hotel di kuantan

33 Hotel di Kuantan yang Menarik dan Mesra Keluarga

Pilihan Terbaik: Hotel di Kuantan

Hotel Termurah: Hotel Tai Wah, ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Kuantan tetapi penginapan dan perkhidmatan yang disediakan amat bagus dan memuaskan.”

Hostel Untuk Pengembara Solo: Pavillion Hotel Kuantan, “Hotel ini terletak berdekatan dengan stesen bas. Ianya menyediakan penginapan pada harga berpatutan, ianya mempunyai kafe, ruang santai dan kedai dobi layan diri.”

Hotel Berkonsep Unik: Areena Batik Boutique Hotel“Hotel ini mengetengahkan hiasan dan konsep bertemakan tekstil tradisi melayu batik. Setiap ruang dan inci bilik dihias dengan hiasan dan perabot antik untuk memberikan suasana nostalgia dan vintage.”

Hotel untuk Keluarga: The Zenith Hotel Kuantan, “Hotel ini menyediakan penginapan dan fasiliti untuk semua peringkat umur. Ibubapa dapat bersantai di gimnasium, lounge atau spa. Manakala kanak-kanak pula boleh bermain di pusat aktiviti kanak-kanak atau di kolam renang kanak-kanak.

Hotel 5 Bintang Terbaik: Hyatt Regency Kuantan“Hotel 5 bintang ini baru sahaja dibuka semula selepas proses ubahsuai. Ianya menjanjikan tetamu dengan perkhidmatan terbaik dan penginapan mewah di tepi pantai Teluk Cempedak.”

Sebut sahaja Kuantan mesti ramai yang terbayangkan pantai Teluk Cempedak. Namun begitu, Teluk Cempedak bukanlah satu-satunya tarikan yang ibu negeri Pahang ini tawarkan. 

Kuantan juga ada pantai-pantai lain, air terjun, bukit, taman rekreasi, taman tasik, mini zoo, safari, taman tema air dan medan selera makanan laut yang terkenal di Tanjung Lumpur. 

Kesimpulannya macam-macam aktiviti boleh dijalankan bersma keluarga di sini. Bandar Kuantan juga tidak sesibuk bandar-bandar lain di Malaysia. 

Persekitaran bandar ini masih tenang dan masih kaya dengan alam sekitar. Hotel juga ada ada banyak, tapi tak semua hotel menawarkan bilik keluarga dan perkhidmatan mesra kanak-kanak. 

Di sini ada senarai 31 hotel di Kuantan yang menarik dan mesra keluarga. Senarai disusun mengikut harga sewa bilik semalaman dari yang termurah hingga yang termahal, mengikut kesesuaian bajet masing-masing.

1. Hotel Tai Wah

Hotel Tai Wah

Hotel Tai Wah ini terletak di tengah bandar Kuantan. Ianya  terletak berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Padang Besar Kuantan dan pusat-pusat membeli belah. Lokasinya sangat menyenangkan pergerakan tetamu yang mahu membeli-belah atau makan di restoran-restoran berdekatan. Premis lobi layan diri turut ada bersebelahan hotel.

Bilik keluarga yang ditawarkan adalah berhawa dingin. Setiap bilik di hotel dilengkapi dengan meja kerja, TV berskrin rata dengan saluran kabel dan wifi percuma. Bilik mandian pula dilengkapi pancuran mandian air panas dan set mandian percuma. Walaupun ianya hotel bajet. Hotel ini menjanjikan keselesaan kepada tetamu yang menginap.

hotel tai wah
  • Harga – Dari RM 80 semalaman.
  • Alamat – No. 25 & 27, Jalan Haji Abdul Aziz, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. Elmark Hotel

Elmark Hotel

Elmark Hotel Kuantan adalah sebuah hotel bajet yang terletak berhampiran dengan River Cruise di Kuantan. Memang sesuai untuk tetamu yang mahu menikmati suasana santai Sungai Kuantan.

Setiap bilik yang ditawarkan adalah berhawa dingin. Bilik keluarga dilengkapi dengan TV Pintar, alat pengering rambut, meja kerja, dan kemudahan membuat teh dan kopi. Bilik mandi pula mempunyai pancuran mandian.

Walaupun ianya hotel bajet, hotel ini mempunyai sistem pengawasan CCTV 24 jam dan pengawal keselamatan. Bagi yang datang bersama keluarga pasti akan berasa selamat. 

elmark Hotel
  • Harga – Dari RM 94 semalaman.
  • Alamat – 2842, Jalan Wong Ah Jang, Taman Yau,, 25100 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. New Golden Star Hotel

New Golden star

New Golden Star Hotel terletak di tepi Sungai Kuantan dan hanya 300 meter dari Masjid Sultan Ahmad Shah. Hotel bajet ini menawarkan bilik-bilik yang selesa, berhawa dingin  dengan Wi-Fi percuma.

Bilik keluarga di hotel ini menawarkan pemandangan sungai. Ianya juga mempunyai TV berskrin rata dengan saluran astro, meja kerja dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan tuala. 

Terdapat pasar mini berdekatan dengan hotel untuk tetamu yang mahu membeli barangan keperluan. Kemudahan lain termasuk meja tempahan pakej pelancongan, tempat letak kenderaan percuma, Perkhidmatan simpanan bagasi, dobi dan perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang juga ada  disediakan.

new Golden star
  • Harga – Dari RM 101 semalaman.
  • Alamat – No,47, Jalan Besar, 25150 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

4. OYO 232 The Suraya Hotel

oyo 232 The suraya

 OYO 232 Suraya Hotel adalah salah satu dari cawangan hotel OYO yang menawarkan penginapan yang moden dan lengkap dengan keperluan asas pada harga berpatutan. Hotel ini dihias menepati tema cawangan OYO yang lain dengan menggunakan gabungan warna putih dan merah.

Bilik keluarga yang ditawarkan di hotel ini adalah berhawa dingin, mempunyai wifi, almari pakaian dan set bilik tidur asas. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.

oyo 232 the suraya
  • Harga – Dari RM 116 semalaman.
  • Alamat – 55-57, Jalan Haji Abdul Aziz, Kuantan, Pahang Darul Makmur, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. OYO 443 Crystal City Hotel

oyo 443 crystal city hotel

Selain dari OYO 232 The Suraya Hotel, terdapat satu lagi cawangan hotel OYO di Kuantan iaitu 443 Crystal City Hotel. Sama seperti OYO 232 The Suraya Hotel, hotel ini turut menawarkan penginapan yang moden dan lengkap dengan keperluan asas pada harga berpatutan. 

Bilik keluarga yang ditawarkan di hotel ini adalah berhawa dingin, mempunyai wifi, almari pakaian dan set bilik tidur asas. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai ruang santai di mana tetamu boleh berehat dan duduk berkumpul. Perkhidmatan dobi juga ada disediakan atas permintaan.

oyo 443 crystal city hotel
  • Harga – Dari RM 117 semalaman.
  • Alamat -A 229,Jalan Air Putih, 25300 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. Classic Hotel

Classic hotel main

Classic Hotel ini adalah sebuah hotel bajet yang terkenal dengan penggunaan cat yang berwarna-warni. Persekitaran hotel juga sangat menarik dengan penggunaan warna-warna pelangi.

Bilik keluarga yang ditawarkan juga amat luas, bersih dan selesa dan lengkap dengan segala keperluan asas. Kelengkapan seperti 4  set katil, telefon, set tv dan almari baju turut disediakan. Bilik mandi pula sangat luas dan lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini juga mempunyai kafe untuk tetamu menikmati bufet  sarapan pagi. Selain itu perkhidmatan dobi juga ada disediakan atas permintaan.

classic hotel
  • Harga – Dari RM 120 semalaman.
  • Alamat – 7 Bangunan LKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. Hotel Avenue

hotel avenue main

Hotel Avenue terletak strategik berhampiran dengan tempat-tempat menarik di Kuantan seperti Pantai Teluk Cempedak, Pusat Rekreasi Taman Gelora dan Bukit Pelindung.

