Hotel di Cyberjaya

12 Hotel di Cyberjaya yang Best dan Zen

Adakah anda sedang mencari hotel di Cyberjaya? Jika ya, anda telah datang ke tempat yang betul.

Cyberjaya terletak bersebelahan dengan Putrajaya dan sangat hampir dengan lapangan terbang KLIA. Walaupun keluasan bandar ini agak kecil, tetapi ianya lengkap dengan segala jenis kemudahan seperti pusat-pusat membeli belah, pelbagai jenis restoran dan bank.

Pilihan BEST Hotel di Cyberjaya (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: OYO 915 De Cyber Boutique Hotel, ” Hotel ahli kumpulan OYO ini menawarkan penginapan yang termurah di Cyberjaya. Namun begitu, penginapan dan perkhidmatan yang disediakan amat bagus dan memuaskan.”

Hostel Untuk Urusan Kerja: Monaco Hotel, “Hotel ini menyediakan penginapan pada harga berpatutan. Bilik tetamu yang disediakan mempunyai meja tulis. Khidmat kejut bangun pagi, sarapan pagi dan kemudahan seterika juga ada disediakan.”

Hotel Berkonsep Unik: Hotel Hilal“Hotel ini mengetengahkan hiasan berelemen Timur Tengah. Setiap ruang dan inci bilik dihias jubin biru dan perabot yang berciri Timur Tengah. Tetamu pastinya berasa seolah-seolah berada di Morroko atau tanah Arab.”

Hotel untuk Keluarga: Citadines D’Pulze Cyberjaya, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan bilik tetamu yang lengkap dengan dapur yang berfungsi. Ia juga mempunyai fasiliti seperti kolam renang. Hotel ini bersambung dengan Pusat Membeli Belah D’Pulze, jadi ibubapa boleh sahaja membawa anak-anak mereka menonton wayang, bermain di arked atau makan-makan di D’Pulze tanpa perlu keluar dari bangunan.”

Resort Untuk Berbulan Madu:  Cyberview Resort & Spa, “Resort ini merupakan satu-satunya resort yang terdapat di Cyberjaya. Pada yang sibuk dan tiada banyak masa cuti untuk meraikan saat manis anda, resort ini menjanjikan pengalaman yang romantik untuk anda dan pasangan.”

Cyberjaya merupakan sebuah bandar pintar dan dikenali sebagai lembah silikon negara Malaysia. Ianya menjadi lokasi pilihan utama  syarikat-syarikat bertaraf MSC di Malaysia. Lalulintas di Cyberjaya dikawal sepenuhnya dengan komputer. Ianya juga bakal mempunyai sebuah hospital.

Cyberjaya juga akhir-akhir ini telah menjadi bandar komuniti pelajar. Terdapat lebih daripada lima pusat pengajian tinggi yang beroperasi di Cyberjaya. Contohnya, Universiti Multimedia, Kolej Lim Kok Weng, Universiti Islam Malaysia, Kolej Antarabangsa Kirkby dan banyak lagi.

Jika anda datang ke Cyberjaya sama ada  mahu mendaftar ke pusat pengajian, melawat anak-anak, menyambut hari graduasi, berkursus ataupun mahu menjadikan Cyberjaya sebagai lokasi transit sebelum ke KLIA. Kami ada 12 hotel di Cyberjaya yang sangat zen dan happening untuk anda pilih.

Hotel-hotel ini dipilih berdasarkan ulasan baik yang diterima dari tetamu-tetamu yang pernah menginap. Ianya di susun dari yang berharga paling murah hingga ke paling mahal untuk penginapan semalaman. Jadi anda tidak perlu risau dengan kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Anda cuma perlu pilih hotel mana yang tepat dengan kriteria pilihan anda.

Jika cadangan yang diberikan tidak mencukupi, anda boleh juga memilih hotel-hotel di kawasan berhampiran seperti Putrajaya atau Bangi, kami juga ada menyediakan senarai 15 hotel di Putrajaya dan 16 hotel di Bangi untuk anda pilih.

OYO 915 De Cyber Boutique Hotel

OYO 915 De Cyber Boutique Hotel ini merupakan merupakan sebuah hotel yang bertaraf 2 bintang dan  satu-satunya hotel ahli kumpulan OYO yang terdapat di Cyberjaya. Umum mengetahui yang OYO menjanjikan perkhidmatan hotel bajet yang berkualiti kepada tetamu. Jadi anda tidak perlu gusar jika menginap di mana-mana hotel ahli OYO. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias kemas dan cantik dengan padanan warna tema OYO iaitu merah dan putih. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set televisyen, set TV berskrin rata, rak baju, cerek elektrik, dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam untuk memudahkan urusan daftar masuk dan keluar, ruang santai yang selesa, pantri dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan.

OYO 915 De Cyber Boutique Hotel
  • Harga - Dari RM 68 semalaman.
  • Alamat - A-G-02, Plaza Crystalville, Lingkaran Cyberpoint Timur, Selangor, 63000 Cyberjaya, Malaysia

2. Monaco Hotel

12 Hotel di Cyberjaya yang Best dan Zen 1

Monaco Hotel ini terletak sangat berhampiran dengan Pusat Membeli Belah DPULZE jadi amat senang untuk dicari. Ianya juga terletak hampir dengan restoran makanan Arab yang paling terkenal di Cyberjaya iaitu Safaa. Hotelnya ringkas dan dihias dengan gaya moden. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang kemas dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV berskrin rata, rak baju dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, bidet, alat pengering rambut dan set mandian. Beberapa unit di hotel ini juga mempunyai balkoni.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, pantri, mesin dispenser air minuman, ruang seterika, bilik mesyuarat dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan harian dan perkhidmatan sarapan atas permintaan juga ada disediakan.

12 Hotel di Cyberjaya yang Best dan Zen 2
  • Harga - Dari RM 84 semalaman.
  • Alamat - Suite 4801-0-02, Jalan Perdana, CBD Perdana, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Malaysia

3. Z Hotel

12 Hotel di Cyberjaya yang Best dan Zen 3

Z Hotel Cyberjaya merupakan satu-satunya hotel yang bertaraf 1 bintang di Cyberjaya. Hotel ini dihias dengan hiasan asas bertema industri. Walaupun hotel ini bertaraf 1 bintang, tetapi ia merupakan premis bebas rokok.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, set TV berskrin rata dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang santai, ruang makan, mesin dispenser air, jualan snek dan masakan ringan dan tempat letak kereta dengan bayaran RM 8.00 sehari. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan. 

z Hotel Cyberjaya
  • Harga - Dari RM 85 semalaman.
  • Alamat - Persiaran Flora, Cyber 12 No.4809-33A, CBD Perdana 2,, 63000 Cyberjaya, Malaysia
Tune Hotel - DPulze Cyberjaya

Tune Hotel merupakan antara hotel terawal yang dibuka di Cyberjaya. Hotel ini bersambung dengan Pusat Membeli-belah DPulze dan mempunyai laluan khas untuk masuk ke pusat membeli-belah tanpa melalui pintu depan. Tune hotel adalah rangkaian hotel yang menawarkan perkhidmatan hotel berkonsep atas permintaan. Jadi tetamu boleh memilih perkhidmatan yang disukai dan cuma perlu membayar apa yang ditempah sahaja. Tune Hotel Cyberjaya juga merupakan antara yang terbesar di Malaysia. Hotel ini sesuai untuk yang datang ke Cyberjaya atas urusan kerja.

Hotel ini menawarkan sebanyak 162 buah bilik tetamu yang dihias sangat ceria dan chic dengan gabungan warna hitam, putih dan merah. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV berskrin rata, meja kerja dan peti simpanan berkomputer. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan kelengkapan mandian. Sesetengah unit juga mempunyai tab mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, sistem keselamatan 24 jam, ruang simpanan bagasi, restoran dan tempat letak kereta dengan bayaran maksimum RM 5.00 sehari. Perkhidmatan kemasan harian dan perkhidmatan sarapan atas permintaan juga ada disediakan.

Tune Hotel - DPulze Cyberjaya
  • Harga - Dari RM 85 semalaman.
  • Alamat - Block D, Cyberjaya CBD, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, 63000 Cyberjaya, Malaysia
Hotel Hilal

Jika anda mahukan hotel yang patuh syariah, Hotel Hilal ini mungkin sesuai untuk anda. Ianya baru dibuka pada tahun 2018. Hotel ini dihias dengan hiasan dalaman persis timur tengah dengan penggunaan jubin biru, seramik dengan lukisan tangan lampu chandeliar dan tulisan kaligrafi Arab. 

Hotel ini menawarkan sebanyak 49 buah bilik tetamu yang dihias dengan cantik dan pernuh berseni. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV berskrin rata, rak tuala, ruang solat, penunjuk arah kiblat, cerek elektrik dan selipar. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan tempat letak kereta awam yang bayaran RM 8.00 sehari. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

Hotel Hilal
  • Harga - Dari RM 94 semalaman.
  • Alamat - 4806-0-13, CBD 2, PERSIARAN FLORA, 63000 Cyberjaya, Malaysia
Hotel EV World

EV World Hotel ini terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah DPULZE dan Shaftsbury Square. Ianya merupakan sebuah hotel bajet tetapi perkhidmatan yang diberikan sangat baik. Rata-rata tetamu yang pernah menginap di hotel ini memberikan ulasan yang baik kepada hotel ini. 

Hotel ini menawarkan 25 buah bilik tetamu yang asas tetapi selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, TV berskrin rata, meja tulis, sejadah untuk tetamu muslim bersolat dan cerek elektrik dengan set kopi/teh 3 dalam 1. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang santai, bilik mesyuarat, bilik solat,tempat letak kereta percuma dan pantri yang lengkap dengan ruang makan, peralatan makanan dan peralatan dapur seperti peti ais, periuk nasi elektrik, ketuhar gelombang mikro, alat pembakar roti dan dispenser air minuman.

Perkhidmatan kemasan harian dan sarapan pagi asas  percuma terdiri daripada minuman panas teh atau kopi, roti dengan sapuan jem atau mentega dan telur rebus juga ada disediakan di hotel ini.

12 Hotel di Cyberjaya yang Best dan Zen 4
  • Harga - Dari RM 109 semalaman.
  • Alamat - 4803-1-05 CBD Perdana 1, 63000 Cyberjaya, Malaysia
Musse Hotel

Musse Hotel adalah sebuah lagi hotel bajet yang terdapat di Cyberjaya. Pada yang datang ke Cyberjaya atas urusan kerja. Hotel ini mungkin sesuai untuk anda. Tambahan pula ramai tetamu yang bernah menginap di sini memuji keselesaan tilam yang disediakan dan persekitaran hotel yang tenang pada waktu malam. Hotel ini juga dihias dengan asas tetapi nampak kemas dan tidak serabut.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik yang selesa dan juga dihias ringkas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, TV berskrin rata dan cerek elektrik. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, bidet dan set mandian.

Hotel ini mempunya kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan.

Musse Hotel
  • Harga - Dari RM 119 semalaman.
  • Alamat - Persiaran Flora, Cyber 12 Block 4812-51 (Level 1), 63000 Cyberjaya, Malaysia
Dash Box Hotel

Jika anda sukakan kelainan, Dash Box Hotel Cyberjaya ini ada jawapannya. Siapa sangka, penginapan seperti ini wujud di Cyberjaya.  Dash Box Hotel ini menawarkan pengalaman percutian dalam bandar kepada tetamu-tetamu yang menginap di sini. Hotel ini juga baru-baru ini tampil dengan imej baru yang bertemakan chic industri dan seni jalanan. Hotel ini juga telah memperkenalkan maskot arnab hijaunya kepada umum. 

Hotel ini menawarkan 87 buah bilik tetamu pelbagai jenis yang dibina dari kontena. Setiap unit dihias dengan berkelas dan terdapat patung beruang arnab diletakkan di atas katil tetamu sebagai alu-aluan. Kelengkapan seperti penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, meja solek, bar mini dan peti simpanan ada disediakan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, jubah mandi, selipar dan set mandian. Beberapa unit tertentu juga mempunyai balkoni dan patio.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, kolam renang kanak-kanak dengan permainan air, kolam renang dewasa, restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, bar dengan minumam menyegarkan, kedai cenderamata, ruang santai, taman. patio, pusat aktiviti kanak-kanak dan gimnasium. 

Perkhidmatan kemasan bilik harian dan sarapan pagi juga ada disediakan. Pada yang memandu kereta elektrik, hotel ini ada menyediakan stesyen untuk anda mengecas kereta anda. Tetamu juga boleh meletakkan kereta masing-masing di hadapan unit yang mereka sewa.

12 Hotel di Cyberjaya yang Best dan Zen 5
  • Harga - Dari RM 137 semalaman.
  • Alamat - Dash Box Hotel @ MaGIC Village, Cyber 8, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Malaysia
Tan'Yaa Hotel

Tan’Yaa Hotel ini diuruskan oleh syarikat  Ri-Yaz – Ri-Yaz Hotels & Resorts Inc. Ianya terletak berhampiran dengan beberapa bangunan pejabat syarikat-syarikat bertaraf MSC yang terletak di Cyberjaya. Tarikan utama hotel ini adalah keluasan bilik tetamu yang ditawarkan. Amt sesuai untuk yang datang bersama keluarga.

Hotel ini menawarkan 82 buah bilik tetamu yang sangat luas dan selesa dengan keluasan minima 44 meter persegi.  Ini kerana, bilik-bilik di sini direka untuk memenuhi keperluan tetamu yang mahukan fasiliti rumah pejabat.  

Setiap unit bukan sahaja mempunyai bilik tidur dan bilik mandi, malah ianya juga mempunyai ruang makan dan dapur. Bilik tidur yang lengkap dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV, sofa dan meja kerja, ruang makan pula lengkap dengan peralatan makanan dan dapur lengkap dengan keperluan memasak asas seperti ketuhar gelombang mikro, cerek elektrik dan peti ais. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, selipar dan peralatan mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan yang mesra OKU, liputan WIFi percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, restoran yang menyajikan masakan tempatan, gimnasium dan tempat letak kereta percumaPerkhidmatan kemasan harian dan bufet sarapan pagi juga ada disediakan.

12 Hotel di Cyberjaya yang Best dan Zen 6
  • Harga - Dari RM 172 semalaman.
  • Alamat - Unit G-02, Ground Floor, Block 3520, Jalan Teknokrat 6, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Malaysia
Citadines

Selain Tunes Hotel, Citadines Hotel merupakan satu lagi hotel yang berkongsi bangunan yang sama dengan pusat membeli belah DPulze. Ianya juga mempunyai lif khas terus ke dalam pusat membeli belah tersebut. Ruang lobi hotel ini terletak di tingkat 7 bangunan tersebut. Hotel ini amat sesuai untuk yang datang bersama keluarga.

Citadines Hotel menawarkan 203 buah unit studio dan unit suite kepada tetamu yang menginap di sini. Unit studio dilengkapi dengan penghawa dingin, set bilik tidur, TV berskrin rata, peti simpanan, almari pakaian,  ketuhar gelombang mikro, peti ais, cerek elektrik,  alat pembakar roti dan peralatan makanan. Unit suite pula mempunyai tambahan sofa dan dan meja makan. Bilik mandi untuk kedua-dua unit amat luas dan dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam, ruang simpanan bagasi, kolam renang dan tempat letak dengan bayaran maksima RM5.00.

Perkhidmatan kemasan harian, dobi layan diri dan penghantaran ke lapangan terbang atau destinasi berhampiran juga ada disediakan dengan bayaran tambahan.

Citadines
  • Harga - Dari RM 179 semalaman.
  • Alamat - Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Malaysia
12 Hotel di Cyberjaya yang Best dan Zen 7

Shaftsbury Stellar ini betul-betul letaknya di belakang Shaftsbury Square. Ianya berkongsi bangunan yang sama dengan Shaftsbury Residence. Hotel ini menawarkan tempat penginapan berfokuskan unit suite. Ianya sangat sesuai untuk tetamu yang datang bersama keluarga. 

Hotel ini menawarkan 112 buah unit suite yang lengkap dengan penghawa dingin, set TV,peti simpanan, meja makan, sofa danperalatan dapur asas seperti peti ais, ketuhar gelombang mikor dan cerek elektrik.  Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, taman pernainan kanak-kanak, kolam renang, spa, gelanggang tenis, gimnasium dan tempat letak kereta percuma. Perkhidmatan kemasan bilik harian, penghantaran ke lapang terbang, perkhidmatan kereta sewa dan perkhidmatan bilik juga ada disediakan.

Shaftsburry Stellar
  • Harga - Dari RM 213 semalaman.
  • Alamat - A-G-01, Shaftsbury Serviced Residences, Jalan Impact, Cycber 6, 63000 Cyberjaya, Malaysia
Cyberview Resort & Spa

Cyberview Resort & Spa ini merupakan resort butik yang bertaraf 5 bintang merupakan satu-satunya resort yang terdapat di Cyberjaya. Ianya berkeluasan 28.8 ekar dan dikelilingi dengan taman hijau yang pernah memenangi anugerah. Seperti namanya, tetamu yang menetap di sini dijamin akan merasa puas hati dengan layanan baik dan kemudahan bertaraf tinggi yang diberikan.

Resort ini mewarkan sebanyak 106 buah chalet, dua unit suite dua bilik tidur dan dua unit banglo dua bilik. Setiap unit yang ditawarkan dihias dengan konsep desa yang rustik dengan penggunaan perabot kayu jati untuk katil dan kerusi. Peralatan asas seperti penghawa dingin, set TV, peti simpanan dan peti ais juga ada disediakan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian. Semua unit juga mempunyai balkoni.

Resort ini mempunyai kemudahan mesara OKU, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, sebuah bistro, 2 buah restoran, 2 buah bar, kolam renang, patio, taman, tasik, spa, gimnasium, gelanggang tenis, pusat aktiviti kanak-kanak. padang golf, dan tempat letak kereta percuma.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik 24 jam dan perkhidmatan basikal sewa juga ada disediakan di sini.

Cyberview resort & Spa
  • Harga - Dari RM 310 semalaman.
  • Alamat - Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Malaysia

Berakhir sudah senarai 12 hotel di Cyberjaya. Cyberjaya merupakan bandar yang agak kecil tetapi masih berkembang. Cuma perlu masa 30 minit untuk mengelilingi keseluruhan bandar ini. Jadi anda tidak perlu risau untuk ke mana-mana. Pengangkutan awam dan service kereta panggilan seperti Grab juga amat mudah didapati. 

Jika anda masih mahu melihat-lihat jika masih ada hotel lain yang terdapat di Cyberjaya, anda boleh terus ke laman web Booking.comataupun Agoda.com. Semoga berjumpa idaman hati.

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment