hotel di muar

23 Hotel di Muar Yang Menarik Dan Selesa

Muar atau dikenali dengan jolokan Bandar Maharani ini ibarat sebuah berlian yang tersembunyi. Walaupun hotel di Muar ini kurang menjadi tumpuan pelancong. Tetapi pada yang tahu akan kelebihannya pasti akan jatuh cinta.

Pilihan BEST Hotel di Muar (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: Hotel Singgah Inn, ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Muar tetapi penginapan dan perkhidmatan yang disediakan amat bagus dan memuaskan.”

Hostel Untuk Bagpackers: Wakalily Hostel, β€œHostel ini amat sesuai untuk tetamu yang yang ingin menikmati suasana kampung, ia lengkap dengan ruang santai untuk tetamu bergaul dan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak.”

Hotel Berkonsep Unik: Muarar 99 Hotelβ€œHotel ini mempunyai konsep menarik dengan menyajikan tetamu dengan sejarah dan cerita tentang negeri Muar melalui hiasan-hiasan di ruang laluan, lobi dan galeri yang terdapat di hotel.”

Resort Untuk Keluarga: Muo Resort, β€œResort ini bukan sahaja menyediakan penginapan, fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak, basikal percuma, padang bola, gelanggang bola keranjang, meja ping pong dan zoo mini juga terdapat di sini.”

Hotel Untuk Berbulan Madu: Dream Luxury Hotelβ€œHotel ini mempunyai suite bulan madu dengan katil yang romantik dan tab mandi berjakuzi”

Muar terkenal dengan makanan-makanan yang enak seperti mi bandung dan asam pedas. Persekitarannya yang masih hijau, suasana yang mendamaikan dan pinggir pantai yang indah pasti menggamit hati anda untuk singgah.

Tapi pasti ada sedikit kegusaran di dalam hati anda, kurang pelancong bermaksud kuranglah hotel yang menarik dan selesa. Jangan risau, kami di sini akan memudahkan kerja anda. Artikel ini menyenarai 23 hotel-hotel di Muar yang menarik dan selesa di sekitar Muar untuk anda jadikan tempat menginap sepanjang anda berada di Muar. Anda boleh juga baca artikel tentang 23 Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Yang Dekat Dengan Tempat Menarik

Senarai hotel ini dipilih berdasarkan review yang diterima daripada mereka yang pernah menginap di hotel-hotel tersebut. Ia juga disusun dari harga yang paling murah hingga yang ke paling mahal. Anda cuma perlu pilih apa yang berkenan di hati anda. Apa yang penting, anda dapat menikmati percutian ada dengan maksimum.

1. Hotel Singgah Inn

Hotel Singgah Inn

Hotel Singgah Inn terletak berdekatan dengan bandar Muar. Ianya merupakan sebuah hotel bajet yang bertaraf 2 bintang. Hotel tiga tingkat ini dicat dengan kombinasi warna putih dan hijau lumut untuk memberi suasana selesa kepada tetamu yang menginap.

Hotel ini menyediakan bilik-bilik tetamu yang dilengkapi dengan keperluan asas seperti set katil, almari pakaian, penghawa dingin, set televisyen, kelengkapan membuat teh dan kopi. bilik-bilik tetamu di sini juga mempunyai bilik air peribadi yang lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian percuma. Untuk hotel bajet, bilik-bilik yang disediakan amat selesa dan bersih. Tempat letak kereta pun ada disediakan.

Kemudahan yang disediakan di hotel ini adalah seperti liputan WiFi percuma dan kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan perkhidmatan kemasan bilik harian. Walaupun hotel ini tidak mempunyai restoran makanan, ianya terletak berhampiran dengan restoran-restoran makanan yang enak dan kedai serbaneka. 

Hotel Singgah Inn
  • Harga – Dari RM 55 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Khalidi No.42-A Jalan Khalidi, 84000 Muar, Johor Darul Takzim, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. WakaLily Hostel

Wakalily Hostel

Walaupun Wakalily secara teknikalnya adalah merupakan sebuah hostel. tetapi ianya juga menawarkan bilik berdua yang bersih dengan bilik mandi peribadi selain daripada bilik asrama dengan bilik air berkongsi. Ianya diuruskan oleh dua invidual bernama Lily dan CJ yang juga merupakan pengembara tegar. Tetamu di sini akan dilayan seperti keluarga sendiri.

