hotel di labuan

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan

Labuan merupakan salah satu daripada wilayah persekutuan di Malaysia. Pulau ini tidaklah sehebat Kuala Lumpur atau segah Putrajaya. Tetapi ianya mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pilihan BEST Hotel di Labuan (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: OYO 890 Hotel RK Cahaya, ” Hotel ahli kumpulan OYO ini menawarkan penginapan yang termurah di Labuan tetapi penginapan dan perkhidmatan yang disediakan amat bagus dan memuaskan.”

Lodge Untuk Bagpackers: Summer Beach Lodge, “Lodge yang terletak di tepi pantai ini bukan sahaja menyediakan penginapan pada harga berpatutan, ia juga mempunyai kedai runcit dan restoran makanan.”

Rumah Tamu Berkonsep Unik: Labuan GuestHouse Aframe-2“Rumah tamu ini menyediakan penginapan dan seni bina berbentuk segi tiga seolah khemah Teepee yang unik.”

Resort untuk Keluarga: Tiara Labuan Resort, “Resort ini bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga mempunyai fasiliti seperti pusat aktiviti kanak-kanak, taman permainan kanak-kanak dan kolam renang”

Hotel Mewah 5 Bintang Terbaik:  Dorset Grand Hotel“Hotel mewah ini menjanjikan perkhidmatan telah memenangi beberapa anugerah dan menjanjikan perkhidmatan yang cemerlang dan penginapan yang sempurna kepada tetamu.”

Labuan merupakan sebuah pulau bebas cukai, kalau datang ke sini, pasti anda seronok dapat membeli barangan import dengan harga yang murah. Bukan itu sahaja, kebanyakan premis perniagaan di sini tidak kisah tawar menawar. Anda boleh sahaja masuk ke dalam mana-mana kedai dan mula menawar.

 Pulau ini juga di kelilingi gugusan pulau-pulau kecil yang cantik. Udaranya segar dan nyaman. Makanan lautnya pula murah-murah dan segar. Labuan juga menjadi ibu pejabat untuk beberapa syarikat carigali minyak.  

Apa yang lebih menarik, walaupun ianya terletak di negeri Sabah, jika anda datang dari semenanjung. Anda tidak perlukan visa untuk menetap lebih daripada tiga bulan memandangkan statusnya sebagai wilayah persekutuan.

Jika anda bercadang melawat Labuan, kami ada senarai 26 hotel di Labuan yang best untuk anda pilih. Ada hotel yang murah, ada yang berpatutan dan ada yang mewah. Terpulang kepada bajet anda, dan berapa yang anda mahu belanjakan. Apa yang penting, hotel-hotel yang disenaraikan di sini mendapat ulasan yang baik daripada tetamu yang pernah menginap. kami juga susun senarai hotel dari yang paling murah hingga ke yang paling mahal untuk memudahkan pencarian anda.

1. OYO 890 Hotel RK Cahaya

OYO 890 Hotel RK Cahaya

Hotel RK Cahaya merupakan sebuah hotel ahli kumpulan OYO. Ianya menawarkan perkhidmatan penginapan hotel termurah di Labuan. Walaupun begitu, anda tidak perlu risau kerana kumpulan OYO amat mementingkan kualiti penginapan yang selesa dan perkhidmatan yang memuaskan. Hotel ini juga terletak di pusat bandar, jadi ianya dekat dengan beberapa tempat menarik di Labuan.  Jarak dari terminal jeti cuma 5 berjalan kaki.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa dan kalis bunyi. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan asas seperti penghawa dingin, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi pula bersih dan lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, ruang santai dan kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam. Hotel ini tidak mempunyai lif, jadi ianya tidak sesuai untuk keluarga yang datang dengan kanak-kanak kecil dan ibubapa yang berusia. Ia juga tidak mempunyai tempat letak kereta khas, tetapi tetamu boleh sahaja meletakkan kereta di tempat letak kereta awam dengan sedikit bayaran.

Perkhidmatan kemasan bilik harian ada disediakan di hotel ini. 

