17 Hotel Di Kundasang Yang Mesra Bajet – Bawah RM150 Sehari!
Bila sebut sahaja percutian di Sabah, pasti ramai antara kita yang akan terfikir tentang Kundasang. Selain Kota Kinabalu, Kundasang juga semakin mendapat tempat di hati ramai pelancong tempatan dan luar negara. Jika anda belum pernah ke sini, jom kita rancang percutian penuh epik ke Sabah dan tempah salah satu daripada hotel di Kundasang yang kami kongsikan dalam artikel ini. Harganya mesra bajet, di bawah RM150 untuk sehari semalam!
Pilihan BEST Hotel di Kundasang (Senarai Ringkas)
Hotel Termurah: Postar’s Backpacker Kundasang, “Menawarkan penginapan yang termurah di Kundasang dan amat sesuai untuk tetamu yang datang solo”
Lodge bajet untuk travel dengan rakan: D’Villa Rina Ria Lodge, “Pada yang datang dengan rakan-rakan, lodge ini menawarkan bilik asrama yang selesa dengan bilik air berkongsi, jadi anda boleh tidur sebilik.”
Penginapan Ladang Unik: Wind Valley Farmstay, “Pada yang tidak pernah mengalami suasana ladang, penginapan unik ini memberi anda peluang untuk menikmati suasana ladang yang unik. Ia juga terletak berhampiran dengan air terjun.”
Banglo yang Cantik dan Privasi: J Residence, “Banglo ini terletak agak terlindung di kaki bukit Taman Negara Kinabalu. Ianya amat sesuai untuk tetamu yang sukakan ketenangan dan suasana damai di tempat yang terpencil.”
Hotel Kabin ala Hipster: Oppa 28, “Menawarkan tema ala hipster, hotel kabin ini dihias dengan moden dan dicat dengan warna-warna terang yang ceria.”
1. Kinabalu Valley Homestay

Siapa kata hotel-hotel di Kundasang mahal harganya? Sebenarnya, jika anda pandai mencari, ada banyak pilihan hotel bajet yang sesuai mengikut rancangan perbelanjaan anda. Antaranya? Sudah pasti Kinabalu Valley Homestay!
Terletak di Kampung Kinasaraban, homestay ini memberikan keselesaan penginapan pada harga di bawah RM50 semalam. Setiap biliknya menyediakan pelbagai kelengkapan seperti TV, rancangan TV kabel, pemanas air, layanan dobi, dan sebagainya.

Yang paling best, anda pasti akan seronok menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu dan kesegaran udara pagi di kawasan perkampungan ini.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 1 = Bajet, Mempunyai Banyak Kemudahan, Indah and menyegarkan.
- Harga – Dari RM40+ semalam
- Alamat – Kampung Kinasaraban, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah.
2. Kinabalu View Guesthouse

Lagi satu hotel di Kundasang yang berbajet bawah RM150 sehari adalah Kinabalu View Guesthouse. Ia merupakan sebuah rumah dua tingkat yang menempatkan beberapa bilik penginapan pada harga bajet.
Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu dan Kampung Kundassan, ia merupakan satu penginapan yang cukup selesa dan cantik. Anda boleh memilih sama ada untuk menginap di bilik persendirian, iaitu bilik Budget Double, yang lengkap dengan katil Twin atau Queen.

Kalau anda bercuti dengan rakan-rakan, pilih bilik Dorm yang menempatkan beberapa katil dua tingkat. Kemudahan BBQ pun ada disediakan di sini jika anda mahu buat aktiviti makan malam dengan keluarga atau kawan-kawan. Pasti syiok!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 2 = Bajet, Ada pilihan Bilik, Sesuai untuk yang bercuti sebagai kumpulan, dan mempunyai kemudahan tambahan.
- Harga – Dari RM45+ semalam
- Alamat – Jalan Sinisian, 89308 Kundasang, Sabah.
3. Wind Valley Farmstay

Siapa sangka? Dengan harga RM100 semalam, anda boleh menginap di sebuah penginapan mesra pelanggan yang lengkap dengan segala kemudahan. Pemilik Wind Valley Farmstay merupakan seorang anak muda yang cukup ramah dan mengutamakan kepuasan pelanggan.
Anda pasti berasa selesa ketika bermalam di bilik di farmstay ini kerana ia lengkap dengan katil yang besar, bilik air peribadi, TV, seterika, dapur kecil, cerek dan alat mandian. Sarapan pagi juga disediakan tau!

Malah, anda boleh menikmati pemandangan kampung yang permai serta keindahan Gunung Kinabalu. Anda juga boleh pergi ke air terjun dan menikmati bunyi aliran sungai yang terletak berhampiran dengan farmstay ini. Wow, memang mengasyikkan.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 3 = Bajet, Memuaskan, Mempunyai Banyak Kemudahan, Indah, Segar dan dekat dengan Air terjun.
- Harga – Dari RM95+ semalam
- Alamat – Jalan Cinta Mata Mesilou Hse No Mslu 107, 89308 Kundasang.
4. Postar’s Backpacker Kundasang

Anda seorang backpacker yang sangat sukakan adventure? Inap di sebuah hostel mesra bajet – Postar’s Backpacker Kundasang. Lokasinya yang terletak di dalam kawasan perkampungan akan memberikan anda suasana alam yang tenang dan cantik.
Di sini, ada dua jenis bilik. Anda boleh memilih sama ada untuk bermalam di bilik peribadi yang mempunyai katil Queen, bilik air, pemanas air, dan alat mandian. Atau, anda juga boleh bermalam di bilik dorm dengan katil bujang. Harganya bermula serendah RM32 sahaja!

Jangan risau tentang sarapan pagi. Ia ada disediakan di sini secara percuma dengan minuman teh dan kopi yang free-flow sepanjang hari. Memang berbaloi dengan harga, kan?
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 4 =Bajet, Damai, Ada pilihan bilik, dan Mempunyai Perkhidmatan yang Baik.
- Harga – Dari RM30+ semalam
- Alamat – Jalan Lobou Lobou Dua, 89308 Kundasang.
5. Kinabalu Mountain Lodge

Inginkan percutian yang tenang dan selesa tanpa berbelanja lebih? Mari menginap di Kinabalu Mountain Lodge. Ia tidak jauh dari Taman Negara Kinabalu, hanya 1 km sahaja. Jika anda bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu, hotel ini amat sesuai untuk anda.
Di sini, harga bilik hotelnya boleh berharga serendah RM84, jika anda pandai mencari tawaran istimewa secara online. Bilik hotel di sini berkonsepkan ala kabin dengan kemudahan yang ringkas seperti katil Twin atau katil jenis Full yang cukup selesa serta bilik air kongsi.
Ingin melancong di tempat lain? Berikut adalah senarai hotel di tempat lain, selain daripada hotel di Kundasang:
- 31 Hotel di Kota Kinabalu yang Sesuai untuk Percutian Keluarga
- 25 Hotel di Sandakan yang berbajet bawah RM 150
- 20 Hotel di Tawau Yang Menarik Untuk Anda Jika Pilih Bakal Bercuti

Sarapan pagi juga turut disediakan. Anda juga boleh pergi ke pekan Kundasang (10 minit dengan menaiki kereta) untuk makan-makan di restoran atau membeli barangan keperluan.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 5 = Bajet, Strategik, dan Unik.
- Harga – Dari RM84+ semalam
- Alamat – Jalan Lobou Lobou Dua, 89308 Kundasang.
6. Rocky Mountain Lodge

Rocky Mountain Lodge adalah lagi satu hotel di Kundasang yang memberikan harga bajet untuk percutian anda yang akan datang. Ia merupakan tempat penginapan ala lodge yang mempunyai dua tingkat dengan beberapa bilik peribadi.
Untuk bilik yang standard, harganya bermula serendah RM96 sehari. Ia dilengkapi dengan katil Queen, TV, bilik air peribadi, pemanas air (penting kerana tempat ini sejuk!), cerek, tuala dan kelengkapan mandian.

Dari ruang balkoni bilik, anda boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Kalau Desa Dairy Farm ada dalam itinerari anda, lodge ini sesuai sebab ia hanyalah 2 km dari ladang lembu yang popular ini!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 6 = Bajet, Mempunyai Kemudahan yang Memuaskan, Indah, Udara Segar, Dekat dengan Ladang Lembu.
- Harga – Dari RM96+ semalam
- Alamat – Kg. Mesilou Kundasang, 89307 Kundasang.
7. D’Villa Rina Ria Lodge

Anda teringin sangat menginap berhampiran dengan Gunung Kinabalu tetapi mempunyai bajet yang terhad? Jom bermalam di D’Villa Rina Ria Lodge. Hotel bajet ini terletak sangat hampir dengan gunung yang tertinggi di Malaysia, iaitu hanya 500 meter sahaja.
Boleh tak anda bayangkan kecantikan pemandangannya dari sini? Kalau berjalan kaki ke kawasan kaki pergunungan, ia hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Di sini, terdapat bilik dorm dan bilik persendirian. Jika anda pergi dengan pasangan atau keluarga, tempah bilik standard yang berharga semurah RM100 semalam.

Katil di bilik dorm pula serendah RM30 dan ia turut termasuk sarapan pagi. Selain Gunung Kinabalu, anda juga boleh pergi bersiar-siar di Pekan Kundasang, ianya hanya 15 minit dengan kereta dari hostel ini.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 7 = Indah, Tenang, Ada Pilihan Bilik, Bajet dan bagus untuk yang suka Trekking hutan.
- Harga – Dari RM30+ semalam
- Alamat – KM 53, Off Kinabalu Park, Jalan Yinompok, Kundasang, Sabah
8. Happy Garden Resort

Selain hotel, hostel dan homestay, di Kundasang juga terdapat chalet dan resort yang mesra bajet. Di Happy Garden Resort, anda boleh menempah katil bunk dua tingkat pada harga bermula RM30 sahaja.
Ketika berada di sini, anda pasti berasa selesa dapat bermalam di resort yang bersih, cantik dan lengkap dengan segala kemudahan. Malah, di sini juga terdapat Wi-Fi percuma! Bilik chalet menempatkan beberapa katil bunk yang sesuai untuk para backpacker.

Antara kelengkapan yang disediakan ialah restoran, kemudahan BBQ, serta bilik mandi yang bersih dan sarapan pagi.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 8 = Bajet, WIFI!, Ada Pilihan Untuk Bilik, dan Mempunyai Kemudahan tambahan yang memuaskan.
- Harga -Dari RM30+ semalam
- Alamat – Simpang Kg Tenompok, Jalan Ranau, Bundu Tuhan, Kundasang, Sabah.
9. Ren – Hana Kampungstay Kundasang

Keluar sahaja daripada pintu bilik, anda akan dapat melihat Gunung Kinabalu yang gah tersergam tidak jauh dari tempat penginapan anda. Ia sungguh menakjubkan. Ini adalah antara perkara yang akan anda nikmati ketika menginap di Ren – Hana Kampungstay Kundasang.
Di sini, terdapat beberapa jenis bilik tetamu. Bilik ekonomi dan bajet boleh bermula serendah RM84 semalam. Dengan harga yang murah, anda boleh menikmati banyak kemudahan seperti katil yang besar dan selesa, bilik air peribadi, alat mandian, dan Wi-Fi percuma.

Antara kelengkapan yang disediakan ialah restoran, kemudahan BBQ, bilik serta bilik mandi yang bersih dan sarapan pagi.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 9 = Ada Pilihan untuk Bilik, Bajet, WIFI! dan Mempunyai Kemudahan yang Mencukupi.
- Harga – Dari RM84+ semalam
- Alamat – Kg Cinta Mata Jalan Kauluan, Kundasang, 89308 Kundasang.
10. Mile 36 Lodge

Mile 36 Lodge adalah sebuah hotel di Kundasang yang menawarkan harga berpatutan dan mesra bajet buat para backpacker dan percutian keluarga. Bagi bilik Budget Twin, ia boleh bermula serendah RM100 semalam. Bilik asas dengan bilik mandi kongsi juga bermula serendah RM70.
Bilik ini mempunyai dua katil Twin, pemandangan taman yang cantik dan serba menghijau, kemudahan membancuh air, bilik mandi peribadi, alat pemanas air, dan disertakan dengan sarapan pagi. Memang selesa dan berpatutan.
Berikut adalah senarai penginapan hotel di lokasi lain dan tempat menarik yang anda perlu kunjungi, selain daripada senarai hotel di Kundasang.
- 30 Tempat Menarik Yang Wajib Dikunjungi di Melaka
- 26 Hotel Menarik Berbajet Bawah RM200 di Kuala Lumpur
- 23 Hotel di Muar Yang Menarik Dan Selesa

Menariknya lagi, Mile 36 Lodge juga terletak hanya kira-kira 1.6 km dari Taman Negara Kinabalu. Selain itu, di kawasan lodge ini juga terdapat restoran dan kedai serbaneka. Anda tidak perlu keluar jauh untuk mencari makanan yang sedap-sedap atau membeli barangan keperluan diri.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 10 = Ada Pilihan untuk Bilik, Indah, Unik, Selesa, Mempunyai Kemudahan yang Bagus dan Strategik.
- Harga – Dari RM70+ semalam
- Alamat – Kg Kalanggaan, Mile 36, Kundasang, 89300 Kundasang.
11. Suang Noh Homestay Kundasang

Mari kita lihat pula beberapa pilihan hotel di Kundasang yang menawarkan harga antara RM100 ke RM150 sehari. Salah satunya adalah Suang Noh Homestay Kundasang. Ia merupakan sebuah rumah ala lodge yang menampilkan pemandangan perkampungan dan gunung-ganang yang cukup indah!
Setiap bilik di sini menyediakan bilik mandi peribadi, ruang yang luas, katil yang empuk, Wi-Fi percuma, dan kemudahan bilik yang lengkap. Harga untuk bilik Double bermula semurah RM120 sahaja.

Ia juga terletak berhampiran dengan beberapa restoran Halal dan pekan Kundasang. Pusat pelancongan seperti Desa Cattle Dairy Farm dan Taman Memorial Kundasang pula hanya berjarak 3 km. Mudah untuk anda pergi bersiar-siar ketika menginap di sini!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 11 = Bajet, Indah, WIFI!, Ada Pilihan untuk Bilik, dan Strategik.
- Harga – Dari RM120+ semalam
- Alamat – Jalan Kundasang Kauluan Suang Noh Homestay, 89308 Kundasang.
12. Motel Ceasar’s Place

Kelengkapan bilik yang kelihatan moden, baru dan bersih serta persekitaran yang menghijau dan segar merupakan salah satu kelebihan yang akan anda nikmati ketika menginap di Motel Ceasar’s Place.
Ia terletak di lokasi yang bagus iaitu hanya 9.7 km dari Gunung Kinabalu dan hampir dengan pekan. Di sini, terdapat kemudahan seperti ruang parkir kereta yang luas, bilik air peribadi, tab mandi atau alat pemanas air yang penting untuk cuaca sejuk di Kundasang.

Jika anda bercuti bersama keluarga, anda boleh menempah bilik Suite yang mempunyai dua bilik tidur serta dapur kecil. Untuk bilik standard yang boleh memuatkan 2 ke 3 orang tetamu, ia mempunyai katil Queen atau Twin, balkoni, alat mandian, tuala, dan cerek. Ianya cukup selesa.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 12 = Bajet, Ada Pilihan untuk Bilik, dan Selesa.
- Harga – Dari RM120+ semalam
- Alamat – Mile 36, Kundasang, 89300 Kundasang.
13. Oppa 28

Nama hotel ini kedengaran seperti sebuah hotel di Korea bukan? Oppa 28! Namun, ia merupakan salah satu hotel bajet di Kundasang yang semakin mendapat tempat di hati ramai pelancong.
Dengan reka bentuk bangunan yang moden dan ala hipster, hotel Oppa 28 menyediakan kemudahan yang lengkap dan pengalaman penginapan yang menarik.

Anda boleh menempah salah satu daripada beberapa jenis bilik yang ada di sini. Untuk bilik Queen, harga untuk penginapan sehari semalam bermula dari RM140. Ia menyediakan kelengkapan seperti katil yang lembut, TV berserta rancangan kabel, bilik air peribadi, bar mini, tuala dan pemanas air.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 13 = Unik, Bajet, Mempunyai Kemudahan yang Memuaskan.
- Harga – Dari RM140+ semalam
- Alamat – Batu 38 Bundu Tuhan Bundu Tuhan, 89300 Kundasang.
14. J Residence

Terletak di Taman Negara Kinabalu, J Residence merupakan lagi satu hotel di Kundasang yang mesra bajet, sesuai untuk percutian anda bersama keluarga atau rakan-rakan. Terletak di kawasan tanah tinggi, anda pasti teruja apabila dapat menikmati pemandangan gunung-ganang dan kesegaran udara dengan kabus di waktu pagi.
Di sini, bilik Superior Twin yang mempunyai dua katil Twin bermula dari harga semurah RM101 semalam. Anda tidak perlu risau tentang kelengkapan bilik. Ini kerana ia dilengkapi dengan TV, bilik mandi peribadi, alat mandian, tuala, cerek, serta balkoni dengan pemandangan gunung dan hutan yang cantik.

Kalau anda bercuti beramai-ramai dengan kawan, tempah sahaja rumah bungalow persendirian yang boleh menempatkan sehingga enam orang tetamu. Berdekatan dengan hotel ini juga terdapat restoran untuk anda merasai makanan tempatan yang sedap-sedap. Jom tempah sekarang!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 14 = Bajet, Indah, Cantik, Tenang, Udara Segar dan Mempunyai Kemudahan yang Memuaskan.
- Harga – Dari RM101+ semalam
- Alamat – Kg. Tinompok, Mile 35 Kinabalu National Park, Nabalu Sabah 89300, Malaysia, 89300 Kundasang.
15. Skyville Zen Resort

Anda teringin untuk menginap di resort di kawasan pergunungan pada harga yang berpatutan? Jom pertimbangkan Skyville Zen Resort. Terletak di kawasan tanah tinggi, kira-kira 10 km dari Gunung Kinabalu, resort ini pasti dapat memberikan pengalaman percutian di Sabah yang serba selesa dan menenangkan.
Lanskap di resort ini cukup cantik dengan hiasan pepohon di taman dan kehijauan gunung-ganang. Biliknya juga luas, bersih dan kemas, disertai dengan katil yang empuk, dan bilik air peribadi yang lengkap dengan pemanas air.
Selain daripada hotel di Kundasang, jika anda Ingin melancong dan menginap di tempat lain seperti Cameron Highlands, Kota Bharu ataupun Cherating, berikut adalah senarainya.
- 25 Hotel di Cameron Highlands yang selesa dan bersih untuk semua jenis bajet.
- Bakal Bercuti Di Kelantan? Ini 21 Hotel Di Kota Bharu Yang Menarik Untuk Percutian Anda!
- 17 Hotel Terbaik Di Cherating Dengan Lokasi Strategik Yang Hampir Dengan Tempat Menarik

