21 Hotel Di Melaka Untuk Percutian Anda Sekeluarga

21 Hotel Di Melaka Untuk Percutian Anda Sekeluarga

Hotel Arissa Melaka
Hotel Arissa Melaka
Melaka sememangnya sudah menjadi destinasi percutian yang popular di Malaysia. Ramai penduduk tempatan dan pelancong antarabangsa yang ingin melawat tempat bersejarah, membeli-belah di Jonker Street, menikmati keindahan Pantai Klebang dan merasai keenakan makanan yang popular di sini. Disebabkan statusnya sebagai bandar bersejarah tumpuan pelancong, terdapat banyak hotel di Melaka yang elok tersedia sama ada di tengah bandar mahupun di kawasan berhampiran. Jika anda sedang mencari-cari hotel di Melaka yang sesuai untuk keluarga anda, apa kata anda mempertimbangkan salah satu daripada hotel yang kami nyatakan dalam artikel ini. Ia merangkumi pelbagai harga, lengkap dengan kemudahan, dan selesa untuk penginapan anda serta anak-anak. Jom kita lihat!
Mercury Boutique Hotel

Bagi memudahkan pergerakan keluarga anda ketika melawat tempat bersejarah di Bandaraya Melaka, seperti Muzium Kapal atau Kubu A Famosa, adalah lebih baik untuk anda memilih hotel di tengah bandaraya. Antara hotel yang sesuai untuk percutian keluarga anda adalah Mercury Boutique Hotel.

Ia merupakan hotel tiga bintang yang berharga patut, terletak berhampiran dengan Plaza Mahkota. Hotel ini menyediakan ruang yang luas bagi bilik keluarga jenis Deluxe Family. Biliknya juga baru, cantik dengan hiasan dalaman moden, serta lengkap dengan kemudahan seperti Wi-Fi percuma, penyaman udara, kelengkapan bilik air, serta pemandangan bandar.

Mercury Boutique Hotel
Di kawasan sekitar hotel, anda akan menemui banyak restoran asam pedas yang popular. Malah, Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade juga dekat untuk anda kunjungi, kira-kira 600 meter dari hotel.
  • Harga - Dari RM95+ semalam
  • Alamat - No 32, Jalan PM 6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka, Malaysia

2. Hotel Sentral Melaka

Hotel Sentral Melaka

Bagi mereka yang inginkan penginapan dengan harga berpatutan namun masih memberikan tahap keselesaan yang terbaik, Hotel Sentral Melaka adalah antara hotel di Melaka yang wajar dipertimbangkan bagi percutian keluarga.

Hotel Sentral Melaka cukup besar dan menempatkan hampir 145 bilik hotel. Malah, ruang parkir keretanya juga banyak. Ini memberikan keselesaan kepada anda yang akan pergi ke Melaka dengan kereta.

Hotel Sentral Melaka

Malah, bilik hotel di sini juga cukup luas. Untuk bilik Deluxe Family, ia berkeluasan 25 m² dan mempunyai dua katil Queen. Ia juga turut menyediakan Internet percuma, TV skrin rata, penghawa dingin, pengering rambut, dan kemudahan teh/kopi. Anak-anak anda juga boleh bermandi-manda di kolam renang outdoor yang ada di sini!

Info Tambahan:​ Terdapat satu lagi cawangan Hotel Sentral di Melaka, dikenali sebagai ​Hotel Sentral Riverview Melaka​.

  • Harga - Dari RM118+ semalam
  • Alamat: No 20 Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka, Malaysia

3. D’Riverside Inn Hotel

D’Riverside Inn Hotel

Lagi satu hotel di Melaka yang sering menjadi tumpuan para pelancong ialah D’Riverside Inn Hotel. Di sini, anda akan dapat menikmati percutian di hotel butik yang bertemakan vintage.

Terletak di dalam rumah kedai yang telah dibaiki dan dinaiktaraf, D’Riverside Inn Hotel memberikan kelengkapan dan layanan yang cukup memuaskan. Mungkin sebab itulah ia mendapat ulasan yang baik dari pelanggan sebelum ini! Jonker Street, The Stadthuys dan Menara Jam Melaka juga hanyalah lebih kurang 300 meter dari hotel ini.
Lagi satu hotel di Melaka yang sering menjadi tumpuan para pelancong ialah D’Riverside Inn Hotel. Di sini, anda akan dapat menikmati percutian di hotel butik yang bertemakan vintage.

