hotel di desaru

11 Hotel di Desaru yang Best dan Berbaloi

Pilihan Terbaik Hotel di Desaru

๐Ÿ‘ Hotel Untuk Urusan Kerja: Hotel Desaru Penawar, โ€ Terletak di tengah bandar, hotel ini menawarkan penginapan yang sesuai untuk yang datang atas urusan kerja. Bilik tetamu mempunyai meja. Seterika boleh didapati atas permintaan, liputan WIFI dan sarapan pagi juga ada disediakan.โ€

๐Ÿ‘ Hotel Untuk Bagpackers: Blue Avenue Backpackers, โ€œHotel ini menyediakan penginapan pada harga berpatutan, ianya menyediakan pantry dengan mesin dispenser air minuman panas. sejuk dan snek.โ€

๐Ÿ‘ Hotel Berkonsep Unik: Hard Rock Hotel Desaru Coastโ€œHotel cawangan Hard Rock ini memang terkenal dengan tema dan konsep rock yang dibawa. Tetamu berpeluang menikmati persembahan kugiran dan melawat studio rakaman dan bilik pameran berkaitan artis-artis rock terkemuka dan bermain dengan alat muzik.โ€

๐Ÿ‘ Hotel untuk Keluarga: Lotus Desaru Beach Hotel & Spa, โ€œHotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga mempunyai banyak fasiliti mesra kanak-kanak. Ia juga mempunyai taman tema air yang menyeronokkan.โ€

๐Ÿ‘ Hotel Untuk Berbulan Madu:  Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spaโ€œHotel yang pernah memenangi Anugerah Hotel Mewah Dunia 2017 ini menyediakan penginapan romantik kepada tetamu. Khidmat urutan, suite dengan balkoni berbuaian dan bilik mandi bertab mandi yang cantik pastinya menjanjikan pengalaman bulan madu yang menggembirakan.โ€

Desaru juga mempunyai tarikan lain selain pantai. Terdapat taman tema air, ladang burung unta, taman buaya, ladang buah-buahan, muzium nelayan dan bayak lagi tempat yang boleh diterokai.

Hotel di Desaru ini tidak banyak dan majoritinya berkos tinggi. Tetapi masih juga terdapat penginapan berpatutan yang boleh dipilih. Di sini kami ada senarai 11 hotel di Desaru yang best dan berbaloi untuk anda pilih. Kami susun senarai ini dari yang berharga paling murah untuk satu malam hingga ke yang paling mahal supaya senang anda membuat pilihan. Jom kita tengok.

Jika anda berniat untuk melawat Johor Bahru selepas ke Desaru, kami ada senarai 23 Hotel di Johor Bahru untuk anda pilih. Lokasi-lokasi hotel yang dipilih terletak hampir dengan tempat-tempat menarik di sana.

Kalau anda mahu melawat Muar, kami juga ada senarai 23 hotel di Muar untuk anda. Hotel-hotel di sini juga dipilih berdasarkan ulasan baik yang diterima dari tetamu yang pernah menginap di sana.

1. Blue Avenue Backpackers

Blue Avenue Backpackers

Sesuai dengan namanya, Blue Avenue Backpackers ini memang sesuai untuk pengembara solo atau yang datang bercuti dengan rakan-rakan. Hotel bajet ini dihias kemas dengan konsep yang segar.  Ianya terletak di tengah bandar dan dekat dengan restoran, bank dan kedai serbaneka.  Ia juga cuma 4 minit perjalanan ke pantai.

Hotel ini menawarkan tiga jenis bilik tetamu. Terdapat bilik berdua, bilik bertiga dan bilik keluarga dengan bilik mandi berkongsi dan dengan bilik mandi peribadi. Semua unit bilik tetamu di sini adalah berhawa dingin dan bilik mandi lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Ramai yang memuji bilik tetamu dan tandas di sini sangat bersih walaupun perlu berkongsi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penyambut tetamu, pantri yang mempunyai dispenser air air minuman dan set membuat teh/kopi dan juga tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan. 

Blue Avenue Backpackers
  • Harga – Dari RM 80 Semalaman.
  • Alamat – 1 Jalan Jelutong 1, Taman Desaru Utama, 81930 Desaru, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. Blue District Hostel

Blue District Hostel

Blue District Hostel adalah sebuah penginapan asrama. Ianya terletak di tengah bandar Penawar. Hostel ini terletak hampir dengan kedai-kedai makan dan dobi.  Ianya sesuai untuk pengembara solo atau yang datang bersama rakan-rakan. 

Hostel ini menawarkan dua jenis bilik tetamu iaitu bilik berdua dan bilik berempat. Bilik berdua dilengkapi dengan sama ada katil bersaiz ratu atau katil dua tingkat. Bilik berempat pula dilengkapi dengan katil dua tingkat. Kedua-dua jenis bilik ini adalah berhawa dingin dan mempunyai bilik mandi berkongsi yang lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. 

Hostel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penyambut tetamu, set membuat teh/kopi dan tempat letak kereta.

Blue District Hostel
  • Harga – Dari RM 85 Semalaman.
  • Alamat – No 63, Jalan Kempas 1 Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, 81930 Desaru, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. Hotel Desaru Penawar

Hotel Desaru Penawar

Hotel Desaru Penawar ini mempunyai seni bina yang unik berkonsepkan timur tengah. Sangat senang untuk mencari hotel ini. Ianya juga terletak di bandar Penawar. Hotel ini baru dibuka pada tahun 2018. Jadi peralatan dan kemudahan yang disediakan masih baru.

Hotel ini menawarkan pelbagai jenis bilik tetamu dan suite yang berhawa dingin. Semua unit bilik tetamu dilengkapi dengan set TV, peralatan bilik tidur, cermin, meja,  almari pakaian, cerek elektrik dan telefon. Suite pula mempunyai set sofa dan meja kopi. Bilik mandi pula lengkap  dengan pancuran air panas, bidet dan peralatan mandian percuma.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, kafeteria yang menyediakan masakan panas dan tempat letak kereta. Ia juga mempunyai beberapa pintu masuk/keluar yang cuma boleh diakses oleh tetamu selain dari pintu masuk/utama. 

Perkhidmatan kemasan bilik harian dan sarapan pagi juga ada disediakan di hotel ini.

Hotel Desaru Penawar
  • Harga – Dari RM 132 Semalaman.
  • Alamat – No. 2, Jalan Kempas 4 Taman Desaru Utama, 81930 Desaru, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

4. Bayu Balau Beach Resort

11 Hotel di Desaru yang Best dan Berbaloi 17

Bayu Balau Beach Resort ini terletak di kampung nelayan Tanjung Balau. Lokasinya betul-betul di tepi pantai. Tetamu boleh menikmati pemandangan matahari terbit yang cantik dan memukau di sini. Resort ini juga terletak berhampiran dengan Muzium Nelayan Tanjung Balau yang merupakan tarikan utama kampung ini. Resort ini memang sesuai untuk pasangan yang berbulan madu ataupun yang datang dengan keluarga.

Resort ini menawarkan 4 jenis penginapan iaitu bilik tetamu, suite, chalet dan vila yang berhawa dingin. Semua unit di sini dijaga rapi dan lengkap dengan semua peralatan asas seperti set TV, cerek eleketrik, telefon dan bar mini. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas. Untuk suite, tab mandi juga ada disediakan.

Resort ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, kaunter tempahan aktiviti, kolam renang, taman permainan kanak-kanak, teres, lounge, restoran, pantai peribadi dan tempat letak kereta. 

Perkhidmatan kemasan bilik, bufet sarapan pagi dan penghantaran makanan ke bilik juga ada disediakan.

11 Hotel di Desaru yang Best dan Berbaloi 18
  • Harga – Dari RM 180 Semalaman.
  • Alamat – Kampung Nelayan Tanjung Balau, 81930 Desaru, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. Tiara Desaru Resort

Tiara desaru Resort

Tiara Desaru Resort terletak di dalam Tiara Desaru Seaview Residence. Lokasinya bersebelahan dengan pantai Desaru. Resort ini berhampiran dengan tempat-tempat menarik seperti taman tema air, padang golf, ladang burung unta dan banyak lagi. Resort ini sesuai untuk yang datang bersama pasangan ataupun keluarga.

Resort ini menawarkan 3 jenis penginapan iaitu unit studio, unit suite dan unit pangsapuri. Setiap unit berhawa dingin dan lengkap dengan seala peralatan asas seperti set TV, telefon, cerek elektrik, peti ais mini dan peti simpanan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Resort ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu, pantai peribadi yang merupakan habitan ketam hermit, restoran yang menyediakan masakan panas, kolam renang luaran dengan permainan air, gimnasium, gelanggang tenis, kedai serbaneka, mesin layan diri dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, dobi dan bufet sarapan pagi juga ada disediakan.