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 37
  • Harga – Dari RM 61 Semalaman.
  • Alamat – U0048 JALAN BUNGA MAWAR, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. OYO 969 Hotel Pantai View

Oyo 969 Hotel Pantai Labuan

Hotel Pantai View juga merupakan hotel ahli OYO. Kumpulan OYO memfokuskan kepada perkhidmatan hotel bajet dengan servis yang memuaskan. Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang.

Hotel ini menawarkan 43 unit bilik tetamu yang kemas dan bersih. Ianya lengkap dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV dan almari pakaian. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan tempat letak kereta. Hotel ini mempunyai lif dan kemudahan mesra OKU. Jadi ianya sesuai untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil dan ibubapa yang berusia.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan shuttle ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

OYO 969 Hotel Pantai Labuan
  • Harga – Dari RM 66 Semalaman.
  • Alamat – Lot U0068 & U0069 Jalan OKK Awang Besar, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. OYO 892 Hotel Grand Nadia

OYO 892 Hotel Grand Nadia

Hotel Grand Nadia ini merupakan salah satu lagi hotel ahli kumpulan OYO. Umum tahu yang kumpulan OYO amat mementingkan kualiti perkhidmatan dan fasiliti hotel ahli mereka. Luaran hotel ini sudah cukup menggambarkan perkhidmatan yang bakal anda terima. Ramai tetamu yang memuji tentang kebersihan dan keluasan bilik tetamu berbanding dengan harga yang dibayar.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin yang luas dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti set TV, meja, rak baju, cerek elektrik dan set membuat teh/kopi. Bilik mandinya pula dihias cantik dan dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan ruang santai. Hotel ini tidak mempunyai lif, jadi ianya tidak sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil ataupun yang membawa ibubapa yang sudah berusia. Tetapi untuk yang datang solo atau dengan rakan-rakan, ianya memang berbaloi. Untuk yang memandu, hotel ini tidak mempunyai petak khas, tetapi anda boleh sahaja meletak kereta di tempat letak kereta awam dengan bayaran yang murah.

Antara perkhidmatan yang disediakan di hotel ini termasuk, perkhidmatan daftar masuk/keluar ekspress, perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan dobi, cucian kering dan seterika dengan bayaran tambahan.

OYO 892 Hotel Grand Nadia
  • Harga – Dari RM 80 Semalaman.
  • Alamat – Lot 35, Block C, Level 1, 1,2 & 3, Lazenda Center, Jalan OKK Abdullah, WP, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

4. Summer Beach Lodge

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 38

Summer Beach Lodge merupakan sebuah penginapan rumah pantai bajet yang terletak di sebuah kampung nelayan. Ianya menawarkan pemandangan cantik pantai dan sesuai untuk tetamu solo atau tetamu berkeluarga yang mahu mencari penginapan bajet di tepi pantai.

Rumah pantai ini menawarkan 16 unit bilik tetamu yang terdiri daripada bilik standard ratu, bilik standard berkembar, bilik superior ratu, bilik delux raja, bilik keluarga dan suite. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV dan perabot. Suite dan bilik keluarga mempunyai dapur dan ketuhar. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering dan kelengkapan mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WiFi percuma, restoran, fasiliti barbeku, kedai runcit mini dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan.,

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 39
  • Harga – Dari RM 86 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Kerupang 1, Kg. Nagalang, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. One Hotel Labuan

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 40

One Hotel Labuan merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di pinggir bandar Labuan dan berdekatan dengan jeti. Ianya popular dikalangan tetamu yang melawat labuan secara solo atau dengan rakan-rakan. 

Hotel ini menawarkan 38 unit bilik tetamu yang luas dan dihias ringkas. Sesetengah unit bilik mempunyai balkoni. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, set TV dan perabot. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air dan set mandian.

Hotel ini mempunyai liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan tempat letak kereta. Hotel ini tidak mempunyai lif.

Perkhidmatan kemasan bilik harian ada disediakan di hotel ini.

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 41
  • Harga – Dari RM 87 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Ujung Pasir, 87018 Labuan, Labuan Federal Territory, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. Ocean Hotel

Ocean Hotel

Ocean Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di tengah-tengah bandar Labuan. Hotel ini amat sesuai untuk tetamu yang sukakan suasana sibuk dan aktiviti malam. Ianya terletak dekat dengan beberapa pusat hiburan dan kedai makan.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias dengan asas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin dan TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan tempat letak kereta .

Perkhidmatan kemasan harian dan panggilan teksi juga ada disediakan.

Ocean Hotel
  • Harga – Dari RM 91 Semalaman.
  • Alamat – Bandar Labuan, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. KL Hotel

KL Hotel

KL Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di tengah-tengah bandar Labuan. Pada yang datang ke Labuan atas urusan kerja ataupun yang gemarkan suasana meriah bandar, hotel ini adalah pilihan yang tepat. Ianya berdekatan dengan restoran, bank, tempat-tempat hiburan dan kedai bebas cukai. 

Hotel ini menawarkan 17 buah bilik tetamu yang kemas dan bersih. Ada tetamu memberi ulasan yang bilik-bilik di sini berbau segar dan mempunyai pengudaraan yang baik. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, meja dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Seterika dan meja seterika akan disediakan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma,kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi dan tempat letak kereta. Hotel ini tidak mempunyai lif, jadi ianya tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil, warga emas dan golongan OKU.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan kejutan bangun pagi, perkhidmatan dobi dan cucian kering ada disediakan dengan bayaran tambahan.

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 42
  • Harga – Dari RM 92 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Jati Jati Shophouse Development, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. SkyGlobal Hotel

SkyGlobal Hotel

SkyGlobal Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang bertaraf 1 bintang. Ianya terletak di tengah-tengah Bandar Utama Labuan. Hotel ini berdekatan dengan terminal jeti Labuan, kedai bebas cukai dan pasar kraf. Terdapat juga banyak restoran di sekitar hotel ini. Hotel ini antara hotel terawal yang ada di Labuan. Jadi reka bentuk dalamannya kelihatan agak 80’an. Namun begitu, semua kemudahan dan fasiliti masih berada dalam keadaan baik.

Hotel ini menawarkan 48 unit bilik tetamu yang kemas dan berlantai parket.  Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, almari pakaian, meja tulis dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan dan ruang simpanan bagasi. Hotel ini tidak mempunyai lif dan kesemua bilik tetamu terletak di tingkat satu dan dua. Ianya juga tidak mempunyai tempat letak kereta khas tetapi tetamu boleh meletakkan kereta dia tempat letak kereta awam dengan sedikit bayaran.

Perkhidmatan kemasan bilik harian ada disediakan di hotel ini.

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 43
  • Harga – Dari RM 93 Semalaman.
  • Alamat – U0438/0439/0440, Jalan Bunga Seroja, 87008 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

9. Global Hotel Labuan

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 44

Global Hotel Labuan merupakan sebuah hotel yang bertaraf 2 bintang. Ianya terletak si tengah-tengah bandar Labuan. Hotel ini juga merupakan antara hotel yang terawal dibuka di Labuan. Jadi hiasan dan perabotnya agak klasik. Walaupun begitu fasiliti dan peralatan yang disediakan adalah dalam keadaan baik. Di Labuan, masih tidak terdapat banyak bangunan tinggi, jadi pada tetamu yang menginap di tingkat atas hotel dapat menikmati pemandangan yang cantik terutamanya waktu matahari terbenam.

Hotel ini menawarkan 49 unit bilik tetamu yang dihias kemas dan berlantai parket. Setiap unit adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan set TV, rak baju, meja dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. Beberapa unit mempunyai tab mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, daftar masuk/keluar expres dan dobi dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

Global Hotel
  • Harga – Dari RM 96 Semalaman.
  • Alamat – U0017, Jalan O.K.K. Awang Besar, 87014 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

10. Labuan Fortune Hotel

Labuan Fortune Hotel

Labuan Fortune Hotel merupakan sebuah penginapan berkonsepkan hotel bisnes. Walaupun begitu ianya juga sesuai diinap oleh tetamu yang datang bercuti sama ada dengan rakan-rakan ataupun keluarga. Hotel ini mempunyai reka bentuk menarik dan dicat dengan kombinasi warna putih dan merah. Ianya juga terletak bersebelahan dengan pusat membeli belah. Walaupun begitu, suasana hotel ini amat tenang dan tidak bising.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik hotel yang dihias dengan asas tetapi cantik dan praktikal. Setiap bilik ada dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV dan meja. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, bidet, selipar dan set mandian. Peralatan seperti alat pengering rambut dan seterika akan diberikan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai dan tempat letak kereta khusus untuk tetamu yang menginap.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan panggilan bangun pagi juga ada disediakan.

