23 Hotel di Brunei yang Mendapat Ulasan Baik dari Tetamu
Bakal bercuti ke Brunei? Negara jiran Malaysia ini walaupun bersaiz kecil, tetapi ianya merupakan negara ketiga terkaya di dunia pada tahun 2020. Tetapi jangan risau, walaupun ianya antara negara terkaya, kos melancong di sini tidak mahal.
Pilihan BEST Hotel di Brunei (Senarai Ringkas)
Hotel Termurah: LeGallery Suites Hotel, “Menawarkan penginapan yang termurah di Brunei tetapi yang diberikan amat bagus dan memuaskan.”
Hotel Untuk Pengembara Solo: Apek Utama Hotel, “Hotel ini sesuai untuk pengembara solo yang inginkan kelainan.”
Hotel Butik Terbaik: Al-Afiah Hotel, “Tetamu yang menginap di hotel ini bukan sahaja dapat menikmati kemudahan terbaik dan penginapan yang cantik, mereka juga dapat menggunakan khidmat shuttle percuma ke tempat-tempat menarik dan menerima tiket teksi air pergi balik percuma jika menetap di hotel ini.”
Hotel Paling Sesuai untuk Keluarga: Jubilee Hotel, “Hotel ini sesuai untuk tetamu yang datang bersama keluarga. Ianya menawarkan unit pangsapuri yang dengan persekitaran yang senyap pada harga yang murah dan lengkap dengan segala kemudahan”
Hotel Paling Berbaloi: Qing Yun Resthouse, “Hotel ini bukan sahaja menawarkan harga semalaman yang murah, lokasinya yang strategik dan segala kelengkapan yang diperlukan ada disediakan di dalam bilik tetamu tanpa perlu membuat permintaan”
Walaupun matawang Brunei diikat sama dengan Singapore, kos penginapan, makanan dan pengangkutan masih berada pada paras yang rendah. Ini mungkin kerana rakyat negara berpaksi monarki ini menerima banyak subsidi dari kerajaan yang memerintah.
Jika anda mahu bercuti di Brunei, kami ada senarai 23 Hotel di Brunei yang mendapat ulasan baik daripada tetamu yang boleh anda pilih. Kami susun senarai hotel dari yang murah hingga ke mahal bagi memudahkan anda memilih hotel mengikut bajet anda. Jika anda tidak mahu menetap di Brunei, anda juga boleh memilih untuk menetap di Miri ataupun Labuan, memandangkan lokasi Brunei terletak berdekatan dengan kedua-dua tempat tersebut. Kami juga ada senarai hotel di kawasan berkenaan.
Artikel berkaitan:
1. LeGallery Suites Hotel

LeGallery Suites Hotel ini merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di Kianggeh, Bandar Seri Begawan. Hotel ini merupakan hotel yang termurah di Brunei. Walaupun begitu, hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dan perkhidmatan yang memuaskan.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu, studio dan apartment yang kemas dan bersih kepada tetamu. Bilik tetamu lengkap dengan penghawa dingin, set TV, seterika, papan seterika,rak baju dan telefon. Studio dan pangsapuri pula lengkap dengan dapur, ruang makan dan ruang tamu. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, kaunter tempahan lawatan, kedai runcit mini, kafe, kemudahan barbeku dan tempat letak kereta. Hotel ini tdak mempunyai lif, jadi ianya tidak sesuai untuk keluarga yang datang dengan kanak-kanak kecil ataupun warga emas.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sarapan pagi. fax dan fotokopi, daftar masuk awal dan shuttle ke/dari lapangan terbang percuma berjadual juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 103 Semalaman.
- Alamat – KM 2.5 Jalan Tutong PO Box 344, Seri Complex BA 1779, The Crown Princess Complex, Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam, BA1712 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
2. Hotel Gina Suite

Hotel Gina Suit asalnya merupakan pangsapuri berservis yang diubah menjadi hotel dan diuruskan oleh Pengurusan Harta Gina Suit. ini merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di Kianggeh, Bandar Seri Begawan. Hotel ini terletak di Jalan Gadong, Bandar Seri Begawan.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu dan studio yang kalis bunyi kepada tetamu yang menetap. Bilik tetamu lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik,rak baju dan telefon. Studio pula lengkap dengan dapur dan ruang tamu. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, lif dan tempat letak kereta ada disediakan.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, makan tengah hari yang dibungkus, fax dan fotokopi juga ada terdapat di hotel ini.

