hotel di miri

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga

Miri terletak di pesisir pantai bahagian timur utara negeri Sarawak. Ianya merupakan bandar kedua terbesar Sarawak dan juga dikenali dengan jolokan bandar petroleum kerana aktiviti carigali petroleum yang pesat dijalankan di bandar tersebut. 

Pilihan BEST Hotel di Miri (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: Hua Kiew Inn, “Menawarkan penginapan yang termurah di Miri tetapi khidmat yang diberikan amat bagus dan memuaskan.”

Hotel Mesra Pengembara Solo: Walk Inn, “Hotel ini lengkap dengan kemudahan asas yang sesuai untuk pengembara solo.”

Hotel Butik Terbaik: Chemara Boutique Hotel“Hotel butik yang comel dan sesuai untuk pasangan berbulan madu.”

Hotel Mesra KeluargaMega Hotel, “Hotel ini merupakan hotel 4 bintang yang mempunyai fasiliti mesra kanak-kanak.”

Hotel Mewah Terbaik: Pullman Miri Waterfront“Menawarkan perkhidmatan bertaraf 5 bintang kepada tetamu yang menetap”

Miri juga merupakan lokasi transit para pelancong sebelum meneruskan perjalanan ke beberapa taman negara yang juga merupakan tapak warisan dunia UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Loagan Bunut, Taman Negara Bukit Lambir, Taman Negara Niah dan Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti.

Jika anda berpeluang melawat Miri, kami ada 23 Hotel di Miri yang boleh anda pilih. Hotel-hotel ini dipilih berdasarkan ulasan baik yang diberikan oleh tetamu-tetamu yang pernah menginap di hotel-hotel tersebut. Hotel-hotel ini disusun dari harga yang termurah hingga yang termahal untuk memudahkan anda memilih. 

1. Hua Kiew Inn

Hua Kiew Inn

Hua Kiew Inn merupakan sebuah hotel bajet yang menawarkan harga termurah berbanding hotel-hotel lain yang terdapat di Miri. Walaupun ianya merupakan sebuah hotel bajet, tetapi penginapan yang ditawarkan agak selesa dan berpatutan dengan harga.

Hotel ini menawarkan 30 unit bilik tetamu. Setiap unit dilengkapi dengan set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian. Seterika ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, gimnasium dan tempat letak kereta. 

Perkhidmatan kemasan harian dan dobi dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

Hua Kiew Inn
  • Harga – Dari RM 56 Semalaman.
  • Alamat – Lot 621 Block 9 Jalan Sim Cheng Kay, MCLD, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. OYO 977 Hong Kong Suites

Hong Kong Suits

OYO 977 Hong Kong suites merupakan salah satu hotel ahli kumpulan OYO. Kumpulan OYO terkenal dengan perkhidmatan penginapan bajet yang selesa. Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Miri jadi  ianya berdekatan dengan kedai serbaneka, bank dan restoran-restoran. Walaupun ianya merupakan hotel bertaraf dua bintang, tetapi reka bentuk luaran dan dalaman hotel ini kelihatan moden dan bergaya.

Hotel ini menawarkan 37 unit bilik tetamu yang bebas rokok dan lengkap dengan keperluan asas seperti penghawa dingin, set TV dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan panggilan kejut bangun pagi juga ada disediakan.

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 31
  • Harga – Dari RM 67 Semalaman.
  • Alamat – Lot 842 Jalan Merpati, Sarawak, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. Pacific Orient Hotel ( 凯富大酒店 )

Pacific Orient Hotel

Terletak di tengah-tengah pusat komersial Miri, Pacific Orient Hotel adalah sebuah hotel bertaraf 2 bintang. Hotel ini antara hotel yang awal dibuka di Miri. Ianya agak lama tapi kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini masih berada dalam keadaan yang baik.

Hotel ini menawarkan 66 buah bilik tetamu yang luas dan selesa. Semua unit lengkap dengan penghawa dingin, almari pakaian, set TV, telefon dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam,ruang santai dengan meja snuker, ruang simpanan bagasi, restoran dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, sarapan pagi, dobi, cucian kering dan penghantaran ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 32
  • Harga – Dari RM 80 Semalaman.
  • Alamat – No. 49, Brooke Road, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

4. OYO 976 Dragon Inn

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 33

OYO 976 Dragon Inn adalah merupakan salah satu hotel ahli kumpulan OYO. Ianya merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang. Hotel ini terletak di tengah-tengah pusat komersial Miri jadi ianya berdekatan dengan kedai-kedai serbaneka, restoran-restoran dan bank.

Hotel ini menawarkan 33 unit bilik tetamu bebas rokok yang lengkap dengan keperluan asas. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, set TV, peti ais dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan ruang simpanan bagasi. Hotel ini tidak mempunyai tempat letak kereta khas, tetapi tempat letak kereta awam ada berhampiran.

Perkhidmatan kemasan bilik harian dan daftar masuk/keluar ekspres ada disediakan.

Dragon Inn
  • Harga – Dari RM 89 Semalaman.
  • Alamat – Lot 355 Jalan Masjid, Sarawak, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. OYO 901 Miri Hotel

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 34

OYO 901 Miri Hotel merupakan salah satu lagi hotel ahli kumpulan OYO. Ianya terletak 1 minit berjalan kaki dari pusat bandar Miri dan 15 minit memandu ke lapangan terbang. Hotel ini merupakan sebuah hotel yang bertaraf 2 bintang. Ia juga terletak bersebelahan dengan restoran makanan laut.

Hotel ini menawarkan 60 unit bilik tetamu yang luas, selesa dan berbalkoni. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, set TV, peti simpanan keselamatan, peti ais dan cerek elektrik dengan set teh/kopi. Bilik mandi pula dilengkapi pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan panggilan teksi, perkhidmatan dobi, faks, fotokopi dan pos dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

Miri Hotel
  • Harga – Dari RM 98 Semalaman.
  • Alamat – No.47, Brooke Road, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. Walk Inn

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 35

Walk Inn Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang dibuka khas untuk pengembara solo atau yang datang bersama rakan. Ianya juga amat sesuai untuk penginapan transit. Hotel ini terletak bersebelahan dengan Pusat Membeli Belah Bintang Megamall dan berada di tengah-tengah pusat bandar.

Hotel ini menawarkan 16 unit bilik tetamu yang asas dan selesa. Setiap unit mempunyai penghawa dingin dan set TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut dan set mandian. 

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, dispenser air minuman. ruang seterika, ruang santai dengan tempat mengecas telefon bimbit dan tempat letak kereta.  

Perkhidmatan kemasan bilik harian dan perkhidmatan kenderaan sewa ada disediakan.

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 36
  • Harga – Dari RM 99 Semalaman.
  • Alamat – Lot 1819 Merbau Road, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. Nova Hotel Miri

Nova Hotel

Nova Hotel Miri merupakan sebuah hotel yang bertaraf 2 bintang. Ianya terletak di pusat bandar Miri. Walaupun ia merupakan hotel bertaraf 2 bintang, tetapi hiasan dalaman hotel ini amat bergaya.

 Hotel ini menawarkan 50 unit bilik hotel yang  dihias cantik. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis dan telefon.  Bilik mandi pula dilengkapi denga  pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Seterika dan papan seterika ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WiFi percuma, kaunter penerimaan tetamu 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai dengan surat khabar percuma dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan dobi dan fax  dengan bayaran tambahan juga ada disediakan. 

Nova Hotel
  • Harga – Dari RM 99 Semalaman.
  • Alamat – Lot 1016, Block 9, Jalan Brooke Miri Concession Land District, Miri., 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. OYO 989 Ostay Inn

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 37

OYO 989 Ostay Inn adalah salah satu hotel ahli kumpulan OYO yang bertaraf 2 bintang. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Miri. Hotel ini sesuai untuk yang datang bersama keluarga dan tidak berbajet besar kerana ianya mempunyai bilik-bilik keluarga dan suite yang luas. 

Hotel ini menawarkan 23 unit bilik tetamu yang luas dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, meja tulis dan set TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, bidet, tab mandi, selipar dan set mandian. Seterika ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, meja tempahan lawatan dan tempat letak kereta.  

Perkhidmatan kemasan bilik harian dan daftar masuk/keluar ekspress ada disediakan.

Ostay Inn
  • Harga – Dari RM 100 Semalaman.
  • Alamat -Lot 343 & 344, Block 7, MCLD JALAN MIRI-PUJUT, Commercial Center, Miri, Sarawak, Malaysia, 98000, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

9. OYO 985 Hotel Nur

Hotel Nur

OYO 985 Hotel Nur merupakan salah satu lagi hotel ahli kumpulan OYO yang boleh dijumpai di Miri. Ianya merupakan sebuah hotel bertaraf 1 bintang tapi reka bentuk, hiasan dalaman dan perkhidmatan yang disediakan memang terbaik.

Hotel ini menawarkan 48 buah bilik tetamu yang luas dan kemas. Terdapat juga ruang untuk bersolat dan penunjuk arah kiblat. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, rak baju, peti simpanam keselamatan, cerek elektrik dan set kopi/teh percuma. Seterikan dan sejadah ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemuudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, surau mini dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik 24 jam dan kawalan keselamatan 24 jam, perkhidmatan dobi dan faks dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

Hotel Nur
  • Harga – Dari RM 107 Semalaman.
  • Alamat – Lot 1271-1274, Block 9, MCLD, Jalan Bendahara, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

10. Chemara Boutique Hotel

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 38

Chemara Boutique Hotel merupakan sebuah hotel butik. Ia mendapat nama daripada pokok cemara yang banyak terdapat di Lutong. Bandar di mana hotel ini terletak. hotel butik ini dihias dengan tema yang comel dan rustik. Pada tetamu yang suka bergambar dan berswafoto, hotel ini pastinya akan memberikan kepuasan kepada mereka. Hotel ini mendapat ulasan terbaik daripada tetamu-tetamu yang pernah menetap.

Hotel ini menawarkan 25 unit bilik tetamu yang dihias dengan cantik dengan kit-kit berlabel comel. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV, telefon, seterika, peti ais, cerek elektrik dan set teh/kopi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Minuman alu-aluan juga turut diberi kepada tetamu.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja tetamu yang beroperasi 24 jam, gereja kecil, kedai mini, restoran yang menyediakan masakan panas sepanjang hari dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, sarapan pagi ala Eropah, perkhidmatan bilik yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan concierge dan surat khabar percuma ada disediakan. Pada ibubapa yang  bercuti dengan kanak-kanak kecil dan mahukan masa bersama. Hotel ini juga ada menawarkan perkhidmatan penjagaan bayi dengan bayaran.

Chemara Boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 120 Semalaman.
  • Alamat – Lot 1436 & 1437, Block 1, Off Jalan Pasar Lutong, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

11. Dynasty Hotel Miri

Dynasti Hotel

Dynasty Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di bandar Miri. Ianya terletak berdekatan dengan Miri City Fan, The Imperial Mall, Dennis Lighting Centre. Ianya sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja ataupun yang datang bersama keluarga.

Hotel ini menawarkan 130 buah bilik tetamu yang dihias dengan cantik dan glamorous. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFi percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, sauna, bilik stim, gimnasium, restoran dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, khidmat bilik yang beroperasi 24 jam, sistem kawalan keselamatan 24 jam, perkhidmatan concierge dan tempahan tiket, sarapan pagi, panggilan kejutan bangun pagi dan shuttle ke beberapa tempat menarik di Miri dan lapangan terbang juga ada disediakan. 

Dynasti Hotel
  • Harga – Dari RM 127 Semalaman.
  • Alamat – Lot 683, Block 9, Jalan Miri-Pujut, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

12. Imperial Palace Hotel

Imperial Palace Hotel

Imperial Palace Hotel merupakan sebuah hotel bisnes. Ianya salah satu daripada dua cawangan Imperial Hotel yang terdapat di Miri.  Walaupun fokus hotel ini untuk mereka yang datang atas urusan kerja atau berkursus, hotel ini juga sesuai untuk yang datang bersama pasangan atau keluarga.

Hotel ini menawarkan 307 unit bilik tetamu yang kemas dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, cerek elektrik dan set kopi/teh. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Sesetengah unit dilengkapi dengan tab mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, restoran, gimnasium, sauna, kolam renang, bilik persidangan dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan harian, bufet sarapan pagi, perkhidmatan bilik dan sistem keselamatan 24 jam juga ada disediakan.

Imperial Palace Hotel
  • Harga – Dari RM 128 Semalaman.
  • Alamat – Lot 1120, Jalan Sehati, Block 7, MCLD Pelita Commercial Centre, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

13. Kingsley Hotel

Kingsley Hotel

Kingsley Hotel merupakan sebuah hotel yang baru dibuka di Miri pada tahun 2014.  Ianya terletak di tengah-tengah bandar Miri dan sangat berhampiran kompleks membeli-belah, restoran-restoran, pasar raya dan bank. Ianya sesuai untuk tetamu yang menginap atas urusan kerja ataupun tetamu yang mahukan suasana malam yang meriah kerana suasana sekitar hotel agak meriah pada waktu malam.

Hotel ini menawarkan sebanyak 43 unit bilik tidur yang kemas, elegen dan mempunyai ruang tempat duduk. Setiap unit dilengkapi  dengan penghawa dingin, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFi percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, ruang simpanan bagasi dan tempat letak kereta dengan CCTV yang boleh diakses di dalam bilik para tetamu.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, dobi dengan bayaran tambahan dan shuttle pergi balik dari lapangan terbang juga ada disediakan.

Kingsley Hotel
  • Harga – Dari RM 129 Semalaman.
  • Alamat – LOT 2167, JALAN SYLVIA MCLD, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

14. Ano Hotel

Ano Hotel

Ano Hotel merupakan sebuah hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Miri. Hotel ini dibuka pada tahun 2017. Segala peralatan, perhiasan dan perabot yang disediakan masih berada dalam keadaan baru. Persekitaran hotel juga dihias dengan cantik dan kemas. Ianya juga terletak berdekatan dengan pusat membeli belah, pusat hiburan dan restoran-restoran. pada yang sukakan suasana meriah waktu malam dan akses yang mudah untuk mendapatkan pengangkutan. Hotel ini sesuai untuk dijadikan tempat penginapan.

Hotel ini menawarkan sebanyak 150 buah bilik tetamu. Semua unit adalah luas dan bersih. Peralatan seperti penghawa dingin, set TV, meja tulis, telefon dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Setereka ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan harian, kawalan keselaman 24 jam, khidmat tempahan tiket dan panggilan teksi juga ada disediakan.

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 39
  • Harga – Dari RM 130 Semalaman.
  • Alamat – LOT 1755, BLOCK 9, OFF JALAN PERMAISURI MIRI CONCESSION LAND DISTRICT, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

15. Amigo Hotel

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 40

Amigo Hotel terletak di pinggir pusat bandar Miri. Ianya merupakan sebuah hotel butik. Hotel ini dicat dengan pelbagai warna-warna ceria yang menarik. Perabot dan hiasan yang digunakan menggunakan warna-warna yang menarik. Hotel ini terletak berhampiran dengan beberapa pusat hiburan. Jadi ianya agak meriah pada waktu malam. Pada tetamu yang sukakan suasana malam yang meriah, hotel ini amat sesuai untuk anda.

Amigo Hotel menawarkan 42 buah bilik yang dihias cantik dan mempunyai ruang tempat duduk. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan set teh/kopi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut, selipar dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang santai dengan surat khabar percuma dan tempat letak kereta percuma.

Perkhidmatan kemasan bilik harian ada disediakan di hotel ini.

Amigo Hotel
  • Harga – Dari RM 132 Semalaman.
  • Alamat – Lot 2026, Block MCLD, Marina Park, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

16. Ajang Hotel

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 41

Ajang hotel merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Ianya terletak di Pusat Komersial Miri Waterfront. Ianya nampak seperti hotel biasa dari luar, tetapi dalamannya dihias dengan perhiasan tradisi seperti pasu Sarawak dan lukisan-lukisan tangan bertemakan kehidupan seharian di Sarawak. Hotel ini amat sesuai untuk keluarga yang bercuti dengan anak-anak kecil.

Hotel ini menawarkan 140 buah bilik yang dihias cantik dengan cadar dan sarung bantal dibuat dari tekstil bermotif tenunan.  Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, telefon, peti simpanan peribadi dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, restoran yang menyediakan masakan panas dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan harian, panggilan kejut bangun pagi, sarapan pagi, kereta sewa, perkhidmatan ulang-alik dan dobi dengan bayaran tambahan ada disediakan. Jika ibubapa yang mahukan masa bersendirian tanpa kanak-kanak kecil, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak juga ada ditawarkan di hotel ini.

Ajang Hotel
  • Harga – Dari RM 141 Semalaman.
  • Alamat – Ground Floor 1671 Block 9 Miri Waterfront Commercial Center, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

17. Mega Hotel

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 42

Mega Hotel merupakan hotel 4 bintang yang terletak di Pusat Komersial Miri Waterfront. Hotel ini memberi jaminan yang mereka mempunyai bilik tetamu yang terluas berbanding dengan bilik-bilik hotel lain yang terdapat di Miri. Ianya amat sesuai untuk tetamu yang datang bercuti sama ada pasangan ataupun keluarga.

Hotel ini menawarkan sebanyak 229 unit bilik tetamu yang elegan dan luas dengan set bilik tidur bersaiz mega dengan ruang tempat duduk. Bilik keluarga pula mempunyai sudut mainan untuk kanak-kanak. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, telefon, cerek elektrik dan bar mini. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, gimnasium, spa yang lengkap dengan bilik stim, rumah urut dan sauna, kolam renang luaran , restoran, kafe, bakeri dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, bufet sarapan pagi, perkhidmatan bilik, perkhidmatan concierge, dobi dengan bayaran tambahan dan tempahan tiket ada disediakan di hotel ini. Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak juga ada ditawarkan di hotel ini.

Mega Hotel
  • Harga – Dari RM 142 Semalaman.
  • Alamat – Lot 907 Jalan Merbau, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

18. Somerset Hotel

Somerset Hotel

Somerset Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Miri dan merupakan antara hotel yang terawal dibuka di Miri.  Walaupun begitu, peralatan yang disediakan masih berada dalam keadaan baik.

Hotel ini menawarkan 56 unit bilik tetamu yang luas dan dihias kemas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, seterika dan cerek elektrik.  Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, ruang simpanan bagasi, kedai mini, restoran yang menghidangkan makanan tradisional dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik dan perkhidmatan faks dan fotokopi dengan bayaran  tambahan ada disediakan.

Somerset Hotel
  • Harga – Dari RM 161 Semalaman.
  • Alamat – Lot 213-215 Kwangtung Road PO Box 1476, 98008 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

19. Grand Palace Hotel

Grand Palace Hotel

Grand Palaca Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Ianya terletak di Pelita Commercial Centre dan telah diubahsuai pada tahun 2009. Hotel ini menawarkan perkhidmatan yang memuaskan dan mendapat ulasan yang baik di kalangan para tetamu yang pernah menginap di sini terutama sekali tentang katilnya yang empuk dan sarapan yang enak dengan pelbagai pilihan.

Grand Palace Hotel menawarkan 125 unit bilik-bilik tetamu yang luas dan dihias elegen. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, cerek elektrik, peti simpanan keselamatan, bar mini, seterika, set kopi/teh dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti internet berwayar percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, sebuah kolam renang luaran, kolam renang dalaman berjakuzi, spa, gimnasium, restoran makanan barat, restoran makanan cina, sebuah lounge dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan hantar-jemput lapangan terbang, perkhidmatan pusat perniagaan dan penjagaan anak juga ada disediakan.  

Grand Palace Hotel
  • Harga – Dari RM 167 Semalaman.
  • Alamat – 2 KM, Jalan Miri-Pujut, Pelita Commercial Centre, P.O.Box 1525,, 98008 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

20. Kingwood Boutique Hotel

Kingwood Boutique Hotel

Kingwood Boutique Hotel merupakan sebuah sebuah hotel butik yang menggabungkan gaya konsep vintage klasik dan moden. Ianya telah diubahsuai pada tahun 2015. Bahagian luar hotel dihias dengan susunan kayu seperti rumah-rumah tradisi dan tingkap yang mempunyai hud berwarna kuning yang elegan. Bahagian dalaman hotel juga dihias dengan cantik dan elegan.

Hotel ini menawarkan 49 unit bilik tetamu yang cantik. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti deposit, cerek elektrik, peti ais, seterika dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, bidet, jubah mandi, alat pengering rambut dan peralatan mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kafe lobi, restoran yang dibuka setiap hari, bar berteres dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, dobi dengan bayaran tambahan, perkhidmatan concierge dan tempahan tiket juga ada disediakan.

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 43
  • Harga – Dari RM 173 Semalaman.
  • Alamat – Lot 826, Jalan Yu Seng Utara, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

21. Meritz Hotel

meritz hotel

Meritz Hotel merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terbaru di Miri. Ianya terletak di bahagian atas Pusat Membeli Belah Bintang Megamall. Hotel ini amat sesuai untuk tetamu yang mahukan keselesaan dan akses mudah ke kawasan-kawasan berhampiran. Hotel ini menawarkan penginapan berkonsepkan kontemporari dan mewah.

Hotel ini menawarkan 290 buah bilik tetamu yang dihias cantik dan elegan. Setiap unit lengkap dengan dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, cerek elektrik, peti simpanan keselamatan dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut, selipar dan peralatan mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai di lobi, bilik mesyuarat, 4 buah restoran yang dibuka sepanjang hari,lounge luaran, teres taman terbuka, KTV, spa, gimnasium, kolam renang, kedai serbaneka  dan tempak letak kereta. 

Perkhidmatan kemasan bilik harian, panggilan kejut bangun pagi, dobi dan seterika, perkhidmatan bilik, perkhidmatan faks dan fotokopi dan penghantaran ulang alik dari lapangan terbang juga ada disediakan.

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 44
  • Harga – Dari RM 182 Semalaman.
  • Alamat – Bintang Megamall, Jalan Miri-Pujut, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

22. Pullman Miri Waterfront

Pullman Hotel

Pullman hotel merupakan satu-satunya hotel bertaraf 5 bintang yang terdapat di Miri. Hotel ini amat sesuai untuk tetamu yang menjadikan keselesaan sebagai prioriti dan tidak bermasalah berbelanja banyak. 

Hotel ini menawarkan 328 unit bilik tetamu yang dihias elegan dengan warna kelabu dan biru dan mengadap pemandangan Laut Cina Selatan. Setiap unit lengkap dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV, bar mini, peti simpanan dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, selipar, jubah mandi, alat pengering rambut dan peralatan mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, spa, gimnasium, dewan, bilik mesyuarat, 5 buah restoran, bar, kolam renang infiniti dan tempat letak kereta. 

 Perkhidmatan kemasan bilik harian, sarapan pagi, perkhidmatan bilik 24 jam, penghantaran makanan ke bilik, sistem keselamatan 24 jam, perkhidmatan urutan, perkhidmatan concierge, perkhidmatan valet, perkhidmatan kejutan bangun pagi, perkhidmatan dobi dan seterika, perkhidmatan shuttle, sewaan basikal dan pemindahan lapangan terbang  juga ada disediakan.

23 Hotel di Miri Yang Sesuai Untuk Keluarga 45
  • Harga – Dari RM 236 Semalaman.
  • Alamat – Lot 1347 Miri Waterfront Commercial Centre Sarawak, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

23. Imperial Hotel Miri

imperial Hotel

Imperial hotel merupakan salah satu daripada dua cawangan Imperial Hotel yang terdapat di Miri. Ianya merupakan hotel bertaraf 4 bintang dan terletak di tengah-tengah Pusat Komersil Miri Waterfront. Hotel ini menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dan kemudahan yang berkelas tinggi untuk tetamu yang menetap di sini.

Hotel ini menawarkan sebanyak 539 unit bilik tetamu yang dihias dengan mewah dan elegan. Setiap unit dilengkapi dengan dengan penghawa dingin, set TV, set perabot kayu, cerek elektrik, bar mini dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan peralatan mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, gimnasium, spa dengan bilik stim dan sauna, kolam renang terbuka atas bumbung, 2 kafe, restoran dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan harian, sistem keselamatan 24 jam, khidmat panggilan teksi,  perkhidmatan concierge, perkhidmatan valet, perkhidmatan cucian kering dan dobi dengan bayaran tambahan juga ada disediakan. 

Imperial hotel
  • Harga – Dari RM 245 Semalaman.
  • Alamat – Ground Floor, Jalan Pos, 98000 Miri, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

Berakhir sudah senarai 23 hotel di Labuan yang kami sediakan untuk pilihan anda. Jika anda masih mahu memilih, anda boleh terus ke Booking.com atau Agoda.com untuk lebih pilihan hotel.

Miri terletak berhampiran dengan Labuan, jika anda ingin singgah ke Labuan, kami ada senarai 26 hotel di Labuan yang menarik dan selesa untuk anda pilih. Selamat bercuti.

Similar Posts