16 Hotel Terbaik Yang Terdapat Di Bangi
Anda bercadang mahu ke Bangi? Bangi ini dahulunya sebuah bandar kecil yang terletak di selatan Kuala Lumpur. Kini ianya dikenali sebagai syurga membeli belah pakaian muslimah. Kalau anda melawat Bangi sewaktu musim perayaan, jangan terkejut jika jalan raya di sekitar Bangi sesak dengan pengunjung.
Pilihan BEST Hotel di Bangi (Senarai Ringkas)
Hotel Termurah: OYO 707 Ayuni Hotel, ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Bangi tetapi perkhidmatan yang diberikan amat bagus dan memuaskan.”
Hotel Untuk Berbulan Madu: D Gateway Perdana Hotel, ” Hotel ini menyediakan suite bulan madu yang boleh dihias atas permintaan tetamu.”
Hotel Butik yang Unik: La Putri Boutique Hotel, “Hotel butik ini menawarkan bilik tetamu dengan konsep-konsep yang menarik seperti konsep diraja, konsep kartun dan macam-macam lagi.”
Hotel Untuk Keluarga: Grand Sri Lagenda, ” Hotel ini menyediakan unit studio dan bilik keluarga yang luas dan mempunyai dapur dan ruang makan yang berfungsi. Sesuai untuk ibubapa yang mempunyai kanak-kanak kecil.”
Hotel Untuk Tujuan Kerja:The Loft Plaza Hotel, ” Hotel ini menyediakan perkhidmatan yang memenuhi keperluan tetamu yang datang berkursus atau atas urusan kerja seperti meja tulis, seterika, liputan WIFI, cetakan dan fotokopi.”
Bangi ini adalah sebuah bandar satelit yang terletak hampir dengan bandar-bandar yang lebih besar. Jadi pilihan hotel agak terhad (biasanya pilih until menginap kat hotel di Kuala Lumpur). Pada yang ingin mencari hotel dan tempat menginap di sekitar Bangi, artikel ini ada menyenaraikan 16 hotel di Bangi terbaik untuk anda pilih. Hotel-hotel yang tersenarai mendapat ulasan positif daripada tetamu-tetamu yang pernah menetap di premis mereka. Jadi jangan risau tentang kebersihan dan keselesaan.
Artikel ini juga menyenaraikan hotel di bangi yang menawarkan harga termurah hingga yang termahal (hotel yang berkaitan seperti hotel di shah alam). Anda boleh pilih mana-mana yang anda berkenan bersesuai dengan bajet anda. Selamat memilih
Traveloka juga mempunyai pilihan hotel yang bagus di Hotels in Bangi untuk anda pilih.
1. OYO 707 Ayuni Hotel

Pada yang singgah ke Bangi untuk tujuan kerja atau membeli belah dan tidak mahu berbelanja banyak untuk tempat penginapan. Hotel dari cawangan OYO adalah antara pilihan yang bijak. Harga sewaan hotel agak rendah tetapi keselesaan tetamu adalah terjamin.
OYO 707 Ayuni Hotel adalah salah satu cawangan hotel OYO. Ianya merupakan hotel bertaraf 2 bintang yang menawarkan harga termurah berbanding dengan hotel-hotel lain sekitar Bangi. Walaupun begitu, kesemua bilik tetamu yang ditawarkan adalah berhawa dingin dan lengkap dengan segala keperluan asas seperti set TV dan bilik mandi yang mempunyai pancuran air panas. Lokasinya juga senang diakses.
Antara kemudahan yang dtawarkan adalah kaunter menja depan yang beroperasi 24 jam, wifi percuma, alat bantuan kecemasan, penggera pengesan asap dan tempat letak kereta.

- Harga – Dari RM 56 Semalaman.
- Alamat – 61 A, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bangi, Malaysia
2. 101 Hotel Bangi

101 Bangi Hotel ini merupakan hotel butik yang terletak di atas Restoran Yati Ayam Percik yang agak terkenal di Bangi. Ianya juga terletak di tengah-tengah bandar dan mudah diakses dari semua arah.
Hotel ini menawarkan 42 buah bilik tetamu yang bersih, lengkap dan dicat dengan warna ceria. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti set TV berskrin rata, penyaman udara dan set bilik tidur. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. Semua bilik juga dilengkapi dengan kunci eletronik yang hanya boleh diakses menggunakan kad kekunci.
Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan adalah seperti Wi-Fi percuma, sebuah kedai runcit, perkhidmatan pengemasan bilik harian, khidmat panggilan teksi dan kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam. Mesin penapis air panas dan sejuk, seterika dan papan seterika juga ada disediakan di setiap tingkat bangunan hotel.

