ke City Square Mall JB, Pasar Karat yang terkenal, dan Taman Aktiviti Angry Birds. Singapura juga dekat untuk dilawati!

Swiss-Inn adalah hotel yang mesra keluarga kerana ada menyediakan bilik keluarga yang besar dan pakej sarapan pagi untuk keselesaan anak anda. Kelengkapannya juga berkualiti dan lengkap.

Swiss Inn Johor Bahru

Antara yang disediakan di dalam bilik tetamu adalah katil yang lembut, TV skrin rata dan saluran kabel, penyaman udara, peralatan mandian, kemudahan membancuh teh/kopi, seterika, peti sejuk mini, dan tab mandi/pancuran air panas.

  • Harga – Dari RM147 Semalaman.
  • Alamat – Lot 512, Jalan Syed Mohd Mufti, 80000 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

21. Hotel Silka

Hotel Silka Johor Bahru

Hotel Silka berada di lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar Johor Bahru. Apabila menginap di sini, mudah untuk anda bersiar-siar di bandar, melawat Istana Pelangi, berjalan-jalan di Danga Bay pada waktu malam, dan pergi bercuti ke Singapura.

Ia adalah hotel empat bintang yang menawarkan harga berpatutan dengan tahap keselesaan yang memuaskan hati. Ada beberapa jenis bilik yang boleh anda pilih. Untuk percutian keluarga, kami sarankan anda memilih Suite Family kerana saiznya lebih besar.

Hotel Silka Johor Bahru

Di sini, anda dan keluarga dapat menikmati sarapan pagi, makan di salah satu daripada 3 restoran yang ada di hotel ini dan beriadah di kolam renang yang luas.

  • Harga – Dari RM82 Semalaman.
  • Alamat – Lot 101375, Jalan Masai Lama, Mukim Plentong, 81750 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

22. Hotel Grand Paragon

Hotel Grand Paragon Johor Bahru

Bilik hotel dan bilik mandi yang sangat besar – itu adalah antara kekuatan utama yang ditawarkan oleh Hotel Grand Paragon untuk percutian keluarga anda di Johor Bahru. Terletak hampir dengan KSL Mall, ia juga strategik di tengah bandar.

Bilik Family Suite ada menyediakan kelengkapan yang menjanjikan keselesaan anda sekeluarga. Katilnya lembut, ada ruang duduk berasingan, kebersihan biliknya terjamin dan pemandangan bandar JB juga menggamit hati.

Hotel Grand Paragon Johor Bahru

Harga bilik sudah termasuk sarapan dan ia memberikan pilihan hidangan yang pelbagai dan lazat. Kadar sewa bilik sememangnya berbaloi dengan tahap perkhidmatan yang disediakan. Selepas sarapan, anda dan anak-anak boleh bermandi-manda di kolam renang infiniti yang ada di hotel ini. Memang mesra keluarga!

  • Harga – Dari RM238 Semalaman.
  • Alamat – 18 Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

23. Potpourri Boutique Hotel

Potpourri Boutique Hotel Johor Bahru

Untuk hotel berharga di bawah RM150 di bandar JB, Potpourri Boutique Hotel sememangnya menjadi salah satu pilihan hotel bajet terbaik di bandar ini. Hotel ini serba baru, jadi anda boleh menjangkakan kemudahan dan kelengkapan yang baru dan moden.

Hiasan dalaman di hotel ini juga cantik dan bersesuaian dengan namanya – potpourri – ramai tetamu telah memuji bau wangi di hotel ini. Menariknya! Walaupun ia hotel bajet, namun kelengkapan bilik hotel masih lagi lengkap.

Potpourri Boutique Hotel Johor Bahru

Antaranya adalah seperti TV skrin rata, Internet percuma, peralatan mandian peribadi, dan kemudahan membancuh teh dan kopi juga turut disediakan. Sememangnya, hotel butik ini menjanjikan pengalaman yang unik. Jom tempah sekarang!

  • Harga – Dari RM79 Semalaman.
  • Alamat – No. G29 & G30, Jalan Kolam Air 2 Nongchik Riverside, 80100 Johor Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Agoda.com

Untuk mengetahui banyak lagi pilihan hotel di Johor Bahru yang terletak berdekatan dengan tempat percutian menarik seperti Legoland, Hello Kitty Town, Danga Bay dan sebagainya, layari Booking.com atau Agoda.com. Jangan lupa untuk menyemak harga yang terkini di laman tersebut.

Selain itu, bagi percutian di MelakaLangkawi, mahupun Terengganu, jom baca artikel kami di laman web ini. Anda pasti dapat memilih hotel yang bersesuaian untuk percutian anda!

Similar Posts