29 Hotel di Hatyai yang Best dan Murah
Hatyai adalah bandar yang terletak di selatan Thailand yang sering dikunjungi oleh ramai pelancong Malaysia. Ianya terkenal dengan pantainya yang menarik dan pelbagai makanan laut yang enak.
Pilihan BEST Hotel di Hat Yai (Senarai Ringkas)
Hotel Termurah: Pasawang Hotel (โรงแรมภาสว่าง), ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Hatyai.”
Hotel Untuk Bagpackers: Singapore Hotel, “Hotel ini terletak dekat dengan stesen bas. Loker dan khidmat dobi juga ada disediakan di sini.”
Hotel Berkonsep Unik: 2UHotelHatyai, “Hotel ini mengetengahkan hiasan dan tema lautan. Dinding hotel dilukis dengan lukisan lautan dan setiap sudut di hias dengan cengkerang dan batuan.”
Hotel untuk Keluarga: Piyarom Resort Hotel, “Hotel ini terletak di pinggir bandar, jadi ianya tenang dan tidak bising. Anda boleh meletakkan kereta di hadapan unit yang anda sewa. Ianya menyediakan taman yang cantik, sesuai untuk kanak-kanak bermain dan sarapan pagi.”
Hotel Untuk Tujuan Kerja: Kosit Hotel, “Jika anda datang ke Hatyai atas urusan kerja, Hotel bertema klasik dan vintage ini sesuai untuk ada. Perkhidmatan seperti khidmat potong rambut untuk lelaki dan pembersihan kasut juga ada disediakan.”
Kos menginap dan makanan di Hat Yai ini juga agak murah, patutlah ramai pelancong dari Malaysia datang ke sini terutama pada hujung minggu. Tarikan utama Hat Yai ini adalah pasar terapungnya yang menyajikan pelbagai hidangan yang enak dan murah.
Jika anda berminat hendak ke Hat Yai dan masih belum berjumpa tempat penginapan yang sesuai, Di sini kami senaraikan hotel di Hatyai yang best dan murah supaya senang anda memilih.
Yang penting semua hotel yang kami senaraikan menerima ulasan yang baik dari tetamu yang pernah menginap. Jadi tak perlu risau tentang kualiti layanan dan keselesaan yang ditawarkan. Jom kita tengok senarai.
1. Pasawang Hotel (โรงแรมภาสว่าง)

Pasawang Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak 15 minit berjalan kaki ke Pusat Membeli Belah Big C. Suasana persekitaran hotel ini agak kurang sibuk, menjadikan ianya tempat yang sesuai untuk tetamu yang tidak gemarkan suasana bising.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang berhawa dingin dan lengkap dengan set TV, meja tulis dan almari pakaian. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta percuma, luputan WIFI percuma, ruang santai dan basikal percuma untuk kegunaan para tetamu.
Antara perkhidmatan yang disediakan pula terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan dobi dengan bayaran tambahan dan perkhidmatan fax atau fotokopi dengan bayaran tambahan.

- Harga – Dari RM 58 Semalaman.
- Alamat – 33/1 Pasawang 5 Road, Tamboon Hatyai, Hatyai, Songkhla, Kho Hong, 90110 Hat Yai, Thailand
2. Singapore Hotel

Walaupun namanya Singapore Hotel, tetapi hotel ini terletak di Hat Yai. Hotel ini juga merupakan hotel bajet dan terletak dekat dengan stesyen bas Hat Yai. Ramai tetamu memberi ulasan yang hotel ini terletak sangat dekat dengan pasar-pasar dan kawasan membeli belah popular di Hat Yai. Tetamu juga mengulas terdapat 2 ekor kucing yang gemuk dan comel yang menjadi tarikan di hotel ini.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin dengan pemandangan bandar. Setiap bilik lengkap dengan keperluan asas seperti set TV, meja solek dan telefon. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini menyediakan kemudahan seperti sebuah peti sejuk untuk kegunaan tetamu yang terletak di lobi, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, loker dan ruang simpanan bagasi.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat kemasan bilik percuma, khidmat urutan dengan bayaran tambahan, khidmat dobi dengan bayaran tambahan, khidmat penghantaran ulang alik ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan dan khidmat fax atau fotokopi dengan bayaran tambahan. Kakitangan di hotel ini juga fasih berbahasa Melayu

- Harga – Dari RM 58 Semalaman.
- Alamat – 66 Suppasarmrangsan Rd. Hatyai Songkla, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
3. Hansa Venetian Hotel

Jika anda gemarkan hiburan dan aktiviti malam hari, Hansa Venetian Hotel adalah hotel yang sesuai untuk anda. Hotel ini terletak sedikit jauh dari pusat bandar tetapi ianya terletak sangat berhampiran dengan beberapa pusat hiburan yang menawarkan pelbagai aktiviti malam yang menarik.
Hotel ini meawarkan sebanyak 67 buah bilik tetamu yang berhawa dingin. Kesemua bilik ini dilengkapi dengan kelengkapan asas seperti set TV, meja tulis dan rak pakaian. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah unit juga mempunyai tab mandi. Bilik-bilik tetamu ini juga dilengkapi dengan dinding kalis bunyi.
Hotel ini juga mempunyai kemudah seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan Wi-Fi percuma, tempat letak kereta percuma, restoran yang menyajikan masakan Thai, bar dan lif.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan dobi dengan bayaran tambahan dan karaoke yang terdapat di bar.

- Harga – Dari RM 63 Semalaman.
- Alamat – 2 Hansapatana Road. (Hansa Plaza Zone Area), Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
4. Pearl Place Hotel

Pearl Place Hotel terletak di pusat bandar Hat Yai. Hotel ini mendapat ulasan yang baik daripada para tetamu terutamanya yang datang bersama keluarga.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang berhawa dingin dan luas. Setiap bilik dilengkapi dengan set TV, meja tulis, telefon, rak baju dan peti sejuk. Bukan itu sahaja, sesetengah unit di hotel ini juga mempunyai balkoni. Bilik air pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini juga menyediakan kemudahan seperti sebuah taman, teres untuk tetamu duduk dan bersantai, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, mesin layan diri untuk belian snek dan minuman.
Antara perkhidmatan yang terdapat di sini termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan seterika dengan bayaran tambahan. Kakitangan di sini juga boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

- Harga – Dari RM 76 Semalaman.
- Alamat – Soi 3 Klong Toei Pearl Place Hotel, Kho Hong, 90110 Hat Yai, Thailand
5. Blue Orchids Hotel

Blue Orchids Hotel ini adalah salah satu hotel yang mendapat ulasan yang sangat baik daripada tetamu yang pernah menginap di sini. Ramai yang memuji kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan amat berbaloi sedangkan bayaran semalam amat murah berbanding dengan hotel yang menawarkan perkhidmatan yang setara. Hotel ini juga menawarkan suasana menenangkan dan tidak bising terutama pada waktu malam.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin yang dicat dengan warna terang dan menarik. Setiap unit lengkap dengan set TV, meja tulis, cerek elektrik dan set kopi/teh percuma. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan set mandian. Terdapat juga beberapa unit bilik yang mempunyai balkoni.
Hotel ini juga menyediakan kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam,kolam renang, gimnasium, sauna dan jakuzi yang mengasingkan lelaki dan perempuan, liputan WIFI percuma dan tempat letak kereta percuma.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan dobi, perkhidmatan urutan, perkhidmatan hantaran sarapan dan makan tengah hari ke bilik, perkhidmatan kereta dan motorsikal sewa dan perkhidmatan hantaran ulang alik ke pusat bandar dan lapangan terbang. Kakitangan hotel ini juga fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

- Harga – Dari RM 84 Semalaman.
- Alamat – Phetkasem Soi 5 Road 203, 90110 Hat Yai, Thailand
6. We World Boutique Haatyai

We World Boutique Haatyai merupakan sebuah hotel butik yang terletak di pusat bandar Hat Yai Pusat. Ianya dibuka pada tahun 2017 dan merupakan antara hotel pilihan popular dikalangan tetamu. Hotel ini dihias dengan elemen kontemporari cina.
Hotel ini menawarkan sebanyak 46 unit bilik tetamu yang berhawa dingin dan luas. Setiap unit dilengkapi dengan set TV, cerek elektrik dan peti sejuk. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kanter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, mesin dobi layan diri dan sebuah kafe.
Antara khidmat yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan hantaran sarapan ke bilik dan perkhidmatan dobi dengan bayaran tambahan.

- Harga – Dari RM 84 Semalaman.
- Alamat – 45 Soi 9 Rajuthit Road Hatyai Songkhla, Hat Yai Central, Hat Yai, Songkhla, Thailand, 90110, 90110 Hat Yai, Thailand
7. The Great Hotel

The Great Hotel terletak di tengah-tengah pusat bandar Hat Yai. Menurut tetamu yang pernah menginap di sini, tidak susah untuk mencari kenderaan awam seperti teksi atau tuk-tuk kerana sepanjang masa terdapat teksi dan tuk-tuk yang menunggu di depan kawasan hotel.
Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang luas dan bersih. Tetamu juga memuji yang bilik tetamu di sini mempunyai bauan yang menyegarkan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, bar mini dan almari pakaian. Bilik-bilik di sini juga mempunyai balkoni. Bilik air pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini menyediakan kemudahan seperti liputan WiFi percuma , kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang santai yang luas dan selesa, ruang simpanan bagasi dan tempat letak kereta.
Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan kemasan bilik harian kepada para tetamu.

- Harga – Dari RM 84 Semalaman.
- Alamat – 36/3 Jiranakorn Soi 1 Rd, Hatyai, 90110 Hat Yai, Thailand
8. The Florida Hotel

The Florida Hotel ini berketinggian 9 tingkat dan terletak terletak strategik berhampiran dengan kawasan tumpuan pelancong seperti Pasar Santisuk, Kul Chue Chang dan Wat Thawon Wararam.
Hotel ini menawarkan sebanyak 119 unit bilik tetamu. Setiap unit dilengkapi dengan set penghawa dingin, set TV dan meja tulis. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini juga menyediakan kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, restoran, bar, taman, tempat letak kereta percuma dan sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam. Kemudahan-kemudahan di sini juga mesra OKU.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, penghantaran makanan ke bilik, perkhidmatan panggilan teksi, perkhidmatan karaoke dan hiburan di bar, perkhidmatan dobi, seterika, fax dan fotokopi dan penghantaran ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan. Kakitangan di hotel ini juga boleh berbahasa Melayu.

- Harga – Dari RM 84 Semalaman.
- Alamat – 8 Sripoovanart Rd., Hatyai, Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
9. Hatyai GreenView Hotel

Hatyai GreenView Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di pinggir kawasan tumpuan pelancong di Hat Yai. jadi persekitarannya agak kurang bising tetapi masih dekat dengan tempat-tempat menarik. Hotel ini mendapat ulasan yang baik di kalangan tetamu yang datang bersama keluarga.
Hotel ini menawarkan sebanyak 154 unit bilik tetamu yang sangan cantik. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis dan bar mini. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, tab mandi dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan yang mesra OKU. Antara kemudahan yang disediakan termasuk kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma, sebuah restoran yang menyajikan masakan tempatan, ruang santai di taman dan tempat letak kereta percuma.
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan sarapan pagi, perkhidmatan kemasan harian, khidmat hantaran makanan ke bilik dan perkhidmatan dobi dengan bayaran tambahan.

- Harga – Dari RM 87 Semalaman.
- Alamat – 85/4 Sangsri Rd., Hat Yai Market Area, Hat Yai, Thailand, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
10. Hi Season Hotel

Hotel Hi-Season terletak di tengah-tengah kawasan tumpuan pelancong di Hat Yai. Ianya setinggi 7 tingkat.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin dan luas. Semua unit turut dilengkapi dengan set TV berskrin rata, peti ais dan perabot berasaskan kayu. Setiap unit juga mempunyai balkoni. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan Wi-Fi percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, restoran yang menyediakan masakan tempatan, ruang santai yang selesa dan tempat letak kereta.
Antara Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada penghantaran makanan ke bilik, perkhidmatan kemasan bilik harian dan perkhidmatan dobi.

- Harga – Dari RM 88 Semalaman.
- Alamat – 33/2 Rajyindee Road Hatyai, 90110 Hat Yai, Thailand
11. PB Grand Hotel

PB Grand Hotel dibuka pada tahun 2013 dan merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Ianya terletak di jalan utama kawasan membeli belah yang terkenal di Hat Yai. Ianya juga terletak hampir dengan stesyen bas dan stesyen keretapi Hat Yai. Hotel ini dicat dengan kombinasi warna terang seperti merah, oren dan putih menjadikan suasana hotel ini ceria dan menarik.
Hotel ini menawarkan 74 unit bilik tetamu yang selesa dan berhawa dingin. Setiap bilik dilengkapi dengan set TV berskrin rata, 2 botol air minuman percuma, ruang tempat duduk dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma. tempat letak kenderaan percuma, sebuah kafe dan sebuah bar. Kemudahan-kemudah di sini juga mesra OKU.
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian. perkhidmatan dobi, urutan, tempahan tiket dan hantaran barang runcit ke bilik dengan bayaran tambahan.

- Harga – Dari RM 89 Semalaman.
- Alamat – 468 Ratuthid Road, Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
12. Chartame Boutique Hotel

Chartame Boutique Hotel merupakan sebuah hotel butik yang terletak berhampiran dengan pusat membeli belah Big C. Ianya ini mempunyai rekabentuk yang unik dan berkelas. Hiasan dalamannya berkonsepkan hipster dan bata terdedah.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin yang lengkap dengan semua keperluan asas. Bilik mandi juga mempunyai pancuran air panas dan set mandian. Unit-unit tertentu di hotel ini turut menyajikan pemandangan gunung kepada para tetamu.
Hotel ini mempunyai kemudahan kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, taman, teres, ruang santai, restoran dan tempat letak kereta.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan harian, perkhidmatan pemindahan lapangan terbang, perkhidmatan sarapan dan hantaran makanan ke bilik, perkhidmatan basikal sewa, penghantaran barang runcit, dobi dan cucian kering.

- Harga – Dari RM 89 Semalaman.
- Alamat – 71/1059 M.1 Klong Hae, Hatyai, 90110 Hat Yai, Thailand
13. 2UHotelHatyai

2UHotelHatyai merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang terletak di Hat Yai yang paling berwarna warni dan sarat dengan hiasan. Hotel ini berkonsepkan mediterranian yang menggabungkan ukiran kayu dan warna laut yang segar.
Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang dicat dengan warna terang yang lengkap dengan kemudahan asas seperti set TV, kerusi dan meja. Bilik air pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, Liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi, kawasan merokok dan sebuah taman. Terdapat juga sebuah galeri seni di sini. Kemudahan di sini juga mesra OKU.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian dan perkhidmatan hantaran ke lapangan terbang.

- Harga – Dari RM 91 Semalaman.
- Alamat – 2333 หมู่ 6 ถนนสนามบิน-ลพบุรีราเมศวร์ ตำบลควนลัง, 90110 Hat Yai, Thailand
14. Piyarom Resort hotel

Piyarom Resort Hotel ini amat menarik kerana ianya dikelilingi taman yang cantik dan penuh dengan tumbuhan.
Piyarom Resort Hotel menawarkan bilik tetamu yang berhawa dingin dan lengkap dengan keperluan asas termasuk set TV dan peti sejuk. Bilik air pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan mesra OKU dan liputan WIFI percuma. Kaunter penerimaan tetamunya beroperasi 24 jam. Tamannya juga sangat cantik dan menenangkan dengan kolam-kolam kecil yang terdapat di persekitaran. Tetamu juga boleh meletakkan kereta berdepan dengan unit yang mereka sewa.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan harian dan perkhidmatan dobi atau cucian kering dengan bayaran tambahan. Walaupun tidak mempunyai restoran, hotel ini ada menyediakan sarapan dan masakan tengahari kepada tetamu atas tempahan. Mereka juga peka dengan menu diet khas atas permintaan tetamu.

- Harga – Dari RM 91 Semalaman.
- Alamat – 43/222 Moo.6 Kanchanawanit-Thungdon, Kho Hong, 90110 Hat Yai, Thailand
15. Ps Sriphu Hotel

PS SRIPHU HOTEL merupakan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang. Ianya merupakan antara hotel tumpuan para pelancong yang datang ke Hat Yai dengan menaiki kapal terbang. Hotel ini setinggi 7 tingkat dan dihias dengan kombinasi gaya moden loft dan elemen industrial.
Hotel ini menawarkan sebanyak 79 buah bilik tetamu berkeluasan 22 meter persegi yang cantik dan elegan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti sejuk, telefon, cerek elektrik dan meja. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, akses kad kekunci bilik dan lif berkomputer, CCTV, tempat letak kereta percuma, sebuah taman dan sebuah restoran yang menyediakan sarapan pagi dan masakan panas.
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan dobi dengan bayaran tambahan, perkhidmatan urutan dengan bayaran tambahan dan perkhidmatan penghantaran ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan.

- Harga – Dari RM 97 Semalaman.
- Alamat – Sripoovanart Road, 90110 Hat Yai, Thailand
16. Hat Yai Central Hotel

Hat Yai Central Hotel ini terletak di pusat bandar Hat Yai dan 5 minit berjalan kaki dari Stesyen Kereta Api Hatyai. Hotel ini adalah antara hotel yang terbesar dan tertua di Hat Yai.
Hat Yai Central Hotel menawarkan 250 unit bilik tetamu yang selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin,set perabot kayu, set TV, pemain CD dan peti sejuk. Bilik air pula dilengkapi dengan pancuran air panas, tab mandi dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta percuma, pusat perniagaan, spa, bilik karaoke dan restoran yang menyediakan sarapan pagi dan masakan panas.
Antara perkhidmatan yang disediakan di sini termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, perkhidmatan dobi, perkhidmatan urutan pelbagai jenis dan hiburan muzik secara langsung pada waktu malam.

- Harga – Dari RM 97_ Semalaman.
- Alamat – 180-181 Niphat-Utit 3 Road, Songkhla, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
17. Hatyai Signature Hotel

Hatyai Signature Hotel ini terletak agak jauh sedikit daripada pusat bandar Hat Yai. Tapi mengikut ulasan yang diberikan para tetamu yang pernah menginap di sini, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan memang terbaik.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang sangat luas, selesa dan dihias dengan gambar pemandangan bandar Hat Yai. Setiap unit dilengkapi dengan set TV berskrin rata, peti sejuk dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut, selipar dan set mandian. Beberapa unit tertentu juga mempunyai balkoni.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beoperasi 24 jam, liputan WIFI percuma,tempat letak kereta, ruang santai, kolam renang, gimnasium dan sebuah restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas ala Thai dan antarabangsa kepada para tetamu.
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan harian. perkhidmatan hantaran ke bilik, perkidmatan dobi dengan bayaran tambahan dan perkhidmatan penghataran ke lapangan terbang.

- Harga – Dari RM 100 Semalaman.
- Alamat – 44, Noppakaow-Rimmaung Road, Korhong, Songkla, 90110 Hat Yai, Thailand
18. Kosit Hotel

KOSIT HOTEL ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Hat Yai. Apabila anda melangkah ke dalam hotel ini, anda pasti merasa seperti dibawa ke zaman noir dan klasikal. Dalaman hotel ini dihias dengan gabungan elemen kayu dan warna tembaga.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias asas tetapi nampak mewah. Bilik-bilik di sini adalah kalis bunyi dan lengkap dengan keperluan asas seperti set TV, peti sejuk dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, tab mandi dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, bilik mesyuarat, spa, bar dan kafe yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas. Kafe ini juga menyediakan makanan halal. Salah satu fasiliti unik yang boleh dijumpai di hotel ini adalah kedai gunting rambut klasik untuk tetamu lelaki.
Antara perkhidmatan yang disediakan di hotel ini termasuk perkhidmatan gunting rambu, perkhidmatan urutan pelbagai jenis, perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan kereta sewa dan perkhidmatan hantaran makanan ke bilik.

- Harga – Dari RM 101 Semalaman.
- Alamat -199 Niphat Utit 2 Road, Songkhla, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
19. Leevana Hotel

Leevana Hotel ini terletak agak jauh sedikit dari pusat bandar. Pada yang sukakan suasana sunyi dan menenangkan, hotel ini mungkin pilihan yang tepat. Walaupun agak jauh dari pusat bandar, agak senang untuk mendapatkan perkhidmatan tuk-tuk, teksi ataupun aplikasi tempahan kereta .
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas dan selesa. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, meja tulis dan set TV berskrin rata. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan dan sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, kedai runcit, bar dan restoran yang menyediakan sarapan pagi dan masakan panas kepada tetamu.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk perkhidmatan kemasan hari, perkhidmatan panggilan teksi dan perkhidmatan hantaran makanan ke bilik.

- Harga – Dari RM 102 Semalaman.
- Alamat – 738 Ras-Thit, Had Yai, Had Yai, 90110 Hat Yai, Thailand
20. B2 Hat Yai Premier Hotel

B2 Hat Yai Premier Hotel merupakan sebuah hotel butik dan salah satu cawangan hotel B2 yang agak terkenal di Thailand. Hotel jenama ini menawarkan perkhidmatan penginapan hotel bajet dan hotel butik di Thailand.
Hotel ini menawarkan 79 unit bilik tetamu yang dihias dengan elegan dan mewah. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, kerusi dan meja tulis, cerek elektrik dan set kopi/teh percuma. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, set mandian, selipar dan jubah mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang lobi yang selesa dan tempat letak kereta.
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kejutan bangun pagi dan perkhidmatan kemasan bilik harian.

- Harga – Dari RM 102 Semalaman.
- Alamat – 179 Sripoovanart Road Amphoe Hat Yai Songkhla 90110, 90110 Hat Yai, Thailand
21. Hop Inn Hat Yai

Hop Inn Hat Yai merupakan sebuah hotel bajet dan merupakan cawangan kepada Hotel Hop Inn diuruskan oleh The Erawan Group. Hop Inn menawarkan perkhidmatan hotel bajet kepada tetamu dan ianya mempunyai banyak cawangan di sekitar negara Thailand. Hotel ini dihias dengan kombinasi warna biru dan kuning bagi menepati tema logo Hop Inn tersebut.
Hop Inn Hat Yai menawarkan 79 unit bilik tetamu yang selesa dan lengkap dengan keperluan asas seperti set TV, peti sejuk, cermin, rak baju tuala dan meja. Unit-unit tertentu juga mempunyai balkoni. Bilik air pula lengkap dengan pancuran air panas danset mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma dan sebuah pantri. Tetamu boleh makan dan minum di pantri tersebut. Terdapat mesin kopi, dispenser air, ketuhar gelombang mikro dan ruang makan disediakan untuk kegunaan para tetamu. Snek dan mesin layan diri yang menjual minuman tin juga ada disediakan. Tempat letak kereta juga agak luas dan banyak.
Antara perkhidmatan yang diberikan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian dan minuman panas percuma sepanjang hari.

- Harga – Dari RM 104 Semalaman.
- Alamat – 1318 Kanchanavanich Road, Hat Yai, Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
22. The Ring Hotel

The Rings Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Hat Yai. Hotel ini menerima ulasan yang sangat baik daripada tetamu-tetamu yang pernah menetap di sini. Hotel ini sangat sesuai untuk tetamu yang datang bRamai tetamu yang memuji perkhidmatan mesra dan sangat membantu yang diberikan oleh kakitangan hotel ini.
Hotel ini menawarkan sebanyak 21 unit bilik tetamu yang cantik, berbau harum dan sangat selesa. Setiap bilik dilengkapi dengan kelengkapan asas seperti penghawa dingin, langsir gelap, set TV, cerek elektrik dan kemudahan membuat kopi/teh. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, tab mandi berjakuzi, bidet, alat pengering rambut dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti tempat letak kereta peribadi yang terletak berdepan dengan bilik, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan liputan WIFI percuma.
Walaupun hotel ini tidak mempunyai restoran, tetamu boleh menempah sarapan dan makanan yang akan dihantar terus ke bilik. Perkhidmatan lain terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik yang beroperasi 24 jam dan perkhidmatan panggilan tuk-tuk dan teksi.

- Harga – Dari RM 106 Semalaman.
- Alamat – No.32, Sakornmongkol Rd, The Ring Soi19, Sakornmongkol 2, Hatyai, Songkla, 90110 Hat Yai, Thailand
23. The Smart Hotel

The Smart Hotel merupakan hotel 7 tingkat yang terletak di pusat bandar Hat Yai. Hotel ini dicat dengan gabungan warna putih dan oren yang menjadikan suasana persekitaran hotel ceria dan menarik. Tetamu yang pernah tinggal di sini memberi ulasan yang baik, apabila mereka mendaftar masuk ke hotel, mereka dihidang minuman alu-aluan selamat datang dan hospitaliti hotel tidak berhenti di situ sahaja.
Hotel di sini menyediakan bilik-bilik tetamu yang selasa dan dihiasi dengan warna-warna lembut yang menenangkan. Setiap unit dilengkapi dengan set TV berskrin rata, peti sejuk, rak baju dan cermin. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas dan set mandian percuma. Beberapa unit di hotel ini juga mempunyai balkoni,
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, ruang santai, dobi layan diri, taman, ruang santai dan restoran.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhimatan hantaran makanan ke bilik. perkhidmatan kemasan bilik harian, kawalan keselamatan harian, perkhidmatan dobi, perkhidmatan panggilan teksi dan perkhidmatan kejutan bangun pagi.

- Harga – Dari RM 107 Semalaman.
- Alamat – 100 Soi 27 Kanchanavanich Road, Kho Hong, Songkhla, Kho Hong, 90110 Hat Yai, Thailand
24. Friendlytel Hotel

Friendlytel Hotel terletak 5 minit dari pusat bandar Hat Yai. Hotel ini baru sahaja diubahsuai untuk memberikan keselesaan optimum kepada tetamu yang menginap.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang bersih dan selesa. Setiap unit dilengkapi penghawa dingin, set TV, cermin, thermos dan peti sejuk. Bilik mandi pula dilengkapi pancuran air panas, alat pengering rambut, telefon dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, kemudahan mesyuarat dan restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas tempatan.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, perkhidmatan valet, perkhidmatan kejutan bangun pagi dan perkhidmatan kemasan bilik harian.

- Harga – Dari RM 109 Semalaman.
- Alamat – 10/7 Chaiyakul-Uthit Road, Hat Yai, Songkhla, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
25. D-ONE Hotel

D-ONE Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang terletak di Hat Yai. Hotel ini terletak berhampiran dengan beberapa restoran-restoran yang menyediakan makanan halal. Hotel ini berkonsepkan elegen dan santai.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang bersih dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan set TV berskrin rata, peti sejuk, cerek elektrik dan almari pakaian. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian percuma.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam dan tempat letak kereta percuma.
Perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian dan perkhidmatan kejutan bangun pagi.

- Harga – Dari RM 110 Semalaman.
- Alamat – 135, Niphat Uthit 3 Road, Hat Yai,Hat Yai, Sonkhla. , Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
26. I Do Boutique Suite

I Do Boutique Suite merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Hat Yai. Hotel ini dihias dengan konsep modern dan kemas untuk memberikan impresi selesa kepada tetamu.
Hotel ini menawarkan 48 unit bilik tetamu yang sangat cantik. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian percuma.
Hotel ini juga mempunyai kemudah seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta dan sebuah kafe yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas tempatan dan barat.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik.

- Harga – Dari RM 110 Semalaman.
- Alamat – 27 Raj Utid Road Soi 6, Hat Yai, 90110 Hat Yai, Thailand
27. Hatyai Rama Hotel

Hatyai Rama Hotel terletak berhampiran dengan Stesen Kereta Api Hat Yai. Jika anda sukakan suasana bandar yang sibuk dan ingin menikmati hiburan dan aktiviti malam, hotel ini terletak berhampiran dengan beberapa pusat hiburan yang terkenal.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias cantik dan elegen. Setiap unit dilengkapi dengan penyaman udara, set TV berskrin rata, peti sejuk dan ruang duduk. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian percuma.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, loker, mesin ATM, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, sebuah gereja kecil, sebuah salun, teres untuk tetamu bersantai, sebuah bar dan restoran yang menghidangkan masakan Thailand, China dan Eropah. Restoran hotel ini juga menyediakan bufet sarapan pagi.
Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, perkhidmatan dobi dan cucian kering, perkhidmatan urut, perkhidmatan fax dan fotokopi, perkhidmatan karaoke dan perkhidmatan hantaran ke lapangan terbang.

- Harga – Dari RM 111 Semalaman.
- Alamat – 9/5 Sriphuvanart Road,Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
28. Z Sleep Hotel

Jangan takut Z Sleep Hotel ni memang nampak gah. Apatah lagi ianya menawarkan perkhidmatan penginapan yang berkonsepkan moden dan hip. Tetapi sebenarnya bayaran sewa semalaman untuk menginap di sini agak murah dan berbaloi. Khabarnya, ramai selebriti Thailand yang memilih untuk menginap di sini setiap kali berkunjung ke Hat Yai. Dinding-dinding menuju ke bilik tetamu dilukis dengan lukisan kontemporari moden selebriti-selebriti terkenal di Hollywood.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang sangat luas dan dihias supaya nampak berkelas. Setiap bilik lengkap dengan keperluan asas seperti set TV, peti ais dan cerek eletrik. Bilik mandinya juga sangat cantik dan lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah unit juga mempunyai tab mandi. Bilik-bilik di sini juga kalis bunyi.
Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta dalam bangunan dan ruang santai yang lengkap dengan ketuhar gelombang mikro, peralatan makanan, minuman coklat dan kopi panas sepanjang hari.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan kejutan bangun pagi dan perkhidmatan penghantaran ke lapangan terbang.

- Harga – Dari RM 115 Semalaman.
- Alamat – 1564, Kanjanavanich Road, Hat Yai, Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
29. The Raise Hotel

The Raise Hotel baru sahaja dibuka pada tahun 2018. jadi segala-galanya masih baru lagi. Hotel ini memang antara hotel yang digemari pengunjung beragama Islam kerana ianya menyediakan makanan halal.
The Raise Hotel menawarkan sebanyak 63 bilik tetamu yang mewah dan lantainya dilitupi dengan karpet lembut dan tebal. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, almari pakaian, TV berskrin rata dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah unit di hotel ini juga mempunyai balkoni.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, taman, teres untuk tetamu bersantai dan sebuah restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas.
Antara perkhidmatan yang terdapat di sini termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan kejutan bangun pagi dan perkhidmatan penghantaran makanan ke bilik.

- Harga – Dari RM 115 Semalaman.
- Alamat – 9 Soi 1 Thaveevarn Road, Kho Hong, Hat Yai, Kho Hong, 90110 Hat Yai, Thailand
Amacam? Ada tak hotel yang berkenan di hati anda? Jika anda masih mahu mencari lagi, anda boleh saja melawat laman web Booking.com ataupun Agoda.com. Selamat bercuti.
Jika anda berminat untuk singgah ke Pulau Pinang selepas ke Hat Yai, kami ada menyenaraikan beberapa 48 tempat menarik di Pulau Pinang.
Jika anda berniat untuk menginap di Pulau Pinang. Kami juga ada senarai 31 Tempat Penginapan Menarik Yang Berbajet Rm 100 Ke Bawah Di Pulau Pinang
Kembali ke bagasi.my