- Harga – Dari RM 65 Semalaman.
- Alamat – 21,23, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bandar Baru Bangi,, 46350 Bangi, Malaysia
3. The Loft Plaza Hotel

The Loft Plaza Hotel merupakan sebuah hotel butik yang mempunyai reka bentuk moden pada bahagian luarannya dan elemen elegen untuk hiasan dalaman. Ianya sesuai untuk tetamu yang datang ke Bangi atas urusan kerja ataupun bercuti.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang serba lengkap dengan meja, sejadah untuk solat, TV skrin-rata dengan saluran satelit, seterika dan papan seterika, karpet, kemudahan membuat kopi dan teh dan bilik mandi peribadi yang mempunyai pancuran air panas dan dilengkapi dengan set mandian.
Antara fasiliti dan kemudahan yang disediakan adalah seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WiFi percuma, tempat letak kereta dan kemudahan mesra OKU. Perkhidmatan seperti pengemasan bilik harian, dobi layan diri dan panggilan teksi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 83 Semalaman.
- Alamat – 22, Jalan Puteri 2A/1 Bandar Puteri Bangi, 43000 Bangi, Malaysia
4. OYO 714 Arina Hotel at Bangi

OYO Arina Hotel adalah satu lagi rangkaian OYO di Bangi. Rangkaian OYO memang dikenali dengan perkhidmatan yang memuaskan dan persekitaran hotel yang bersih dan selesa.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang berhawa dingin dan luas. Semua bilik lengkap dengan meja, set TV dan kemudahan menyeterika. Bilik mandi juga dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet dan kelengkapan mandian.
Hotel ini juga menyediakan kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WiFi percuma, sebuah restoran yang menyediakan sarapan pagi dan tempat letak kereta. Kofi dan teh percuma ada disediakan di koridor menuju ke bilik tetamu. Pada yang mahukan penginapan yang luas dan selesa tanpa berbelanja lebih. Rangkaian OYO tak akan mengecewakan.

- Harga – Dari RM 84 Semalaman.
- Alamat -1-01-01, Bangi Sentral, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Malaysia
5. Lagenda Express

Lagenda Express adalah penginapan versi bajet yang disediakan oleh pengurusan Grand Sri Lagenda. Ianya terletak di bangunan yang sama dengan Hotel Sri Lagenda. Fokus Lagenda express adalah untuk menawarkan bilik hotel pada harga bajet yang selesa. Walaupun tetamu membayar pada harga bajet, bufet sarapan pagi percuma ada disediakan untuk yang menginap.
Lagenda express hanya menawarkan dua jenis bilik tetamu iaitu bilik pasangan dan bilik keluarga. Kesemua bilik yang disediakan berjumlah 30 unit. Semua bilik lengkap dengan kemudahan asas seperti peti keselamatan, kemudahan menyeterika, sofa, set TV dan DVD. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian.
Antara fasiliti yang disediakan adalah kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, liputan WiFi percuma dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 84 Semalaman.
- Alamat – Plaza Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, 43650 Bangi,
6. OYO 419 City Boutique Hotel

OYO City Boutique Hotel Bangi adalah antara salah satu hotel rangkaian OYO yang terdapat di Bangi. Ianya merupakan sebuah hotel butik. Hotel ini terletak di atas restoran nasi ayam yang terkenal iaitu Restoran Nasi Ayam Tan. Dalaman hotel ini dihias bertemakan gabungan warna logo OYO iaitu merah dan putih.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang moden dan bersih. Semua bilik berhawa dingin dan lengkap dengan keperluan asas seperti set TV, meja dan rak pakaian. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet dan kelengkapan mandian. Bilik mandinya juga agak luas dan selesa.
Hotel ini menyediakan bufet sarapan pagi kepada tetamu yang menginap. Jadi tetamu tak perlu pening kepala mencari sarapan di awal pagi. Ianya juga mempunyai kemudahan seperti tempat letak kereta percuma, liputan wifi percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan ruang simpanan bagasi. Perkhidmatan kemasan bilik harian dan panggilan teksi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 97 Semalaman.
- Alamat – No 13, Jalan 15/1B, Seksyen 15, 43650 Bangi, Malaysia
7. La Putri Boutique Hotel