Hotel Avenue menawarkan penginapan yang ringkas, berhawa dingin dan selesa dengan akses Wi-Fi. Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi dengan meja, rak pakaian, set TV berskrin rata dan cerek elektrik. Bilik mandi pula mempunyai pancuran mandian air panas, tuala dan peralatan mandian percuma.

hotel avenue
  • Harga – Dari RM 122 semalaman.
  • Alamat – A4376,Lrg Seri Kuantan 22,Off Jln Teluk Sisek, 25250 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. Signature Hotel

signature hotel

Signature Hotel terletak  di tengah-tengah bandar Kuantan. Ianya berhampiran dengan pusat-pusat membeli belah seperti Berjaya Megamall, East Coast Mall dan Kuantan Parade.

Signature Hotel adalah sebuah hotel yang dihias dengan hiasan  kontemporari. Ianya menawarkan bilik keluarga yang lengkap dengan Penyaman Udara yang dikawal secara individu. Ianya juga dilengkapi dengan set TV dan wifi yang berkelajuan tinggi, Bilik Mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas.

Hotel ini  mempunyai sistem kawalan CCTV jadi tetamu tidak perlu bimbang tentang keselamatan

signature hotel
  • Harga – Dari RM 127 semalaman.
  • Alamat – No 41, Jalan Beserah, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

9. Rooms By Rocana

room by rocana

Rooms By Rocana menawarkan penginapan yang santai pada harga yang berpatutan. Reka bentuk hotel ini bertemakan kontemporari dan lengkap dengan kemudahan terkini. 

Setiap bilik di hotel ini berhawa dingin dan mempunyai TV. Bilik keluarga pula mempunyai kamar  mandi dengan pancuran mandian air panan.

Kaunter meja depan di hotel ini beroperasi 24-jam untuk memudahkan urusan keluar masuk para tetamu.   

room by rocana
  • Harga – Dari RM 135 semalaman.
  • Alamat – A57, 1ST & 2ND Floor, Jalan Tun Simail2, Sri Dangan II, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

10. Seasons View Hotel

hotel seasons view

Terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan, Seasons View Hotel Kuantan adalah hotel betaraf dua bintang menawarkan tempat penginapan yang selesa dan memenuhi kehendak tetamu. 

Bilik keluarga yang ditawarkan datang dengan pakej sarapan pagi percuma. Ianya juga dilengkapi dengan set tv bersatelit,  penyaman udara, kemudahan membuat teh dan kopi, surat khabar percuma dan bar mini. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian.

Hotel ini mempunyai kafe yang menawarkan perkhidmatan bufet sarapan pagi percuma. Ianya juga menyediakan masakan panas tempatan dan barat kepada para tetamu. Khidmat-khidmat lain seperti peti simpanan keselamatan, perkhidmatan storan bagasi, faks & pos, dobi dan WIFI percuma turut disediakan. 

hotel seasons view
  • Harga – Dari RM 140 semalaman.
  • Alamat -A22, Lorong Haji Abdul Rahman 1, Kuantan, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

11. Pavilion Hotel Kuantan

pavillion hotel kuantan

Pavilion Hotel Kuantan menawarkan tetamu dengan tempat penginapan yang bersih dan selesa. Hotel ini mempunyai akses internet percuma.

Setiap bilik di hotel ini adalah berhawa dingin, lantainya berkarpet penuh dan dilengkapi dengan peralatan seperti set TV berskrin rata, pemain DVD, bar mini, peti keselamatan peribadi, pembersih udara dan kemudahan membuat teh / kopi. Bilik keluarga juga  mempunyai ruang tempat duduk untuk tetamu berehat. Terdapat juga bilik mandi yang dilengkapi dengan pancuran mandian dan alat pengering rambut.

 Walaupun tiada premis makanan, hotel ini mempunyai kedai serbaneka dan kedai dobi layan diri.

Pavillion hotel kuantan
  • Harga – Dari RM 148 semalaman.
  • Alamat – No. A25 & A27, Jalan Tun Ismail 1, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

12. DreamCatchers Home Hotel

dream catchers home hotel

DreamCatchers Home Hotel ini asalnya bangunan rumah kedai dua tingkat yang diubahsuai dan dihias cantik dengan warna-warna segar.

Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi dengan kelengkapan asas. Ianya juga dihias cantik dengan kertas dinding yang bercorak menarik dan lukisan tangan. 

dream catchers home hotel
  • Harga – Dari RM 149 semalaman.
  • Alamat – A 23, 1st Floor, Jalan Seri Setali 1 Jalan Air Putih, 25300 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

13. Hotel Seri Malaysia Kuantan

hotel sri malaysia

Hotel ini adalah salah satu cabang Hotel Seri Malaysia yang menawarkan penginapan bertaraf 3 bintang kepada para tetamu. Hotel ini menawarkan bilik keluarga berhawa dingin yang luas dan dihias dengan perabot kayu dan lantai berkarpet. Ianya juga dilengkapi dengan kelengkapan asas.

Hotel ini mempunyai restoran. Para tetamu boleh memulakan hari mereka dengan bufet sarapan pagi sebelum menjelajah Kuantan. Ianya juga menyediakan makanan halal tempatan serta hidangan Barat. Hotel ini turut  mempunyai kolam renang luaran dan Wi-Fi percuma.

hotel sri malaysia
  • Harga – Dari RM 153 semalaman.
  • Alamat – Jalan Teluk Sisek, , 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

14. The Leverage Lite

the leverage lite

Hotel The Leverage Lite adalah sebuah hotel yang agak baru. Ianya dibina dengan seni reka kontemporari dan moden. Hotel ini menggabungan bahan berasaskan konkrit dan kaca. Cat yang digunakan juga memberikan suasana yang tenang dan segar.

Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi menjamin keselesaan para tetamu.

the leverage lite
  • Harga – Dari RM 155 semalaman.
  • Alamat – No 289 & 291 Jalan Air Putih, 25350 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

15. Hotel Sentral Kuantan

hotel sentral kuantan

Hotel Sentral Kuantan ini terletak strategik di tengah-tengah bandar Kuantan dengan pemandangan Sungai Kuantan yang indah. Ianya menawarkan penginapan moden, bergaya dan selesa di bandar.

Bilik keluarga di hotel ini dihiasi dengan elegan dan  dilengkapi dengan TV LCD 32-inci, alat pengering rambut, peti besi dalam bilik, kemudahan membuat kopi / teh percuma, Air minum percuma, peti sejuk mini dan akses Wifi  percuma.

Hotel ini juga mempunyai kafe yang menyediakan masakan tempatan dan teres untuk menikmati pemandangan Sungai Kuantan.

hotel sentral kuantan
  • Harga – Dari RM 156 semalaman.
  • Alamat – No 45-p Jalan Besar , 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

16. Senrose Hotel Kuantan

senrose hotel

Senrose Hotel Kuantan  ini terletak di Tanjung Lumpur yang merupakan tempat tumpuan restoran makanan laut. Tetamu pastinya gembira dapat menikmati makanan laut dengan hanya berjalan kaki,

Hotel ini menyediakan bilik keluarga yang lengkap dengan keperluan asas. Bilik keluarga yang ditawarkan adalah berhawa dingin dan mempunyai perkhidmatan WIFI percuma. Walaupun ianya hotel bajet, ianya masih baru dan sangat selesa. 

senrose hotel
  • Harga – Dari RM 159 semalaman.
  • Alamat -54 Jalan Tanjung Lumpur 7, 26060 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

17. TC Beach Hotel

tc beach hotel main

TC Beach Hotel adalah sebuah rumah banglo dua tingkat yang diubahsuai menjadi hotel. Hotel ini terletak dekat dengan pantai Teluk Cempedak. Kanak-kanak pasti berasa seronok dapat bermain di pantai dan melakukan aktiviti air.

Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi dengan keperluan asas tetapi selesa.Persekitaran hotel ini juga mendamaikan.

tc beach hotel
  • Harga – Dari RM 159 semalaman.
  • Alamat – 5, Jalan Sim Lin Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

18. De Spring Hotel

d'springs hotel

De Spring Hotel adalah sebuah hotel baru yang mempunyai senibina dan gaya yang funki dan menarik. 

Persikatran hotel di hias dengan warna tanah dan warna tanah menggunakan pencahayaan lembut bago memberikan suasana tenang kepada tetamu.

Bilik keluarga yang ditawarkan juga sangat suas dan cantik. Peralatan seperti set TV, cerek elektrik, mesin pengering rambut juga disediakan. Perkhidmatan WIFI percuma juga turut ada.

dspring hotel
  • Harga – Dari RM 168 semalaman.
  • Alamat – No 157,Jalan Haji Abdul Rahman, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

19. Hotel Darulmakmur Lodge Kuantan

Darul makmur Lodge

Darulmakmur Lodge ini merupakan hotel bajet yang diuruskan oleh Majlis Ugama Islam & Adat Resam melayu Pahang. Ianya juga menawarkan perkhidmatan penginapan patuh syariah.

Hotel ini mempunyai ruang santai untuk tetamu yang mahu berkumpul dan berehat. Bilik keluarga yang disediakan juga selesa dan dilengkapi dengan keperluan asas.

darul makmur lodge
  • Harga – Dari RM 170 semalaman.
  • Alamat – No 13 Jalan Stadium, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

20. Arenaa Batik Boutique Hotel

Arenaa Batik Boutique

Arenaa Batik Boutique Hotel adalah sebuah hotel butik. Hotel ini bertemakan elemen batik yang digabungkan dengan hiasan antik. Tetamu dapat menikmati gabungan  elegan seni tradisional dan kontemporari moden di hotel ini.

Bilik keluarga yang ditawarkan dihias mewah dan cantik. Hotel ini juga mempunyai restoran yang mengnyediakan sarapan pagi percuma kepada para tetamu.

  • Harga – Dari RM 175 semalaman.
  • Alamat -E2324-2326, Jalan Dato’Wong Ah Jang, Pahang, 25100 Kuantan, Malaysia
arenna batik boutique

Selanjutnya di Agoda.com

21. Greenleaf Hotel

greenleaf hotel

GREENLEAF HOTEL ini terletak di tengah-tengah  bandaraya Kuantan. Lokasinya sangat strategik dan  berhampiran dengan semua kompleks membeli-belah utama di bandar Kuantan seperti Berjaya Megamall, East Coast Mall, Kompleks Teruntum, dan Kuantan Parade. 

Greenleaf Hotel juga baru sahaja diubahsuai dan diberi nafas baru jadi persekitaran hotel ini dan bilik-bilik yang disediakan amat cantik dan selesa. 

Bilik keluarga yang disediakan adalah berhawa dingin, dilengkapi dengan set TV, sambungan WIFI dan cerek eletrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Bufet sarapan pagi percuma turut disajikan setiap pagi di hotel.

greenleaf hotel
  • Harga – Dari RM 179 semalaman.
  • Alamat – JALAN BUKIT UBI NO 60-62, 25200 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

22. Greenlast Hotel

greenlast hotel

Greenlast Hotel diuruskan oleh syarikat yang sama menguruskan Greenleaf Hotel. Persekitran dan servis yang disediakan adalah sama seperti Greenleaf. Bezanya Greenlast Hotel mempunyai fasiliti refleksologi untuk tetamu memanjakan diri selepas keletihan menjelalah bandar Kuantan.

Hotel ini mempunyai restoran yang menyediakan bufet sarapan percuma dan masakan panas untuk memenuhi keperluan gastronomi para tetamu. Bilik keluarga yang ditawarkan juga besar, selesa dan lengkap dengan semua keperluan asas.

greenlast hotel
  • Harga – Dari RM 180 semalaman.
  • Alamat -GREENLAST HOTEL BUILDING JALAN AIR PUTIH A-37, 25300 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

23. Riverside Boutique Hotel

riverside boutique hotel

Riverside Boutique Hotel ini berkonsepkan hotel moden. Ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan Sungai Kuantan. Ia menjanjikan tetamu peluang untuk menikmati pemandangan indah sungai Kuantan.

Hotel ini mempunyai 3 tingkat yang dibina tinggi dengan penggunaan ruang yang minima. Bilik keluarga yang ditawarkan dilengkapi kemudahan seperti tertentu seperti sofa, meja kopi, kerusi  dan lain-lain.

Terdapat dua lokasi ruang santai di hotel ini. Kedua-duanya mempunyai ruang yang luas untuk tetamu berehat dan bersantai. Terdapat sofa dan bahan bacaan seperti buku, majalah dan surat khabar disediakan.

Kafe hotel pula  mempunyai meja makan di dalam dan di luar hotel untuk pilihan  para tetamu. Kafe ini menyediakan pilihan sarapan pagi dan masakan panas untuk para tetamu.

riverside boutique hotel
  • Harga – Dari RM 208 semalaman.
  • Alamat – NO. 47 JALAN TELUK SISEK, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

24. Cathayana Hotel Kuantan

cathayana hotel

Motto Hotel Cathayana ini adalah “di mana keselesaan bertemu dengan keanggunan”. Motto ini amat tepat sekali. Persekitaran hotel di hiasi dengan gabungan warna putih dan warna tanah. Dinding-dinding dihiasi dengan gambar lukisan tangan ataupun fotografi hitam putih.

Bilik keluarga yang disediakan juga berlantai parket dan berhawa dingin. Ianya dihias cantik tetapi tidak berlebihan. Ianya juga lengkap dengan keperluan asas. Sarapan pagi percuma juga turut disediakan.

cathayana hotel
  • Harga – Dari RM 215 semalaman.
  • Alamat – A41/3, Lrg Tun Ismail 5, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

25. Eastville Residence

eastville resindence

EastVille Residence ini terletak jauh sedikit dari bandar Kuantan. Pada tetamu yang sukakan persekitaran yang senyap dan mendamaikan. Hotel ini adalah pilihan yang baik. Ianya juga terletak dengan pantai Balok.

Bilik keluarga yang disediakan juga sangat luas dan berbalkoni. jadi tetamu boleh bersantai menikmati pemandangan sambil minum kopi. 

eastville residence
  • Harga – Dari RM 233 semalaman.
  • Alamat – LOT 17192, KM13 Jalan Kuantan Kemaman Sg Karang Pantai, 26100 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

26. Hotel Grand Continental Kuantan

hotel grand continental

Hotel Grand Continental Kuantan ini adalah antara hotel tertua dan terkenal di bandar Kuantan. Ianya bertaraf 3 bintang tetapi menjanjikan tetamu dengan layanan 5 bintang. 

Hotel ini mempunyai fasiliti yang mesra keluarga dengan menawarkan bilik keluarga atau apartmen 2 atau 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan katil mewah, TV LCD skrin plasma bersatelit, kemudahan membuat kopi dan teh, akses internet, bar mini, peti deposit keselamatan, kemudahan menyeterika dan alat pengering rambut. Bilik mandi pula mempunyai tab mandi.

Hotel ini juga mempunyai kafe, restoran, spa dan kolam renang. Tentunya kanak-kanak teruja untuk bermain di kolam renang.

hotel grand continental
  • Harga – Dari RM 251 semalaman.
  • Alamat – Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

27. courtyard@TC

courtyard@tc

Courtyard@TC adalah sebuah villa yang dijadikan hotel. Ianya terletak di kawasan antara Bukit Pelindung yang terkenal dengan aktiviti pendakian santai dan Pantai Teluk Cempedak. 

Villa ini dihias dengan elemen vintage dengan penggunaan perabot yang minima bagi memberikan suasana zen kepada tetamu.

Bilik keluarga yang ditawarkan juga lengkap dengan keperluan asas. Tetamu boleh bermandi-manda di pantai berdekatan ataupun bersiar-siar bersama keluarga menikmati pemandangan dan kehijauan landskap yang terdapat di sekeliling hotel ini.

courtyard@tc
  • Harga – Dari RM 269 semalaman.
  • Alamat – 11, Jalan Sim Lin Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

28. Grand Darul Makmur Hotel Kuantan

grand darul makmur hotel

Grand Darul Makmur Hotel Kuantan terletak  di tengah-tengah pusat perniagaan komersial bandar Kuantan. Hotel ini asalnya dikenali sebagai MS Garden namun telah dijenama semula ke Grand Darul Makmur Hotel Kuantan.

Hotel ini merupakan hotel paling menarik di bandar Kuantan. Ianya merupakan sebuah hotel bertaraf  4 bintang yangmenawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang berstandard antarabangsa.

Bilik keluarga yang ditawarkan dihias dengan elegan dan selesa. Ianya turut menawarkan  26 Saluran TV yang Hypp TV, Vision Four dan Saluran Radio dengan akses WIFI internet tanpa had. Terdapat juga penthouse mewah terletak di tingkat 12. Semua bilik tamu dilengkapi dengan

Hotel ini mempunyai 4 premis makanan  yang dianugerahkan dengan sijil HALAL. Restoran Seri Suria menyajikan hidangan masakan panas tradisional Melayu dan sarapan, Senja Poolside Terrace pula menawarkan pengalaman alfresco, Restoran Jade Terrace menyajikan makanan cina dan  Angelo menyediakan masakan barat dan Mediterranean.

Kemudahan lain yang terdapat di hotel ini adalah kolam renang, pusat kecergasan dilengkapi dengan gim, sauna, dan bilik wap serta jakuzi, surau, galeri, kedai cenderamata dan tempat letak kereta.

grand darul makmur hotel
  • Harga – Dari RM 370 semalaman.
  • Alamat – Lot 5 & 10 Lorong Gambut Off Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

29. Swiss-Garden Resort Residences Kuantan

swiss garden resort residence kuantan

Swiss-Garden Resort Residences Sungai Karang terletak di Pantai Balok. Ianya menawarkan 45 buah suite famili dan 25 unit suite family premier. Setiap unit menyajikan tetamu dengan pemandangan pandangan pantai yang cantik. Hotel ini mempunyai kolam renang yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kolam renang dewasa dan kolam renang kanak-kanak. Ianya juga mempunyai taman tema air mini: The Underwater City of Teruntum yang diilhamkan dari kisah seorang budak lelaki bernama Tintin yang telah dipilih untuk menyelamatkan dunia dari kemusnahan dengan merampas semula mutiara sakti dari ular laut yang jahat. Taman tema ini boleh diakses secara percuma oleh tetamu yang menyewa suite keluarga.

Selain itu, hotel ini juga menyediakan taman permainan kanak-kanak, gelanggang bola keranjang, sauna, gimnasium, surau dan restoran yang menghidangkan pelbagai masakan yang lazat dari masakan Barat hingga ke Tempatan.

swiss garden resort residence kuantan
  • Harga – Dari RM 608 semalaman.
  • Alamat – Jalan Kuantan-Kemaman, Mukim Sungai Karang, 26100 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

30. The Zenith Hotel Kuantan

The Zenith Hotel

Zenith Hotel adalah sebuah hotel bandar yang bertaraf  5-bintang. Ianya menawarkan bilik keluarga yang moden, dan mewah. Bilik-bilik keluarga dilengkapi dengan tingkap dari lantai ke siling yang menyajikan pemandangan panorama Kuantan, TV berskrin rata dengan saluran filem, perkhidmatan bilik 24-jam,kemudahan membuat teh / kopi dan bar mini. 

Zenith Hotel mempunyai 4 premis makanan, lounge, kolam renang infiniti dan premis kesihatan seperti spa dan gimnasium dan yang penting sekali pusat pemainan kanak-kanak.

Kafe di hotel ini bernama The Dining Room. Ianya menyediakan makanan sepanjang hari dan mempunyai dapur terbuka yang menyediakan hidangan antarabangsa. The Lounge pula menyediakan tempat yang ideal untuk berehat dan menikmati minuman. 2 premis makanan adalah Zen Bar dan restoran masakan cina.

The zenith hotel
  • Harga – Dari RM 690 semalaman.
  • Alamat – Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

31. Hyatt Regency Kuantan Resort

hyatt Regency Hotel Kuantan

Hyatt Regency Kuantan Resort adalah sebuah hotel 5 bintang yang baru sahaja dibuka semula kepada tetamu selepas ditutup sementara bagi memberi laluan kepada proses pengubahsuaian dan pembaikpulihan. Ianya terletak betul-betul di tepi pantai Teluk Cempedak.

Hyatt Regency Kuantan Resort menawarkan 19 buah bilik berorientasikan keluarga yang menampilkan gabungan reka bentuk estetik moden dan elemen kraf tradisional. Bilik-bilik ini juga mempunyai balkoni yang luas supaya tetamu dapat menikmati pemandangan panorama Laut China Selatan . Bilik mandi pula  direka khas dan dilengkapi dengan pancuran mandian atau tab mandi vintage yang elegan. 

Hotel ini mempunyai2 kolam renang luar yang mengagumkan, gelanggang tenis,spa dan 6 premis makanan untuk pilihan para tetamu. Para tetamu dapat menikmati hidangan tempatan sepanjang hari di Restoran Kampung, masakan asli Itali di Itali Bistro, tapas di Coals on the Beach, bersantai menikmati minuman menyegarkan di Sampan Bar atau pergi ke Chukka untuk hiburan secara langsung. Tempahan makanan ke bilik juga disediakan.

hyatt Regency Hotel Kuantan
  • Harga – Dari RM 822 semalaman.
  • Alamat – Telok Chempedak, 25050 Kuantan, Malaysia

32. Mandurah Hotel

The Mandurah Hotel terletak di Kuantan dan merupakan tempat yang bagus untuk menginap.

Mandurah Hotel terletak di Kuantan dan menawarkan penginapan yang selesa. Hotel ini mempunyai semua kemudahan yang diperlukan untuk keselesaan anda seperti kolam renang, gimnasium, spa dan banyak lagi.

The Mandurah Hotel menyediakan anda semua kemudahan yang diperlukan untuk menjadikan penginapan anda selesa. Anda boleh berenang di kolam renang, bersenam di gimnasium, atau berehat di spa.

33. Grand Darulmakmur Hotel Kuantan

Grand Darulmakmur Hotel Kuantan ialah sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Hotel ini mempunyai sejumlah 224 bilik, termasuk bilik standard, bilik deluxe, suite dan suite keluarga. Para tetamu boleh menikmati semua kemudahan yang ditawarkan oleh hotel, seperti kolam renang luaran dan pusat kecergasan.

Hotel ini terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah, restoran dan pusat hiburan. Ini memudahkan tetamu untuk melakukan lawatan sehari tanpa meninggalkan kawasan itu.

Selanjutnya di Agoda.com

Berakhir sudah senarai 31 hotel menarik dan mesra keluarga yang terdapat di Kuantan. Jika mahukan lebih pilihan, boleh sahaja terus melawat ke booking.com ataupun agoda.com. Pilihan hotel yang tepat amat penting untuk menikmati percutian keluarga dengan sepenuhnya.

Similar Posts