- Harga – Dari RM 119 Semalaman.
- Alamat – Spg 27, Unit3, Kompleks 27, Jln Gadong Bandar Seri Begawan, BE2719 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
3. Apek Utama Hotel

Apek Utama Hotel ini merupakan sebuah hotel bajet yang merupakan perniagaan keluarga Jadi kebanyakan kakitangan hotel ini merupakan ahli keluarga tuan punya hotel. Hotel ini terletak berdekatan dengan perkampungan air. Tetamu yang menetap di sini boleh mengambil teksi air untuk ke pusat bandar pada harga yang amat berpatutan. Hotel ini menyediakan penginapan yang asas kepada tetamu yang menginap.
Hotel ini menawarkan sebanyak 60 unit bilik tetamu yang dihias kemas. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan almari pakaian. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dengan koleksi buku untuk dibaca, pantri dengan kelengkapan memasak dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan sarapan pagi ringkas ada terdapat di hotel ini.

- Harga – Dari RM 121 Semalaman.
- Alamat – Simpang 229, BA2711 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
4. Qing Yun Resthouse

Qing Yun Resthouse merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di tengah-tengah Bandar Sri begawan. Hotel ini mempunyai slogan iaitu “bersih, bajet dan berlokasi baik”. Hotel ini terletak hampir dengan stesen bas. Ramai tetamu yang memuji keramahan kakitangan dan tuan punya hotel yang sedia membantu apabila tetamu memerlukan bantuan.
Hotel ini menawarkan sebanyak 6 unit bilik tetamu yang dihias kemas. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, seterika dan papan seterika, cerek elektrik, telefon, peti ais dan almari pakaian. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, mesin basuh untuk membasuh pakaian dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan shuttle ke/dari lapangan terbang dengan bayaran tambahan ada disediakan.

- Harga – Dari RM 122 Semalaman.
- Alamat – Jalan McArthur Mc Arthur Road, BS8811 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
5. Traders Inn

Hotel Traders Inn merupakan sebuah hotel yang terletak di Jalan Gadong. Walaupun hotel ini dikategorikan sebagai penginapan bajet, tiada apa yang bajet berkenaan hotel ini melainkan harganya yang berpatutan. Hotel ini mendapat pujian daripada para tetamu yang amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan kakitangan terhadap tetamu. Hiasan dalaman hotel juga amat cantik dan membuat tetamu berasa selesa.
Hotel ini menawarkan sebanyak 84 unit bilik tetamu yang luas dan dihias cantik. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian. Seterika dan alat pengering rambut akan disediakan atas permintaan. Sesetengah unit bilik tetamu juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kedai roti, kedai serbaneka, restoran dengan teres di luar dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik, sarapan pagi, dobi dan shuttle ke/dari lapangan terbang dengan bayaran tambahan ada disediakan.

- Harga – Dari RM 147 Semalaman.
- Alamat – Block D, Lot 11620, Jalan Gadong, P.O. Box 357, BS8670 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
6. Parkview Hotel

Parkview Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Jerudong. Hotel ini ini mempunyai konsep yang berstail dan elegan, Tetamu yang menginap di sini pastinya berasa selesa dengan suasana dan persekitaran hotel yang menenangkan.
Hotel ini menawarkan sebanyak 124 unit bilik tetamu yang luas dan dihias sangat cantik. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan selipar, pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Seterika ada disediakan atas permintaan. Sesetengah unit bilik tetamu juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, kolam renang dewasa dan kanak-kanak di atas atap, spa, sauna, gimnasium dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sistem keselamatan 24 jam, perkhidmatan bilik, sarapan pagi, dobi dan shuttle ke/dari lapangan terbang dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 166 Semalaman.
- Alamat – Lot 36204, Jalan Pertanian Luahan, Jerudong BG3122, Negara Brunei Darussalam, BG3122 Kampong Jerudong, Brunei Darussalam
7. Jubilee Hotel