La Putri Boutique Hotel ini merupakan sebuah hotel butik yang bertaraf 2 bintang. Ianya dicat dengan warna ceria dan menarik. Setiap dinding di hotel ini ditampal dengan kertas dinding yang cantik dan berwarna-warni. Setiap tingkat di hotel ini mempunyai tema tersendiri. Hotel ini dikelilingi butik-butik muslimah. Pada yang memang datang ke Bangi dengan niat membeli-belah, anda memilih tempat yang betul.
Bilik=bilik tetamu yang ditawarkan di hotel ini dihias cantik mengikut tema. Sesuai namanya, sesetengah bilik di hotel ini dihias seolah-olah bilik seorang puteri. Ianya lengkap dengan perabot klasik. Kelengkapan asas ada disediakan. Bilik mandi juga menggunakan warna menarik dan lengkap dengan pancuran air panas dan kelengkapan mandian.
Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan terdiri daripada liputan Wi-Fi percuma, perkhidmatan pengemasan bilik harian, perkhidmatan panggilan teksi dan kaunter meja depan 24 jam. Sarapan pagi seperti nasi lemak, roti bakar, mihun goreng dan minuman panas untuk tetamu juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 97 Semalaman.
- Alamat – 02-01-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Malaysia
8. Avenue Bangi Hotel

Avenue Bangi Hotel adalah salah satu pilihan hotel bajet yang terdapat di Bangi. Ianya terletak di deretan bangunan Bangi Avenue. Pada yang mahu menginap di tempat yang senang diakses, bolehlah cuba menginap di sini. Ianya terletak berdekatan dengan kedai serbaneka, restoran dan bank.
Hotel ini menawarkan 38 buah bilik tetamu yang berhawa dingin dan lengkap dengan keperluan asas seperti meja, set TV LED berskrin rata, rak baju, kemudahan membuat teh dan kopi dan peti simpanan keselamatan yang boleh memuatkan komputer riba. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.
Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada liputan Wi-Fi percuma, perkhidmatan pengemasan bilik harian, kaunter meja yang beroperasi 24-jam, perkhidmatan mesin fax dan tempat letak kereta.

- Harga – Dari RM 99 Semalaman.
- Alamat – 32 Jalan Bangi Avenue 1/8 Taman Bangi Avenue, 43000 Bangi, Malaysia
9. 9 Square Hotel – Bangi

9 Square Hotel Bangi ini merupakan sebuah hotel butik. Ianya baru diubahsuai pada tahun 2015, jadi segala kemudahan dan peralatan yang disediakan adalah masih baru. Ianya terletak di kawasan yang senang diakses.
Hotel ini menawarkan 35 buah bilik tetamu berhawa dingin dan berlantai parket. Bilik-bilik ini dihias dengan cantik dan lengkap dengan semua keperluan asas seperti rak pakaian, set TV, cermin dan alatan membuat teh dan kopi. Sesetengah unit juga mempunyai balkoni. Bilik mandi yang disediakan juga mempunyai pancuran air panas, bidet dan alat pengering rambut. Pada yang datang bersama kanak-kanak kecil, bilik tetamu juga dilengkapi dengan grill. Jadi kanak-kanak kecil tidak mempunyai akses ke balkoni tanpa diiringi ibubapa.
Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah liputan Wi-Fi percuma, pengawal keselamatan 24 jam, khidmat pengemasan harian, khidmat panggilan teksi dan kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam.
Bilik-bilik berhawa dingin ini dilengkapi dengan lantai parket. Ia mempunyai rak pakaian, TV satelit skrin rata serta kemudahan membuat teh/kopi. Bilik mandi peribadi dilengkapi dengan pengering rambut, bidet serta kemudahan pancuran mandian.

- Harga – Dari RM 119 Semalaman.
- Alamat – C-01-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Malaysia
10. Grand Sri Lagenda

Grand Sri Lagenda ini berkongsi bangunan yang sama dengan Lagenda Express. Jika Lagenda Express menfokuskan perkhidmatan yang cepat dan asas. Grand Sri Lagenda pula memberikan perkhidmatan yang menyeluruh. Tetamu dapat mengakses segalah kemudahan dan fasiliti yang disediakan berbanding Lagenda Express yang mempunyai akses terhad.
Grand Sri Lagenda menawarkan sebanyak 50 unit bilik tetamu yang terdiri daripada 4 jenis iaitu bilik deluxe, bilik standard, bilik keluarga dan suite keluarga. Setiap bilik adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti set TV, rak baju, peralatan membuat kopi dan teh, set bilik tidur, seterika dan papan seterika, sejadah untuk tetamu muslim, bar mini dan cermin. Ramai tetamu yang memberi ulasan positif tentang keluasan bilik dan hiasan dalaman yang cantik. Bilik-bilik di sini juga kalis bunyi dan mempunyai balkoni. Bilik mandi juga lengkap dengan pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut dan set mandian.
Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan terdiri daripada ruang rehat, liputan WIFI percuma, pengawal keselamatan 24 jam, kedai runcit, khidmat pengemasan bilik harian, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan ruang simpanan bagasi. Bufet sarapan pagi turut disediakan pada tetamu yang menginap. Hotel ini juga menawarkan khidmat ulang alik dengan bayaran tambahan.

- Harga – Dari RM 123 Semalaman.
- Alamat – Plaza Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, 43650 Bangi, Malaysia
11. Best View Hotel Bangi

Best View Hotels adalah sebuah hotel bajet. Ianya mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ianya terletak di deretan rumah kedai yang dikelilingi restoran-restoran yang menghidangkan makanan yang enak-enak. Jika anda datang ke Bangi atas urusan kerja, hotel ini mungkin untuk anda.
Semua bilik tetamu yang ditawarkan di hotel ini mempunyai bilik mandi sendiri dan tidak berkongsi. Set TV, penghawa dingin dan pemanas air. Saiz bilik agak kecil tetapi lengkap dengan kemudahan asas sperti set TV, penghawa dingin dan peralatan membuat teh dan kopi. Bilik mandi mempunyai pancuran air panas.
Antara kemudahan yang disediakan adalah kamera litar tertutup bagi tujuan keselamatan, sistem kunci elektronik, akses internet Wifi berkelajuan tinggi, dispenser air pada setiap tingkat, seterika dan papan seterika, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dantempat letak kereta. Buffet sarapan pagi percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 130 Semalaman.
- Alamat – A-10, A-10-2, A-10-3, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Malaysia
12. Puri Pujangga Hotel

Hotel Puri Pujangga yang terletak di Bangi ini adalah merupakan hotel yang bertaraf 3 bintang. Apa yang menarik, ianya terletak di dalam kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia. Hotel ini adalah diuruskan oleh pihak universiti. Sebahagian tenaga kerja di hotel ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar UKM yang menjalani latihan industri di dalam bidang hospitaliti dan kulinari. Jadi jangan risau, mereka tahu dan peka tentang layanan profesional yang patut diberikan.
Hotel ini menawarkan 40 buah bilik tetamu yang dihias cantik dan bersih. Sesetengah unit mempunyai balkoni. Kelengkapan seperti penyaman udara, televisyen skrin rata, karpet, linen, cermin dan tuala ada disediakan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet dan peralatan mandian. Seterika dan alat pengering rambut disediakan atas permintaan.
Antara fasiliti dan kemudahan yang terdapat di sini adalah sebuah taman untuk tetamu bersantai, liputan WIFI yang menyeluruh, tempat letak kereta dan sebuah restoran yang agak terkenal bernama Begonia Cafe yang menjamu tetamu dengan buffet sarapan pagi percuma. Restoran ini agak popular terutama sekali pada bulan Ramadhan kerana ianya menghidangkan juadah buffet Ramadhan yang enak.
Hotel ini menjadi tumpuan ibubapa yang mahu melawat anak-anak mereka yang belajar di Universiti tersebut.

- Harga – Dari RM 146 Semalaman.
- Alamat – Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia
13. Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Hotel Tenera ini merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang juga membawa konsep patuh syariah. Ianya diuruskan oleh Koperasi Pemodalan Felda. Nama tenera diambil sempena nama verieti pokok kelapa sawit terbaik yang ditanam oleh Felda. Hotel ini memenangi Anugerah Hospitality Asia Platinum (HAPA) pada tahun 2018.
Hotel ini mempunyai dua buah blok bangunan yang menempatkan sebanyak 302 unit bilik tetamu dan 200 unit studio dan pangsapuri. Bilik tetamu, unit studio dan pangsapuri dilengkapi dengan keperluan asas seperti, penyaman udara, alat pengesan asap, set TV dan bar mini. Bilik air juga dilengkapi dengan kemudahan seperti pancuran air panas, bidet dan set mandian. Sesetengah unit juga mempunyai tab mandi.
Antara kemudahan yang terdapat di hotel ini terdiri daripada fasiliti mesra OKU, liputan WIFI percuma, sebuah dewan besar, 10 buah bilik seminar, sebuah bilik mesyuarat, sebuah gimnasium, spa, sebuah pusat komersial, sebuah kafe yang juga menyediakan bufet sarapan pagi, sebuah restoran makanan laut, ruang parkir yang luas dan selesa, 2 buah kolam renang terbuka dan sebuah kolam renang tertutup.
Perkhidmatan yang diberikan pula terdiri daripada pengemasan bilik harian, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan panggilan ke bilik dan perkhidmatan simpanan bagasi.

- Harga – Dari RM 177 Semalaman.
- Alamat – Persiaran Kemajuan, 43650 Bangi, Malaysia
14. D Gateway Perdana Hotel

D Gateway Perdana Hotel ini asalnya adalah Sherwood Gateway Hotel yang dijenama semula.Ianya terletak di pusat membeli-belah Bangi Gateway. Pada yang suka membeli-belah, memang sesuai menetap di sini.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas , dicat dengan warna-warna neutral dan mempunyai pencahayaan yang hangat. Setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin-rata bersatelit, sebuah meja, cerek elektrik dan alat pengering rambut. Bilik mandi peribadi dilengkapi dengan pancuran air panas dan bidet. Sesetengah unit mempunyai tab mandi. Peralatan mandian percuma disediakan.
Antara kemudahan yang disediakan terdiri daripada bilik mesyuarat, tempat letak kereta, liputan WIFI, dewan dan sebuah restoran yang menghidangkan bufet sarapan pagi dan menyediakan masakan panas untuk tetamu yang makan di restoran dan yang membuat tempahan ke bilik. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 183 Semalaman.
- Alamat – Plaza Bangi Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, 43650 Bangi, Malaysia
15. Bangi Resort Hotel

Rasa macam tak percaya terdapat hotel Resort di Bangi. Bangi Resort Hotel ini asalnya Hotel Bangi-Putrajaya yang dijenama semula. Ianya bertemakan mediterranean. Ianya merupakan tempat penginapan lima bintang. Hotel ini mendapat pengiktirafan kecemerlangan pada 2017 oleh HotelsCombined iaitu pesaing kepada Trivago.
Hotel ini menawarkan 256 buah bilik tetamu yang luas, berhawa dingin dan mempunyai balkoni yang menyajikan pemandangan padang golf atau pemandangan kolam renang. Setiap bilik dilengkapi dengan sofa, set TV, bar mini, peti simpanan keselamatan, set membuat kopi dan teh dan kemudahan asas yang lain. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, bidet dan tab mandi. Pada yang datang dengan kanak-kanak, memang seronoklah mereka mandi sambil bermain di dalam tab mandi.
Antara fasiliti yang terdapat di sini terdiri daripada gimnasium, gelanggang tenis, gelanggang squash, padang golf, spa yang menyediakan khidmat urutan, sauna dan mandian stim,kolam renang 4 pilihan untuk menjamu selera seperti Restoran Harmoni yang menyajikan masakan Cina, Restoran Kazumi yang menawarkan masakan istimewa Jepun, Funtasia meyediakan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa dan Tee Off Lounge yang menyajikan koktel, moktel dan snek ringan.
Perkhidmatan seperti dobi, pusat kecantikan dan khidmat pengangkutan ke beberapa tempat seperti Kuala Lumpur, IOI Mall dan lapangan terbang juga turut disediakan untuk kesenangan pengunjung.

- Harga – Dari RM 196 Semalaman.
- Alamat – Off Persiaran Bandar, 43650 Bangi, Malaysia
16. Avenue Garden Hotel

Avenue Garden Hotel ini merupakan sebuah hotel 4 bintang yang berkonsepkan hotel dalam taman. Ianya terletak berdekatan dengan Bangi Wonderland Theme Park. Pada yang menginap di sini, hotel ini juga menyediakan pakej bilik tetamu disertai dengan tiket masuk ke Bangi Wonderland.
Avenue Garden Hotel menawarkan 178 unit bilik yang berhawa dingin dan luas. Setiap bilik disediakan ruang tempat duduk untuk tetamu bersantai. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut, jubah mandi dan kelengkapan mandian.
Antara kemudahaan yang disediakan adalah 2 pilihan tempat makan iaitu Iris cafe yang menyajikan bufet sarapan pagi dan masakan panas sepanjang hari dan Lavender Lounge yang menyajikan makanan ringan, WiFi percuma dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, dobi, concierge, simpanan bagasi dan kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 198 Semalaman.
- Alamat – No.3, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, Kajang, 43000 Bangi, Malaysia
Berakhirlah sudah senarai 16 hotel terbaik yang terdapat di Bangi. Harap adalah yang berkenan di hati. Jika sudah ada tempat menginap, anda bolehlah tumpukan perhatian mencari tempat-tempat menarik dan restoran-restoran makanan sedap yang terdapat di Bangi. Jika masih tak jumpa yang berkenan di hati, anda boleh terus melawat Booking.com dan Agoda.com untuk lebih banyak pilihan.
Kembali to Bagasi.my