31 Hotel yang Menarik dan Selesa di Alor Setar
Alor Setar atau mesra dipanggil Aloq Setaq oleh orang-orang utara merupakan ibu negeri Kedah. Jika anda bertujuan melawat ke sini dan masih mencari-cari hotel di alor setar, anda datang ke tempat yang betul.
Pilihan Terbaik: Hotel di Alor Setar
Hotel Termurah: Tanjak Motel, ” Motel ini menawarkan penginapan yang termurah di Alor Setar tetapi penginapan dan perkhidmatan yang disediakan amat bagus dan memuaskan.”
Hostel Bajet Paling Berbaloi: Hotel ASRC, “Hotel ini menyediakan penginapan pada harga berpatutan, ianya mempunyai kafe, ruang santai, kolam renang, gelanggang futsal dan banyak lagi.”
Villa Berkonsep Unik: The Art Villa “Villa yang berkonsep art deco ini amat menarik dan cantik. Luaran dan dalaman hotel ini dihias dengan poster-poster antik dan perabot vintage yang memberi impresi unik.”
Resort untuk Keluarga: Dangau Sala Resort, “Resort ini menyediakan penginapan sesuai unituk keluarga berkumpul, ia mempunyai fasiliti seperti tempat barbeku, dapur dengan peralatan memasak dan kolam renang”
Hotel Mewah terbaik: Grand Alora Hotel, “Hotel mewah 5 bintang ini menyediakan segala-gala yang anda inginkan.”
Di sini kami sediakan senarai 31 hotel yang terdiri dari hotel bajet hingga ke hotel mewah. Kesemua hotel yang disenaraikan mendapat ulasan positif daripada tetamu-tetamu yang pernah menginap di sana. Jadi jangan gusar tentang kualiti perkhidmatan dan fasiliti-fasiliti yang disediakan. Pilih sahaja mana yang mana berkenan dan sesuai dengan bajet anda.
1. Tanjak Motel

Tanjak Motel terletak bersebelahan dengan Terminal Bas Shahab Perdana yang merupakan stesen bas utama di Alor Setar. Hotel ini merupakan sebuah hotel bajet bertaraf 1.5 bintang yang dicat dengan warna-warna yang menarik.
Hotel ini menawarkan 17 bilik tetamu yang berwarna-warni dan cantik. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan set bilik tidur berwarna terang, alat penghawa dingin, set TV berskrin rata, tuala dan rak tuala. Mengikut review tetamu yang pernah menginap di sini, katil yang disediakan sangat empuk dan selesa. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja dengan dan pengawal keselamatan yang beroperasi 24 jam, daftar masuk/daftar keluar ekspres dan ruang simpanan bagasi.

- Harga – Dari RM 51 Semalaman.
- Alamat – 179 & 180 (GF), Jalan Shahab 5, Kompleks Shahab Perdana, Jalan Sultanah Sambungan, 05150 Alor Setar, Malaysia
2. Hotel ASRC

Hotel ASRC terletak dalam jarak 5 minit berjalan kaki dari Muzium Negeri di Alor Setar.
Ianya menawarkan 74 bilik tetamu yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan lantai berjubin. Ia juga mempunyai set televisyen berskrin rata, rak baju, cermin, tuala dan almari. Bilik mandi pula mempunyai kemudahan pancuran air panas dan set peralatan mandian percuma.
Hotel ASRC menawarkan kemudahan seperti liputan WIFI percuma, sebuah kolam renang terbuka, sebuah kolam renang kanak-kanak, meja ping pong, gelanggang badminton, gelanggang skuasy, gelanggang futsal, sebuah restoran dan kedai runcit,
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan dobi dan cucian kering, perkhidmatan kemasan bilik harian.

- Harga – Dari RM 63 Semalaman.
- Alamat -58, Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar, Malaysia
3. Rainbow Hotel

Rainbow Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak 5 minit berjalan kaki dari Alor Setar Mall.
Hotel ini menawarkan 52 bilik tetamu yang berhawa dingin yang dilengkapi dengan set TV berskrin rata, alat pemainan DVD, cermin dan meja kerja. Bilik mandi pula dilengkapi pancuran air panas dan set mandian. Alat pengering rambut dan seterika ada disediakan dengan atas permintaan.
Hotel ini menyediakan kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta, dispenser air pada setiap tingkat hotel dan loker. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan seperti khidmat kemasan bilik harian.

- Harga – Dari RM 68 Semalaman.
- Alamat – 225, Kawasan Perindustrian Tandop, Jalan Lencong Barat, 05400 Alor Star, Malaysia
4. The Leverage Business Hotel – Kuala Kedah

The Leverage Business Hotel Kuala Kedah merupakan salah satu cawangan The Leverage Business Hotel yang terdapat di Alor Setar. Sesuai dengan namanya, hotel ini memberi fokus kepada tetamu yang datang ke Alor Setar untuk tujuan kerja ataupun perniagaan. Walaupun begitu, ia juga sesuai untuk tetamu yang datang untuk melancong.
Hotel ini menawarkan 48 buah bilik tetamu yang dihias moden. Ianya dilengkapi penghawa dingin, TV berskrin rata, pemain DVD, meja kerja dan telefon. Terdapat juga papan putih disediakan di dalam beberapa suite di hotel ini. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti seperti liputan WIFI yang berkelajuan tinggi, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, sebuah pusat perniagaan yang lengkap dengan komputer dan mesin fotokopi dan beberapa bilik mesyuarat.
Tetamu boleh menjamu selera di Oldtown White Coffee Cafe yang terletak bersebelahan hotel. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk khidmat kemasan harian dan pengawal keselamatan yang beroperasi 24 jam.

- Harga – Dari RM 71 Semalaman.
- Alamat – 50, Taman Gunung Indah, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Malaysia
5. T Hotel Anggerik

T Hotel Anggerik merupakan salah satu daripada 3 cawangan T hotel yang terletak di Alor Setar. Tetamu yang pernah menetap di sini memberi ulasan yang hotel ini amat bersih dan baru sahaja diubahsuai. Ianya juga terletak berhampiran dengan kedai-kedai dan restoran.
Ia menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas dan dilengkapi dengan set penghawa dingin, set TV, tuala, katil, meja tulis dan kerusi. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas.
Hotel ini menyediakan kemudahan seperti liputan WiFi percuma dan kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam.

- Harga – Dari RM 72 Semalaman.
- Alamat – Jalan Anggerik 7 226 Taman Anggerik, 05050 Alor Setar, Kedah., 06600 Alor Setar, Malaysia
6. The Art Villa

The Art Villa adalah sebuah resort yang menyediakan penginapan menarik kepada tetamu. Resort ini dihias cantik dan dipenuhi dengan elemen art deco yang menarik.
Villa ini menawarkan 9 buah bilik tetamu berhawa dingin yang lengkap dengan keperluan asas seperti set TV dan tuala. Bilik mandi juga dilengkapi dengan pancuran air panas, tab mandi dan set mandian.
Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti liputan WIFI percuma, tempat letak kereta yang luas, sauna, gim, ruang santai untuk anda minum teh, kolam, sebuah taman mini yang damai dan sebuah restoran makanan bertaraf 4 bintang. Resort ini juga menyediakan perkhidmatan scrub badan dan rawatan pranatal untuk wanita.

- Harga – Dari RM 81 Semalaman.
- Alamat – 77A, Jalan Orkid 3, Taman Seri Bandar 5, 05050 Alor Setar, Malaysia
7. The Leverage Business Hotel – Bandar Baru Mergong

The Leverage Business Hotel Mergong merupakan salah satu lagi cawangan hotel The Leverage Business Hotel yang berfokuskan perniagaan.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berlantai kayu yang dihias moden. bilik-bilik tetamu di sini juga dilengkapi dengan set penghawa dingin, set TV skrin-rata, cerek elektrik, set membuat teh dan kopi dan alat pemain DVD. Bilik mandi pula dilengkapi pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah bilik tetamu juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini juga menyediakan liputan WIFI percuma yang berkelajuan tinggi, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta, sebuah restoran yang menyajikan hidangan tempatan dan pusat perniagaan yang lengkap dengan komputer, meja kerja dan mesin fotokopi.
Antara pekhidmatan yang disedikan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik dan perkhidmatan dobi dengan bayaran tambahan.

- Harga – Dari RM 81 Semalaman.
- Alamat – 12, Jalan Lengkok Sari, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Malaysia
8. JP Hotel Fasa 2

JP Hotel mempunyai 3 cawangan hotel bajet di Alor Setar, salah satunya ialah JP Hotel Fasa 2. Lokasi hotel ini terletak strategik di tengah-tengah bandar.
JP Hotel Fasa 2 menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin yang lengkap dengan semua kelengkapan asas seperti set TV dan set membuat teh dan kopi. Bilik mandi juga dilengkapi pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, CCTV, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta, mesin dispenser air dan sebuah restoran.

- Harga – Dari RM 83 Semalaman.
- Alamat – Taman Sultan Badlishah, 05050 Alor Setar, Kedah, Malaysia
9. DOTA Hotel

Dota Hotel merupakan subsidiari kepada AST Hotek. Ianya merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang. Seluruh dinding di hotel ini dihias dengan lukisan-lukisan gambar yang menarik.
Hotel ini menawarkan 17 bilik tetamu yang lengkap dengan penghawa dingin, set TV berskrin rata, kemudahan membuat teh dan kopi, meja kerja, cermin dan meja kerja.
Hotel ini juga menyediakan kemudahan seperti liputan WIFI percuma, tempat letak kereta dan mesin minuman ringan layan diri. Air mineral sebanyak 2 botol juga diberi percuma kepada tetamu.

- Harga – Dari RM 83 Semalaman.
- Alamat – 10, Kawasan Perusahaan Tandop Baru, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Kedah, 05400 Alor Setar, Malaysia
10. AST Hotel

AST Hotel mendakwa hotel mereka merupakan hotel terbaik di Alor Setar. Bangunan hotel ini mempunyai 3 tingkat dan dihias moden.
Hotel ini menawarkan 49 bilik tetamu yang bergaya. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin, meja tulis, set TV berskrin rata, kemudahan membuat teh dan kopi, 2 botol air mineral dan beberapa paket biskut. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, set mandian dan alat pengering rambut.
Hotel ini juga menyediakan kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang lobi yang luas, ruang simpanan bagasi, mesin dispenser air dan tempat letak kenderaan.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti perkhidmatan kemasan bilik harian dan perkhidmatan panggilan teksi.

- Harga – Dari RM 84 Semalaman.
- Alamat – 182, Taman Perindustrian Tandop Baru, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05400 Alor Setar, Malaysia
11. Green Town Hotel

GREEN TOWN HOTEL ALOR SETAR merupakan sebuah hotel bajet bertaraf 1 bintang. Hotel ini baru sahaja dibuka dan terletak berhampiran dengan Terminal Bas Shahab Perdana yang merupakan stesen bas utama di Alor Setar.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin yang lengkap dengan kemudahan asas seperti set TV, meja kerja, cerek elektrik, cermin dan rak baju. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini menyediakan kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan khidmat kemasan bilik harian.

- Harga – Dari RM 85 Semalaman.
- Alamat – NO 12 JALAN SHAHAB 3 TERMINAL BAS SHAHAB PERDANA, 05100 Alor Setar, Malaysia
12. JP Hotel Jalan Stadium

JP Hotel mempunyai 3 cawangan hotel bajet di Alor Setar, salah satunya ialah JP Hotel Jalan Stadium. Ianya baru dibuka dan segala peralatan dan kemudahan yang disediakan masih baru.
Cawangan JP Hotel yang satu ini menawarkan 20 buah bilik tetamu yang sangat selesa. Bilik-bilik ini berhawa dingin dan dilengkapi keperluan asas seperti set TV, tuala, cermin, rak baju, kerusi, meja tulis dan cerek elektrik. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas.
Hotel ini menyediakan kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan dan sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam. Walaupun tidak mempunyai restoran, hotel ini ada menyediakan pantri yang lengkap dengan meja makan dan peralatan dapur untuk tetamu menikmati makanan yang mereka bungkus dari luar.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti perkhidmatan kemasan bilik harian dan perkhidmatan panggilan teksi.

- Harga – Dari RM 93 Semalaman.
- Alamat – Taman Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah, Malaysia
13. Hotel Royale

Hotel Royale ini terletak bersebelahan dengan sungai. Ianya juga terletak di lokasi strategik yang berdekatan dengan pusat membeli-belah dan stesyen minyak.
Tetamu yang pernah menginap di hotel ini rata-rata memuji keluasan bilik tetamu yang ditawarkan. Bilik-bilik tetamu disini berhawa dingin dan dilengkapi dengan kelengkapan asas termasuk meja tulis, set TV berskrin rata dan set membuat teh/kopi. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini menawarkan kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan sebuah restoran yang menyediakan sarapan pagi kepada tetamu. Terdapat juga restoran Kenny Rogers yang memberi tawaran menarik kepada tetamu yang menginap di hotel ini.
Selain dari perkhidmatan kemasan bilik harian, tetamu juga boleh menempah pakej memancing dengan pihak hotel.

- Harga – Dari RM 102 Semalaman.
- Alamat – 97, Seberang Jalan Putra, 05100 Alor Setar, Malaysia
14. Hotel Grand Crystal

Hotel Grand Crystal merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Hotel ini diuruskan oleh Grand Hotels International Group.
Hotel ini menawarkan 138 bilik tetamu dan suite yang luas, berhawa dingin dan dihias elegen dengan kombinasi gaya moden dan tradisional Malaysia. Bilik-bilik tetamu dilengkapi dengan set TV bersatelit, telefon IDD, set membancuh teh/kopi, peti simpanan dan bar mini. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas,
Hotel ini juga menawarkan kemudahan seperti 5 bilik persidangan yang dapat menampung sehingga 150 tetamu, tempat letak kereta, liputan WIFI percuma, sebuah kolam renang dan sebuah restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas kepada tetamu dan sebuah surau.
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, khidmat dobi dan cucian kering, khidmat tempahan lawatan dan khidmat panggilan teksi.

- Harga – Dari RM 102 Semalaman.
- Alamat – 40 Jalan Kampung Perak, 05100 Alor Setar, Malaysia
15. Hostel Ah Wai, Hostel Ah Zhi

Walaupun Hostel Ah Wai, Hostel Ah Zhi ini merupakan sebuah hostel, perkhidmatan yang ditawarkan adalah bertaraf 3 bintang. Hostel ini menjanjikan pengalaman penginapan yang unik kepada para tetamu. Hostel ini dihias sangat cantik dengan elemen-elemen klasik yang amat sesuai untuk tetamu yang suka bergambar. Untuk pelancong yang datang bersama rakan ataupun bersendirian, pengalaman menginap di hotel ini adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.
Hostel ini menyediakan penginapan unik berbentuk khemah. Terdapat 9 bilik asrama berteres dan berhawa dingin. setiap bilik mengandungi khemah yang disusun berbaris. Setiap bilik di sini juga dilengkapi dengan set TV, produk pembersih, rak baju kopi segera percuma, teh percuma, linen, dapur kecil dan ketuhar gelombang mikro. Setiap khemah lengkap dengan tilam, kipas mini, penutup telingan dan lampu mini. Semua tetamu berkongsi bilik air yang sama. Menurut tetamu yang pernah menginap di sini, tandas dan bilik air yang disediakan sangat bersih, lengkap dengan bidet dan peralatan mandi.
Hostel ini menyediakan kemudahan lain termasuk liputan WIFI percuma,ruang santai di mana anda boleh menonton TV dan membaca, sebuah bilik permainan yang menyediakan permainan dalaman atau tradisional seperti congkak, catur atau UNO, sebuah taman yang cantik dan menenangkan, tempat meletak basikal, mesin basuh dan ruang makan.
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada khidmat daftar masuk dan keluar peribadi, khidmat sarapan pagi, khidmat kemasan bilik harian, khidmat sewaan basikal, khidmat dobi dan khidmat simpanan bagasi

- Harga – Dari RM 94 Semalaman.
- Alamat – 87 Pekan Melayu, 05000 Alor Setar, Malaysia
16. T Hotel Tandop

T Hotel Tandop adalah salah satu daripada cawangan T Hotel yang terdapat di Alor Setar.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias moden dan berhawa dingin. Bilik-bilik di sini juga dilengkapi dengan kemudahan asas seperti set TV, permainan DVD, meja tulis, kerusi, tuala dan cermin. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24-jam dan restoran yang dibuka waktu sarapan pagi,
Perkhidmatan yang ditawarkan pula terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, khidmat pengangkutan ulang-alik dan perkhidmatan dobi boleh diaturkan di atas permintaan.

- Harga – Dari RM 97 Semalaman.
- Alamat – 12 & 13, Kawasan Perusahaan Tandop Baru, 05400 Alor Setar, Malaysia
17. Hotel Mesra

Hotel Mesra ini asalnya sebuah motel yang telah dinaik taraf. Hotel ini kini bertaraf hotel 2 bintang. Selain menggunakan tenaga elektrik, hotel ini juga beroperasi menggunakan tenaga solar. Hotel ini terletak bersebelahan sawah padi.
Hotel Mesra ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang berhawa dingin yang dilengkapi dengan kemudahan seperti peti sejuk, set TV berskrin rata, cerek elektrik, kopi segera, cermin dan sofa. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Sebahagian bilik tetamu mempunyai teres yang mengadap taman.
Hotel ini menawarkan kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta dan restoran.
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian,

- Harga – Dari RM 98 Semalaman.
- Alamat – BATU 5 Jalan Langgar JALAN LANGGAR, 06500 Alor Setar, Malaysia
18. Dangau Sala Resort

Resort Dangau Sala adalah resort yang dibina dengan menggunakan kabin. Resort ini sangat sesuai untuk keluarga yang bercuti. Ianya terletak bersebelahan dengan sawah padi.
Resort ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin dengan ruang tempat duduk yang lengkap dengan cerek elektrik dan set TV berskrin rata. Bilik-bilik di sini mempunyai pemandangan tasik dan bukit. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas.
Resort ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kolam memancing ikan dan udang, kolam renang, kemudahan barbeku, sebuah taman, ruang santai dan basikal percuma. Resort ini juga mempunyai restoran yang menghidangkan makanan laut yang segar.
Antara aktiviti yang terdapat di resort ini termasuk berbasikal, memancing dan mendaki.

- Harga – Dari RM 100 Semalaman.
- Alamat – Dangau Sala Resort, Jalan Jemerlang Kuala Sala, Kota Sarang Semut, 06800 Alor Setar, Malaysia
19. Hotel Darulaman Alor Setar

Hotel Darulaman Alor Setar adalah milik penuh Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Bhd. Ianya merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Hotel ini terletak sangat hampir dengan lokasi Pasar Rabu yang terkenal.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang besar dan selesa. Ianya lengkap dengan set TV, cermin, mej tulis, kerusi, cerek elektrik dan set kopi/teh. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta dan restoran yang menyediakan buffet sarapan pagi kepada para tetamu.
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian.

- Harga – Dari RM 104 Semalaman.
- Alamat – Lot 1590 Jalan Tunku Ibrahim, 05000 Alor Setar, Malaysia
20. T+ Hotel

T+ Hotel @ Alor Setar salah satu dari cawangan T Hotel di Alor Setar. Cawangan hotel ini sedikit kelas atas berbanding dua lagi cawangan T Hotel yang terdapat di Alor Setar.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berlantai dan berperabot kayu yang elegan. Bilik-bilik hotel ini juga menggunakan linen putih dan mempunyai pencahayaan yang terang. Penghawa dingin dan set TV juga ada disediakan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, tempat letak kereta dan restoran yang menyediakan sarapan pagi
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk khidmat kemasan bilik harian dan perkhidmatan dobi.

- Harga – Dari RM 110 Semalaman.
- Alamat – No. 888, Batu 2 1/2, Jalan Sungai Korok , 05440 Alor Setar, Malaysia
21. Hotel Seri Malaysia Alor Setar

Hotel Seri Malaysia Alor Setar merupakan salah satu cawangan Hotel Seri Malaysia. Hotel ini merupakan hotel yang bertaraf 3 bintang. Hotel ini telah diubahsuai pada tahun 2000 dan masih mengekalkan ciri-ciri tradisi Melayu pada hiasan dalamannya.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang direka untuk memberi keselesaan kepada tetamu. Bilik-bilik tetamu yang ditawarkan mempunyai set penyaman udara, set TV, peti sejuk, meja tulis, papan seterika dan pembuat kopi / teh. Bilik air pula mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut, jubah mandi dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, tempat letak kereta, sebuah restoran bernama Restoran Cafe Sayang yang menyajikan hidangan Melayu dan buffet sarapan pagi, bilik-bilik mesyuarat dan kolam renang.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan harian, perkhidmatan urutan, perkhidmatan dobi dan cucian kering, perkhidmatan tempahan tiket, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, perkhidmatan panggilan kejutan bangun pagi, perkhidmatan hantaran fax dan fotokopi.

- Harga – Dari RM 114 Semalaman.
- Alamat – Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah, 05100 Alor Setar, Malaysia
22. Fuller Hotel

Fuller Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang dibina pada 2012. Horel Ini terletak bersebelahan dengan pusat membeli belah Aman Sentral.
Hotel ini menawarkan 132 bilik tetamu yang elegen dan selesa. Bilik-bilik ini lengkap dengan kelengkapan asas seperti set TV, cerek elektrik dan set membuat teh/kopi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, tempat letak kereta, bilik mesyuarat, zon seterika, sebuah surau dan ruang santai yang mempunyai pemandangan taman. Hotel ini tidak mempunyai restoran, tetapi ianya menawarkan perkhidmatan katering yang terletak di teres atas bumbung.
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan kejutan bangun pagi, perkhidmatan hantaran fax dan fotokopi.

- Harga – Dari RM 121 Semalaman.
- Alamat – NO. 1, Kompleks Perniagaan Pintu 10, Jalan Pintu Sepuluh,, 05100 Alor Setar, Malaysia
23. Q Bintang Hotel

Q Bintang Hotel merupakan sebuah hotel butik yang berkongsi bangunan dengan kedai serbaneka dan restoran nasi kandar yang terkenal. Ianya dibuka pada tahun 2015.
Hotel ini menawarkan 54 buah bilik tetamu yang luas dan selesa. Bilik-bilik ini ini dilengkapi dengan set penghawa dingin, telefon, meja kerja, set TV bersatelit, peti simpanan peribadi dan peti sejuk. Bilik air pula dilengkapi dengan tuala, pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta dan sebuah surau yang luas untuk tetamu muslim bersolat.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan hantaran surat khabar ke bilik.

- Harga – Dari RM 136 Semalaman.
- Alamat – No. 7-14, Taman Seri Astana, Fasa 1, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah, 05460 Alor Setar, Malaysia
24. Sentosa Regency Hotel

Sentosa Regency Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Alor Setar. Ianya menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dan menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Sentosa Regency Hotel menawarkan 86 buah bilik tetamu berhawa dingin yang luas. Bilik-bilik tetamu ini dilengkapi set meja dan kerusi, cermin, cerek elektrik dengan set kopi/teh 3 dalam 1, telefon dan set TV berskrin rata,
Hotel ini juga mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan dan sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, lobi dan ruang menunggu yang luas dan selesa, bilik mesyuarat, tempat letak kereta dan sebuah restoran yang menyediakan buffet sarapan pagi dan masakan panas kepada tetamu.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, khidmat panggilan teksi, perkhidmatan dobi, perkhidmatan cucian kering, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, perkhidmatan hantaran fax dan perkhidmatan fotokopi.

- Harga – Dari RM 124 Semalaman.
- Alamat – 250, Jalan Putra, 05150 Alor Setar, Malaysia
25. The Jerai Hotel Alor Star

Hotel Jerai, Alor Setar dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Ianya merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang.
Hotel ini juga menawarkan 96 buah bilik tetamu yang berhawa dingin, set membuat teh/kopi, Bilik mandi pula amat luas dan dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Sesetengah bilik mempunyai juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti bilik mesyuarat, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, pusat perniagaan, tempat letak dan sebuah restoran bernama Restoran Seribu Gantang yang berkonsepkan dapur terbuka. Restoran ini juga menyediakan buffet sarapan pagi untuk para tetamu.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik hari, perkhidmatan kejutan bangun pagi, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan pos.96

- Harga – Dari RM 143 Semalaman.
- Alamat – Lot 134-141 Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Malaysia
26. StarCity Hotel

StarCity Hotel adalah sebuah hotel 3 bintang yang terletak strategik di kawasan komersial di tengah-tengah bandar Alor Setar.
Hotel ini menawarkan sebanyak 98 buah bilik tetamu yang luas dan selesa. Setiap unit di hotel ini dilengkapi bar mini, surat khabar percuma, rak baju, set TV bersatelit, pembuat teh/kopi, air botol percuma, seterika dan papan seterika. Bilik air pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut dan selipar.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI berkelajuan tinggi, restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas bernama Paddy Coffee House, pusat perniagaan, sudut komputer, kaunter pertukaran mata wang, tempat letak kereta
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan dobi, perkhidmatan cucian kering, perkhidmatan panggilan ke bilik, perkhidmatan pengurusan acara dan perkhidmatan urutan.

- Harga – Dari RM 147 Semalaman.
- Alamat – 88, Jalan Pintu Sepuluh, 05100 Alor Setar, Malaysia
27. 38PC

38PC dikatakan merupakan hotel butik pertama yang dibuka di Alor Setar. Ianya merupakan sebuah bangunan pra perang yang terletak Pekan Cina yang telah dipulihara dengan mengekalkan ciri-ciri estetika tradisi Cina klasik.
38PC menawarkan 5 bilik tetamu yang selesa dan dihias dengan cantik. Bilik-bilik tetamu ini juga dilengkapi dengan kelengkapan asas. Setiap bilik juga dilengkapi sofa, alat pengering rambut, set TV dan cermin. Bilik air pula sangat luas dan mempunyai rak tuala dan pakaian yang besar. Ada bilik yang dilengkapi pancuran air panas dan ada yang dilengkapi tab mandi.
Hotel ini juga menawarkan kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang mesra, teres atas bumbung dengan pemandangan sekitar yang mendamaikan, kolam renang mini berjakuzi, ruang santai yang menyajikan tetamu dengan sarapan pagi.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan pengemasan harian dan perkhidmatan panggilan teksi. Tetamu juga boleh menikmati minuman seperti kopi, teh, minuman tin, jus buah dan snek percuma sepanjang hari yang disediakan di ruang santai hotel.

- Harga – Dari RM 167 Semalaman.
- Alamat – 38 Pekan Cina, 05000 Alor Setar, Malaysia
28. TH Hotel Alor Setar

TH Hotel Alor Setar merupakan hotel yang paling hampir dengan lapangan terbang di Alor Setar. Ianya merupakan sebuah hotel 4 bintang yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji. Hotel ini merupakan hotel patuh syariah.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas dan selesa. Setiap bilik dilengkapi dengan keperluan asas seperti set TV berskrin rata, cerek elektrik,set membuat teh/kopi, peti simpanan. Bilik mandi pula dilengkapi pancuran air panas, set mandian dan alat pengering rambut.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan mesra OKU, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi,tempat letak kereta percuma, surau yang luas, gimnasium, sauna, bilik wap, dua buah kolam renang berasingan mengikut jantina, kolam renang kanak-kanak, dewan ballroom yang boleh memuatkan sehingga 1500 orang, sebuah lounge makanan dan minuman ringan dan sebuah restoran yang menediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas
Antara perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan concierge, perkhidmatan bilik 24 jam, perkhidmatan kemasan bilik, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang.

- Harga – Dari RM 188 Semalaman.
- Alamat – Lot 3860, Mukim Titi Gajah, Seksyen 2, Bandar Anak Bukit, Daerah Kota Setar, 06020 Alor Setar, Malaysia
29. Grand Alora Hotel

Grand Alora Hotel merupakan sebuah hotel lima bintang di Alor Setar. Ianya menjanjikan tetamu pengalaman menginap yang sempurna dengan perkhidmatan yang berkelas tinggi.
Hotel ini menawarkan sebanyak 235 bilik tetamu dan 19 suite yang dihias cantik dan mewah. Setiap bilik dilengkapi dengan set TV berskrin rata, bar mini, cerek elektrik, set membuat teh/kopi dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, set mandian dan alat pengering rambut. Untuk suite, bilik mandinya juga dilengkapi dengan tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti akses WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai di lobi yang menyajikan minuman dan makanan ringan dan hiburan secara langsung, kaunter pertukaran matawang asing, pusat perniagaan, gimnasium, kolam renang dan spa yang lengkap dengan sauna dan bilik wap. Hotel ini juga mempunyai dua buah restoran di mana salah satunya menyediakan masakan panas tempatan dan antarabangsa, manakala satu lagi menyajikan masakan Cina.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan bilik 24 jam, penghantaran ulang alik dari/ke lapangan terbang, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, perkhidmatan teksi/limosin, perkhidmatan pos/kurier dan perkhidmatan hantaran fax dan perkhidmatan fotokopi.
Tetamu yang mempunyai keahlian kelab lounge juga dapat menikmati faedah seperti perkhidmatan daftar masuk dan keluar ekspress, layanan selamat datang dengan dijamu minuman dan potongan buah tropika, buffet sarapan pagi percuma, minuman dan jus percuma, snek dan canapes percuma, surat khabar tempatan percuma, teh/kopi percuma sepanjang penginapan, panggilan telefon tempatan percuma, dobi percuma, minibar harian percuma dan keutamaan tempahan di restoran.

- Harga – Dari RM 194 Semalaman.
- Alamat – No 888, Persiaran Bandar Baru Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05150 Alor Setar, Malaysia
30. Royale Signature Hotel

Royal Signature Hotel merupakan sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang. Hotel ini dihias berkelas dengan gabungan elemen moden dan elegen. Anda pasti terpesona sebaik sahaja melangkah ke dalam hotel ini.
Hotel ini menawarkan menawarkan bilik tetamu yang cantik dan dihias dengan nilai estetika yang tinggi. Setiap bilik dilengkapi dengan sofa, set TV, bar mini, cerek elektrik, set kopi/teh dan telefon. Bilik air pula bukan sahaja dilengkapi dengan pancuran air panas, malah mempunyai tab mandi dan set mandian juga disediakan. Mungkin kerana hotel ini tidak mempunyai kolam renang jadi setiap bilik tetamu dilengkapkan dengan tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan dan sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta percuma, gimnasium, restoran yang juga menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas untuk tetamu,
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, perkhidmatan pos dan perkhidmatan panggilan teksi.

- Harga – Dari RM 208 Semalaman.
- Alamat – 78, Jalan Lumpur, 05100 Alor Setar, Malaysia
31. Keriang Hill

Keriang Hill merupakan sebuah resort yang menawarkan penginapan ala kampung Melayu kepada para tetamu.
Resort ini menawarkan sebanyak 15 buah chalet berbentuk rumah kayu yang kelihatan megah dengan senibina tradisional Melayu. Setiap chalet lengkap dengan semua kemudahan asas seperti perabot, set TV, penghawa dingin, cerek elektrik dan set kopi/teh. Bilik air pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian. Chalet-chalet ini juga mempunyai teres yang mengadap pemandangn gunung atau taman.
Resort ini mempunyai kemudahan seperti sebuah kolam renang, sebuah gimnasium, ruang santai untuk tetamu berkumpul dan bergaul, pusat perniagaan dan restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas kepada para tetamu yang menginap.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan harian, perkhidmatan dobi, perkhidmatan shuttle dan perkhidmatan basikal sewa.

- Harga – Dari RM 220 Semalaman.
- Alamat – Mukim Gunung Keriang Jalan Gunung, 06570 Alor Setar, Malaysia
Berakhirlah sudah senarai 31 hotel yang terdapat di Alor Setar. Harap adalah yang berkenan di hati. Jika masih tak berjumpa idaman kalbu, anda boleh terus melawat Booking.com dan Agoda.com untuk lebih banyak pilihan.
Jika anda bercadang untuk bercuti ke Langkawi selepas melawat Alor Setar, kami ada cadangan senarai 31 Tempat Menginap Menarik untuk Percutian Bersama Keluarga di Langkawi.
Alang-alang ke Alor Setar, jika berkesempatan singgah ke Pulau Pinang, anda bolehlah melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Kami juga ada senarai hotel-hotel bajet tapi best yang terdapat di Pulau Pinang.