23 Hotel di Osaka dengan Harga Yang Berpatutan
Osaka merupakan sebuah bandar pelabuhan dan pusat komersial yang terletak di rantau Kansai. Ianya terkenal makanan jalanannya dan senibina unik hasil gabungan elemen moden dan tradisi.
Pilihan BEST Hotel di Osaka (Senarai Ringkas)
Hotel Termurah: Hotel Beaver 2, “Hotel ini bukan sahaja murah, ianya juga memberikan tetamu pengalaman unik dan menarik dengan menawarkan bilik tidur bertatami dan bilik mandi dengan onsen. Pilihan yang amat berbaloi”
Hotel Untuk Pengembara Solo: Hotel Lucky, “Menawarkan penginapan yang serba lengkap untuk pengembara solo dari mesin layan diri snek dan air minuman hingga ke dobi layan diri pada harga yang berpatutan. Onsen di sini juga beroperasi 24 jam”
Hotel Untuk Keluarga: Doutonbori Crystal Hotel IV, “Menawarkan penginapan yang mesra keluarga di Osaka dengan dinding kalis bunyi yang sesuai untuk kanak-kanak kecil yang cepat terganggu dengan suasana bising.”
Hotel Mesra Muslim: For Leaves Inn Nagai, “Hotel ini menyediakan fasiliti mesra muslim dan mengalu-alukan kedatangan tetamu dari pelbagai latar belakang untuk menginap di sana. Hotel ini menjanjikan keselesaan kepada tetamu.”
Hotel butik menarik: Osaka Ebisu Hotel, “Hotel Butik yang comel ini mampu memenuhi segala keperluan yang tetamu mahukan. Terdapat beberapa acara menarik dan aktiviti yang dijalankan untuk tetamu dianjurkan oleh hotel ini.
Dōtonbori merupakan tempat tumpuan para pelancong di Osaka yang mahu mencuba makanan jalanan yang enak seperti takoyaki, okonomiyaki, yakitori dan banyak lagi.
Shinsaibashi pula merupakan tempat membeli belah yang dipenuhi dengan butik-butik pakai berjenama.
Osaka juga di mana terletaknya Istana Osaka shogun yang dibina pada abad ke-16. Istana ini merupakan antara mercu tanda bersejarah utama di Osaka selain Sumiyoshi-taisha yang juga merupakan antara kuil Shinto tertua di Jepun.
Untuk tarikan moden, Osaka juga mempunyai Universal Studios Japan, Osaka Aquarium dan Menara Umeda Sky yang memberi peluang pengunjung menikmati pemandangan Osaka dari dek permerhatian yang terdapat di sana.
Jika anda mahu melawat Osaka dan ingin mencari hotel yang sesuai, kami ada senarai 23 hotel di Osaka yang boleh anda pilih. Setiap hotel mempunyai kelebihan masing-masing. Kami susun senarai hotel ini dari harga yang termurah hingga yang termahal bagi memudahkan anda memilih mengikut bajet yang bersesuaian dengan anda.
Artikel berkaitan:
1. Hotel Beaver 2

Hotel Beaver 2 adalah sebuah hotel bajet. Ianya merupakan antara hotel termurah yang boleh dijumpai di Osaka. Hotel ini mendapat ulasan yang baik di kalangan tetamu yang datang seorang ataupun bersama rakan-rakan. Antara ulasan baik yang diberikan adalah hotel ini membenarkan daftar masuk awal jika tetamu tiba lebih awal dari waktu yang dijanjikan. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan pengangkutan awam, kedai-kedai serbaneka dan gerai-gerai makanan.
Hotel ini menawarkan bilik single dan bilik berdua untuk para tetamu. Bilik tetamu yang ditawarkan dilengkapi dengan tempat tidur berkonsep tatami yang perlu dilipat selepas digunakan. Setiap bilik dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, pemanas, set TV, peti ais meja makan kecil, rak baju dan telefon. Hotel ini tidak menyediakan bilik mandi peribadi, tetamu perlu berkongsi bilik mandi dengan tetamu yang lain.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan Wifi percuma, ruang santai, beberapa mesin layan diri snek dan minuman, dispenser air panas dan sejuk, lif dan onsen. Onsen adalah tab mandi air panas berkongsi yang merupakan salah satu tradisi masyarakat Jepun.
Perkhidmatan dobi dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 76 Semalaman.
- Alamat – 557-0004 Osaka Prefecture, Osaka, Nishinari-Ku Haginochaya 2-6-7, Jepun
2. Hotel Zipang

