20 Hotel di Madinah yang Dijamin Selesa
Madinah adalah kota yang paling terkenal di Arab Saudi selepas Mekah. Ianya merupakan salah satu daripada kota suci bagi pengikut agama Islam selain dari Mekah dan Baitulmaqdis. Kota ini dekat di hati penganut Islam dan menjadi lokasi tumpuan ziarah para penganut Islam yang menjalankan ibadah haji atau umrah di Arab Saudi.
Pilihan BEST Hotel di Madinah (Senarai Ringkas)
Hotel Termurah: Anwar Al Habeeb Hotel, “Menawarkan penginapan yang termurah di Madinah tetapi perkhidmatan yang diberikan amat bagus dan memuaskan.”
Hotel Butik Terbaik: Golden Garden AlMadhina Hotel , “Tetamu yang menginap di hotel ini bukan sahaja dapat menikmati kemudahan terbaik dan penginapan yang cantik, fasiliti di hotel ini juga mesra OKU ”
Hotel Paling Sesuai untuk Keluarga: Shaza Al Madina, “Hotel ini sesuai untuk tetamu yang datang bersama keluarga terutamanya dengan kanak-kanak kecil. Hotel ini menyediakan fasiliti mesra kanak-kanak kecil dengan bilik kalis bunyi”
Hotel Paling Berbaloi: M Platinum Hotel, “Hotel ini bukan sahaja menawarkan harga semalaman yangberpatutan, lokasinya juga amat strategik dan segala kelengkapan yang diperlukan ada disediakan di dalam bilik tetamu tanpa perlu membuat permintaan”
Hotel Bertema Unik: Millennium Al Aqeeq Madinah Hotel, “Hotel 5 bintang ini sangat cantik dan mempunyai tema unik dengan hiasan dalam yang anggun dan menakjubkan.”
Madinah merupakan tempat tinggal Nabi Muhammad SAW selepas berhijrah dari tanah suci Mekah. Pelancong yang datang ke sini berpeluang melihat sendiri masjid pertama yang dibina baginda, keadaan rumah baginda dan melawat beberapa tarikan yang menarik dan mendapat tempat di hati penganut agama Islam. Kebiasaannya, pelancong yang datang ke Madinah adalah melalui agensi. Tetapi jika anda berminat untuk datang sendiri, terdapat banyak tempat penginapan yang boleh anda pilih. Harga hotel di Madinah agak sedikit tinggi berbanding dengan hotel-hotel di tempat lain disebabkan kunjungan yang tidak putus sepanjang tahun. Namun begitu, hotel pada harga yang berpatutan masih boleh dijumpai. Jika anda berniat untuk ke Madinah tanpa khidmat agensi sama ada atas tujuan ibadah ataupun melancong, kami mempunyai senarai 20 hotel di Madinah yang dijamin selesa untuk anda jadikan pilihan. Kami susun senarai hotel dari yang termurah hingga yang termahal untuk memudahkan anda membuat pilihan. Walaupun apa tujuan anda, kami doakan semoga anda mendapat pengalaman yang baik sepanjang berada di kota suci tersebut. Artikel berkaitan:
1. Anwar Al Habeeb Hotel

Walaupun hotel ini menawarkan harga penginapan yang murah berbanding hotel-hotel lain yang terdapat di Madinah, hotel yang bernama Anwar Al Habeeb Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Ianya menjanjikan perkhidmatan yang baik dan penginapan yang selesa kepada tetamu yang menginap. Harga penginapan yang murah mungkin disebabkan lokasinya terletak sedikit jauh dari Masjid Nabawi yang menjadi tumpuan penganut Islam yang sedang menjalankan ibadah Haji dan Umrah.
Hotel ini menawarkan 40 unit bilik tetamu dan suite yang kemas dan bersih. Setiap unit bilik tetamu dan suite lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti sejuk, peti simpanan, cerek elektrik, rak baju dan telefon. Suite yang disediakan juga mempunyai dapur dengan kelengkapan memasak asas, ruang makan dan ruang tamu. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, kaunter tempahan lawatan, pusat kecantikan, kedai runcit mini dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan daftar masuk/keluar ekspress ada disediakan.

- Harga – Dari RM 120 Semalaman.
- Alamat – Abdullah Bin Mohammed Al Jamri, 42316 Madinah, Arab Saudi
2. Taiba Al Deafah Hotel

Taiba Al Deafah Hotel ini merupakan salah satu cawangan hotel 3 bintang yang diuruskan oleh Al Deafah International Group. Kumpulan ini merupakan syarikat yang mempunyai banyak pengalaman mengendalikan perkhidmatan berkaitan haji dan umrah di Arab Saudi. Lokasi hotel ini juga dekat dengan Masjid Nabawi.
Hotel ini menawarkan 200 unit bilik tetamu yang selesa. Bilik tetamu lengkap dengan penghawa dingin, set TV, rak baju, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, kedai runcit mini dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik ada disediakan namun ianya bukan secara harian, jika tetamu ingin bilik dikemas secara harian, tetamu perlu membuat permintaan pada awal penginapan.

- Harga – Dari RM 143 Semalaman.
- Alamat – Al Salam Road, 41311 Madinah, Arab Saudi
3. Al Meknan Hotel

Al Meknan Hotel ini merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Lokasinya agak sedikit jauh dari Masjid Nabawi, namun begitu persekitaran hotel ini banyak terdapat restoran dan kedai-kedai.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu dan studio yang kemas dan kalis bunyi. Semua unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik , peti simpanan, rak baju dan telefon. Unit studio mempunyai dapur yang berfungsi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut, selipar dan set mandian. Beberapa unit studio juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan tempat letak kereta juga ada terdapat di sini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, fax dan fotokopi dengan bayaran tambahan, daftar keluar/masuk ekspress dan daftar keluar lewat juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 179 Semalaman.
- Alamat – Prince Abdulmohsen Bin Abdulaziz Road, 42319 Madinah, Arab Saudi
4. Dar Al Shohadaa Hotel

Dar Al Shohadaa Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Ianya terletak 2 kilometer dari Masjid Nabawi. Hotel ini berada hampir dengan pusat membeli belah dan beberapa pasar yang terkenal di Madinah. Pada yang ingin membeli-belah cenderamata untuk di bawa pulang. Lokasi hotel ini memang sesuai dijadikan pilihan.
Hotel ini menawarkan sebanyak 98 unit bilik tetamu berlantai jubin yang dihias dengan kemas dan elegan. Setiap unit mempunyai ruang tempat duduk dan lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti simpanan, cerek elektrik, rak baju dan telefon. Bilik mandi pula sangat luas dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Seterikan dan papan seterika ada disediakan atas permintaan.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kaunter tempahan lawatan, kafe dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik, fax dan fotokopi ada disediakan.

- Harga – Dari RM 198 Semalaman.
- Alamat – Sayed Al Shohdaa Street, 20012 Madinah, Arab Saudi
5. M Platinum Hotel

M Platinum Hotel merupakan salah satu cawangan kumpulan Hotel Platinum yang terdapat di Madinah. Ianya merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Hotel ini menjanjikan penginapan yang selesa dengan perkhidmatan yang mesra kepada tetamu yang menginap.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu dan studio yang kalis bunyi dan bersih kepada tetamu. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, peti simpanan, cerek elektrik, rak baju dan telefon. Studio pula mempunyai dapur dan ruang tamu. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, bidet, alat pengering rambut, selipar dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU termasuk fasiliti mudah akses untuk yang berkerusi roda atau kelainan upaya fizikal dan panduan auditori/sentuhan untuk tetamu yang tidak mempunyai deria penglihatan. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, loker, ruang santai, kaunter tempahan lawatan, kafe dan tempat letak kereta ada terdapat di sini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi. tukaran matawang, khidmat bilik, penghantaran barang runcit, dobi, khidmat menggilap kasut dan daftar masuk/keluar peribadi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 204 Semalaman.
- Alamat – Omar Bin Abdulaziz 7613, 42316 Madinah, Arab Saudi
6. X Platinum Hotel

X Platinum Hotel merupakan salah satu lagi cawangan kumpulan Hotel Platinum yang terdapat di Madinah. Ianya merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Hotel ini menjanjikan penginapan yang selesa dengan perkhidmatan yang mesra kepada tetamu yang menginap.
Hotel ini menawarkan sebanyak 33 unit bilik tetamu, suite dan studio yang kalis bunyi dan dihias elegan dengan penggunaan gabungan warna emas dan putih. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, peti simpanan, cerek elektrik, rak baju dan telefon. Suite dan Studio pula mempunyai dapur yang berfungsi dan ruang tamu. Bilik mandi di semua unit dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, bidet, alat pengering rambut, selipar dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU termasuk fasiliti mudah akses untuk yang berkerusi roda atau kelainan upaya fizikal dan panduan auditori/sentuhan untuk tetamu yang tidak mempunyai deria penglihatan. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, loker, ruang santai yang menyajikan minuman panas teh dan kopi percuma dan tempat letak kereta ada terdapat di sini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik, penghantaran barang runcit, dobi, khidmat menggilap kasut dan daftar masuk/keluar peribadi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 228 Semalaman.
- Alamat – Ghaleb Bin Negih, 42314 Madinah, Arab Saudi
7. Odst Hotel Al – Madinah

Odst Hotel Al – Madinah merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Ianya terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi dan dekat dengan pasar-pasar dan kedai menjual cenderamata. Bagi hotel yang bertaraf 4 bintang, harga penginapan yang ditawarkan agak berpatutan.
Hotel ini menawarkan sebanyak 700 unit bilik tetamu kalis bunyi dan dihias cantik bagi mencetuskan suasana tenang dan harmoni. Setiap unit mempunyai ruang tempat duduk dan lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, rak baju dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut, selipar dan set mandian. Terdapat beberapa unit yang dilengkapi tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kaunter tempahan lawatan, mesin ATM, restoran yang menyediakan masakan panas dan buffet, mesin layan diri snek dan air minuman, kedai serbaneka, kedai cenderamata dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, kawalan keselamatan 24 jam, buffet sarapan pagi atau sarapan di bilik, dobi dan seterika, tukaran matawang, daftar masuk/keluar ekspress dan peribadi, basikal percuma, kereta sewa dan shuttle ke/dari lapangan terbang dan kawasan-kawasan berhampiran juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 245 Semalaman.
- Alamat – Abdul Rahman Ibn Awaf Street, Budaah District, Al Markazeiah North, Al Markaziah Shamaliyah, 15032 Madinah, Arab Saudi
8. Assilah Hotel

Assilah Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang. Walaupun bertaraf 2 bintang, hotel ini mempunyai reka bentuk yang unik. Dalamannya juga dihias dengan gabungan elemen timur tengah dan moden. Ianya juga terletak berhampiran dengan restoran-restoran, kedai-kedai dan 20 minit berjalan kaki ke Masjid Nabawi.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu dan suite yang kalis bunyi dan dihias sentuhan elegan dan moden. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, peti simpanan, cerek elektrik, mesin kopi, rak baju, sejadah dan telefon. Suite pula mempunyai ruang tamu yang luas. Bilik mandi di semua unit dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, bidet, alat pengering rambut, selipar dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU termasuk fasiliti mudah akses untuk yang berkerusi roda atau kelainan upaya fizikal dan panduan auditori/sentuhan untuk tetamu yang tidak mempunyai deria penglihatan. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, loker, ruang santai, pusat kecantikan, kedai serbaneka dan tempat letak kereta ada terdapat di sini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik, penghantaran barang runcit, dobi, seterika, faks, fotokopi, khidmat menggilap kasut dan daftar masuk/keluar ekspress juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 259 Semalaman.
- Alamat – Abi Dhar Alghafari Street, Bani Harithah District, 42313 Madinah, Arab Saudi
9. N Platinum Hotel

N Platinum Hotel merupakan salah satu lagi cawangan kumpulan Hotel Platinum yang terdapat di Madinah. Hotel bertaraf 3 bintang ini juga mendapat ulasan yang terbaik berbanding hotel-hotel cawangan kumpulan tersebut. Ramai tetamu memuji kecantikan hotel dan kemesraan kakitangan hotel yang berkhidmat di sini. Walaubagaimanapun, kapasiti hotel ini agak kecil berbanding cawangan hotel Platinum yang lain.
Hotel ini menawarkan sebanyak 10 unit bilik tetamu dan suite yang kalis bunyi dan dihias sangat cantik. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, peti simpanan, cerek elektrik, sejadah, rak baju dan telefon. Snek, air mineral dan set kopi/teh percuma ada diberikan. Suite pula mempunyai ruang tamu. Bilik mandi di semua unit juga luas dan dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, bidet, alat pengering rambut, selipar dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU termasuk fasiliti mudah akses untuk yang berkerusi roda atau kelainan upaya fizikal dan panduan auditori/sentuhan untuk tetamu yang tidak mempunyai deria penglihatan. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, loker, ruang santai dan tempat letak kereta ada terdapat di sini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik, khidmat concierge, dobi, khidmat menggilap kasut dan daftar masuk/keluar ekspress juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 264 Semalaman.
- Alamat – عطاء بن ميسرة، Al Aridh, 42313 Madinah, Arab Saudi
10. H Platinum Hotel

H Platinum Hotel merupakan salah satu lagi cawangan kumpulan Hotel Platinum yang terdapat di Madinah. Hotel bertaraf 3 bintang ini mempunyai kapasitiyang besar berbanding cawangan hotel Platinum yang lain. Hotel ini juga dihias dengan moden dan berkonsepkan kontemporari.
Hotel ini menawarkan sebanyak 54 unit bilik tetamu dan suite yang kalis bunyi dan moden. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, peti simpanan, cerek elektrik, sejadah, rak baju dan telefon. Snek, air mineral dan set kopi/teh percuma ada diberikan. Suite pula mempunyai ruang tamu. Bilik mandi di semua unit juga luas dan dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, bidet, alat pengering rambut, selipar dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU termasuk fasiliti mudah akses untuk yang berkerusi roda atau kelainan upaya fizikal dan panduan auditori/sentuhan untuk tetamu yang tidak mempunyai deria penglihatan. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, restoran, hamam (kolam mandi air panas tradisi timur tengah) dan tempat letak kereta ada terdapat di sini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik, khidmat concierge, dobi, khidmat menggilap kasut dan daftar masuk/keluar ekspress juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 288 Semalaman.
- Alamat – Othman Bin Affan, 186 Madinah, Arab Saudi
11. Delights Inn

Delights Inn merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Ianya terletak berhampiran dengan Bukit Uhud yang juga merupakan sebuah lokasi tumpuan pengunjung yang menjalankan Ibadah haji dan umrah. Hiasan dalam hotel ini berkonsepkan moden dan berstail.
Hotel ini menawarkan sebanyak 54 unit bilik tetamu, suite dan studio yang kalis bunyi, luas dan bergaya. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, jam penggera, peti ais, mesin basuh, peti simpanan, cerek elektrik, sejadah, rak baju dan telefon. Suite dan studio pula mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang berfungsi. Bilik mandi di semua unit juga sangat luas dan lengkap dengan pancuran mandian air panas, bidet, alat pengering rambut, selipar dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU termasuk fasiliti mudah akses untuk yang berkerusi roda atau kelainan upaya fizikal dan panduan auditori/sentuhan untuk tetamu yang tidak mempunyai deria penglihatan. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, mesin ATM, kedai gunting rambut, ruang santai, restoran dan tempat letak kereta ada terdapat di sini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik, khidmat concierge, dobi, seterika, khidmat menggilap kasut, daftar masuk/keluar ekspress dan shuttle ke/dari lapangan terbang juga beberapa tempat tumpuan ada disediakan.

- Harga – Dari RM 292 Semalaman.
- Alamat – Prince Mohammed Bin Abdulaziz Street, Al Aridh District, 51920 Madinah, Arab Saudi
12. Al Rawda Royal Inn

Al Rawda Royal Inn merupakan sebuah hotel cawangan Royal Inn yang bertaraf 5 bintang. Ianya terletak megah berhampiran dengan Masjid Nabawi dan kawasan-kawasan yang menjadi tarikan di Madinah. Senibina luaran hotel ini menggabungkan konsep timur tengah dan moden. Pada yang mahu menjalankan ibadah haji dan umrah dengan lancar dan sempurna, hotel ini dapat membantu mengatur jadual perjalanan anda sepanjang anda menginap di sini.
Hotel ini menawarkan bilik- bilik tetamu dan suite yang kalis bunyi, luas dan berkonsep klasik yang cantik dan mengagumkan. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, jam penggera, bar mini, peti simpanan, cerek elektrik, sejadah, rak baju dan telefon. Suite pula mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang berfungsi. Bilik mandi di semua unit juga sangat luas dan lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut, selipar dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU termasuk fasiliti mudah akses untuk yang berkerusi roda atau kelainan upaya fizikal dan panduan auditori/sentuhan untuk tetamu yang tidak mempunyai deria penglihatan. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, mesin ATM, ruang santai, sebuah restoran masakan antarabangsa, sebuah restoran masakan timur tengah dan asia, kedai serbaneka dan tempat letak kereta ada terdapat di sini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, khidmat concierge, dobi, seterika, suratkhabar percuma, khidmat menggilap kasut, daftar masuk/keluar ekspres dan shuttle ke/dari lapangan terbang juga beberapa tempat tumpuan ada disediakan.

- Harga – Dari RM 348 Semalaman.
- Alamat – Central Area, 20012 Madinah, Arab Saudi
13. Millennium Taiba Hotel

Millennium Taiba Hotel merupakan salah satu dari cawangan Hotel Millenium yang terdapat di Madinah. Ia merupakan sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang. Lokasi hotel ini terletak sangat strategik dan hampir dengan Masjid Nabawi dan beberapa kawasan yang menjadi tarikan di Madinah. Hotel ini juga mesra keluarga.
Hotel ini menawarkan sebanyak 208 unit bilik tetamu dan suite yang kalis bunyi, luas dan dihias dengan kemas dan elegen. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, peti simpanan, cerek elektrik, sejadah, rak baju dan telefon. Suite pula mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang berfungsi. Beberapa unit suite dan bilik tetamu mempunyai balkoni dengan pemandangan Masjid Nabawi yang menakjubkan. Bilik mandi di semua unit juga sangat luas dan lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut, selipar, jubah mandi dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, kedai runcit mini, kedai cenderamata, ruang santai, restoran yang menyajikan masakan tempatan dan kontinental, kafe yang menyajikan pastri, kek, makanan ringan dan minuman, kedai serbaneka, mesin layan diri, spa dengan sauna dan bilik stim, gimnasium dengan pelatih peribadi dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, buffet sarapan pagi atau sarapan di bilik, khidmat concierge, dobi, seterika, suratkhabar percuma, khidmat menggilap kasut dan daftar masuk/keluar ekspres ada disediakan.

- Harga – Dari RM 372 Semalaman.
- Alamat – Omar Ibn Al Khattab Road, P.O. Box 5300, 41422 Madinah, Arab Saudi
14. Nozol Royal Inn Hotel

Nozol Royal Inn Hotel merupakan sebuah hotel cawangan Royal Inn. Hotel ini bertaraf 4 bintang. Ianya terletak hampir dengan Masjid Nabawi dan dekat dengan kawasan membeli-belah. Hotel ini menggabungkan reka bentuk timur tengah dan moden. Dalaman pula dihias moden dengan penggunaan warna neutral dan terang.
Hotel ini menawarkan sebanyak 242 unit bilik tetamu dan suite kalis bunyi yang luas. Setiap unit mempunyai ruang tempat duduk dan lengkap dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, cerek elektrik, rak baju dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut, selipar dan set mandian. Terdapat beberapa unit yang dilengkapi tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kaunter tempahan lawatan, mesin ATM, restoran yang menyediakan masakan panas dan buffet, kafe yang menyajikan snek dan minuman, kedai serbaneka dan tempat letak kereta ada terdapat di sini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, kawalan keselamatan 24 jam, buffet sarapan pagi atau sarapan di bilik, dobi dan seterika, tukaran matawang, faks, fotokopi dan shuttle ke/dari lapangan terbang dan kawasan-kawasan berhampiran juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 428 Semalaman.
- Alamat – North Central Area, Abi Obaida Ibn Aljarrah Street, 99999 Madinah, Arab Saudi
15. Millennium Al Aqeeq Madinah Hotel

Millennium Al Aqeeq Hotel merupakan salah satu dari cawangan Hotel Millenium yang terdapat di Madinah. Ia merupakan sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang. Hotel ini terletak selang dua baris dari Masjid Nabawi. Bangunan hotel ini menggabungkan senibina timur tengah dan moden. Dalamannya pula dihias dengan konsep elegan dan mewah. Tetamu yang menginap di hotel ini pastinya merasa senang dan dimanjakan dengan perkhidmatan yang baik dan kemudahan tiada tandingan yang diberikan.
Hotel ini menawarkan sebanyak 505 unit bilik tetamu dan suite yang kalis bunyi, luas dan dihias dengan cantik. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, peti simpanan, cerek elektrik, sejadah, rak baju, meja tulis dan telefon. Suite pula mempunyai ruang tamu dan ruang makan. Bilik mandi di semua unit juga sangat luas dan lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut, selipar, jubah mandi dan set mandian. Beberapa unit juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, kedai runcit mini, ruang santai, 2 buah restoran yang menyajikan masakan tempatan dan kontinental, kafe yang menyajikan pastri dan minuman, kedai serbaneka dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, buffet sarapan pagi atau sarapan di bilik, khidmat concierge, dobi, seterika, suratkhabar percuma, khidmat menggilap kasut dan daftar masuk/keluar ekspres ada disediakan.

- Harga – Dari RM 428 Semalaman.
- Alamat – Musab Bin Omair Street, North Central Region, 41442 Madinah, Arab Saudi
16. Golden Garden AlMadhina Hotel

Golden Garden AlMadhina Hotel merupakan sebuah hotel butik yang sangat cantik. Ianya dihias dengan warna neutral yang membuatkan persekitaran hotel tenang dan segar. Ianya terletak di kawasan pinggir bandar Madinah kira-kira 7 kilometer dari Masjid Nabawi. Jadi kawasan sekitar hotel tidak terlalu sesak dan bising.
Hotel ini menawarkan sebanyak 65 unit bilik tetamu dan suite yang kalis bunyi, luas dan dihias dengan cantik. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, peti simpanan, cerek elektrik, sejadah, rak baju, meja tulis dan telefon. Suite pula mempunyai ruang tamu dan ruang makan. Bilik mandi di semua unit juga sangat luas dan lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut, selipar, jubah mandi dan set mandian. Beberapa unit juga mempunyai tab mandi berjakuzi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU termasuk fasiliti mudah akses untuk yang berkerusi roda atau kelainan upaya fizikal dan panduan auditori/sentuhan untuk tetamu yang tidak mempunyai deria penglihatan. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, kedai runcit mini, ruang santai, kedai serbaneka dan tempat letak kereta juga ada disediakan.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, penghantaran barang runcit dan daftar masuk/keluar ekspres ada disediakan.

- Harga – Dari RM 431 Semalaman.
- Alamat – Saad Bin. Khithamah Beside National Hospital, 42316 Madinah, Arab Saudi
17. Frontel Al Harithia Hotel

Frontel Al Harithia Hotel merupakan sebuah hotel mewah yang bertaraf 5 bintang. Hotel ini terletak megah hampir dengan Masjid Nabawi dan kawasan membeli belah popular di sekitarnya. Hotel ini menjanjikan tetamu dengan perkhidmatan yang cemerlang dan kemudahan tiada tandingan.
Hotel ini menawarkan sebanyak 354 unit bilik tetamu dan suite dihias dengan megah dan bergaya, kalis bunyi, berlantai karpet merah dan amat luas . Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, pemain DVD, bar mini, peti simpanan, cerek elektrik, sejadah, rak baju, meja tulis dan telefon. Suite pula mempunyai ruang tamu dan ruang makan. Bilik mandi di semua unit juga sangat luas dan lengkap dengan pancuran mandian air panas, sinki berkembar, alat pengering rambut, selipar, jubah mandi dan set mandian. Beberapa unit juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU termasuk fasiliti mudah akses untuk yang berkerusi roda atau kelainan upaya fizikal dan panduan sentuhan/tulisan braille untuk tetamu yang tidak mempunyai deria penglihatan. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, kedai runcit mini, ruang santai, restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, kafe, gimnasium, sauna, kedai serbaneka dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, sarapan di bilik, tukaran matawang, khidmat concierge, dobi, seterika, suratkhabar percuma, faks, fotokopi dan daftar masuk/keluar ekspres ada disediakan.

- Harga – Dari RM 448 Semalaman.
- Alamat – Central Area- Madina, 99999 Madinah, Arab Saudi
18. Al Nokhba Royal Inn

Al Nokhba Royal Inn merupakan sebuah hotel cawangan Royal Inn yang bertaraf 5 bintang. Ianya terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi dan kawasan-kawasan yang menjadi tarikan di Madinah. Hotel ini merupakan antara hotel yang paling disukai oleh para tetamu di kota Madinah. Moto hotel ini adalah memudahkan penginapan tetamu dan memberikan keselesaan optimum kepada tetamu sepanjang tempoh menginap.
Hotel ini menawarkan sebanyak 340 unit bilik tetamu dan suite yang kalis bunyi, luas, berlantai karpet dan berkonsep klasik yang anggun. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, jam penggera, bar mini, peti simpanan, cerek elektrik, sejadah, rak baju dan telefon. Suite pula mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang berfungsi. Bilik mandi di semua unit juga sangat luas dan lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut, selipar, jubah mandi dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU dengan fasiliti mudah akses untuk yang berkerusi roda. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, mesin ATM, ruang santai, sebuah restoran masakan antarabangsa, sebuah restoran masakan timur tengah dan asia, gimnasium, hamam (kolam mandi air panas tradisi timur tengah), kedai serbaneka dan tempat letak kereta ada terdapat di sini.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, khidmat concierge, pangilan kejut bangun tidur, dobi, seterika, suratkhabar percuma, daftar masuk/keluar ekspres dan shuttle ke/dari lapangan terbang juga beberapa tempat tumpuan ada disediakan.

- Harga – Dari RM 498 Semalaman.
- Alamat – King Fahad Street, 99999 Madinah, Arab Saudi
19. Shaza Al Madina

Shaza Al Madina merupakan sebuah hotel mewah yang bertaraf 5 bintang. Hotel ini terletak betul-betul berhampiran dengan pintu masuk Masjid Nabawi. Ia juga dikelilingi pusat-pusat membeli belah dan kedai-kedai cendaramata. Bangunan hotel ini mempunyai reka bentuk moden pada luarannya. Dalaman pula dihias dengan elemen timur tengah yang anggun dan mistik. Hiasan dalam hotel ini adalah hasil tangan pereka hiasan dalaman bernama Soraya Sanders yang pakar tentang reka bentuk bertema Arab tradisional.
Hotel ini menawarkan sebanyak 469 unit bilik tetamu dan suite yang dihias dengan motif timur tengah, kalis bunyi dan amat luas. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, peti simpanan, cerek elektrik, sejadah, rak baju, meja tulis dan telefon. Suite pula mempunyai ruang tamu dan ruang makan. Gula-gula buatan tangan, snek dan set teh juga ada diberikan. Bilik mandi di semua unit juga sangat luas dan lengkap dengan pancuran mandian air panas, sinki berkembar, alat pengering rambut, selipar, jubah mandi dan set mandian. Beberapa unit juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU seperti fasiliti mudah akses untuk yang berkerusi roda atau kelainan upaya fizikal. Hotel ini sesuai untuk yang datang bersama keluarga terutamannya yang datang dengan kanak-kanak kecil. Fasiliti yang disediakan juga mesra kanak-kanak kecil contohnya penutup soket keselamatan kanak-kanak, Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, kedai runcit mini, ruang santai, mesin ATM, 2 buah restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa, lounge, gimnasium, sauna, kedai cenderamata dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, khidmat kawalan keselamatan 24 jam, sarapan di bilik, tukaran matawang, khidmat concierge, dobi, seterika dan suratkhabar percuma ada disediakan.

- Harga – Dari RM 504 Semalaman.
- Alamat – Opp Masjid Al Nabawy, PO Box 25517, Central District, 21452 Madinah, Arab Saudi
20. Le Meridien Medina

Le Meridien Medina merupakan hotel cawangan Le Meridian yang terdapat di Madinah. Ia merupakan sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang. Hotel ini terletak berhampiran dengan Universiti Islam Madinah. Bangunan hotel ini menggabungkan senibina timur tengah dan moden.
Hotel ini menawarkan sebanyak 190 unit bilik tetamu dan suite yang kalis bunyi, luas, berlantai marmar Itali dan dihias dengan hiasan tradisi Arab. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, peti simpanan, cerek elektrik, sejadah, rak baju, alat penimbang, meja tulis dan telefon. Suite pula mempunyai ruang tamu dan ruang makan. Bilik mandi di semua unit juga sangat luas dan lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut, selipar, jubah mandi dan set mandian. Beberapa unit juga mempunyai tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, meja tempahan lawatan, ruang simpanan bagasi, kedai runcit mini, ruang santai dengan meja billiard, 2 buah restoran yang menyajikan masakan tempatan dan kontinental, kafe yang menyajikan pastri dan minuman, sauna, rumah urut, taman, kedai gunting rambut, kedai serbaneka dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, sarapan di bilik, khidmat concierge, dobi, seterika, suratkhabar percuma, khidmat menggilap kasut, faks, fotokopi, daftar masuk/keluar ekspres dan shuttle percuma ke Masjid Nabawi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 511 Semalaman.
- Alamat – Khaled Bin El Waleed Road, Madinah, Arab Saudi
Berakhir sudah senarai 20 hotel di Madinah yang dijamin selesa untuk anda jadikan pilihan. Jika anda masih mahu mencari, anda boleh terus melawat ke laman web seperti Booking.com atau Agoda.com untuk lebih pilihan. Semoga lawatan anda ke kota suci ini diberkati dan dipermudahkan.
Kredit gambar: Booking.com & Agoda.com