Hostel ini dihias dengan menarik dan kelihatan ceria. Ianya dibina di kawasan kampung yang bersawah padi. Tetamu yang sukakan suasana kampung yang mendamaikan pasti akan sukakan hostel ini. Pada yang sukakan aktiviti berbasikal, tempat ini ada menyediakan khidmat menyewa basikal dan tempat simpanan basikal untuk yang membawa basikal masing-masing.

Antara kemudahan yang di sini adalah ruang santai di mana tetamu boleh berehat dan berkongsi cerita, perpustakaan mini untuk yang suka membaca, dapur yang dilengkapi dengan kelengkapan memasak yang lengkap, alat pembakar roti, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk yang penuh dan dispenser air. Keseluruhan premis ini mempunyai liputan WIFI percuma.

Wakalily Hostel
  • Harga – Dari RM 58 Semalaman.
  • Alamat – No. 13 Up, Jalan Bunga Permai, Taman Bunga Permai Batu 2, Parit Bunga, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. The Wood Boutique Hotel

The Wood Boutique Hotel

The Wood Boutique Hotel ini diinspirasikan daripada Brighton Bathing Boxes yang terletak di kawasan pantai di Melbourn. Ianya terletak di pusat komersial The Wood yang juga menempatkan kedai-kedai dan restoran yang menarik. 

Barisan kabin dicat berwarna-warni kelihatan amat menarik. Dalaman hotel juga dihias dengan elegan dan berkelas. Tetamu pastinya teruja untuk berswafoto dengan berlatarbelakangkan seluruh pelusuk hotel ini. 

Bilik-bilik tetamu yang ditawarkan juga luas dan bersih. Perabot yang digunakan bertema vintaj dan menimbulkan suasana selesa kepada yang menginap. Tempat letak kereta dan WIFI percuma ada disediakan. Terdapat juga khidmat kemasa bilik harian.

Persekitaran hotel ini juga sangat meriah. Pada yang sukakan suasana bandar yang hidup, hotel ini adalah pilihan yang tepat. Selain restoran, terdapat juga pusat penjaja di kawasan berhampiran.

The Wood Boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 67 Semalaman.
  • Alamat – 37-3 LORONG HAJI IBRAHIM JALAN BAKRI, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

4. Citizen Hotel

Citizen Hotel

Hotel Citizen ini meupakan sebuah hotel butik. Ianya terletak di tengah-tengah bandar berdekatan dengan Terminal Bas Bentayan. Pada yang datang ke Muar dengan menaiki bas, hotel ini amat sesuai untuk anda. Ia juga terletak berdekatan dengan Medan Selera Bentayan dan pasar pagi. 

Bilik – bilik tetamu yang ditawarkan di hotel ini lengkap dengan semua kemudahan asas termasuk cerek elektrik, bar mini dan set televisyen. Bilik mandi juga dilengkapi dengan pancuran air panas, set mandian percuma, tuala dan selipar. 

Kemudahan yang ditawarkan di sini termasuk liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, dan kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam.

Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan kemasan bilik harian dan hidangan sarapan pagi percuma.

Citizen Hotel
  • Harga – Dari RM 69 Semalaman.
  • Alamat – No.24-A, Jalan Bentayan, Puasat Bandar Muar, 84000, Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. Mye Hotel Muar

Mye Hotel

Mye Muar Hotel mendakwa hotel mereka adalah yang terbaik di Muar. Walaupun dakwaan mereka agak berani, tetapi mereka tidak mengecewakan. Hotel ini terletak bersebelahan Muar Bypass. 

Hotel empat tingkat ini menawarkan sebanyak 32 buah bilik tetamu kepada yang mahu menginap di sini. Setiap bilik tetamu dicat dengan warna-warna ceria dan dihias dengan gaya moden. Ianya juga lengkap dengan segala kemudahan asas seperti set TV, penyaman udara, soket kuasa, almari pakaian dan set bilik tidur yang selesa. Bilik mandi pula luas dan bersih. Segala kelengkapan mandian sperti set mandian, tuala, selipar dan pancuran air panas juga ada disediakan.

Hotel ini juga mempunyai kafe untuk memenuhi keperluan gastronomi para tetamu. Selain kafe, kemudahan yang turut disediakan adalah seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24, ruang santai yang cantik dan selesa, liputan WIFI percuma dan tempat letak kereta.

Mye Hotel
  • Harga – Dari RM 70 Semalaman.
  • Alamat -10, Jalan Pintasan, Pintasan Muar, 84000 Muar, Johor, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. N K Hotel

NK Hotel

NK Hotel terletak tidak jauh dari pusat bandar Muar, jadi susasana sekelilingnya agak kurang sibuk. Sesuai pada tetamu yang inginkan ketenangan. Hiasan perabutnya ringkas dan tidak serabut.

Semua bilik tetamu di hotel ini amat selesa dan dilengkapi dengan set TV berskrin rata dengan saluran satelit, meja kerja, almari pakaian dan set bilik tidur. Bilik mandi pula dilengkapi dengan set mandian dan pancuran air panas.

Antara fasiliti yang disediakan di hotel ini adalah seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan wifi percuma dan tempat letak kereta. Walaupun tidak mempunyai kafe, terdapat banyak restoran terletak bersebelahan dengan hotel ini. Pada yang ingin mendobi, terdapat juga kedai dobi layan diri.

NK Hotel
  • Harga – Dari RM 70 Semalaman.
  • Alamat – No 3, Tingkat Atas, Jalan Sungai Abong, Pusat Perniagaan Sungai Abong, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. The Grace hotel

The Grace Hotel

The Grace Hotel ini adalah salah satu cawangan The Grace Hotel group yang baru dibuka. Ianya merupakan sebuah hotel bajet tetapi dihias sangat cantik seperti di dalam taman. Tetamu yang datang pasti seronok menjamu mata melihat hiasan-hiasan yang comel digandingkan dengan pokok-pokok renek di dalam pasu. 

Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang lengkap dengan kemudahan asas seperti setbilik tidur, set TV dan mesin membuat kopi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan kelengkapan mandian. Bilik-bilik juga dikemas dan dibersihkan setiap hari.

Hotel ini menyediakan kemudahan WIFI. Kaunter meja depannya beroperasi 24 jam dan ianya menyediakan perkhidmatan bilik untuk tetamu. 

The Grace Hotel
  • Harga – Dari RM 83 Semalaman.
  • Alamat – No.73 Jalan Pesta 1/3 No.73 Jalan Pesta 1/3, Jalan Bakri 84000 Muar, Johor, Malaysia, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. The Tree Hotel Muar

The Tree Hotel

The Tree Hotel ini antara hotel yang baru sahaja dibuka di Muar. Ianya merupakan sebuah hotel butik.  Hotel ini terletak di tingkat 1 dan tingkat 2 bangunan rumah kedai 3 tingkat. 

Hotel ini sesuai untuk tetamu yang masih muda atau yang datang bersama kanak-kanak kerana ianya menawarkan 15 buah bilik tetamu yang bertema. Setiap bilik di hias mengikut tema masing-masing, antara tema yang digunakan adalah tema panda dan Mickey Mouse. Kelengkapan yang disediakan juga lengkap. Tetamu yang menginap di hotel ini juga memberi ulasan yang persekitaran hotel dan bilik sangat wangi dan menyenangkan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti perkhidmatan meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta dan liputan WIFI percuma. Terdapat kedai serbaneka dibawah hotel tersebut. Jadi tetamu mempunyai akses untuk membeli makanan ringan dan barang keperluan tanpa perlu pergi jauh.

The Tree Hotel
  • Harga – Dari RM 88 Semalaman.
  • Alamat -No 2, 1st Floor, Jalan Perniagaan Bakri 3, Taman Pusat Perniagaan Bakri, Jalan Bakri, Muar City Center, Muar, Johor, Malaysia, 84000

Selanjutnya di Traveloka.com

9. Inn Home Hotel Muar

Inn Home Hotel

Inn Home Hotel ini merupakan sebuah hotel bajet yang terletak berdekatan dengan Jambatan Sultan Ismail dan terletak dekat dengan Sungai Muar. Pada yang menempah bilik dengan pemandangan sungai pasti berpuas hati dapat menikmati pemandangan sungai yang tenang dan mendamaikan.

Hotel ini menawarkan 49 buah bilik tetamu yang lengkap dengan keperluan asas yang moden seperti sistem kad kunci, set TV, meja rias, penghawa dingin dan set membuat teh dan kopi. Dalaman bilik juga dihias dengan elemen anggun dan berkelas. Bilik mandi yang disediakan agak luas dan mempunyai pancuran air panas dan set mandian.

Antara kemudahan yang disediakan ialah kaunter meja depan yang beroperasi 24, dispenser air panas dan sejuk pada setiap tingkat, ruang santai dan tempat letak kereta. WIFI percuma juga boleh diakses di seluruh pelusuk hotel.

Inn Home Hotel
  • Harga – Dari RM 88 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Haji Abu, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

10. OYO 756 Muar City Hotel

Oyo 756 Muar City Hotel

OYO 756 Muar City Hotel terletak di sepanjang Lebuhraya AMJ yang menghubungkan Batu Pahat dan Melaka. Pada yang tidak singgah lama di Muar, hotel ini mungkin pilihan yang terbaik. Perjalanan ke pusat bandar dengan kereta mengambil masa dalam 10 hingga 15 minit. 

Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang lengkap dengan keperluan asas seperti set TV dengan saluran astro, penghawa dingin dan set membuat teh dan kopi. Bilik air pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian percuma. Liputan WIFI percuma juga ada disediakan. 

Hotel ini tidak mempunyai kafe, tapi apa yang menarik ianya menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan atas permintaan. Menu-menu makanan boleh di dapati di setiap unit bilik masing-masing. Pada yang suka memancing, hotel ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Sungai Muar. Sambil anda berehat menikmati suasana kampung, anda juga boleh memancing. Jika anda mahu bersiar-siar, anda juga boleh menyewa basikal.

Oyo 756 Muar City Hotel
  • Harga – Dari RM 90 Semalaman.
  • Alamat – No. 2, Jalan Plaza 2, Taman Maharani Promanede, Jalan Bukit Treh, Johor, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

11. Tropicana Boutique Hotel

Tropicana Boutique Hotel

Tropicana Boutique Hotel merupakan sebuah hotel butik yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Muar. Hotel ini terletak di tingkat 1 dan 2 bangunan rumah kedai yang telah diubah suai. Dibawah hotel ini terdapat sebuah kopitiam terkenal iaitu PappaRich.

Hotel ini menawarkan 29 buah bilik tetamu yang berhawa dingin dan dihias esklusif. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik tidur, meja dan set TV berskrin rata. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian.

Antara fasiliti yang disediakan adalah seperti FIR Sauna, liputan WIFI percuma dan kemudahan karaoke. Hotel ini tidak mempunyai kafe sendiri tapi tetamu akan diberikan kupon bernilai RM 10 seorang untuk menikmati sarapan dan 2 pilihan minuman percuma yang boleh ditebus di PappaRich sepanjang tempoh penginapan di hotel tersebut. 

Tropicana Boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 98 Semalaman.
  • Alamat – 82-54, Tkt 2, Jalan Bakri 2 Kg Kenangan Tun Dr. Ismail, Johor, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

12. Muarar 99 Hotel

Muarar 99 Hotel

Muarar 99 Hotel terletak di sebuah bangunan yang mempunyai rekabentuk bumbung bergerbang yang unik. ianya terletak di tengah-tengah pusat bandar Muar dan merupakan hotel bertema sejarah pertama di Muar. Ianya mempunyai sudut sejarah yang memaparkan sejarah tentang permulaan bandar Muar yang terletak di sepanjang koridor kawasan lobi hotel. Terdapat juga artifak-artifak dan gambar-gambar lama tentang pembentukan Muar.

Hotel ini menawarkan bilik tetamu berhawa dingin yang lengkap dengan keperluan asas. Selain katil, terdapat sudut di mana tetamu boleh duduk dan bersantai. Kelengkapan seperti set TV bersatelit, cerek elektrik dan bar mini. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, set mandian dan alat pengering rambut. Selipar juga turut disediakan. Bilik-bilik yang ditawarkan mempunyai pemandangan bandar lama Muar dan Sungai Muar.

Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, sebuah kedai cenderamata, tempat letak kereta dan sebuah kafe. Kafe hotel ada menyediakan hidangan barbeku kepada para tetamu dan menawarkan pemandangan pemandangan 180 darjah Estuary Sungai Muar dan Bandar Lama Muar.

Muarar 99 Hotel
  • Harga – Dari RM 98 Semalaman.
  • Alamat – No: 173 Jalan Abdullah, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

13. Elite Hotel

Elite Hotel

Elite Hotel merupakan sebuah hotel butik. Ianya cuma 5 minit berjalan kaki dari pusat membeli-belah Wetex Parade dan 10 minit berjalan kaki ke pusat bandar. Elite Hotel terletak di tingkat satu dan dua rumah kedai tiga tingkat di atas Restoran Old Town White Coffee. 

Bilik-bilik tetamu yang ditawarkan adalah berkonsepkan elemen moden, luas, berhawa dingin dan mempunyai lantai berjubin. Kelengkapan yang disediakan termasuk set penggera kebakaran, meja tulis, set TV berskrin rata dengan saluran satelit, kemudahan membuat kopi/teh dan bilik mandi, seterika dan alat pengering rambut. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian. 

Kemudahan yang terdapat di hotel ini terdiri daripada kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, Liputan WIFI percuma, mesin faks/fotokopi, peti deposit keselamatan, mesin ATM dan tempat letak kereta. 

Elite Hotel
  • Harga – Dari RM 101 Semalaman.
  • Alamat – 5-20, Jalan Ibrahim, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

14. Sabak Awor Resort

Sabak Awor Resort

Sabak Awor Resort ini menawarkan tempat penginapan bercirikan suasana kampung nelayan. Lokasinya terletak betul-betul di tepi muara sungai. Apabila melangkah ke dalam lobi, tetamu pastinya akan berasa teruja dengan perabot jati dan hiasan yang digunakan. Tempat ini bukan sahaja menawarkan kemudahan penginapan, ianya juga menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan amat sesuai untuk tetamu yang mahu lari dari suasana bandar.

Sabak Awor Resort menawarkan 45 buah bilik tetamu untuk diinap. Setiap bilik lengkap dengan keperluan asas seperti penyaman udara, set TV berskrin rata dan kemudahan untuk membuat teh dan kopi. Seterika dan alat pengering rambut juga ada disediakan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, kemudahan barbeku, perkhidmatan mengurut, perkhidmatan basikal sewa dan restoran yang menyajikan makanan laut yang enak.

Restoran kepunyaan resort ini mempunyai pandangan tepi sungai dan jeti. Ianya memberikan tetamu pengalaman menarik menikmati hidangan makanan laut dalam suasana terbuka. Antara menu yang menjadi tarikan adalah ikan bakar dan udang galah.

Aktiviti yang ditawarkan termasuk aktiviti karaoke, memancing, berbasikal keliling kampung, river cruise, melihat matahari terbenam, melawat kilang membuat otak-otak, bermain permainan kampung dan banyak lagi. Tetamu boleh terus pergi ke kaunter meja depan untuk tempahan aktiviti.

Sabak Awor Resort
  • Harga – Dari RM 111 Semalaman.
  • Alamat – Lot 9094 Sabak Awor, Batu 3 Jalan Bakariah Batu, Tepi Sungai, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

15. MUO Resort

Muo Resort

MUO Resort ini adalah salah satu daripada cawangan hotel yang diusahakan oleh MUO group. Muo Resort ini bertemakan suasana kampung yang tenang dan mendamaikan. Bangunan-bangunan yang menempatkan bilik tetamu dihias dengan lukisan mural yang menarik. Ianya sesuai untuk tetamu yang datang dengan keluarga.

Resort ini menawarkan bilik tetamu yang dihias cantik dengan tema berlainan dan lengkap dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, meja, cerek elektrik Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet dan kelengkapan mandian. Ada unit yang disediakan tab mandi.

Fasiliti yang disediakan terdiri daripada kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, mesin snek layan diri, mesin kopi layan diri, basikal percuma, liputan WIFI percuma, taman permainan untuk kanak-kanak, meja pingpong, padang bola sepak. gelanggang bola keranjang teres untuk tetamu bersantai, kolam ikan koi dan tarikan paling utama taman haiwan peliharaan mini yang menempatkan haiwan-haiwan comel seperti kambing dan arnab.

Muo Resort
  • Harga – Dari RM 116 Semalaman.
  • Alamat – 8-2,Jalan Abdul Rahman, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

16. Muar Traders Hotel

Muar Traders Hotel

Muar Traders Hotel merupakan hotel paling tinggi di Muar. Jadi sudah tentulah kemudahan seperti lif ada disediakan. Ianya merupakan semua hotel 3 bintang dan mendapat anugerah hotel dengan tandas terbersih daripada Majlis Perbandaran Muar. Hotel ini juga terletak di tepi Sungai Muar. Lobi hotel ini terletak di tingkat 6. Tingkat bawah bangunan menempatkan Muar Trade Center dan tempat letak kereta.

Muar Traders Hotel menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa, luas, dihias dengan elegan dan dicat dengan warna-warna neutral. Kelengkapan seperti penghawa dingin, TV LCD, telefon IDD, cerek elektrik dan liputan WIFI percuma. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah unit menawarkan pemandangan Sungai Muar.

Antara fasiliti yang disediakan adalah kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta percuma dan kafe yang menyediakan bufet sarapan pagi yang terdiri daripada masakan tempatan dan antarabangsa.

Muar Traders Hotel
  • Harga – Dari RM 127 Semalaman.
  • Alamat – 16, Jalan Petrie, Muar, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

17. OYO 778 BMW 2 Hotel

Hotel Oyo BMW 2 Hotel

Pada yang tidak tahu, OYO merupakan rangkaian hotel terbesar yang diusahakan oleh perusahaan di India. Rangkaian OYO ini telah berada di sekitar 200 bandaraya di serata dunia dan mempunyai kira-kira 7000 hotel yang mengambil bahagian. Salah satu hotel tersebut ialah OYO 778 BMW 2 Hotel. Hotel ini merupakan hotel yang bertaraf 2 bintang. Dalam hotel ini dihias dengan warna tema OYO iaitu warna merah dan putih.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang berhawa dingin dan selesa. Kelengkapan asas termasuk set TV juga ada disediakan. Bilik mandi juga mempunyai pancuran air panas dan bidet serta kelengkapan mandian percuma.

Hotel ini mempunyai fasiliti seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta dan ruang minum untuk tetamu bersantai sambil menikmati minuman.

Hotel Oyo BMW 2 Hotel
  • Harga – Dari RM 132 Semalaman.
  • Alamat – No.1 & 2, Jalan Terap 1, Taman Sri Terap, Johor, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

18. Spring Season Hotel

Spring Season Hotel

Spring Season Hotel adalah merupakan hotel yang bertaraf tiga bintang. luaran hotel ini dicat dengan warna ceria seperti oren dan hijau terang. Hotel ini terletak di atas kopitiam terkenal iaitu PappaRich.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin yang lengkap dengan segala keperluan asas sepeti set TV bersaiz lebar, bar mini dan cerek elektrik. Bilik mandi juga sangat luas dan mempunyai pancuran air panas dan bidet. 

Antara fasiliti yang disediakan terdiri daripada kaunter meja depan yang beroperasi 24, liputan WIFI percuma dan tempat letak kereta. Setiap tetamu juga diberikan baucar bernilai RM10 seorang untuk ditebus di kopitiam PappaRich untuk santapan sarapan pagi.

Spring season Hotel
  • Harga – Dari RM 138 Semalaman.
  • Alamat – 1st, Jalan Kasawari 22, Taman Sungai Abong Permai 2, Sungai Abong, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

19. Muo Boutique Hotel

Muo Boutique Hotel

Muo Boutique Hotel adalah merupakan hotel butik yang diusahakan oleh Muo Group. Objektif penubuhan Muo Group ini bertujuan untuk meyediakan tempat penginapan yang mencerminkan identiti Muar untuk pelancong yang datang ke Muar. 

Hotel ini diubahsuai dari bangunan tiga tingkat lama yang mengadap Sungai Muar. Ciri-ciri rekabentuk bangunan lama yang terdapat pada bangunan tersebut dipuliharan dan dikekalkan. Ini bagi memastikan suasana unik Muar dapat dikekalkan dan memberikan tetamu merasai saat-saat nostalgia Muar pada masa dahulu.

Dalaman juga dihias dengan gaya vintage. sebaik sahaja melangkah ke dalam hotel, anda akan dibawa balik ke zaman kanak-kanak anda dengan memaparkan set televisyen lama, radio, lampu antik, bakul tenun, kerusi kayu & meja. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin yang selesa dan lengkap dengan keperluan asas seperti set TV, bar mini dan kemudahan membuat teh dan kopi. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian. Sesetengah unit menawarkan pemandangan Sungai Muar yang mendamaikan.

Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, teres atas bumbung yang dihias sebagai ruang untuk bersantai untuk tetamu menikmati pemandangan indah terutamanya waktu matahari terbenam, liputan WIFI percuma, tempat letak kerera dan sebuah kedai yang menjual barangan cenderamata seperti kemeja T, poskad dan hasil seni tempatan. 

Muo Boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 144 Semalaman.
  • Alamat – 1&1A, Jalan Petrie, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

20. MUO Villa

Muo Villa

Muo Villa ini adalah salah satu cawangan hotel Muo Group. Selain Villa, Muo group juga ada menawarkan penginapan resort dan hotel butik. Pada yang gemarkan suasana seperti di rumah sendiri dan mahukan keselesaan maksimum. Muo Villa ada jawapannya. Tak perlu naik lif bertingkat-tingkat, ruangan dapur ada disediakan dan yang penting ianya mempunyai ruang tamu dan ruang santai yang selesa untuk anda berlibur. Pada yang bercuti dengan ibubapa yang dah berusia, pasti mereka akan merasa selesa.

Muo Villa ini menawarkan bilik tetamu yang mempunyai bilik air sendiri. Jadi anda tidak perlu gusar kerana anda tidak perlu berkongsi bilik air dengan tetamu yang lain. Terdapat beberapa bilik tetamu yang mempunyai balkoni. Setiap bilik juga dilengkapi kemudahan sama dengan bilik-bilik di hotel. Saiz bilik termasuk bilik air sangat luas.

Villa ini mempunyai fasiliti dan kemudahan mesra OKU. Bukan itu sahaja, ianya juga mempunyai sebuah kolam renang yang sudah tentunya menjadi tarikan tak kira untuk kanak-kanak mahupun yang dewasa. Selain itu, villa ini juga mempunyai taman yang mendamaikan dan teres atas bumbung yang dihias cantik. Pendek kata, setiap pelusuk villa ini adalah sesuai untuk dijadikan tempat bersantai. 

Pada yang mahu berbasikal di sekeliling kawasan villa, perkhidmatan basikal sewa juga ada disediakan. Pasti seronok dapat berbasikal sambil menikmati suasana kampung yang mendamaikan.

Muo Villa
  • Harga – Dari RM 149 Semalaman.
  • Alamat – 233-2, Jalan Meriam, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

21. Classic Hotel

Classic Hotel

Classic Hotel ialah sebuah hotel 4 bintang. Ianya terletak bersambung dengan pusat membeli belah Wetex Parade. Ianya dibuka pada tahun 1996 dan baru sahaja menjalankan proses renovasi pada tahun 2018 untuk mengekalkan keselesaan tetamu ke tahap optimum. Selepas proses renovasi, dalaman hotel dan bilik-bilik tetamu dihias dengan interior kontemporari klasik seiring dengan namanya.

Hotel ini menawarkan sebanyak 156 buah bilik tetamu untuk diinap. yang baru diubah suai yang dilengkapi dengan interior kontemporari klasik. Ada bilik yang menyajikan pemandangan bandar Muar dan ada yang menyajikan pemandan Sungai Muar. Semua bilik dilengkapi dengan kelengkapan asas. Bilik air pula mempunyai pancuran air panas, bidet dan peralatan mandi. Terdapat beberapa unit yang dilengkapi dengan tab mandi. Khidmat kemasan bilik harian ada disediakan. 

Oleh kerana status 4 bintangnya, hotel ini juga mempunyai kemudahan lain seperti kolam renang, dewan, tempat letak kereta, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, lobi sebuah kafe dan sebuah restoran. Walaupun tidak menyediakan sarapan pagi, makanan panas masih boleh dipesan samaada untuk di makan di restoran atau dihantar ke bilik. Pada yang mahu merasa masakan tempatan, medan selera Jalan Glutton juga sangat hampir dengan hotel. Boleh sahaja singgah makan di situ untuk merasai keenakan makanan Johor.

Classic Hotel
  • Harga – Dari RM 163 Semalaman.
  • Alamat – No. 69 Jalan Ali Muar, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

22. Dream Luxury Hotel

Dream Luxury Hotel

DREAM LUXURY HOTEL ini memang lain dari yang lain. Walaupun hotel 4 tingkat ini nampak biasa sahaja dari luar. Tetami dalamannya memang memukau. Apabila melangkah ke kaunter resepsi, pasti tetamu akan merasa kagum dengan elemen mewah dan anggun yang cuba disampaikan. Pada yang mahu berbulan madu, hotel ini antara pilihan yang terbaik yang ada di Muar.

Apa yang menarik tentang hotel ini adalah ianya menawarkan bilik tetamu yang bertema berlainan. Setiap bilik mempunyai tema masing-masing dan dihias sangat cantik mengikut tema. Antara tema yang ditawarkan adalah Rose Black Beauty, Golden Daisy, Lovely Lavender, Mordern Black, Poppy Flower, Jasmine dan macam-macam lagi. 

Semua bilik di hotel ini lengkap dengan kemudahan asas seperti set TV, meja, cerek elektrik, mesin kopi dan pembesar suara bluetooth Pasti seronok dapat menginap di bilik yang cantik dan selesa. Pada yang suka berswafoto, memang tak menang tangan mengambil gambar di setiap sudut bilik. Bilik air di setiap bilik juga mempunyai bidet dan pancuran air. Terdapat juga tab mandi jakuzzi di beberapa unit bilik tetamu. 

Hotel ini mempunyai sebuah kafe yang menyediakan hidangan ringkas dan snek. Ianya juga menawarkan perkhidmatan hantaran makanan ke bilik. Menu makanan ada disediakan di setiap bilik. 

Dream Luxury Hotel
  • Harga – Dari RM 238 Semalaman.
  • Alamat – NO 17 TINGKAT 1,2,3, JALAN MEGA , PUSAT PERDAGANGAN MEGA, JALAN SAKEH, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

23. Bei Boutique Hotel

Bei Boutique Hotel

Kalau dilihat dari ulasan tetamu yang pernah menginap di Bei Boutique Hotel ini, rata-rata menyatakan yang hotel ini adalah hotel butik yang terbaik di Muar. Hotel ini mengetengahkan elemen moden dan eklektik dalam reka bentuknya. Dalam masa yang sama, ianya memastikan keselesaan tetamu terjaga.

Hotel ini menawarkan 44 buah bilik tetamu berhawa dingin yang luas dan dihias dengan warna-warna lembut yang menyenangkan. Kelengkapan seperti set TV dan bar mini juga ada disediakan. Terdapat juga ruang tempat duduk untuk tetamu bersantai. Bilik mandi juga sangat luas dan lengkap dengan kelengkapan mandian dan pancuran air panas.

 Antara fasiliti yang disediakan disini adalah ruang santai di mana tetamu booleh menikmati minuman panas dan sejuk, perpustakaan mini bernama Cozy yang mempunyai koleksi menarik, gimnasium untuk anda kekal aktif, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam dan sebuah kafe yang menyediakan sarapan pagi bertemakan oriental dan Paris kepada para tetamu. Perkhidmatan kemasan bilik harian ada diberikan. Pada yang mahukan perkhidmatan dobi, boleh membuat permintaan terus ke kaunter meja depan.

Bei Boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 225 Semalaman.
  • Alamat – 8-3, Jalan Abdul Rahman, Johor, 84000 Muar, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

Berakhirlah sudah senarai 23 hotel menarik dan selesa yang terdapat di Muar. Amacam? Ada yang menarik hati anda? Jika anda masih belum berjumpa pilihan hati, anda boleh sahaja terus melawat ke bagasi.my ataupun visit laman web Booking.comAgoda.com ataupun Hotel.com untuk meneruskan pencarian. Selamat bercuti.

Similar Posts