hotel di kota bharu

Bakal Bercuti Di Kelantan? Ini 21 Hotel Di Kota Bharu Yang Menarik Untuk Percutian Anda!

Antara destinasi di Pantai Timur yang sering menjadi tumpuan keluarga ketika musim cuti sekolah adalah Kota Bharu di Kelantan. Disebabkan statusnya sebagai salah satu negeri pelancongan, sememangnya terdapat banyak hotel di Kota Bharu yang menjanjikan keselesaan dan kemudahan yang lengkap.

Pilihan BEST Hotel di Kota Bharu (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: Dani Hotel, ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Kota Bharu tetapi penginapan dan perkhidmatan yang disediakan amat bagus dan memuaskan.”

Hostel Untuk Bagpackers: Aam Hotel, “Hotel yang berbentuk rumah banglo dua tingkat ini mempunyai ruang dapur yang berfungi, meja makan dan ruang santai untuk tetamu berehat dan bergaul.”

Hotel Berkonsep Unik: Hotel Al-Ansar“Hotel ini mengetengahkan hiasan dan konsep mesra Muslim. Kelengkapan seperti sejadah, Quran, pili air dan penunjuk kiblat ada disediakan.”

Hotel Bajet Mesra Kanak-Kanak: OYO 540 De’Viana Hotel & Apartments, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan dengan dapur berfungsi dan kolam renang mesra kanak-kanak “

Hotel Untuk Berbulan Madu:  Hotel Dynasti Inn“Hotel ini mempunyai suite bulan madu yang dihias dengan cantik dan elegen. Bilik mandi juga menggunakan dinding kaca lutsinar”

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda 21 senarai hotel daripada pelbagai kelas bintang dan julat harga. Namun, kesemuanya masih mempunyai sesuatu yang menarik. Anda akan menikmati beberapa kemudahan, antaranya seperti perhiasan moden, ruang luas, kolam renang, gimnasium, parkir yang besar dan sebagainya. Anda hanya perlu pilih sahaja mana satu yang sesuai untuk anda. Mari kita lihat ya!

Hotel yang berkaitan:

1. Dani Hotel

Hotel Dani Kota Bharu

Ada tak hotel di Kota Bharu yang berharga semurah RM39. Ya, ada! Hotel Dani yang terletak di pusat bandar KB adalah antara hotel bajet yang menawarkan harga murah. Ia sesuai untuk anda yang masih solo atau bercuti dengan rakan-rakan.

Untuk percutian keluarga, hotel ini mungkin sedikit kecil, namun jika harga bajet menjadi keutamaan, anda masih boleh mempertimbangkannya. Sudah pasti, dengan harga di bawah RM50, kelengkapannya hanya asas sahaja.

Hotel Dani Kota Bharu

Tetapi, biliknya masih lagi mempunyai ruang untuk bergerak atau solat, katilnya selesa, bilik airnya lengkap dengan pancuran air panas, dan yang paling penting, strategik di tengah bandar.

  • Harga – Dari RM39 Semalaman.
  • Alamat – 2529-F, Jalan Kebun Sultan Bazaar Siti Khadija, 15300 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

2. Aam Hotel

Aam Hotel Kota Bharu

Antara hotel di Kota Bharu yang mendapat ulasan yang baik dalam talian adalah Aam Hotel! Hotel ini agak unik dan eksklusif kerana terletak di dalam bangunan rumah dua tingkat. Dengan suasan yang homie, ia membuatkan anda terasa seperti tidur di rumah sendiri!

Hiasan dekorasi untuk bilik tetamunya sangat cantik dan kemas, ala-ala hiasan Inggeris. Kelengkapannya juga lengkap kerana terdapat penghawa dingin, kemudahan membancuh kopi/teh, serta pembakar roti.

Aam Hotel Kota Bharu

Harganya juga berpatutan dan termasuk pakej sarapan pagi. Ramai yang memuji kesedapan makanan di hotel ini. Menarik juga untuk dicuba, anda pasti berasa selesa!

  • Harga – Dari RM51 Semalaman.
  • Alamat – Bandar Baru Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

3. Hotel Aslah Boutique

Aslah Boutique Hotel KB

Hotel Aslah Boutique merupakan salah satu daripada franchis hotel OYO yang popular di negara kita. Ia adalah hotel mesra bajet dan keluarga di Kota Bharu yang menawarkan harga bilik di bawah RM100 semalam. Ia sesuai jika anda mahu bercuti secara bajet di Kelantan!

Hotel ini terletak berhampiran dengan Kelab Golf & Negara Kelantan serta pasaraya Giant. Kota Bharu Mall yang popular juga hanya kira-kira 1 km sahaja dari hotel ini. Ketika menempah bilik di Hotel Aslah Boutique, anda boleh memilih sama ada bilik Deluxe Twin, Queen, atau Suite Superior untuk 3-4 orang tetamu.

Aslah Boutique Hotel KB

Bilik di sini lengkap dengan segala kemudahan. Ia hadir dengan bilik air peribadi, TV skrin rata, pemanas air, penyaman udara dan pemandangan bandar KB.

  • Harga – Dari RM68 Semalaman.
  • Alamat – 121, Wisma Suara Muda, Jalan Doctor, Kelantan, 15000 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

4. Tune Hotel

Tune Hotel Kota Bharu Kelantan

Siapa tidak tahu Tune Hotel kan? Ia adalah antara rangkaian hotel terkenal di negara kita. Ketika bercuti di KB, anda boleh mempertimbangkan Tune Hotel. Seperti biasa, hotel ini menawarkan kemudahan asas dan keselesaan pada harga yang berpatutan.

Ia terletak lebih kurang 1 km dari pusat bandar dan betul-betul bersebelahan dengan Pusat Membeli-Belah KB. Apabila bermalam di sini, anda pasti berasa selesa dan nyenyak tidur. Kenapa? Kerana katilnya besar dan tilamnya empuk – ia menyediakan Tilam King Koil yang berkualiti!

Tune Hotel Kota Bharu Kelantan

Tetapi, anda perlu tahu bahawa harga bilik hanya merangkumi kelengkapan asas. Yang lainnya perlu dibayar. Contohnya seperti saluran TV dan ruang parkir. Namun, ia masih sesuai untuk anda yang mahukan hotel bajet yang bersih dan selesa!

  • Harga – Dari RM74 Semalaman.
  • Alamat – KBCC, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

5. Hotel Mewah Impiana

Hotel Mewah Impiana KB

Hotel Mewah Impiana merupakan lagi satu hotel di Kota Bharu yang menawarkan harga berpatutan di bawah RM100 bagi salah satu jenis bilik. Harga bagi bilik Standard Twinnya murah sahaja iaitu RM85.

Satu perkara yang menarik tentang hotel ini adalah ruang biliknya agak luas bagi status hotel dua bintang. Ianya cukup selesa untuk anda solat di dalam bilik dan anak-anak bergerak. Malah, bilik airnya juga tidak sempit dan siap dengan ruang mandi shower bertutup!

Hotel Mewah Impiana Kota Bharu

Walaupun harga bilik tidak termasuk sarapan pagi, namun anda tidak perlu risau. Ada banyak kedai makan berhampiran dengan hotel ini – salah satunya kedai Nasi Ulam Cikgu yang popular di Kelantan.

  • Harga – Dari RM85 Semalaman.
  • Alamat – Lot-694 & 695, Seksyen 9 Jalan Tengku Chik, 15000 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

6. Mr J Hotel Wakaf Che Yeh

Mr J Hotel Wakaf Che Yeh KB

Mr J Hotel Wakaf Che Yeh juga adalah salah satu hotel di Kota Bharu yang mesra bajet, selesa, bersih, dan dekat dengan pasar malam Wakaf Che Yeh. Lokasinya yang berada di tengah pekan membuatkan mudah untuk anda pergi ke pasar malam atau mencari makanan menarik di restoran berhampiran.

Setiap bilik di sini dihiasi dengan cantik dengan warna tema putih dan merah. Kelengkapannya serba baru. Bilik airnya mempunyai ruang yang bagus dengan pancuran air panas. Peralatan mandian peribadi juga disediakan.

Mr J Hotel Wakaf Che Yeh KB

Selain itu, bilik hotel di sini juga menyediakan katil yang empuk, almari pakaian, TV skrin rata dan saluran kabel. Wi-Fi percuma juga ada disediakan. Memang selesa dan berbaloi dengan harga!

Info tambahan: Terdapat lagi satu cawangan Hotel Mr J di Kota Bharu yang boleh anda pilih. Lihatnya di sini!