Ramai tetamu sebelum ini telah memuji kemesraan layanan staff di sini. Malah, terdapat juga kelengkapan dobi dan Internet percuma. Jika anda ingin pergi makan-makan dengan keluarga atau kawan, terdapat beberapa restoran yang terletak berhampiran – dari 700 meter ke 2.5 km.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 15 = Indah, Selesa, Mempunyai Kemudahan yang Memuaskan, Layanan staff yang Mesra, WIFI! dan Strategik.
- Harga – Dari RM149+ semalam
- Alamat – Jalan Kinasaraban, Kundasang, Ranau, 89308 Kundasang.
16. Ayana Holiday Resort

Lagi satu resort di Kundasang yang sesuai untuk mereka yang ingin bercuti secara bajet di Sabah adalah Ayana Holiday Resort. Hotel ini sering mendapat penerimaan yang baik dari para tetamu. Jika anda ingin menginap di sini, pastikan anda menempah awal kerana ianya cepat penuh.
Harga di resort ini boleh menjadi semurah RM80 semalam pada waktu bukan puncak seperti hari bekerja. Anda boleh menempah bilik standard Queen yang memberikan keselesaan dengan kemudahan seperti katil yang besar, TV skrin rata, Wi-Fi, bilik air, alat mandian, cerek dan kemudahan membancuh teh/kopi.

Pekan Kundasang pula terletak hanya 7 km dari resort ini dan amat mudah untuk anda pergi ke restoran-restoran berhampiran. Contohnya, Restoran Bayu yang berada hanya 500 meter sahaja dari sini.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 16 = Bajet, Cantik, Unik, Menarik, Berpatutan, Mempunyai Kemudahan yang Bagus, WIFI! dan Strategik.
- Harga – Dari RM80+ semalam
- Alamat – Kg. Tinompok, Mile 35 Kinabalu National Park, Nabalu Sabah 89300, Malaysia, 89300 Kundasang.
17. Sutera Sanctuary Lodges at Kinabalu Park

Sutera Sanctuary Lodges at Kinabalu Park merupakan hotel ala kabin yang terletak di pergunungan Kinabalu. Ia amat sesuai jika anda memang bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu atau menerokai taman negara.
Antara perkara yang sering dipuji oleh tetamu ketika menginap di sini adalah pemandangan tanah tinggi dan hutan yang cukup cantik serta peluang untuk menyaksikan haiwan liar seperti rusa dan pelbagai spesis burung.

Pada waktu bukan puncak, bilik di hotel kabin ini boleh bermula dari harga serendah RM100 berserta dengan sarapan pagi. Berbaloi bukan? Bilik jenis Rock Twin ini dilengkapi dengan 2 katil Twin, bilik air kongsi, kemudahan membancuh air, dan seterika. Jom rancang percutian anda ke Sabah dan menginap di sini!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Kundasang No 17 = Mewah tetapi Murah, Indah, Unik, Berbaloi, Tenang dan Mempunyai Kemudahan yang Memuaskan.
- Harga – Dari RM100+ semalam
- Alamat – Kinabalu Park, 88100 Kundasang.
Untuk percutian anda di Kundasang yang akan datang, anda tidak perlu pening kepala untuk mencari hotel mesra bajet yang sesuai untuk keluarga atau rakan-rakan anda.
Pilih sahaja salah satu daripada hotel di atas. Ianya menawarkan harga yang berpatutan dan terletak hampir dengan pusat pelancongan di Kundasang (ketahui 35 tempat menarik untuk dilawati di Kundasang di sini).
Bagi mencari pilihan hotel yang lain, anda boleh melayari Booking.com untuk mendapatkan harga terkini mengikut tarikh percutian anda. Jangan lupa juga untuk kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang sedang merancang percutian ke Kundasang, Sabah!
Kredit gambar: Booking.com, Tripadvisor.com.my