hotel di lumut

22 Hotel di Lumut yang Menarik dan Awesome

Lumut merupakan destinasi transit untuk pelancong yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor. Walaupun tidak sepopular tempat-tempat lain yang terdapat di Perak, Lumut sebenarnya mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Ia menempatkan salah satu Markas Tentera Laut Diraja Malaysia. 

Pilihan BEST Hotel di Lumut & Pulau Pangkor (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: Garden Inn, ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Lumut. Ia juga mempunyai fasiliti dobi layan diri.”

Hotel Untuk Bagpackers: NZED GuestRoom Lumut, “Hotel ini menyediakan penginapan pada harga berpatutan, ianya mempunyai dapur yang lengkap dengan peralatan memasak dan ruang santai.”

Hotel Paling Berbaloi: Hotel Sfera“Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Lumut ini menyediakan fasiliti-fasiliti seperti restoran, ruang santai, gimnasium dan kolam renang. Perkhidmatan seperti dobi, penghantaran makanan ke bilik dan khidmat urutan juga ada disediakan.”

Resort untuk Keluarga: Swiss Garden Beach Resort Damai laut, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga mempunyai fasiliti seperti pusat aktiviti kanak-kanak, taman tema air permainan kanak-kanak dan khidmat penjagaan kanak-kanak.”

Hotel Untuk Berbulan Madu:  Ritz garden Hotel Manjung“Hotel ini mempunyai suite bulan madu yang dihias cantik dan elegen. Suite juga lengkap dengan set katil yang romantik dan tab mandi.”

Jika anda berniat untuk bercuti di Lumut atau mahu menjadikannya destinasi transit sebelum ke Pulau pangkor. Kami ada sediakan senarai hotel di Lumut untuk anda pilih. 

Senarai hotel ini kami pilih menerusi laman web yang menawarkan tempat penginapan atas talian. Setiap hotel menerima ulasan yang baik daripada tetamu yang pernah menginap di sini. 

Senarai hotel disusun dari yang murah hingga ke mahal untuk memudahkan anda memilih dan membuat keputusan.

Jika anda berminat, kami juga ada cadangan untuk senari hotel di Ipoh. Mungkin boleh memberi anda idea tentang tempat yang boleh dilawat berhampiran Lumut.

1. Garden Inn

Garden Inn

Jika anda mencari tempat penginapan transit sebelum masuk ke Pulau Pangkor atau selepas keluar dari Pulau Pangkor dan tidak mahu berbelanja banyak. Garden Inn ini memang sesuai untuk anda. Ramai tetamu yang pernah menginap di hotel ini memuji tentang aspek kebersihannya walaupun ianya sebuah hotel bajet.

Garden Inn menawarkan bilik-bilik tetamu yang bersih dan selesa. Setiap bilik adalah berhawa dingin dan dilengkapi peralatan asas seperti set TV, penyangkut baju, meja dan cerek elektrik. Bilik mandi pula luas dan lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah bilik juga mempunyai ruang tempat duduk.

Hotel ini mempunyai kemudahan dobi layan diri yang beroperasi 24 di lokasinya. Ia juga terletak strategik berhampiran beberapa restoran makanan. Jadi sementara anda menunggu baju siap dibasuh, anda boleh menikmati hidangan di restoran-restoran berdekatan. Selain itu, hotel ini juga mempunyai kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang rehat di lobi dan liputan WIFI percuma.

Perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan kemasan bilik harian.

22 Hotel di Lumut yang Menarik dan Awesome 15
  • Harga – Dari RM 65 Semalaman.
  • Alamat – No.3, Jalan Permata 5, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. Galaxy Inn

Galaxy Inn

Hotel Galaxy Inn merupakan salah satu dari hotel bajet bertaraf 1 bintang yang popular sebagai penginapan transit sebelum ke Pulau Pangkor. Ianya terletak di tepi pantai dan sangat hampir dengan stesyen bas dan jeti ke Pulau Pangkor. Kawasan berhampiran hotel juga diterangi dengan lampu pada waktu malam, ianya memberikan rasa selamat pada tetamu yang berjalan kaki terutamanya jika mereka mahu menikmati makan malam di restoran yang terdapat di sekitar kawasan hotel.

Hotel ini menawarkan 19 unit bilik tetamu yang selesa untuk dijadikan tempat berehat. Setiap unit adalah berhawa dingin dan lengkap dengan keperluan asas seperti set TV dan telefon. Ada juga tetamu yang memuji keempukan tilam di hotel ini. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan dan sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, tempat letak kereta percuma dan liputan WIFI percuma. Tetamu juga boleh membeli air minuman tin atau botol dan mi segera yang dijual di lobi hotel.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan harian dan perkhidmatan daftar masuk/keluar ekspress.

22 Hotel di Lumut yang Menarik dan Awesome 16
  • Harga – Dari RM 65 Semalaman.
  • Alamat – No PT 4148, Jln Sultan Idris Shah, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. Daddys Inn

Daddys Inn

Daddys Inn merupakan salah satu hotel yang terletak di tepi pantai dan hampir dengan jeti ke Pulau Pangkor. Ianya dibuka pada tahun 2014. Hotel ini dihias cantik dengan bahagian luar dicat dengan warna kuning yang ceria manakala dalaman pula dihias dengan elegan. Ramai tetamu yang memuji hotel ini kerana bilik tetamu yang ditawarkan luas dan bersih.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa dan berhawa dingin. Setiap bilik lengkap dengan peralatan seperti set TV berskrin rata, cermin, peti simpanan keselamatan dan tuala. Bilik mandi pula sangat bersih dan mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut serta set mandian percuma. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti ruang santai di lobi yang selesa, kaunter meja depan dan sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang makan dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan..

Daddys Inn
  • Harga – Dari RM 66 Semalaman.
  • Alamat – 42, Persiaran Pantai Impian, 32200 Lumut, Negeri Perak, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

4. Star View Hotel

Star View Hotel

Star View Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di atas sebuah restoran. Jadi tetamu tidak perlu risau jika mahu mencari tempat makan. Mengikut ulasan para tetamu, kakitangan hotel ini amat peramah dan sentiasa sudi membantu. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas dan selesa. Walaupun setiap bilik adalah berhawa dingin, kipas angin ada disediakan. Sesuai untuk tetamu yang tidak gemarkan penghawa dingin.  Rak baju dan set TV juga ada disediakan. Selain itu, sejadah juga ada disediakan untuk tetamu Muslim. Bilik air pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai di lobi dan liputan wifi percuma.

Perkhidmatan kemasan bilik harian ada disediakan dan jika anda menempah makanan dari restoran yang terdapat di bawah hotel, staff akan menghantar makanan tersebut ke bilik.

22 Hotel di Lumut yang Menarik dan Awesome 17
  • Harga – Dari RM 69 Semalaman.
  • Alamat – No.16, Plot 163, Pusat Bandar Seri Manjung, 32040 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. NZED GuestRoom, Lumut

22 Hotel di Lumut yang Menarik dan Awesome 18

NZED GuestRoom ini merupakan sebuah hotel bajet yang mesra keluarga. Ia terletak berhampiran dengan jeti ke Pulau Pangkor. Hotel ini diuruskan pengusaha Melayu Muslim yang juga menjalankan perniagaan butik Muslimah di lokasi yang sama. Hotel ini memang sesuai untuk tetamu Muslimah menetap. Bukan sahaja ada tempat penginapan, malah ada tempat untuk mereka mencuci mata dan membeli belah busana Muslimah. 

Hotel ini menawarkan 5 unit bilik tetamu yang selesa dan kalis bunyi. Semua unit adalah berhawa dingin dan lengkap dengan keperluan asas seperti set TV.  Penunjuk arah kiblat dan sejadah juga ada disediakan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian percuma.

Hotel ini mempunyai perkhidmatan seperti tempat letak kereta percuma,  kamera CCTV yang dipasang di pelbagai tempat untuk tujuan keselamatan, ruang seterika, ruang makan dan pantri yang lengkap dengan peralatan dapur seperti ketuhar gelombang mikro, cerek elektrik, alat pemanggang roti, peti sejuk dan dispenser air bertapis. Peralatan makanan seperti pinggan mangkuk, sudu dan garpu juga ada disediakan.

Nzed GuestRoom
  • Harga – Dari RM 70 Semalaman.
  • Alamat – 8 & 9, Jalan Indah Raya 1, Taman Indah Raya, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. GM Holiday Hotel

GM Holiday Hotel

GM Holiday Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak hanya 3 minit dari terminal Jeti Lumut. Ianya juga terletak berhampiran dengan pantai. Hotel ini dihias cantik dengan warna-warna segar dan motif flora. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias moden, selesa dan terang. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin dan set TV. Bilik air pula mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian percuma.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma dan tempat letak kereta. terdapat juga dispenser air minuman panad dan sejuk untuk para tetamu.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan basikal sewa turut disediakan. Menurut salah satu ulasan daripada tetamu, pihak hotel juga ada menyediakan perkhidmatan hantaran ke stesyen bas dan jeti dengan bayaran tambahan.

GM Holiday Hotel
  • Harga – Dari RM 72 Semalaman.
  • Alamat – No. 37 & 38, Persiaran Pantai Impian, Taman Lumut Pantai Impian., 32200 Lumut, Perak, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. Mornington Hotel Waterfront Lumut

Mornington hotel Lumut

Mornington Hotel Waterfront Lumut merupakan salah satu cawangan Hotel Mornington yang terdapat di Lumut. Ianya  terletak berhampiran dengan Waterfront Lumut, taman permainan dan pantai. Berdasarkan pengamatan, pihak pengurusan hotel sangat peka dan mengambil serius ulasan-ulasan yang diberikan tetamu di atas talian. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias moden dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV,meja, bar mini dan peti simpanan keselamatan. Bilik mandi pula menyediakan pancuran air panas, bidet, selipar dan set mandian percuma. Beberapa bilik di sini menyediakan pemandangan laut atau kolam renang.

Hotel di sini mempunyai kemudahan mesra OKU, ruang santai yang selesa, tempat letak kereta dan liputan WIFI percuma.

Perkhidmatan kemasan harian dan perkhidmatan seterika juga ada disediakan.

Mornington Hotel Lumut
  • Harga – Dari RM 73 Semalaman.
  • Alamat – Lumut Waterfront, Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. Brezza Hotel Lumut

brezza hotel

Brezza Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang dibuka pada tahun 2014. is a newly founded hotel in January 2014. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan pantai dan jeti ke Pulau Pangkor. Tetamu juga boleh berjalan kaki ke restoran-restoran berdekatan. Hotel ini dihias dengan asas tetapi lengkap dengan segala keperluan yang tetamu perlukan.

Hotel ini menawarkan 33 bilik tetamu yang luas dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah unit juga menyajikan pemandangan laut kepada para tetamu. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

22 Hotel di Lumut yang Menarik dan Awesome 19
  • Harga – Dari RM 78 Semalaman.
  • Alamat – Lot 4118 & 4119, Jalan Sultan Yusuf Izuddin, Lumut, Pangkor, Perak, Malaysia, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

9. Aloha Hotel

Aloha Hotel

Hotel Aloha ini merupakan sebuah hotel bajet. Bahagian luarnya dicat dengan warna oren yang memberikan impresi ceria kepada tetamu yang menginap di sini. Dalaman hotel juga dihias cantik. Tetamu-tetamu yang menginap di sini juga amat berpuas hati dengan kebersihan hotel ini.

Hotel Aloha menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa dan cantik. Setiap unit dilengkapi dengan keperluan asas seperti penghawa dingin dan set TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian percuma.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai,mesin layan diri menjual air botol dan air dalam tin, dispenser air panas dan sejuk percuma dan tempat letak kereta .

Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan. 

Aloha Hotel
  • Harga – Dari RM 78 Semalaman.
  • Alamat – 42, TAMAN LUMUT INDAH,32200 LUMUT, PERAK, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

10. Star Bay Hotel

Star Bay Hotel

Star Bay Hotel adalah sebuah hotel bajet yang dibuka pada tahun 2014.  Bahagian luar dan dalam hotel ini dicat dengan kombinasi warna putih dan hijau pucuk pisang. Tetamu yang pernah menginap di sini memuji perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan jeti, kedai makan dan kedai dobi.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa dan bersih. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, meja dan telefon . Bilik mandi pula dilengkapi dengan dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian percuma.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai, tempat letak kereta, kedai serbaneka mini dan dispenser air.

Perkhidmatan kemasan harian percuma,  perkhidmatan dobi, cucian kering dan seterika dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

Star Bay Hotel
  • Harga – Dari RM 84 Semalaman.
  • Alamat – No.11&12, Jalan Permata 5, Taman Bukit Permata, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

11. Hotel Mornington Bukit Permata Lumut

Hotel Mornington Bukit Permata

Hotel Mornington Bukit Permata merupakan salah satu cawangan Hotel Mornington selain dari Hotel Mornington Waterfront Lumut. Walaupun Hotel Mornington merupakan hotel bajet, tetapi ianya dihias elegan dan lengkap dengan semua keperluan asas. Pusat membeli belah AEON dan pantai Teluk Batik terletak berhampiran.

Hotel ini menawarkan 50 unit bilik tetamu yang cantik dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan set TV, peti simpanan keselamatan, bar mini dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, selipar, alat pengering rambut dan set mandian percuma.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dengan suratkhabar, kedai serbaneka mini dan tempat letak kenderaan.

Perkhidmatan kemasan harian dan perkhidmatan tempahan tiket juga ada disediakan.

Hotel Mornington Bukit Permata
  • Harga – Dari RM 88 Semalaman.
  • Alamat – No 33A, Jalan Permata 1, Taman Permata, Pundut, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

12. Ritz Inn Lumut

Ritz Inn

Ritz Inn merupakan sebuah hotel bajet yang terletak berhampiran dengan pantai. Selain tempat penginapan, hotel ini juga menyediakan sarapan pagi kepada tetamu yang menginap di sini. Ia juga direka dengan exterior seakan-akan tudor yang elegan. 

Ritz Inn menawarkan 59 bilik tetamu yang dihias moden dan cantik. Setiap unit adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengn set TV, peti ais, cerek elektrik, kemudahan membuat minuman panas, cermin, tuala dan peti simpanan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, mesin ATM, liputan WIFI percuma dan restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas. 

Perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian dan perkhidmatan dobi dengan bayarkan tambahan.

Ritz Inn
  • Harga – Dari RM 90 Semalaman.
  • Alamat – Pt 4142-4144, Persiaran Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Perak, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

13. Lumuda Hotel

22 Hotel di Lumut yang Menarik dan Awesome 20

Lumuda hotel merupakan sebuah hotel bajet. Bahagian luar dan dalam hotel ini dicate dengan warna kuning, memberikan impresi ceria kepada tetamu yang menginap. Hotel ini juga dekat dengan restoran-restoran, pasaraya dan bank.

Hotel ini menawark bilik tetamu yang kemas dan ceria. setaip unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, kopi/teh percuma, kerusi dan meja tulis. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah unit juga mempunyai balkoni dengan pemandangan laut.

Lumuda Hotel juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai, dispenser air minuman panas dan sejuk dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian ada disediakan.

22 Hotel di Lumut yang Menarik dan Awesome 21
  • Harga – Dari RM 94 Semalaman.
  • Alamat – Lot 4116 & 4117, Jalan Sultan Yusof Izuddin,, Lumut, 32200 Manjung, Perak, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

14. Virgo Batik Resort

Virgo Batik Resort

Virgo Batik Resort adalah sebuah resort yang terletak di Teluk Batik. Teluk Batik merupakan salah satu pantai yang terkenal di Lumut. 

Resort ini menawarkan bilik tetamu dan unit pangsapuri kepada tetamu yang menginap di sini. Bilik tetamu dan unit pangsapuri yang ditawarkan sangat selesa dan lengkap dengan segala keperluan asas.  Bilik tetamu dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis, peti ais, seterika, papan seterika dan cerek elektrik. Sesetengah unit bilik tetamu juga mempunyai balkoni.Unit pangsapuri pula mempunyai bilik tidur, ruang tamu berbalkoni, ruang makan dan dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak ringas dan kutleri. Bilik mandi di bilik tetamu dan unit pangsapuri juga lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Resort ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, sebuah kolam renang, teres untuk tetamu bersantai, tempat barbeku, liputan WIFI percuma, taman permainan kanak-kanak, tempat letak kereta, kaunter sukan air, sebuah restoran yang menyediakan masakan panas dan sarapan pagi dan sebuah kafe.

Perkhidmatan yang disediakan pula terdiri daripada perkhidmatan kemasan harian, pekhidmatan dobi, perkhidmatan panggilan bangun pagi dan perkhidmatan valet.

Virgo Batik Resort
  • Harga – Dari RM 126 Semalaman.
  • Alamat – Persiaran Teluk Batik, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

15. Ritz Garden Hotel Manjung

Hotel Ritz Garden

Ritz Garden Hotel Manjung merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang , Ianya merupakan salah satu cawangan di bawah pengurusan Ritz Hotel selain Ritz Inn yang menawarkan penginapan bajet. 

Hotel ini menawarkan 100 buah bilik tetamu yang cantik dan elegan. Setiap bilik adalah berhawa dingin dan mempunyai kelengkapan seperti set TV, meja, peti ais, cerek elektrik dan kemudahan membuat teh/kopi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Ritz Garden Hotel juga mempunyai kemudahan yang mesra OKU. Selain itu, terdapat juga kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma, sebuah restoran yang menyediakan sarapan pagi dan masakan panas,rumah urut, bilik karaoke dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan dobi dan cucian kering, perkhidmatan panggilan bangun pagi, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, perkhidmatan urutan pelbagai jenis dan perkhidmatan karaoke.

Hotel Ritz Garden
  • Harga – Dari RM 128 Semalaman.
  • Alamat – Lot 5260 And 5261, Jalan Lumut, Seri Manjung, 32040 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

16. The Orient Star Resort Lumut

The Orient Star Resort

The Orient Star Resort merupakan sebuah resort yang terletak di Pantai Pasir Bogak. Resort 3 tingkat ini merupakan tempat penginapan yang berkelas dan elegen.

Resort ini menawarkan 150 unit tetamu yang dihias moden dan berbalkoni. Setiap unit mempunyai kelengkapan seperti penghawa dingin, set TV, pembuat teh/kopi. Bilik mandi pula dilengkapi kemudahan pancuran air panas dan set mandian.

The Orient Star Resort juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter tempahan lawatan, pantai peribadi, sebuah restoran yang menyediakan bufet hidangan tempatan atau antarabangsa, lounge yang menyediakan minuman segar, 3 buah kolam renang, padang golf, gimnasium dan tempat letak kenderaan.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, khidmat basikal sewa, perkhidmatan sukan air, perkhidmatan ulang alik dengan bayaran tambahan dan perkhidmatan hantaran makanan ke bilik. 

The Orient Star Resort
  • Harga – Dari RM 137 Semalaman.
  • Alamat – Lot 203 & 366, Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

17. Teluk Batik Resort

Teluk Batik Resort

Dari namanya, boleh diagak di mana terletaknya Teluk Batik Resort ini. Resort ini dikelilingi dengan kawasan hijau berbukit bukau dan terletak bersebelahan dengan pantai Teluk Batik. 

Teluk Batik Resort menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa dan lengkap dengan keperluan asas. Setiap unit mempunyai balkoni dan lengkap dengan keperluan asas seperti penghawa dingin, set TV, peti ais dan cerek elektrik. Sesetengah unit juga mempunyai dapur kecil dengan peralatan memasak ringkas. Bilik air pula mempunyai pancuran air panas, tab mandi dan set mandian.

Resort ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, ruang simpanan bagasi, spa, gimnasium,kemudahan barbeku, kaunter sukan air dan restoran yang menyajikan masakan tempatan, antarabangsa serta hidangan makanan laut.

Antara perkhidmatan yang diberikan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik dan perkhidmatan sewaan peralatan sukan air.

Teluk Batik Resort
  • Harga – Dari RM 148 Semalaman.
  • Alamat – Persiaran Teluk Batik, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

18. Yeob Bay Hotel and Resort

Yeob Bay Hotel and Resort

Yeob Bay Hotel and Resort ini amat sesuai untuk keluarga yang mahu bercuti agak jauh dari hiruk pikuk bandar. Ianya terletak bersebelah dengan Pantai Teluk Senangin yang bersih dan kurang sibuk berbanding pantai lain yang terdapat di Lumut.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa, berbalkoni dan menghadap pemandangan laut. Setiap unit lengkap dengan kemudahan asas seperti penyaman udara, set TV dan meja. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai, kemudahan barbeku, kolam renang, pantai peribadi, tempat letak kereta dan restoran yang menyediakan masakan panas kepada tetamu.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik, perkhidmatan dobi dan cucian kering dan perkhidmatan faks dan fotokopi.

Yeob Bay Hotel and Resort
  • Harga – Dari RM 160 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Negeri Perak, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

19. Marina Cove Resort

Marina Cove Resort

Marina Cove Resort merupakan salah satu lagi resort yang terletak di pantai Teluk Batik. Resort bertaraf 3 bintang ini bukan sahaja menawarkan tempat penginapan, ia juga menawarkan taman tema air. Ini menjadikan resort ini antara destinasi percutian pilihan keluarga.

Resort ini menawarkan 138 unit bilik tetamu dan beberapa unit pangsapuri.  Setiap unit dihias cantik dan lengkap dengan keperluan asas. Bilik tetamu dilengkapi dengan penghawa dingin, peti ais dan telefon. Sesetengah unit mempunyai balkoni yang menyajikan pemandangan matahari terbenam. Unit pangsapuri pula mempunyai ruang tamu berbalkoni, ruang makan dan dapur yang lengkap dengan peralatan dapur dan kutleri. Bilik mandi pula dilengkapi pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah unit juga mempunyai tab mandi.

Resort ini mempunyai kemudahan yang mesra OKU. fasiliti seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, kolam renang, kemudahan barbeku, taman tema air yang lengkap dengan fasiliti sukan air dan restoran yang menyediakan masakan panas juga ada di sini.

Perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan penghantaran makanan ke bilik dan perkhidmatan faks dan fotokopi.

Marina Cove Resort
  • Harga – Dari RM 168 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

20. Hotel Sfera

Hotel Sfera

Hotel Sfera merupakan hotel paling esklusif yang terdapat di Lumut. Ia merupakan sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang. Hotel ini menjanjikan perkhidmatan terbaik dan pengalaman menginap yang memuaskan kepada para tetamu. Ramai tetamu memberi ulasan yang baik tentang hotel ini terutamanya menu sarapan paginya yang menyelerakan.

Hotel ini menawarkan 154 buah unit bilik tetamu yang dihias moden, kalis bunyi dan berstail. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV berskrin rata, cerek elektrik dan set kopi/teh. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Sesetengah unit juga dilengkapi dengan tab mandi. 

Hotel ini juga mempunyai kemudahan mesra OKU. Fasiliti seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kolam renang yang terletas di atas bumbung, teres untuk tetamu bersantai, spa yang mempunyai sauna dan bilik stim, gimnasium, taman permainan kanak-kanak,bilik bacaan, ruang internet dengan peralatan pejabat seperti komputer dan mesin pencetak, taman permainan kanak-kanak, lounge yang menyediakan minuman dan makanan ringan, restoran yang menghidangkan bufet sarapan pagi dan masakan panas tempatan atau antarabangsa juga ada tersedia, kedai serbaneka dan tempat letak kereta. Ia juga terletak bersambung dengan pusat membeli-belah.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, perkhidmatan dobi, perkhidmatan urutan pelbagai jenis dan perkhidmatan panggilan bangun pagi.

Hotel Sfera
  • Harga – Dari RM 173 Semalaman.
  • Alamat – No 2479, Taman Samudera,Jalan Dato’ Yu Neh Huat, 32040 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

21. Marina Heights Resort

Marina height resort

Marina Heights Resort ini terletak bersebelahan dengan Marina Cove Resort. Kedua-dua resort ini berkongsi taman tema air. Ianya masih baru dan sedikit moden berbanding Marina Cove Resort. Ia juga merupakan hotel yang bertaraf 4 bintang.

Resort ini menawarkan 10 unit studio kepada para tetamu. Setiap unit dihias cantik dan lengkap dengan keperluan asas yang masih baru dan moden. Kelengkapan seperti penghawa dingin, set TV, alat pengesan asap dan cerek elektrik . Sesetengah unit mempunyai balkoni. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bancuran air panas, tab mandi dan set mandian. 

Resort ini juga mempunyai kemudahan seperti taman tema air, restoran yang menyediakan sarapan pagi dan masakan panas dan kolam renang terbuka.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian dan perkhidmatan panggilan bangun pagi.

Marina Height Resort
  • Harga – Dari RM 198 Semalaman.
  • Alamat – Marina Heights Resort Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

22. Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut

Swiss Garden Beach Resort

Nama Swiss-Garden tidak perlu diperkenalkan lagi. Hotel bertaraf 4 bintang ini berkeluasan 425 ekar ini dikelilingi kawasan hijau yang merimbun. Hotel ini menjanjikan ketenangan dan keselesaan maksimum kepada tetamu yang menginap. Ia bukan sahaja sesuai untuk pasangan yang berbulan madu, ia juga destinasi tepat untuk keluarga bercuti.

Hotel ini menawarkan 291 unit bilik tetamu yang dihias mewah, berbalkoni yang mengadap pemandangan Pulau Pangkor dan lengkap dengan semua keperluan yang tetamu inginkan. Setiap unit mempunyai kelengkapan seperti penghawa dingin, set TV, peti ais dan cerek elektrik. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, tab mandi dan set mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti 4 buah restoran yang menyediakan pelbagai hidangan dengan pelbagai tema, sebuah bar, padang golf, kolam renang dewasa, kolam renang kanak-kanak dengan taman tema air mini, pantai peribadi, pusat aktiviti kanak-kanak yang menyediakan pelbagai program seperti permainan dalaman dan pawagam, surau, spa yang mempunyai sauna dan bilik stim, gimnasium dan tempat letak kereta.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan hantaran makanan ke bilik, perkhidmatan sewaan peralatan sukan air, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, perkhidmatan urutan, perkhidmatan tempahan tiket, perkhidmatan angkat barang dan perkhidmatan valet.

Swiss Garden Beach Resort
  • Harga – Dari RM 300 Semalaman.
  • Alamat – Persiaran Swiss-Garden, Jalan Damai Laut, Teluk Senangin, 32200 Lumut, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

Berakhir sudah senarai 22 hotel yang terdapat di Lumut. Jika anda masih tidak berjumpa idaman hati, anda boleh sahaja terus ke Booking.com atau Agoda.com untuk lebih pilihan.

Kalau anda mahu singgah ke Ipoh. Kami juga ada senarai 45 Tempat Menarik Mesti Singgah di Perak untuk anda pilih. Selamat bercuti.

Similar Posts