31 Hotel Bajet Atau Hotel Butik Yang Menarik dan “Instaworthy” di Ipoh
Ipoh menyediakan persekitaran yang santai bagi mereka yang mahu melarikan diri dari hiruk-pikuk bandar. Oleh kerana faktor ini, semakin ramai pengusaha hotel di Ipoh bajet dan hotel butik berlumba-lumba menghias cantik hotel masing-masing dengan pelbagai tema unik.
Usaha mereka memang menampakkan hasil. Ipoh semakin menjadi tumpuan pelancong, terutamanya dari golongan muda yang sukakan suasana unik dan vintage. Bukan sahaja kos menginap di hotel bajet dan hotel butik ini kena dengan poket mereka. Servis dan layanan yang diberikan juga amat memuaskan. Ditambah pula hotel-hotel di Ipoh ini dihias cantik. Tentunya percutian di Ipoh memberi pengalaman yang menyeronokkan.
Pilihan BEST Hotel di Ipoh (Senarai Ringkas)
Hotel Termurah: Hotel Tulip, ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Ipoh. Namun perkhidmatan dan penginapan yang disediakan agak baik. Hotel ini merupakan hotel mesra alam sekitar.”
Hotel Untuk Bagpackers: Abby By The River, “Hotel ini menyediakan penginapan pada harga berpatutan, ianya mempunyai dapur yang berfungsi, ruang santai dan kafe. Persekitaran hotel dihiasi lukisan mural yang kreatif dan cantik.”
Hotel Berkonsep Unik: Hollywood Hotel, “Hotel ini mengetengahkan hiasan dan tema kegemilangan Hollywood era 50’an. Tetamu pastinya merasa seperti bintang filem yang glamor sewaktu menetap di sini..”
Hotel untuk Keluarga: MU Hotel, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga mempunyai fasiliti seperti suduk aktiviti untuk kanak-kanak. Bilik keluarga juga dilengkapi dengan tab mandi”
Hotel Untuk Berbulan Madu: MH Hotel, “Hotel ini mempunyai suite bulan madu yang dihias cantik dan tab mandi berjakuzi. Khidmat urutan untuk pasanga dan makan malam romantik tepi kolam renang juga boleh diuruskan atas permintaan”
Di sini terdapat senarai 31 hotel bajet dan hotel butik yang menarik untuk diinap. Memang boleh rambang mata dibuatnya.
1. Hotel Tulip

Hotel Tulip ialah hotel butik yang mengamalkan konsep minimalis. Bilik yang ditawarkan dihias dengan elemen zen dan menggunakan gabungan warna putih dan hijau lumut bagi memberikan suasana tenang dan mendamaikan kepada tetamu yang datang menginap di sini.
Hotel ini juga menawarkan bilik mandi bersaiz besar untuk keselesaan optimum. Hotel Tulip juga adalah hotel mesra alam sekitar. Jadi tetamu tidak perlu risau tentang penggunaan bahan kimia dalam proses mencuci.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 24 = Menarik, Selesa, Mendamaikan dan Mesra Alam Sekitar
- Harga – Dari 85 Semalaman
- Alamat – 19, Persiaran SCI 2/2, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Malaysia
2. Hotel Ban Loong

Hotel Ban Loong adalah sebuah hotel bajet yang bangunannya diubahsuai dari bangunan warisan hasil dari program pemulihan bandar lama Ipoh. Struktur dan ciri warisan bangunan ini masih dikekalkan dan senibina moden diintegrasi secara minima supaya elemen autentik tidak terjejas.
Dengan struktur dinding bata yang terdedah dan siling yang tinggi, Ban Loong Hotel menawarkan persekitaran vintage yang genuine seolah-seolah tetamu yang menginap di hotel ini dibawa ke masa lampau awal tahun 1900 sebelum perang dunia kedua meletus.
Terletak di tengah-tengah bandar lama Ipoh, tetamu berpeluang bangun pagi dengan aroma kopi putih yang terkenal di Ipoh dan mendengar interaksi penjaja-penjaja di Ipoh memulakan hari mereka.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 3 = Unik dan Bajet
- Harga – Dari RM 86 Semalaman.
- Alamat – 51, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh Perak, 30000 Ipoh, Malaysia
3. Nova Hotel

Hotel Nova adalah sebuah hotel bajet yang bertemakan kartun dari siri animasi terkenal seperti Doraemon, Smurf, Disney, Garfield, Kungfu Panda,Mario and Luigi, Mr Bean dan banyak lagi. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga pasti berasa teruja untuk menginap di sini. Hotel ini juga ada memaparkan koleksi mainan anak patung untuk tatapan tetamu yang menginap.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 23 = Bajet, Bertema, dan Menarik.
- Harga – Dari RM 86 Semalaman
- Alamat – No.10, Bercham Nova 2, Bercham Nova,31400, Ipoh,Perak., 31400 Ipoh, Malaysia
4. Valya Hotel

Hotel Valya adalah sebuah hotel butik yang menggunakan warna-warna blok untuk hiasan dalaman hotel tersebut. Hotel ini juga membawa tema minimalis dengan gabungan artistik lukisan tangan berbingkai. Kombinasi dua elemen ini memberikan suasana yang santai dan menarik kepada tetamu.
Bilik hotel ini juga dihias dengan hiasan simple, kemas dan functional. Warna yang digunakan adalah warna-warna yang memberikan sentuhan romantik dan menenangkan. Ianya juga lengkap dengan kelengkapan asas. Setelah penat berjalan-berjalan di sekitar Ipoh, dapat berehat di hotel ini tentunya dapat memberi pengalaman yang membugarkan.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 28 = Bertema dan Menyenangkan
- Harga – Dari RM 89 Semalaman
- Alamat – No 29, Jalan Meru Bestari B4, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya , 30020 Ipoh, Malaysia
5. Abby By the River

Hotel ini memang menarik dan sesuai untuk semua golongan. Ianya menawarkan bilik standard untuk yang datang berdua, bilik keluarga dan bilik asrama yang boleh memuatkan 6 orang dalam satu masa. Dinding-dinding di hotel ini dipenuhi dengan lukisan-lukisan “doodle” yang comel dan unik. Persekitarannya juga sangat cantik. Tetamu yang suka selfie pasti teruja. Hotel ini mempunyai restoran atas bumbung, sesuai untuk tetamu bersantai dan minum kopi sambal menikmati pemandangan sekeliling.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 1 = Mempunyai Pilihan Bilik dan Unik
- Harga – Dari RM 90 Semalaman
- Alamat – 55 & 57, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Malaysia
6. D Eastern Hotel

Hotel D Eastern ini dibina pada tahun 1930an. Ianya adalah antara hotel tertua di Ipoh. Senibina hotel ini direka oleh Iversen, iaitu seorang arkitek terkenal dari Belanda yang memperkenalkan seni bina moden di Tanah Melayu.
Iverson banyak memenangi anugerah hasil dari ciptaan dan seni reka bangunan beliau. Banyak bangunan rekaannya di Malaysia contohnya Rumah Persekutuan, bangunan Loke Yew dan pawagam yang direka untuk Shaw Brothers dan Cathay. Bangunan rekaan Iversen kebiasaannya menggabungkan elemen “Malaysian art deco” atau pun seni bina tropika dengan kontemporari menjadi inspirasi arkitek-arkitek muda di Malaysia.
Hotel ini menikmati zaman gemilangnya pada tahun 50’an hingga 90’an. Ianya telah bertukar pengurusan dan dijenama semula sebagai hotel butik. Walaupun sekarang namanya tidak lagi segah dahulu kerana persaingan dengan hotel-hotel baru, hotel ini masih mampu menawarkan khidmat yang terbaik dan masa yang sama mengekalkan ciri-ciri nostalgianya. Hiasan dalaman yang klasik memang sesuai untuk dijadikan latar gambar yang menarik.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 4 = Unik dan Selesa
- Harga – Dari RM 102 Semalaman
- Alamat – 118, Jalan Sultan Idris Shah, 30300 Ipoh, Malaysia
7. Hollywood Hotel

Jika tetamu mahukan sesuatu yang unik. Hollywood Hotel ada jawapannya. Sesuai dengan namanya, hotel ini dihias dengan tema filem. Hotel ini dihiasi dengan poster-poster filem, lukisan tangan pelakon terkenal Audrey Hepburn, props dan peralatan filem.
Tetamu tentunya akan teruja mengambil gambar di sekitar hotel ini. Hotel ini juga di cat dengan warna lembut dan gelap untuk memberi efek glamor dan artistik. Mungkin mereka dapat bermimpi bertemu bintang filem jika tidur di sini.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 27 = Bertema, Unik, Selesa, dan Memuaskan.
- Harga – Dari RM 104 Semalaman
- Alamat – Lebuh Medan Ipoh, Bandar Baru Medan No 82, 31400 Ipoh, Malaysia
8. Hotel De Parkview

Hotel De Parkview adalah hotel bajet terbaik di Ipoh untuk tahun 2017. Walaupun ianya hotel bajet, selain dari harga, tiada apa yang bajet tentang hotel ini. Persekitaran hotel ini di hias dengan warna alam seperti warna tumbuh-tumbuhan dan warna tanah. Ianya memberikan efek selesa kepada tetamu yang menginap.
Hotel ini juga sangat mementingkan kebajikan tetamu. Berdasarkan review dari tetamu yang menginap, pekerja-pekerja hotel di sini sangat membantu dan menjaga keselesaan tetamu.Untuk hotel bajet, ianya adalah bonus.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 26 = Bajet, Menarik, Selesa and Mempunyai Perkhidmatan yang Memuaskan.
- Harga – Dari RM 105 Semalaman
- Alamat – 3&5, Jalan Lapangan Siber 10, Bandar Cyber, 31350 Ipoh, Malaysia
9. 1 Day Car Hotel Station 18

1 Day Car Hotel Station 18 adalah sebuah hotel bajet telah yang diubahsuai. Ianya bertemakan gaya Inggeris dengan gabungan warna putih, emas dan biru. Ia memberikan persekitaran yang classy dan comel. Setiap inci bilik ini dihias dengan perabot antik dan kertas dinding yang bertema floral.
Bilik-bilik yang ditawarkan berhawa dingin dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Bilik mandinya juga dilengkapi dengan pancuran air panas dan set bilik mandi. Dengan harga yang berbaloi, tetamu dapat menikmati persekitaran yang sudah tentu nampak cantik di dalam kamera.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 18 = Bajet, Bertema dan Mempunyai Banyak Kemudahan.
- Harga – Dari RM 106 Semalaman
- Alamat – Building No. 154, Jalan Pengkalan Barat 32, Station 18, 31650 Ipoh, Malaysia
10. Cititel Express Ipoh

Cititel Express Ipoh menjanjikan perkhidmatan penginapan yang pintar, bersih dan simple. Ianya menawarkan 210 buah bilik moden dan praktikal pada harga yang berpatutan. Hotel ini dihias dengan warna seperti warna oren, merah jambu dan hijau pucuk pisang yang menjadikan persekitaran hotel kelihatan ceria.
Selain pemandangan sungai, hotel ini juga memahami kehendak generasi celik teknologi dengan menawarkan perkhidmatan wifi percuma dan bilik yang dilengkapi dengan TV LED 40 inci dengan perkhidmatan video atas permintaan percuma dengan koleksi lebih dari 100 filem HD. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan ulang alik percuma yang berhenti di enam tempat tarikan pelancong iaitu Stesyen Keretapi Ipoh, Bandar Lama Ipoh, Concubine Lane, Jalan Dim Sum, Ipoh Parade, Jalan Yau Tet Shin & Jalan Theatre).
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 11 = Berpatutan, Mempunyai Pemandangan dan Banyak Kemudahan, dan juga Perkhidmatan yang Unik.
- Harga – Dari 108 Semalaman
- Alamat – No 2, Jalan S.P. Seenivasagam, 30000 Ipoh, Malaysia
11. Ritz Garden Hotel

Hotel Ritz Garden adalah antara hotel yang sangat berbaloi untuk diinap. Bukan sahaja kerana perkhidmatan yang diberikan memang terbaik dan harga bilik yang ditawarkan agak murah. Suasana dan persekitaran hotel ini amat cantik dan menarik. Setiap bilik hotel di sini dihias dan direka mengikut kehendak dan keperluan tetamu.
Bangunan hotel ini merupakan sebahagian daripada sejarah Jalan Yang Kalsom / Jalan Hussein. Walaupun ianya telah diubah suai, pemilik hotel masih mengekalkan struktur dan seni bina ala tudor dan mengintegrasikan elemen moden ke dalamnya. Sayap baru bangunan ini juga dimuatkan dengan taman kecil yang menyediakan ruang santai yang selesa. Hotel ini juga mempunyai fasiliti seperti restoran, gimnasium, meja snuker,kafe internet, perpustakaan, bilik filem, spa, surau, kolam renang dan tempat untuk barbeque.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 25 = Unik, Menarik, Murah, Bersejarah, Selesa, dan Mempunyai Banyak Kemudahan and Perkhidmatan.
Tidak berminat dengan hotel di Ipoh? Berikut adalah senarai hotel dan tempat menarik dari tempat lain seperti:
- 22 Hotel di Lumut yang Menarik dan Awesome
- 31 Hotel yang Menarik dan Selesa di Alor Setar
- 45 Tempat Menarik Mesti Singgah di Perak
- Harga – Dari RM 112 Semalaman
- Alamat – 86-88, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Malaysia
12. Hotel Pi

Hotel ini ideal untuk tetamu yang mahukan pengalaman yang santai dan menyeronokkan. Hotel ini membawa tema moden dan asas kepada tetamu. Dinding-dinding di hotel ini dihiasi dengan petikan petikan yang menarik dan mesra kamera.
Hotel ini menawarkan bilik berhawa dingin yang chic dan lengkap dengan kelengkapan asas untuk memastikan keselesaan optimum kepada tetamu. Ianya juga mempunyai gimnasium dan bar untuk tetamu bersantai sambal menikmati minuman segar.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 16 = Menarik, Mempunyai Banyak Kemudahan dan Juga Pelbagai Perkhimatan
- Harga – Dari RM 114 Semalaman
- Alamat – No 2, The Host Jalan Veerasamy, 30300 Ipoh, Malaysia
13. INDRA HOTEL

Hotel Indra adalah sebuah hotel butik yang berwarna-warni. Bilik-bilik yang ditawarkan dihias dengan hiasan pelbagai variasi untuk memberikan gaya funki dan menarik. Penggunaan warna yang pelbagai, meghidupkan suasana dan memberikan persekitaran yang berseri kepada tetamu.
Hotel ini juga dilengkapi dengan segala kelengkapan asas tetapi lengkap. Ruang santai yang disediakan juga selesa dan cantik. Tetamu sudah tentunya gembira mengambil gambar di sekitar hotel ini.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 20 = Mempunyai Kemudahan Yang Lengkap, Selesa dan Menarik.
Tidak berminat sudah melancong di Ipoh ataupun melihat senarai hotel di Ipoh yang telah kami sediakan? Jangan bimbang, senarai berikut mungkin boleh membantu anda:
- 48 Lokasi Wajib Pergi Jika Anda Bercuti Di Penang
- 16 Hotel Terbaik Yang Terdapat Di Bangi
- 40 Tempat Menarik di Selangor Untuk Anda Lawati
- Harga – Dari RM 116 Semalaman
- Alamat – No. 29, Lengkok Tasek Timur 1A, Pusat Perdagangan Tasek Indra, 31400 Ipoh, Malaysia
14. Travelland Hotel

Hotel Travelland adalah hotel bajet yang terletak di bangunan 2 tingkat. Hotel ini dihias dengan warna putih digabungkan dengan warna natural seperti warna pokok dan warna tanah. Ianya memberikan efek tenang dan mendamaikan kepada tetamu yang menginap.
Bilik-bilik di hotel ini juga dihias kemas dengan penggunaan perabot asas dan tidak serabut.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 30 = Bajet, Menyenangkan, dan Unik.
Berikut adalah senarai penginapan hotel di lokasi lain selain daripada senarai hotel di Ipoh.
- 20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa
- 31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa
- 27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa
- Harga – Dari RM 117 Semalaman.
- Alamat – No 11, (LOT 84153) Jalan Darul Johan, Off Jalan Tambun Batu 5, Ipoh, Perak, 31400 Ipoh, Malaysia
15. Le Metrotel

Hotel Le Metrotel adalah hotel bajet yang terletak di tengah-tengah pekan baru Bandar Ipoh. Pengurusan hotel ini menggelarkan hotel ini sebagai hotel untuk golongan “foodie” atau kaki makan. Ini kerana lokasinya yang strategik dan dikelilingi oleh restoran-restoran dan premis makanan yang popular dan menawarkan makanan yang enak.
Hiasan dalam hotel ini banyak menggunakan Jubin reflektif yang memberikan suasana unik apabila dipancar cahaya lampu tungsten kuning. Elemen vintage dan seni halus juga memenuhi setiap ruang. Perabot yang digunakan diperbuat dari kayu dan bermotifkan ukiran. Hasilnya memang mengagumkan.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 6 = Strategik, Vintage dan Selesa
- Harga – Dari RM 118 Semalaman
- Alamat – 26-8, Jalan Theatre, 30300 Ipoh, Malaysia
16. Lodge 163

Lodge 163 merupakan hotel bajet yang terletak di tingkat dua bangunan lama yang dibina sebelum perang dunia kedua. Hotel ini juga mempunyai kedai kopi yang menghidangkan delikasi lokal yang enak dan menyelerakan di tingkat bawah bangunan. Bilik-bilik di hotel ini dicat dengan warna-warna terang dan dihiasi dengan lukisan berbingkai dan doodle yang memberikan persekitaran yang menarik dan selesa kepada tetamu.
Gabungan ciri vintage dan elemen artsy memberikan tetamu pengalaman yang unik seolah-seolah mereka dibawa semula ke era sebelum perang.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 22 = Bajet, Menarik dan Mempunyai Kemudahan Yang Mencukupi.
- Harga – Dari RM 118 Semalaman
- Alamat – No 163 Jalan Sultan Iskandar Shah, 30000 Ipoh, Malaysia
17. Manhattan Hotel Ipoh

Hotel Manhatan adalah hotel butik yang baru dibuka. Ianya bertemakan stail Manhattan iaitu sebuah bandar metropolis terkenal di Amerika. Hiasan hotel ini mempunyai sentuhan gaya moden dan mewah. Warna yang digunakan berwarna tanah dan ditambah dengan pencahayaan warna lembut untuk memberikan efek lembut untuk keselesaan tetamu. Di setiap bilik, penggunaan ruang yang minima juga membuatkan bilik-bilik di sini kelihatan lebih luas.
Hotel ini juga mempunyai ruang santai, kedai kopi dan bakeri, bilik mesyuarat dan gimnasium yang turut di hias dengan hiasan glamor seperti rumah penthouse di Amerika.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 19 = Bertema, Selesa, Mempunyai Banyak Kemudahan dan Perkhidmatan.
- Harga – Dari RM 121 Semalaman
- Alamat – Pusat Perniagaan Pengkalan Putra (Manhattan Business Center) Jalan Pasir Puteh, 31650 Ipoh, Malaysia
18. Hotel Golden Roof

Hotel Golden Roof merupakan hotel butik yang menarik. Hotel ini menggunakan menggunakan cermin untuk permukaan dinding untuk memberikan impresi ruang yang lebih besar dan selesa. Hiasan dalaman hotel ini juga bersifat simplistik. Penggunaan elemen simetri dan bersegi dapat di lihat di setiap sudut hotel ini.
Pada yang tidak sukakan hiasan sarat tetapi masih mahukan persekitaran yang Chique dan bergaya. Hotel ini amat sesuai dijadikan pilihan.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 9 = Selesa, Modern, Bersih, Strategik dan Mempunyai Kemudahan yang Berdekatan.
- Harga – Dari RM 122 Semalaman.
- Alamat – No. 2, Jalan Ampang Baru 6A, Pusat Perdagangan Ampang Baru, 31350 Ipoh, Perak, 31350 Ipoh, Malaysia
19. S Boutique Hotel

S Boutique Hotel adalah sebuah hotel yang baru dibuka. Ianya dihiasi dengan dengan hiasan warna terang yang menarik dan canggih. Bilik-bilik di hotel ini dilengkapi dengan hiasan bereka bentuk asas tetapi unik seperti sofa bercetak dan katil yang berwarna-warni dan funki. Tetamu pastinya teruja untuk mengambil gambar.
Hotel ini juga mesra alam sekitar. dan alam sekitar telah dipuji sebagai mesra dan menghibur. Hotel butik ini mungkin jawapan kepada tetamu yang mahukan perkhidmatan yang selesa dan unik tetapi tidak mahu berbelanja banyak.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 17 = Menarik, Mesra Alam Sekitar, Selesa dan Unik
- Harga – Dari RM 122 Semalaman
- Alamat – 4B, Pusat Perdangangan Canning 3, Pusat Perdangangan Canning, 31400 Ipoh, Malaysia
20. French Hotel

Hotel butik ini membawa tema ringkas dan praktikal. Ianya menggunakan warna asas putih dan menggandingkannya dengan warna-warna terang dan menarik seperti warna merah,hijau kuning dan biru untuk warna bilik dan warna tanah untuk premis seperti ruang santai, café dan kedai serbakena. Elemen kayu digabungkan dengan konkrit memberikan suasana yang kontra tetapi saling melengkapi.
Hiasannya yang ringkas dan on point membuatkan ruang bilik terasa lebih luas. Hiasan yang tidak berlebih dan berkonsep zen dapat dilihat di setiap sudut hotel ini. Kadang-kadang, keserdehanaan adalah kunci utama kepada persekitaran menyenangkan.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 8 = Menyenangkan, Selesa, Modern dan Mempunyai Perkhidmatan and Kemudahan yand memuaskan
- Harga – Dari RM 125 Semalaman
- Alamat – 60, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30250 Ipoh, Malaysia
21. Winggarden Murals House

Hotel bajet ini amat menarik. Setiap dinding di hotel ini dihiasi dengan mural-mural cantik yang dilukis tangan. Lukisan mural yang dipaparkan menggambarkan suasana kehidupan seharian di Ipoh. Bilik yang ditawarkan juga dihias sederhana menggunakan warna pastel. Terdapat tulisan dan doodle yang comel menghiasi dinding bilik di hotel ini. Selain itu, bilik-bilik ini juga dilengkapi dengan kelengkapan bilik tidur asas. Bilik mandi dilengkapi dengan bidet, alat pengering rambut dan set alatan mandi percuma.
Tetamu tidak perlu keluar dari hotel untuk bergambar, kerana setiap sudut di hotel ini cukup untuk dijadikan latar yang cantik untuk selfie ataupun wefie. Pekhidmatan yang diberikan juga amat memuaskan.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 21 = Bajet, Mempunyai Perkhidmatan Yang Memuaskan, Unik dan Mempunyai Kemudahan Yang Lengkap.
- Harga – Dari RM 128 Semalaman
- Alamat – Jalan Kuala Kangsar 360, 30010 Ipoh, Malaysia
22. Cute Hotel & Dorms Ipoh

I Love Cute Hotel Ipoh adalah sebuah hotel bajet yang juga menyediakan bilik asrama kepada tetamu. Hotel ini amat sesuai untuk golongan muda yang datang dengan kumpulan. Hotel ini menggunakan warna-warna berani seperti kuning, merah dan oren memberikan suasana ceria dan funky kepada tetamu yang menginap di sini.
Hotel ini juga menyediakan loker percuma, ruang dapur, basikal sewa, kafe, ruang santai, minuman panas dan makanan ringan percuma dari pukul 3.00 petang sehingga pukul 10.00 malam.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 31 = Bajet, Mempunyai Kemudahan Yang Memuaskan, Sesuai untik golongan Muda, dan Mempunyai Pelbagai Perkhidmatan Yang Menarik.
- Harga – Dari RM 130 Semalaman
- Alamat – Lot 66 Jalan Meru Bestari B8, 30020 Ipoh, Malaysia
23. Palm Hotel Ipoh

Palm Hotel Ipoh adalah sebuah hotel butik yang membawa tema elegen dan klasik yang diadaptasikan dengan sentuhan moden. Hotel ini menawarkan 38 buah bilik. Dinding- dinding hotel dihiasi dengan lukisan potret dan hiasan antik.
Ianya juga mempunyai restoran dan bar untuk memenuhi keperluan gastronomi tetamu. Interior fasiliti dihias menyerupai hotel yang sering kita lihat di dalam filem klasik barat tahun 50’an. Suasananya yang agak romantik amat sesuai untuk dijadikan lokasi penggambaran.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 7 = Unik, Selesa, Luas dan Menarik.
- Harga – Dari RM 132 Semalaman
- Alamat – 3, Persiaran Menglembu Suria Pusat Perniagaan Menglembu Suria, 30200 Ipoh, Malaysia
24. Hotel Art Cottage

Hotel Art Cottage seperti Namanya adalah sebuah hotel butik yang membawa tema kontemporari dan stail warisan. Ianya menawarkan bilik yang selesa dengan hiasan yang asas, persekitaran yang menenangkan dengan penggunaan gabungan warna putih, tanah dan tembaga. Pencahayaan di hotel juga menggunakan lampu kuning yang lembut untuk membuatkan tetamu merasa lebih tenang dan santai.
Hotel ini juga mementingan kebersihan dan dihias rapi. Khidmat yang diberikan pekerja-pekerja hotel juga memuaskan. Tetamu yang menginap di sini pasti merasa seronok.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 10 = Tema yang Menarik, Selesa, Menyenangkan dan Memuaskan
Ingin Melancong ke Negeri lain? Berikut adalah Senarai hotel lain yang berasal dari:
- 17 Hotel Terbaik Di Cherating Dengan Lokasi Strategik Yang Hampir Dengan Tempat Menarik
- Bakal Bercuti Di Kelantan? Ini 21 Hotel Di Kota Bharu Yang Menarik Untuk Percutian Anda!
- 25 Hotel di Cameron Highlands yang selesa dan bersih untuk semua jenis bajet.
- Harga – Dari RM 138 Semalaman
- Alamat – 15 & 17, Jalan Medan Ipoh 1B/1, Medan Ipoh Bistari., 31400 Ipoh, Malaysia
25. Hotel Merton

Hotel Merton Ipoh menawarkan penginapan yang bertema kontemporari dengan hiasan Industrial. Hotel ini menampilkan warna yang bernada nada teduh dan kurang terang seperti kelabu, hijau lumut dan biru gelap untuk memberikan persekitaran yang lebih tenang kepada tetamu. Lampu-lampu chandelier juga digunakan untuk memberikan impak klasik dan elegan.
Setiap bilik di hotel ini dilengkapi set penghawa dingin, sebuah TV berskrin rata dan kemudahan membuat kopi dan teh. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian dan pengering rambut. Hotel ini juga dilengkapi dengan restoran dan ruang santai yang dihias dengan tema yang sama.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 15 = Klasik, Selesa dan Mempunyai Banyak Kemudahan.
Tukar fikiran? Jika anda sekarang berminat untuk melancong di tempat lain dan melihat senarai hotel yang lain selain daripada hotel di Ipoh, mungkin senarai berikut boleh membantu anda:
- 23 Hotel di Muar Yang Menarik Dan Selesa
- 26 Hotel Menarik Berbajet Bawah RM200 di Kuala Lumpur
- 30 Tempat Menarik Yang Wajib Dikunjungi di Melaka
- Harga – Dari RM 142 Semalaman
- Alamat – 25 Jalan Lapangan Symphony, Symphony Business Park, 31350 Ipoh, Malaysia
26. Hotel Excelsior Ipoh

Hotel Excelsior pertama kali dibuka pada tahun 1983. Walaubagaimanapun ianya telah diubahsuai dengan menggabungkan elemen moden dalam masa yang sama mengekalkan ciri-ciri klasik hotel tersebut. Hotel ini menawarkan 196 buah bilik moden dan mewah, perkhidmatan peribadi dan pelbagai kemudahan yang lengkap seperti dewan, kedai kopi, restoran makanan cina dan lounge.
Bangunan hotel ini dicat dengan cat semburan khas KOVA yang memberikan kesan batu pasir. Lourve aluminium juga diletakkan menegak di kawasan rawak untuk menambah elemen elegen pada bangunan. Untuk dalaman hotel, ianya dihias dengan tema empat musim. Tetamu dapat menikmati suasana bilik yang dihias dengan tema musim panas, musim bunga, musim luruh dan musim sejuk. Kawasan seperti pintu masuk, lobi dan lounge dihias secara kontemporari, dengan gabungan veneer kayu dan jubin moden. Warna yang digunakan adalah kelabu dan coklat manakala bahan yang digunakan adalah kayu, batu, keluli dan kaca.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 12 = Perhiasan Warna yang Unik, Selesa dan Mempunyai Perkhidmatan dan Kemudahan yang Bagus.
- Harga – Dari RM 151
- Alamat – 43, Jalan Sultan Abdul Jallil, 30300 Ipoh, Malaysia
27. M Boutique Hotel Station 18

M Boutique Station 18 adalah salah satu hotel jaringan Hotel M Boutique selain daripada Hotel M Boutique Ipoh. Walau bagaimanapun, konsep dan persekitaran hotel ini berbeza dengan Hotel M Boutique Ipoh. Hotel ini membawakan konsep monochromatic jazz dan vintage. Reka bentuk luar menampilkan ratusan pintu kayu lama dilekatkan dari tingkat pertama hingga tingkat teratas hotel ini. Ruang bawah dan pintu masuk hotel pula dihias dengan cermin, lantai kayu dan lampu kandil logam besar yang memberikan suasana vintaj dan klasik. Ruang lobi dihias dengan sofa vintaj yang besar.
Bilik-bilik di hotel ini dihiasi dengan warna tunggal yang dominan. Lukisan berbingkai menampilkan pemain-pemain jazz terkenal masa lalu menghiasi dinding-dinding hotel. Untuk tetamu yang suka bergambar, setiap bahagian hotel ini secara literal menawarkan latar yang sesuai untuk berselfie.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 29 = Berkonsep, Bilik Yang Luas, dan Mempunyai Kemudahan Yang Memuaskan.
- Harga – Dari RM 158 Semalaman
- Alamat – No.15-23, Jalan Pengkalan Barat 35, Taman Pengkalan Jaya (Station 18), 31650 Ipoh, Malaysia
28. 1969 Business Suites

1969 Business Suites adalah sebuah hotel butik yang menggabungkan tema klasik dan kontemporari. Logo yang digunakan oleh 1969 Business Suites ini adalah Ipoh Tree (Epu Tree). Getah pokok ini beracun. Cerita dulu-dulu ada menyebut, orang asli menggunakan racun ini dengan meletakkannya ke mata sumpit bagi melumpuhkan Portugis sewaktu mempertahankan Melaka dari diserang.
Secara simboliknya, 1969 Business Suites menawarkan ‘tempat selamat‘ kepada pelancong yang mahukan keselesaan dan kemudahan hotel mewah dengan harga yang berpatutan. Ianya menawarkan 42 buah bilik tidur dengan hiasan dalaman yang mewah dan memukau kepada tetamu yang menginap. Hotel ini juga mempunyai restoran dan bakeri. Sarapan pagi juga turut disediakan. Hiasan berwarna tanah, emas dan hitam memberikan imej yang eklusif dan unggul dalam masa yang sama masih mengekalkan keselesaan yang pragmatik. Tetamu sudah tentu akan berasa terpesona.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 2 = Unik, Menarik, Mempunyai Kemudahan yang Bagus, Selesa, Damai, dan Seronok.
- Harga – Dari RM 165 Semalaman
- Alamat – No.2, Jalan Lapangan Siber 9, Bandar Cyber, 31350 Ipoh, Malaysia
29. MU Hotel

Hotel MÙ adalah sebuah hotel butik yang stylish. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Ipoh. Hotel ini menawarkan tema moden, ceria dan menyeronokkan. Hiasan, warna dan perabot yang digunakan di setiap sudut hotel bertemakan moden dan functional dan ianya kelihatan seperti ruang pameran di Ikea.
Ianya juga mempunyai fasiliti seperti restoran, gimnasium dan sudut kanak-kanak. Ianya juga menawarkan perkhidmatan ulang alik percuma ke beberapa tempat perlancongan menarik.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 13 = Strategik, Bertema, dan Mempunyai Pelbagai Perkhidmatan.
- Harga – Dari RM 179 Semalaman
- Alamat – No 18, Jalan Chung Onn Siew, 30250 Ipoh, Malaysia
30. MH Hotel

MH Hotel Ipoh merupakan hotel butik yang bertaraf 3 bintang. Hotel ini mempunyai empat premis makanan yang dihias dengan menarik iaitu restoran “The Pinnacle” yang terletak di tingkat atas hotel, restoran makanan laut “Oceanville”, bar minuman atas bumbung “7 Sky” ala fresco yang terletak di tingkat tujuh dan café “MH Lyfe Lounge” untuk tetamu bersantai sambal menikmati minum petang. Ianya juga mempunyai khidmat Thai spa untuk tetamu yang mahu memanjakan diri.
Hiasan dalaman hotel ini bercirikan seni bina moden dan kontemporari dan memfokuskan keselesaan tetamu. Terdapat banyak sudut yang cantik untuk tetamu bergambar.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 5 = Menarik, Selesa, Indah dan mempunyai Perkhidmatan yang Lebih
Ingin melancong di tempat lain? Berikut adalah senarai hotel di tempat lain, selain daripada hotel di Ipoh:
- 31 Hotel Menarik dan Berbaloi di Port Dickson
- 15 Hotel Di Putrajaya Yang Terbaik Untuk Transit Penerbangan Di KLIA
- 23 Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Yang Dekat Dengan Tempat Menarik
- Harga – Dari RM 188 Semalaman
- Alamat – PT212695B, Jalan Medan Ipoh 1A, Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh, Malaysia
31. M Boutique Hotel

Hotel M Boutique adalah hotel butik yang bertema eklektik. Setiap tigkat di hotel ini mempunyai tema tersendiri iaitu tema pengembaraan, tema safari dan tema majestik dan tema excelsior. Ianya menawarkan 93 buah bilik yang moden dan dihias dengan tema urban chic yang digabungkan dengan elemen vintage. Dinding bilik di hotel ini menerapkan elemen bata terdedah dan di hiasi dengan lukisan. Pencahayaan hotel ini menggunakan warna kuning yang lembut memberikan suasana yang unik dan misterius. Setiap sudut di hotel ini sangat menepati ciri-ciri tempat yang Instagram worthy.
Bilik-bilik di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin, perkhidmatan wifi, bar mini, TV bersatelit, cerek elektrik dan set bilik tidur asas. Bilik mandi juga dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut, jubah mandi dan set alat mandi percuma. Ianya juga mempunyai ruang santai, restoran, gimnasium dan kedai cenderamata.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Ipoh No 14 = Bertema, Mempunyai Banyak Kemudahan dan Pelbagai Perkhidmatan.

- Harga – Dari RM 198 Semalaman
- Alamat – No. 2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh, Malaysia
Hotel bajet dan hotel butik yang disenaraikan di atas ini memang sesuai untuk pengunjung yang mahukan kelainan dan suasana yang unik. Jika senarai ini masih tidak mencukupi, boleh sahaja terus ke laman web Booking.com, Agoda.com ataupun Hotels.com untuk lebih pilihan penginapan. Ipoh memang tempat yang seronok untuk dilawati. Pilihan hotel yang tepat dapat menambahkan lagi keseronokan melancong.