13 Hotel di Nilai Yang Best dan Menarik
Nilai merupakan salah satu bandar yang terletak di Negeri Sembilan. Ia merupakan sebuah bandar membeli belah paling popular di Negeri Sembilan. Pada yang suka membeli belah barangan pada harga borong, Nilai adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi.
Pilihan BEST Hotel di Nilai (Senarai Ringkas)
Hotel Termurah: Sai Villa Hotel, “Menawarkan penginapan yang termurah di Nilai tetapi perkhidmatan yang disediakan amat bagus dan memuaskan.”
Hotel Butik Yang Unik: Hype Motorsports Hotel, “Hotel butik yang bertemakan litar lumba MotoGP ini akan membuatkan tetamu berasa seperti seorang pelumba yang beraksi di litar.”
Hotel paling sesuai untuk urusan kerja: Hotel Seri Nilai, “Menawarkan penginapan lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan seperti seterika, mesin dispenser air minuman, mesin layan diri air tin dan botol dan kedai mini yang menjual peralatan mandian, ubat-ubatan dan makanan segera”
Hotel paling sesuai untuk berbulan madu: Hotel Time Boutique, “Suite Bulan Madu di hotel ini dihiasdengan elegen, mempunyai balkoni dan dilengkapi dengan tab mandi berjakuzi “
Resort Termewah di Nilai Nilai Springs Resort Hotel, “Lengkap dengan segala fasiliti yang dapat memuaskan hati semua lapisan umur seperti taman permainan kanak-kanak, padang golf, spa dan kolam renang”
Nilai juga terletak strategik berhampiran dengan Sempadan negeri Selangor. Nilai boleh diakses dengan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi Komuter yang menyambungkan Nilai dengan lokasi berdekatan seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan KLIA.
Nilai juga menempatkan beberapa institut pengajian tinggi seperti Universiti Nilai, Universiti Antarabangsa INTI, Universiti Antarabangsa Manipal, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kolej Universiti islam Malaysia.
Kami mempunyai senarai 13 Hotel di Nilai yang boleh anda jadikan pilihan apabila anda datang ke Nilai. Walau apapun tujuan anda, sama ada mencari lokasi transit sebelum ke lapangan terbang, ataupun untuk membeli belah, ataupun untuk urusan kerja ataupun untuk bercuti. Kami ada hotel yang sesuai untuk tujuan-tujuan tersebut. Anda cuma perlu pilih yang mana satu sesuai untuk anda.
Kami juga telah menyusun senarai dari harga termurah yang ditawarkan hingga yang termahal bagi memudahkan pencarian anda mengikut bajet yang bersesuaian.
1. Hotel Sai Villa

Hotel Sai Villa merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang terletak di Putra Nilai. Lokasi hotel ini amat strategik dan terletak berdekatan dengan beberapa pusat membeli-belah seperti Pusat Borong Nilai 3, Dataran Nilai, Tesco and Giant Hypermarket. Pada yang gemar membeli-belah dan tidak mahu berbelanja lebih untuk tempat penginapan, hotel ini merupakan tempat yang sesuai. Walaupun ianya menawarkan harga sewa termurah, perkhidmatan yang diberika tetap terbaik.
Hotel ini menawarkan 66 unit bilik tetamu yang lengkap dengan kemudahan asas. Setiap unit lengkap dengan penyaman udara, set TV, kunci eletronik dan telefon. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air panas dan peralatan mandian. Pengering rambut dan seterika disediakan atas permintaan.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kedai mini, premis urut dan tempat letak kereta.

- Harga – Dari RM 50 Semalaman.
- Alamat – PT 7337, Putra Point Phase 1, Jalan 1/2C, 71800 Nilai, Malaysia
2. Nilai Hotel

Nilai Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang. Ianya terletak berhampiran dengan Universiti Sains Islam Malaysia. Ianya merupakan lokasi popular di kalangan pelajar dan keluarga pelajar. Hotel ini tidak mempunyai lif, jadi ianya tidak berapa sesuai untuk warga emas.
Hotel ini menawarkan 148 unit bilik tetamu. Setiap unit dilengkapi dengan penyaman udara, meja tulis, set TV dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, selipar dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, restoran dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik, sarapan pagi, masakan A\la carte, dobi dan perkhidmatan hantaran ke lapangan terbang juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 52 Semalaman.
- Alamat – PT 9999, Jalan BBN 1/3 D, Putra Point Phase 2A, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
3. OYO 505 Bin Hashim

OYO 505 Bin Hashim merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang juga merupakan hotel ahli kumpulan OYO yang terkenal dengan perkhidmatan penginapan bajet di Nilai. Hotel ini menawarkan penginapan yang berpatutan dan terletak di Pusat Komersial Dataran Nilai.
Hotel ini menawarkan 100 unit bilik tetamu yang lengkap dengan keperluan asas. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, set TV dan almari pakaian. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik dan daftar masuk/keluar ekspress ada disediakan.

- Harga – Dari RM 61 Semalaman.
- Alamat – PT12955, Jalan BBN 1/7d Nilai Square Commercial Centre, Nilai, Negeri Sembilan, 71800 Nilai, Malaysia
4. Hotel Seri Nilai

Hotel Seri Nilai ini merupakan sebuah sebuah hotel bajet yang terletak di tengah-tengah Bandar Baru Nilai. Ianya sesuai untuk tetamu yang datang untuk tujuan kerja ataupun berkursus. Ianya juga terletak strategik berhampiran pusat membeli-belah dan restoran.
Hotel ini menawarkan sebanyak 40 unit bilik tetamu yang terdiri daripada 6 jenis. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, mesin dispenser air minuman panas dan sejuk, mesin layan diri air minuman bertin dan botol, ruang seterika, kedai mini yang menjual peralatan mandian dan makanan segera dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, khidmat teksi dan simpanan bagasi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 64 Semalaman.
- Alamat – PT 12990, Jalan BBN 1/7A, Putra Indah 3B, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Malaysia
5. OYO 1043 Get Inn Hotel Sendayan

OYO 1043 Get Inn Hotel Sendayan merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang dan juga merupakan salah satu hotel ahli kumpulan OYO. Jadi tetamu tidak perlu risau tentang perkhidmatan yang diberikan. Hotel ini tidak mempunyai lif, ianya sesuai untuk tetamu yang datang ke Nilai atas urusan kerja, pelajar dan yang datang atas tujuan membeli-belah.
Hotel ini menawarkan 31 unit bilik tetamu yang selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, ruang tempat duduk dan meja tulis. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 67 Semalaman.
- Alamat – Lot 1104, Jalan Idaman Villaba JLN Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, 71900 Nilai, Malaysia
6. OYO 426 Hotel Aman

OYO 426 Hotel Aman terletak di tengah-tengah Bandar Baru Nilai. Ianya merupakan salah satu lagi hotel ahli kumpulan OYO yang terletak di Nilai. Untuk yang mahukan tempat penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan, hotel ini amat sesuai untuk anda.
Hotel ini menawarkan 26 unit bilik tetamu yang dihias kemas. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV dan meja sisi. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, selipar dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian dan daftar masuk/keluar ekspress juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 68 Semalaman.
- Alamat – PT12889, JALAN BBN 1/7D, BANDAR BARU NILAI, 71800 Nilai, Malaysia
7. Aeton Hotel

Aeton Hotel terletak strategik di Putra Nilai. Ianya merupakan hotel bertaraf 2 bintang. Hotel ini mendapat ulasan yang sangat baik di kalangan tetamu yang pernah menginap di sini. Ramai memuji yang hotel ini menyediakan bilik tetamu dan bilik mandi yang luas. Ianya sesuai untuk tetamu yang datang dengan keluarga.
Hotel ini menawarkan 94 unit bilik tetamu. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, meja tulis dan almari pakaian. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, khidmat bilik dan panggilan kejutan bangun pagi ada disediakan.

- Harga – Dari RM 82 Semalaman.
- Alamat – PT 12151, Jalan BBN 1/1F, 71800 Nilai, Malaysia
8. 8 Hotel

8 Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang dihias cantik. Bahagian luaran hotel ini dicat dengan warna hijau yang ceria manakala bahagian dalaman hotel pula dihiasi dengan lukisan-lukisan yang digantung di dinding.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang asas. Setiap unit adalah berhawa dingin dan lengkap dengan set TV, meja dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penyambut tetamu yang dibuka 24 jam, loker dan tempat letak kenderaan.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, penghantaran ke lapangan terbang dan kereta sewa juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 82 Semalaman.
- Alamat – PT 7258 & PT 7259 Jalan Bbn 1/2a Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Malaysia
9. Hotel Golden View

Hotel Golden View Nilai merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang. Ianya terletak di Putra Nilai. Hotel ini mungkin kelihatan biasa dari luar, tetapi dalamannya dihias dengan cantik. Hotel ini amat sesuai untuk pasangan yang datang berbulan madu. Kakitangan di hotel ini dapat membantu menghias bilik tetamu dengan hiasan-hiasan untuk menambahkan lagi suasana romantik.
Hotel ini menawarkan sebanyak 44 unit bilik tetamu yang dihias cantik dan elegen. Semua unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, telefon, cerek elektrik, set kopi/teh dan meja kerja. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, selipar, alat pengering rambut dan peralatan mandian. Seterika ada disediakan atas permintaan.
Hotel ini mempunyai kemudaha seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, kaunter meja tempahan, ruang santai, bilik mesyuarat, restoran dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik dan concierge, sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan dobi, perkhidmatan teksi,penghantaran ulang alik dan ke lapangan terbang dan daftar masuk/keluar juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 88 Semalaman.
- Alamat – Lot Pt 12952, Jalan BBN 1/7D, Putra Nilai, Mukim Labu, 71800 Nilai, Malaysia
10. Hotel Time Boutique

Hotel Time Nilai merupakan sebuah hotel butik yang bertaraf 3 bintang dan terletak betul-betul berhadapan Pusat Membeli=belah AEON. Hotel Ini amat sesuai untuk tetamu yang datang bersama keluarga terutamanya yang mempunyai kanak-kanak kecil. Ianya dihias dengan cantik dan elegen untuk memberikan suasana selesa kepada tetamu yang menginap.
Hotel ini menawarkan 42 unit bilik tetamu yang dihias cantik, mempunyai balkoni dan menyajikan pemandangan gunung-ganang. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, telefon, ruang tempat duduk, meja, cerek elektrik dan peti ais. Bilik mandi pulan lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian. Bilik keluarga juga mempunyai tab mandi berjakuzi.
Hotel ini mempunyai kemudahanmesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan tempat letak kereta percuma. Walaupun hotel ini tidak mempunyai restoran, tetamu boleh menempah makanan di restoran-restoran yang terletak berhampiran dengan hotel dan makanan tersebut akan dihantar ke bilik. Hotel ini juga mempunyai dobi layan diri.
Selain itu, perkhidmatan kemasan bilik harian, concierge, faks dan fotokopi dan daftar masuk/keluar juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 98 Semalaman.
- Alamat – PT 12940 Jalan BBN 1/7d, Bandar Putra Nilai, 71800 Nilai, Malaysia
11. MTREE Hotel Nilai

MTREE Hotel merupakan sebuah hotel bisnes yang bertaraf 3 bintang. Ianya terletak di tengah-tengah Bandar Baru Nilai dan di kelilingi institusi-institusi pengajian tinggi. Struktur dan reka bentuk hotel ini berkonsepkan gabungan kontemporari dan klasik. Dalaman hotel pula dihias dengan hiasan yang elegen dan berelemen glamour. Hotel ini amat sesuai untuk tetamu yang mahu mengunjungi pelajar yang menyambung pelajaran di Nilai.
Hotel ini menawarkan sebanyak 60 unit bilik tetamu yang dihias cantik dan kemas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, kad kunci elektronik, papan soket pelbagai fungsi, seterika, peti simpanan keselamatan, telefon, rak baju, cerek elektrik dan set kopi/teh. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, teres dengan taman, restoran, lounge dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian dan sarapan pagi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 104 Semalaman.
- Alamat – Block LK 2, Laman Komersil Areca Jalan BBN 12/1 , Putra Nilai, 71800 Nilai, Malaysia
12. Hype Motorsports Hotel

Sesuai dengan namanya, Hype Motorsports Hotel merupakan sebuah hotel butik bertaraf 3 bintang yang bertemakan sukan lumba motor dan kereta. Setiap inci hotel ini dihiasi dengan hiasan-hiasan bertemakan sukan lumba. Tetamu yang menginap di sini akan berasa seolah-olah mereka adalah pelumba yang berlumba di litar.
Hotel ini menawarkan sebanyak 75 unit bilik tetamu yang dihias dengan perhiasan betemakan lumba motor dan kereta dengan gambar-gambar yang diambil di litar lumba. Setiap unti dilengkapi dengan penghawa dingin, perabot sepertimeja, kerusi yang kelihatan seperti kerusi di dalam kereta lumba, air mineral, buah-buahan, peti ais dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian. Sesetengah unit juga dilengkapi dengan kerusi urut.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai yang kelihatan seperti podium, teres bertaman, kolam renang, restoran yang kelihatan seperti bilik rehat pelumba, kedai serbaneka dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, sarapan pagi dan cucian motor dan kereta percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 127 Semalaman.
- Alamat – Lot No. 31582 Jalan Persiaran Negeri, 71800 Nilai, Malaysia
13. Nilai Springs Resort Hotel

Nilai Springs Resort Hotel merupakan satu-satunya resort hotel bertaraf 4 bintang yang terdapat di Nilai. Terletak di lokasi bernama Nilai Springs yang dikelilingi dengan pohon-pohon hijau dan pemandangan yang indah, hotel ini menawarkan penginapan dan perkhidmatan yang mewah kepada tetamu. Hotel ini sangat sesuai untuk tetamu yang datang bersama keluarga dan mahu bercuti.
Hotel ini menawarkan sebanyak 183 unit bilik tetamu yang besar dan dihias cantik. Setiap unit lengkap dengan ruang tempat duduk, penghawa dingin, peti simpanan keselamatan, set TV, bar mini, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, padang gold dan kelab, spa, gimnasium, studio, gelanggang tenis,skuasy dan badminton, kolam renang kanak-kanak dengan permainan air, kolam renang dewasa, bar, 3 buah restoran yang menawarkan masakan panas tempatan, masakan oriental dan masakan barat, kedai cenderamata begitu juga tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, sarapan pagi, perkhidmatan bilik, perkhidmatan urutan, dobi dan cucian kering juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 306 Semalaman.
- Alamat – PT4770, Nilai Springs, 71800 Nilai, Malaysia
Selesai sudah senarai 13 hotel di Nilai yang boleh anda pilih jika berkunjung ke Nilai. Jika anda masih mahu mencari, anda boleh sahaja terus berkunjung ke Booking.com dan Agoda.com.
Kami juga ada senarai hotel di beberapa tempat berdekatan dengan Nilai. Jika anda berfikir untuk menetap di Cyberjaya, kami ada senarai 12 Hotel di Cyberjaya untuk anda pilih. Jika anda berfikir untuk menetap di Putrajaya, kami ada senarai 15 Hotel di Putrajaya yang boleh anda jadikan pilihan.