17 Hotel Terbaik Di Cherating Dengan Lokasi Strategik Yang Hampir Dengan Tempat Menarik
Pilihan Terbaik: Hotel di Cherating
Resort Pantai Termurah: Cherating BayView Resort, ” Resort pantai ini menawarkan penginapan yang termurah di Cherating. Walaupun murah, fasiliti seperti kolam renang ada disediakan”
Villa Untuk Berbulan Madu: LaVilla By Holiday Villa Cherating, “Villa ini menyediakan penginapan yang romantik khusus untuk pasangan berbulan madu. Hiasan bilik, Makan malam berlilin dan kolam mandi peribadi juga ada disediakan.”
Hotel Berkonsep Unik: The Kasturi, “Hotel 5 bintang ini dibina persis istana lama. Ianya juga dihiasi dengan hiasan-hiasan yang lazim dengan tradisi dan sejarah Melayu. Kombinasi tradisi Melayu dan Moden mencetuskan suasana unik dan menarik.”
Hotel untuk Keluarga: Hotel Kemaman Sands, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga mempunyai fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak dan kolam renang. Tab mandi juga ada disediakan di unit bilik keluarga”
Resort Pantai Termewah: Royale Chulan Cherating, “Resort 5 bintang bintang ini menjanjikan tetamu dengan perkhidmatan yang cemerlang dan fasiliti yang terbaik”
Anda pernah pergi ke Cherating? Jika belum dan tertanya-tanya apakah antara hotel di Cherating yang terbaik untuk percutian tepi pantai anda dengan keluarga atau rakan-rakan, anda sedang membaca artikel yang betul!
Kami kongsikan dengan anda senarai 17 hotel di Pantai Cherating yang menawarkan lokasi strategik dan terletak hampir dengan tempat-tempat menarik di sekitar Cherating, Kuantan dan Bandar Kemaman.
Hotel-hotel yang kami kongsikan ini juga ada menawarkan pelbagai kemudahan yang dapat memberikan keselesaan kepada anda di sepanjang penginapan dan memuaskan hati dengan harga yang berbaloi. Jom kita lihat apakah hotel tersebut dan jangan lupa untuk terus menempah – bilik hotelnya laku belaka dan cepat habis!
1. Cherating Bayview Resort

Terletak hanya 12 minit berjalan kaki dari Pantai Cherating, hotel seterusnya ini juga sesuai untuk percutian anda sekeluarga. Hotel Cherating Bayview Resort adalah hotel harga berpatutan yang menyediakan beberapa bilik chalet berkonsepkan tradisional dengan kelengkapan bilik yang memuaskan hati.
Anda pasti berasa seronok dapat berjalan-jalan di pantai peribadinya yang bersih sambil menikmati angin laut atau bermandi-manda dengan anak-anak di kolam renang yang disediakan di resort ini. Harganya juga amat berpatutan dan sesuai untuk diinap untuk beberapa hari.

Selain hampir dengan Pantai Cherating, pusat santuari penyu juga hanya 1.3 km dari resort ini dan anda juga boleh pergi ke beberapa pantai yang terkenal di sini iaitu Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam.
- Harga – Dari RM50 Semalaman.
- Alamat – Lot 367, Kampung Cherating Lama, 26080 Balok, Pahang, Malaysia.
Selanjutnya di Tripadvisor.com.my
2. Lis Na Ree Resort

Lagi satu resort di Cherating yang menawarkan lokasi yang strategik berhampiran dengan destinasi menarik untuk dikunjungi ialah Lis Na Ree Resort. Kalau anda nak tahu, resort ini ada menyediakan perkhidmatan bilik dan layanan tetamu 24 jam.
Terdapat hampir 40 bilik tetamu di sini dan kesemuanya dilengkapi dengan akses Wi-Fi percuma. Malah, biliknya juga mesra keluarga. Setiap satu boleh memuatkan empat orang tetamu – ibu bapa dan dua orang anak. Biliknya luas! Kolam renang pun ada di sini.

Ia juga terletak hampir dengan pantai. Anda nak buat makan malam istimewa? Tiada masalah, gunakan sahaja fasiliti BBQ yang ada di sini. Cumanya, harga bilik tidak termasuk sarapan. Tak perlu risau, ada banyak kedai makan yang terletak berhampiran dengan resort ini.
- Harga – Dari RM132 Semalaman.
- Alamat – Jalan Kuantan – Kemaman, Kampung Baharu Cherating, Cherating, 26080, Malaysia.
3. eRYA By Suria Cherating Resort

Anda mencari hotel yang cantik dengan bilik yang luas demi keselesaan keluarga atau rakan-rakan anda? eRYA By Suria Cherating Resort adalah antara pilihan hotel di Cherating yang dapat menyediakan dua perkara ini kepada anda.
Anda pasti berpuas hati melihat rekaan dalaman bilik yang indah dan kelihatan ceria. Malah, ia juga besar dengan memuatkan dua katil dan masih ada ruang untuk anda bergerak atau solat di dalamnya. Meja dan almari pakaian juga ada disediakan.

Ada dua jenis pemandangan dari bilik hotel di sini. Anda boleh memilih sama ada ia menghadap taman atau menghadap laut. Sarapan juga turut disediakan bersama harga bilik. Untuk makan tengah hari atau makan malam, singgah sahaja di salah satu restoran yang ada di resort ini, iaitu Restoran Bunga Padi atau Coffee House.
- Harga – Dari RM135 Semalaman.
- Alamat – Km 32.5, Jalan Kuantan Kemaman, Kampung Baharu Cherating, Cherating, Malaysia.
4. Hotel Kemaman Sands

Kalau anda nak tahu, Cherating terletak berhampiran sahaja dengan Bandar Kemaman. Pandu sahaja kereta dalam 10-15 minit, anda sudah boleh sampai ke Cherating. Jika anda mahu menginap di kawasan yang luar sedikit dari Cherating, jom cuba bermalam di hotel mesra keluarga, Kemaman Sands.
Ia adalah hotel berhampiran laut yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti anda sekeluarga. Di sini terdapat kolam renang outdoor yang luas untuk keluarga anda bermandi-manda. Selain itu, taman permainan turut disediakan.

Bilik Hotel Kemaman Sands juga mempunyai pelbagai jenis. Anda boleh memilih bilik Family yang berharga serendah RM209 sahaja semalam – murah bukan? Sudah pasti, peralatan biliknya lengkap dan layanannya pun mesra. Anda pasti berpuas hati!
- Harga – Dari RM139 Semalaman.
- Alamat – 1403, Taman Sri Pantai, Kampung Geliga Besar, 24000 Kampong Kemaman, Malaysia.
5. Eastana Cherating Beach Resort

Jika resort ala kampung dengan hiasan tradisional menjadi pilihan anda, Eastana Cherating Beach Resort mungkin dapat memuaskan hati anda ketika bercuti di sini. Anda boleh menginap di bilik chalet sambil menikmati suasana kampung yang menyamankan.
Ia tidaklah terletak betul-betul di depan pantai namun Pantai Cherating hanya di seberang jalan sahaja – sangat dekat! Setiap bilik di resort ini dilengkapi dengan TV dan saluran satelit, pendingin hawa, balkoni, dan peralatan mandian. Untuk bersarapan, anda boleh pergi ke restoran yang berada di hotel ini.

Selepas menikmati sarapan pagi, anda boleh pergi ke beberapa tempat menarik yang terletak hampir dengan Eastana Cherating Beach Resort. Pusat Perlindungan Penyu Cherating dan Limbong Art (anda boleh belajar buat batik di sini) berada hanya 500 meter sahaja. Berjalan kaki pun boleh!
- Harga – Dari RM150 Semalaman.
- Alamat – Lot 1/772 Pantai Cherating, 26080 Cherating, Malaysia.
6. Casa Titik

Lagi satu rumah penginapan di Cherating yang cepat habis ditempah adalah Casa Titik. Ia merupakan resort tepi pantai yang mesra keluarga kerana biliknya besar dan dapat memuatkan ramai tetamu.
Resort ini cukup cantik dengan konsep seperti Vila di Sepanyol. Terdapat juga kolam renang kanak-kanak dan kawasan peliharaan haiwan – seronok anak anda nanti! Malah, kemudahannya cukup lengkap, anda tidak perlu keluar dari kawasan ini kerana semuanya ada di sini.

Setiap bilik di sini mempunyai balkoni peribadi dan pemandangan taman, kolam renang atau laut yang indah. Malah, Wi-Fi dan pakej sarapan pagi juga ada disediakan. Selain bilik dan bilik air (ada tab mandi!) yang luas, ia juga dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan membancuh teh/kopi, TV berserta saluran kabel, almari dan peti ais mini.
- Harga – Dari RM156 Semalaman.
- Alamat – Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, Sg. Baging, Mukim Sg. Karang, Kampung Baharu Cherating, Cherating, 26080, Malaysia.
7. Legend Cherating Beach Resort

Antara hotel di Cherating yang mendapat permintaan tinggi daripada para pelancong yang bercuti di sini adalah Legend Cherating Beach Resort. Di sini, terdapat 5 jenis bilik hotel dan ianya bermula serendah RM157 sahaja semalam.
Ramai yang telah memuji layanan dan keselesaan yang mereka nikmati ketika bercuti di Legend Cherating. Jika menginap di sini, anda akan mendapat akses kepada Pantai Cherating yang bersih dan cantik dan kolam renangnya yang luas. Jika anak anda ingin melihat penyu, pusat perlindungan hanya kira-kira 4.7 km sahaja dari resort ini.

Bilik di sini juga besar dan kemas. Malah, setiap bilik di sini juga mempunyai akses Wi-Fi percuma, tidak seperti di beberapa hotel lain yang hanya menyediakannya di kawasan umum seperti lobi atau restoran. Jom cuba bermalam di sini untuk percutian anda nanti!
- Harga – Dari RM157 Semalaman.
- Alamat – Lot 1290 Mukim Sungai, Kampung Baharu Cherating, Cherating, 26080, Malaysia.
8. Club Med Cherating

Antara hotel terkemuka di Cherating yang sering ditempah ramai pelancong adalah Hotel Club Med Cherating. Dengan menginap di Club Med, anda berpeluang menginap di biliknya yang cukup bergaya serta eksklusif dan melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini seperti bermandi-manda di Zen Pool atau bermain papan luncur air di laut!
Sudah pasti, dengan statusnya sebagai hotel empat bintang, anda akan dilayan dengan baik oleh para pekerja yang terlatih, profesional dan mesra. Bilik hotel di Club Med cukup besar dan selesa untuk anda sekeluarga. Ia dihiasi dengan lengkapan kayu ala Bali dan kemasan berkualiti tinggi.

Malah, anak anda juga pasti berasa seronok dapat membuat istana pasir di pantai peribadi, melihat penyu, bermain sukan air dan menyertai aktiviti Kid’s Club. Anda turut boleh memanjakan diri di spa. Sarapan pagi turut disediakan di restoran hotel dan ia cukup lazat!
- Harga – Dari RM1,170 Semalaman.
- Alamat – Km 29, Jalan Kuantan-Kemaman, Cherating, 26080, Pahang, Malaysia.
Selanjutnya di Tripadvisor.com.my
9. Residence Inn Cherating

Pemandangan hutan yang serba menghijau dan menenangkan, udara kabus pagi yang sejuk dan nyaman dan keindahan pantai yang serba memutih dan laut yang membiru – itu semua dapat anda nikmati ketika bercuti di Residence Inn Cherating.
Ia merupakan salah satu hotel best-seller di dalam talian, makanya anda harus cuba menginap di sini sekurang-kurangnya sekali untuk menikmati layanan dan pengalaman penginapan yang menyeronokkan! Di sini, bilik-biliknya cantik dan kemas dengan rekaan warna lembut dan kelengkapan bilik yang tampak baru.

Katilnya besar dan empuk serta bilik airnya moden dan bersih. Anda boleh memilih sama ada untuk mempunyai pemandangan hutan/taman atau kolam renang. Nikmati juga akses Internet di dalam bilik dan sarapan pagi untuk dua atau tiga orang ketika bermalam di sini. Dengar khabar, menu hidangannya pelbagai dan rasanya pun sedap!
- Harga – Dari RM175 Semalaman.
- Alamat – Lot 826, Mukim Sg. Karang, Kampung Baharu Cherating, Cherating, 26080, Malaysia.
10. Holiday Villa Beach Resort Cherating

Apabila merancang percutian ke Kuantan, jangan lupa untuk singgah di Cherating dan bermalam di salah satu hotel terbaik di bandar tepi laut ini, iaitu di Holiday Villa Beach Resort. Ia adalah hotel empat bintang yang terletak betul-betul di tepi pantai dan menghadap Laut China Selatan yang serba membiru.
Di sini, anda boleh bersarapan di restoran hotel, bermandi-manda di pantai atau di salah satu kolam renang besar yang ada di Holiday Villa dan melakukan pelbagai aktiviti sukan pantai. Harga untuk hotel yang eksklusif ini juga sangat berpatutan. Dengan serendah RM190 bagi bilik Deluxe Double atau Twin, anda sudah dapat bermalam dengan selesa dalam biliknya yang serba moden dan lengkap dengan kemudahan.

Malah, tempat pelancongan yang popular di Cherating juga terletak hampir kira-kira 3 km sahaja dari hotel. Antaranya Pusat Santuari Penyu Cherating, Limbong Art, dan Firefly & Mangrove Exploration.
- Harga – Dari RM190 Semalaman.
- Alamat – Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Cherating, Malaysia.
11. Samsuria Beach Resort & Residences

Samsuria Beach Resort & Residences juga turut menjadi pilihan penginapan yang terbaik di Cherating untuk keluarga besar atau percutian beramai-ramai dengan kawan-kawan.
Apabila menempah bilik apartment di sini, anda tidak perlu menghabiskan wang bermalam di beberapa bilik tetamu berasingan. Pilih sahaja Suite Pangsapuri 2 bilik tidur untuk menikmati kemudahan yang lengkap dan bilik yang besar. Bilik di sini cukup bersih dan kemas serta nampak serba baru dengan lengkapan yang moden.

Samsuria juga mempunyai beberapa restoran bagi memudahkan anda bersarapan (harga berasingan) atau makan tengah hari serta makan malam. Di sini juga terdapat kolam renang yang besar. Selain itu, ia juga menyediakan gimnasium dan bar pantai – memang menyeronokkan!
- Harga – Dari RM234 Semalaman.
- Alamat – Jalan Sungai Ular Damai 1, Balok, Pahang, 26080 Kampung Sungai Ular, Malaysia
12. Impiana Resort Cherating

Ada beberapa hotel di Cherating yang sering menjadi tumpuan orang ramai ketika bercuti di Kuantan dan Impiana Resort Cherating adalah salah satu daripadanya. Sememangnya, ia adalah antara hotel yang sering mendapat maklum balas positif daripada tetamu sebelum ini. Fasiliti dan layanan di sini memang terbaik!
Impiana Resort merupakan sebuah hotel empat bintang yang menawarkan rekaan dalaman bilik yang cantik dan gaya ala tradisional Melayu. Anda pasti seronok dapat bermalam di salah satu bilik di sini yang menghadap keindahan laut dan pantai. Anda akan berasa tenang di sini!

Selain kelengkapan bilik tetamu yang lengkap seperti TV skrin rata, bar mini, dan katil yang empuk, kemudahan lain juga turut disediakan seperti restoran, kedai serbaneka, kolam renang outdoor (berserta jakuzi!), dan aktiviti sukan air.
- Harga – Dari RM250 Semalaman.
- Alamat – Km 32 Jalan Kuantan/Kemaman, Kampung Baharu Cherating, Cherating, Pahang, Malaysia.
13. Sanctuary Resort-Apartment Hotel

Untuk anda yang inginkan ruang bilik yang luas berserta beberapa bilik tidur untuk memuatkan ahli keluarga atau sahabat yang ramai, Sanctuary Resort-Apartment Hotel sesuai untuk anda. Anda boleh memilih sama ada apartment 2 bilik tidur atau 3 bilik tidur.
Terletak berdekatan dengan pantai dan tidak berapa jauh dari tempat menarik seperti Pusat Santuari Penyu, anda boleh menikmati pemandangan laut dari balkoni apartment atau bermandi-mandi di kolam renang yang luas di resort ini. Bersarapan juga mudah kerana anda hanya perlu membayar tambahan RM20 untuk makan di kafe hotel.

Setiap bilik di sini dilengkapi dengan penyaman udara, bilik air, tab mandi, dapur kecil berserta peralatan memasak, dan peti sejuk. Kalau rasa malas untuk keluar ke restoran, anda boleh menyediakan makanan sendiri di bilik hotel!
- Harga – Dari RM255 Semalaman.
- Alamat – Lot 342 Mukim Sungai Karang, 26080 Cherating, Malaysia.
14. Villa Teja

Ada sesetengah orang lebih gemar menempah rumah percutian berbanding bilik hotel. Ia terutamanya untuk mereka yang akan membawa ahli keluarga yang ramai. Kalau anda sedang mencari rumah percutian dengan kemudahan ala hotel di Cherating, jom pertimbangkan Villa Teja.
Rumah villa ini mendapat ulasan yang sangat positif dari tetamu-tetamu sebelum ini. Ia kerana rumah percutian ini bersih, kemas, dan dihiasi dengan dekorasi moden dan penuh dengan kemudahan yang lengkap. Dengan dua buah bilik, dapur, ruang makan, penghawa dingin dan pemanas air, anda pasti berasa selesa bermalam di sini!

Malah, terdapat juga ruang barbeku yang sesuai untuk anda yang ingin membuat acara makan malam BBQ dengan keluarga. Malah Restoran Intan juga ada di sini jika anda mahu mencari sarapan pagi atau makan tengah hari. Pusat Santuari Penyu, Limbong Art dan Kelip-Kelip Cherating juga hanya terletak 400 meter sahaja.
- Harga – Dari RM300 Semalaman.
- Alamat – Lot 955 Kampung Inn Jalan Cherating Lama, 26080 Cherating, Malaysia.
15. LaVilla By Holiday Villa Cherating

LaVilla By Holiday Villa, atau turut dikenali sebagai Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa Cherating, menjadi salah satu hotel di Kuantan yang sesuai untuk anda yang inginkan penginapan yang eksklusif dan mendamaikan.
Resort ini terletak dalam kawasan yang serba menghijau dan banyak pepohon kelapa dan lanskap yang cantik. Dari bilik hotel ini, anda dapat menikmati pemandangan Laut China Selatan yang indah. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan perabot kayu berkualiti, katil yang empuk dan selesa, serta dekorasi warna tema yang lembut.

Bilik airnya juga moden dan disertakan dengan jubah mandi, tab mandi, dan pancuran air panas. Malah, setiap villa di sini turut mempunyai kolam renang peribadi. Wah, seronoklah anda dan anak-anak bermandi-manda di luar bilik! Tempat menarik di sekitar Cherating juga hanya berada kira-kira 3 km dari hotel ini.
- Harga – Dari RM500 Semalaman.
- Alamat – Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Cherating, Malaysia.
16. The Kasturi

Kadangkala, selepas penat bekerja, kita ingin mencari destinasi percutian yang menenangkan dan jauh dari kesibukan kota. Jom bercuti di Cherating dan menginap di hotel mewah lima bintang The Kasturi. Anda boleh memilih sama ada untuk bermalam di bilik Studio, Suite atau Villa.
Harga yang dibayar sangat berbaloi dengan tahap layanan yang diberikan (anda akan dilayan bagaikan VIP!), kemudahan eksklusif (pool peribadi bagi villa & tab mandi moden dalam bilik air!), dan keindahan pemandangan laut dan hutan yang sangat mengasyikkan.

Setiap bilik di sini amat luas dan mempunyai katil, tempat duduk, meja, serta bilik air yang bersih dan moden. Ia juga dilengkapi dengan Wi-Fi percuma dan TV skrin rata dengan saluran kabel. Jika anda datang ke The Kasturi sekitar bulan 8 atau 9, anda juga boleh menyaksikan pelepasan penyu ke pantai – syoknya!
- Harga – Dari RM660 Semalaman.
- Alamat – Km 32.5 Jalan Kuantan/Kemaman, 26080 Cherating, Malaysia.
17. Royale Chulan Cherating

Kalau anda mencari lokasi percutian di Kuantan yang sesuai untuk honeymoon atau ulang tahun perkahwinan yang romantis, jom laburkan sedikit bajet dan masa dengan bercuti di Royale Chulan Cherating. Ini adalah antara hotel mewah lima bintang yang ada di Cherating yang menjanjikan pengalaman penginapan yang eksklusif dan tidak dapat dilupakan!
Ramai tetamu di sini telah memberikan ulasan yang terbaik tentang resort ini. Ia terletak di kawasan yang berbukit dan betul-betul menghadap pantai dan laut. Kawasan di sekeliling hotel sememangnya cantik dan penuh privasi. Harganya berbaloi dengan kemudahan berkualiti tinggi yang disediakan.

Yang menariknya, harga bilik turut termasuk sarapan pagi dan makan malam! Di sini, anda sekeluarga boleh berehat di tepi pantai, bermandi-manda di laut atau kolam renang outdoor, serta pergi ke tempat menarik seperti Limbong Art yang berada hanya 300 meter sahaja dari Royale Chulan.
- Harga – Dari RM950 Semalaman.
- Alamat – Kampung Cherating Lama, 26100 Cherating, Malaysia.
Jika anda belum pernah ke Cherating, kami sangat mengesyorkan destinasi percutian ini kepada anda. Jom buat tempahan hotel segera dan dapatkan kadar harga terkini bagi hotel pilihan anda di Booking.com atau Agoda.com.
Cherating sememangnya menjanjikan pengalaman percutian yang menenang dan menghiburkan hati. Pasti hilang segala stress anda dan dapatlah anda melupakan seketika rutin harian di rumah atau di tempat kerja ketika berada di sini bersama yang tersayang.
Jika anda mempunyai masa lebih, terus bercuti ke negeri jiran dan bermalam di hotel di Terengganu yang menghadap pantai dan laut yang indah! Selamat bercuti kami ucapkan kepada anda dan jangan lupa untuk membuat tempahan segera kerana hotel di Cherating mudah sold-out!
Kredit gambar: Booking.com, Agoda.com, Tripadvisor.com.my