hotel di langkawi

31 Tempat Menginap Menarik untuk Percutian Bersama Keluarga di Langkawi

Pulau Langkawi memang terkenal di Malaysia. Pulau yang masyur dengan lagenda Mahsuri ini bukan sahaja cantik, ianya juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Kanak-kanak pasti berasa seronok dapat bermain di pantai, menaiki kereta kabel, menaiki kuda, melihat sawah padi, bermain permainan ekstrem dan banyak lagi aktiviti. Ibubapa pula, tiada apa yang lebih menggembirakan mereka selain daripada dapat membeli belah barangan dengan harga yang murah. Pulau Langkawi juga dikenali sebagai syurga membeli belah kerana ianya mempunyai status bebas cukai. Pendek kata, pulau ini memang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Ada sahaja aktiviti yang boleh dilakukan bersama, baik beriadah mahupun membeli belah.

Selain memikirkan aktiviti dan tempat untuk dilawati, memilih tempat penginapan yang selamat, selesa dan boleh membuat kanak-kanak seronok juga amat penting. Pengunjung akan menghabiskan separuh masa lawatan mereka di Pulau Langkawi dengan berehat dan menginap di tempat penginapan. Jadi mestilah kena betul-betul pilih yang sesuai. Apatah lagi jika bercuti bersama kanak-kanak. Memang boleh pening kepala melayan kerenah mereka. Berikut adalah senarai 31 Tempat Menginap menarik untuk percutian bersama keluarga di Langkawi. Ianya disusun dari yang termurah hingga yang termahal. Harap-harap dapat membantu dalam pencarian tempat menginap yang sesuai.

ZEN Rooms Basic Senyum Inn

Antara hotel-hotel di Langkawi yang disenaraikan, ZEN Rooms Basic Senyum Inn ini amat sesuai untuk keluarga yang tidak berbajet besar. Ianya terletak di Pantai Matsirat. Tempat penginapan ini cuma menawarkan bilik yang besar, berbalkoni dan selesa. Bilik-bilik di sini berhawa dingin dan dilengkapi perkhidmatan wifi percuma. Setiap bilik juga dilengkapi dengan peralatan seterika, set televisyen cerek eletrik dan air mineral percuma. Bilik mandinya juga lengkap dengan pancuran air panas dan bidet.

Tempat penginapan ini tiada kolam renang dan restoran. Tetapi lokasinya sangat dekat dengan pantai dan kedai-kedai makan. Ruang santai untuk tetamu berehat dan tempat letak kereta percuma turut disediakan.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 1 – Bajet, Mudah, dan Strategik.

  • Harga - Dari RM 68 semalaman (Triple room)
  • Alamat - Senyum Inn, Jalan Airport, Padang Matsirat Mukim Bohor, T/S Lot 35, Langkawi, Kedah, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

2. Island Time Motel

Island Time Motel

Island Time Motel terletak di bandar Kuah. Motel ini dilengkapi dengan perkhidmatan wifi percuma. Ianya juga merupakan lokasi yang strategik kerana terletak berhampiran tempat=tempat menarik seperti dataran Lang dan banyak lagi. Sekeliling motel ini juga terdapat banyak kedai yang menjual barangan bebas cukai. Pada keluarga yang suka membeli-belah. Motel ini memang antara pilihan yang sesuai.

Setiap bilik adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan peti simpanan peribadi. Kelengkapan asas seperti cerek elektrik, set televisyen dan peralatan mandi ada disediakan. Alat pengering rambut dan seterika disediakan atas permintaan.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 2 – Mudah, Strategik, Sesuai dengan yang suka membeli-bela

  • Harga - Dari RM 84 semalaman. (bilik keluarga)
  • Alamat - 39 Persiaran Dayang 2, Dayang Business Centre, Pekan Rabu Kuah, 07000 K uah, Malaysia

3. Landcons Hotel & Resort

Landcons Hotel & Resort

Landcons Hotel & Resort terletak berdekatan dengan Pantai Cenang. Hotel ini mempunyai sebuah bangunan rumah mansion putih tiga tingkat dan beberapa chalet kayu. Chalet-chalet kayu di sini dibina mengelilingi kolam renang yang besar dan penuh dengan permainan slaid air untuk kanak-kanak dan ibubapa bermandi-manda.

Bilik-bilik dan chalet kayu lengkap dengan set bilik tidur dan peralatan asas. Terdapat set televisyen bersatelit, cerek elektrik, bar mini dan kemudahan menyeterika. Bilik mandi juga dilengkapi dengan tab mandi. Hotel ini turut mempunyai kedai bebas cukai, restoran dan spa ikan.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 3 – Selesa, Banyak Kemudahan, Indah dan Strategik.

  • Harga - Dari RM 144 semalaman (Bilik keluarga)
  • Alamat - Lot 2616, Jalan Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

4. Milvus Hotel

Milvus Hotel

Milvus Hotel ini terletak di Kuah. Ianya sesuai untuk keluarga yang tidak mahu berbelanja banyak untuk tempat menginap tetapi mahukan tempat menginap yang selesa. Bilik keluarga yang ditawarkan agak luas dan selesa. Ianya lengkap dengan cerek elektrik, air botol, set televisyen, tab mandi dengan peralatan mandi yang lengkap, dan ruang dapur asas.

Hotel ini juga menawarkan sarapan pagi percuma, tetamu juga boleh memesan makanan dan minum petang di restoran yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Seluruh hotel ini juga diliputi dengan perkhidmatan wifi percuma.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 4 – Bajet, Selesa, Banyak Kemudahan, dan Berpatutan.

  • Harga - Dari RM 155 semalaman (bilik keluarga)
  • Alamat - No 1&2, Jalan Persiaran Putera, 07000 Kuah, Malaysia

5. Langgura Baron Resort

Langgura Baron Resort

Langgura Baron Resort adalah sebuah tempat penginapan bajet yang terletak di Pantai Cenang. Ianya menawarkan dua jenis penginapan iaitu bilik hotel dan chalet kayu. Kedua-dua jenis penginapan ini adalah berhawa dingin dan mempunyai akses wifi percuma. Ianya juga dilengkapi kelengkapan asas seperti set bilik tidur, tv, cerek eletrik dan bilik mandi berpancur air panas.

Resort ini juga mempunyai kolam renang yang berpapan gelongsor untuk kanak-kanak, sebuah restoran, kedai serbaneka dan bilik mesyuarat. Ianya ideal untuk keluarga tanpa perlu berbelanja besar.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 5 – Bajet, Strategik, Pemandangan Indah, Seronok dan Banyak Kemudahan. 

Berikut adalah senarai penginapan hotel di lokasi lain selain daripada senarai hotel di Langkawi:

  • Harga - Dari RM 162 semalaman (bilik keluarga)
  • Alamat - Lot 2608, Tanjung Mali, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

6. Lavigo Resort

Lavigo Resort

Lavigo resort adalah sebuah tempat penginapan bajet yang terletak di Pantai Cenang. Jangan terpedaya dengan perkataan bajet itu. Antara hotel-hotel di Langkawi, Resort ini memang sangat-sangat berbaloi untuk diinap. Bukan saja ianya menawarkan pelbagai variasi bilik keluarga, ianya juga dilengkapi dengan kolam renang dan gazebo berkayu untuk tetamu bermain sambal bersantai. Sudah tentu anak-anak tidak akan merasa bosan.

Setiap bilik disini adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan set televisyen bersatelit. Dobi layan diri, kedai serbaneka dan restoran juga ada disediakan. Jika tetamu ingin menyewa kenderaan, pekerja di meja depan akan membantu urusan tersebut.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 6 – Bajet, Indah, Seronok dan Banyak Kemudahan.

  • Harga - Dari RM 180 (Standard triple room)
  • Alamat - LOT 2764, Jalan Kuala Muda, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

7. Shell Out Cenang Beach Resort

Shell Out Cenang Beach Resort

Tempat peranginan ini asalnya sebuah motel yang dijenama semula menjadi tempat peranginan selepas di ambil alih. Lokasinya betul-betul berdekatan dengan Pantai Cenang.

Bilik keluarga yang ditawarkan sangat luas dan lengkap. Terdapat juga apartment untuk keluarga jika tetamu mahukan ruang yang lebih luas dan kemudahan memasak.

Tempat penginapan ini juga mempunyai kolam renang dan kebun kecil untuk tetamu bersantai. Pada tetamu yang mahu melakukan aktiviti barbeque, kemudahan dan peralatan untuk barbeque juga ada disediakan.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 7 – Bajet, Strategik, Indah, Banyak Kemudahan, dan Menarik.

  • Harga - Dari RM 186 semalaman (Bilik Keluarga)
  • Alamat - LOT 2599 JALAN PANTAI CENANG 07000 LANGKAWI KEDAH, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

8. Malibest Resort

Malibest Resort

Malibest Resort adalah sebuah hotel bajet tidak lokek dengan layanan. Ianya mempunyai beberapa chalet, bangunan dua tingkat dan lima chalet atas pokok. Apa yang menarik tentang resort ini adalah ianya terletak betul-betul di tepi Pantai Chenang.

Tetamu tentunya akan rasa seronok jika dapat tidur dengan ditemani bunyi deruan ombak dan bangun pagi dengan pandangan pantai yang indah dari luar tingkap. Dan yang lebih menyeronokkan apabila keluar sahaja dari pintu, kaki terus dapat memijak pasir pantai yang putih. Kanak-kanak pasti merasa teruja. Di sini juga  terdapat bar yang menyediakan makanan dan minuman untuk tetamu yang menikmati pemandangan pantai sambal bersantai. Kerusi-kerusi malas ada disediakan. Terdapat kemudahan untuk barbeque juga. Kolam renang juga ada disediakan.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 8 – Bajet, Strategik, Indah, Banyak Kemudahan, dan Selesa.

  • Harga - Dari RM 200 (Bilik keluarga)
  • Alamat - Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

9. Rasa Senang Villa

Rasa Senang Villa

Rasa Senang Villa ialah rumah penginapan bajet yang terletak di Pantai Cenang. Menariknya ianya menyediakan perkhidmatan concierge dan servis bilik pada harga yang sangat berpatutan.

Bilik-bilik di sini berhawa dingin dan dilengkapi dengan kelengkapan bilik tidur, cerek eletrik, set televisyen, wifi percuma dan bilik air dilengkapi tab mandi. Terdapat juga ruang dapur yang dilengkapi peralatan memasak asas disediakan. Struktur bangunan dibina bercirikan kedesaan menjanjikan keselesaan dan kedamaian kepada tetamu. Walaupun tidak mempunyai kolam renang, anak-anak pastinya gembira dapat bermain di dalam tab mandi. Lokasinya juga sangat berdekatan dengan pantai cenang memudahkan tetamu mengakses pantai tersebut untuk mandi manda.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 9 – Bajet, Strategik, Indah, Banyak Kemudahan, dan Selesa.

  • Harga - dari RM 200 semalaman (Bilik kuadrupel)
  • Alamat - Lot 2609, Pantai Chenang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

10. Chuu Pun Village Resort

Chuu Pun Village Resort

Resort kampung in terletak di tengah-tengah sawah padi berhampiran dengan Pantai Cenang. Tetamu di sini dapat menikmati suasana kampung berlatarbelakangkan gunung-ganang yang indah dan megah dari balkoni bilik masing-masing. Selain daripada pemandangan yang memukau, resort kampung ini mempunyai kolam renang dan ruang santai yang tentu sahaja dapat memikat hati kanak-kanak dan ibubapa.

Bilik-bilik di resort ini dilengkapi dengan kelengkapan seperti set televisyen satelit, set penghawa dingin, dan peti ais. Terdapat juga ruang dapur yang lengkap dengan peralatan memasak yang asas untuk tetamu yang mahu menyediakan makanan ringan. Perkhidmatan wifi dan tempak meletak kenderaan juga turut disediakan.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 10 – Menarik, Indah, dan Mempunyai Banyak Kemudahan.

Tidak berminat sudah melancong di Langkawi ataupun melihat senarai hotel di Langkawi yang telah kami sediakan? Jangan bimbang, senarai berikut mungkin boleh membantu anda:

  • Harga - Dari RM 201 semalaman (bilik keluarga)
  • Alamat - LOT 1018, KAMPUNG KULALA TEMONYONG MUKIM KEDAWANG, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

11. De Baron Resort

De Baron Resort

De Baron Resort Langkawi merupakan hotel di Langkawi yang mempunyai tiga bintang yang terletak di pekan Kuah. Tempat menginap ini mempunyai dua bangunan. Satu bangunan mengadap pemandangan pantai dan satu lagi mengadap jalan raya. Bilik famili terletak di bangunan yang mengadap pantai.

Terdapat 228 bilik disediakan di sini. Setiap bilik lengkap dengan set televisyen bersatelit, peralatan memasak air dan membuat kopi/the, wifi percuma, bar mini, peti simpanan keselamatan dan bilik mandi dilengkapi air panas dan tab mandi.

De Baron Resort Langkawi mempunyai dua kolam renang, sebuah restoran, sebuah kafe dan tempat letak kereta percuma. Kafe di sini menyediakan buffet sarapan pagi dari pukul 7.00 hingga 10.00 pagi.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 11 – Menarik, Selesa, Mempunyai Banyak Kemudahan, dan indah.

  • Harga - Dari RM 203 semalaman (Bilik keluarga)
  • Alamat - Bandar Baru Baron, 07000 Kuah, Malaysia

12. Bahagia Villa

Bahagia Villa

Bahagi Villa merupakan hotel tiga bintang yang terletak di Kuah. Ianya menyediakan apartment untuk keluarga pada harga yang amat berpatutan. Hotel ini dicat dengan warna yang terang seperti pelangi. Selain menawarkan bilik yang selesa, ianya juga menawarkan fasiliti seperti kolam renang dan taman permainan untuk kanak-kanak.

Apartment yang ditawarkan adalah berhawa dingin dan berkelengkapan penuh. Ruang tamu disediakan set televisyen dan sofa untuk tetamu bersantai. Dapur pula dilengkapi dengan kemudahan memasak yang asas. Seluruh apartment ini mempunyai akses wifi percuma. Bilik mandinya juga mempunyai pancuran air panas dan alat pengering rambut.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 12 – Menarik, Seronok, Mempunyai Banyak Kemudahan, dan Selesa.

  • Harga - Dari RM 219 semalaman (Apartment 3 bilik)
  • Alamat - Lot 929, Jalan Padang Masirat, 07000 Kuah, Malaysia

13. Perdana Beach Resort Langkawi

Perdana Beach Resort Langkawi

Perdana Beach Resort Langkawi ialah tempat peranginan yang bertemakan self-catering. Ianya bermaksud, setiap unit bilik dan kediaman yang ditawarkan mempunyai kemudahan memasak dan dapur untuk kegunaan tetamu yang lebih suka menyediakan makanan sendiri. Sangat sesuai untuk keluarga yang samaada mahu berjimat, mahukan diet yang sihat ataupun untuk anak-anak yang cerewet tentang makanan luar.

 Tempat menginap yang ditawarkan terdiri daripada unit bilik dan apartment yang berhawa dingin yang berkelengkapan penuh, mempunyai balkoni dan bilik mandi lengkap dengan tab mandi. Fasiliti seperti tempat letak kereta percuma, kolam renang dan perkhidmatan wifi turut disediakan. Pendek kata, ianya seperti bercuti di rumah sendiri tetapi dengan bonus pemandangan laut yang sangat cantik.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 13 – Unik, Mempunyai Banyak Kemudahan dan Indah.

  • Harga - Dari RM 259 semalaman (apartment dua bilik)
  • Alamat - Lot 79 Jalan Kuala Melaka, Mukim Padang Matsirat, 07100 Pantai Cenang, Malaysia

14. Kapal Terbang Guest House Langkawi

Kapal Terbang Guest House Langkawi

Pada yang sukakan pengalaman unik dan suasana kampung, rumah tamu ini mungkin adalah pilihan yang sesuai. Ianya terletak berhampiran Pantai Chenang dan dikelilingi kebun tropikal yang sejuk mata memandang. Rumah tamu ini juga sangat luas dan selesa dan mempunyai kolam renang yang tentunya menarik hati kanak-kanak. Ianya juga dilengkapi kemudahan wifi percuma.

Bilik-bilik dan ruang makan di rumah tamu ini lengkap dengan penghawa dingin. Ruang tamu pula dilengkapi dengan perabot dan set televisyen bersatelit. Dapurnya lengkap dengan peralatan memasak seperti dapur memasak, oven dan peti ais. Bilik mandi dan tandas dilengkapi dengan pancuran air panas. Kelengkapan menyeterika dan mesin basuh juga turut disediakan untuk keselesaan tetamu. Untuk tetamu yang memandu kenderaan, terdapat tempat letak kenderaan disediakan.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 14 – Selesa, Udara Segar, Mempunyai Banyak Kemudahan, dan Seronok.

  • Harga - Dari RM 263 semalaman (per unit rumah)
  • Alamat - No.53A, Lot 1721, Kg. Perana, Mk. Kedawang, Langkawi, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

15. Casa Idaman Motel

Casa Idaman Motel

Motel ini terletak berhampiran Pantai Cenang. Memang sesuai untuk membawa anak-anak bermain di pantai. Tidak perlu susah-susah menaiki kenderaan. Cukup dengan berjalan kaki. Harga sewaan semalamannya pun murah. Khidmat meja depan beroperasi 24 jam untuk memudahkan urusan keluar masuk tetamu.

Bilik keluarga yang disediakan agak luas dan dilengkapi kemudahan asas seperti penghawa dingin, set televisyen, peti ais dan air panas di bilik mandi. Ianya juga mempunyai balkoni. Walaupun berdekatan dengan Pantai Chenang, suasana motel ini agak sunyi. Tetamu dapat menikmati tidur yang nyenyak tanpa gangguan bunyi bising. Motel ini juga menyediakan perkhidmatan wifi percuma untuk tetamu.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 15 – Berpatutan, Indah, Mempunyai Banyak Kemudahan, Selesa dan Nyenyak.

Tidak berminat dengan hotel di Langkawi? Berikut adalah senarai hotel dari tempat lain seperti:

  • Harga - Dari RM 265 semalaman (bilik keluarga)
  • Alamat - Lot 2327, Jalan Kampung Berjaya, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

16. White Lodge

White Lodge

White Lodge adalah rumah penginapan yang terletak berhampiran dengan Pantai Cenang. Ianya amat mesra keluarga. Tetamu boleh memilih samaada mahukan bilik keluarga ataupun sebuah unit rumah untuk diinap.

Bilik-bilik dan unit rumah yang ditawarkan adalah berhawa dingin dan mempunyai akses wifi percuma. Setiap unit dihiasi dengan warna terang dan lengkap dengan LCD TV, peti ais dan cerek elektrik. Kemudahan dapur untuk unit rumah juga ada disediakan. Ianya juga dikelilingi taman yang cantik. Terdapat air pancur di luar bilik untuk kegunaan tetamu yang mahu membersihkan diri dari pasir selepas bermandi manda di Pantai Cenang.

Terdapat ruang santai dan perpustakaan mini dimana perkhidmatan meja depan beroperasi. Tetamu boleh menghabiskan masa membaca sementara menunggu ahli keluarga yang lain bersiap.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 16 – Unik, Pemandangan Indah, Mempunyai Banyak Kemudahan, dan Mesra Keluarga.

  • Harga - Dari RM 289 semalaman (Bilik Kuadrupel)
  • Alamat - Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

17. My Rainforest Suite Hotel

My Rainforest Suite Hotel

My Rainforest Suite Hotel ini adalah hotel bajet yang terletak di Kuah. Apa yang menariknya, hotel ini menyediakan bilik suite pada harga yang amat berpatutan. Bilik-bilik dicat dengan warna terang dan kelihatan moden.

Bilik suite yang ditawarkan sangat selesa dan boleh memuatkan enam orang pada satu masa. Ianya juga berhawa dingin dan lengkap dengan set bilik tidur asas dan tv. Bilik mandi juga dilengkapi dengan pancuran air panas dan alatan pengering rambut.

Terdapat kemudahan dobi layan diri disediakan dipremis ini.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 17 – Bajet, Berpatutan, Mempunyai Banyak Kemudahan, dan Senang.

  • Harga - Dari RM 299 semalaman (suite 2 bilik tidur)
  • Alamat - Jalan Padang Matsirat 125, 07000 Kuah, Malaysia

18. Best Star Resort

Best Star Resort

Best Star Resort merupakan hotel bajet bertaraf tiga bintang. Ianya terletak di Pantai Cenang. Ianya mempunyai sebuah restoran yang menawarkan makan tengah hari dam makan malam, kolam renang dengan dua papan gelongsor untuk kanak-kanak, khidmat meja yang menawarkan pakej lawatan dan kedai serbaneka untuk memenuhi keperluan para tetamu.

Bilik keluarga yang ditawarkan berhawa dingin dan lengkap dengan keperluan asas seperti bar mini, cerek elektrik, set television dan set bilik tidur asas. Bilik mandinya dilengkapi dengan peralatan mandi dan pancuran air panas. Bilik keluarga juga mempunyai balkoni yang berlatarbelakangkan pemandangan laut.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 18 – Indah, Berpatutan, Seronok, dan Mempunyai Banyak Kemudahan.

  • Harga - Dari RM 333 semalaman (Bilik keluarga)
  • Alamat - Lot Pt 892, Jalan Pantai Cenang, 07100 Pantai Cenang, Malaysia

19. Nadias Hotel

Nadias Hotel

Nadias Hotel terletak di Pantai Cenang. Ianya adalah sebuah hotel bertaraf tiga bintang. Hotel ini menyediakan kemudah bilik berhawa dingin, perkhidmatan wifi percuma, perkhidmatan dobi, perkhimatan meja depan yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan kenderaan sewa, tempahan aktiviti air dan kenderaan ke lapangan terbang.

Bilik=bilik yang ditawarkan dilengkapi dengan set televisyen, cerek eletrik, bar mini, peti simpanan dan bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air panas dan peralatan mandi yang lengkap.

Hotel ini juga mempunyai kolam renang, cafe, bar jus, surau, bilik mesyuarat, spa dan kedai serbaneka. Apa yang menarik, tetamu juga boleh menyewa kapal layar di sini.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 19 – Unik, Menarik, Mempunyai Banyak Kemudahan, dan Seronok.

  • Harga - Dari RM 385 semalaman (Bilik keluarga)
  • Alamat - Lot 977, Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

20. Ombak Villa Langkawi

Ombak Villa Langkawi

Ombak Villa Langkawi adalah merupakan tempat peranginan esklusif yang terletak di Padang Matsirat. Ianya menawarkan pemandangan Laut Andaman yang indah dan Banjaran Gunung Mat Cincang yang megah. Struktur dan hiasan tempat ini bertemakan campuran seni bina melayu dan kontemporari moden. Terdapat dua jenis penginapan disediakan iaitu suite dan villa. Setiap suite dan villa dihias cantik dan dilengkapi dengan set bilik tidur yang mewah, TV satelit, kelengkapan membuat kopi, balkoni dengan kerusi santai, dan bilik mandi bertab. Kelengkapan mandi juga turut disediakan. Perkhidmatan sarapan di bilik sendiri juga ada disediakan.

Fasiliti seperti kolam renang, gimnasium, spa, sauna, bilik stim, restoran, lounge, bistro, ruang bermain kanak-kanak, gelanggang tenis, perpustakaan, tempat barbeque dan kedai cenderamata turut disediakan. Pendek kata, tempat peranginan ini sangat lengkap dapat dapat memenuhi segala kehendak tetamu.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 20 – Unik, Sangat Menarik, Esklusif, Indah, Banyak Kemudahan dan Fasiliti, dan Seronok. 

Selain daripada hotel di Langkawi, jika anda Ingin melancong dan menginap di tempat lain seperti Cherating, Kelantan dan Cameron Highlands, berikut adalah senarainya.

  • Harga - Dari RM 443 (ombak suite triplet)
  • Alamat - Lot 78 Jalan Kuala Muda, Padang Matsirat, 07100 Pantai Cenang, Malaysia

21. Bella Vista Waterfront Kuah Langkawi

Bella Vista Waterfront Kuah Langkawi

Bella Vista Waterfront terletak di Kuah. Ianya dikelilingi 14 ekar taman yang hijau mengadap Laut Andaman. Suasana di tempat peranginan ini amat mendamaikan. Ianya menawarkan bilik keluarga berhawa dingin menghadap taman ataupun laut yang sangat selesa. Bilik-bilik ini dilengkapi wifi percuma, set televisyen bersatelit, botol air dan bilik airnya mempunyai tab mandi dan lengkap dengan keperluan mandi.

Ianya juga mempunyai kolam air masin, gimnasium, spa dan dua premis makanan untuk tetamu menikmati makanan pelbagai variasi. Nautilus Restaurant yang dibuka sepanjang hari menawarkan bufet sarapan pagi. Ianya juga menyediakan makan tengahari dan makan malam atas pesanan. Ocean’s Bar pula menawarkan snek ringan dan minuman menyegarkan untuk tetamu. Terdapat perkhidmatan servis bilik juga. Perkhidmatan meja depan beroperasi 24 jam untuk memastikan layanan terbaik diberikan kepada tetamu.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 21 – Indah, Selesa, Unik, Damai, dan Mempunyai Kemudahan Lengkap.

  • Harga - Dari RM 516 semalaman (Bilik keluarga)
  • Alamat - PERSIARAN MUTIARA, PUSAT DAGANAGN KELANA MAS, , 07000 Kuah, Malaysia

22. The Ocean Residence Langkawi

The Ocean Residence Langkawi

 The Ocean Residence Langkawi adalah sebuah hotel butik yang terletak di Kuah dan berkonsep menarik. Bilik-biliknya berasal dari kontena yang dicat dengan warna yang terang. Walaupun bilik-bilik ini berasal dari kontena tetapi kemudahan dan layanan yang disediakan memang memuaskan.

Bunyian ombak dari pantai berdekatan juga amat menenangkan. Kanak-kanak juga pasti suka kerana hotel ini dilengkapi tiga kolam renang iaitu kolam air masin infiniti, kolam pasang surut semulajadi dan kolam mandi olimpik. Terdapat restoran disediakan untuk tetamu menikmati sarapan dan makan tengahari. Kemudahan untuk barbeque juga ada tersedia. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur yang lengkap seperti katil, sofa, almari pakaian, bar mini, kabel tv bersatelit dan banyak lagi. Ia juga lengkap dengan bilik mandi berair panas dan tandas. Bilik-bilik di sini mempunyai dua pintu. Satu pintu mengadap laut dan satu lagi mengadap hutan bakau dan taman kecil. Kedua-dua pemandangan sama cantik. Tetamu dapat menikmati saat matahari terbenam di sini dari beranda bilik masing-masing.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 22 – Memuaskan, Unik, Indah, Seronok, Mempunyai Banyak Kemudahan, dan Selesa. 

  • Harga - dari RM 519 semalaman (bilik kuadrupel deluxe)
  • Alamat - 1, Ocean Front Estate, Bukit Benggali, 07000 Kuah, Malaysia

23. Langkawi Chantique

Langkawi Chantique

Tempat penginapan ini mempunyai motto “nilai, kualiti dan perkhidmatan pada harga yang tepat”. Ianya terletak berdekatan dengan Pantai Chenang. Ianya menawarkan 24 bilik dan separuh dari jumlah bilik tersebut adalah khas untuk keluarga. Langkawi Chantique menyediakan fasiliti seperti kolam renang dan perkhidmatan bilik. Sarapan percuma disediakan dan dihantar terus ke bilik masing-masing. Makan tengahari dan makan malam juga disediakan atas permintaan dan juga dihantar terus ke bilik. Mudah dan menyenangkan bukan?

Perkhidmatan pembersihan bilik harian juga turut disediakan. Cadar katil dan tuala juga ditukar setiap hari. Jadi ibu bapa tidak perlu risau jika tuala yang disediakan asyik basah kerana anak-anak suka bermain di kolam renang. Selain itu, ada juga perkhidmatan dobi, perkhidmatan meja pakej lawatan, perkhidmatan sewa kenderaan dan perkhidmatan hantaran ambil dan pergi dari lapangan terbang disediakan.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 23 – Menarik, Senang, Mempunyai Banyak Kemudahan dan Perkhidmatan

  • Harga - Dari RM 553 semalaman
  • Alamat - Lot 2346, Jalan Bohor Tempoyak, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

24. Federal Villa Beach Resort

Federal Villa Beach Resort

Federal Villa Beach Resort adalah tempat peranginan yang terletak di Pantai Tengah.  Bilik-bilik yang ditawarkan di sini berhawa dingin dan lengkap dengan segala keperluan asas. Begitu juga dengan bilik mandi. Perkhidmatan dobi juga ada disediakan. Apa yang menarik tentang tempat peranginan ini adalah ianya mempunyai empat premis perkhidmatan makanan mengikut kesesuaian selain daripada spa, kolam renang, gimnasium, gelanggang tenis dan taman permainan kanak-kanak. Akses wifi dan tempat letak kenderaan percuma turut disediakan.

Tetamu boleh menikmati makan malam buffet yang enak disediakan Langenda Restoran, berehat sambal menikmati hiburan secara langsung di Matahari Lounge, bersantai dan menikmati snek ringan di lavilla Pool Club dan menikmati minuman menyegarkan di Tropical Beach Bar.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 24 – Unik, Indah, Seronok dan Mempunyai Banyak Kemudahan dan Tempat Menarik.

  • Harga - Dari RM 565 semalaman (Apartment 2 bilik)
  • Alamat - Lot 1698, Pantai Tengah, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

25. Royale Chenang Resort

Royale Chenang Resort

Tempat peranginan ini terletak di Pantai Cenang. Reka bentuk dan hiasan dalamannya memang cantik dan menarik. Apa yang menyeronokkan adalah, bilik mandinya di lengkapi tab mandi. Pasti kanak-kanak merasa teruja dapat bermain buih dan berendam di dalam tab mandi. Selain itu, terdapat juga kolam renang disediakan.

Selain dari tab mandi, ada juga kemudahan lain yang disediakan seperti set kelengkapan tidur yang lengkap untuk satu keluarga, set televisyen bersatelit, peti ais dan banyak lagi. Bagi ibu bapa yang ingin berehat dan bersantai, terdapat kerusi santai disediakan untuk mereka. Sambil-sambil memantau aktiviti anak masing-masing, mereka dapat mencuri masa berehat atau menghabiskan membaca buku kegemaran mereka yang telah lama tertangguh.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 25 – Selesa, Damai dan Mempunyai Kemudahan yang Baik. 

Berikut adalah senarai penginapan hotel di lokasi lain selain daripada senarai hotel di Langkawi.

  • Harga - Dari RM 599 semalaman (Suite Junior)
  • Alamat - Lot 735c, Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, Pantai Chenang, 07100 Pantai Cenang, Malaysia

26. Temple Tree Resort

Temple Tree Resort

Temple Tree Resort ini amat menarik. Ianya mempunyai lapan villa dan setiap villa menawarkan kelainan dari segi struktur binaan dan hiasan dalaman. Setiap villa mempunyai tema dan cerita tersendiri berlatarbelakangkan sejarah dan budaya tradisi masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Villa-villa tersebut adalah Chinese House 1 dan Chines House 2, Penang House 1 dan Penang House 2, Black & White House, Colonial House, Estate dan Plantation.

Pengurusan hotel ini bertempat di STRAITS CLUB. Bangunan ini menyerupai bangunan zaman colonial lengkap dengan beranda dan hiasan ukiran yang cantik pada setiap dinding. Selain dari kaunter penyambut tetamu, bangunan ini juga dilengkapi dengan restoran, bar, perpustakaan dan meja pool untuk kegunaan tetamu. Terdapat juga kolam renang dan taman kecil untuk tetamu bermandi manda dan bersantai.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 26 – Unik dan Mempunyai Banyak Kemudahan and Fasiliti.

  • Harga - Dari RM 650 semalaman (suite 2 bilik)
  • Alamat - Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

27. Villa Sawah Padi Langkawi

Villa Sawah Padi Langkawi

Villa Sawah padi adalah rumah tamu yang terletak berdekatan dengan pantai cenang. Struktur binaan dan hiasan villa ini bercirikan seni bina melayu. Ianya dibina ditengah-tengah sawah padi yang memberikan suasana kampung yang aman dan damai. Villa yang luas ini boleh memuatkan 13 orang tetamu dalam satu masa. Suasana di sekeliling juga agak senyap dan jauh daripada kesesakan.

Ianya mempunyai 2 bilik tidur berhawa dingin yang besar, ruang tamu, ruang makan, dapur, beranda dan taman, tempat barbeque, kolam renang dan bilik air yang dilengkapi pancuran air panas dan tab mandi gaya melayu. Tetamu boleh bersantai di beranda sambil menikmati pemandangan sawah padi dan gunung-ganang. Dapur yang disediakan lengkap dengan peralatan memasak dan peti ais. Kanak-kanak juga pasti suka bermain di kolam renang.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 27 – Unik, Menarik, Indah, Selesa, Damai, dan Seronok.

  • Harga - Dari RM 900 semalaman (satu unit villa)
  • Alamat - 16, Lorong Sawah 1 Jalan Makam Mahsuri, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

28. The Frangipani Langkawi Resort & Spa

The Frangipani Langkawi Resort & Spa

Tempat peranginan yang terletak di Pantai Cenang ini amat berbaloi untuk dijadikan tempat penginapan. Ianya mempunyai pantai peribadi sendiri, kolam air laut tepi pantai yang besar dan menyeronokkan. Tempat peranginan ini menawarkan villa dan bilik yang amat selesa untuk mereka yang bercuti bersama keluarga. Terdapat fasiliti seperti restoran, spa, sauna, bilik stim, gimnasium dan banyak lagi disediakan. Setiap villa dan bilik diletakkan agak berjarak dan dikelilingi taman tropika yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan renek dan wangi yang memberikan suasana senyap dan nyaman kepada tetamu.

Pada ibubapa yang mahukan masa berdua-duaan. Tempat peranginan ini menawarkan fasiliti “Kid’s Corner” untuk kanak-kanak berusia antara 4 tahun hingga 12 tahun. Banyak aktiviti menarik yang boleh mereka lakukan di sini. Pekerja-pekerja di fasiliti ini akan memantau mereka dan memastikan mereka tidak curi-curi keluar dari fasiliti ini tanpa diiringi oleh penjaga mereka. Menarik bukan? Tempat peranginan ini juga banyak memenangi anugerah berprestij berkaitan dengan perkhidmatannya. Pepatah “Alah membeli, menang memakai memang sesuai digunakan untuk tempat peranginan ini.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 28 – Sesuai untuk ibu bapa yang mahukan masa berdua-duaan, Indah, Perkhidmatan yang Baik, Menarik dan Mempunyai Kemudahan yang baik. 

  • Harga - dari RM 917 semalaman (Bilik keluarga delux)
  • Alamat - P.O. Box 138. Jalan Teluk Baru Pantai Tengah, Mukim Kedawang,, 07100 Pantai Cenang, Malaysia

29. Rumah Jah

Rumah Jah

Rumah Jah ini merupakan rumah tamu villa dua tingkat yang boleh memuatkan lapan orang tetamu dalam satu masa. Ianya sesuai untuk tetamu yang mahukan privasi dan suasana yang senyap. Ianya terletak berhampiran pantai Cenang.

Villa ini berkeperluan lengkap dan sangat cantik. Struktur binaannya bercirikan bercirikan kedesaan dan dalamannnya dihiasi dengan perhiasan antik dan unik. Terdapat tiga bilik tidur, tiga bilik mandi dan dapur disediakan untuk kegunaan tetamu. Setiap bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi dengan set televisyen.

Persekiran villa ini sangat nyaman kerana ianya dikelilingi pokok-pokok dan hutan kecil. Terdapat juga akses terus ke pantai dan teres untuk tetamu bersantai sambal menikmati pemandangan laut. Khidmat sewa kenderaan juga ada disediakan di villa ini.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 29 – Damai, Unik, Nyaman, Selesa, dan Indah.

  • Harga - Dari RM 1000 semalaman (villa)
  • Alamat - Kg Tasik Anak Besar, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

30. Westin Langkawi Resort & Spa

Westin Langkawi Resort & Spa

Tempat peranginan ini terletak berdekatan dengan Terminal Feri Kuah. Ianya bertaraf lima bintang dan layanan yang diberikan adalah bertaraf dunia. Westin Langkawi Resort & Spa mempunyai pantai peribadi, dua kolam renang, spa dan beberapa buah restoran dan bar. Fasiliti seperti gelanggang tenis, gimnasium, taman dan kawasan rehat juga ada tersedia. Apa yang menarik, Perkhidmatan “babysitting” juga ada disediakan.

Bilik keluarga yang ditawarkan amat menarik dan selesa. Bilik airnya dilengkapi tab mandi yang pastinya membuat anak-anak teruja.  Terdapat juga villa yang dilengkapi dengan kolam mandi peribadi untuk tetamu yang mahukan lebih privasi. Suasana hotel ini amat mendamaikan dan tidak bising. Segala keperluan dan kehendak tetamu pastinya akan dipenuhi oleh tempat peranginan ini.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 30 – Unik, Menarik, Indah, Mewah, Sesuai untuk Keluarga ataupun Pasangan yang ingin Meluangkan masa bersama, Mempunyai Banyak Kemudahan and Perkhidmatan yang baik.

Ingin melancong di tempat lain? Berikut adalah senarai hotel di tempat lain, selain daripada hotel di Langkawi:

 

  • Harga - Dari RM 1085 semalaman (superior twin queen)
  • Alamat - Jalan Pantai Dato Syed Omar, 07000 Kuah, Malaysia

31. Berjaya Langkawi Resort

Berjaya Langkawi Resort

Berjaya Langkawi Resort adalah tempat peranginan mewah mengadap pantai yang bertaraf lima bintang. Ianya terletak ditengah-tengah hutan hujan dan mempunyai akses terus ke pantai yang terletak di Teluk Burau. Ianya antara hotel terbaik di Pulau Langkawi

Kemudahan yang disediakan di sini adalah kolam renang, spa, gimnasium, meja ping pong, gelanggang bola tampar pantai, taman permainan kanak-kanak, kelab kanak-kanak, meja untuk tempahan pakej lawatan dan perkhidmatan hantaran ke pekan.

Kelab kanak-kanak beroperasi dari pukul 8.30 pagi sehingga 9.00 malam. ibubapa boleh mendaftar dan meninggalkan anak-anak di sin dan mengambil peluang untuk meluangkan masa berdua-duan. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti bengkel membuat binatang dari kertas, melukis, membuat laying-layang, melukis t-shirt dan jika mereka kebosanan, permainan lego, permainan papan, filem animasi, teka-teki dan permainan konsol juga disediakan untuk mereka menghabiskan masa. Makan tengah hari dan snek juga disediakan untuk mereka.

Bilik keluarga yang ditawarkan adalah sangat mewah dan selesa. Ianya mempunyai balkoni mengadap laut, berhawa dingin dan lengkap dengan segala kelengkapan asas yang diperlukan oleh keuarga. Bilik mandinya juga mempunyai tab mandi berjakuzi.

#Pemikiran Kita Tentang Hotel Di Langkawi No. 31 – Mewah, Jauh dari Kesesakan, Nyaman, Indah, Seronok, Sesuai untuk Keluarga ataupun Pasangan yang ingin Meluangkan masa bersama, Senang, dan Menarik.

  • Harga - Dari RM 1325 semalaman (suite keluarga)
  • Alamat - Karong Berkunci 200, Burau Bay, 07000 Pantai Kok, Malaysia

Ada yang berkenan di hati? Tempat-tempat penginapan yang disenaraikan di atas ini memang amat berbaloi sekali untuk pengunjung yang datang dengan keluarga. Jika senarai ini masih tidak mencukupi, boleh sahaja terus ke laman web Booking.com untuk lebih pilihan penginapan. Pulau Langkawi memang tempat yang menyeronokkan untuk dilawati. Pilihan tempat penginapan yang tepat dapat menambahkan lagi keseronokan melancong.

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment