Hotel di Mersing

15 Hotel di Mersing Untuk Dijadikan Pilihan

Bandar Mersing terletak di kawasan pantai timur negeri Johor. Ianya terletak bersempadan dengan negeri Pahang. Bandar ini dikenali sebagai lokasi transit untuk pelancong yang ingin pergi ke Pulau Tioman yang terletak di negeri Pahang.

Pilihan BEST Hotel di Mersing

Hostel yang Best: Double K Hostel, “Hostel ini bukan sahaja murah, ia juga dihias dengan mural yang lukisan tangan yang kreatif dan menarik.”

Hotel Termurah: OYO 703 MyRA Hotel“Hotel cawangan kumpulan OYO yang memang terkenal dengan perkhidmatan bajet yang selesa ini menawarkan harga hotel termurah semalaman berbanding hotel-hotel lain di Mersing.”

Resort Bertema Unik: Bayu Lestari Island Resort, “Resort ini mempunyai tema unik dan dihias dengan cantik sekali.”

Resort Pantai Terbaik: Aseania Resort Pulau Besar“Resort pantai ini yang terletak di Pulau Besar ini bisa memenuhi segala keperluan tetamu yang menginap di sana.”

Penginapan Untuk Keluarga: Mersing Merlin Inn, “Rumah penginapan ini menyediakan perkhidmatan yang mesra keluarga dengan pelbagai aktiviti dan fasiliti yang mesra kanak-kanak seperti bilik mainan dan kolam renang kanak-kanak pada harga yang berpatutan”

Namun begitu, bandar tepi pantai yang aman dan tenang ini mempunyai banyak tarikan tersendiri. Mersing mempunyai beberapa pulau yang tidak kurang cantiknya seperti Pulau Rawa, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Ia juga mempunyai beberapa pantai yang indah seperti Pantai Air Papan dan Pantai Penyabung. Gunung Arong yang terletak di sini juga menjadi tumpuan para pendaki.

Bandar ini juga masih terpelihara dan mengekalkan ciri kedesaan. Walaupun semakin banyak kedai-kedai moden dan restoran makanan ringan bertapak di sini, masih banyak terdapat gerai-gerai yang menjual buah, makanan tradisi dan kraf yang boleh dijumpai dengan mudah di sekitar bandar kecil ini.

Jika anda merancang untuk melawat Mersing, kami ada cadangan 15 Hotel di Mersing yang boleh anda pilih. Tidak banyak hotel yang ada di bandar Mersing, jadi kami masukkan juga beberapa resort pantai dan hostel untuk lebih banyak pilihan. Kami susun senarai hotel dari yang paling murah hingga ke yang paling mahal supaya senang untuk anda membuat rujukan dan perbandingan. Jika anda bercadang untuk menetap di beberapa kawasan sekitar negeri Johor. Anda juga boleh merujuk beberapa artikel yang kami senaraikan di bawah untuk dijadikan panduan.

Artikel berkaitan:

Kredit gambar Utama: Mersing FB

Double K Hostel

Seperti namanya Double K Riverside Hostel merupakan sebuah hostel yang terletak di deretan rumah kedai di tengah-tengah bandar Mersing dan berdekatan dengan jeti. Hostel ini dihias cantik dengan mural dan lukisan tangan yang kreatif dan menarik. Pada backpackers ataupun pengunjung yang datang bersama rakan-rakan danmahu mencari hotel transit ke destinasi seterusnya, hotel ini mungkin sesuai untuk tujuan tersebut. 

Hostel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang terdiri daripada bilik tetamu berdua dan bilik asrama berempat mengikut jantina atau bercampur. Semua bilik lengkap dengan penghawa dingin, kipas dinding, meja tulis, palam kuasa dan loker. Tetamu perlu berkongsi bilik mandi. Jangan risau kerana bilik mandi berkongsi yang disediakan adalah bersih dan berasingan jantina. Setiap bilik mandi lengkap dengan pancuran mandian air panas, selipar dan set mandian. 

Hostel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dengan set TV dan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak ringkas. Tempat letak kenderaan awam juga ada terdapat di kawasan hotel. 

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, fax dan fotokopi dengan bayaran tambahan dan sarapan pagi ringkas juga ada disediakan.

15 Hotel di Mersing Untuk Dijadikan Pilihan 1
  • Harga - Dari RM 65 semalaman.
  • Alamat - 55 JALAN SULAIMAN, 86800 Mersing, Malaysia

2. OYO 703 MyRA Hotel

OYO 703 MyRA Hotel

OYO 703 MyRA Hotel ini merupakan sebuah hotel cawangan kumpulan OYO yang popular di Malaysia dengan perkhidmatan penginapan bajet yang baik dan selesa. Hotel ini bertaraf 2 bintang dan terletak di tengah-tengah bandar Mersing. Pada yang sukakan privasi dan tidak mahu berbelanja banyak. Hotel ini merupakan pilihan yang tepat.

Hotel ini menawarkan sebanyak 11 unit bilik tetamu dan suite kepada tetamu. Semua unit lengkap dengan ruang tempat duduk, penghawa dingin, set TV, cerek elektrik , rak baju dan telefon.  Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian. Seterika dan alat pengering rambut akan diberikan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, meja tempahan lawatan, ruang santai, kedai serbaneka dan pusat kecantikan. Tempat letak kereta awam boleh dijumpai berdekatan dengan hotel.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan daftar keluar/masuk ekspress juga ada disediakan.

OYO 703 MyRA Hotel
  • Harga - Dari RM 71 semalaman.
  • Alamat - 27 A, Tingkat 1, Jalan Ismail, 86800 Mersing, Malaysia

3. Mersing Hotel

Mersing Hotel

Mersing Hotel ini merupakan sebuah hotel yang bertaraf 2 bintang.  Lokasinya terletak di tengah-tengah bandar Mersing dan dekat dengan restoran-restoran, kedai serbaneka dan bank. Ianya juga sangat hampir dengan stesyen bas dan jeti ke Pulau Tioman. 

Hotel ini menawarkan sebanyak 26 unit bilik tetamu yang dihias ringkas dan asas. Semua unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan rak baju. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian. Alat pengering rambut ada disediakan atas permintaan. Beberapa unit bilik tetamu di hotel ini menyajikan pemandangan laut yang mendamaikan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan pantri. Tempat letak kereta awam juga ada berdekatan hotel. dan tempat letak kereta juga ada terdapat di sini. 

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, daftar keluar/masuk ekspress, panggilan kejut bangun pagi dan shuttle percuma ke jeti juga ada disediakan.

Mersing Hotel
  • Harga - Dari RM 88 semalaman.
  • Alamat - No. 1 Jalan Dato Timor, 86800 Mersing, Malaysia
Embassy Hotel

Embassy Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak berhampiran dengan stesen bas dan jeti. Hotel ini terletak di atas kedai kopi yang beroperasi hingga lewat malam. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan kedai serbaneka, restoran makanan dan kedai roti.

Hotel ini menawarkan sebanyak 39 unit bilik tetamu dan suite yang kemas. Semua unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, meja dan rak baju. Suite juga mempunyai peralatan makanan dan ketuhar gelombang mikro. Bilik mandi yang disediakan pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, selipar dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan mesin dispenser air minuman. Tempat letak kereta awam juga ada berdekatan.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, dobi dan daftar keluar/masuk ekspress ada disediakan.

Embassy Hotel
  • Harga - Dari RM 89 semalaman.
  • Alamat - 2, Jalan Ismail, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor, Malaysia
OYO 702 D View

OYO 702 D View ini merupakan satu lagi hotel cawangan kumpulan OYO yang terdapat di Mersing. Ia juga merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang. Ianya terletak di atas kedai makan dan betul-betul berada di tepi sungai. Hotel ini juga dekat dengan jeti ke Pulau Tioman.

Hotel ini menawarkan sebanyak 18 unit bilik tetamu dan suite yang sangat luas dan bersih. Seesetengah unit menyajikan pemandangan sungai. Semua unit lengkap dengan ruang tempat duduk, penghawa dingin, set TV, almari pakaian dan meja.  Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian. Seterika dan alat pengering rambut akan diberikan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan ruang santai. Tempat letak kereta awam boleh dijumpai berdekatan dengan hotel.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan daftar keluar/masuk ekspress juga ada disediakan.

