hotel di Dubai

22 Hotel di Dubai Pada Harga RM300 ke Bawah

Dari bandar padang pasir yang tandus, bandar pengeluar minyak ini berubah wajah dalam masa yang singkat hinggakan kini, bandar ini menerima jolokan sebagai “Syurga Dunia” ataupun “kota mimpi dan peluang”.

Pilihan BEST Hotel di Dubai (Senarai Ringkas)

Hotel Paling Berbaloi: Kings Square Hotel, ” Hotel ini bertaraf 2 bintang tetapi fasiliti dan kemudahan yang disediakan adalah seperti hotel 4 bintang. Dengan harga serendah RM107 semalaman, tetamu dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti sauna, kolam renang, ruang santai dan restoran. Fasiliti-fasiliti ini amat jarang ditemui untuk hotel yang bertaraf 2 bintang”

Hotel Untuk Pengembara Solo: Panorama Hotel, “Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar di Mana segala aktiviti menarik di Dubai boleh dijumpai. Ianya sesuai untuk tetamu yang datang secara solo dan mahu melakukan menikmati pengalaman unik dan menarik”

Hotel Mesra Kanak-Kanak KecilAdmiral Plaza Hotel, “Hotel ini menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak/bayi dan menyediakan kemudahan mesra kanak-kanak kecil seperti kolam renang kanak-kanak, bilik tetamu yang kalis bunyi dengan ruang dapur mini dan katil bayi yang disediakan atas permintaan.

Hotel Butik yang Cantik: Al Khoory Inn Bur Dubaiel“Hotel butik yang bertemakan warna segar laut ini amat cantik dan lengkap dengan segala kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk pasangan berbulan madu.”

Hotel untuk tujuan Perniagaan: Galaxy Plaza Hotel“Hotel ini terletak di tengah-tengah kawasan tumpuan pasar-pasar yang menjual rempah ratus, barangan eksotik, antik, tekstil dan barangan borong “

Kota yang terbesar berbanding enam lagi kota yang terdapat di negara Emiriah Arab Bersatu ini membuktikan yang tiada apa yang mustahil jika kita berusaha. Walaupun beberapa kali terjejas dengan kebejatan ekonomi selepas kejatuhan harga minyak, Dubai mampu bertahan dan menukar fokus ekonominya menjadi pusat pelaburan dan pelancongan mewah dan tidak bergantung kepada minyak semata-mata.

Pada yang mengimpikan pengalaman yang menakjubkan, pastinya Dubai tidak akan menghampakan mereka. Bandar ini dipenuhi dengan hotel-hotel mewah, kompleks membeli-belah dan tarikan – tarikan bertaraf antarabangsa. Bukan itu sahaja, kereta-kereta mewah pelbagai jenama dapat dilihat dengan mudah menyelusuri jalan-jalan di sekitar Dubai. 

Namun begitu, terdapat kegusaran di kalangan pelancong untuk melawat kota ini. Yang banyak bermain di fikiran mereka adalah, Dubai ini untuk orang-orang kaya sahaja, mampukah orang biasa melawat kota indah ini? 

Jawapannya sudah tentu, di sebalik kemewahan dan kisah glamor Dubai, kos melawat kota ini sebenarnya jauh lebih rendah daripada melawat negara-negara Eropah. Terdapat banyak premis makanan tempatan dan tempat penginapan di sekitar Dubai yang ditawarkan pada harga yang murah. Penduduknya juga ramah dan sentiasa mesra. Jadi jangan risau. Anda pasti akan mengalami pengalaman yang baik walau berapa pun bajet anda.  

Jika anda berpeluang melawat Dubai, di sini kami ada senarai 22 hotel di Dubai pada harga berpatutan yang boleh anda pilih. Kami susun senarai hotel ini bermula dari yang termurah bagi memudahkan anda mencari hotel yang bersesuaian dengan bajet. Jom kita lihat, mana tahu ada yang berkenan.

Artikel berkaitan:

1. Kings Square Hotel

Kings Square Hotel

Kings Square Hotel ini terletak di kawasan bernama Deira yang merupakan sebuah kota lama Dubai. Pada pelawat yang ingin merasai pengalaman authentik kota Dubai, hotel ini amat sesuai dijadikan pilihan. Harga semalaman di hotel bertaraf dua bintang ini juga agak rendah. 

Hotel ini menawarkan sebanyak 60 unit bilik tetamu yang dihias dengan hiasan tipikal Arab yang eksotik dan mengagumkan. Setiap unit adalah kalis bunyi dan lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, cerek elektrik, meja tulis, telefon dan ruang tempat duduk. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, selipar dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain terdiri daripada liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dengan beberapa meja pool, kolam renang atas atap, spa yang mempunyai sauna, kolam air panas dan rumah urut, restoran yang menyajikan masakan barat dan masakan cina dan tempat letak kereta. 

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan concierge, sarapan pagi, perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan tukaran wang, perkhidmatan pembersihan kasut dan perkhidmatan pos.

Kings Square Hotel
  • Harga – Dari RM 107 Semalaman.
  • Alamat – Nasser Square, 29562 Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

2. Citymax Hotel Bur Dubai

Citymax Hotel Bur Dubai

Citymax Hotel Bur Dubai merupakan sebuah cawangan hotel butik Citymax yang terdapat di Dubai. Hotel ini menjanjikan tetamu pengalaman penginapan yang menarik dengan perkhidmatan yang hangat dan mesra, katil yang selesa, makanan yang bagus dan hiburan pada harga yang berpatutan.  Bahagian dalaman hotel ini dihias dengan warna-warna menarik dan ceria dengan konsep kontemporari. Ianya juga merupakan hotel butik yang berkapasiti besar yang jarang-jarang dapat ditemui.

Hotel ini menawarkan sebanyak 691 unit bilik tetamu yang dihias cantik dengan warna-warna terang. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, peti simpanan keselamatan, set TV, peti ais, meja tulis, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain termasuk liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kolam renang atas atap, gimnasium, bar sukan, bar kolam renang, restoran masakan India, restoran masakan Asia, beberapa mesin layan diri snek dan air minuman, kafe makanan tempatan yang beroperasi 24 jam dan tempat letak kereta percuma.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, khidmat concierge, perkhidmatan tukaran matawang dan panggilan kejutan bangun pagi ada disediakan.

Citymax Hotel Bur Dubai
  • Harga – Dari RM 115 Semalaman.
  • Alamat – Al Kuwait Street, Bur Dubai, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

3. Delmon Palace Hotel

Delmon Palace Hotel

Delmon Palace Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Deira. Hotel ini terletak strategik dikelilingi tarikan-tarikan menarik di sekitar Dubai. Hotel ini hampir dengan Stesen Metro Al Rigga dan Menara Jam Deira. Hotel tujuh tingkat ini menjanjikan tetamu dengan penginapan yang tak dapat dilupakan.

Hotel ini menawarkan 125 unit bilik tetamu yang sangat luas dan dihias sangat cantik. Setiap unit lengkap dengan ruang tempat duduk, penghawa dingin, set TV, peti ais, peti simpanan, meja tulis, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini menyediakan kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, rumah urut, restoran, bar dan kelab malam.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi, khidmat bilik 24 jam, penghantaran barangan runcit, sistem keselamatan 24 jam dan panggilan kejut bangun pagi.

Delmon Palace Hotel
  • Harga – Dari RM 118 Semalaman.
  • Alamat – Al Rigga Road, PO21969 Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

4. Premier Inn Dubai Al Jaddaf

Premier Inn Dubai Al Jaddaf

Premier Inn Dubai Al Jaddaf ini merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Ianya terletak di kawasan bernama Al-Jaddaf yang lokasinya hampir dengan lapangan terbang. Hotel ini juga terletak hampir dengan Stesen Metro Al-Jaddaf yang menyambungkan kawasan ini ke pusat bandar. Pada yang mahukan suasana tenang dan akses mudah ke lapangan terbang. Hotel ini memang pilihan terbaik. Ramai tetamu yang memuji kakitangan hotel ini yang mesra dan sentiasa memberikan respon yang baik pada setiap permintaan dan pertanyaan.

Hotel ini menawarkan sebanyak  389 unit bilik tetamu yang dihias dengan baik. Setiap unit lengkap kemudahan seperti penghawa dingin, set TV, peti ais, cerek elektrik, meja tulis, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU yang bukan sahaja berfokus kepada kelainan upaya fizikal, ia juga menyediakan kemudahan mesra OKU yang mencakupi kelainan upaya deria seperti penglihatan dan pendengaran. Kemudahan-kemudahan hotel di lengkapi dengan panduan auditori untuk tetamu kelainan upaya pendengaran dan panduan boleh sentuh/braille untuk tetamu kelainan upaya penglihatan. Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sini terdiri daripada liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kolam renang atas atap, teres berjemur, gimnasium, bar, restoran dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada sistem keselamatan 24 jam, buffet sarapan bagi Inggeris, perkhidmatan kemasan bilik harian, penghantaran barang runcit, perkhidmatan pos dan shuttle percuma pergi balik dari lapangan terbang.

22 Hotel di Dubai Pada Harga RM300 ke Bawah 9
  • Harga – Dari RM 123 Semalaman.
  • Alamat – Culture Village Al Jaddaf, Bur Dubai, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

5. Panorama Hotel

Panorama Hotel Bur Dubai

Panorama Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang terletak di kawasan Bur Dubai. Kawasan sekitar Bur Dubai ini terkenal dengan beberapa pusat membeli-belah, pasar-pasar yang terkenal dan aktiviti-aktiviti malam di sekitarnya. Pada tetamu yang gemar membeli-belah dan suasana malam yang meriah. Hotel ini mungkin sesuai untuk anda.

Hotel ini menawarkan sebanyak 58 unit bilik tetamu yang di hias elegen dan kalis bunyi. Beberapa unit bilik tetamu mempunyai balkoni dengan pemandangan bandar. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, ruang tempat duduk, almari baju, set TV, peti ais dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut dn set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain terdiri daripada liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kedai kopi yang beroperasi 24 jam, 

Perkhidmatan kemasan harian, buffet sarapan pagi ala Eropah, shuttle lapangan terbang dengan bayaran tambahan, panggilan kejut bangun pagi dan perkhidmatan concierge, perkhidmatan tukaran mata wang juga ada disediakan.

Panorama Hotel Bur Dubai
  • Harga – Dari RM 123 Semalaman.
  • Alamat – Al-Mankool Road, Bur Dubai, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

6. Panorama Grand Hotel

Panorama Grand Hotel

Bertempat di kawasan yang sama iaitu Bur Dubar, Panorama Grand Hotel merupakan cawangan hotel Panorama yang bertaraf 3 bintang. Kapasiti hotel ini lebih besar daripada Panorama Hotel dan kemudahan yang disediakan adalah lebih banyak. Banyak ulasan dari tetamu yang memuji masakan kontinental yang disajikan di hotel ini. 

Hotel tujuh tingkat ini menawarkan sebanyak 105 unit bilik tetamu yang luas dan selesa. Tetamu yang mendaftar masuk di hotel ini akan menerima minuman alu-aluan dan buah-buahan segar untuk dinikmati. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, ruang tempat duduk, set TV, peti ais, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut, set mandian dan set perapi diri. 

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain pula terdiri daripada liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, restoran yang menyajikan masakan panas oriental, sebuah bar dan tempat letak kereta bawah tanah dengan sistem keselamatan.

Perkhidmatan yang ada di sini terdiri daripada kemasan bilik harian, penghantaran sarapan ke bilik, khidmat bilik 24 jam, panggilan kejut bangun pagi dan shuttle dengan bayaran tambahan.

Panorama Grand Hotel
  • Harga – Dari RM 124 Semalaman.
  • Alamat – Khaleed Bin Waleed Road, Computer Street, Bur Dubai, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

7. Goldstate Hotel

Goldstate Hotel

Goldstate Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Lokasi hotel ini terletak di garis pantai sungai air masin Dubai Creek. Tetamu yang datang ke hotel ini akan menerima minuman alu-aluan dan buah-buahan segar untuk santapan. Hiasan dalaman hotel ini berkonsepkan elegan dan sofistikated.

Hotel ini menawarkan sebanyak 101 unit bilik tetamu kalis bunyi yang dihias glamor dan berkelas. Setiap unit dilengkapi dengan meja tulis, bar mini, cerek elektrik, set TV dan rak baju. Beberapa unit hotel ini mempunyai balkoni yang menyajikan pemandangan sungai air masin atau pandangan kota yang menakjubkan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut, telefon dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan yang mesra OKU. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, sauna, bilik stim, gimnasium, kolam renang atas atap, kedai cenderamata, 5 buah premis makanan, 2 buah bar dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan seperti buffet sarapan pagi kontinental, khidmat bilik 24 jam, kawalan keselamatan 24 jam, terapi spa, khidmat concierge, khidmat tukaran wang dan shuttle ke/dari lapangan terbang juga ada disediakan.

Goldstate Hotel
  • Harga – Dari RM 126 Semalaman.
  • Alamat – Near Al Jadaf Metro Station Al Khail Road, Bur Dubai, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

8. Fortune Deira Hotel

22 Hotel di Dubai Pada Harga RM300 ke Bawah 10

Fortune Hotel Deira merupakan salah satu hotel cawangan Fortune Group yang diuruskan oleh syarikat perhotelan Parveen Shetty Enterprise. Hotel ini terletak di Deira yang merupakan sebuah kota lama di Dubai. Hotel empat tingkat ini merupakan sebuah hotel yang bertaraf tiga bintang.

Hotel ini menawarkan sebanyak 74 unit bilik tetamu yang dihias dengan elemen klasik Arab. Beberapa unit bilik di hotel ini juga mempunyai balkoni dengan pemandangan bandar. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Beberapa unit bilik di hotel ini juga mempunyai tab mandi. Bagi tetamu yang datang bersama keluarga dan kanak-kanak kecil, katil bayi ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan yang mesra OKU. Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai dengan kerusi urut dan surat khabar percuma, gimnasium, bar, restoran yang dibuka 24 jam dan kafe.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi dari pukul 7.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi, khidmat bilik 24 jam, daftar masuk/keluar ekspres dan panggilan kejut bangun pagi juga ada disediakan.

Fortune Deira Hotel
  • Harga – Dari RM 127 Semalaman.
  • Alamat – Omer Bin Al Khatab Rd, Deira, 49185 Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

9. Montreal Naif Hotel

Montreal Naif Hotel

 Montreal Naif Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang terletak di Deira. Seni bina hotel ini amat cantik dengan reka bentuk klasik Timur Tengah. Hiasan dalaman hotel ini juga dipenuhi dengan elemen timur tengah yang elegan dan mistikal. Seolah-olah tetamu berada di dalam hikayat 1001 malam.

Hotel ini menawarkan sebanyak 86 unit bilik tetamu kepada para tetamu. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, cerek elektrik, peti simpanan keselamatan dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, restoran dengan dua jenis tempat duduk iaitu tempat duduk moden dan tempat duduk berkarpet tradisi Arab, kolam renang, spa dengan rumah urut dan sauna, salun rambut, kedai cenderamata dan juga tempat letak kereta.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, sarapan pagi, khidmat concierge, khidmat tukaran wang dan khidmat teksi juga ada disediakan.

Montreal Naif Hotel
  • Harga – Dari RM 131 Semalaman.
  • Alamat – Naif, 6 A Street Behind Naif Police Station, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

10. Arabian Park Hotel

Arabian Park Hotel

Arabian Park Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Al Jaddaf. Al Jaddah merupakan kawasan pinggir bandar kota Dubai. Suasana sekitar hotel ini agak tenang dan kurang sibuk. Walaupun begitu, hotel ini terletak di lokasi strategik dan berhampiran dengan stesen Metro Al-Jaddaf yang mempunyai akses terus ke pusat bandar jika tetamu ingin meneroka kawasan sekitar Dubai dengan pengangkutan awam.

Hotel ini menawarkan sebanyak 328 unit bilik tetamu yang dihias dengan gaya moden dan berkelas. Beberapa unit bilik tetamu juga mempunyai balkoni siap dengan tempat duduk. Setiap unit dilengkapi dengan penyaman udara, set TV, peti ais, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Selain itu, kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kedai serbaneka, kolam renang atas atap, taman untuk bersantai, teres berjemur, gimnasium, bar, deli yang beroperasi 24 jam dan dua buah kafe ada disediakan.

Perkhidmatan yang terdapat di sini terdiri daripada kemasan bilik harian, sarapan pagi, khidmat bilik 24 jam, perkhidmtan shuttle ke beberapa tempat menarik di Dubai dan lapangan terbang, dan khidmat pos.

Arabian Park Hotel
  • Harga – Dari RM 131 Semalaman.
  • Alamat – Al Jadaf Area, Oud Metha Road, Bur Dubai, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

11. Admiral Plaza Hotel

Admiral Plaza Hotel

Admiral Plaza Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang bebas alkohol. Hotel ini berkonsep moden dan dihias dengan gaya kontemporari. Ianya terletak di Bur Dubai yang terletak di tengah-tengah kota Dubai. Hotel ini amat sesuai diinap oleh tetamu yang datang dengan keluarga. 

Hotel ini menawarkan sebanyak 142 unit bilik tetamu kalis bunyi yang dihias dengan bergaya dan elegan. Setiap unit mempunyai dapur kecil dengan peralatan memasak ringkas. Ini amat memudahkan tetamu yang datang dengan kanak-kanak kecil menyediakan makanan untuk anak-anak mereka. Katil bayi juga disediakan atas permintaan. Kelengkapan lain termasuk penghawa dingin, set TV, peti ais, seterika, cerek elektrik dan telefon juga ada disediakan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set main.

Walaupun hotel ini cuma mempunyai 3 tingkat, oleh kerana status tiga bintangnya, hotel ini ada mempunyai lif. Kemudahan lain yang boleh didapati di hotel ini termasuk liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, gimnasium, kolam renang dewasa, kolam renang kanak-kanak dan restoran yang dibuka 24 jam.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, buffet sarapan pagi mesra kanak-kanak, penjagaan kanak-kanak/bayi, panggilan kejut bangun pagi, khidmat tempahan aktiviti, khidmat tukaran wang dan shuttle ke/dari lapangan terbang dengan bayaran tambahan ada disediakan.

Admiral Plaza Hotel
  • Harga – Dari RM 132 Semalaman.
  • Alamat – Khalid Bin Walid Road, Al Nadha Street, Bur Dubai, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

12. Galaxy Plaza Hotel

Galaxy Plaza Hotel

Galaxy Plaza Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di tapak warisan Al-Ras. Al Ras merupakan salah satu kawasan yang terdapat di Deira. Hotel ini terletak berhampiran dengan beberapa pasar-pasar di Dubai yang menjual rempah ratus, tekstil, antik dan barang eksotik yang boleh dibeli dengan harga borong. Berhampiran hotel ini juga terdapat perkhidmatan teksi air yang dipanggi “Abra” yang menghubungkan Deira dan Bur Dubai. 

Hotel ini menawarkan 69 unit bilik tetamu yang dihias secara asas. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian. Tandas adalah berasingan dari bilik mandi. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kaunter tempahan lawatan, kedai serbaneka dan cenderamata, ruang santai,  mesin ATM dan restoran.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, tempahan tiket, khidmat tukaran wang, buffet sarapan pagi, penghantaran barang runcit, khidmat pos, cetakan, fotokopi dan faks  ada disediakan.

Galaxy Plaza Hotel
  • Harga – Dari RM 133 Semalaman.
  • Alamat – Al Ras Area,Al Ras Road, Deira,Near Gold Souk, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

13. Grand Sina Hotel

Grand Sina Hotel

Grand Sina Hotel merupakan sebuah butik yang terletak di Deira. Hotel ini dihias dengan gabungan gaya Arab dan moden. Lokasi hotel ini terletak strategik di tengah-tengah tarikan menarik seperti pasar-pasar, restoran dan aktiviti malam dan bersebelahan dengan Stesen Bas Sabkha.

Hotel ini menawarkan sebanyak 54 unit bilik tetamu kalis bunyi yang dihias dengan gabungan warna tanah dan emas. Gabungan kedua warna ini memberikan impresi glamor terhadap suasana bilik. Setiap unit dilengkapi penghawa dingin, set TV, peti ais, peti simpanan keselamatan, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi dan ruang santai dengan kerusi urut dan dispenser air.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, daftar masuk/keluar ekspress, sarapan pagi di dalam bilik dan shuttle ke/dari lapangan terbang juga ada disediakan.

Grand Sina Hotel
  • Harga – Dari RM 135 Semalaman.
  • Alamat – Sabkha Bus Station, Sabkha Road, Deira, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

14. Al Khoory Inn Bur Dubai

Al Khoory Inn Bur Dubai

Al Khoory Inn merupakan sebuah hotel butik yang berkonsep moden dan segar dengan penggunaan warna putih, biru cair dan oren. Reka bentuk luaran hotel ini dibina menarik dengan seni bina moden. Dalam hotel pula kelihatan seperti pemandangan dasar laut dengan hiasan yang berpadanan warna. Hotel ini baru sahaja dibuka pada tahun 2018.

Hotel ini menawarkan sebanyak 69 unit bilik tetamu yang dihias dengan kombinasi warna putih, biru dan oren. Kombinasi ketiga-tiga warna ini memberikan impresi segar dan menakjubkan. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, almari pakaian, set TV, peti ais, meja tulis dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut, set mandian dan set perapian diri.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, restoran yang menyediakan masakan panas untuk makan tengahari dan makan malam, deli dan tempat letak kereta. 

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, kawalan keselamatan 24 jam, penghantaran barang runcit, khidmat teksi, buffet sarapan pagi kontinental, perkhidmatan concierge, panggilan kejut bangun pagi, perkhidmatan panggila doktor, dobi dan khidmat tukaran wang 24 jam ada disediakan.

Al Khoory Inn Bur Dubai
  • Harga – Dari RM 135 Semalaman.
  • Alamat – Khalid Bin Al Waleed Road, 17th St, Bur Dubai, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

15. Comfort Inn Hotel

Comfort Inn Hotel Deira

Comfort Inn Hotel ini merupakan sebuah hotel 3 bintang yang terletak di Deira. Hotel ini menjanjikan perkhidmatan yang cemerlang dan kemudahan yang unggul kepada tetamu yang menginap di sini.  Hotel ini terletak berhampiran dengan Stesen Metro Union Square. 

Hotel ini menawarkan sebanyak 113 bilik tetamu yang dihias cantik. Setiap unit mempunyai ruang tempat duduk yang luas dan dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, cerek elektrik dan telefon. Snek dan air minuman juga ada diberikan percuma kepada tetamu. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, bidet, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kaunter tempahan lawatan, ruang simpanan bagasi, sauna, rumah urut, spa, kolam renang, restoran yang menyajikan masakan tempatan, masakan India dan antarabangsa dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sarapan pagi di dalam bilik, penjagaan kanak-kanak, shuttle ke pantai dengan bayaran tambahan dan pakej lawatan ke padang pasir atau safari juga ada disediakan.

Comfort Inn Hotel Deira
  • Harga – Dari RM 142 Semalaman.
  • Alamat – Al Rigga Road, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

16. Grand Nova Hotel

Grand Nova Hotel

Grand Nova Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang terletak di Bur Dubai. Hotel ini terletak strategik dikelilingi tempat-tempat menarik di Dubai. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Stesen Metro Al Fahidi. 

Hotel ini menawarkan sebanyak 86 unit bilik tetamu yang dihias kemas dan bersih. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, cerek elektrik, peti simpanan keselamatan, meja tulis dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kaunter tempahan aktiviti, ruang santai, loker, restoran, kedai cenderamata dan teres berjemur.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sarapan pagi, khidmat tukaran matawang, khidmat concierge, kereta sewa dan shuttle ke/dari lapangan terbangan dengan bayaran tambahan.

Grand Nova Hotel
  • Harga – Dari RM 145 Semalaman.
  • Alamat – Al Fahidi Street, Bur Dubai, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

17. New Avon Hotel

New Avon Hotel

New Avon Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di bandar lama Dubai iaitu Deira. Hotel ini terletak berdekatan dengan Stesen Metro Baniyas Square. Hotel ini terletak dikelilingi restoran, pasar-pasar, pusat-pusat membeli belah dan kedai serbaneka. 

Hotel ini menawarkan 28 unit bilik tetamu yang ringkas. Setiap unit mempunyai balkoni, ruang tempat duduk dan lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, cerek elektrik, meja tulis dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, rumah urut, teres jemuran, restoran dan mesin ATM. 

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi Asia, khidmat tempahan tiket, daftar masuk/keluar peribadi, khidmat urutan, khidmat tukaran matawang dan shuttle ke/dari lapangan terbang dengan bayaran tambahan.

New Avon Hotel
  • Harga – Dari RM 147 Semalaman.
  • Alamat – Al Sabkha Road, Near Al Sabkha Bus Stop, P O BOX: 1041, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

18. Gateway Hotel

Gateway Hotel

Gateway Hotel merupakan sebuah hotel butik yang berkonsep mewah yang terletak di Bur Dubai. Hotel ini menjanjikan pengalaman penginapan yang membangkitkan deria rasa, menimbulkan rasa ketenangan pada tubuh dan jiwa. Hotel tiga tingkat ini terletak hampir dengan Stesen Metro Green Line.

Hotel ini menawarkan sebanyak 188 unit bilik tetamu yang dihias dengan moden dan mewah. Setiap unit dilengkapi dengan penyaman udara, set TV, bar mini, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut, jubah mandi, selipar dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter tempahan lawatan, ruang santai, kolam renang atas atap, teres berjemur, kolam mandi air panas bergaya Moroko, gimnasium, sauna, rumah urut, restoran yang menyajikan masakan panas dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi, khidmat bilik 24 jam, kawalan keselamatan 24 jam dan panggila kejut pagi ada disediakan.

Gateway Hotel
  • Harga – Dari RM 149 Semalaman.
  • Alamat – Khaleed Bin Waleed Street, Bur Dubai, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

19. Ibis World Trade Centre

Ibis World Trade Centre

Ibis World Trade Centre Dubai Hotel merupakan sebuah hotel 2 bintang dan juga sebuah hotel cawangan kumpulan Ibis yang terkenal di seluruh dunia. Hotel ini terletak bersebelahan dengan Dubai World Trade Center Dubai dan berhampiran dengan Stesen Metro World Trade Center.

Hotel ini menawarkan 210 unit bilik tetamu yang dihias dengan kemas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, seterika, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai yang luas, spa, rumah urut, restoran yang menyediakan masakan dari pelbagai tempat, lounge yang dibuka 24 jam, mesin layan diri snek dan air minuman, kolam renang dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada buffet sarapan pagi, perkhidmatan dobi, perkhidmatan kejut bangun pagi dan perkhidmatan shuttle percuma ke beberapa tarikan menarik seperti Pantai Jumeirah, Dubai Mall dan Bur Dubai.

Ibis World Trade Centre
  • Harga – Dari RM 149 Semalaman.
  • Alamat – Sheikh Zayed Road, Trade Centre, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

20. Saffron Boutique Hotel

Saffron Boutique Hotel

Saffron Boutique Hotel merupakan sebuah hotel butik yang terletak di Deira. Ianya terletak kira-kira 1 kilometer dari pusat bandar. Hotel lapan tingkat ini menjanjikan tetamu dengan pengalaman penginapan yang membuatkan tetamu berasa selesa dengan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik.

Hotel ini menawarkan 80 unit bilik tetamu yang luas. Setiap unit mempunyai ruang tempat duduk dan dilengkapi penghawa dingin, set TV, bar mini, cerek elektrik dan telefon.  Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, selipar, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, gimnasium, sauna, rumah urut, kolam renang atas atap, restoran yang menyediakan masakan panas, kafe yang dibuka 24 jam, bar, teres jemuran dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, sistem keselamatan 24 jam, kidmat urutan, khidmat teksi, khidmat tukaran matawang, khidmat valet, khidmat tempahan tiket, panggilan kejut bangun pagi, khidmat penjagaan kanak-kanak, kereta sewa dan shuttle ke/dari lapangan terbang juga ada disediakan.

Saffron Boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 154 Semalaman.
  • Alamat – 88 Omar Bin Al Khattab Road, Burj Nahar Intersection Signal, Deira, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

21. Sun and Sands Plaza Hotel

22 Hotel di Dubai Pada Harga RM300 ke Bawah 11

Sun and Sands Plaza Hotelmerupakan sebuah hotel butik yang terletak di Deira. Hotel ini mempunyai 5 tingkat dan berkonsep moden, Ianya terletak berhampiran dengan Stesen Metro Baniyas Square.

Hotel ini menawarkan sebanyak 97 unit bilik tetamu kalis bunyi yang dihias kemas dan selesa. Setiap unit mempunyai ruang tempat duduk dan dilengkapi penghawa dingin, set TV, bar mini, cerek elektrik dan telefon.  Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, selipar, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, spa, restoran yang menyediakan masakan panas, bar dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, khidmat tukaran matawang, khidmat urutan, panggilan kejut bangun pagi dan shuttle ke/dari lapangan terbang juga ada disediakan.

22 Hotel di Dubai Pada Harga RM300 ke Bawah 12
  • Harga – Dari RM 258 Semalaman.
  • Alamat – Baniyas Square-14th Road, Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

22. Delmon Boutique Hotel

Delmon Boutique Hotel

Delmon Botique Hotel merupakan satu lagi hotel cawangan Delmon yang berada di Dubai. Hotel ini merupakan sebuah hotel butik yang terletak di Deira. Hotel ini hampir dengan Stesen Metro Baniyas Square. Sama seperti cawangannya yang satu lagi, Hotel ini menjanjikan tetamu dengan penginapan yang tak dapat dilupakan.

Hotel ini menawarkan 125 unit bilik tetamu yang sangat luas dan dihias sangat cantik. Setiap unit lengkap dengan ruang tempat duduk, penghawa dingin, set TV, peti ais, peti simpanan, meja tulis, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini menyediakan kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kaunter tempahan lawatan, restoran yang menyajikan masakan panas, bar dengan meja billiard dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi, khidmat bilik 24 jam, khidmat tukaran matawang, penghantaran barangan runcit, sistem keselamatan 24 jam, panggilan kejut bangun pagi dan shuttle ke/dari lapangan terbang.

Delmon Boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 300 Semalaman.
  • Alamat – Naif Street – Opposite Al Futtaim Masjad , Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Selanjutnya di Agoda.com

Berakhir sudah senarai 22 Hotel di Dubai yang berbaloi untuk dipilih. Jika anda masih ingin mencari hotel-hotel lain di Dubai, anda boleh sahaja terus melawat laman web seperti Booking.com dan Agoda.com.

Pengalaman bercuti di Dubai pastinya akan menjadi lebih baik dan bermakna jika dapat menetap di hotel yang sesuai. Selamat bercuti.

Kredit gambar: Booking.com Agoda.com

Similar Posts