11 Hotel di Desaru yang Best dan Berbaloi 19
  • Harga – Dari RM 191 Semalaman.
  • Alamat – PTD 1588, JALAN TANJUNG LOMPAT, BANDAR PENAWAR, 81930 Desaru, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. Amansari Hotel Desaru

AmanSari hotel

Amansari Hotel Desaru merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Ianya dibuka pada akhir tahun 2016 dan terletak di tengah-tengah bandar Penawar. Hotel ini amat sesuai untuk semua jenis tetamu sama ada yang datang ke Desaru atas tujuan kerja ataupun bercuti.

Hotel ini menawarkan sebanyak 238 unit bilik tetamu yang terdiri daripada 4 jenis iaitu bilik superior, bilik delux, bilik bertiga dan bilik keluarga. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, set membuat teh/kopi, peti ais, almari pakaian, seterika, papan seterika, dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam, loker, gimnasium, restoran, bar dan tempat letak kereta. 

Perkhidmatan kemasan bilik harian, dobi, fotokopi, fax, bufet sarapan pagi dan perkhidmatan bilik ada disediakan.

11 Hotel di Desaru yang Best dan Berbaloi 20
  • Harga – Dari RM 230 Semalaman.
  • Alamat – No. 127, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, 81930 Desaru, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. Lotus Desaru Beach Resort & Spa

11 Hotel di Desaru yang Best dan Berbaloi 21

 Lotus Desaru Beach Resort & Spa adalah merupakan sebuah resort bertaraf 4 bintang yang berskala besar. Ianya terletak bersebelahan dengan pantai Desaru. Dari luar, resort ini dibina dengan berkonsepkan istana di dalam cerita dongeng kanak-kanak. Resort ini amat sesuai untuk pasangan yang berbulan madu atau yang datang bersama keluarga.

Resort ini menawarkan sebanyak 647 unit penginapan yang terdiri daripada suite dan pangsapuri. Setiap unit dihias moden, mempunyai balkoni, ruang tamu dan dapur. Ianya juga lengkap dengan penghawa dingin, meja, telefon, peti ais, cerek elektrik, set membuat teh dan kopi, peti simpanan dan almari pakaian.  Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, tab mandi, bidet dan set mandian.

Resort ini juga mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, gimnasium. spa, kolam renang terbuka, kolam renang tertutup,taman air, 2 buah restoran restoran, bar, kedai cenderamata, taman perlindungan burung, pantai peribadi dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik, perkhidmatan dobi,  perkhidmatan basikal sewa dan karaoke juga ada disediakan.

Lotus Desaru Beach Resort
  • Harga – Dari RM 314 Semalaman.
  • Alamat – Lot 1854, Jalan Desaru Bandar Panawar, 81930 Desaru, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. Tunamaya Beach & Spa Resort

11 Hotel di Desaru yang Best dan Berbaloi 22

Tunamaya Beach & Spa Resort mempunyai dua cawangan, satu di Desaru dan satu lagi di Pulau Tioman. Jadi jangan terkeliru. Pastikan anda membuat tempahan di cawangan yang betul jika berkunjung ke Desaru. Resort ini juga merupakan sebuah resort 4 bintang dan terletak di tepi pantai. Ianya sesuai untuk tetamu yang menginap bersama pasangan ataupun yang datang bersama keluarga.

Resort 4 tingkat ini ini menawarkan 134 unit penginapan seperti bilik tetamu dan suite yang dihias dengan cantik, mempunyai balkoni yang menyajikan pemandangan laut dan mempunyai ruang yang sangat luas dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, rak baju, set kopi/teh, peti sejuk, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula mempunyai tab mandi, pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Resort ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, pusat aktiviti kanak-kanak, kemudahan barbeku, spa, gimnasium, kolam renang, kedai runcit, kedai cenderamata, pantai peribadi, restoran yang menyediakan masakan panas dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilih harian, concierge, kawalan keselamatan 24 jam, bot sewa, khidmat urutan dan sarapan pagi juga ada disediakan.

Tunamaya Beach Resort
  • Harga – Dari RM 322 Semalaman.
  • Alamat – Bandar Penawar, 81930 Desaru, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

9. Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Sand & Sandals beach resort

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa merupakan sebuah resort mewah yang bertaraf 5 bintang. Pada tetamu yang mahu berbulan madu ataupun datang bercuti dengan keluarga dan tidak kisah berbelanja banyak. Resort ini memang sesuai untuk anda. Resort ini juga pernah memenangi Anugerah Hotel Mewah Dunia (WORLD LUXURY AWARDS) pada tahun 2017. Ianya terletak bersebelahan dengan pantai dan dikelilingi oleh landskap tropika.

Resort ini menawarkan 208 unit penginapan terdiri daripada bilik tetamu dan suite yang mempunyai balkoni yang menyajikan pemandangan laut atau kolam renang dan ruang tempat duduk untuk tetamu bersantai. Setiap unit dilengkap dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, alat membuat teh/kopi, cerek elektrik dan peti simpanan. Bilik mandi pula sangat luas dan lengkap dengan pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian.

Resort ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, pantai peribadi dengan kemudahan sukan air, kolam renang luaran, gimnasium,gelanggang tenis, spa, pusat aktiviti kanak-kanak, taman permainan kanak-kanak, tempat letak kereta dan 6 pilihan tempat makan yang terdiri daripada restoran makanan Thai, restoran makanan barat, bar yang menyediakan minuman segar dan snek dan kedai kek dan roti.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, urutan, penjagaan kanak-kanak, perkhidmatan bilik, perkhidmatan concierge dan panggilan kejutan bangun pagi juga ada disediakan.

11 Hotel di Desaru yang Best dan Berbaloi 23
  • Harga – Dari RM 342 Semalaman.
  • Alamat – PO Box 29, Bandar Penawar, Kota Tinggi, 81900 Desaru, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

10. Hard Rock Hotel Desaru Coast

11 Hotel di Desaru yang Best dan Berbaloi 24

Hard Rock Hotel Desaru Coast ini merupakan salah satu cawangan hotel Hard Rock yang memang terkenal di seluruh dunia. Ianya sebuah hotel mewah yang bertaraf 5 bintang dan juga sebuah penginapan mesra keluarga. Ianya salah satu pilihan terbaik untuk mereka yang datang bersama keluarga dan mahu menikmati percutian yang menyeronokkan. Hotel ini terletak betul-betul di sebelah pantai Desaru.

Hotel ini menawarkan 365 unit bilik tetamu dan suite. Unit yang ditawarkan sangat luas, berkonsepkan muzikal dan mempunyai ruang santai dan balkoni dengan pemandangan laut. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, bar mini dengan hidangan percuma yang diisi semula setiap hari, telefon, jam loceng, sejada, seterika, papan seterika dan peti simpanan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan tab mandi, pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut, selipar, jubah mandi dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, kedai cenderamata. taman air, gimnasium, padang golf, kolam renang, spa, 4 tempat makan terdiri daripada 2 restoran, teres ala Woodstock, 1 kafe dan 1 bar yang menyajikan persembahan kugiran, kelab kanak-kanak, bilik pameran alat muzik bintang rock terkemuka, studio rakaman di mana tetamu boleh memilih lagu dan bermain alat muzik dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik 24 jam, perkhidmatan concierge, bufet sarapan pagi, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, kelas bermain alatan muzik dan banyak lagi perkhidmatan ada disediakan.

Hard Rock Hotel Desaru Coast
  • Harga – Dari RM 486 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Pantai 3 Desaru Coast, 81930 Desaru, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

11. The Westin Desaru Coast Resort

The Westin desaru Coast Resort

The Westin Desaru Coast Resort ini merupakan Resort bertaraf 5 bintang dan juga resort yang termahal ada di Desaru. Cawangan The Westin memang terkenal di seluruh dunia, umum tahu The Westin menawarkan perkhidmatan penginapan mewah kepada para tetamu. Pada tetamu yang berkemampuan, jangan lepaskan peluang untuk menetap di sini. 

Resort ini menawarkan  275 unit bilik tetamu dan suite kepada tetamu yang menginap di sini. Semua unit ini mempunyai ruang tempat duduk yang luas dan balkoni yang menghadap pantai. Semua unit juga dilengkapi dengan meja, set TV, . Bilik mandi pula lengkap dengan tab mandi, pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Resort ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma,  kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kolam renang luaran, taman, gimnasium, spa, 2 restoran, 1 kafe, 2 bar, pusat aktiviti kanak-kanak, pusat perniagaan,  pantai persendirian dan tempat letak kereta .

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik 24 jam, perkhidmatan urutan, bufet sarapan pagi, perkhidmatan ulang alik ke lapangan terbang, perkhidmatan concierge dan perkhidmatan valet.

The westin desaru coast resort
  • Harga – Dari RM 635 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Pantai 3, Dessaru Coast, 81930 Desaru, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

Berakhir sudah senarai 11 Hotel di Desaru untuk anda pilih. Walaupun bilangan hotel di kawasan ini tidak banyak, tapi hotel-hotel yang disenaraikan di sini memang berbaloi untuk disewa.

Jika anda masih tak jumpa yang berkenan di hati, anda boleh sahaja terus melawat ke laman web Booking.com ataupun Agoda.com untuk mencari yang berkenan di hati. Selamat menikmati percutian anda.

Similar Posts