  • Harga – Dari RM85 Semalaman.
  • Alamat – Lot 2891, 2892 Jalan Kuala Krai, Mukim Padang Enggang, 15150 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

7. Hotel Al Ansar

Hotel Al Ansar Kota Bharu

Lagi satu hotel yang mesra Muslim di Kota Bharu adalah Hotel Al Ansar. Hotel ini mempunyai status tiga bintang namun dengan harganya di bawah RM100, ia boleh dianggap hotel yang mesra bajet juga.

Yang bestnya, harga murah tersebut turut termasuk sarapan pagi di kafe hotel. Bilik di sini menyediakan kemudahan yang lengkap untuk keselesaan anda. Antara kelengkapan yang ada adalah katil yang besar, penyaman udara, cerek, alat mandian, pancuran air panas, dan Internet percuma.

Hotel Al Ansar KB Kelantan

Hotel Al Ansar terletak di tengah bandar. Jadi, mudah untuk anda berjalan-jalan di pekan KB, membeli-belah mahupun mencari restoran makan tempatan yang sedap-sedap di sini!

  • Harga – Dari RM96 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Maju, 15000 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

8. Hotel Tanjong Inn

Hotel Tanjong Inn Kota Bharu

Sebagai salah satu daripada cawangan rangkaian Hotel Oyo, sudah pasti Hotel Tanjong Inn, yang terletak di bandar KB, menjanjikan layanan yang serba profesional dan kemudahan hotel yang lengkap untuk keselesaan anda. Hotel ini sesuai untuk percutian keluarga anda atau dengan rakan-rakan.

Bilik di sini agak luas dan ianya juga kemas dan dihias moden. Bilik airnya juga kelihatan baru dan selesa. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan penyaman udara, TV skrin rata serta rancangan kabel, pemanas air, Wi-Fi dan juga peralatan mandian. Walaupun hotel ini tiada lif, namun pekerja di sini boleh membantu anda membawa beg bagasi ke bilik anda.

Hotel Tanjong Inn Kota Bharu - Collage

Apabila menginap di sini, senang untuk anda pergi ke kedai makan popular di Kota Bharu seperti Restoran Tempayan Cheese Tarik dan juga Restoran Yati Ayam Percik.

  • Harga – Dari RM98 Semalaman.
  • Alamat – Lot 1837, Seksyen 29 Jalan Tengku Ahmad Panglima, 15300 Kota Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

9. Royal Guest House

Hotel Royal Guest House KB

Terletak di Jalan Hilir Kota, Royal Guest House juga adalah antara hotel yang sesuai untuk percutian anda di Kelantan. Hotel ini menawarkan sesuatu yang unik kepada anda iaitu ia terletak di dalam sebuah bangunan berkonsepkan ala kolonial. Ia terasa seperti anda telah masuk ke bangunan Inggeris lama!

Selain reka bentuk bangunan yang menarik, Royal Guest House juga sesuai untuk tetamu Muslim. Ia terletak hampir dengan masjid yang terkenal di Kota Bharu iaitu Masjid Muhammadi. Dari bilik hotel, anda sudah boleh mendengar azan!

Hotel Royal Guest House KB

Ada beberapa jenis bilik untuk anda pilih dan bilik Double/Twin bermula serendah RM100 sahaja. Kelengkapan yang akan anda nikmati adalah penghawa dingin, TV skrin rata, katil yang empuk, bilik air yang bersih, pancuran air panas, cerek dan kemudahan membuat teh/kopi.

  • Harga – Dari RM100 Semalaman.
  • Alamat – Lot 440 – 443 & Lot 448 – 452 Jalan Hilir Kota, 15300 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

10. OYO 540 De’Viana Hotel & Apartments

DeViana Hotel Kota Bharu

Bagi anda yang mencari hotel bajet mesra kanak-kanak dan keluarga, jom pertimbangkan untuk bermalam di De’Viana Hotel & Apartments. Hotel ini terletak di kawasan Wakaf Che Yeh. Harganya bermula serendah RM116 semalam.

Mengapa hotel ini dianggap mesra keluarga? Ia adalah kerana hotel bajet dua bintang ini ada menyediakan kolam renang indoor yang sesuai untuk kanak-kanak. Malah, taman permainan juga ada di sini!

DeViana Hotel Kota Bharu

Setiap bilik di hotel ini mempunyai balkoni peribadi, ruang yang besar, kelengkapan bilik seperti katil dan TV yang baru serta moden, bar mini, dan pilihan sarapan yang pelbagai! Hendak ke AEON Mall, Pasar Wakaf Che Yeh dan restoran popular KST Ikan Bakar juga senang – dekat sahaja!

  • Harga – Dari RM116 Semalaman.
  • Alamat – Lot 2992, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh Viana Court Service Apartment, 15150 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

11. Hotel Dynasty Inn

Hotel Dynasty Inn Kota Bharu

Katil besar, bilik luas, dan ruang parkir banyak – semuanya ada di hotel yang seterusnya, Dynasty Inn. Hotel 7 tingkat ini juga terletak di pusat bandar KB dan menyediakan dua jenis pemandangan kepada anda, sama ada pemandangan bandar atau pemandangan Sungai Kelantan.

Anda pasti kagum apabila menjejak masuk ke dalam bilik hotel. Hiasan dalamannya amat cantik dan elegan. Bilik airnya juga moden dan nampak mewah, walaupun hotel ini berstatus dua bintang sahaja. Kadar bilik juga agak murah iaitu serendah RM120 semalam.

Hotel Dynasty Inn Kota Bharu

Ia turut termasuk sarapan pagi. Bolehlah anda menikmati hidangan bufet ala Continental di sini. Kalau datang ke sini dengan keluarga besar, tempah sahaja bilik jenis Apartment dengan 4 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu!

  • Harga – Dari RM120 Semalaman.
  • Alamat – 2865-D & E, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

12. Hotel Jewels

Jewels Hotel Kota Bharu

Dahulu, ianya dikenali sebagai Hotel Habib. Sekarang, ia lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Hotel Jewels. Ia adalah antara pilihan hotel di bawah RM150 yang terbaik di bandar KB. Dengan harga serendah RM137 semalam, anda dapat bermalam dengan selesa.

Walaupun berstatus bajet, bilik di sini tidaklah terlalu kecil. Ia masih selesa untuk keluarga kecil dan rakan-rakan. Selain daripada kelengkapan yang lengkap, pencahayaan dan pengudaraan di bilik di sini masih lagi baik. Tidak seperti sesetengah hotel bajet yang boleh menjadi terlalu kedap.

Jewels Hotel KB

Selain itu, harga bilik juga termasuk sarapan pagi! Ramai yang memuji kesedapannya walaupun pilihan menunya agak terhad. Jom cuba menginap di sini. Murah dan berbaloi!

  • Harga – Dari RM137 Semalaman.
  • Alamat – Lot 1159-1162 Seksyen 11 Jalan Maju, 15000 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

13. Hotel Flora Place

Hotel Flora Place Kota Bharu

Jika bercuti di Kelantan dan ingin bermalam di Kota Bharu, salah satu hotel yang boleh dipilih adalah Hotel Flora Place. Hotel yang terletak dalam bangunan enam tingkat ini agak besar dan mudah dicari. Ianya juga sangat hampir dengan Pasar Siti Khadijah di KB.

Harga di hotel dua bintang ini bermula dari RM140 semalam. Ia turut memberikan pakej sarapan pagi untuk dua atau tiga orang. Ramai tetamu di sini memuji kepelbagaian menu hidangan yang disediakan dan rasanya juga lazat.

Hotel Flora Place Kota Bharu

Anda akan berasa selesa menginap di sini kerana staffnya telah dilatih dengan baik dan mesra pelanggan. Malah, kemudahan bilik juga lengkap. Ada tetamu memuji yang TV dan kabelnya menyediakan banyak pilihan rancangan – menarik juga!

  • Harga – Dari RM140 Semalaman.
  • Alamat – Flora Place Lot 202, Jalan Kebun Sultan, 15350 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

14. Holiday Villa Hotel & Suites

Holiday Villa Hotel Suites Kota Bharu

Anda ingin membawa keluarga merasai kemeriahan Pasar Malam Wakaf Che Yeh dan mahu mencari hotel yang terletak berdekatan dengan tempat popular ini? Apa kata anda menempah bilik di Holiday Villa Hotel & Suites. Ia berada hanya 100 meter sahaja dari pasar tersebut!

Hotel eksklusif empat bintang ini menawarkan kelengkapan yang lengkap. Sudah pasti, biliknya serba selesa dan cantik, bilik airnya moden dan bersih, serta layanan yang diberikan amat profesional dan mesra.

Hotel Holiday Villa Kota Bharu

Apa yang menarik di hotel ini adalah ia mempunyai kolam renang outdoor yang mesra kanak-kanak. Pasti anak anda suka dapat bermandi-manda di sini. Selain itu, sauna pun ada, sesuai sangat untuk orang dewasa memanjakan diri!

  • Harga – Dari RM167 Semalaman.
  • Alamat – PT 968, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

15. Hotel Crown Garden

Hotel Crown Garden Kota Bharu

Kemudahan barbekue serta bilik riadah dengan meja ping pong dan meja game board – semua ini ada disediakan di Hotel Crown Garden. Unik dan menarik bukan? Hotel ini sememangnya sesuai untuk percutian anda dengan anak-anak atau kawan-kawan. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sini.

Harga biliknya juga berpatutan di bawah RM200 untuk bilik standard. Kelengkapan dalam bilik juga lengkap, berkualiti dan moden. Kadar bilik termasuk sarapan pagi Continental di ruang kafenya yang luas.

Crown Garden Hotel Kota Bharu

Ketika bermalam di sini, anda pasti berasa senang kerana dapat pergi bersiar-siar dengan mudah. Lokasinya yang strategik di tengah bandar membuatkan mudah untuk anda pergi ke Muzium Kraftangan, Pasar Siti Khadijah, dan Kota Bharu Mall.

  • Harga – Dari RM170 Semalaman.
  • Alamat – PT302 & 303 Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

16. Hotel Crystal Lodge

Hotel Crystal Lodge Kota Bharu

Sememangnya, Kota Bharu mempunyai banyak hotel-hotel yang cantik dan menarik. Crystal Lodge adalah salah satu daripadanya. Dengan bangunan yang tinggi dan gah, tidak susah untuk anda mencari hotel ini.

Ada beberapa pilihan bilik hotel di sini dan ianya bermula semurah RM176 semalam. Ia berpatutan apabila melihat kepada kemudahan yang boleh anda nikmati. Bilik hotel di sini dilengkapi dengan katil yang besar dan empuk, TV skrin rata serta saluran satelit, pakej sarapan dengan menu yang pelbagai, dan bilik air yang bersih dan moden.

Hotel Crystal Lodge Kota Bharu

Antara tempat percutian menarik yang terletak hampir dengan hotel ini adalah Pasar Siti Khadijah, Parkson Shopping Mall, dan Pantai Cahaya Bulan dengan 15 minit pemanduan kereta.

  • Harga – Dari RM176 Semalaman.
  • Alamat – 124 Jalan Che Su, 15000 Kota Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

17. Hotel Grand Riverview

Grand Riverview Hotel Kota Bharu

Jika anda mahu menikmati percutian yang penuh rileks dan menenangkan, jom cuba menginap di Hotel Grand Riverview yang terletak di tepi Sungai Kelantan. Hotel ini merupakan antara hotel mewah yang menawarkan harga berpatutan.

Walaupun berstatus empat bintang, anda masih boleh mendapat harga bilik serendah RM178 bagi bilik standard Premier atau Twin. Dengan harga yang serendah itu, anda boleh bermalam di dalam bilik yang besar, selesa, dan cantik.

Hotel Grand Riverview KB

Jika anda datang dari luar negeri dan membawa kereta, jangan risau tentang parkir. Ruangnya banyak di hotel ini. Selain itu, jangan lupa untuk merehatkan diri di kolam renang bersama anak-anak – pasti mereka suka!

  • Harga – Dari RM178 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

18. Sabrina Court Hotel

Sabrina Court Hotel

Ada sesetengah orang suka menginap di hotel yang baru kan? Yelah, kemudahannya pasti serba moden dan cantik. Kalau itu anda, ada satu hotel di Kota Bharu yang dibuka pada tahun 2015 iaitu Hotel Sabrina Court.

Hotel yang terletak di tengah pekan ini berada di lokasi strategik. Apabila bermalam di sini, mudahlah untuk anda pergi ke Pasar Siti Khadijah, mencuba makanan viral di KB iaitu di Restoran Nasi Ulam Cikgu dan juga membeli barangan peribadi di 7-Eleven atau Farmasi Guardian.

Sabrina Court Hotel Kota Bharu

Bilik di Hotel Sabrina Court juga elok cantik dengan hiasan moden dan warna yang lembut. Katilnya juga selesa, ruang bilik juga agak besar (selesa untuk bergerak dan solat), dan bilik airnya bersih dan moden. Perkhidmatan seterika dan Internet percuma juga ada disediakan.

  • Harga – Dari RM180 Semalaman.
  • Alamat – Lot 177-181, Jalan Padang Garong, 15000 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

19. Hotel Perdana Kota Bharu

Hotel Perdana Kota Bharu

Hotel Perdana juga merupakan lagi satu hotel di Kota Bharu yang sesuai untuk percutian anda. Ia hotel empat bintang yang elegan dan eksklusif yang menjanjikan keselesaan semasa penginapan anda di sini.

Anda akan dapat bermalam di bilik hotel yang luas, katil yang besar dan empuk serta menikmati pemandangan cantik bandar KB. Lagi satu, ia sesuai untuk anda jika anda suka mempunyai pilihan restoran yang banyak – ada lima restoran di sini yang menawarkan sajian Tempatan, Western, Cina, dan Thai!

Hotel Perdana Kota Bharu

Antara tempat menarik yang terletak dekat dengan Hotel Perdana adalah Bazaar Tok Guru, Stadium Sultan Muhammad IV, dan Kota Bharu Mall.

  • Harga – Dari RM232 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Mahmood, 15200 Kota Bahru, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

20. The Grand Renai

The Grand Renai Hotel Kota Bharu

Antara hotel di Kota Bharu yang menjadi pilihan ramai adalah The Grand Renai. Sebelum ini, hotel ini dikenali sebagai Hotel Renaissance Kota Bharu. Hotel 5 bintang yang terletak di tengah-tengah bandar ini senang untuk dicari, kerana bangunannya yang tinggi dan tersergam indah.

Antara perkara menarik yang dapat anda nikmati di sini adalah bilik hotel yang cukup luas (sesuai untuk anda sekeluarga), kelengkapan yang mewah (jubah mandi turut disediakan!), dan kemudahan yang lengkap.

The Grand Renai Hotel KB

Antaranya seperti sauna, 3 buah restoran, parkir yang banyak dan kolam renang yang besar. Mesin ATM pun ada di sini! Selain itu, mudah untuk anda ke Kota Bharu Mall (1.1.km) dan Pasar Malam Wakaf Che Yeh (3.2km).

  • Harga – Dari RM244 Semalaman.
  • Alamat – Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

21. Hotel Emaslink Pacific

Emaslink Pacific Hotel Kota Bharu

Bagaimana pula kalau anda mahu menginap dekat dengan Pasar Siti Khadijah? Ada satu pilihan hotel di Kota Bharu yang sesuai untuk anda iaitu Hotel Emaslink Pacific. Ia adalah lagi satu hotel yang tersergam indah di bandar KB.

Berstatus tiga bintang, hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan lengkap untuk keselesaan anda sekeluarga. Antaranya pilihan bilik yang pelbagai (contohnya, bilik Deluxe dengan 1 katil single dan 1 double), Wi-Fi, ruang tempat duduk, pemandangan bandar, serta tab mandi yang besar.

Emaslink Pacific Hotel Kota Bharu

Di hotel ini, ada 2 pilihan restoran di mana salah satunya menghidangkan makanan popular tempatan seperti nasi dagang – sedapnya!

  • Harga – Dari RM277 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Malaysia.

Selanjutnya di Booking.com

Selepas membaca artikel ini, anda sudah pasti dapat mengetahui hotel yang manakah yang sesuai untuk percutian anda di Kota Bharu, Kelantan. Ianya merangkumi semua jenis status hotel dan harga. Anda hanya perlu pilih sahaja hotel yang memenuhi minat dan bajet anda.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan keluarga atau rakan yang bakal ke Kota Bharu. Dan juga, dapatkan senarai hotel yang lebih banyak lagi dan harga terkini di Booking.com.

Kami berharap senarai hotel di Kota Bharu di atas telah membantu anda membuat carian hotel terbaik untuk anda sekeluarga!

Kredit gambar: Booking.com

1e8k5h2 File name: default-800x1200-layout1781-1e8k5h2.png  Edit | Delete Permanently | View Bakal Bercuti Di Kelantan? Ini 21 Hotel Di Kota Bharu Yang Menarik Untuk Percutian Anda!

Kembali ke bagasi.my

Similar Posts