Hotel Zipang merupakan sebuah bajet yang agak besar saiznya. Bangunannya mempunyai 10 tingkat. Hotel ini terletak di kawasan bernama Nishinari Ward yang mempunyai lokasi strategik ke tarikan-tarikan berhampiran.
Hotel ini menawarkan 182 unit bilik tetamu yang terbahagi kepada dua jenis iaitu bilik tetamu moden dan bilik tetamu gaya Jepun. Jadi tetamu boleh memilih mana satu yang ingin diinap. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, pemanas, set TV dan memja makan kecil. Bilik mandi di hotel ini berasingan dengan tandas. Tetamu perlu berkongsi tandas dan bilik mandi dengan tetamu yang lain. Peralatan mandian ada disediakan. Kawasan onsen tutup pada pukul 11.00 malam hingga ke 5.00 pagi.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi, beberapa mesin layan diri snek dan air minuman, ruang dapur di mana tetamu boleh memasak masakan ringkas, ruang makan, onsen dengan tab air panas dan lif. Untuk tujuan keselamatan, pintu masuk hotel dikunci selepas jam 10.00 malam.

- Harga – Dari RM 110 Semalaman.
- Alamat – 557-0004 Osaka Prefecture, Osaka, Nishinari-Ku Haginochaya 1-2-9, Jepun
3. Hotel Lucky

Hotel lucky merupakan sebuah hotel lagi butik yang terdapat di Nishinari Ward. Hotel ini terletak cuma 1 minit berjalan kaki dari stesen metro berdekatan. Hotel ini mendapat ulasan yang baik terutamanya dari pengembara solo yang mencari penginapan bajet.
Hotel ini menawarkan 56 unit bilik tetamu yang terbahagi kepada dua jenis. Bilik tetamu konvensional dan bilik tetamu dengan tradisi Jepun. Bilik tetamu dengan tradisi Jepun dilengkapi dengan tatami dan futon boleh lipat manakan bilik tetamu konvensional dilengkapi dengan set katil. Kelengkapan lain yang boleh dijumpai di dalam bilik adalah seperti penghawa dingin, pemanas, set TV, peti ais, meja tulis dan telefon. Tetamu perlu berkongsi tandas dan bilik mandi dengan tetamu yang lain. Peralatan mandian, selipar dan alat pengering rambut ada disediakan di bilik masing-masing.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, loker, ruang santai, ruang dapur, kawasan onsen yang dibuka 24 jam, lif dan beberapa mesin layan diri snek dan air minuman.Hotel Featuring free WiFi throughout the property, The shared shower is available 24 hours.
Perkhidmatan yang terdapat di sini terdiri daripada khidmat kemasan bilik harian dan khidmat sewa basikal. Peta dan pamplet-pamplet untuk dijadikan rujuk boleh didapati di ruang lobi. Hotel ini juga membenarkan daftar masuk awal atau lewat.

- Harga – Dari RM 114 Semalaman.
- Alamat – 557-0002 Osaka Prefecture, Osaka, Nishinari-Ku, Taishi1-8-11, Jepun
4. For Leaves Inn Nagai

For Leaves Inn Nagai ini kelihatan seperti hotel bajet biasa. Namun ianya agak istimewa. pada pengunjung muslim, hotel ini mungkin boleh dipilih sebagai tempat penginapan yang sesuai. merupakan pilihan tepat.
Hotel ini menawarkan 50 unit bilik tetamu konvensional dengan ruang solat. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, pemanas, set TV, peti sejuk, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi peribadi juga ada disediakan. Jadi tetamu tidak perlu berkongsi. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air panas, tab mandi, selipar dan peralatan mandian. alat pengering rambut ada disediakan atas permintaan.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, ruang makan dan beberapa mesin layan diri.
Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kemasan bilik harian, sarapan pagi ringkas, minuman panas percuma, khidmat pos, basikal sewa dan panggilan teksi.

- Harga – Dari RM 154 Semalaman.
- Alamat – 545-0014 Osaka Prefecture, Osaka, Abeno-Ku Nishitanabe-Cho 2-6-21, Jepun
5. For Leaves Inn Uehonmachi

For Leaves Inn Uehonmachi adalah satu lagi cawangan hotel For Leaves Inn yang terdapat di Osaka. Perkhidmatan yang diberikan lebih kurang sama dengan For Leaves Inn Nagai, cuma lokasinya terletak di kawasan bernama Namba.
Hotel ini menawarkan 32 unit bilik tetamu konvensional. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, pemanas, cerek elektrik, set TV dan peti sejuk. Bilik mandi pula adalah bilik mandi peribadi dan tidak berkongsi. Ianya dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, ruang dapur yang lengkap dengan ketuhar gelombang mikro dan peralatan memasak ringkas, ruang makan dan beberapa mesin layan diri.
Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kemasan bilik harian, sarapan pagi ringkas dan khidmat panggilan teksi.

- Harga – Dari RM 154 Semalaman.
- Alamat – 543-0021 Osaka Prefecture, Osaka, Tennoji-Ku Higashi-Kozu-Cho 6-19 , Jepun
6. Hotel Sunplaza 2

Hotel Sunplaza 2 merupakan salah satu hotel bajet yang terletak di kawasan Nishinari Ward yang terkenal dengan pelbagai pilihan hotel bajet. Hotel 9 tingkat ini terletak strategik di antara Stesen Dobustuenmae dan Stesen Metro.
Hotel ini menawarkan 150 unit bilik tetamu yang terbahagi kepada dua jenis iaitu bilik tetamu konvensional dan bilik tetamu tradisi Jepun. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, pemanas, set TV, peti ais dan cerek elektrik. Tetamu perlu berkongsi bilik air dan tandas di sini. Peralatan mandian ada disediakan.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi, ruang santai dengan kopi percuma, dapur dengan peralatan memasak ringkas, ruang makan, onsen untuk tetamu lelaki dan beberapa mesin layan diri. Dobi layan diri juga ada disediakan di hotel ini.

- Harga – Dari RM 162 Semalaman.
- Alamat – 557-0002 Osaka Prefecture, Osaka, Nishinari-Ku Taishi 1-2-20, Jepun
7. Osaka Ebisu Hotel

Osaka Ebisu Hotel merupakan sebuah hotel butik yang comel dan terletak satu minit berjalan kaki dari Stesen metro Ebisucho. Hotel 9 tingkat ini dihias cantik dan apa yang menarik bilik tetamu yang ditawarkan ini agak luas berbanding harga yang perlu dibayar. Kebanyakan ulasan yang diterima daripada tetamu yang pernah menginap di sini berkisar tentang keluasan dan kebersihan bilik hotel tersebut.
Hotel ini menawarkan sebanyak 60 unit bilik tetamu yang terdiri daripada dua jenis iaitu bilik tetamu konvensional dan bilik tetamu tradisi Jepun. Setiap unit dihias cantik dan dilengkapi dengan kelengkapan asas seperti penghawa dingin, pemanas, peti ais, set TV, cerek elektrik dan telefon. Tetamu juga diberikan persalinan pakaian tidur tradisi Jepun yang diberikan setiap hari. Sesetengan bilik tetamu mempunyai bilik mandi sendiri dan tidak perlu berkongsi manakala beberapa bilik tetamu pula perlu berkongsi bilik mandi. Setiap bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air panas, tab mandi dan peralatan mandian. Alat pengering rambut ada disediakan di dalam bilik manakala peralatan perapian diri percuma seperti pencukur, berus dan sikat ada disediakan di kaunter meja depan,
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, ruang makan, dobi layan diri, rumah urut dan beberapa mesin layan diri.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sarapan pagi ringkas, basikal sewa dan khidmat urutan ada disediakan. Pada hari-hari tertentu sewaktu musim panas, tetamu juga dapat menikmati hidangan ais kisar percuma di hotel ini. Hotel ini juga ada menganjurkan cabutan bertuah untuk tetamu yang menginap dengan hadiah yang agak lumayan seperti pakej percutian dan sebagainya.

- Harga – Dari RM 166 Semalaman.
- Alamat – 556-0002 Osaka Prefecture, Osaka, Naniwa-Ku Ebisuhigashi 1-21-2, Jepun
8. Hotel Sunplaza

Hotel Sunplaza merupakan sebuah hotel bajet dan cawangan pertama Hotel Sunplaza yang terdapat di Osaka. Hotel bajet ini berkapasiti besar dengan ketinggian 10 tingkat. Hotel ini terletak di kawasan Nishinari Ward yang menjadi tumpuan para pelancong kerana lokasinya yang strategik yang mudah diakses.
Hotel ini menawarkan sebanyak 325 unit bilik tetamu bergaya tradisi Jepun. Futon yang boleh dilipat ada disediakan di setiap bilik. Peralatan lain terdiri daripada penghawa dingin, pemanas, set TV, cerek elektrik dan peti sejuk. Tetamu di sini perlu berkongsi bilik mandi dan tandas. Peralatan mandian ada disediakan. Alat pengering rambut dan selipar ada disediakan di bilik masing-masing.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi, ruang santai, ruang dapur untuk tetamu memasak masakan ringkas, ruang makan, onsen yang beroperasi hingga pukul 12.00 pagi, dobi layan diri dan beberapa mesin layan diri snek dan air minuman.
Perkhidmatan payung yang boleh disewa sewaktu hari hujan juga ada disediakan. Jika anda tidak sihat, topeng muka juga diberi percuma di kaunter meja depan.

- Harga – Dari RM 171 Semalaman.
- Alamat – 557-0004 Osaka Prefecture, Osaka, Nishinari-Ku Haginochaya 1-2-22, Jepun
9. Doutonbori Crystal Hotel IV

Doutonbori Crystal Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di kawasan yang dikenali dengan nama Chuo Ward di mana Doutonbori yang terkenal dengan makanan jalanan yang enak terletak. Walaupun terletak dekat dengan Doutonbori, suasana hotel ini agak tenang mungkin kerana dinding hotel ini merupakan dinding kalis bunyi. Ianya agak mengejutkan walaupun hotel ini merupakan sebuah hotel 4 bintang, harga sewa semalaman hotel ini agak berpatutan.
Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang sangat luas. Umum mengetahui, bilik yang luas adalah ciri-ciri yang jarang didapati di Osaka. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, pemanas, almari baju, ruang tempat duduk, set TV, peti sejuk, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula adalah peribadi dan tidak berkongsi. Ianya dilengkapi dengan pancuran air panas dengan kepala pancuran boleh tanggal yang mempunyai banyak fungsi, tab mandi, alat pengering rambut, alat pelurus dan kerinting rambut dan peralatan mandian percuma ada disediakan.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Ianya juga sesuai untuk tetamu yang datang dengan kanak-kanak kecil dan warga emas. Kemudahan lain terdiri daripada liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dengan mesin kopi dan pelbagai pilihan teh, ruang simpanan bagasi, restoran dan beberapa mesin layan diri snek dan air minuman.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, bufet sarapan pagi, panggilan kejutan bangun pagi dan dobi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 193 Semalaman.
- Alamat – 542-0082 Osaka Prefecture, Osaka, Chuo-Ku Shimanouchi 1-12-19, Japan
10. HOTEL TOYO

Hotel Toyo merupakan sebuah hotel Backpackers yang unik. Walaupun ianya sebuah hotel backpackers, harga semalaman di hotel ini agak tinggi sedikit berbanding dengan hotel-hotel bajet yang terdapat berhampiran. Hotel lima tingkat ini berkonsepkan hipster. Setiap inci dinding dihiasi dengan lukisan tangan dan doodle menarik. Ianya amat sesuai untuk tetamu remaja yang datang bersama rakan-rakan.
Hotel ini menawarkan sebanyak 60 unit bilik tetamu tradisi Jepun bertatami. Setiap bilik dilengkapi futon yang boleh dilipat. Rak baju dan peti simpanan keselamatan ada disediakan di dalam bilik. Tetamu perlu berkongsi bilik mandi dan tandas. Setiap bilik mandi juga dihias cantik dengan mural-mural yang unik dan menarik. Pancuran air panas dan peralatan mandian ada disediakan.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai yang mempunyai set TV, set tempat duduk, konsul permainan video, beberapa jenis permainan papan dan meja ping-pong, teres atas atap untuk tetamu berjemur, dapur yang lengkap dengan peralatan memasak seperti periuk nasi elektrik, cerek elektrik, ketuhar pemanggang, ketuhar gelombang mikro, periuk, kuali, dapur elektrik, peti sejuk dan dispenser air panas dan sejuk, ruang makan, beberapa mesin layan diri snek dan makanan dan juga dobi layan diri yang beroperasi menggunakan syiling.
Perkhidmatan seperti basikal sewa, payung percuma, botol air panas pada musim sejuk juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 199 Semalaman.
- Alamat – 557-0002 Osaka Prefecture, Osaka, Osaka HOTEL TOYO, Jepun
11. Hotel Osaka Tsuruhashi House

Hotel Osaka Tsuruhashi House ini merupakan sebuah hotel kecil tetapi bertaraf 2 bintang. Seperti namanya, hotel ini betul-betul kelihatan seperti sebuah rumah yang dihias cantik, tetapi ia sebenarnya merupakan sebuah hotel. Pada yang sukakan suasana privasi dan selesa. Hotel ini mungkin pilihan yang tepat untuk mereka.
Hotel ini menawarkan 4 unit bilik tetamu. Setiap unit terdiri daripada bilik berkembar, bilik berdua, bilik bertiga dan bilik berempat. Semua bilik di sini lengkap dengan bilik mandi peribadi dan dapur mini. Bilik mandi yang disediakan dilengkapi dengan pancuran air panas, selipar, alat pengering rambut dan set mandian. Dapur mini pula lengkap dengan dapur memasak, peralatan memasak ringkas dan meja makan. Kelengkapan seperti set TV dan peti ais juga ada disediakan.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, ruang santai mengadap taman, teres atas atap yang juga boleh digunakan untuk mengeringkan pakaian yang dibasuh, kaunter tempahan lawatan dan ruang dobi. Kaunter meja depan hotel ini mula berfungsi dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Pintu hotel akan ditutup selepas pukul 7.00 malam bagi tujuan keselamatan. Namun begitu, tetamu yang berada di luar lebih dari pukul 7.00 malam boleh mengakses ke dalam bangunan dengan menggunakan kad kunci bilik masing-masing.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, daftar masuk/keluar ekspress dan khidmat sewaan payung juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 206 Semalaman.
- Alamat – 544-0031 Osaka Prefecture, Osaka, Ikuno-Ku Tsuruhashi 3-3-24, Jepun
12. Hotel WBF Yodoyabashi Minami

Hotel WBF Yodoyabashi Minami ini merupakan salah satu dari rangkaian hotel WBF yang terdapat di Osaka. Hotel ini merupakan hotel bertaraf 3 bintang. Hotel ini mengenengahkan konsep zen dan minimalis. Bahagian dalaman hotel dihias ringkas untuk mewujudkan suasana tenang. Hotel ini terletak strategik di tengah-tengah kawasan bandar.
Hotel ini menawarkan sebanyak 96 unit bilik tetamu. Bilik tetamu di sini mempunyai dinding kalis bunyi dan lantai berpermaidani bagi mengurangkan bunyi. Tetamu pastinya dapat tidur lena tanpa gangguan bunyi dari kawasan persekitaran. Peralatan yang boleh dijumpai di dalam bilik adalah seperti penghawa dingin, pemanas, meja kerja, set TV, peti ais, almari baju dan cerek elektrik. Setiap bilik juga mempunyai bilik mandi persendirian yang dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet, tab mandi, alat pengering rambut, alat melurus rambut, selipar dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan yang mesra OKU. Tempat letak kereta OKU juga terletak betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk hotel. Kemudahan lain yang terdapat di sini termasuk liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, lif, mesin ais yang terdapat di setiap tingkat hotel, ruang simpanan bagasi, restoran dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian percuma, sarapan pagi, dobi, fotokopi dan fax dengan bayaran tambahan dan panggilan bangun pagi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 209 Semalaman.
- Alamat – 541-0046 Osaka Prefecture, Osaka, Chuo-Ku Hiranomachi 3-1-6, Jepun
13. Hotel WBF Kitasemba EAST

Hotel WBF Kitasemba EAST merupakan salah satu lagi rangkaian hotel WBF yang terdapat di Osaka. Hotel ini juga merupakan hotel bertaraf 3 bintang. Sama seperti rangkaian hotel yang lain, hotel ini mengenengahkan konsep zen dan minimalis. Bahagian dalaman hotel dihias ringkas untuk mewujudkan suasana tenang. Kapasiti hotel ini lebih besar berbanding Hotel WBF Yodoyabashi Minami.
Hotel ini menawarkan sebanyak 168 unit bilik tetamu. Bilik tetamu di sini mempunyai dinding kalis bunyi dan lantai berpermaidani bagi mengurangkan bunyi. Tetamu pastinya dapat tidur lena tanpa gangguan bunyi dari kawasan persekitaran. Peralatan yang boleh dijumpai di dalam bilik adalah seperti penghawa dingin, pemanas, meja kerja, set TV, peti ais, almari baju dan cerek elektrik. Setiap bilik juga mempunyai bilik mandi persendirian yang dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet, tab mandi, alat pengering rambut, alat melurus rambut, selipar dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan yang mesra OKU. Tempat letak kereta OKU juga terletak betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk hotel. Kemudahan lain yang terdapat di sini termasuk liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, lif, mesin ais yang terdapat di setiap tingkat hotel, kedai serbaneka, ruang simpanan bagasi, restoran yang menyediakan hidangan buffet dan masakan panas dan juga tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian percuma, bufet sarapan pagi, dobi, fotokopi dan fax dengan bayaran tambahan, khidmat urutan dan panggilan bangun pagi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 209 Semalaman.
- Alamat – 541-0047 Osaka Prefecture, Osaka, Chuo-Ku Awajimachi 2-6-8, Jepun
14. Hotel WBF Kitasenba WEST

Hotel WBF Kitasemba WEST merupakan salah satu lagi rangkaian hotel WBF yang terdapat di Osaka. Hotel ini juga merupakan hotel bertaraf 3 bintang. Sama seperti rangkaian hotel yang lain, hotel ini mengenengahkan konsep zen dan minimalis. Bahagian dalaman hotel dihias ringkas untuk mewujudkan suasana tenang. Hotel ini berkapasiti sama dengan Hotel WBF Kitasemba EAST.
Hotel ini menawarkan sebanyak 168 unit bilik tetamu. Bilik tetamu di sini mempunyai dinding kalis bunyi dan lantai berpermaidani bagi mengurangkan bunyi. Tetamu pastinya dapat tidur lena tanpa gangguan bunyi dari kawasan persekitaran. Peralatan yang boleh dijumpai di dalam bilik adalah seperti penghawa dingin, pemanas, meja kerja, set TV, peti ais, almari baju dan cerek elektrik. Setiap bilik juga mempunyai bilik mandi persendirian yang dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet, tab mandi, alat pengering rambut, alat melurus rambut, selipar dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan yang mesra OKU. Tempat letak kereta OKU juga terletak betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk hotel. Kemudahan lain yang terdapat di sini termasuk liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, lif, mesin ais yang terdapat di setiap tingkat hotel, kedai serbaneka, ruang simpanan bagasi, restoran yang menyediakan hidangan buffet dan masakan panas yang terdiri daripada masakan barat dan masakan tradisi Jepun, dobi layan diri dan juga tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian percuma, bufet sarapan pagi, penghantaran makanan ke bilik, fotokopi dan fax dengan bayaran tambahan, khidmat urutan dan panggilan bangun pagi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 209 Semalaman.
- Alamat – 541-0047 Osaka Prefecture, Osaka, Chuo-Ku Awajimachi 3-2-7, Jepun
15. Hotel Le Botejour Nanba

Jangan terkeliru dengan nama hotel ini, walaupun namanya merupakan bahasa Perancis, tetapi hotel ini terletak di Osaka. Lebih tepat lagi ianya terletak di Chuo Ward dan bersebelahan dengan Stesen Keretapi Bawah Tanah Nanba dan satu minit berjalan kaki ke Pusat Membeli Belah Nanba. Lokasi hotel dua bintang ini sesuai untuk tetamu yang sukakan suasana meriah kota yang tidak tidur dan aktiviti membeli belah.
Hotel ini menawarkan sebanyak 65 unit bilik tetamu yang dihias cantik dengan penggunaan warna putih dan pencahayaan lampu putih. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, pemanas, set TV, peti sejuk, rak baju, meja tulis, cerek elektrik, telefon dan peti simpanan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, selipar, alat pengering rambut dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang santai, rumah urut, beberapa mesin layan diri snek dan minuman, dobi layan diri dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, perkhidmatan urutan dan panggilan kejut bangun pagi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 247 Semalaman.
- Alamat – 542-0074 Osaka Prefecture, Osaka, Chuo-Ku Sennichimae 2-4-9 , Jepun
16. Kadoma Terminal Hotel

Tak banyak yang diketahui tentang Kadoma Terminal Hotel ini. berkemungkinan ianya baru dibuka kerana ulasan tentang hotel ini agak kurang. Namun begitu, hotel ini adalah hotel yang bertaraf 3 bintang dan terletak di kawasan bernama Suita.
Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang dihias cantik dan luas. Bilik tetamu di bahagian bawah hotel juga mempunyai beranda dengan pemandangan taman yang mendamaikan. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, pemanas, set TV, almari pakaian, meja tulis, soket dan kabel pelbagai guna, ruang tempat duduk, peti ais, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi setiap bilik juga sangat luas dan lengkap dengan pancuran air panas, tab mandi, selipar dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai,ruang simpanan bagasi, loker, mesin layan diri snek dan minuman, restoran dan tempat letak kereta juga ada disediakan.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi masakan Jepun, panggilan bangun pagi dan surat khabar percuma juga terdapat di hotel ini.

- Harga – Dari RM 258 Semalaman.
- Alamat – 571-0057 Osaka Prefecture, Osaka, Motomachi 2-6, Jepun
17. Best Western Osaka-tsukamoto

Best Western Osaka Tsukamoto merupakan sebuah hotel 3 bintang yang terletak di Yodogawa Ward. Ianya terletak berhampiran dengan Stesen Keretapi Bawah Tanah Tsukamoto. Hotel ini agak lama, tetapi segala kemudahan yang disediakan masih berfungsi dengan baik dan kebersihan hotel ini dijaga dengan rapi.
Hotel ini menawarkan sebanyak 105 unit bilik tetamu kepada para tetamu. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, humidifier, pemanas, rak kasut, peti ais, set TV, telefon dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter mejadepan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, restoran, beberapa mesin layan diri snek dan minuman, restoran dan lif.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi, dobi dan panggilan bangun pagi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 259 Semalaman.
- Alamat – 532-0026 Osaka Prefecture, Osaka, Yodogawa-Ku Tsukamoto 2-21-9, Jepun
18. Hotel Kojan

Hotel Kojan merupakan sebuah Hotel 2 Bintang yang terletak di Chuo Ward. Hotel 6 tingkat ini merupakan salah satu hotel yang terlaris di Osaka. Mungkin kerana faktor yang hotel ini baru sahaja dibuka, jadi ramai tetamu memilih untuk menginap di sini memandangkan segalanya masih serba baru.
Hotel ini menawarkan sebanyak 35 unit bilik tetamu kalis bunyi yang dihias dengan moden dan bergaya. Setiap uni dilengkapi dengan penghawa dingin, pemanas, set TV, almari pakaian, ruang tempat duduk, peti ais, cerek elektrik, meja tulis dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai dan beberapa mesin layan diri snek dan minuman.
Perkhidmatan kemasan bilik harian dan panggilan bangun pagi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 263 Semalaman.
- Alamat – 542-0083 Osaka Prefecture, Osaka, Chuo-Ku Higashi Shinsaibashi 1-9-23, Jepun
19. APA Hotel Midosujihonmachieki Higashi

APA Hotel Midosujihonmachieki Higashi merupakan sebuah hotel bertarf 3 bintang yang bertema moden dan glamor. Gabungan warna hitam dan oren yang digunakan pada pintu masuk hotel memberi impresi yang megah terhadap hotel ini. Hotel ini terletak di Chuo Ward.
Hotel ini menawarkan sebanyak 160 unit bilik tetamu yang dihias moden dan glamor. Selain kelengkapan asas seperti penghawa dingin, pemanas, set TV, almari pakaian, peti ais dan meja tulis, setiap unit hotel ini juga dilengkapi dengan kit bantuan kecemasan, pijama dan pad tuam sejuk. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, tab mandi, alat pengering rambut, set mandian dan set perapian diri seperti putik kapas, sikat, berus gigi dan pencukur.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Ia juga menyediakan kerusi roda dan defibrillator untuk persediaan masa-masa kecemasan. Kemudahan lain yang terdapat di sini terdiri daripada liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi,kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, restoran dan beberapa mesin layan diri snek dan dispenser air minuman.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, bufet sarapan pagi, khidmat urutan, dobi dan panggilan bangun pagi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 289 Semalaman.
- Alamat – 541-0048 Osaka Prefecture, Osaka, Chuo-Ku Kawaramachi 2-3-6, Jepun
20. Humour Resort New Oriental Hotel

Humour Resort New Oriental Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf tiga bintang. Ianya terletak bersebelahan dengn Stesen Keretapi Bawah Tanah Awaza dan dekat dengan Pusat Membeli belah Nanba. Hotel 10 tingkat ini terletak strategik berhampiran dengan beberapa tarikan menarik di Osaka.
Hotel ini menawarkan sebanyak 119 unit bilik tetamu.Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, pemanas, set TV, rak baju dan peti ais. Bilik mandi yang disediakan adalah bilik mandi peribadi dan tidak berkongsi. Setiap bilik mandi lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut, jubah mandi dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai dengan beberapa permainan papan, beberapa mesin layan diri snek dan minuman ringan, tab mandi awam dan onsen, restoran, dobi layan diri, dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi dengan masakan tradisi Jepun, khidmat pos, basikal sewa dan khidmat urutan.

- Harga – Dari RM 289 Semalaman.
- Alamat – 550-0005 Osaka Prefecture, Osaka, Nishi-Ku Nishi-Honmachi 2-6-10, Jepun
21. THE LIVELY HONMACHI OSAKA

THE LIVELY HONMACHI OSAKA terletak di kawasan bernama Umeda. Hotel ini baru sahaja dibuka sewaktu artikel ini ditulis. Jadi masih tiada ulasan yang dapat ditemui. Namun begitu, hotel setinggi 14 tingkat ini sudahpun menerima banyak tempahan kerana konsepnya yang moden dan urban.
Hotel ini menawarkan sebanyak 174 unit bilik tetamu yang boleh ditempah. Setiap unik dihias dengan gaya moden dan elegen. Kelengkapan seperti penghawa dingin, pemanas, set TV, meja tulis, peti ais dan cerek elektrik ada disediakan. Pakaian tidur tradisi Jepun juga diberikan mengikut jantina dan bilangan tetamu. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dengan permainan papan, ruang bacaan, ruang permainan kanak-kanak, onsen, teres atas atap untuk berjemur, bar dan restoran.
Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi kontinental, sistem keselamatan 24 jam, daftar masuk/keluar peribadi dan panggilan kejutan bangun pagi.

- Harga – Dari RM 299 Semalaman.
- Alamat – 541-0054 Osaka Prefecture, Osaka, Chuo-Ku, Minami-Honmachi 1-5-11, Jepun
22. Toho Hotel

Toho Hotel ini merupan sebuah lagi hotel bertaraf tiga bintang yang terdapat di Osaka. Hotel berketinggian 10 tingkat ini menjanjikan tetamu dengan keselesaan tempat penginapan dan perkhidmatan yang terbaik.
Hotel ini menawarkan sebanyak 39 unit bilik tetamu yang dihias dengan warna putih keseluruhannya. Ini memberikan impressi bersih dan terang kepada para tetamu. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, pemanas, meja tulis, mesin kopi, ketuhar gelombang mikro, almari pakaian, set TV, peti ais dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian.
Hote ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, restoran dan beberapa mesin layan diri snek dan minuman. Mesin kopi percuma juga ada di ruang santai hotel.
Perkhidmatan yang terdapat di hotel in terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik, khidmat tempahan tiket, payung sewa, buffet sarapan pagi kontinental dan panggilan teksi.

- Harga – Dari RM 308 Semalaman.
- Alamat – 556-0003 Osaka Prefecture, Osaka, Naniwa-Ku Ebisunishi 1-7-4, Jepun
23. Hotel Claiton Shin-Osaka

Hotel Claiton Shin Osaka merupakan sebuah hotel tiga bintang. Ianya membunyai 9 tingkat dan terletak di pinggir bandar Osaka. Jadi suasana sekitar kurang sibuk dan aman. Namun begitu, lokasi hotel ini terletak dekat dengan stesen keretapi bawah tanah. Jadi tetamu tidak perlu risau jika mahu pergi ke mana-mana menggunakan pengangkutan awam.
Hotel ini menawarkan sebanyak 153 unit bilik tetamu yang dihias rapi dan kemas. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, pemanas, set TV, peti ais dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkang dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian, Yukata dan terompah juga ada disediakan pengikut bilangan dan jantina tetamu.
Hotel ini mempunyaikemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, kerusi urut di kawasan lobi, ruang santai, spa dengan sauna dan bilik stim, rumah urut, onsen untuk tetamu lelaki, beberapa mesin layan diri yang menjual snek dan minuman ringan, restoran dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kemasan bilik harian, buffet sarapan pagi, dobi layan diri, khimat urutan dan panggilan bangun pagi.

- Harga – Dari RM 325 Semalaman.
- Alamat – 532-0011 Osaka Prefecture, Osaka, Yodogawa-Ku Nishinakajima 2-13-32, Jepun
Berakhir sudah senarai 23 Hotel di Osaka yang boleh anda pilih. Jika anda masih ingin memilih hotel-hotel lain, anda boleh sahaja terus melawati laman web Booking.com dan Agoda.com.
Semoga anda menikmati percutian yang menyeronokkan dan selamat bercuti.
Kredit gambar: Booking.com dan Agoda.com