hotel di kota kinabalu

32 Hotel di Kota Kinabalu yang Sesuai untuk Percutian Keluarga

Kota Kinabalu adalah lokasi mesti singgah kepada pelancong yang datang ke Sabah. Kota Kinabalu juga adalah destinasi sesuai untuk keluarga, kerana banyak tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan seisi keluarga ada tersedia di sini.

Pilihan BEST Hotel di Kota Kinabalu (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: J&J Hotel, ” Hotel yang terletak betul-betul berdepan dengan Pasar Filipina ini menawarkan bilik keluarga pada harga yang termurah di Kota Kinabalu.”

Hotel Butik Terbaik: Hotel Sixty3, “Hotel ini menyediakan penginapan keluarga dengan unit studio yang lengkap dengan dapur yang berfungsi dan lengkap dengan peralatan memasak. Bilik mandi mempunyai tab mandi yang tentunya menjadi tarikan utama si kecil”

Hotel Berkonsep Unik: 3-Plus Hotel“Hotel  berkonsepkan minimalis ini dibina dengan hiasan yang minimum. Persekitaran hotel juga amat luas. Pada yang datang bersama kanak-kanak kecil yang lasak dan suka berlari, pastinya mereka sukakan suasana hotel yang lapang tanpa perlu risau terlanggar perabot-perabot yang ada.”

Hotel yang Berbaloi: Lanvin Hotel, â€śHotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga mempunyai fasiliti seperti taman yang cantik, patio, kolam ikan dan kolam renang”

Hotel Mewah 5 Bintang Terbaik:  Hotel Hilton Kota Kinabalu“Hotel Hilton memang terkenal dengan perkhidmatan penginapan hotel mewah. Hilton Kota Kinabalu juga tidak terkecuali, tetamu tak kira umur pastinya akan menikmati penginapan yang menggembirakan dengan layanan terbaik sepanjang menginap disini.”

Selain makanan, hasil laut seperti mutiara yang cantik-cantik dijual tunggal, dijadikan barang kemas, hiasan atau cenderamata juga ada dijual. 

Terdapat juga hasil-hasil kraf dari elemen alam yang lain, tetapi sudah tentu tumpuan diberikan lebih kepada mutiara yang cantik bersinar.

Seiring dengan pembangunan, Kota Kinabalu juga tidak terkecuali mengalami perubahan dari segi infrastruktur. Namun begitu, kecantikan kota ini masih dipelihara. Landskap hijau masih banyak kelihatan di mana-mana. Pantainya juga masih bersih dari sebarang pencemaran. Hotel-hotel juga semakin banyak. 

Di sini ada senarai 31 hotel mesra keluarga yang terdapat di Kota Kinabalu. Ianya disusun dari harga yang termurah hingga termahal, bergantung kepada bajet masing-masing. Yang penting semua ahli keluarga rasa gembira.

Artikel yang berkaitan:

1. J&J Hotel

32 Hotel di Kota Kinabalu yang Sesuai untuk Percutian Keluarga 1

J&J Hotel adalah sebuah hotel bajet yang terletak sangat hampir dengan Pasar Filipina yang terkenal di Kota Kinabalu. Hotel ini menawarkan bilik keluarga yang berhawa dingin lengkap dengan keperluan asas seperti set televisyen bersatelit, cerek elektrik, satu set queen dan katil dua tingkat pada harga yang murah. Ianya juga mempunyai bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air panas dan alat pengering rambut dan balkoni. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan wifi percuma.

Pada yang mahu membeli belah di Pasar Filipina, hotel ini sangat strategik. Tetamu hotel boleh berulang-alik ke pasar untuk membeli belah ataupun untuk mencari makanan sedap yang murah seberapa kerap yang mereka mahu.

32 Hotel di Kota Kinabalu yang Sesuai untuk Percutian Keluarga 2
  • Harga – Dari RM 77 Semalaman.
  • Alamat – No 1 1st Floor Lot 1,2,3 Block K Sinsuran Jalan Tun Fuad Stephen 88000 KK Sabah, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. Hotel Seri Perkasa

Hotel Sri Perkasa

Hotel Seri Perkasa adalah sebuah hotel bajet yang terletak di antara Pasar Gaya dan Pasar Filipina. Ianya juga berdekatan dengan premis dobi layan diri, kedai-kedai yang menjual cenderamata dan restoran. Hotel ini menyediakan bilik keluarga berhawa dingin yang besar dan selesa. Ianya dilengkapi set televisyen berskrin rata, 1 katil bersaiz king, 1 katil bersaiz queen, meja bacaan dan perkhidmatan wifi percuma. Bilik mandi yang disediakan juga lengkap dengan pancuran air panas dan bidet.
Staf di hotel ini juga amat membantu. Perkhidmatan pembersihan bilik harian juga ada di sediakan. Keluarga yang menginap di sini pasti berasa selesa dan gembira.