Jubilee Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang terletak di Kianggeh. Hotel ini berkongsi bangunan dengan Jubilee Plaza. Ianya terletak di tengah-tengah bandar dan mudah diakses.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas dan dihias sangat cantik. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian. Seterika ada disediakan atas permintaan. Sesetengah unit bilik tetamu juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, kafe yang menyajikan kopi dan snek, pusat kecantikan, pasar mini dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, bufet sarapan pagi, suratkhabar percuma, dobi dengan bayaran tambahan dan shuttle ke/dari lapangan terbang percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 178 Semalaman.
- Alamat -Jubilee Plaza, Jalan Kampong Kianggeh Road, BS 8111 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
8. Al-Afiah Hotel

Al-Afiah Hotel merupakan sebuah hotel butik yang terletak di Kiulap. Ianya baru dibuka pada tahun 2018. Jadi peralatan dan kemudahan yang disediakan masih baru lagi. Hotel ini terletak hampir dengan jeti teksi air. Setiap tetamu yang menyewa hotel juga mendapat komplimentari tiket teksi air pergi balik ke /dari pusat bandar percuma.
Hotel ini menawarkan 50 unit bilik tetamu dan unit pangsapuri 2 bilik yang cantik dan mempunyai ruang tempat duduk. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, peti simpanan, almari pakaian, meja tulis dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian. Seterika ada disediakan atas permintaan.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, surau, pasar mini dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sistem keselamatan 24 jam, sarapan pagi kontinental, penghantaran barang runcit, dobi dengan bayaran tambahan dan shuttle ke/dari lapangan terbang dan ke beberapa tarikan menarik percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 183 Semalaman.
- Alamat – Simpang 88, LOT 46582, GF 46582-46587, 1st & 2nd Floor Bangunan Begawan Pehin Dato Haji Mohd. Yusof, Block A, BE1518 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
9. Higher Hotel

Higher Hotel merupakan satu lagi hotel butik yang terletak strategik di Kiulap. Lokasi hotel ini dikelilingi oleh restoran, kedai, bank dan pusat hiburan.
Hotel ini menawarkan 200 unit bilik tetamu, studio dan pangsapuri yang bersih dan lengkap dengan keperluan asas. Bilik tetamu lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, peti simpanan, almari pakaian, meja tulis dan telefon. Unit studio dan pangsapuri juga mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang berfungsi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian. Seterika ada disediakan atas permintaan.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, restoran yang menyajikan masakan tempatan, pusat kecantikan, pasar mini dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sistem keselamatan 24 jam, sarapan pagi, basikal sewa dan shuttle ke/dari lapangan terbang dan ke beberapa tarikan menarik percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 187 Semalaman.
- Alamat – Spg 88-4, Jalan Jame’Asr, Kampong Kiulap Gadong B, BE1518, BE1518 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
10. Tat Place Hotel

Tat Hotel merupakan hotel butik yang terletak. Kuala Belait. Hotel ini asalnya merupakan bangunan yang menempatkan medan selera sebelum diubahsuai menjadi hotel butik. Ianya mendapat nama dari frasa Bahasa Inggeris ” that place” yang bermaksud “tempat itu”. Ianya dinamakan Tat Place untuk memberikan rasa selesa pada tetamu dengan menyediakan penginapan dengan sentuhan moden dan kontemporari.
Hotel ini menawarkan 12 unit bilik tetamu yang dihias dengan cantik dan berkelas. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, seterika, papan seterika, cerek elektrik, peti ais, peti simpanan, almari pakaian, meja tulis dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, selipar, pancuran mandian air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, pintu masuk waktu malam dengan sistem kekunci touch and go, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kafe, bar dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sistem keselamatan 24 jam, sarapan pagi di bilik, dobi, fotokopi dan shuttle ke/dari lapangan terbang juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 198 Semalaman.
- Alamat – Lot 22, Shop 51, Jalan Pretty, Kuala Belait, Brunei Darussalam, KA1131 Kuala Belait, Brunei Darussalam
11. Sea View Resort Hotel & Apartments

Sea View Resort Hotel & Apartments merupakan penginapan yang di pinggir pantai Kuala Belait. Persekitaran hotel ini amat tenang dan mendamaikan. Tetamu pastinya berasa nyaman dengan suasana laut yang permai.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu dan unit pangsapuri yang bersih, kalis bunyi dan lengkap dengan keperluan asas. Bilik tetamu lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, seterika, papan seterika, cerek elektrik, peti ais, peti simpanan, almari pakaian, meja tulis dan telefon. Unit pangsapuri pula mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang berfungsi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian. Bilik mandi di unit pangsapuri juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kafe, kolam renang dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sarapan pagi, daftar masuk/keluar ekspres dan shuttle ke/dari lapangan terbang juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 199 Semalaman.
- Alamat – Lot 3678, 2.6Km Jalan Maulana, KA2931 Kuala Belait, Brunei Darussalam
12. Hotel Sentosa

Hotel Sentosa ini telah dibina sejak tahun 1969 lagi, menjadikan ia antara hotel tertua di Brunei. Namun begitu, ia telah pun diubahsuai bagi memastikan keselesaan tetamu terus berkekalan. Hotel ini merupakan hotel 3 bintang dan terletak di Kuala Belait.
Hotel ini menawarkan 36 unit bilik tetamu yang kemas dan mempunyai ruang tempat duduk yang selesa. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, pemain DVD, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, bidet, pancuran mandian air panas dan set mandian. Beberapa unit juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kedai runcit, ruang simpanan bagasi, ruang santai, restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sistem keselamatan 24 jam, khidmat urutan, panggilan kejut bangun pagi, buffet sarapan pagi atau sarapan pagi di dalam bilik, perkhidmatan bilik, dobi, fotokopi, pos dan shuttle ke/dari lapangan terbang dan ke beberapa tempat menari dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 212 Semalaman.
- Alamat – Lot 92-93 Jalan Mckerron, KA1131 Kuala Belait, Brunei Darussalam
13. Badi’ah Hotel

Badiah Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Hotel 6 tingkat terletak di Jalan Tutong. Ramai tetamu yang pernah menginap di sini memuji masakan sarapan pagi yang disediakan di hotel ini.
Hotel ini menawarkan 55 unit bilik tetamu yang luas, kalis bunyi dan selesa. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian. Beberapa unit bilik tetamu juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kolam renang, kedai runcit, ruang simpanan bagasi, ruang santai, restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, kafe yang menyajikan snek dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, tempahan tiket, tukaran matawang, panggilan kejut bangun pagi, buffet sarapan pagi atau sarapan pagi di dalam bilik, perkhidmatan bilik, dobi dengan bayaran tambahan dan shuttle ke/dari lapangan terbang percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 219 Semalaman.
- Alamat – Mile 1 1/4, Jalan Tutong, BA1712, BA1712 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
14. Times Hotel Brunei

Time Square Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Ianya berkongsi bangunan yang sama dengan Pusat Membeli Belah Time Square. Pada yang suka membeli-belah ataupun mahukan akses mudah ke tempat-tempat menarik. Hotel ini merupakan pilihan yang tepat.
Hotel ini menawarkan 105 unit bilik tetamu yang luas, kalis bunyi dan dihias dengan bergaya. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian. Beberapa unit bilik tetamu juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kolam renang, kedai runcit, ruang simpanan bagasi, ruang santai, 4 buah restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, mesin ATM dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, surat khabar percuma, tukaran matawang, panggilan kejut bangun pagi, buffet sarapan pagi, perkhidmatan bilik, dobi dengan bayaran tambahan,kereta sewa, shuttle ke/dari lapangan terbang percuma dan shuttle ke tempat-tempat menarik dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 220 Semalaman.
- Alamat – 2nd Floor Times Square Shopping Centre, Spg 13-29, Jalan Berakas, Kg Jaya Setia, Mukim Berakas A, BS2713 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
15. StarLodge

Hotel yang dahulunya dikenali dengan nama The Holiday Lodge telah bertukar pengurusan dan bertukar nama kepada Starlodge pada tahun 2013. Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang dikelilingi dengan suasana hijau yang nyaman dan menyenangkan. Ianya terletak di Kampung Jerudong.
Hotel ini menawarkan 96 unit bilik tetamu yang luas, kalis bunyi dan dihias elegan. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian. Beberapa unit bilik tetamu juga mempunyai dapur mini dan tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kolam renang dewasa,kolam renang kanak-kanak dengan beberapa permainan air yang menyeronokkan, teres untuk berjemur, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kedai cenderamata, restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, mesin ATM dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, tukaran matawang, panggilan kejut bangun pagi, buffet sarapan pagi, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, dobi dengan bayaran tambahan,daftar masuk/keluar ekspress, kereta sewa, shuttle ke/dari lapangan terbang percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 227 Semalaman.
- Alamat – Lot 27192, Jalan Pulau Kubu, Kampung Jerudong, Brunei-Muara, BG 3122 Kampong Jerudong, Brunei Darussalam
16. Aman Hills Hotel

Aman Hills merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Ianya berkongsi bangunan yang sama dengan Pusat Membeli Belah Aman Hills. Hotel ini dihias dengan elemen moden dan bergaya untuk memikat hati tetamu yang menginap di sini.
Hotel ini menawarkan 62 unit bilik tetamu yang luas, kalis bunyi dan dihias elegan. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, seterika, papan seterika, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian. Beberapa unit bilik tetamu juga mempunyai dapur mini dan tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kolam renang, gimnasium, taman permainan kanak-kanak, teres untuk berjemur, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kedai cenderamata, kafe yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, mesin ATM dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sistem keselamatan 24 jam, panggilan kejut bangun pagi, buffet sarapan pagi, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, dobi dengan bayaran tambahan,daftar masuk/keluar ekspress, khidmat teksi, shuttle ke/dari lapangan terbang percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 239 Semalaman.
- Alamat – Jalan Aman Kampung Manggis, Berakas B, BC3615 Kampong Timbunan, Brunei Darussalam
17. The Capital Residence Suites

The Capital Residences Suites merupakan sebuah hotel butik. Ianya terletak di Kampung Berangan yang merupakan pinggir bandar. Bangunan hotel ini dihias dengan unik luar dan dalam. Tetamu yang menginap di sini pasti akan merasa teruja. Hotel ini menjanjikan penginapan berkualiti tinggi kepada para tetamu dengan konsep “Home Sweet Home”.
Hotel ini menawarkan 18 unit bilik tetamu yang berlantai parket, kalis bunyi dan dihias elegan. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, seterika, papan seterika, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian. Beberapa unit bilik tetamu juga mempunyai dapur mini dan tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kaunter tempahan lawatan, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kafe yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, panggilan kejut bangun pagi, buffet sarapan pagi, makan tengahari bungkus, dobi dengan bayaran tambahan, daftar masuk/keluar ekspress, kereta sewa dan shuttle ke/dari lapangan terbang atau tempat-tempat menarik percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 240 Semalaman.
- Alamat – Simpang 2, Lot 21027, Kg. Berangan, BS8211 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
18. Wafa Hotel & Apartment

Wafa Hotel & Apartments merupakan hotel bertaraf 4 bintangyang terletak di Kampung Mata-Mata. Ianya hotel yang ideal untuk tetamu yang mahukan kombinasi elemen yang menenangkan dan menyeronokkan. Hotel ini menjanjikan tetamu dengan perkhidmatan yang cemerlang dan fasiliti yang tiada tandingan.
Hotel ini menawarkan 80 unit bilik tetamu dan unit pangsapuri berlantai parket yang luas dan dihias dengan cantik dan elegan. Bilik tetamu lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, seterika, papan seterika, cerek elektrik, peti ais, peti simpanan, almari pakaian, meja tulis dan telefon manakala unit pangsapuri pula mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang berfungsi. Bilik mandi dilengkapi dengan selipar, alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian. Bilik mandi di unit pangsapuri juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, taman permainan kanak-kanak, kafe, kolam renang, spa dengan sauna dan jakuzi, gimnasium, kedai serbaneka dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik, buffet sarapan pagi, daftar masuk/keluar ekspres dan shuttle ke/dari lapangan terbang juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 262 Semalaman.
- Alamat – Annajat Complex, Lot 71077, Kampong Mata Mata, Mukim Gadong Annajat Complex, Lot 71077, Kampong Mata Mata, Mukim Gadong, Negara Brunei Darussalam, BE1718 Kampong Mata Mata, Brunei Darussalam
19. Mulia Hotel

Mulia Hotel merupakan sebuah hotel yang terletak berhampiran dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Brunei dan lapangan terbang. Hotel ini dihias bergaya dan berkelas sesuai dengan statusnya yang bertaraf 4 bintang.
Hotel ini menawarkan 145 unit bilik tetamu yang berlantai parket, kalis bunyi dan dihias elegan. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, seterika, papan seterika, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas, tab mandi dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kaunter tempahan lawatan, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kolam renang, gimnasium, sebuah kafe yang menyajikan masakan Asia dan barat yang dibuka dari pukul 6.30 petang ke 11.00 malam, restoran Cina yang menyediakan menu ala carte, kedai cenderamata dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, panggilan kejut bangun pagi, buffet sarapan pagi, dobi dengan bayaran tambahan, daftar masuk/keluar ekspress, kereta sewa dan shuttle ke/dari lapangan terbang atau tempat-tempat menarik percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 282 Semalaman.
- Alamat – Lot 31954, Spg 9, Kg. Anggerek Desa, Jalan Berakas, BB3713 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
20. Roomz Hotel

Roomz Hotel merupakan sebuah hotel butik yang terletak di Seria yang juga dikenali sebagai bandar carigali minyak di Brunei. Kebanyakan tetamu yang menginap di sini adalah atas urusan kerja di Seria. Hotel ini merupakan hotel yang sesuai diinap jika anda datang atas urusan kerja. Lokasi hotel ini juga berhampiran pantai Laut Cina Selatan.
Hotel ini menawarkan 46 unit bilik tetamu yang kalis bunyi, berlantai parket dan mempunyai balkoni mengadap Laut Cina Selatan. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, peti ais, seterika, papan seterika, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas, tab mandi dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, pusat perniagaan, kaunter tempahan lawatan, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kolam renang, gimnasium, sebuah kafe yang menyajikan masakan tempatan dan barat, kedai cenderamata dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, kawalan keselamatan 24 jam, suratkhabar percuma, panggilan kejut bangun pagi, concierge, sarapan pagi, dobi dengan bayaran tambahan, daftar masuk/keluar ekspress, khidmat teksi dan shuttle ke/dari lapangan terbang dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 296 Semalaman.
- Alamat – Lot 1, No 1, Jalan Sultan Omar Ali, KB2733 Seria, Brunei Darussalam
21. The Brunei Hotel

The Brunei Hotel merupakan sebuah hotel butik pertama dan antara hotel yang tertua di Brunei. Ianya dibuka pada tahun 1957 dan telah melalu proses baikpulih pada tahun 2011 dan dihias dengan sentuhan senibina moden kontemporari dan taman eko. Hotel ini terletak di Kianggeh.
Hotel ini menawarkan 65 unit bilik tetamu yang kalis bunyi, berlantai kayu lamina dan dihias dengan mewah. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, pemain DVD, meja tulis, cerek elektrik, bar mini dengan minuman percuma, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kaunter tempahan lawatan dan tiket, pusat perniagaan, ruang simpanan bagasi, ruang santai, lounge, kolam renang, gimnasium, sebuah kafe yang menyediakan masakan tempatan dan barat, kedai cenderamata dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, kawalan keselamatan 24 jam, suratkhabar percuma, panggilan kejut bangun pagi, concierge, buffet sarapan pagi, dobi, faks dan fotokopi dengan bayaran tambahan, daftar masuk/keluar ekspress, khidmat teksi dan shuttle ke/dari lapangan terbang dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 299 Semalaman.
- Alamat – 95, Jln Pemancha, BS8811 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
22.Keoja Hotel

Koeja Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Kuala Belait. Hotel ini dihias dengan elemen berkelas dengan penggunaan warna tanah yang mencetuskan suasana yang tenang dan damai kepada tetamu yang menginap. Hotel yang dibuka pada tahun 2012 ini juga terletak hampir dengan pinggir pantai mengadap Laut China Selatan.
Hotel ini menawarkan 108 unit bilik tetamu yang kalis bunyi, berlantai kayu lamina dan dihias dengan mewah. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, bar mini, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kaunter tempahan lawatan dan tiket, pusat perniagaan, ruang simpanan bagasi, ruang santai, taman, bar, lounge, spa, pusat kecantikan, sebuah restoran, kedai cenderamata, mesin ATM dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, kawalan keselamatan 24 jam, khidmat tukaran wang, panggilan kejut bangun pagi, concierge, buffet sarapan pagi kontinental, khidmat urutan, dobi, faks dan fotokopi dengan bayaran tambahan,khidmat pos, daftar masuk/keluar ekspress, basikal sewa, khidmat teksi, kereta sewa dan shuttle ke/dari lapangan terbang dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 348 Semalaman.
- Alamat – Lot 90, 115 & 116, Jalan McKerron Kuala Belait, KA1131 Kuala Belait, Brunei Darussalam
23. Radisson Hotel Brunei Darussalam

Radisson Hotel Brunei Darussalammerupakan sebuah cawangan rangkaian hotel antarabangsa terkenal iaitu Radisson Hotel Group. Hotel ini merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Kianggeh. Hotel ini berkonsepkan elemen kontemporari moden.
Hotel ini menawarkan 108 unit bilik tetamu yang kalis bunyi, berlantai kayu lamina dan bertingkap besar bagi memastikan bilik tetamu diterangi cahaya semulajadi. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, cerek elektrik, bar mini, peti simpanan, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, pancuran mandian air panas, tab mandi dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kaunter tempahan lawatan dan tiket, pusat perniagaan, ruang simpanan bagasi, ruang santai dengan meja ping pong, lounge, spa, gimnasium, kolam renang, teres berjemur, 2 buah restoran, sebuah bar, kedai cenderamata, mesin ATM dan tempat letak kereta juga ada terdapat di hotel ini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, kawalan keselamatan 24 jam, khidmat tukaran wang, panggilan kejut bangun pagi, concierge, buffet sarapan pagi atau pilihan sarapan di bilik, khidmat urutan, dobi, faks dan fotokopi dengan bayaran tambahan, kereta sewa dan shuttle ke/dari lapangan terbang dan tempat-tempat menarik dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 466 Semalaman.
- Alamat – P O Box 2203 Jalan Tasek, BS8674 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
Berakhir sudah senarai 23 hotel di Brunei yang mendapat ulasan baik daripada tetamu yang boleh anda jadikan pilihan.
Jika anda masih mahu mencari, anda boleh terus melawat ke laman web seperti Booking.com atau Agoda.com untuk lebih pilihan. Semoga anda mengalami percutian yang menggembirakan sepanjang di Brunei.
Kredit gambar: Booking.com & Agoda.com