Terletak di dalam rumah kedai yang telah dibaiki dan dinaiktaraf, D’Riverside Inn Hotel memberikan kelengkapan dan layanan yang cukup memuaskan. Mungkin sebab itulah ia mendapat ulasan yang baik dari pelanggan sebelum ini! Jonker Street, The Stadthuys dan Menara Jam Melaka juga hanyalah lebih kurang 300 meter dari hotel ini.

D’Riverside Inn Hotel
Terdapat 9 bilik hotel di sini, dan bilik Superior Deluxe Family Duplex boleh menempatkan sehingga 6 orang tetamu! Besar, bukan? Sesetengah bilik juga disertai dengan balkoni. Bolehlah anda menikmati keindahan pemandangan Sungai Melaka. Antara kelengkapan bilik yang ada adalah penyaman udara, bilik air peribadi, cerek, peti sejuk mini, kelengkapan mandi, dan Wi-Fi percuma.
  • Harga: Dari RM84+ semalam
  • Alamat: 7 Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka, Malaysia

4. Hallmark Crown Hotel

Hallmark Crown Hotel

Hallmark Crown Hotel juga merupakan salah satu hotel di Melaka yang sesuai untuk percutian anda seisi keluarga. Terletak dalam satu bangunan yang agak besar, ia memberikan rasa selesa dan kurang padat. Ruang parkir kereta ada disediakan di hadapan hotel.

Ia menyediakan harga berpatutan dengan serendah RM100 bagi bilik Standard. Jika anda inginkan bilik hotel yang luas, anda boleh menempah bilik Family Suite yang dilengkapi dengan 2 katil twin berserta 1 king. Memang cukup selesa!

Hallmark Crown Hotel
Biliknya cantik, kemas, dan bersih. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti TV, penghawa dingin, cerek elektrik, tuala, bidet, alat mandian, berserta sarapan pagi Continental. Di sini juga ada tersedia kolam renang outdoor dan tab mandi di dalam bilik air. Seronoklah anak-anak anda nanti!
  • Harga: Dari RM102+ semalam
  • Alamat: 170 Jalan Parameswara, 75000 Melaka, Malaysia

5.Hotel Arissa

Hotel Arissa

Pusat penginapan di bangunan yang serba baru, moden, dan kelihatan mewah, namun pada harga patut – itulah keunikan Hotel Arissa yang terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka. Ia merupakan hotel tiga bintang yang memberikan perkhidmatan bertaraf lima bintang!

Ruang biliknya juga cukup luas, sesuai bagi anda yang akan bercuti dengan keluarga. Kemudahannya juga sudah pasti lengkap, daripada katil yang besar dan empuk sehinggalah bilik mandi yang besar dan bersih.

Hotel Arissa

Jika anda menginap di sini, anda boleh mengunjungi pusat tarikan di Melaka dengan mudah. Ini kerana ia terletak hampir dengan Plaza Hang Tuah dan Jonker Street (sekitar 700 meter hingga 1 km sahaja).

  • Harga: Dari RM160+ semalam
  • Alamat: No.2 , Jalan Pelanduk Putih, 75300 Melaka, Malaysia

6. Bayou Lagoon Park Resort

Bayou Lagoon Park Resort

Anda ingin menginap di hotel yang mempunyai segala fasiliti demi keseronokan anak-anak anda? Anda pasti gembira ketika berada di Bayou Lagoon Park Resort kerana ia menyediakan segalanya di satu tempat – anda tidak perlu keluar dari resort ini!

Di sini, anda akan menginap di bilik berkonsepkan studio atau bilik apartment dengan 1 hingga 3 bilik tidur. Biliknya juga lengkap dengan segala kelengkapan seperti penghawa dingin, meja makan, tuala, alat mandian, TV, balkoni serta Wi-Fi percuma. Harga tempahan turut merangkumi tiket masuk ke taman air yang ada di sini (bergantung kepada jenis bilik yang anda tempah).

Bayou Lagoon Park Resort

Di siang hari, anak anda boleh bermandi-manda di taman air yang terletak di tengah-tengah kawasan hotel. Ia dilengkapi dengan pelampung dan pelbagai permainan. Restoran juga ada di sini. Jika anda ingin keluar, pusat bandar Melaka juga tidak terletak jauh, hanya 15 minit sahaja dengan pemanduan kereta.

  • Harga: Dari RM280+ semalam
  • Alamat: Amari Villa, Jalan Wakaf Utama, 75450 Melaka, Malaysia

7. The Straits Hotel & Suites

The Straits Hotel & Suites

Lagi satu hotel di Melaka yang mesra keluarga serta cukup selesa dan moden adalah The Straits Hotel & Suites. Ia terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka, amat sesuai jika anda ingin menginap berhampiran dengan Mahkota Parade dan Porta de Santiago.

The Straits Hotel & Suites menyediakan bilik hotel yang luas dan lengkap dengan balkoni berserta pemandangan bandar yang cantik. Hotel bertaraf empat bintang ini dihiasi dengan rekaan dalaman serba moden di mana biliknya mempunyai lantai kayu, bilik airnya lengkap dengan tab mandi, dan sesetengah biliknya menyediakan ruang duduk yang berasingan.

The Straits Hotel & Suites

Di sini terdapat juga pusat fitness, sauna, taman permainan, dan kolam renang di tingkat bumbung. Memang terasa mewahlah percutian jika anda menginap di hotel ini!

  • Harga: Dari RM234+ semalam
  • Alamat: No 1-B, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia

8. Hotel Aurora

Hotel Aurora

Sesetengah hotel di Melaka mungkin sedikit sempit kerana terletak di tengah-tengah bandar dan ruangnya terhad, namun tidak bagi Hotel Aurora. Walaupun lokasinya strategik di pusat bandar, namun kawasan hotel cukup luas dan menyediakan perkhidmatan parkir yang bagus.

Bilik hotel di Aurora juga cantik dan bersih. Ia kelihatan baru dan moden dengan kelengkapan bilik tidur dan alat mandian yang cukup. Jika anda menginap di sini, anda boleh menikmati sarapan pagi berkonsepkan Asia.

Hotel Aurora

Dengan menginap di sini, anda boleh mengunjungi Dataran Pahlawan, Tokong Sam Po Kong, The Stadthuys, dan Jonker Street dengan mudah, semuanya hanya 300 ke 800 meter dari hotel ini.

  • Harga: Dari RM128+ semalam
  • Alamat: 117 & 117A Jalan Munshi Abdullah, 75100 Melaka, Malaysia

9. Bayview Hotel Melaka

Bayview Hotel Melaka

Bukan semua hotel di Melaka mesra keluarga, sesetengahnya lebih tertumpu kepada pasangan yang baru berkahwin untuk bulan madu mahupun golongan profesional yang bekerja. Namun, jika anda mencari-cari hotel yang mesra keluarga dan kanak-kanak, anda boleh memilih untuk menginap di Bayview Hotel Melaka.

Selain daripada bilik hotel yang luas dan katil yang selesa, anda sekeluarga juga boleh menikmati aktiviti bermandi-manda di kolam renang outdoor yang ada di Hotel Bayview Melaka. Di sini, terdapat juga pusat sauna, bilik karaoke (seronoknya!), dan gimnasium.

Bayview Hotel Melaka

Ruang parkir bertingkat memudahkan lagi tugas anda untuk mencari parkir kereta ketika bercuti di Melaka. Jika anda bercadang untuk menginap selama beberapa hari, anda juga boleh menggunakan khidmat dobi yang disediakan di sini. Memang selesa dan sesuai untuk percutian anda sekeluarga!

  • Harga: Dari RM176+ semalam
  • Alamat: Jalan Bendahara, 75100 Melaka, Malaysia

10. Syaz Meridian Hotel

Syaz Meridian Hotel

Anda ingin menginap di sekitar kawasan Bandar Hilir di Melaka? Anda mencari bilik keluarga yang mampu memuatkan sehingga empat orang pada harga yang berpatutan? Syaz Meridian Hotel adalah hotel mesra keluarga dan mesra bajet yang anda cari-cari!

Terletak betul-betul di Bandar Hilir, hotel tiga bintang ini menyediakan banyak kemudahan untuk percutian anda. Anda boleh memilih sama ada untuk menempah Executive Family Room atau Premier Family Room. 

Syaz Meridian Hotel

Kelengkapan bilik di sini cukup sempurna dengan TV skrin rata, tuala, kemudahan teh/kopi, dan alat mandian. Sesetengah biliknya juga mempunyai pemandangan laut – memang cantik! Ketika menginap di sini, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke restoran asam pedas, Menara Taming Sari, Mahkota Parade dan banyak tempat menarik lain lagi!

  • Harga: Dari RM88+ semalam
  • Alamat: G-26, Jalan PM 13, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia

11. Fantasy Hotel Melaka

Fantasy Hotel Melaka

Fantasy Hotel Melaka merupakan satu hotel yang unik dan menarik yang boleh anda pilih untuk percutian keluarga anda. Mengapa? Kerana, selain daripada lokasinya yang strategik di pusat bandar dan harga yang berpatutan, ia juga turut menyediakan bilik dengan tema yang menyeronokkan.

Anak-anak anda pasti berasa teruja dapat menginap di dalam bilik hotel yang bertemakan Hello Kitty, Doraemon, Winnie The Pooh atau The Avengers! Bilik hotelnya cukup ceria dengan hiasan yang berwarna-warni dan turut dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan lain seperti meja, TV, penghawa dingin, selipar, tuala dan Wi-Fi percuma.

Fantasy Hotel Melaka 2

Pusat tarikan pelancong seperti A’Famosa, St. Paul’s, The Stadthuys, dan Dataran Pahlawan hanyalah 500 meter dari hotel ini!

  • Harga: Dari RM115+ semalam
  • Alamat: G8, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia

12. Hatten Hotel Melaka

Hatten Hotel Melaka

Antara hotel empat bintang yang terkenal di Melaka adalah Hatten Hotel. Terletak bersebelahan dengan Mahkota Parade dan bertentangan dengan Dataran Pahlawan, ia merupakan hotel yang sesuai untuk percutian anda sekeluarga. Di sini, anda pasti berasa selesa dapat duduk di hotel mewah berhampiran dengan banyak tempat tumpuan ramai.

Bilik hotel di sini agak besar, sesuai jika anda bercuti dengan pasangan dan seorang dua anak. Anda juga boleh menikmati pemandangan bandar Melaka, kolam renang atau Selat Melaka melalui tingkap besar dari lantai hingga siling!

Hatten Hotel Melaka

Anda juga boleh ke Dataran Pahlawan dengan menggunakan jambatan berbumbung dan berhawa dingin. Hotel ini terletak hanya 5-10 minit dari A Famosa, Muzium Baba & Nyonya, dan Menara Taming Sari dengan berjalan kaki.

  • Harga: Dari RM240+ semalam
  • Alamat: Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

13. Prima Hotel Melaka

Prima Hotel Melaka

Anda sukakan suasana yang meriah, tidak terlampau sunyi pada waktu malam dan selesa? Jom menginap di Prima Hotel. Ia terletak tidak jauh dari Jonker Walk dan Plaza Hang Tuah.

Disebabkan lokasinya yang strategik, anda tidak perlu susah-susah memandu kereta untuk pergi melawat tempat menarik di sekitar bandaraya Melaka. Pada waktu malam, anda juga boleh pergi ke pasar malam Jonker untuk mencuci mata dan menjamu selera.

Prima Hotel Melaka

Bilik di Hotel Prima sesuai untuk seisi keluarga, di mana bilik Family Double boleh memuatkan sehingga empat orang. Ia cukup luas dan selesa dengan katil yang besar, lantai berkarpet, meja, TV, kemudahan membancuh air, dan bilik air yang besar dan bersih.

  • Harga: Dari RM96+ semalam
  • Alamat: Jalan Kee Ann, 75100 Melaka

14. Imperial Heritage Hotel

Imperial Heritage Hotel

Bagi sesetengah orang, mereka mungkin menganggap hotel berstatus empat atau lima bintang selalunya mencecah RM400 ke atas untuk penginapan semalam. Tidak juga. Contohnya, seperti Imperial Heritage Hotel. Hotel baru berstatus empat bintang ini menawarkan harga berpatutan untuk diinap oleh anda sekeluarga.

Bagi bilik keluarga, Family Deluxe, yang boleh menempatkan sehingga empat orang tetamu, harganya semurah RM280 semalam. Yang bagusnya tentang hotel ini adalah bilik hotel cukup luas dan dilengkapkan dengan kemudahan yang serba baru dan moden.

Imperial Heritage Hotel

Malah, lokasinya juga amat menarik kerana terletak hanya 300 meter dari Dataran Pahlawan. Parkir kereta anda di sini, dan berjalan kaki sahaja untuk bersiar-siar di Bandar Hilir sambil menikmati asam pedas Melaka.

  • Harga: Dari RM150+ semalam
  • Alamat: 1 Jalan Merdeka 1, Melaka, 75000 Melaka

15. Malacca Jonkerhouse

Malacca Jonkerhouse

Antara cara terbaik untuk mencipta kenangan percutian yang manis dengan ahli keluarga anda adalah dengan menginap di hotel yang menjanjikan aktiviti-aktiviti menarik di kawasan berhampiran. Malacca Jonkerhouse adalah salah satu hotel butik yang ada di bandaraya Melaka yang mesra keluarga.

Dengan menginap di sini, anda boleh menikmati keindahan Sungai Melaka, melihat kapal cruise menelusuri sungai Melaka di siang hari mahupun di waktu malam. Malah, anda turut boleh menempah basikal dan bersiar-siar di persisiran sungai sambil menikmati kecantikan lukisan mural dan pemandangan bandar.

Malacca Jonkerhouse

Walaupun ia hotel butik yang kecil, namun ia ada menyediakan bilik Family Studio yang sesuai untuk 7 orang tetamu. Kalau anda akan bercuti dengan ramai ahli keluarga, Malacca Jonkerhouse ada kemudahannya untuk anda. Harga pun boleh tahan – sekitar RM250 semalam. Menarik, bukan?

  • Harga: Dari RM250+ semalam
  • Alamat: 69 Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka

16. Discovery Malacca Hostel

Discovery Malacca Hostel

Sekali lihat, Discovery Malacca Hostel mungkin kelihatan agak kecil untuk percutian keluarga. Tetapi, anda perlu tahu yang hostel ini ada menyediakan bilik keluarga, Quadraple Room, yang boleh memuatkan sehingga empat orang.

Harganya juga sangat berbaloi iaitu di bawah RM150 semalam berserta dengan sarapan pagi percuma. Memang berbaloi! Bilik ini turut disertakan dengan bilik air peribadi dan Wi-Fi percuma. Kalau anda ingin bercuti secara bajet di Melaka dengan anak-anak, pertimbangkan hostel ini.

Discovery Malacca Hostel

Lokasinya juga bagus kerana terletak berhampiran dengan The Stadthuys dan Jonker Walk (hanya 5 minit berjalan kaki).

  • Harga: Dari RM49+ semalam
  • Alamat: No. 12, Tingkat Satu, Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka

17. A’Famosa Resort Melaka

A’Famosa Resort Melaka

Walaupun tidak terletak di pusat bandar, A’Famosa Resort Melaka masih lagi menjadi pilihan hotel di Melaka yang terbaik untuk percutian keluarga. Jika anda ingin menginap di resort berstatus empat bintang, pergilah ke Alor Gajah dan nikmati percutian penuh aktiviti di resort ini (lihat banyak lagi senarai resort di Melaka di sini!).

Anda boleh memilih sama ada untuk menginap di apartment atau rumah villa. Kedua-duanya sangat luas dan selesa, sesuai untuk diinap oleh seluruh keluarga. Di sini, terdapat banyak tempat menarik.

A’Famosa Resort Melaka

Antaranya ialah taman tema air, taman safari, pusat memanah, pekan koboi, dan juga beberapa restoran. Untuk ke pusat bandar pula, ia tidak terlalu jauh iaitu lebih kurang 30 ke 40 minit dengan kereta.

  • Harga: Dari RM306+ semalam
  • Alamat: Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Melaka

18. Swiss Hotel Heritage Boutique

Swiss Hotel Heritage Boutique

Ada antara kita yang merasakan penginapan di hotel butik adalah satu pengalaman yang cukup menarik. Dengan hiasan ala vintage dan barangan antik yang elok terjaga, ia menjanjikan satu memori yang akan diingati. Itulah yang akan anda nikmati ketika berada di Swiss Hotel Heritage Boutiqeu di Melaka!

Bilik di hotel butik ini cukup selesa, kemas, bersih dan cantik dengan hiasan perabot kayu antik. Antara bilik yang sesuai untuk anda sekeluarga adalah Family Room yang boleh menempatkan sehingga empat orang.

Swiss Hotel Heritage Boutique

Lokasinya juga terletak berhampiran dengan Jonker Street. Anda boleh berjalan kaki untuk ke pasar malam bagi menikmati makanan atau snek tempatan yang popular di sini. Malah, sarapan pagi berkonsepkan buffet juga turut disediakan di sini!

  • Harga: Dari RM188+ semalam
  • Alamat: 168, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka

19. Hotel Ibis Melaka

Hotel Ibis Melaka

Lagi satu hotel terbaik di Melaka yang sesuai untuk percutian keluarga adalah Hotel Ibis. Ia merupakan hotel mewah empat bintang yang menyediakan segala kemudahan dan keselesaan untuk anda.

Di sini, anda boleh memilih untuk menginap di bilik Family yang memuatkan satu katil Queen dan satu katil Twin. Untuk status empat bintang, biliknya tidaklah terlalu mahal kerana ia bermula serendah RM319 untuk bilik keluarga.

Hotel Ibis Melaka

Ketika menginap di sini, anda boleh menikmati sarapan pagi di restoran hotel atau bersenam d pusat fitness. Jika anda ingin melakukan aktiviti dengan anak-anak, Hotel Ibis turut menyediakan khidmat sewa basikal. Anda boleh berbasikal ke Porta de Santiago atau Jonker Street yang berada hanya 500 meter dari hotel.

  • Harga: Dari RM219+ semalam
  • Alamat: 249 Jalan Bendahara, 75100 Melaka

20. DoubleTree By Hilton

DoubleTree By Hilton

Inginkan percutian mewah di Melaka yang akan diingati oleh anak-anak? DoubleTree By Hilton adalah antara hotel bertaraf lima bintang yang terbaik di Melaka. Bermula dari melangkah masuk ke lobi hotel sehinggalah menjejakkan kaki ke bilik penginapan, anda pasti terkesima dan teruja berada di Hotel Hilton ini.

Bilik tetamunya serba luas, moden, cantik, dan dihiasi dengan kelengkapan yang berkualiti tinggi. Katil serta bantalnya besar dan empuk, ruangnya luas dan berkarpet lembut, dan bilik airnya cukup besar (dengan lantai marble!) dan disertakan dengan tab mandi yang besar.

DoubleTree By Hilton

Layanan yang diberikan juga sangat memuaskan, memang sepadan dengan harga yang dibayar! Ia terletak berhampiran dengan Dutch Square dan Kubu St. John’s.

  • Harga: Dari RM280+ semalam
  • Alamat: Hattan City, Jalan Melaka Raya 23, 75000 Melaka

21. Casa Del Rio Melaka

Casa Del Rio Melaka

Jika anda pernah menaiki kapal cruise di Sungai Melaka, anda pasti kenal bangunan hotel ini – Casa Del Rio. Ia merupakan antara hotel lima bintang terbaik di Melaka yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Hotel yang terletak dalam bangunan bersenikan kolonial ini menyediakan banyak bilik hotel yang mewah, luas, bersih dan selesa. Disebabkan ia berada di tepi Sungai Melaka, anda boleh menikmati pemandangan sungai yang cantik pada waktu siang dan malam.

Casa Del Rio Melaka

Di sini, anak anda boleh bermandi-manda di kolam renang infiniti, selain daripada berjalan-jalan di Jonker Street yang terletak hanya 6 minit dari hotel ini dengan berjalan kaki. Kelengkapan di bilik juga cukup moden dan berteknologi tinggi dengan iPad dock dan Internet berkelajuan tinggi!

  • Harga: Dari RM840+ semalam
  • Alamat: 88, Jalan Kota Laksamana, 75200 Melaka

Pilih salah satu daripada 21 hotel di Melaka yang kami kongsikan dalam artikel ini. Ia menjanjikan keseronokan dan keselesaan kepada anda sekeluarga. Untuk melihat harga yang dikemaskini dan pelbagai pilihan hotel, hostel dan resort menarik lain lagi, layari Booking.com . Selamat bercuti!

 

Kredit gambar: Booking.com

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment

adakah artikel ini berguna?

Share on facebook
Kongsi Facebook
Share on twitter
Kongsi Twitter
Share on whatsapp
Kongsi WhatsApp
Share on email
Kongsi Email