hotel Sri Perkasa
  • Harga – Dari RM 125 semalaman.
  • Alamat – Jalan Singgahmata, Lot 6,7,8, Kampung Air, Central Business District, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. Dailypod Service Suites @ Aeropod

dailypod service suite

Dailypod Service Suites menawarkan bilik-bilik bertemakan kontemporari moden dilengkapi dengan dengan peti keselamatan yang mesra komputer riba, peti keselamatan, saluran kabel, almari pakaian, seterika baju, set TV dan stereo dan set katil yang besar dan selesa. Terdapat pantri yang dilengkapi dengan cerek elektrik dan peti sejuk. Bilik mandi juga dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian air panas, pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

Hotel ini mempunyai fasiliti seperti bilik penyimpanan beg, lif, gimnasium dan tempat letak kereta. Ianya juga menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke lapangan terbang dan beberapa tempat menarik di Kota Kinabalu. Perkhidmatan pakej perlancongan untuk aktiviti menyelam, bersnorkel dan mendaki gunung juga ada disediakan. Ianya sangat membantu mengurangkan pening kepala ibubapa yang datang bersama keluarga untuk mencari aktiviti yang sesuai dilakukan semua.

Dailypod service suites
  • Harga – Dari RM 125 semalaman.
  • Alamat -: K2- 05-06, Aeropod Commercial Square, Jalan Aeropod Off Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

4. Monaco Boutique Hotel Kampung Air

Monaco Boutiqe Hotel Kampung Air

Hotel ini menawarkan penginapan yang selesa untuk keluarga. Bilik keluarga yang ditawarkan adalah berhawa dingin, dilengkapi dengan TV satelit skrin rata dan lantainya berparket. Kemudahan pancuran air panas dan set peralatan mandian percuma juga ada disediakan di bilik mandi. Perkhidmatan meja depan 24 jam dan wifi percuma turut ditawarkan.
Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar, kira-kira 400-meter dari Pasar Filipina dan Pasar Gaya. Lokasinya yang strategik memudahkan tetamu yang mahu meneroka sekitar bandar Kota Kinabalu dengan berjalan kaki.

Monaco Boutique Hotel Kampung Air
  • Harga – Dari RM 128 semalaman.
  • Alamat -13, JALAN PERPADUAN, KAMPUNG AIR, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. Alpha Hotel

Alpha Hotel

Alpha Hotel terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Ianya menawarkan para tetamu dengan bilik keluarga berhawa dingin yang selesa dan dicat dengan warna asas. Bilik keluarga di hotel ini juga dilengkapi Wi-Fi percuma, TV kabel, peti keselamatan untuk komputer riba, almari pakaian dan dua katil bersaiz queen. Ianya juga mempunyai bilik mandi yang dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan bidet, alat pengering rambut dan set peralatan mandian.
Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan kereta sewa untuk tetamu yang menginap. Tetamu juga boleh memilih kereta bersaiz besar untuk memuatkan seluruh keluarga.

Alpha Hotel
  • Harga – Dari RM 137 semalaman.
  • Alamat – Lot 7, Jalan Merdeka, 88400 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. Hii-5 Hotel

Hii-5 Hotel

Hotel Hii-5 adalah sebuah hotel 2 bintang yang menawarkan penginapan yang elegan kepada tetamu. Bilik keluarga berhawa dingin yang di tawarkan dilengkapi dengan 2 set katil bersaiz besar, set kawalan iklim individu, perkhidmatan storage, cerek elektrik, seterika, telefon , bilik mandi dengan pancuran air panas, set mandian percuma dan alat pengering rambut.

Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan wifi percuma. Ruang santai juga ada disediakan untuk tetamu bersantai.

Hii-5 Hotel
  • Harga – Dari RM 148 semalaman.
  • Alamat – Lot 7, Block A, SEDCP Complex, Jalan Laiman Diki, Kpg Air, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. Hotel Full Hua

Hotel Full Hua

Hotel Full Hua terletak di lokasi yang amat strategik. Ianya dikelilingi pelbagai restoran terkenal, bank, kedai roti, pusat kecantikan, spa dan kedai serbaneka 24 jam. Ianya juga dekat dengan kedai-kedai yang menjual cenderamata dan pasar-pasar terkenal di Kota Kinabalu.
Bilik keluarga di hotel ini adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan meja, 2 katil bersaiz raja dan bujang, set TV dengan saluran astro, cerek elektrik, peti simpanan peribadi dan cerek elektrik. Dengan bilik mandi pula yang dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian percuma. Hotel ini juga mempunyai akses wifi 24 jam. Hotel ini juga mempunyai CCTV untuk memastikan keselamatan tetamu yang menginap.

Hotel Full Hua
  • Harga – Dari RM 159 semalaman.
  • Alamat – Lot 14, Jalan Tugu Kg. Air, 88802 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. Qlio Hotel

Qlio Hotel

Qlio Hotel adalah antara pilihan yang sesuai untuk tetamu yang datang ke Kota Kinabalu bersama keluarga. Hotel ini hanya 5 minit berjalan kaki dari Pasar Gaya. Bilik keluarga yang diawarkan dilengkapi dengan bar mini, peti keselamatan, 2 set katil bersaiz raja dengan bantai hypo-allergenic, set bilik tidur asas yang lain dan tingkap berpemandangan laut. Ianya juga mempunyai ruang pantri yang lengkap dengan mesin basuh pinggan mangkuk ketuhar pamanas makanan dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan tab mandi dan set mandian.
Walaupun hotel ini tidak mempunyai restoran. Ianya dikelilingi restoran-restoran yang menghidangkan makanan laut yang enak. Tentunya tetamu yang datang bersama keluarga akan mengalami pengalaman yang menarik.

Qlio Hotel
  • Harga – Dari RM 186 semalaman.
  • Alamat – No3, Lot 7 Blck C Segama Shopping Complex, 88814 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

9. TD Plaza Hotel

TD Plaza Hotel

TD Plaza Hotel menawarkan penginapan bilik keluarga yang mempunyai pemandangan bandar dan pemandangan menghadap laut. Bilik keluarga yang ditawarkan juga amat luas dan dihiasi dengan gaya moden yang selesa. Ianya dilengkapi dengan peti deposit keselamatan, cerek elektrik, 2 set bilik tidur bersaiz besar, khidmat Wi-Fi percuma, sistem kawalan iklim individu, TV berbilang saluran dan sofa.
Hotel ini mempunyai ruang santai yang selesa untuk tetamu bersantai dan menikmati minuman menyegarkan. Ianya juga menyediakan khidmat meja depan 24-jam, dobi dan perkhidmatan menyeterika. Kafe di hotel ini menghidangkan makanan tempatan pada harga yang berpatutan. Makanan juga boleh dihantar terus ke bilik tetamu.

TD Plaza Hotel
  • Harga – Dari RM 187 semalaman.
  • Alamat – Level 3, Wisma San Hin, Plaza Wawasan, 1-1, Lorong Plaza Wawasan, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

10. Hotel JSIA

Hotel JSIA

JSIA Hotel menawarkan penginapan yang selesa untuk berehat selepas meneroka Kota Kinabalu. Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi hiasan yang asas, kemas dan selesa. Ianya dilengkapi dengan lantai berjubin, perabot ringkas, 2 set katil, almari penghawa dingin dan TV kabel. Bilik mandi pula dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian air panas dan set mandian. Hotel ini juga menyediakan khidmat meja depan yang beroperasi selama 24-jam, ruang simpanan bagasi, perkhidmatan dobi dan tempat meletak kereta percuma.
Hotel ini terletak dengan hutan hujan semula jadi dan jarak ke Menara Balai Cerap Signal Hill Cuma 15 minit berjalan kaki. Tetamu dapat melihat pemandangan kota Kota Kinabalu yang indah dari puncak bukit ini.

Hotel JSIA
  • Harga – Dari RM 193 semalaman.
  • Alamat – 41, Jalan Pantai, 88800 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

11. Lanvin Hotel

Lanvin Hotel

Hotel Lanvin merupakan hotel 3 bintang. Ianya dibina bertemakan seni bina Islam. Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi dengan set kawalan iklim individu, Wi-Fi, peti keselamatan, TV berbilang saluran dan kemudahan menyeterika. Selain itu, ianya juga mempunyai bilik mandi dilengkapi set pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set peralatan mandian percuma. Bilik keluarga ini juga mempunyai pemandangan ke taman.
Kepada tetamu yang merokok. Hotel ini mempunyai ruang khas untuk perokok. Ianya juga mempunya bilik mesyuarat, taman, ruang santai dan kolam renang. Kanak-kanak sudah tentu seronok bermain di kolam renang. Ruang santai dengan kolam ikan juga adalah salah satu tarikan yang disediakan.

Lanvin Hotel
  • Harga – Dari RM 198 semalaman.
  • Alamat – No. 9, Lorong Merbuk, Off Jalan Istana, Wisma CBP, 88400 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

12. 3-Plus Hotel

3-Plus Hotel

Hotel 3- Hotel ini amat menarik. Dalaman hotel ini dihias seperti muzium. Untuk yang datang bersama kanak-kanak, hotel ini mempunyai ruang umum yang sangat luas dengan hiasan yang minima. Ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak yang lumrahnya suka bermain dan berlari ke sana-sini.
Lantai hotel ini menggabungkan kombinasi lantai kayu dan Jubin. Konsep minimalis dapat dilihat dari cara tatarias yang menampilkan bentuk geometri. Hiasan seperti pasu, patung dan gambar berbingkai di susun kemas di atas rak dan digantung secara simetri. Ia memberikan impresi yang sempurna. Bilik keluarga yang disediakan juga sangat luas dan mempunyai 3 set katil.

3-Plus Hotel
  • Harga – Dari RM 200 semalaman.
  • Alamat – Jalan Undan, 88450 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

13. Lucky 11 Hotel

Lucky 11 Hotel

Hotel Lucky 11 menawarkan para tetamu dengan bilik keluarga berhawa dingin yang selesa. Tema warna yang digunakan hotel ini adalah kombinasi warna ceria sperti warna putih, kuning, oren, turquoise dan merah. Ianya memberikan impresi ceria kepada tetamu yang menginap. Apa yang menarik tentang hotel ini, ia juga menawarkan khidmat penukaran mata wang asing dan khidmat kereta sewa. Peti simpanan keselamatan dan ruang simpanan beg juga ada disediakan.
Bilik keluarga di hotel ini dilengkapi Wi-Fi percuma, TV kabel, peti keselamatan untuk komputer riba, pantri dan almari pakaian. Ia juga mempunyai bilik mandi yang dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set peralatan mandian.

Lucky 11 Hotel
  • Harga – Dari RM 200 semalaman.
  • Alamat – No. 25 Jalan Pantai, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

14. Tang Dynasty Hotel

Tang Dynasty Hotel

Hotel Tang Dynasty adalah tempat penginapan yang ideal untuk keluarga. Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi dengan satu set katil bujang dan katil bersaiz ratu, Televisyen dengan saluran ASTRO. Bilik mandi pula dilengkapi dengan tab mandi, pancuran mandian, alat pengering rambut dan set mandian. Bilik keluarga di sini juga mengadap ke arah laut China Selatan di sayap Barat dan pemandangan bandar di sayap Timur.
Hotel ini juga mempunyai pusat kecergasan, restoran, kafe dan kolam renang. Wifi percuma ada disediakan di semua bilik. Terdapat juga kaunter meja depan yang beroperasi 24-jam, ruang simpanan bagasi, perkhidmatan concierge dan dobi.

ang Dynasty Hotel
  • Harga – Dari RM 210 semalaman.
  • Alamat – 1-1, Lorong Plaza Wawasan Coastal Highway, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

15. Hotel Kooler Inn

Hotel Kooler Inn

Hotel Kooler Inn adalah sebuah hotel yang kecil tetapi menawarkan perkhidmatan berkualiti yang memfokuskan keselesaan kepada para tetamu. Hotel ini dibina dengan reka bentuk yang membangkitkan nostalgia dan keindahan era yang lepas dimana kehidupan tidak sesibuk masa kini. Hotel ini juga meletakkan prioriti tinggi terhadap privasi para tetamu.
Kepada yang datang bersama keluarga, bilik keluarga yang ditawarkan memang besar dan selesa dan memuatkan 3 set katil. Ianya diakses menggunakan kad kunci elektronik. Kemudahan membuat kopi dan teh, peti sejuk, internet tanpa wayar, dan set TV dengan pakej satelit percuma terutama saluran TV untuk kanak-kanak juga ada disediakan. Bilik mandinya dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian percuma.

Hotel kooler Inn
  • Harga – Dari RM 217 semalaman.
  • Alamat – 8 Jalan Tugu, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

16. Dreamtel Kota Kinabalu

Dreamtel Kota Kinabalu

Dreamtel Kota Kinabalu terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan penyaman udara, sistem kekunci elektronik, internet tanpa wayar percuma, televisyen skrin 32 inci bersatelit, kemudahan membuat kopi, air botol percuma, peti sejuk mini dan telefon. Bilik mandi juga dilengkapi pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan bidet.
Hotel ini juga mempunyai sebuah kafe yang menyediakan sarapan perkhidmatan penghantaran makanan ke bilik yang beroperasi 24-jam. Perkhidmatan lain juga termasuk, perkhidmatan concierge, dobi dan cucian kering

Dreamtel Kota Kinabalu
  • Harga – Dari RM 224 semalaman.
  • Alamat – 5, Jalan Padang, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

17. Check Inn KK

Check Inn KK

Terletak di Kota Kinabalu, Check Inn KK menyediakan khidmat WiFi percuma dan khidmat meja depan yang beroperasi 24 jam. Hotel 2 bintang ini menawarkan bilik keluarga berhawa dingin yang dilengkapi dengan set TV skrin rata bersatelit, dua katil bersaiz raja, peti ais dan meja sisi. Bilik mandi juga dilengkapi dengan set pancuran mandian air panas.
Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan bangun bagi, pekhidmatan pengemasan bilik harian dan perkhidmatan dobi.

Check Inn KK
  • Harga – Dari RM 242 semalaman.
  • Alamat – No 43, Jalan Pantai, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

18. Lintas View Hotel

Lintas View Hotel

Lintas View Hotel menawarkan bilik keluarga yang luas kepada tetamu. Ianya terletak di lokasi yang sangat strategik dan dikelilingi restoran yang popular dan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Ianya menjanjikan tetamu pengalaman yang unik. Bilik keluarga yang ditawarkan adalah luas dan berhawa dingin. Ianya juga mesra OKU. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan set TV satelit Astro, bar mini, Kemudahan membuat teh dan kopi, seterika, peti simpanan peribadi, penggera asap dan sistem kad kekunci eletronik. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.
Hotel ini juga mempunyai bilik mesyuarat, restoran, surau dan ruang santai. Ianya juga menawarkan khidmat wifi percuma 24 jam. Lintas View Hotel juga mempunyai tempat letak kenderaan tertutup dan perkhidmatan ulang-alik percuma.

Lintas View Hotel
  • Harga – Dari RM 258 semalaman.
  • Alamat – 5th & 6th Floor, Lintas Station Complex, Jalan Lintas, 88300 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

19. Kinabalu Daya Hotel

Kinabalu Daya Hotel

Kinabalu Daya Hotel terletak cuma 300 meter dari Pasar Gaya dan 650 meter dari Suria Sabah Mall. Hotel ini menawarkan pelbagai jenis bilik dan suite termasuk bilik keluarga. Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi dengan kemudahan moden yang memenuhi keperluan penginapan keluarga seperti set penghawa dingin yang dikawal secara individu, bilik mandi peribadi dengan unit pancuran mandian yang berasingan, set pencukur, TV warna dengan saluran TV kabel, bar mini, panel kawalan sisi untuk lampu dan WIFI percuma. Bilik mandinya juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai sebuah restoran yang menyajikan sarapan bufet halal dan makanan sepanjang hari. Ianya juga mempunyai bar yang menawarkan minuman menyegarkan dan makanan ringan. Para tetamu juga boleh memesan makanan menggunakan perkhidmatan bilik. Kepada pencinta vokal dan penghibur amatur, kemudahan karaoke juga ada disediakan. Terdapat juga ruang simpanan bagasi dan peti deposit keselamatan disediakan secara percuma.

Kinabalu Daya Hotel
  • Harga – Dari RM 264 semalaman.
  • Alamat – Lot 3 & 4, Block 9 Jalan Pantai, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

20. MANJA HOTEL

Manja Hotel

Hotel Manja menyediakan tetamu yang datang dengan keluarga penginapan yang selesa. Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi dengan sistem kawalan iklim individu, peti keselamatan dalam bilik, bar mini, televisyen berbilang saluran dan dua set katil bersaiz ratu dan sofa. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, pengering rambut dan set mandian percuma.
Hotel ini mempunyai sebuah bar kafe yang menghidangkan bufet sarapan antarabangsa dan tempatan dihidangkan setiap hari, gimnasium, spa dan kolam renang. Kanak-kanak tentunya merasa teruja dapat bermain di kolam renang. Ibubapa pula boleh berehat dan memanjakan diri di spa yang lengkap dengan bilik stim dan sauna ataupun bersenam di gimnasium yang disediakan. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa, dobi dan khidmat ulang alik. Ibubapa yang mahu meluangkan masa berdua boleh juga mendapatkan perkhidmatan menjaga kanak-kanak.

Manja Hotel
  • Harga – Dari RM 272 semalaman.
  • Alamat – 25-26 Block E, KK Times Square, Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

21. Gaya Centre Hotel

Gaya Centre Hotel

Hotel Gaya Center adalah sebuah hotel 3 bintang. Bilik keluarga yang ditawarkan adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan 2 set katil bersaiz raja, set TV kabel dan bar mini. Untuk keselesaan tetamu, bilik mandi dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian percuma. Tetamu juga dapat menikmati pemandangan bandar atau laut.
Selain menawarkan penginapan, hotel ini juga mempunyai sebuah restoran, kedai serbaneka, kedai cenderamata dan pusat kesihatan. Ianya juga menawarkan perkhidmatan Wi-Fi percuma. Bufet sarapan percuma turut disediakan setiap hari. Tetamu juga boleh menikmati sajian makan tengah hari dan makan malam atas permintaan yang disediakan di restoran hotel tersebut. Perkhidmatan bilik juga turut disediakan jika tetamu mahukan sajian dihantar terus ke bilik. Hotel ini juga menawarkan khidmat pakej pelancong dan perkhidmatan dobi. Disediakan. Hoteini termasuk pusat perniagaan dan kedai cenderahati.

Gaya Centre Hotel
  • Harga – Dari RM 288 semalaman.
  • Alamat – Jalan Tun Fuad Stephens, 88843 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

22. The Klagan Hotel

The Klagan Hotel

Hotel Klagan terletak betul-betul bertentangan dengan KK Waterfront Esplanade yang terkenal dengan pelbagai jenis restoran makanan laut segar dan pasar Filipina yang. Hotel ini menawarkan 296 bilik tetamu, ruang santai, sebuah kafe yang menyediakan hidangan masakan barat dan masakan tempatan dan juga sebuah lounge yang menghidangkan tetamu dengan minuman menyegarkan dan pencuci mulut.
Bilik yang ditawarkan mempunyai pemandangan Laut China Selatan yang indah. Ianya dilengkapi dengn dua set katil bersaiz ratu dan bujang, set TV bersatelit, bar mini, peti besi, set seterika dan cerek elektrik dengan kemudahan membuat teh atau kopi. Bilik mandi juga mempunyai pancuran air panas dan set peralatan mandi. Khidmat akhbar dan botol air minuman setiap hari juga turut diberikan.

The Klagan Hotel
  • Harga – Dari RM 291 semalaman.
  • Alamat – Unit 25-28, Ground Floor, 8th-10th Floor, Block D, Warisan Square, Jalan Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

23. Cititel Express Kota Kinabalu

Cititel Express Kota Kinabalu

Hotel Cititel Express terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Kota Kinabalu. Lokasi strategik ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk keluarga. Ianya adalah hotel 3 bintang yang menawarkan bilik keluarga yang lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan untuk tetamu yang datang keluarga. Biliknya sangat luas, mempunyai pemandangan laut, ruang dapur untuk masakan ringkas dan bilik mandi dilengkapi tab mandi. Tentunya kanak-kanak gembira bermain buih di dalam tab mandi yang disediakan. Bilik keluarga yang ditawarkan juga dilengkapi dengan sistem kekunci eletronik.
Hotel ini juga mempunyai restoran untuk tetamu menjamu selera. Sarapan bagi percuma juga ada disediakan setiap pagi untuk tetamu yang menginap. Perkhidmatan dobi juga ada disediakan atas permintaaan.

Cititel Express Kota Kinabalu
  • Harga – Dari RM 306 semalaman.
  • Alamat – No. 1 Jalan Singgah Mata 1, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

24. Borneo Vista Suites Hotel

Borneo Vista Suites Hotel

Borneo Vista Suites Hotel adalah hotel bertaraf 4 bintang yang menawarkan penginapan yang selesa untuk tetamu yang menginap dengan keluarga. Terdapat 39 bilik keluarga dan suite yang elegan disediakan. Bilik-bilik yang disediakan mempunyai sistem kawalan suhu, peti keselamatan, TV, ruang dapur, peti sejuk, seterika dengan papan seterika dan almari pakaian. Bilik mandi juga dilengkapi dengan pancuran mandian, alat pengering rambut, sandal dan peralatan mandian percuma.
Hotel ini juga mempunyai fasiliti seperti restoran, tempat letak kereta percuma, ruang simpanan, bilik fotokopi, gimnasium dan kolam renang. Akses WiFi percuma, perkhidmatan pengemasan harian dan khidmat meja depan yang beroperasi sepanjang hari.

Borneo Vista Suites Hotel
  • Harga – Dari RM 306 semalaman.
  • Alamat – KK Suites Jalan Kemajuan, Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

25. Diamond Inn

Diamond Inn

Diamond Inn adalah hotel yang bertaraf 2 bintang. Ianya menawarkan bilik keluarga yang luas dan lengkap dengan segala kemudahan yang memenuhi keperluan tetamu yang datang bersama keluarga. Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi dengan sistem kawalan iklim individu, peti sejuk dan tingkap yang memberi pemandangan laut. Ianya juga mempunyai bilik mandi yang luas, set pancuran mandian dan alat pengering rambut. Terdapat juga kemudahan tambahan seperti perkhidmatan meja depan 24 jam yang beroperasi 24 jam dan khidmat pengemasan harian.
Hotel ini juga mempunyai spa yang dilengkapi sauna dan jakuzi, kolam renang dan restoran. Tetamu tentunya berasa selesa menginap di sini.

Diamond Inn
  • Harga – Dari RM 322 semalaman.
  • Alamat – Jalan Haji Yaacob Lot 7, Shop No 37, Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

26. Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu

Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu

Pan Borneo Hotel adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Ianya menawarkan penginapan yang amat memenuhi keperluan tetamu yang datang dengan keluarga. Oleh ini terletak di bangunan yang sama dengan pusat beli-belah One Place Mall dan hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Ianya menawarkan sejumlah 320 bilik tamu yang luas di mana 14 daripadanya dikhaskan untuk keluarga. Selain itu begitu terdapat juga bilik suite yang luas yang boleh memuatkan keluarga kecil di dalamnya. Bilik-bilik ini dihias dengan gaya kontemporari dan mempunyai tingkap yang menyediakan pemandangan Laut China Selatan, pemandangan banjaran Crocker Range ataupun pemandangan kolam renang. Ianya dilengkapi 2 set katil bersaiz besar, bar mini, set TV bersatelit, peti simpanan keselamatan dan wifi percuma.
Hotel ini juga mempunyai gimnasium, spa, restoran, surau, ruang santai dan kolam renang. Inya menawarkan khidmat meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang penyimpanan bagasi percuma, pekhidmatan ulang alik percuma ke pusat bandar dan khidmat penghantaran ke lapangan terbang.

Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu
  • Harga – Dari RM 328 semalaman.
  • Alamat -One Place Mall, Lorong Putat 3, 88200 Putatan, Kota Kinabalu, Sabah, 88200 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

27. C’haya Hotel

C'haya Hotel

C’haya Hotel terletak di bahagian hijau Kota Kinabalu iaitu Tanjung Aru. Tanjung Aru adalah pantai sepanjang 2 kilometer dan terletak berhampiran dengan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Hotel ini mempunyai 2 premis makanan iaitu Amuse Café yang menyajikan bufet sarapan dan makanan atas permintaan dan Cielo Bar yang menawarkan minuman dan makanan ringan. Tarikan utama hotel ini ialah kolam infiniti di atas bumbung. Para tetamu boleh berenang dan bersantai di tepi kolam renang.
C’haya Hotel juga menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dan berlantai parket dilengkapi dengan perkhidmatan Wi-Fi percuma, TV berskrin rata, dan cerek elektrik disediakan. Bilik mandi en suite dilengkapi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma. Bilik di sini juga mempunyai pantri dan mesin basuh. Memang sangat-sangat memenuhi keperluan untuk tetamu berkeluarga.

C'haya Hotel
  • Harga – Dari RM 338 semalaman.
  • Alamat – Lot 7, Jalan Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

28. Hotel Sixty3

Hotel Sixty3

Hotel Sixty3 terletak di jalan yang paling bersejarah di bandar Kota Kinabalu dan ianya terletak betul-betul bertentangan dengan bangunan pejabat pos kolonial yang pertama di Kota Kinabalu. Bahagian dalaman hotel adalah bertemakan era 60-an dan konsep noir dengan gabungan budaya, seni bina dan cerita rakyat Borneo Utara.
Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi. Ianya mampu memuatkan 4 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Ianya juga dihiasi elegan dengan warna-warna hangat dan neutral dengan dua set katil queen dengan ruang tambahan untuk memuatkan katil tambahan untuk memuatkan keluarga yang bersaiz besar. Bilik mandi juga dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan tab mandi. Ruang dapur yang lengkap dengan peralatan masakan asas juga disediakan.

Hotel Sixty3
  • Harga – Dari RM 405 semalaman.
  • Alamat -63, Jalan Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

29. Hotel Grandis

Hotel Grandis

Hotel ini mendapat nama dari nama bunga anggerik yang tumbuh di Gunung Kinabalu. Hotel ini bertarf 4 bintang dan menawarkan perkhidmatan yang mesra keluarga. Hotel Grandis menawarkan bilik keluarga delux yang dihias dengan gaya kontemporari. Ianya boleh memuatkan 4 tetamu. Ianya dilengkapi dengan dua set katil bersaiz raja, tingkap panoramik dari lantai ke siling yang memberikan pemandangan laut, wifi percuma, peti simpanan digital, TV LED dengan saluran satelit dan loker. Bilik mandi pula dilengkapi dengan tab mandi dan pancuran mandian air panas berkuasa tinggi.
Hotel ini mempunyai tiga fasiliti makanan Rosea Café, Piano Lounge dan Sky Blu Bar. Selain itu, terdapat juga kolam renang, gimnasium dan surau. Perkhidmatan dobi, teksi dan meja lawatan juga ada disediakan.

Hotel Grandis
  • Harga – Dari RM 608 semalaman.
  • Alamat – Suria Sabah Shopping Mall 1, Jalan Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

30. Kota Kinabalu Marriott Hotel

Kota Kinabalu Marriot Hotel

Hotel ini terletak di kawasan Waterfront yang popular di Kota Kinabalu. Hotel ini baru sahaja dibuka kepada tetamu. Ianya mempunyai 332 bilik dan suite tamu yang luas, 5 buah restoran, sebuah bar & teres atas bumbung, ruang santai, dewan yang besar, kolam renang infiniti dan gimnasium. Setiap restoran menawarkan hidangan dengan tema yang berbeza, contohya Teppan Table menyediakan masakan Jepun manakala Big Fish menyediakan hidangan ala surf and turf. Tentunya kanak-kanak merasa seronok dengan pilihan makanan yang pelbagai.
Bagi keluarga yang mahukan perkhidmatan yang lengkap, hotel ini mampu memenuhi segala keperluan tersebut. Hotel ini menawarkan pemandangan Laut China Selatan, hidangan tempatan yang tulen dan layanan yang terbaik. Dalaman hotel ini dari lobi, ruang santai hingga ke bilik dihias rapi denagn nada kayu ringan dan cahaya palet yang menenangkan di bawah lampu ambien yang lembut. Bilik yang disediakan amat selesa dan lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan keluarga.

Kota Kinabalu Marriot Hotel
  • Harga – Dari RM 697 semalaman.
  • Alamat – Lot G-23A, Jalan Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

31. Hilton Kota Kinabalu

Hilton Kota Kinabalu

Hotel Hilton Kota Kinabalu adalah antara hotel yang termahal di Kota ini. Namun begitu ianya sangat berbaloi untuk didiami oleh keluarga yang berkemampuan. Selain dari bilik, hotel ini juga mempunyai fasiliti yang lengkap termasuk sebuah restoran, sebuah grill bar, sebuah lounge, gimnasium, sauna, bilik stim dan kolam renang yang terletak di atas bumbung hotel. 
Bilik yang ditawarkan dilengkapi dengan pencahayaan pintar bersensor. Luas bilik pula adalah 882 kaki persegi dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ruang tamu yang dilengkapi katil sofa, bilik tidur peribadi dengan satu set katil bersaiz king dan bilik mandi elegan yang menawarkan pancuran mandian hujan dan tab mandi berasingan. Kemudahan termasuk TV interaktif 48 inci, hab media, peti keselamatan komputer riba, mesin epresso dan bar mini turut tersedia. Untuk yang datang dengan keluarga, peralatan mesra kanak-kanak dan menu kanak-kanak juga disediakan atas permintaan.

Hilton Kota Kinabalu
  • Harga – Dari RM 1194 semalaman.
  • Alamat – Jalan Tunku Abdul Rahman, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

32. Ibis Styles Kota Kinabalu Inanam

32 Hotel di Kota Kinabalu yang Sesuai untuk Percutian Keluarga 3

Hotel Ibis Styles Kota Kinabalu Inanam terletak di kawasan komersil Inanam, lebih kurang 10km daripada kawasan bandar Kota Kinabalu. Reka bentuk bangunan hotel ini sangat unik dan moden, dan merupakan reka bentuk yang diwujudkan khas untuk Ibis Styles oleh JWA Design & Build, firma akitek tempatan yang terkenal. 

Hotel ini mempunyai 184 bilik yang berbekal perkhidmatan WiFi berkelajuan tinggi yang percuma, restoran yang menawarkan hidangan international, gimnasium, dewan yang besar dan ruang atas bumbung Sky Dex. Setiap bilik dilengkapi dengan satu set katil bersaiz raja ataupun dua set katil individu, TV berskrin rata dengan saluran satelit, pengering rambut, dan cerek elektrik. Bilik mandi en suite dilengkapi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma. 

insert hotel name here
  • Harga – Dari RM 178 semalaman.
  • Alamat – No. 1, Jalan Taipan 28, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Selanjutnya di Agoda.com

Ada hotel yang berjaya mencuri hati anda? Tempat-tempat penginapan yang disenaraikan di atas ini memang amat sesuai untuk pengunjung yang datang dengan keluarga. Jika mahukan lebih pilihan, boleh sahaja terus ke laman web Booking.com. Kota Kinabalu memang bandar yang menyeronokkan untuk dilawati. Pilihan tempat penginapan yang tepat dapat menambahkan lagi keseronokan lawatan anda.

Similar Posts