Labuan Fortune Hotel
  • Harga – Dari RM 98 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Tanjung Bendera, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

11. Expo Hotel

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 45

Expo Hotel merupakan sebuah hotel bajet. Ianya terletak pinggir bandar Labuan tetapi agak berdekatan dengan kedai-kedai bebas cukai dan pasar kraf. Pada yang sukakan aktiviti malam, hotel ini juga terletak berhampiran dengan pusat-pusat hiburan, restoran-restoran makanan dan panggung wayang. Jarak ke jeti pula cuma 1 kilometer. menyediakan bilik-bilik berhawa dingin dan WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Terdapat pelbagai restoran terletak berhampiran.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang kemas dan selesa.Saiz tingkap juga agak besar dan menjanjikan pemandangan bandar yang menarik. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan peralatan membuat kopi/teh. Botol air mineral juga ada  disediakan. Bilik mandi pula mempunyai pancuran mandian dan peralatan mandian percuma.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan ruang simpanan bagasi. Hotel ini ada mempunyai lif. 

Perkhidmatan dobi ada disediakan dengan bayaran tambahan, manakala pengemasan bilik harian pula disediakan secara percuma. Kemudahan menyeterika akan disediakan atas permintaan. Surat khabar boleh dibaca di ruangan lobi.

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 46
  • Harga – Dari RM 98 Semalaman.
  • Alamat – U0309 JATI SHOPHOUSE PHASE I JALAN TUN MUSTAPHA, 87030 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

12. Premierz Hotel

Premierz Hotel

 Premierz Hotel merupakan sebuah penginapan yang bertaraf bertaraf 1 bintang. Ianya terletak di pinggir bandar Labuan. Walaupun ianya bertaraf 1 bintang, tetapi hotel ini  mendapat ulasan antara yang tertinggi di antara semua hotel bajet di Labuan. Reka bentuknya bangunannya sahaja sudah kelihatan menarik. Apatah lagi bahagian dalamannya. Ramai tetamu yang memuji layanan yang diberikan kakitangan hotel ini terhadap mereka.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias dengan kemas dan bersih. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, almari baju, meja tulis, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, alat  pengering rambut dan set mandian. Seterika juga akan diberikan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU dengan mengkhaskan bilik-bilik di bahagian bawah untuk golongan tersebut kerana ianya tidak mempunyai lif. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi  24 jam, ruang simpanan bagasi dan teres atas atap untuk tetamu bersantai. Hotel ini tidak mempunyai tempat letak kereta khas, tetapi terdapat tempat letak kereta awam bersebelahan dengan hotel yang boleh digunakan tetamu yang menginap dengan sedikit bayaran.

Perkhidmatan kemasan bilik harian dan panggilan pagi juga ada disediakan di hotel ini.

Premierze Hotel
  • Harga – Dari RM 99 Semalaman.
  • Alamat – U0373 Jalan Bunga Anggerik 87000 W.P. Labuan, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

13. Transit Hotel

transit hotel

Transit Hotel ini merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di  Victoria. Ianya agak hampir dengan lapangan terbang. Walaupun statusnya adalah sebuah hotel bajet, ramai yang memuji kebersihan hotel dan keramahan pekerja-pekerja hotel ini. Hotel ini banyak memenangi anugerah untuk hotel bajet.

Hotel ini menawarkan bilik yang dihias dengan kemas dan bersih dan lantai berjubin. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, set TV, meja tulis dan cerek elektrik. Bilik air pula sangat bersih dan lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, sudut jualan makanan ringan, snek dan air minuman dan tempat letak kereta. Hotel ini tidak mempunyai lif, tetapi pada yang menyewa bilik keluarga, unit-unit ini terletak di tingkat bawah hotel. Jadi ianya tidak menjadi masalah untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil ataupun ibubapa berusia.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan perkhidmatan dobi dan seterika dengan bayaran tambahan juga ada disediakan. Tetamu juga boleh menyewa kereta di hotel ini dan dibekalkan dengan peta Pulau Labuan.

Transit Hotel
  • Harga – Dari RM 100 Semalaman.
  • Alamat – Lot 35 & 36, Lazenda Commercial Centre Phase II, Jalan Tun Mustapha, 87007 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

14. Avida Hotel

Avida Hotel

Avida Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang bertaraf 2 bintang. Ianya terletak di tengah-tengah bandar labuan.menawarkan penginapan di Labuan. Hotel ini mempunyai reka bentuk menarik dan dicat dengan kombinasi warna kelabu, merah dan putih. Untuk sebuah hotel bajet, hotel ini mempunyai interior yang cantik yang menyenangkan.

Hotel ini menawarkan  bilik-bilik tetamu yang mempunyai pencahayaan yang baik. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, selipar dan peralatan mandian.

Hotel ini mempunyai liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan tempat letak kereta. Hotel ini juga mempunyai lif.

Perkhidmatan kemasan bilik harian dan panggilan bangun tidur juga ada disediakan.

Avida Hotel
  • Harga – Dari RM 107 Semalaman.
  • Alamat – Lot 0511 & 0512 Lazenda Commercial Centre Phase II, Jln Tun Mustapha, 87007 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

15. Labuan GuestHouse- Aframe 2

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 47

Labuan GuestHouse- Aframe 2 ini  merupakan penginapan rumah tetamu yang terletak di Kampung Pohon Batu. Ianya berhampiran dengan pantai. Reka bentuk rumah tamu ini agak unit dan berbentuk seperti khemah. 

Rumah tamu yang ditawarkan di hotel ini mempunyai dua tingkat. Tingkat bawah menempatkan ruang tidur dan tandas manakala tingkat atas menempatkan loteng dan balkoni. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan pembakar roti. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Semua bilik juga menyediakan pembakar roti.

Rumah tetamu ini tidak mempunyai WIFI. Ianya sesuai untuk tetamu yang mahu memisahkan diri dari teknologi buat sementara waktu. Pada yang datang bersama keluar atau rakan, premis ini ada menyediakan beberapa permainan papan untuk tetamu berhibur bersama. Terdapat dapur terbuka yang lengkap dengan peralatan memasak dan ruang makan disediakan untuk tetamu memasak dan makan sambil bersantai.

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 48
  • Harga – Dari RM 110 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Pancur Hitam, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

16. Micasa Hotel Labuan

Micasa Hotel

Micasa Hotel Labuan merupakan sebuah hotel yang bertaraf dua bintang. ianya terletak di tengah bandar Labuan dan berjarak hanya 10 dari lapangan terbang. Pada yang sukakan suasana sesak di pusat bandar, lokasi hotel ini sesuai untuk anda. Ianya terletak berhampiran dengan pusat-pusat hiburan, restoran dan pasaraya. Ianya sesuai untuk tetamu yang menginap atas urusan kerja.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang asas tetapi bersih. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, selipar dan set mandian. Alat pengering rambut dan seterika akan diberikan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma,  kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam dan ruang santai. Ianya tidak mempunyai tempat letak kereta khusus tetapi terdapat tempat letak kereta awam di hadapan hotel di mana tetamu boleh meletakkan kereta di sana dengan sedikit bayaran.

Perkhidmatan kemasan bilik harian ada disediakan di hotel ini.

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 49
  • Harga – Dari RM 122 Semalaman.
  • Alamat – Lot 447/448, Jalan Bunga Seroja, Labuan FT., 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

17. Fratini’s Hotel Labuan

Fratini's Hotel Labuan

Fratini’s Hotel Labuan terletak di tengah-tengah bandar Labuan. Bangunan hotel ini dibina dengan reka bentuk tudor Inggeris. Reka bentuk dalamannya pula menggabungkan elemen kayu dan marmar.

Hotel ini menawarkan 16 unit bilik tetamu yang selesa dan mempunyai ruang tempat duduk. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti sejuk, cerek elektrik, peti simpanan peribadi dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, mesin ATM, sebuah restoran dan tempat letak kereta. Hotel ini tidak mempunyai lif, jadi ianya tidak sesuai untuk keluarga yang datang dengan anak-anak kecil ataupun ibubapa yang berusia.

Perkhidmatan kemasan bilik dan sarapan pagi juga ada disediakan.

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 50
  • Harga – Dari RM 122 Semalaman.
  • Alamat – U0361C, Jalan Bunga Kesuma 87007 W.P Labuan P.O Box 81988, 87029 W.P Labuan, 87007 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

18. HOTEL AMBASSADOR 1

Hotel Ambassador

HOTEL AMBASSADOR 1 merupakan salah satu daripada cawangan Hotel Ambassador yang terdapat di Labuan. Ianya juga merupakan sebuah hotel bisnes bajet dan yang tertua di antara ketiga-tiga Hotel Ambassador. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Labuan dan dekat dengan beberapa tempat menarik di Labuan.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias khas dan berhawa dingin.  Antara kelengkapan yang terdapat di bilik terdiri daripada set TV, meja dan cerek elektrik . Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi dan tempat letak kereta.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian dan shuttle ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan.

Hotel Ambassador
  • Harga – Dari RM 129 Semalaman.
  • Alamat – U0142, Jalan Bunga Mawar, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

19. Hotel Labuan Point

Hotel Labuan Point

Hotel Labuan Point dibuka pada tahun 2016. Ianya terletak di tengah bandar Labuan. Reka bentuk hotel ini sangat moden dan menarik. 

Hotel ini menawarkan 128 unit bilik tetamu dan 4 unit suite yang kemas, moden dan zen dengan lantai bervinil. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, meja, almari baju, set TV, cerek elektrik, peti ais dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, restoran, bar, dapur terbuka dan tempat letak kereta khas.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di hotel ini termasuk sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, sarapan pagi kontinental, perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, perkhidmatan concierge, perkhidmatan dobi, perkhidmatan panggilan teksi dan shuttle percuma ke lapangan terbang.

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 51
  • Harga – Dari RM 167 Semalaman.
  • Alamat – Lot 207508183, Jalan Okk Abdullah, W.P.Labuan, 87000, Malaysia, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

20. Hotel & Apartment Ambassador 3

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 52

Hotel & Apartment Ambassador 3 merupakan salah satu daripada tiga cawangan Hotel Ambassador yang terdapat di Labuan. Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Labuan. Ianya merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang.

Hotel ini menawarkan 49 unit bilik tetamu dan unit pangsapuri untuk tetamu yang menginap di sini. Setiap unit lengkap dengan keperluan asas seperti penghawa dingin, meja, set TV, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, restoran dan tempat letak kereta.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk bufet sarapan pagi, perkhidmatan bilik 24 jam, perkhidmatan kemasan bilik dan shuttle ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan. 

Hotel & Apartment Ambassador 3
  • Harga – Dari RM 169 Semalaman.
  • Alamat – LOT 1,2,3 & 4, Jalan Jati, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

21. AZ HOTEL & SERVICED APARTMENTS

AZ HOTEL & SERVICED APARTMENTS

AZ Hotel and Serviced Apartments baru sahaja dibuka pada akhir tahun 2018. Jadi segala-gala tentang hotel ini masih baru. Hotel ini merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Reka bentuk hotel ini adalah moden Ianya terletak di tengah-tengah pusat bandar Labuan.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu dan unit pangsapuri yang dihias kemas dan berstail. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti set TV, peti ais dan cerek elektrik. Unot pangsapuri pula mempunyai ruang makan dan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak asas seperti ketuhar gelombang mikro. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, teres untuk bersantai, gimnasium dan tempat letak kereta.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian,kawalan keselamatan 24 jam dan shuttle percuma ke lapangan terbang.

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 53
  • Harga – Dari RM 182 Semalaman.
  • Alamat – PARAGON LABUAN JALAN TUN MUSTAPHA, 87000 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

22.Hotel Aifa

Hotel Aifa

Hotel Aifa merupakan salah-satu hotel bertaraf 3 bintang di Labuan. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Labuan. Ianya berjarak 10 minit dari lapangan terbang. Hotel ini sesuai untuk tetamu yang datang ke Labuan atas urusan kerja. 

Hotel ini menawarkan 139 unit bilik tetamu yang cantik dan selesa dengan tema bunga yang memberikan suasana tenang dan harmoni. Setiap unit adalah berhawa dingin dan lengkap dengan peralatan asas seperti set TV, peti ais, telefon dan cerek elektrik.  Bilik mandi pula luas dan dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Sesetengah unit juga mempunyai tab mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, restoran, pusat perniagaan dan tempat letak kereta.

Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, pengemasan bilik harian, perkhidmatan kejutan bangun pagi, sarapan pagi dan shuttle ke lapangan terbang.

Hotel Aifa
  • Harga – Dari RM 212 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Tun Mustapha, 87007 Labuan F.T., Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

23. Palm Beach Resort & SPA

Palm Beach Resort & Spa

Palm Beach Resort & Spa merupakan satu-satunya resort pantai yang terdapat di Labuan. Dengan keluasan 17 ekar, ianya terletak bersebelahan pantai yang cantik dan berpasir putih. Pada yang datang ke Labuan untuk bercuti dan berbulan madu. Resort ini memang sesuai untuk dijadikan pilihan. Ramai yang menjadikan resort ini sebagai lokasi perkahwinan mereka.

Hotel ini menawarkan 245 buah bilik tetamu yang dihias cantik dan santai.  Setiap unit adalah berhawa dingin dan mempunyai balkoni dengan pemandangan laut. Peralatan seperti set TV, bar mini, cerek elektrik dan telefon juga ada disediakan. Tetamu juga akan disambut dengan minuman alu-aluan apabila melangkah ke dalam bilik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut, selipar dan set mandian.

Resort ini mempunyai pantai persendirian. Ia juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, spa, gimnasium, gelanggang tenis, padang golf mini, taman permainan kanak-kanak, kolam renang dewasa, kolam renang kanak-kanak, restoran, bar pantai dan tempat letak kereta.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan sarapan pagi, perkhidmatan urutan, perkhidmatan kejutan bangun pagi, perkhidmatan simpanan bagasi, perkhidmatan dobi, perkhidmatan sewa basikal dan shuttle ke lapangan terbang.

26 Hotel di Labuan Yang Menarik dan Berpatutan 54
  • Harga – Dari RM 219 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Batu Manikar, PO BOX 80498, 87014 Federal Territory Labuan, 87014 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

24. Lazenda Hotel

Lazenda Hotel

Lazenda Hotel merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Labuan. Jadi segala-galanya dapat diakses dengan mudah. Hotel ini berkonsep moden. Persekitaran hotel juga kelihatan moden dan chic. Hotel ini sangat sesuai untuk yang datang ke Labuan atas urusan kerja dan dalam masa yang sama mahukan bersantai. Ianya juga terletak lima belas minit memandu ke lapangan terbang dan terminal feri.

Hotel ini menawarkan sebanyak 172 unit tetamu dan 38 unit suite. Setiap unit adalah berhawa dingin, dihias dengan berkelas dan lengkap dengan semua peralatan asas. Contohnya, set TV, set telefon, peti ais. Bilik mandi pula luas dan lengkap dengan pancuran air panas, alat pengiring rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, restoran, teres atas atap, gimnasium, spa dan tempat letak kereta.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk kawalan keselamatan 24 jam, pengemasan bilik harian, sarapan pagi, daftar masuk/keluar percuma, panggilan kejutan bangun pagi, perkhidmatan concierge dan perkhidmatan shuttle percuma ke lapangan terbang.

Lazenda Hotel
  • Harga – Dari RM 248 Semalaman.
  • Alamat – Block C & D, Lazenda Centre, Jalan OKK Abdullah, 87007 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

25. Tiara Labuan Hotel

Tiara Labuan Hotel

Tiara Labuan Hotel ini merupakan salah satu hotel bertaraf 4 bintang yang terdapat di Labuan. Hotel ini menawarkan penginapan yang berkonsepkan resort. Kawasannya luas, terletak bersebelahan dengan padang golf dan sangat dekat dengan pantai.

Hotel ini menawarkan bilik tetamu, suite satu bilik, suite dua bilik dan vila dengan tiga hingga lima bilik. Semua unit dihias dengan kemas, kalis bunyi, berbalkoni dan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Unit-unit ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti set perabot, set TV, rak baju dan peti ais. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, bidet, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian. Selain dari bilik tetamu, suite dan villa juga mempunya dapur yang berfungsi dan dilengkapi dengan kemudahan memasak asas.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang santai, gimnasium, spa, fasiliti barbeku. kedai runcit, restoran, bar, kolam renang dan tempat letak kereta.

Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan sarapan pagi, khidmat urutan, khidmat tempahan aktiviti dan khidmat shuttel ke lapangan terbang.

Tiara Labuan Hotel
  • Harga – Dari RM 258 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Tanjung Batu, P.O.Box 80537 F.T, 87015 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

26. Dorsett Grand Labuan

Dorsett Hotel labuan

Dorsett Grand Labuan ini merupakan satu-satunya hotel bertaraf 5 bintang yang terdapat di Labuan. Sesuai dengan tarafnya, hotel ini menjanjikan tetamu yang menginap di sini dengan pengalaman yang mewah dan fasiliti berkelas tinggi. Hotel ini juga pernah memenangi beberapa anugerah contohnya “HAPA Hotel 5 Bintang Terbaik 2016-2018”, “HAPA Kecemerlangan Servis 2016-2018”, “HAPA Kecemerlangan Concierge 2016-2018”, “Kempen pemasaran & Promosi ASEAN Terbaik 2016” dan banyak lagi. Jadi jika anda tidak bermasalah berbelanja lebih. Hotel ini adalah yang terbaik untuk dijadikan pilihan.

Hotel ini menawarkan sebanyak 179 unit bilik tetamu yang terdiri dari pada bilik Delux, bilik eksekutif, suite premium dan suit diraja. Semua unit dihias dengan cantik, berkelas dan mempunyai balkoni. Unit-unit ini juga dilengkapi dengan set TV, set sofa, rak baju, telefon, cerek elektrik dan bar mini. Set teh/kopi, air mineral dan buah-buahan segar ada dihidangkan. Bilik mandi pula amat besar dan lengkap dengan pancuran air panas, bidet, tab mandi, alat pengering rambut, jubah mandi, selipar dan set mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang santai, 2 restoran, satu lounge, 1 pub, pusat perniagaan, kolam renang dewasa, kolam renang kanak-kanak, taman permainan kanak-kanak, gimnasium, spa, kedai cenderamata dan tempat letak kereta.

Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan pesanan hidangan makanan ke bilik yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan concierge, perkhidmatan valet, khidmat urutan, khidmat dobi, khidmat seterika, khidmat menggilap kasut, khidmat penghantaran ke lapangan terbang dan banyak lagi. Pokoknya, apa saja permintaan tetamu akan ditunaikan.

Dorsett Hotel labuan
  • Harga – Dari RM 313 Semalaman.
  • Alamat – 462 Jalan Merdeka, 87029 Labuan, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

Berakhir sudah senarai 26 hotel di Labuan yang boleh anda pilih. Jika anda masih mahu mencari, anda boleh sahaja terus melawat laman web Booking.com ataupun Agoda.com untuk maklumat lanjut.

Jika anda berniat mahu singgah ke Sabah, kami ada senarai 31 Hotel di Kota Kinabalu yang sesuai untuk percutian keluarga yang anda boleh tengok-tengok mana yang berkenan di hati.

Kami juga ada senarai 17 hotel di Kundasang dan 25 Hotel di Sandakan yang sesuai untuk pelancong yang mahukan sesuatu yang kena dengan bajet. 

Jika anda mahu singgah ke Semporna, Kami juga mempunyai senarai 20 hotel di Semporna yang best dan selesa untuk anda jadikan pilihan.

Tak rugi anda pergi mana-mana tempat di Sabah. Negeri ini memang unik dan banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Selamat bercuti.

Similar Posts