hotel di penang

31 Hotel di Penang yang Menarik dan Berbajet RM 100 Ke Bawah

Bagi pengunjung yang berbajet rendah dan tidak mahu berbelanja banyak untuk tempat menginap hotel di Penang. Terdapat banyak tempat penginapan menarik dan mampu memberi kepuasan kepada pengunjung boleh dijumpai di Pulau Pinang. Berikut adalah senarai 31 tempat penginapan menarik menarik yang berbajet RM100 ke bawah di Pulau Pinang (Penang).

Pilihan BEST Hotel di Penang (Pulau Penang)

Hostel Termurah: Wassup Youth Hostel“Hotel ini menyediakan penginapan asrama termurah di Pulau Pinang untuk tetamu belia yang menginap di sini.”

Hotel Berkonsep Unik: The M Qube Hotel, ” Hotel kapsul ini menawarkan penginapan yang pasti memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh tetamu yang mahu mencuba tinggal di hotel kapsul.”

Rumah Penginapan Untuk Bagpackers: Muntri House, “Rumah penginapan yang terletak di tengah-tengah tapak warisan ini menyediakan penginapan pada harga berpatutan. Ianya mempunyai ruang dapur dan ruang santai. Basikal juga boleh disewa di sini.”

Hotel Bajet untuk Keluarga: One-Stop Residence & Hotel, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga mempunyai fasiliti seperti kedai serbaneka, taman permainan kanak-kanak dan kolam renang”

Hotel Butik Paling Cantik:  Chulia Heritage Hotel“Hotel butik warisan ini mempunyai reka bentuk Tudor Inggeris yang cantik. Dalamannya dihias dengan kombinasi warna putih dan emas memberikan impresi mewah dan berprestij. “

Pulau Pinang memang terkenal sebagai salah satu tempat perlancongan yang terkenal di Malaysia. Selain menghidangkan makanan yang enak dan pelbagai, Pulau Pinang juga memiliki banyak tempat menarik untuk dikunjungi apatah lagi setelah George Town diiktiraf tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Tempat penginapan adalah sangat penting kepada pengunjung. Ianya bukan sahaja tempat untuk pengunjung berehat dan melepaskan lelah setelah seharian melakukan aktiviti-aktiviti perlancongan, ianya juga dapat menentukan samaada pengunjung mendapat pengalaman yang baik atau buruk sepanjang tempoh lawatan mereka.

Artikel berkaitan

1. The M Qube Hotel

m cube hotel

M Qube Hotel adalah merupakan hotel kapsul pertama di Pulau Pinang. Ianya terletak di Bayan Lepas. Ianya sesuai untuk pengunjung yang mengamalkan gaya hidup minimalis. Hotel ini mempunyai 42 bilik yang selesa, dilengkapi penghawa dingin, TV Android, soket kuasa dan peti simpanan peribadi. Terdapat sebanyak tujuh tandas dan lapan bilik mandi lengkap dengan peralatan mandi dan pengering rambut untuk kegunaan pengunjung yang menginap. Hotel ini juga menyediakan tandas OKU.

Hotel kapsul ini beroperasi seperti hotel-hotel yang lain. Meja depan hotel beroperasi 24 jam sehari dan semua tetamu hotel dapat menikmati perkhidmatan wi-fi secara percuma. Ianya turut menawarkan khidmat tempat letak kereta percuma, perkhidmatan pengemasan harian dan mesin air minuman percuma kepada penginap.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 1 – Selesa dan Mempunyai Banyak Perkhidmatan

  • Harga – Dari RM 58 semalaman.
  • Alamat – 22 A, B,C&D, 1st Floor, Jalan Aziz Ibrahim, 11900 Pantai Jerjak Penang, Malaysia.

Selanjutnya di Agoda.com

2. Muntri House

Muntri House

Muntri house adalah perkhidmatan rumah penginapan yang terletak di tengah-tengah tapak warisan dunia UNESCO di Georgetown. Rumah inap ini asalnya merupakan rumah tradisi cina kongsi. Pemilik rumah masih mengekalkan ciri-ciri tradisi cina kongsi untuk memberi suasana vintaj kepada penginap yang mahukan kelainan. Rumah inap ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan perkhidmatan wi-fi percuma.

Muntri House menawarkan pelbagai jenis bilik untuk diinap mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan seperti asrama, bilik bujang dan bilik berkembar. Ianya juga turut menyediakan perkhidmatan sarapan pagi percuma untuk pengunjung. Dan jika tetamu berminat, rumah inap ini juga menyediakan khidmat basikal sewa.

Terdapat tiga ruang rehat yang selesa dan satu taman kecil disediakan untuk tetamu berehat dan bergaul dengan penginap-penginap yang lain. Sekeliling rumah turut dihiasi dengan koleksi seni halus untuk dinikmati.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 2 – Menarik, Strategik, Unik, dan Mempunyai Pelbagai Perkhidmatan

  • Harga – Dari RM 30 semalaman.
  • Alamat – Muntri House Homestay, No.48, Muntri Street, 10200 Penang, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. Oldrich Hotel

Oldrich hotel

Oldrich Hotel terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ianya menyediakan penginapan yang selesa dengan harga yang sangat berpatutan.

Kemudahan seperti wifi percuma dan perkhidmatan meja depan yang beroperasi 24 jam tanpa henti turut disediakan. Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, alat pemanas air dan set television terkini. Tetamu juga tidak perlu berkongsi tandas dengan tetamu yang lain. Terdapat juga mesin air minum percuma untuk kegunaan para tetamu.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 3 – Mudah, Selesa, Berpatutan, dan Mempunyai Banyak Perkhidmatan.

  • Harga – Dari RM 39 semalaman.
  • Alamat – 566, Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Nibong, 11900, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Selanjutnya di Agoda.com

4. Apple 1 Hotel

Apple 1 Hotel

Apple 1 Hotel menyatakan bahawa ianya adalah hotel bajet terbaik di Pulau Pinang. Hotel ini terletak di Bayan Lepas dan betul-betul berdepan dengan pusat membeli belah terbesar di Pulau Pinang, Queensbay Mall.

Ruang dalaman hotel ini dihiasi dengan tema kontemporari yang sangat santai dan menarik. Setiap bilik dilengkapi dengan keperluan asas seperti katil bertaraf 5 bintang, televisyen LED dan tandas yang lengkap dengan air panas.

Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan internet percuma dan perkhidmatan-perkhidmatan atas permintaan seperti perkhidmatan dobi, perkhidmatan sarapan pagi dan perkhidmatan limousine untuk para tetamu.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 4 – Strategik, Bajet, dan Mempunyai Pelbagai Perkhidmatan.

  • Harga – Dari RM90 semalaman.
  • Alamat – 33 Persiaran Bayan Indah, Sg. Nibong, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.

Selanjutnya di Agoda.com

5. Grand Inn Penang Road

Grand Inn Penang Road

Grand Inn Penang Road terletak betul- betul di Jalan Penang yang merupakan pusat tumpuan pelancong di bandar Georgetown. Terdapat banyak tempat untuk pelancong singgah dan membeli belah di Kawasan ini. Pada pengunjung yang gemarkan aktiviti malam hari, hotel ini sangat sesuai untuk diinapi. Bukan itu sahaja, hotel ini juga sangat strategik dan hampir dengan beberapa tempat menarik untuk dilawati.

Hotel ini menyediakan kemudahan seperti tempat letak kereta percuma, khidmat kamera litar tertutup di setiap sudut yang sangat penting untuk keselamatan pelanggan, khidmat “shuttle” dengan bayaran berpatutan untuk memudahkan pergerakan pelanggan, khidmat pengemasan bilik harian dan khidmat meja depan yang berfungsi 24 jam. Hotel ini juga mempunyai sebuah kafe untuk tetamu yang ingin makan dan minum dan taman atas bumbung untuk tetamu berehat dan menenangkan fikiran.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 5 – Strategik, Selamat, Mempunyai Banyak Perkhidmatan dan Selesa.

Selain daripada hotel di penang, kami juga ada artikel lain yang berkaitan:

  • Harga – Dari RM 65 semalaman.
  • Alamat – 72, Jalan Penang Road, Penang, Penang, 10000, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. Ong Court

Ong Court

Ong Court merupakan perkhidmatan rumah inapSelain menyewakan bilik, ianya juga menawarkan unit pangsapuri untuk disewa. Ong Court terletak di bandar Georgetown.

Rumah inap ini menyediakan khidmat yang sama seperti di hotel. Contohnya, khidmat wireless percuma sepanjang hari, bilik yang dilengkapi peralatan-peralatan asas seperti katil yang selesa, penghawa dingin, alat pemanas air dan set television, khidmat dobi atas permintaan dan khidmat tempat letak kereta percuma.

Di sini juga ada disediakan ruang santai dan barbeque untuk para pengunjung berkumpul dan bergaul dengan tetamu yang lain.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 6 – Baik dan Mempunyai Banyak Perkhidmatan.

  • Harga – Dari RM 55 semalaman.
  • Alamat – 42A, Jalan Kelawai, Georgetown, Penang, 10250, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. Hutton Lodge

Hutton Lodge

Hutton Lodge asalnya merupakan sebuah rumah persingggahan yang telah dubahsuai menjadi hotel warisan bajet di Penang. Untuk diiktiraf sebagai hotel warisan, bangunan yang digunakan mestilah dibina lebih awal dari tahun 1950 dan mengekalkan sekurang-kurangnya 50% struktur binaan asal. Rekabentuk bangunan yang berciri klasikal ini amat menarik.

Hutton Lodge menawarkan 25 buah bilik lengkap dengan peralatan asas. Selain khidmat hotel biasa seperti wifi percuma dan tempat letak kereta, Hutton Lodge juga mempunyai perpustakaan mini untuk para tetamu. Terdapat juga dua patio dan ruang menonton television disediakan untuk tetamu bersantai.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 7 – Menarik, Bajet, Unik, dan Mempunyai Perkhidmatan yang Unik.

  • Harga – Dari RM 68 semalaman.
  • Alamat – 17, Jalan Hutton, Georgetown, Penang, Penang, 10050, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. Red Inn Heritage Guesthouse

Red Inn Heritage Guesthouse

Red Inn Heritage Guesthouse adalah sebuah rumah tamu yang terletak di Love Lane, Georgetown. Lokasi rumah tamu ini kira-kira 5 minit berjalan kaki ke lokasi tapak warisan Unesco Heritage Site. Bagi pengunjung yang sukakan aktiviti malam, rumah tamu ini sangat sesuai untuk diinap kerana suasana di Love Lane amat meriah pada malam hari.

Apa yang menarik tentang rumah tamu ini, selain struktur binaan yang masih mengekalkan gaya klasik, lantai bangunan ini diperbuat daripada lantai kayu yang elegan. Juga jangan terkejut jika menggunakan bilik mandinya. Bilik mandi di rumah tamu ini mempunyai dilengkapi dengan jet spa.

Ruang rehat untuk tetamu juga sangat selesa, dilengkapi dengan set television, sofa dan meja billiard. Walaupun bertaraf hotel warisan. Setiap bilik di rumah tamu ini turut dilengkapi dengan set penghawa dingin dan wifi percuma.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 8 – Menarik, Unik dan Strategik

  • Harga – Dari RM 75.50 semalaman.
  • Alamat – No. 15, Love Lane, 10200 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

9. The Frame Guesthouse

The Frame Guesthouse

The Frame Guesthouse adalah sebuah rumah tamu yang terletak di Lebuh Chulia. Rumah tamu ini asalnya adalah rumah kedai warisan tiga tingkat yang menjual dan membuat bingkai gambar sebelum diubahsuai menjadi rumah tamu. Struktur dan reka bentuk bangunan lama dipulihara bagi mengekalkan ciri-ciri klassik. Struktur baru diintegrasikan dengan struktur lama secara minima. Hiasan dalaman juga dikekalkan dan dipelihara untuk mewujudkan persekitaran yang vintage dan unik.

The Frame Guesthouse menawarkan khidmat sama seperti hotel-hotel yang lain. Terdapat wifi percuma, perkhidmatan meja depan yang beroperasi 24 jam, khimat pembersihan bilik hari dan khidmat dobi atas permintaan. Setiap bilik lengkap dengan peralatan asas. Rumah tamu ini juga ada menyediakan ruang dapur untuk tetamu yang ingin memasak.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 9 – Menarik, Unik, dan Mempunyai Banyak Perkhidmatan Yang Baik.

  • Harga – Dari RM 55 semalaman.
  • Alamat – 168, Lebuh Chulia, 10200 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

10. Kim Haus Loft

Kim Haus Loft

Kim Haus Loft adalah tempat inap yang sangat berbaloi. Ianya terletak di tengah-tengah bandar George Town. Pada asalnya, bangunan tempat inap ini adalah sebuah ibu pejabat untuk syarikat barang kemas ternama sebelum diubah suai menjadi tempat inap.

Hiasan dalaman yang cantik dan bertemakan muzium barang kemas, akan membuat tetamu merasa teruja untuk bergambar di setiap sudut tempat inap ini. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik air yang berbidet selain air pancuran. Tetamu juga diberikan selipar dan alat mandian percuma. Ruang santai pula ada disediakan meja billiard, hammock dan papan dart untuk kegunaan dan hiburan para tetamu. Jika mahu bersiar-siar, khidmat basikal sewa juga ada disediakan.

Selain menyewakan bilik untuk para tetamu, tempat inap ini mempunyai restoran berteres yang membolehkan tetamu menikmati pemandangan di sekitar bandar George Town dan sebuah bakeri yang menawarkan pakej sarapan pagi dengan harga berpatutan. Jika tetamu bertuah, tempat inap ini juga menawarkan hiburan secara langsung dengan menjemput penyanyi untuk menghiburkan para tetamu.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 10 – Menyeronokkan, Mempunyai Pelbagai Perkhidmatan, Strategik, dan Menarik.

Jangan berhenti disini kerana ada lagi 21 hotels di Penang yang anda perlu lihat!

Selain daripada hotel di Penang, kami juga ada artikel lain yang berkaitan:

  • Harga – Dari RM 30 semalaman.
  • Alamat – No.9 & 11, Campbell Street, Lebuh Carnarvon, Penang, 10450 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

11. ST Hostel

ST Hostel

ST Hostel adalah sebuah penginapan asrama yang berlokasi di George Town. Ianya terletak betul-betul di tapak warisan UNESCO. Asrama ini mempunyai kemudahan wifi percuma.

Terdapat dua jenis bilik disediakan iaitu bilik peribadi dan bilik asrama. Bilik peribadi cuma memuatkan seramai 2 tetamu manakala bilik asrama boleh memuatkan lebih daripada 4 tetamuBilik mandi dan tandas untuk bilik peribadi dan asrama adalah dikongsi bersama.

Asrama ini mempunyai ruang makan yang dilengkapi dengan peralatan memasak ringkas seperti ketuhar gelombang mikro, mesih pembakar roti dan cerek elektrik untuk kegunaan para tetamu. Peti ais juga ada disediakan dan air minuman juga turut disediakan.

Asrama ini turut menyediakan khidmat pembelian tiket dan khidmat hantaran ke lapangan terbang.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 11 – Muda, Strategik, Mempunyai Perkhidmatan Yang Memuaskan dan Sesuai untuk yang masih tunggal ataupun berkeluarga.

  • Harga – Dari RM 35 semalaman.
  • Alamat – 45, Church Street, 10200 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

12. Summit Hotel Bukit Mertajam

Summit Hotel Bukit Mertajam

Summit Hotel Bukit Mertajam ini adalah sebuah hotel 3 bintang yang terletak di tanah besar Pulau Pinang. Memang agak sukar dipercayai yang hotel tiga bintang ini menawarkan harga yang sangat berpatutan. Summit Hotel menawarkan khidmat yang sama seperti hotel-hotel 3 bintang yang lain seperti khidmat dobi, khidmat valet, khidmat penyimpanan barang, buaian dan kerusi tinggi untuk bayi, servis bilik dan khidmat pembersihan bilik harian.

Hotel ini juga mempunyai facility seperti kolam renang, spa, bilik mesyuarat, dewan dan restoran untuk kegunaan para tetamu. Selain itu, hotel ini menyediakan kemudahan dan fasiliti mesra OKU seperti jalan masuk yang boleh diakses kerusi roda, penggera kebakaran bergetar dan peggera visual dan bilik yang tidak mempunyai halangan.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 12 – Mudah, Menarik, Baik, dan Mempunyai Pelbagai Perkhidmatan Yang Bertaraf 3 Bintang.

  • Harga – Dari RM 78 semalaman.
  • Alamat – No. 566 Jalan Arumugam Pillai, Bukit Mertajam, Penang, 14000, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

13. Tune Hotel Georgetown Penang

Tune Hotel Georgetown Penang

Nama Tune Hotel ini tak perlu diperkenalkan lagi. Tetamu yang sukakan konsep simple dan ringkas pasti tidak akan berfikir Panjang untuk menginap di Tune Hotel. Tune hotel kebiasaannya mempunyai hiasan dalaman yang modern dan ringkas tetapi praktikal.

Kemudahan di hotel ini sama seperti hotel-hotel yang lain, bilik di sini dilengkapi penghawa dingin dan peti simpanan peribadi dan mempunyai bilik mandi dan tandas sendiriTuala, air pancuran panas dan alat mandian percuma turut disediakan. Selain khidmat dobi, hotel ini juga menawarkan khidmat menggosok baju kepada tetamu.

Terdapat juga ruang rehat dan bilik mesyuarat disediakan untuk kegunaan para tetamu.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 13 – Baik, Senang, Mempunyai Perkhidmatan Yang Memuaskan dan Ringkas

  • Harga – Dari RM 70 semalaman.
  • Alamat – Tune Hotel Georgetown Penang

Selanjutnya di Agoda.com

14. 28 Bahari Guesthouse

28 Bahari Guesthouse

28 Bahari Guesthouse merupakan sebuah rumah teres yang diubahsuai mengjadi rumah tamu. Ianya terletak di tengah-tengah bandar George Town. Rumah tamu ini menawarkan penginapan yang selesa seperti di rumah sendiri. Ianya dilengkapi dengan teres dan sebuah kebun kecil.

Rumah tamu ini mempunyai perkhidmatan wifi percuma. Bilik yang disewakan berkelengkapan penuh dengan lantai marmar, rak baju, tuala dan tempat tidurBilik mandi dan tandas lengkap dengan air pancuran, selipar dan mesin pengering rambutKhidmat dobi juga ada disediakan. Terdapat juga ruang rehat untuk tetamu bersantai Bersama tetamu yang lain.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 14 – Strategik, Menarik, Mudah dan Mempunyai Perkhidmatan Yang Memuaskan

  • Harga – Dari RM 90 semalaman.
  • Alamat – 28, Jalan Sri Bahari, 10500 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

15. Georgetown Residence

Georgetown Residence

Georgetown Residence adalah sebuah penginapan asrama. Ianya terletak di bandar Georgetown berhampiran degn tapak warisan UNESCO.

Georgetown Residences boleh memuatkan 64 tetamu dalam satu masa. Ianya menawarkan bilik peribadi dan bilik asrama kepada tetamu. Bilik asrama boleh memuatkan 6 hingga 8 orang tetamu dalam satu bilik..Setiap bilik dilengkapi set penghawa dingin, peti simpanan berkunci, lampu bacaan, katil biasa atau bertingkat, bilik mandi dan tandas yang lengkap dengan air panas dan alatan mandi.

Asrama ini menyediakan khidmat sarapan pagi dan wifi percuma. Tetamu boleh bersantai atau menonton filem di ruang rehat sambal menikmati kopi dan teh yang diberikan percuma oleh pihak asrama. Selain set television, majalah, papan dart, meja fusbal, permainan papan, tikar yoga dan alatan senaman ringan turut disediakan.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 15 – Menarik, Luas, Strategik, Mudah, Mempunyai Pelbagai Perkhidmatan, Seronok dan Baik.

Kami juga ada artikel lain yang anda mungkin berminat selain daripada senarai hotel di Penang yang sedang dibaca:

  • Harga – Dari RM 37 semalaman.
  • Alamat – 458, Lebuh Chulia, Penang, 10200 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

16. Heritage Sixteen Guesthouse

Heritage Sixteen Guesthouse

Heritage sixteen adalah rumah tamu warisan yang terletak di kawasan tapak warisan dunia UNESCO, Georgetown. Rumah tamu ini masih mengekalkan ciri-ciri klasik dan vintage pada awal kurun ke-20. Hiasan dalam rumah tamu ini amat menarik.

Rumah tamu ini menawarkan bilik merokok dan bilik tidak merokok kepada tetamu. Terdapat juga bilik peribadi dan bilik asramaPeralatan seperti alat pengering rambut dan seterika disediakan atas permintaan. Rumah tamu ini juga ada menyediakan perkhidmatan dobi dan penyimpanan barang.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 16 – Strategik, Menarik, Perkhidmatan Yang Baik, dan Mudah.

  • Harga – Dari RM 32 semalaman.
  • Alamat – 16, Carnarvon Street, 10100 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

17. 100 Cinta Street

100 Cinta Street

100 Cintra Street adalah sebuah tempat penginapan bajet. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Georgetown. Hiasan dalam hostel ini masih mengekalkan ciri-cirik klasik dengan dinding bata terdedah dan lantai kayu. Terdapat beberapa mural yang cantik di beberapa dinding bangunan tersebut.

Hostel ini meyediakan bilik yang dilengkapi dengan kipas dan perabot antik. Setiap bilik disediakan katil, kelambu dan rak bajuPeralatan menggosok pakaian ada disediakan mengikut permintaanSarapan pagi juga ada disediakan.

Hostel ini ada menawarkan perkhidmatan wifi percuma dan kemudahan barbeque untuk tetamu yang mahu melakukan aktiviti tersebut. Terdapat juga kedai serbaneka untuk tetamu membeli barangan keperluan.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 17 – Strategik, Menarik, Mempunyai Perkhidmatan Yang Mencukupi, Klasik dan Mudah.

  • Harga – Dari RM 60 semalaman.
  • Alamat – 100, Cintra Street, 10100 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

18. ET Budget Guest House

ET Budget Guest House

ET Guest House terletak di pantai yang paling popular di Pulau Pinang iaitu Pantai Batu Feringghi. Ianya betul-betul bersebelahan dengan pantai. Rumah tamu ini mungkin kelihatan biasa tetapi dengan harganya yang murah dan lokasinya yang strategik, ianya sangat berbaloi untuk diinapi. Tetamu dapat menikmati pemandangan laut yang cantik apabila bersantai balkoni.

Terdapat dua jenis bilik yang ditawarkan di sini. Bilik berhawa dingin dengan bilik mandi dan tandas sendiri ataupun bilik berkipas dengan bilik mandi dan tandas berkongsi. Setiap bilik mempunyai set tempat tidur yang selesa dan set television. Ianya juga menyediakan kelengkapan membuat the dan kopi. *Need to refer back to Ah PIng Ko Ko

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 18 – Menarik, Murah, Mempunyai Perkhidmatan Yang Memuaskan, Indah, dan Berpatutan.

  • Harga – Dari RM 70 semalaman.
  • Alamat – 47, Batu Ferringhi, 11100 Penang Batu Ferringhi, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

19. Hideout@Sixty4

Hideout@Sixty4

Hideout@Sixty4 menawarkan khidmat rumah penginapan kepada tetamu. Bilik-bilik yang ditawarkan telah di ubahsuai dan dihias dengan tema rustic. Sesetengah bilik ada dilengkapi dengan balkoni. Setiap bilik mempunyai set bilik tidur yang bertaraf hotel ternamaTuala dan peralatan mandi juga ada disediakan dan air.

Rumah penginapan ini juga mempunyai ruang dapur untuk kegunaan tetamu. Ruang dapur lengkap dengan peralatan memasak. Terdapat juga snek dan bekalan air minuman disediakan. Rumah penginapan ini juga menyediakan khidmat wifi percuma.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 19 – Menarik,  Bertema, Mempunyai Perkhimatan Yang Memuaskan dan Mudah.

  • Harga – Dari RM 86 semalaman.
  • Alamat – 64, Jalan Kelawai, 10250 Penang, 10250 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

20. Baba’s Guest House by The Sea

Baba's Guest House by The Sea

Baba’s Guest House by The Sea menawarkan perkhidmatan rumah tamu yang terletak di Batu Ferringhi. Rumah tamu ini menawarkan bilik berbalkoni yang menghadap pemandangan Pantai Batu Feringghi kepada tetamu. Ianya juga menawarkan dua jenis bilik iaitu bilik berhawa dingin dan tidak berhawa dingin. Bilik berhawa dingin mempunyai tandas dan bilik mandi sendiri manakali bilik tidak berhawa dingin perlu berkongsi tandas dan bilik mandi.

Walaupun rumah tamu ini bersaiz kecil, ia mempunyai perpustakaan mini untuk tetamu yang ingin bersantai di pantai dan menghabiskan masa dengan membaca buku. Khidmat wifi percuma dan khidmat dobi turut disediakanPerkhidmatan meja depan juga ada menjual tiket bas dan ferri untuk tetamu.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 20 – IndahMudah, Menarik, Baik dan Mempunyai Beberapa Perkhidmatan Yang Unik.

Tahniah saya ucapkan kepada kamu sebab kamu sudah mencapai di hotel di penang ke-20. Ada 11 lagi hotel yang perlu anda lalui.

Jika berminat untuk melancong di tempat lain, kami juga mempunyai artikel lain yang berkaitan selain daripada hotel di Penang:

  • Harga – Dari RM 70 semalaman.
  • Alamat – 52, Batu Ferringhi, 11100 Penang Batu Ferringhi, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

21. Malabar Inn

Malabar Inn

Malabar Inn adalah rumah tamu yang terletak di tengah-tengah bandar George Town. Bangunan rumah tamu ini kelihatan seperti rumah kedai biasa tetapi sebenarnya telah wujud sebelum perang dunia kedua meletus. Struktur dan rekabentuk bangunan lama ini dikekalkan dan dipelihara supaya sentiasa kelihatan unik dan autentik. Tingkap yang digunakan di rumah tamu ini juga adalah tingkap asal bangunan tersebut.

Bilik-bilik yang disediakan dilengkapi dengan set penghawa dinginPerabot seperti katil, meja tulis, penyangkut pakai dan soket kuasa ada disediakan. Tandas dan bilik mandi dilengkapi dengan air panas.

Rumah tamu ini menyediakan balkoni untuk tetamu bersantai sambal menikmati kopi dan teh, perpustakaan mini untuk tetamu membaca buku dan suratkhabar. Malabar Inn juga mempunyai restoran makanan yang menawarkan masakan yang enak dan berpatutan kepada tetamu.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 21 – Menarik, Bersejarah, Strategik, Mudah dan Mempunyai Perkhimatan Yang Baik.

  • Harga – Dari RM 76 semalaman.
  • Alamat – 26-28, Lebuh Cintra, 10100 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

22. 5imply 9ice Heritage

5imply 9ice Heritage

5imply 9ice Heritage adalah rumah tamu yang menawarkan tempat penginapan yang elegan dan menawan.

Setiap bilik di premis ini dilengkapi dengan set penghawa dingin, meja, rak pakaian, set televisyen dan cerek elektrikBilik mandi dan tandas juga dilengkapi dengan air panas.
Terdapat ruang rehat dimana tetamu dapat bersantai dan minum petang. Mesin basuh dan mesin penapis air untuk minuman juga ada disediakan untuk kegunaan tetamu. Rumah tamu ini juga menyediakan khidmat wifi percuma.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 22 – Menarik, Bagus dan Mempunyai Perkhidmatan Yang Memuaskan.

  • Harga – Dari RM 80 semalaman.
  • Alamat – 59, Malay Street, Georgetown 10100, Penang, Malaysia, 10100 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

23. Wassup Youth Hostel

Wassup Youth Hostel

Sesuai dengan Namanya, Wassup Youth Hostel ini amat sesuai untuk tetamu dikalangan anak-anak muda. Reka bentuk dan hiasan yang modern dan terkini amat sesuai dengan jiwa muda.

Hostel ini agak unik berbanding hostel yang lain di Pulau Pinang, hostel ini mempunyai kolam renang, bilik rehat yang penuh dengan permainan seperti meja fusbal, meja billiard, beg beany dan set sofa untuk tetamu bersantai, bilik yang dihias cantic lengkap dengan peti ais, rak baju, katil yang selesa, set televisyen, seterika dan alat pengering rambut. Hostel ini juga menyediakan kemudahan wifi percuma.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 23 – Unik, Seronok, Memudahkan dan Mempunyai Pelbagai Perkhidmatan.

  • Harga – Dari RM 29 semalaman.
  • Alamat – 495E, Jalan Penang, Georgetown, Penang, 10000 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

24. The 80’s Guesthouse

The 80's Guesthouse

The 80’s Guesthouse adalah rumah tamu yang telah berusia lebih daripada 100 tahun. Bangunan rumah tamu ini asalnya adalah bangunan rumah kedai yang telah dibaikpulih. Konsep rumah tamu ini adalah menggabungkan tema lama dan baru yang mengekalkan nilai sentimental dan dalam masa yang sama selesa untuk didiami.

Struktur lama yang masih utuh seperti pintu kayu, alang terdedah dan susunan batu bata dikekalkan dan dipelihara manakala struktur yang mengalami kerosakan dipulihara dan ditambah dengan struktur yang baru. Rumah tamu ini juga dihiasi dengan campuran hiasan vintage dan kontemporari.

Bilik-bilik yang ditawarkan lengkap dengan kemudahan asas dan dihiasi dengan hiasan-hiasan vintage. Bilik mandi dan tandas dilengkapi dengan air panasSarapan pagi disediakan dan terdapat dapur dimana ketuhar gelombang mikro, peti ais dan alat pembakar roti disediakan untuk kegunaan tetamu.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 24 – Menarik, Bersejarah, Bertema, Selesa dan Mempunyai Perkhidmatan Yang Memuaskan.

  • Harga – Dari RM 32 semalaman.
  • Alamat – 46, Love Lane, 10200 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

25. Viva Guest House

Viva Guest House

Viva Guest House adalah rumah tamu yang terletak di Ayer Hitam, Pulau Pinang. Ianya menawarkan bilik berhawa dingin yang selesa dengan harga bajetTandas dan bilik mandi dilengkapi air panas. Rumah tamu ini juga menyediakan khidmat wifi percuma untuk tetamu.

Rumah tamu ini juga agak sunyi pada waktu malam, sesuai untuk tetamu yang tidak sukakan suasana yang bising pada waktu malam.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 25 – Berpatutan, Mudah, Menyenangkan dan Mempunyai Perkhidmatan Yang Mencukupi.

Ingin melancong di tempat lain? Berikut adalah senarai hotel di tempat lain, selain daripada hotel di Penang:

  • Harga – Dari RM 45 semalaman.
  • Alamat – 134 Jalan Paya Terubong 2nd floor, 11500 Ayer Itam, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

26. Penang Hill Lodge

Penang Hill Lodge

Penang Hill Lodge ialah rumah penginapan yang terletak di Air Itam, Pulau Pinang. Rumah penginapan ini asalnya rumah teres dua tingkat yang telah diubahsuai. Semua bilik di rumah ini dilengkapi dengan lampu yang terang dan berhawa dingin, bilik mandi dan tandas masing-masing, peralatan mandi, alat pengering rambut, set telivisyen dengan program televesyen satelit dan cerek elektrik.

Rumah penginapan ini juga menyediakan ruang rehat untuk tetamu bersantai. Terdapat juga sudut kopi bersebelahan dengan halaman yang dihiasi dengan pokok herba dan bunga. Perkhidmatan wifi percuma turut disediakan. Selain itu, jika tetamu ingin menyewa kenderaan seperti kereta, motorsikal ataupun basikal, pihak pengurusan rumah penginapan ini akan menguruskannya.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 26 – MemudahkanBaik, Mempunyai Perkhidmatan Yang Memuaskan. 

  • Harga – Dari RM 89 semalaman.
  • Alamat – 554-L, Jalan Air Itam, Penang, 11500 Ayer Itam, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

27. House of Journey

House of Journey

House of Journey adalah tempat penginapan yang menawarkan bilik peribadi dan asrama kepada tetamu. Ianya terletak berhampiran dengan tapak warisan dunia UNESCO dan medan-medan selera.

Bilik-bilik di premis ini bertemakan stail Boutique yang trendi dan di cat dengan warna-warna terang. Setiap bilik juga berhawa dingin dan bilik mandi dilengkapi dengan air panasServis bilik juga turut disediakan.

House of Journey mempunyai café dan bar untuk tetamu. Premis ini mempunyai wifi percuma dan juga menawarkan service fotokopi dan cetakan. Jika ada tetamu yang berminat untuk menempah pakej lawatan, menyewa basikal ataupun mahu menggunakan service penghantaran ke lapangan terbang. Pekerja-pekerja boleh menbantu untuk memudahkan urusan.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 27 – Strategik, Bertema, Memudahkan dan Mempunyai Perkhidmatan Yang Baik.

  • Harga – Dari RM 45 semalaman.
  • Alamat – 45,47, Lorong Sek Chuan St, 10200 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

28. JV Hotel

JV Hotel @ Simpang Ampat terletak di Simpang Ampat, tanah besar Pulau Pinang. Ianya adalah sebuah hotel satu bintang. JV Hotel mempunyai 54 buah bilik dengan 8 variasi. Setiap bilik adalah berhawa dingin lengkap dengan meja tulis, set televisyen dan rak pakaian. Bilik-bilik tersebut juga mempunyai bilik mandi dan tandas sendiri.

Seperti hotel-hotel yang lain, khidmat pembersihan harian bilik dan dobi ada disediakan. Kemudahan menggosok baju dan alatan pengering rambut diberikan atas permintaan. Perkhidmatan meja depan juga beroperasi 24 jam sehari bagi memudahkan urusan keluar masuk tetamu.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 28 – Memudahkan, Memuaskan, Bersih dan Mempunyai Perkhidmatan Yang Baik.

  • Harga – Dari RM 66 semalaman.
  • Alamat – No. 1711-1713, Jalan Simpang Ampat, 14100 Simpang Ampat, 14100 Simpang Ampat, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

29. The Sovereign

The Sovereign

The Sovereign Hotel adalah sebuah butik hotel yang bertaraf 2 bintang. Ianya terletak di Lorong Kinta Georgetown. Hotel ini terdiri daripada 4 buah rumah kedai dua tingkat yang diubahsuai. Ianya menawarkan 14 buah bilik dengan 5 variasi.

Hotel ini menyediakan khidmat sarapan pagi. Interiornya ringkas dan modern. Bilik-bilik yang ditawarkan juga berhawa dingin dan bilik mandi dilengkapi air panasPerkhidmatan wifi percuma turut disediakan.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 29 – Unik, Cantik, Modern, Mudah, dan Mempunyai Perkhidmatan Yand Memuaskan

  • Harga – Dari RM 85 semalaman.
  • Alamat – No 22 Lorong Kinta, Georgetown, Penang, Penang, 10400, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

30. Chulia Heritage Hotel

Chulia Heritage Hotel

Chulia Heritage Hotel adalah hotel warisan yang bertaraf tiga bintang. Ianya terletak betul-betul di kawasan tapak warisan dunia UNESCO. Hotel ini menawarkan bilik yang stylish dan bergaya pada harga yang cukup berbaloi.

Dengan interior yang bertemakan warna putih dan emas, setiap bilik dilengkapi dengan set penghawa dingin, katil yang selesa, set televisyen, peralatan membuat kopi atau the dan alat pengering rambut.

Hotel ini mempunyai perkhidmatan meja depan yang beroperasi 24 jamPerkhidmatan wifi percuma juga turut disediakan.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 30 – Strategik, Bertaraf Tiga Bintang, Selesa, Memudahkan dan Unik.

Selain daripada hotel di penang, jika anda Ingin melancong dan menginap di tempat lain seperti Muar, Bangi dan Selangor, berikut adalah senarainya:

  • Harga – Dari RM 90 semalaman.
  • Alamat – No. 380, Chulia Street, 10200 George Town, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

31. Kimberley Hotel

Kimberley Hotel

Kimberley Hotel Georgetown adalah hotel di Penang yang baru dibuka pada tahun 2016. Ianya bertaraf 3 bintang. Bangunan yang digunakan asalnya adalah bangunan warisan yang dibina pra perang dunia kedua dan terletak di atas tapak warisan dunia UNESCO. Walaupun telah diubahsuai, ciri-ciri klasik bangunan masih lagi dikekalkan.

Bilik-bilik yang ditawarkan dihiasi dengan tema colonial dan dilengkapi dengan keperluan asas seperti penghawa dingin, katil yang selesa, meja tulis, set televisyen dan banyak lagi. Perkhidmatan wifi percuma turut disediakan. Apa yang menarik tentang Kimberley Hotel adalah, sesetengah bilik mempunya balkoni di mana tetamu boleh duduk santai sambal menikmati pemandangan bandar Georgetown.

Selain menawarkan bilik untuk diinap. Kimberley Hotel mempunyai fasiliti seperti dewan dan restoran yang menyediakan makanan enak kepada tetamu dengan harga yang berpatutan.

#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Penang No. 31 – Unik, Bersejarah, Memudahkan dan Mempunyai Pelbagai Perkhidmatan Yang Baik.

Disinilah pengakhirannya untuk semua 31 hotel di penang. 

  • Harga – Dari RM 90 semalaman.
  • Alamat – No.36, G-02 Jalan Sungai Ujong, Georgetown, Penang, Penang, 10100, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

Tempat-tempat penginapan yang disenaraikan di atas ini memang amat berbaloi sekali untuk pengunjung yang mahukan kemudahan asas yang selesa dan tidak mahu berlebih-lebih untuk mencari tempat menginap. 

Jika senarai ini masih tidak mencukupi, boleh sahaja terus ke senarai hotel di Malaysia, laman web Booking.com ataupun Hotels.com untuk lebih pilihan penginapan. Pulau Pinang memang tempat yang seronok untuk dilawati. Pilihan tempat penginapan yang tepat dapat menambahkan lagi keseronokan melancong.

Similar Posts