OYO 702 D View
  • Harga - Dari RM 90 semalaman.
  • Alamat - No. 6 & 7, Jalan Jeti, Bandar Tepian Sungai, 86800 Mersing, Malaysia
MG Hotel

Mg Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak berhampiran Pantai Mersing. Hotel 2 tingkat ini mempunyai bangunan sendiri. Ianya dicat dengan warna kuning yang terang dan ceria. Ramai tetamu memuji hotel ini kerana kebersihan hotelnya. Suasana sekitar hotel juga tenang dan damai.

Hotel ini menawarkan sebanyak 6 unit bilik tetamu yang bersih dan kemas. Semua unit lengkap dengan ruang tempat duduk, penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, meja dan rak baju. Bilik mandi yang disediakan pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengring rambut dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan mesin layan diri air minuman dan tempat letak kereta percuma.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan shuttle percuma ke jeti dan stesen bas juga ada disediakan.

MG Hotel
  • Harga - Dari RM 93 semalaman.
  • Alamat - 10-C JALAN JEMALUANG, 86800 Mersing, Malaysia
River Side Hotel

River Side Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak betul-betul berdekatan dengan tepi sungai. Hotel ini dibuka pada tahun 2012. Ianya terletak di hujung deretan rumah kedai dan dikelilingi oleh beberapa restoran dan kedai.

Hotel ini menawarkan sebanyak 40 unit bilik tetamu yang asas dan kemas. Semua unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, meja tulis dan rak baju. Beberapa unit juga mengadap sungai. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, selipar dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan ruang seterika, mesin dispenser air dan mesin basuh. Tempat letak kereta awam boleh dijumpai berdekatan dengan hotel.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, kawalan keselamatan 24 jam, dobi dan daftar keluar/masuk ekspress juga ada disediakan.

River Side Hotel
  • Harga - Dari RM 97 semalaman.
  • Alamat - No 74, Jalan Sulaiman, 86800 Mersing, Malaysia
Hotel Seri Malaysia Mersing

Hotel Seri Malaysia Mersing merupakan cawangan Hotel Seri Malaysia yang terdapat di Mersing. Hotel Seri Malaysia terkenal dengan penginapan hotel yang bertaraf 3 bintang.  Lokasi hotel ini terletak berhampiran dengan Hutan Rekreasi Gunung Arong. Tetamu yang mendaftar masuk ke sini akan disajikan dengan minuman selamat datang.

Hotel ini menawarkan sebanyak 100 unit bilik tetamu yang dihias dengan cantik. Semua unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, peti simpanan, peti ais, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut, selipar dan set mandian. Beberapa unit bilik tetamu juga mempunyai tab mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, bilik permainan dengan permainan papan dan meja ping pong, kolam renang, restoran yang menyajikan makanan tempatan dan tempat letak kereta juga ada terdapat di sini. 

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik, buffet sarapan pagi, dobi, fax dan fotokopi dengan bayaran tambahan, basikal sewa, panggilan kejut bangun pagi, daftar keluar/masuk ekspress dan daftar keluar lewat juga ada disediakan.

Hotel Seri Malaysia Mersing
  • Harga - Dari RM 100 semalaman.
  • Alamat - Lot PTB 641 Jalan Ismail, Mersing, Johor Darul Takzim, 86800 Mersing, Malaysia
Sakiza View Mersing

Sakiza View Mersing ini merupakan sebuah hotel yang bertaraf bajet. Ianya terletak di deretan bangunan rumah kedai berhampiran dengan sungai dan pantai Mersing. Kedudukan hotel ini juga dekat dengan Jeti. Hotel ini dicat dengan warna asas putih dan beberapa warna ceria di bahagian luarnya. Bahagian dalaman dicat dengan warna ringkas seperti putih, kuning cair dan biru cair.

Hotel ini menawarkan sebanyak 54 unit bilik tetamu yang kemas dan bersih. Beberapa unit mempunyai pemandangan pantai. Semua unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, meja tulis dan rak baju. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam,CCTV, ruang santai, surau dan mesin layan diri air minuman. Tempat letak kereta awam juga ada terdapat di sekitar hotel.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, dobi dan daftar keluar/masuk ekspress juga ada disediakan.

Sakiza View Mersing
  • Harga - Dari RM 108 semalaman.
  • Alamat - Jalan Abu Bakar, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor, Malaysia
Mersing Merlin Inn

Mersing Merlin Inn merupakan sebuah rumah penginapan.  Lokasinya terletak di pinggir pusat bandar dan dikelilingi dengan persekitaran yang hijau dan mendamaikan. Pada yang datang bersama keluarga dan ingin meluangkan masa bercuti di tempat yang tenang dan kurang sibuk pada harga yang murah dan berpatutan, rumah penginapan ini mungkin pilihan terbaik.

Rumah penginapan tiga tingkat ini menawarkan sebanyak 34 unit bilik tetamu. Semua unit lengkap dengan ruang tempat duduk, penghawa dingin, set TV, cerek elektrik , peti ais, almari pakaian, meja dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, selipar dan set mandian. 

Kemudahan lain yang terdapat di sini terdiri daripada seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dengan karaoke, kafe yang menyajikan masakan panas, kolam renang, gimnasium, teres, taman dan tempat letak kereta. 

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sarapan pagi, kawalan keselamatan 24 jam, dobi dengan bayaran tambahan, daftar keluar/masuk ekspress, khidmat teksi dan shuttle ke pusat bandar dan jeti juga ada disediakan.

Mersing Merlin Inn
  • Harga - Dari RM 130 semalaman.
  • Alamat - 65, Jalan Endau, Kampong Sri Lalang, 86800 Mersing, Malaysia
Timotel Hotel

Timotel Hotel ini merupakan sebuah hotel yang bertaraf 2 bintang. Ianya terletak di Endau. Timotel Hotel ini berkapasiti agak besar untuk hotel hotel yang bertaraf dua bintang. Persekitaran hotel ini juga terdapat banyak restoran dan kedai-kedai. Lokasi hotel ini juga berhampiran Pantai Air Papan.

Hotel ini menawarkan sebanyak 44 unit bilik tetamu yang luas dan kemas. Semua unit lengkap dengan ruang tempat duduk, penghawa dingin, set TV, cerek elektrik , peti simpanan, rak baju, meja tulis dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Seterika ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai dan tempat letak kereta juga ada terdapat di sini.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, dobi dengan bayaran tambahan, daftar keluar/masuk ekspress dan shuttle ke jeti ada disediakan.

Timotel Hotel
  • Harga - Dari RM 157 semalaman.
  • Alamat - 839 Jalan Endau, 86800 Mersing, Malaysia
D'coconut Island Resort

 D’coconut Island Resort ini merupakan sebuah resort pantai yang bertaraf 3 bintang.  D’Coconut ini mempunyai beberapa resort pantai di beberapa pulau di Malaysia. Resort ini terletak di Pulau Besar. Pantainya yang bersih dan lokasinya yang cantik pastinya akan menggamit hati sesiapa sahaja. Sama seperti resort pantai yang lain, peralatan elektrik seperti peti ais dan TV tidak disediakan bagi tujuan memelihara alam sekitar dan meminimakan penggunaan elektrik.  Elektrik juga dicatu dari pukul 2.00 pagi hingga pukul 5.00 pagi. 

Resort ini menawarkan sebanyak 65 unit bilik tetamu berbalkoni dan berperabot kayu yang kemas dan bersih. Walaupun penggunaan elektrik dihadkan, penghawa dingin ada disediakan di setiap unit bilik tetamu. Peti simpanan juga ada disediakan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, selipar dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, pantai peribadi. gelanggang bota tampar pantai, kolam renang, restoran dan bar kolam renang. 

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi dan tempahan aktiviti sukan air seperti menyelam, berkanu dan sebagainya juga ada disediakan.

 

D'coconut Island Resor
  • Harga - Dari RM 249 semalaman.
  • Alamat - Pulau Besar, Mersing, 86800 Mersing, Malaysia
Felda Residence Tanjung Leman

Felda Residence Tanjung Leman merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Lokasinya terletak agak jauh dari pusat bandar Mersing. Hotel ini terletak di tepi Pantai di Tanjung Leman. Pada yang tidak berniat untuk pergi ke pulau-pulau berdekatan tetapi masih mahu menikmati pemandangan laut yang indah, hotel ini mungkin sesuai untuk anda. Hotel ini juga tidak mempunyai liputan WIFI. Jadi pada yang ingin bercuti dari menggunakan internet, anda datang ke tempat yang betul.

Hotel ini menawarkan sebanyak 90 unit bilik tetamu yang dihias sangat cantik dan berbalkoni. Semua unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, seterika dan papan seterika, peti simpanan, meja tulis, rak baju dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut, selipar dan set mandian. Beberapa unit tertentu juga mempunyai tab mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, gimnasium, kolam renang dewasa, kolam renang kanak-kanak, bilik permainan kanak-kanak, restoran yang menyediakan masakan panas a la carte, kedai cenderamata dan tempat letak kereta juga ada terdapat di sini.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sarapan pagi, penghantaran makanan ke bilik, tempahan aktiviti sukan air, daftar keluar/masuk ekspress dan shuttle ke lapangan terbang ada disediakan.

Felda Residence Tanjung Leman
  • Harga - Dari RM 278 semalaman.
  • Alamat - Lot PTD 144, Tanjung Leman, Mukim Tenggaroh,, 86810 Jemaluang, Malaysia
Aseania Resort Pulau Besar

 Aseania Resort Pulau Besar merupakan sebuah lagi resort pantai yang terletak di Pulau Besar. Ianya merupakan sebuah resort pantai yang bertaraf 3 bintang. Resort ini dikelilingi kehijauan dan menyajikan suasana dan persekitaran yang tenang dan mendamaikan kepada para tetamu yang menginap.

Hotel ini menawarkan sebanyak 47 unit chalet dengan balkoni yang dibina daripada kayu dengan bentuk rumah tradisi dan mengadap laut. Semua unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik , peti ais mini, meja, rak baju dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, selipar dan set mandian. Alat pengering rambut ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, pantai peribadi, gelanggang bola tampar pantai, kemudahan barbeku, lounge, bar, restoran, bilik aktiviti untuk kanak-kanak, spa, kolam renang, kedai cenderamata, pondok pantai dan dek jemuran.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, tempahan aktiviti sukan air, khidmat urutan, buffet sarapan pagi dan shuttle ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan ada disediakan.

Aseania Resort Pulau Besar
  • Harga - Dari RM 385 semalaman.
  • Alamat - No. 5, Jalan Abu Bau Bakar, 86800 Mersing, Malaysia
Bayu Lestari Island Resort

Bayu Lestari Island Resort merupakan sebuah lagi resort pantai yang terletak di Pulau Besar. Ianya merupakan resort yang dipunyai dan diuruskan oleh keluarga Ibu Rose dan lima anaknya dengan dibantu oleh pekerja-pekerja resort. Ianya merupakan sebuah resort pantai yang bertaraf 3 bintang. Sama seperti Aseania Resort Pulau Besar, Bayu Lestari Island Resort juga menyajikan suasana dan persekitaran yang tenang dan mendamaikan kepada para tetamu yang menginap. Terutama sekali kerana lokasinya yang terletak betul-betul bersebelahan dengan laut.

Sebaik sahaja anda melangkah ke jeti, kakitangan resort akan menyambut anda dan mengiring anda ke kaunter meja depan untuk tujuan pendaftaran masuk. Anda juga akan disajikan dengan minuman alu-aluan sebelum pekerja mengiring anda ke bilik.

Hotel ini menawarkan sebanyak 15 unit chalet berpatio yang dibina daripada kayu dengan senibina bentuk rumah tradisi. Semua unit lengkap dengan ruang tempat duduk, penghawa dingin, set TV, cerek elektrik , peti ais mini, meja, rak baju dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian. Alat pengering rambut ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, mesin dispenser air minuman, ruang santai, ruang simpanan bagasi, pantai peribadi, gelanggang bola tampar pantai, kemudahan barbeku, lounge dengan meja pool, perpustakaan mini, restoran, kedai cenderamata, dek jemuran dan buaian.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, tempahan aktiviti sukan air, trek hutan, basikal sewa, khidmat urutan, buffet sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam dan shuttle ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan ada disediakan.

Bayu Lestari Island Resort
  • Harga - Dari RM 605 semalaman.
  • Alamat - LOT 4, 86800 Kampong Atap Zing, Malaysia

Berakhir sudah senarai 15 Hotel di Mersing untuk anda jadikan pilihan. Jika anda masih mahu mencari, anda boleh terus melawat ke laman web seperti Booking.com atau Agoda.com untuk lebih pilihan. Semoga lawatan anda ke kota suci ini diberkati dan dipermudahkan.

Kredit gambar: Booking.com & Agoda.com

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment