hotel di kuala lumpur

26 Hotel Menarik Berbajet Bawah RM200 di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah Ibu Kota Malaysia. Bandar metropolitan ini memang tidak pernah tidur. Ianya bukan sahaja terkenal sebagai pusat kewangan dan pusat pertembungan budaya di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan pelancong dari luar negara, Ianya juga menawarkan banyak tarikan dan tempat menarik untuk dilawati. Dan jika anda mahu melawat Kuala Lumpur. Sudah tentulah anda perlu mencari hotel untuk menginap. Artikel ini dapat memudahkan kerja anda untuk mencari hotel di Kuala Lumpur yang sesuai.

Ramai beranggapan oleh kerana status metropolitannya, Kuala Lumpur adalah tempat yang mahal untuk dilawati. Harga hotel juga pasti berlipat ganda. Walaubagaimanapun, anggapan itu tidak tepat sama sekali. Terdapat banyak hotel di Kuala Lumpur yang murah tetapi bersih dan selesa serta memberi layanan yang baik terhadap tetamu yang menginap.

Artikel ini ada menyenaraikan 26 buah hotel yang berbajet bawah RM 200 dan mendapat ulasan yang baik daripada tetamu yang pernah menginap di sana. Ianya disusun dari yang paling murah ke yang paling mahal untuk memudahkan anda membuat rujukan. Anda cuma perlu pilih mana yang berkenan di hati anda.

Artikel yang berkaitan – hotel di Putrajaya, hotel di Shah Alam, hotel di Bangi.

Hotel di Kuala Lumpur (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: Swiss Hotel, ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Kuala Lumpur tetapi penginapan dan perkhidmatan yang disediakan amat bagus dan memuaskan.”

Hostel Untuk Bagpackers: Hotel 1000 Miles, “Hotel ini menyediakan penginapan pada harga berpatutan, ianya mempunyai kafe, ruang santai, perpustakaan mini dan ruang simpanan bagasi.”

Hotel Berkonsep Unik: ibis Kuala Lumpur City Centre“Hotel ini mengetengahkan hiasan dan konsep bertemakan burung ibis. Setiap ruang dan inci bilik dihias dengan gaya moden dan berstail.”

Hotel untuk Keluarga: One-Stop Residence & Hotel, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga mempunyai fasiliti seperti kedai serbaneka, taman permainan kanak-kanak dan kolam renang”

Hotel Untuk Berbulan Madu:  Areena Star Hotel, “Hotel ini mempunyai suite bulan madu yang dihias cantik dengan perabot vintage dan klasik. Suite juga lengkap dengan set katil yang romantik dan tab mandi berjakuzi yang dihias indah”

Swiss Hotel

Swiss Hotel ini terletak Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur dan cuma 5 minit berjalan kaki ke Stesen LRT Masjid Jamek.

Ianya menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa pada harga yang cukup murah. Setiap bilik berhawa dingin dan dihiasi dengan gambar pemandangan yang cantik. Lantainya juga berparket. Kemudahan seperti set TV berkabel, peralatan membuat teh dan kopi serta peti keselamatan digital. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas. Alat pengering rambut dan seterika disediakan atas permintaan.

 Wi-Fi percuma boleh diakses di lobi dan terdapat kemudahan simpanan bagasi di kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam. Ianya juga menyediakan khidmat pengemasan bilik, panggilan bangun pagi dan dobi.

Swiss Hotel
  • Harga - Dari RM 61.65 semalaman.
  • Alamat - No 12 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia., 50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Hotel 1000 miles

Hotel 1000 Miles terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Kalau dilihat dari luar, mungkin hotel ini agak kelihatan biasa kerana warna catnya yang semakin pudar. Tapi sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam hotel, pasti anda akan merasa teruja dengan hiasan dalamannya yang bertemakan hipster ini. 

Hotel ini menyediakan bilik tetamu dan bilik asrama kepada tetamu yang menginap di sini. Setiap bilik dilengkapi dengan set TV LED berskrin rata dengan saluran satelit dan kemudahan asas yang lain. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Tempat penginapan ini mempunyai kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam. Terdapat ruang santai, kafe dan ruang bacaan. Terdapat juga ruang simpanan bagasi percuma di sini.

Hotel 1000 miles
  • Harga - Dari RM 82.19 semalaman.
  • Alamat - 17 & 19 Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia
Big M hotel

BIG M Hotel adalah hotel 2 bintang yang terletak berdekatan dengan masjid Jamek. Ironinya hotel ini terletak di atas salah satu cawangan restoran makanan segera yang popular iaitu McDonal yang juga menggunakan logo huruf M yang besar. Hotel ini juga bersebelahan dengan Stesen LRT Masjid Jamek. Ianya juga sangat dekat dengan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan tersebut. 

Big M Hotel menawarkan sebanyak 92 buah bilik tetamu yang dihias elegan dan kalis bunyi. Setiap bilik di hotel ini berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV skrin rata. Setiap bilik mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian. Kelengkapan mandian percuma dan pengering rambut turut disediakan untuk keselesaan anda.

Antara fasiliti yang terdapat di hotel ini adalah kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan akses wifi percuma. Setiap tetamu juga diberikan 2 botol air minuman percuma. Ramai tetamu yang memberikan ulasan positif tentang hotel ini.

Big M Hotel
  • Harga - Dari RM 84.20 semalaman.
  • Alamat - 38, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
City comfort Hotel

City Comfort Hotel adalah sebuah hotel butik moden yang menawarkan keselesaan, kemewahan dan gaya kepada tetamu pada harga yang berpatutan. Ianya terletak di tengah-tengah di segi tiga emas iaitu Bukit Bintang.  Hotel ini terletak cuma 500 meter dari Pusat Membeli Belah Berjaya Times Square.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin yang bersih dan selesa. Ianya dilengkapi dengan katil yang bertilam empuk, perabot dan kelengkapan asas seperti set TV, dan bilik mandi yang serba lengkap dengan kelengkapan tandas dan alat pengering rambut.

Fasiliti hotel terdiri daripada tempat letak kereta percuma, restoran, kafe, dobi dan cucian kering layan diri percuma, mesin minuman layan diri, akses WIFI percuma

Perkhidmatan yang pula antaranya ialah perkhidmatan kemasan bilik dan panggilan bagun pagi. Kaunter meja depan juga beroperasi 24 jam.

City comfort Hotel
  • Harga - Dari RM 94.58 semalaman.
  • Alamat - No. 22 Lorong Thambi 2, Off Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Zen Rooms Sakura Boutique Hotel

Sakura Boutique Hotel adalah sebuah hotel butik yang terletak di Jalan Tun Razak. Ianya menawarkan tempat penginapan yang moden serta selesa dengan akses WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Hotel ini terletak berdekatan dengan Pasar Pudu dan Berjaya Times Square.

Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang berhawa dingin yang selesa. Setiap bilik dihias menarik, serta dilengkapi dengan lantai berkarpet/parket, almari pakaian, rak pakaian dan set TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma.

Hotel ini mempunyai fasiliti seperti ruang santai, mesin dispenser air dan sebuah kafe yang terletak di bahagian atas bumbung hotel. Tetamu boleh bersantai sambil menikmati minuman teh dan kopi tanpa had. 

Terdapat perkhidmatan dobi, kemasan bilik harian dan panggilan bangun pagi disediakan. kaunter meja depan juga beroperasi 24 jam.

zen rooms sakura boutique hotel
  • Harga - Dari RM 98.50 semalaman.
  • Alamat - 327&329 JALAN TUN RAZAK, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia
One Stop residence & Hotel

One Stop Residence & Hotel ini terletak di Fraser Business Park, iaitu satu kawasan yang baru sahaja dibuka. ianya terletak berhampiran dengan stesen LRT Chan Sow Lin. Apa yang menarik, hotel ini menawarkan unit pangsapuri jenis studio dan unit pangsapuri satu bilik atau dua bilik dengan harga yang sangat berpatutan.

Unit pangsapuri yang disediakan amat selesa dan lengkap. Anda akan merasa seperti berada di rumah sendiri. Terdapat dapur yang dilengkapi peralatan memasak ringkas, meja makan, ruang tamu yang lengkap dengan TV berskrin rata dan bilik tidur. Bilik air juga sangat luas dan dilengkapi dengan pancuran air panas dan selipar.

Fasiliti yang tersedia di sini adalah gimnasium, gelanggang tenis, akses WIFI percuma, kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan dobi layan diri.

One Stop residence & Hotel
  • Harga - Dari RM 102.66 semalaman.
  • Alamat - Level 1, Main Lobby, Kompleks Metro Pudu, Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Hotel Sentral Pudu

Hotel Sentral Pudu terletak di kawasan yang berhampiran dengan Bukit Bintang. Ianya menawarkan tetamu dengnn penginapan moden, bergaya dan selesa. Ianya juga dekat dengan Stesen LRT Hang Tuah, Stesen Monorel Hang Tuah dan Stesen Monorel Imbi.

Hotel ini mempunyai 168 bilik tetamu yang dihias dengan elegan dan dilengkapi dengan kemudahan moden seperti televisyen skrin rata LCD dengan saluran Astro, peti sejuk mini, peti keselamatan, pengering rambut dan kemudahan membuat kopi & teh. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan alat pengering rambut.

Fasiliti yang disediakan terdiri daripada sebuah kafe yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas, akses WIFI percuma dan kemudahan mesra OKU. Perkhidmatan yang diberikan pula adalah perkhidmatan concierge, dobi & cucian kering, servis bilik, perkhidmatan panggilan bangun pagi dan perkhidmatan hantaran makan ke bilik.

Hotel Sentral Pudu
  • Harga - Dari RM 103.28 semalaman.
  • Alamat - No. 310 Jalan Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Frenz Hotel Kuala Lumpur

Frenz Hotel Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel butik yang baru dibuka. Ianya terletak di tengah-tengah kawasan membeli-belah paling popular di Kuala Lumpur terutamanya sewatu musim perayaan. Lokasinya hampir dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India. Stesen LRT berdekatan ialah Stesen LRT Bandaraya dan Stesen KTM Bank Negara. 

Hotel ini menawarkan 86 buah bilik tetamu yang direka dengan mengharmonikan keanggunan kontemporari, teknologi moden dan sentuhan mewah untuk memastikan keselesaan para tetamu.

Antara fasiliti yang disediakan adalah seperti liputan akses WIFI percuma, Stesen Internet dan mesin cetakan, kemudahan mesra OKU dan ruang simpanan bagasi. Perkhidmatan yang disediakan pula adalah seperti perkhidmatan dobi dan cucian kering, perkhidmatan concierge dan perkhidmatan tempahan teksi.

Oleh kerana hotel ini tidak mempunyai kafe ataupun restoran, pihak pengurusan membenarkan penghantaran makanan dari restoran-restoran makanan segera di sekitar hotel. Kaunter meja depan akan menghubungi anda menerusi panggilan telefon terus ke bilik untuk anda mengambil makanan tersebut dan membuat bayaran. Jika anda mahu makan makanan tempatan, memang terdapat banyak restoran yang menawarkan makanan enak dan juga murah berada di sekitar hotel.

Frenz Hotel Kuala Lumpur
  • Harga - Dari RM 104.40 semalaman.
  • Alamat - 135, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Silka Maytower Kuala Lumpur

Silka Maytower merupakan sebuah hotel 4 bintang yang terletak betul-betul berdekatan dengan kawasan membeli belah yang popular di Kuala Lumpur. Pada yang suka membeli belah, pastinya akan memilih untuk menginap di sini. Ianya berdekatan dengan Jalan Masjid India, Jalan Tengku Abdul Rahman, Gedung kain dan tekstil dan beberapa buah pusat membeli belah terkenal. Takut tak terlawat tempat-tempat menarik lain pula kerana sibuk membeli belah. Ianya terletak di antara Stesen LRT Masjed Jamek dan Stesen LRT Dang Wangi.

Hotel ini menawarkan sebanyak 179 buah bilik tetamu yang selesa, bersih dan luas. Ianya lengkap dengan kelengkapan asas seperti set TV LCD, almari pakaian, peti simpanan keselamatan dan cerek elektrik. Bilik mandi pula bermarmar dan lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Fasiliti yang disediakan adalah seperti restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas, kolam renang yang bertemakan kolam mandi di Rome dengan pemandangan indah Bukit Nanas dan Menara Kuala Lumpur, dewan, gimnasium dan akses WIFI percuma.

Perkhidmatan yang ditawarkan pula adalah seperti penghantaran makanan ke bilik, panggilan bangun pagi, kemasan bilik harian dan dobi atas permintaan.

Silka Maytower Kuala Lumpur
  • Harga - Dari RM 105 semalaman.
  • Alamat - No. 7, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Flora by Crossroads

Flora by Crossroads Hotel ini adalah sebuat hotel butik yang terletak di Jalan Ampang. Reka bentuk hotel ini amat menarik dan bertemakan suasana desa bergaya Nordic yang menggabungkan elemen floral dan alam sekitar. Luaran dan pintu masuk hotel ini dipenuhi dengan rimbunan tanaman renek manakala dalamannya menggunakan banyak material dari kayu yang dibentuk unik dan dindingnya dihiasi dengan pelbagai lukisan Bertemakan tumbuh-tumbuhan. Pasti anda tak sabar mahu bergambar di setiap ruang hotel ini.

Bilik tetamu yang ditawarkan di sini adalah berhawa dingin dan selesa. Ianya dihias dengan warna bernada lembut dan perabot minimalis. Ianya lengkap dengan kemudahan asas seperti set TV berskrin rata.

Fasiliti yang disediakan adalah seperti akses WIFI percuma, tempat letak kereta percuma dan kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam. Perkhidmatan seperti dobi, kemasan bilik harian dan panggilan bangun pagi ada disediakan.

Flora by Crossroads
  • Harga - Dari RM 106.33 semalaman.
  • Alamat - No. 66 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Hotel 99 Chinatown

Hotel 99 Kuala Lumpur adalah sebuah hotel butik yang terletak di Jalan Pudu. Pudu adalah daerah yang popular di kalangan pelancong sebagai destinasi pelancongan. Hotel ini dekat dengan Stesen LRT Plaza Rakyat dan bertentangan dengan Terminal Bas Pudu Sentral.

Hotel ini menawarkan bilik tetamu berhawa dingin yang lengkap dengan kemudahan asas seperti set TV dengan saluran Astro, cerek elektrik dan meja kerja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan kelengkapan harian percuma.

 Antara fasiliti yang disediakan adalah seperti kaunter meja depan yang peroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi dan liputan WIFI percuma. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah khidmat panggilan bangun pagi, bufet sarapan pagi, kemasan bilik harian, dobi dan hantaran ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan.

Hotel 99 Chinatown
  • Harga - Dari RM 115.20 semalaman.
  • Alamat - 44A - 44B, Jalan Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Aarena Star Hotel

Arenaa Star Hotel adalah sebuah hotel butik yang terletak di Jalan Hang Lekiu dan berhampiran dengan Muzium Telekom. Hotel ini juga terletak dekat dengan hentian bas GOKL yang menyediakan perkhidmatan bas percuma ke tempat-tempat menarik berhampiran. Hotel ini menggunakan tema senimatik untuk memberikan suasana santai dan menyeronokkan. setiap tingkat di hotel ini dihias secara individu dengan tema adegan filem dari pelbagai negara.

Hotel ini menawarkan sebanyak 247 buah bilik tetamu dengan gaya kontemporari. Semua bilik yang ditawarkan adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV satelit skrin rata, peti keselamatan serta cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian dan alat pengering rambut. Sesetengah unit mempunyai tab mandi. 

Fasiliti yang disediakan adalah seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, kaunter meja lawatan, jakuzzi, gimnasium, 2 buah restoran, bistro, ruang santai, kedai serbaneka, kaunter sewaan basikal dan dewan.

Aarena Star Hotel
  • Harga - Dari RM 117.24 semalaman.
  • Alamat - 49 - 51, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Travelodge Hotel

Hotel Travelodge adalah hotel yang dijenama semula. Ianya pernah dikenali dengan nama Geo Hotel. Dalaman hotel telah diubah suai dan dihias supaya kelihatan ceria, berkelas, klasik dan interaktif. Hotel ini terletak kira-kira 200 meter dari Petaling Street dan Pasar Sentral. Ianya juga terletak berhampiran dengan Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen MRT Pasar Seni.

Bilik-bilik tetamu yang disediakan adalah berhawa dingin, kalis bunyi dan selesa. Dinding setiap unit dihias dengan cetakan wau bulan.  Ianya dilengkapi dengan kemudahan membuat teh / kopi, kemudahan menyeterika dan TV berskrin rata. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut, selipar, berus gigi, ubat gigi dan peralatan mandian percuma.

Hotel ini mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24-jam, ruang santai yang luas ruang simpanan bagasi, gimnasium dan dobi layan diri. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti perkhidmatan bangun pagi dan perkhidmatan kemasan bilik harian.

Travelodge Hotel
  • Harga - Dari RM 118.25 semalaman.
  • Alamat - No 7 Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Silka Cheras Kuala Lumpur

Silka Cheras Kuala Lumpur ialah sebuah hotel 3 bintang yang terletak di Cheras. Ianya berdekatan dengan Stesen MRT Taman Connaught dan bersebelahan dengan Cheras Sentral Shopping Mall. 

Hotel ini menawarkan sebanyak 317 bilik tetamu dengan saiz minimum 26 m persegi yang bereka bentuk moden dan terang dengan perabot berelemen kontemporari dan minimalis dan lengkap dengan keperluan asas. Bilik mandi pula berjubin marmar dan dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah unit dilengkapi dengan tab mandi.

Fasiliti yang disediakan terdiri daripada sebuah kafe dan mesin makanan ringan layan diri. Pekhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan kemasan bilik harian, dobi, penghantaran makanan ke bilik dan kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam.

Silka Cheras Kuala Lumpur
  • Harga - Dari RM 121.49 semalaman.
  • Alamat - KM10 Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia
Summit Hotel KL City Center

Summit Hotel KL City Centre terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Ianya berhampiran berhampiran dengan tempat-tempat menarik seperti Dataran Merdeka, Panggung DBKL dan Muzium Textile Negara, kawasan membeli belah popular seperti Jalan Tar dan Jalan Masjid India, kompleks membeli belah seperti Sogo dan Maju Junction, gedung tekstil dan restoran-restoran tempatan. 

Hotel ini juga dekat dengan Stesen Monorel Chow Kit, Stesen KTM Bank Negara dan Stesen LRT Bandaraya. Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang selesa, berhawa dingin dan lengkap dengan kemudahan seperti TV satelit, kemudahan membuat teh/kopi/teh Cina dan peti keselamatan peribadi, bar mini dan katil bayi atas permintaan. Bilik mandi pula dilengkapi tab mandi, pancuran mandian air panas dan alat pengering rambut. Kit pergigian dan kelengkapan mandian juga disediakan ada disediakan. 

Fasiliti yang terdapat di hotel ini adalah seperti kolam renang, gimnasium, bar sukan, kafe dan dua buah restoran. Selasih Restaurant menyajikan makanan antarabangsa dan tempatan Manakala Meisan Buffet Restaurant menyediakan masakan cina. Selain itu, hotel ini juga memberikan akses WIFI percuma kepada tetamu.

Perkhidmatan yang disediakan pula adalah seperti perkhidmatan kemasan bilik, bufet sarapan pagi, khidmat panggilan limousin dan simpanan barang di kaunter meja depan.

Summit Hotel KL City Center
  • Harga - Dari RM 122.85 semalaman.
  • Alamat - 12 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Euro Life Hotel

Euro Life Hotel @ KL Sentral ini terletak di Brickfields dan berhampiran dengan Stesyen Monorel KL Sentral, Terminal Bersepadu KL Sentral dan Pusat Membeli Melah Nu Sentral. ianya sebuah hotel bajet yang amat sesuai dengan tetamu yang hanya mahukan tempat penginapan yang asas tetapi bersih dan mesra.

Setiap bilik yang ditawarkan di di hotel ini adalah berhawa dingin dan mempunyai TV berskrin rata dengan saluran satelit. Cerek elektrik juga ada disediakan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, selipar, peralatan mandian percuma dan alat pengering rambut.

Hotel ini mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan sebuah kedai cenderamata. Jangan terkejut, walaupun ianya sebuah hotel bajet, tetamu boleh mendapatkan khidmat pendandan rambut atas permintaan. 

Euro Life Hotel
  • Harga - Dari RM 125.93 semalaman.
  • Alamat - 65 Jalan Thambipillay, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Prescott Hotel

Prescott Hotel terletak di pusat bandar Kuala Lumpur dan lokasinya berhampiran dengan Stesen Monorel Medan Tuanku dan Stesyen LRT Sultan Ismail. Hotel ini sangat dekat dengan beberapa pusat membeli belah terkenal, gedung kain dan pakaian dan juga pasar malam paling popular di Kuala Lumpur. Kalau anda datang pada musim perayaan, kawasn sekeliling memang meriah dengan bazar dan jualan. 

Walaupun hotel ini merupakan hotel bajet tapi servis yang diberikan amat memuaskan berdasarkan ulasan dari tetamu yang pernah menginap di sini. Semua 193 bilik yang ditawarkan amat luas dan berhawa dingin. Selain kelengkapan asas seperti bar mini, peti simpanan keselamatan dan set TV, hotel ini juga menyediakan ruang khas untuk tetamu muslim solat lengkap dengan sejadah. Bilik mandi juga luas dan lengkap dengan pancuran air panas, set mandian dan alat pengering rambut.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di hotel ini adalah perkhidmatan simpanan bagasi, perkhidmatan dobi, perkhidmatan kemasan bilik dan panggilan bangun pagi. Fasiliti pula terdiri daripada sebuah kafe yang menyajikanmasakan tempatan dan antarabangsa, liputan WIFI percuma, kemudahan mesra OKU. mesin fotokopi dan pencetak dan dewan.

Prescott Hotel
  • Harga - Dari RM 128.16 semalaman.
  • Alamat - 23, Lorong Medan Tuanku Satu Off Jalan Sultan Ismail, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Hotel Sentral Kuala Lumpur

Hotel Sentral Kuala Lumpur ialah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak sangat hampir dengan Terminal Bersepadu KL Sentral yang juga merupakan hab dan titik temu untuk hampir semua laluan untuk perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Hotel ini juga terletak di Brickfields yang juga dikenali sebagai Little India. Banyak tempat-tempat menarik dan restoran makanan citarasa India seperti nasi daun pisang boleh dijumpai di sini.

Dalaman hotel ini menggunakan warna seperti kuning dan oren dan kaunter meja depannya dihiasi dengan lukisan tangan yang menggambarkan tradisi dan budaya Malaysia. Bilik tetamu yang ditawarkan lengkap dengan penghawa dingin, TV berskrin rata, kemudahan membuat teh/kopi, seterika, alat pengering rambut dan bar mini. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah unit mempunyai tab mandi.

Fasiliti yang disediakan pula terdiri daripada restoran yang menyediakan hidangan tempatan dan antarabangsa dan sebuah lounge, tempa letak kereta percuma dan liputan WIFI. Kakitangan meja depan akan membantu anda dengan maklumat kawasan tempatan dan simpanan bagasi. 

Hotel Sentral Kuala Lumpur
  • Harga - Dari RM 130.61 semalaman.
  • Alamat - No.30, Jalan Thambypillai, Brickfields, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
De Palma Hotel

Hotel De Palma Ampang ini terletak terletak di tengah – tengah sempadan di antara Kuala Lumpur dan negeri Selangor. Ianya terletak bersebelah dengan pusat membeli belah Ampang Point. Kawasan ini adalah kawasan tumpuan expatriat terutamanya dari negara Korea dan timur tengah. Stesen LRT berhampiran adalah Stesen LRT Ampang. Tarikan menarik hotel bertaraf 4 bintang ini adalah polisi patuh syariah yang diamalkan dalam setiap urusan di hotel. Hotel ini adalah hotel pertama di Malaysia yang dibenarkan menganjurkan Solat Jumaat berjemaah di surau milik hotel tersebut.

Hotel ini menawarkan sebanyak 236 bilik tetamu yang dihias indah dengan elemen-elemen seni negara timur tengah. Setiap bilik dilengkapi kemudahan membuat kopi/teh dan air botol. Tempat duduk dan TV skrin rata juga disediakan. Kemudahan pancuran mandian disediakan di dalam bilik mandi. Tingkat 6 hotel ini dikhaskan untuk tetamu muslim di mana panggilan untuk solat atau Azan dapat didengari di koridor. Setiap bilik di tingkat ini juga dilengkapi dengan set Al-Quran, telekung sembahyang serta serta sejadah. 

Fasiliti yang terdapat di Hotel ini adalah seperti tempat letak kereta, surau yang boleh memuatkan 1800 jemaah terutama waktu Solat Jumaat, kolam renang dewasa dan kanak-kanak, sebuah kafe, sebuah kopitiam sukan, liputan WIFI dan kemudahan mesra OKU. Perkhidmatan yang disediakan pula adalah seperti perkhidmatan pengemasan bilik, dobi, hantaran ulang alik dan hantaran makanan ke bilik.

De Palma Hotel
  • Harga - Dari RM 136.80 semalaman.
  • Alamat - Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point, Jalan Ampang, 68000 Kuala Lumpur, Malaysia
WP Hotel

WP Hotel terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ikonik. Ianya terletak berhampiran dengan stesen monorel dan perhentian bas untuk perkhidmatan bas percuma. Jika anda berminat dengan sisi desa Kuala Lumpur, hotel ini terletak berhampiran dengan Kampung Baru dan Pasar Besar Chow kit.

Hotel ini menawarkan bilik yang dihias moden dengan pemandangan waktu malam Kuala Lumpur yang indah. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bar mini, set TV, kemudahan membuat kopi/teh dan peti simpanan keselamatan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan sesetengah unit mempunyai tab mandi.

Hotel ini juga dilengkapi dengan fasiliti seperti kolam renang, sebuah restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan sebuah kafe.

WP Hotel
  • Harga - Dari RM 148.40 semalaman.
  • Alamat - No 362 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Furama Bukit Bintang

Hotel Furama terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lokasi hotel ini agak strategik dan berhampiran dengan tempat-tempat menarik dan pusat membeli- belah yang boleh diakses dengan berjalan kaki ataupun menggunakan kenderaan awam. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen MRT Bukit Bintang. 

Hotel ini menawarkan 433 bilik yang luas dan dihias moden. Ianya mempunyai tingkap besar yang memberikan pemandangan bandar yang mengagumkan, perabot kayu yang elegen, penghawa dingin dan set TV berskrin rata. Unit-unit tertentu mempunyai ruang santai dan akses ke lounge eksekutif. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas peralatan mandian percuma.

Fasiliti hotel terdiri daripada liputan WiFi percuma, parking percuma, sebuah kolam renang luaran, gimnasium dan 3 pilihan tempat makan. Kakitangan meja depan beroperasi 24 jam. Perkhidmatan seperti dobi, pengemasan dan perkhidmatan bilik, concierge dan penyimpanan bagasi juga ada disediakan.

Furama Bukit Bintang
  • Harga - Dari RM 154.88 semalaman.
  • Alamat - 136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Vistana Kuala Lumpur

Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa terletak di antara Stesen LRT Titiwangsa dan Stesen Monorel Titiwangsa. Lokasi yang strategik ini memberikan tetamu akses kepada perkhidmatan kenderaan awam. 

Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV kabel berskrin rata, kemudahan menyeterika, peti deposit keselamatan dan kemudahan membuat teh/kopi. Bilik mandi pula menyediakan selipar dan peralatan mandian percuma dan dilengkapi dengan pancuran air panas.

Fasiliti yang disediakan pula terdiri daripada kolam renang, restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan Asia dan Barat dan bar yang menghidangkan makanan ringan. Liputan WiFi percuma juga disediakan di seluruh hotel.

Vistana Kuala Lumpur
  • Harga - Dari RM 160.08 semalaman.
  • Alamat - 9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia
Royal Chulan Bukit Bintang

Royale Chulan Bukit Bintang ini terletak di Bukit Bintang yang juga terkenal dengan gelaran Segitiga Emas. Ianya terletak berdekatan dengan Stesen Monorel Bukit Bintang, Stesen Monorel Raja Culan dan Stesen MRT Bukit Bintang. Pada yang sukakan suasana meriah dan bandar yang tidak pernah tidur. Hotel ini adalah pilihan yang tepat. Banyak tempat hiburan dan premis makanan yang masih dibuka walaupun selepas waktu tengah malam. Selain itu, jika anda sukakan aktiviti membeli belah. Kawasan ini juga adalah syurga membeli belah.

Hotel ini menawarkan 400 bilik tetamu yang dihias dengn gaya kontemporari. Setiap bilik mempunyai penghawa dingin yang dikawal secara individu, WiFi berkelajuan tinggi, telefon dengan mel suara, pengering rambut, TV dikawal jarak jauh dengan perkhidmatan siaran satelit, bar mini, kemudahan kopi dan teh, peti keselamatan peribadi dan banyak lagi. 

Fasiliti yang disediakan pula adalah seperti gimnasium yang lengkap, kolam renang, dewan, spa, ruang simpanan bagasi, restoran uang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa, kafe dan bar yang menyediakan minuman dan hiburan live setiap malam . Liputan WIFI percuma juga turut disediakan.

Royal Chulan Bukut Bintang
  • Harga - Dari RM 164 semalaman.
  • Alamat - Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Kuala Lumpur International Hotel

Kuala Lumpur International Hotel ini terletak sangat hampir dengan Stesen Monorel Chow Kit dan Stesen LRT Titiwangsa. Jika anda sukakan suasana Kuala Lumpur yang nostalgik tahun 70an atau 80an, kawasan di sekitar hotel ini masih mengekalkan bangunan-bangunan asal yang mengimbau saat Kuala Lumpur baru sahaja menjadi kawasan metropolitan dan menyaksikan penghijrahan besar besaran penduduk kampung ke bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik. 

Hotel ini menawarkan 370 bilik tetamu yang berhawa dingin. Ianya dilengkapi tingkap-tingkap besar yang membolehkan cahaya matahari semula jadi menerangi setiap sudut bilik. Kemudahan yang disediakan termasuk bar mini dan alat pembuat teh/kopi. Bilik-bilik mandi pula mempunyai kemudahan pancuran mandi air panas dan set mandian. Sesetengah unit mempunyai tab mandi.

Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan faks dan fotostat, perkhidmatan dobi atas permintaan permintaan, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik. fasiliti yang terdapat di hotel ini adalah seperti gimnasium dan kafe yang juga menyediakan buffet sarapan pagi kepada tetamu yang menginap.

Kuala Lumpur International Hotel
  • Harga - Dari RM 175 semalaman.
  • Alamat - Lorong Hj Hussein 2, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Dynasti Hotel

Dynasty Hotel Kuala Lumpur ialah sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Hotel ini terletak berhampiran dengan stesen LRT Titiwangsa. Pada yang mahu bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur tanpa membawa kereta, LRT adalah pilihan terbaik. Perkhidmatan kenderaan awam di Kuala Lumpur sangat efisien dan meliputi banyak kawasan. 

Hotel ini menawarkan 364 bilik tetamu yang lengkap dan berhawa dingin. Perabotnya sedikit klasik kerana hotel ini merupakan antara yang tertua di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun peralatan elektrik yang disediakan seperti peti ais, set TV, cerek elektrik dan alat pengering rambut adalah moden dan terkini. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian percuma.

Hotel ini mempunyai fasiliti seperti kolam renang atas bumbung berukuran 15 meter, pusat kecergasan, tempat letak kereta percuma, salun kecantikan, kedai cenderamata, 2 buah restoran dan sebuah cafe.  

Dynasty Hotel
  • Harga - Dari RM 185.14 semalaman.
  • Alamat - 218 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia
Ibis Kuala Lumpur City Center

Nama ibis memang tidak perlu diperkenalkan. Di setiap negara yang penulis lawati, pasti ada cawangan Ibis di situ. Hotel ini mempunyai sebanyak 2328 buah hotel di seluruh dunia. Ianya sudah cukup untuk meyakinkan tetamu yang mereka tahu apa yang tetamu inginkan. Tema hotel ibis juga adalah “Hotel Untuk Semua Orang”.

 ibis Kuala Lumpur City Center merupakan antara cawangan terkini ibis dan ianya merupakan cawangan yang kedua terbesar di dunia. Ianya baru sahaja dibuka pada akhir tahun 2018. Hotel ini terletak cuma 750 meter dari Menara Berkembar Petronas yang merupakan mercu tanda paling terkenal di Kuala Lumpur. Ianya juga terletak berhampiran dengan stesen LRT dan pusat membeli belah Avenue K dan Suria KLCC. Kalau anda sukakan kelainan, tempat makan popular iaitu Tapak Urban Street Dining berkonsepkan food truck juga ada berhampiran. 

Hotel ini mempunyai fasiliti seperti kolam renang infiniti di atas bumbung dan kolam renang kanak-kanak, sebuah restoran iaitu Kampung Kitchen yang menyajikan masakan tempatan, sebuah kafe iaitu Petite Paris yang menawarkan makanan ringan dan kopi, tempat letak kereta percuma, spa dan gimnasium.

Hotel ini menawarkan sebanyak 648 bilik tetamu yang selesa dan santai. Dinding hotel ini dihias dengan mural pemandangan bangunan pencakar langit sekitar Kuala Lumpur. Perabut yang disediakan juga ergonomik dan moden. Set TV pula bersaiz 43 inci. Setiap unit di hotel ini mempunyai pemandangan bandar yang memukau terutamanya pada waktu malam. Bar mini juga disediakan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian hujan dan peralatan mandian percuma. Tingkap di hotel ini juga kalis bunyi, jadi tidur malam anda pastinya nyenyak tanpa gangguan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan pengemasan harian, perkhidmatan dobi, perkhidmatan ulang alik percuma dan simpanan bagasi di di kaunter meja depan. Jika anda kurang gemar berurusan dengan staff untuk urusan daftar masuk, hotel ini mempunyai kiosk daftar masuk layan diri.

Ibis Kuala Lumpur City Center
  • Harga - Dari RM 193.14 semalaman.
  • Alamat - 32 Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Oakwood Hotel and Residence

Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ini menawarkan penginapan bilik tetamu dan unit pangsapuri kepada tetamu. Lokasi hotel ini terletak di Jalan Ampang. Jadi pada yang sukakan suasana meriah dan aktiviti malam. Hotel ini memang pilihan terbaik. Terdapat banyak tempat menarik di sekitar kawasan hotel ini. Begitu juga dengan restoran-restoran terkenal. Jika anda tidak mahu makan di hotel, tanya sahaja pada staff tentang cadangan restoran. 

Bilik- bilik tetamu dan unit pangsapuri yang ditawarkan memang nampak berkelas. Semuanya lengkap dengan bilik mandi yang luas, lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandi percuma yang berjenama. Sesetengah unit mempunyai pemandangan mengadap KLCC. Sebagai mengalu-alukan kedatangan tetamu, hotel ini juga menyediakan buah-buahan, air mineral dan set kopi dan teh percuma. Terdapat juga set membuat teh dan kopi, bar mini, alat pengering rambut dan seterika. Kalau di unit pangsapuri, jangan terkejut kalau anda jumpa periuk tekanan, periuk nasi, pemanggang roti, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik di dapur. Pada yang datang dengan kanak-kanak kecil. Kemudahan seperti ini amatlah membantu bila mereka mula merengek lapar terutama waktu tengah malam.

Perkhidmatan meja depan hotel beroperasi 24 jam sehari dan hotel ini juga ada perkhidmatan concierge. Jika anda mahukan sesuatu, seperti tempahan tiket persembahan atau tempahan meja restoran, anda boleh sahaja meminta bantuan concierge untuk memudahkan kerja anda. Perkhidmatan yang lain adalah seperti liputan internet percuma, perkhidmatan dobi, perkhidmatan ulang alik dan perkhidmatan limousin, perkhidmatan kemasan bilik, perkhidmatan lawatan doktor dan  perkhidmatan bangun bagi.

Hotel ini mempunyai fasiliti seperti 2 buah kolam renang untuk yang dewasa dan kanak-kanak, lounge, restoran yang menyediakan bufet sarapan, gimnasium yang dibuka 24 jam, tempat letak kereta, lif yang berkawalan keselamatan lengkap dengan kad akses dan ruang simpanan bagasi.

Oakwood Hotel and Residence
  • Harga - Dari RM 195.59 semalaman.
  • Alamat - 222, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Berakhir sudah senarai 26 buah hotel di Kuala Lumpur yang berbajet bawah RM 200. Harap ada yang berkenan di hati anda. Jika anda masih belum berjumpa idaman hati, anda boleh sahaja terus melawat ke halaman pertama di BAGASI.MY, Booking.Comatau Agoda.comuntuk lebih banyak pilihan. Jika  anda ingin bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur tanpa perlu berbelanja lebih, terdapat perkhidmatan bas percuma GoKL yang mempunyai laluan di sekitar tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.

26 Hotel Menarik Berbajet Bawah RM200 di Kuala Lumpur

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment