hotel di port dickson

31 Hotel Menarik dan Berbaloi di Port Dickson

Mencari hotel yang sesuai bukannya mudah. Bagi yang mencari hotel di Port Dickson, artikel ini mungkin dapat membantu anda membuat pilihan dalam pencarian hotel idaman hati. 

Pelbagai jenis hotel dari yang murah ke yang mahal, yang standard ataupun bertema menarik, yang dekat dengan pantai, yang jauh dari pantai, yang privasi dan tidak bising, yang ditengah-tengah bandar, semuanya ada disenaraikan.Banyak faktor yang perlu diambil kira apabila mencari tempat menginap. Strategik kah kawasannya? lengkapkah kemudahannya? selesakah untuk didiami? berbaloikah harganya? Itu belum masuk faktor-faktor sampingan yang lain. 

Artikel ‘hotel di Port Dickson‘ ini juga memberi panduan kepada anda dengan menyenaraikan kelebihan dan keunikan hotel-hotel yang tersenarai. Jadi kurang sedikitlah pening kepala apabila memilih nanti.

31 hotel yang disenaraikan di sini adalah hasil carian dari aplikasi online terkenal dan boleh dipercayai seperti Booking.com, Agoda.com, Hotels.com dan banyak lagi. 

Jika mahu mencari satu-satu, memang memakan masa.

Jadi kami memudahkan kerja anda dengan menyenaraikan hotel-hotel yang telah ditapis dan mendapat review terbaik berbanding hotel-hotel yang lain.

Artikel yang berkaitan:

Hotel di Port Dickson (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: My Family Hotel, “Menawarkan penginapan yang termurah di Port Dickson tetapi perkhidmatan yang diberikan amat bagus dan memuaskan.”

Hotel yang Menarik untuk Keluarga: Merlin Hotel, “Hotel ini dihias dengan unik dengan hiasan menarik. Terdapat jugataman permainan dan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak.”

Hotel Butik Terbaik: Grandpa Hotel“Hotel butik yang bertema klasik dan dihias dengan perabot=perabot antik ini memberikan suasana menarik untuk tetamu yang menginap.”

Hotel untuk Tujuan Kerja: WG Hotel, “Hotel ini sesuai untuk tetamu yang datang ke Port Dickson atas urusan kerja, terdapat kemudahan-kemudahan seperti ruang seterika dan mesin layan diri disediakan di premis hotel berkenaan.

Hotel Unik dengan Balai Cerai: Klana Beach Resort Port Dickson, “Hotel ini menawarkan pengalaman unik dengan peluang mengunjungi balai cerap dan meninjau angkasa dengan teleskop antara yang terbesar di dunia.

My family hotel

My Family Hotel ini sesuai untuk tetamu yang tidak mahu berbelanja besar. Ianya menawarkan empat jenis bilik tetamu. Kebanyakan tetamu yang menginap di hotel memberi ulasan positif tentang katil yang disediakan di bilik tetamu adalah empuk dan selesa. Bilik standard single, bilik deluxe, bilik deluxe double atau twin dan bilik superior queen.

Hotel ini juga terletak di lokasi yang strategik. Terdapat kedai makan, kedai dobi dan kedai serbaneka yang memudahkan urusan tetamu yang menginap di hotel ini.

My family Hotel
  • Harga - Dari RM 50 semalaman.
  • Alamat - PT 7129 TAMAN PERMAI PARK JALAN SEREMBAN, 70100 Port Dickson, Malaysia
Hotel Suria

Hotel Suria ini terletak di lokasi yang berjarak 5 minit berjalan kaki dari Port Dickson Waterfront Sea Park dan Port Dickson Walk, restoran dan tempat membeli-belah. Hotel ini juga menyediakan Wi-Fi percuma.

Hotel ini menawarkan 3 jenis bilik tetamu iaitu bilik standard double atau twin tanpa tingkap, bilik keluarga tanpa tingkap dan bilik standard double atau Twin. Bilik-bilik yang ditawarkan berhawa dingin dan dilengkapi dengan kemudahan seperti meja kerja, set katil, cerek eletrik dan TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian air panas dan set mandian.

Untuk memudahkan urusan para tetamu, hotel ini juga menawarkan perkhidmatan dobi dan cucian kering. Akhbar-akhbar juga disediakan di kaunter meja depan untuk bacaan para tetamu.

Hotel suria
  • Harga - Dari RM 75 semalaman.
  • Alamat - 1026, BT 1/2 Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, 71000 Port Dickson, Malaysia
SeaFront Hotel

Sea Front Hotel adalah jenis hotel yang menawarkan keselesaan seperti di rumah sendiri dan memberikan ketenangan fikiran kepada tetamu. Hotel ini juga dikatakan tempat yang sesuai untuk menikmati pengalaman di Port Dickson dan sekitarnya. Sea Front Hotel mempunyai lokasi strategik yang membolehkan para tetamu untuk berulang alik di kawasan sekitar port Dickson dengan mudah. Para kakitangan juga ramah dan amat membantu.

Hotel ini juga menyediakan kemudahan seperti tempat letak kereta, sambungan Wi-Fi berkelajuan tinggi, bilik mesyuarat dan restoran. Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik tetamu, bilik standard kembar, bilik standard double, bilik tidur queen dan bilik keluarga. Bilik-bilik di sini dilengkapi dengan meja kerja, televisyen dan air mineral percuma. Beberapa bilik juga menawarkan pemandangan laut. 

sea front hotel
  • Harga - Dari RM 85 semalaman.
  • Alamat - 49-52, Persiaran Kurau 1, Taman Samudra, Batu 1, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Malaysia
merlot hotel

Merlott Hotel terletak 5 minit berjalan kaki ke pantai Tanjung Gemuk. Seluruh hotel ini mendapat akses WiFi percuma. Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik tetamu iaitu bilik single, bilik deluxe double, bilik family deluxe dan bilik double penggunaan siang 4 Jam. Bilik double penggunaan siang 4 jam ini amat sesuai untuk tetamu yang berkelah di pantai untuk trip harian yang perlukan tempat menyimpan barang sementara berkelah di pantai dan tempat persalinan dan mandian selepas berkelah.

Dengan hiasan asas dan ringkas, setiap bilik yang ditawarkan adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV skrin rata, katil dan cerek elektrik. Bilik mandi peribadi pula mempunyai kemudahan pancuran mandian air panas serta bidet. Peralatan mandian percuma dan tuala turut disediakan.

merlot hotel
  • Harga - Dari RM 88 semalaman.
  • Alamat - PT 987, Batu 2 Jalan Seremban 71000 Port Dickson, 71000 Port Dickson, Malaysia
hotel mirage pd

Mirage PD Hotel adalah hotel yang masih baru. Ianya terletak bertentangan dengan padang golf Port Dickson dan berjarak 3 minit memandu kereta ke Muzium Tentera Port Dickson.

Hotel ini mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam. Perkhidmatan lain yang ditawarkan pulah adalah seperti khdmat pengemasan harian, khidmad panggilan bangun tidur, air minuman percuma dan dobi atas permintaan. Ianya juga dilengkapi dengan CCTV dan menggunakan Sistem Kad Pintu Elektronik Keselamatan Tinggi bagi memastikan keselamatan para tetamu. Fasiliti lain yang disediakan adalah tempat letak kereta percuma, lif, meja ping-pong di ruang santai dan kemudahan untuk memanggang barbeque.

Mirage PD Hotel menawarkan 5 jenis bilik tetamu iaitu bilik deluxe twin, bilik deluxe queen, bilik quadrupel comfort, bilik triple dan suite junior keluarga. Kesemua bilik tetamu dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan wifi, Set TV LCD 32 inci dengan saluran Astro. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian percuma.

hotel mirage pd
  • Harga - Dari RM 90 semalaman.
  • Alamat - NO. 25, 25-1, 1, 1-G, JALAN MEDAN REMIS 2, MEDAN REMIs, PEKAN TELUK KEMANG, SI RUSA, 71050 Port Dickson, Malaysia
merlin hotel

Merlin Hotel ini pada luarannya di cat dengan warna kayu bagi memberi impressi log kabin kayu kepada tetamu yang menetap di sini. Hiasan yang digunakan untuk ruangan depan hotel juga menggunakan kombinasi pelbagai warna yang cantik dan menarik.

Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik tetamu yang berhawa dingin dan lengkap dengan WIFI. Bilik tetamu yang ditawarkan adalah bilik deluxe double, bilik deluxe twin, bilik deluxe triple
 dan bilik family deluxe. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan set TV dan cerek eletrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas.

Apa yang istimewa tentang hotel ini adalah ia mempunyai padang dan taman permainan kanak-kanak yang terletak bersebelah dengan ruang santai. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun juga boleh menginap secara percuma di sini. Pada yang datang bersama-sama kanak-kanak kecil, ianya tentu sahaja menggembirakan mereka. Hotel ini juga menyediakan khidmat basikal sewa kepada tetamu yang mahu menjelajah di sekitar Port Dickson dengan cara santai.

merlin hotel
  • Harga - Dari RM 93 semalaman.
  • Alamat -Lot 218, KM1 (Batu 1), Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Malaysia
grandpa hotel

Grandpa Hotel adalah hotel bajet yang terletak bertentang dengan Giant Hypermarket di Bandaran Datar Segar. Ianya menawarkan 2 jenis bilik tetamu iaitu bilik deluxe dan bilik eksekutif. Bilik-bilik di hotel ini dihias sederhana dan lengkap dengan kemudahan standard seperti penghawa dingin, set televisyen, 2 botol air mineral percuma, telefon dan bilik mandi mempunyai pancuran air panas dan set mandian percuma. Alat pengering rambut turut disediakan atas permintaan.

Grandpa hotel mempunyai sebuah kafe kecil, sebuah pub, dua bilik mesyuarat dan yang paling menarik sekali iaitu tempat berkaraoke. Pada yang mahu melepaskan gian menyanyi, memang hotel ini merupakan tempat yang sesuai untuk mereka. 

Tetamu boleh menikmati sarapan percuma dan masakan tempatan di kafe yang disediakan. Khidmat penghantaran makanan kebilik juga ada disediakan atas permintaanKaunter meja depan hotel beroperasi 24 jam bagi memudahkan urusan para tetamu. Ianya turut mempunyai perkhidmatan WIFI percuma. 

grandpa hotel
  • Harga - Dari RM 95 semalaman.
  • Alamat - No.1, Jalan DS 1/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Malaysia
win win boutique hotel PD

Win Win Boutique Hotel ini memang senang di cari. Tambahan pula dengan hiasan exteriornya yang seakan-akan bertema kulit kuda belang. Dalaman hotel pula menggunakan warna yang lembut dengan penggunaan lampu kelam. Hotel ini merupakan hotel yang bertaraf 2 bintang. Hotel ini menjanjikan penginapan yang bersih, selesa dan mempunyai sambungan internet berkelajuan tinggi pada harga yang berpatutan. Hotel ini terletak dekat dengan Pantai Cahaya Negeri dan cuma lima minit berjalan kaki untuk ke tempat membeli belah.

 Win Win Boutique Hotel menawarkan 4 jenis bilik tetamu iaitu bilik standard, bilik mewah, bilik eksekutif dan bilik keluarga untuk pilihan para tetamu. Bilik-bilik yang ditawarkan adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan set katil, meja baca, TV berskrin rata dengan saluran astro, telefon dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set mandian percuma.

Fasiliti yang disediakan ialah kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, sebuah ruang istirehat, perkhidmatan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma dan penghantara ke Lapangan Terbang.

win win boutique hotel
  • Harga - Dari RM 101 semalaman.
  • Alamat - No 10 Jalan PD- Seremban Lukut Prima, 71010 Port Dickson, Malaysia
wg hotel

WG Hotel ini terletak strategik di tengah-tengah bandar Port Dickson. Ramai tetamu yang menginap di sini sangat berpuas hati dengan lokasi hotel ini yang dekat dengan tempat-tempat menarik di Port Dickson seperti Alive 3D Art Gallery dan Taman Tema Dalaman Wild West Cowboy. Kedai serbaneka dan restoran juga sangat banyak.

Hotel ini menawarkan 5 jenis bilik tetamu iaitu bilik single standard, bilik superior queen, bilik deluxe double atau twin, bilik keluarga dan bilik keluarga double. Setiap bilik dilengkapi dengan HyppTV berskrin rata dengan saluran satelit. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bidet dan pancuran air panas.

Fasiliti yang disediakan pula adalah seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, tempat seterika dan mesin penapis air percuma. perkhidmatan dobi juga ada disediakan atas permintaan.

wg hotel
  • Harga - Dari RM 107 semalaman.
  • Alamat - 43-45A Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Malaysia
clover hotel

Clover Hotel adalah sebuah hotel butik yang bertemakan tumbuh-tumbuhan. Elemen daun dan bunga dapat dilihat di setiap hiasan dinding, bantal dan cadar yang digunakan. Hotel ini juga menjanjikan penginapan yang sempurna untuk tetamu. Ianya terletak berhampiran dengan beberapa restoran yang popular dan premis yang menawarkan kemudahan perbankan, membeli-belah dan sebagainya. Tetamu yang suka bersiar-siar pada waktu malam pasti suka menginap di sini kerana persekitaran yang meriah pada waktu malam.

Clover Hotel menawarkan 3 jenis bilik tetamu iaitu bilik superior double, bilik deluxe double atau twin dan bilik keluarga. Bilik-bilik yang ditawarkan adalah lengkap dan selesa. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV berskrin rata dengan saluran Astro dan lantai jubin. Bilik mandi pula dilengkapi dengan peralatan mandian dan pancuran air panas.

Hotel ini juga menyediakan akses Wifi percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, khidmat fotokopi, tempat letak kenderaan percuma, perkhidmatan hantaran ke lapangan terbang dan perkhidmatan ulang-alik dengan bayaran tambahan.

clover hotel
  • Harga - Dari RM 111 semalaman.
  • Alamat - 13&13A, Jalan Waterfront 5, PD Waterfront, Port Dickson, 71000 Port Dickson, Malaysia
Pearl Villa Hotel & Resort

Pearl Villa Hotel & Resort adalah sebuah hotel bajet. Bangunan hotel ini asalnya adalah deretan rumah teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi hotel. Ianya terletak di jalan utama di tepi pantai Teluk Kemang yang popular. Hotel ini dicat dengan warna pelangi kelihatan sangat meriah dan ceria. 

Hotel ini menawarkan 3 jenis penginapan iaitu bilik queen standard dan 2 jenis villa iaitu villa jenis A dan villa jenis B. Villa jenis A mempunyai laman yang lebih luas daripada villa jenis B. Kedua-dua villa mempunyai 5 bilik tetamu dan boleh memuatkan hingga 12 orang tetamu. Setiap bilik tetamu mempunyai bilik mandi sendiri. Kesemua bilik tetamu di Villa jenis A adalah lengkap berhawa dingin manakala cuma 3 bilik tetamu di Villa jenis B berhawa dingin dan dua lagi bilik tetamu menggunakan kipas angin. Pada yang menempah bilik queen standard, tetamu biasanya akan ditempatkan di salah satu villa jenis A.

Kedua-dua jenis unit mempunyai dapur yang lengkap dengan peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan perkakas memasak. terdapat kemudahan untuk memanggang barbeque disediakan di halaman belakang villa. Akses internet Wifi juga ada disediakan. Jarak ke pantai pula hanya 10 minit berjalan kaki.

Pearl Villa hotel & resort
  • Harga - Dari RM 120 semalaman.
  • Alamat - No 1 PT 12, Jalan Pantai Batu 8, Taman Bandar Baru, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Malaysia
Langit Langi hotel

Langit Langi Hotel @ Port Dickson ini sebenarnya hanyalah hotel bajet. tapi apa yang best tentang hotel ini, ianya juga mempunyai kolam renang. Hotel ini dihias dengan gabungan elemen geometri dan batik. Penggunaan warna yang kontras seperi warna oren, merah, hijau dan biru dan merah jambu memberikan suasana unik kepada tetamu.  

Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik tetamu iaitu bilik asas double atau twin, bilik deluxe double atau twin, bilik standard double atau twin dan bilik superior king. Setiap bilik mempunyai penyaman udara, TV berskrin rata dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian. Untuk bilik superior king, tab mandi juga ada disediakan.

Antara kemudahan dan fasiliti lain yang disediakan adalah kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan dobi, menyeterika dan simpanan bagasi, perkhidmatan penghantaran ke lapangan terbang dan khidmat kereta sewa. Pada tetamu yang mahukan perkhidmatan mengurut, ianya juga ada disediakan atas permintaan.

Langit langi hotel
  • Harga - Dari RM 126 semalaman.
  • Alamat - No 881, 882, 883 & 885, Jalan Pantai, Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Malaysia
Naam boutique Lodge

Naam Boutique Lodge adalah sebuah hotel butik yang didirikan di banglo 2 tingkat yang dibina cantik dengan persekitaran yang lapang. Ianya menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan memastikan tetamu yang menginap merasa selesa seperti berada di rumah sendiri.

Naam Boutique Lodge menawarkan 3 jenis penginapan kepada tetamu iaitu bilik queen standard, bilik twin standard dan sebuah unit pangsapuri. Bilik Standard Queen yang ditawarkan adalah dilengkapi dengan katil bersaiz ratu manakala bilik twin standard pula dilengkapi dua katil kembar. Kedua-dua bilik lengkap dengan penghawa dingin, almari pakaian dan mempunyai bilik mandi sendiri. Untuk unit pangsapuri pula, ianya berkelengkapan penuh. Setiap unit mempunyai bilik tidur, bilik mandi dan dapur yang lengkap dengan peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik. Terdapat juga balkoni untuk menikmati pemandangan laut disediakan.

Hotel ini mempunyai kemudahan memanggang makanan di halamannya. Terdapat juga tempat berehat dan bersantai untuk para tetamu bergaul dan berkumpul. Ianya juga sangat dekat dengan pantai. 

Naam boutique Lodge
  • Harga - Dari RM 130 semalaman.
  • Alamat - Lot.1942 Bt.8 Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Malaysia
waterfront boutique hotel

WaterFront Boutique Hotel terletak di pusat bandar Port Dickson. Ia menawarkan penginapan tepi pantai yang dikelilingi oleh kehijauan landskap. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan pelbagai pilihan tempat makan, dari yang murah hingga ke mahal dan dari yang tempatan ataupun antarabangsa.

Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik tetamu iaitu bilik deluxe queen, bilik deluxe twin, suite executive dan suite executive triple. Bilik- bilik yang ditawarkan adalah luas dan dilengkapi dengan TV berskrin rata dan cerek elektrik. Suite executive dan suite executive triple mempunyai balkoni yang memberikan pemandangan laut. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian hujan dan peralatan mandian percuma.

WiFi percuma boleh diakses di seluruh hotel dan parking percuma disediakan di lokasi. Tetamu boleh mendapatkan maklumat mengenai perkara yang boleh dilakukan di sekitar kawasan ini di kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam. Air botol percuma sebanyak 2 botol juga ada disediakan.

waterfront boutique hotel
  • Harga - Dari RM 138 semalaman.
  • Alamat - 4-G-21 Persiaran Waterfront, Port Dickson Waterfront, 71000 Port Dickson, Malaysia
Bayfront hotel main

Bayfront Hotel adalah hotel yang terletak di PD Waterfront. PD Waterfront adalah sebuah sebuah laluan esplanade yang dibina sepanjang pantai bandar Port Dickson untuk tujuan perlancongan. Hotel ini menyediakan 5 jenis bilik tetamu iaitu bilik deluxe, bilik executive, bilik executive triple, bilik family dan bilik grand famili. Sesetengah bilik tamu di sini mempunyai balkoni untuk tetamu bersantai menikmati pemandangan laut.

Kesemua bilik tetamu yang disediakan adalah luas, selesa dan mempunyai sambungan wifi percuma. Hotel ini tidak mempunyai restoran sendiri tapi ianya terletak sangat hampir dengan beberapa kedai makan yang restoran yang popular di Port Dickson. Selain menikmati pemandangan pantai, tetamu juga boleh meluangkan masa melawat dan bersiar-siar di taman rekreasi yang terdapat berhampiran dengan hotel. 

Bayfront hotel
  • Harga - Dari RM 147 semalaman.
  • Alamat - 1-1-3A, PD Waterfront, Persiaran Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan, 71000, Malaysia
Akar Beach Resort

Akar beach resort adalah sebuah hotel yang terletak mengadap Pantai Purnama di port Dickson. Hotel ini amat sesuai untuk tetamu yang gemar berjemur di bawah sinar matahari dan menikmati pemandangan indah Selat Malaka. 

Hotel ini menerima pelbagai jenis tetamu dan mempunyai bilik-bilik tetamu yang sesuai untuk semua jenis tetamu dari backpacker, pasangan, keluarga dan rombongan besar. Terdapat 4 jenis bilik tetamu yang di tawarkan iaitu bilik superior twin, bilik deluxe double, bilik triple dan bilik standard twin. Bilik-bilik yang ditawarkan terang dan mempunyai pencahayaan yang bagus, berhawa dingin serta dihias dengan warna putih dan hijau. Ianya juga dilengkapi dengan TV satelit skrin rata dan cerek elektrik. Unit-unit tertentu mempunyai balkoni peribadi. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma.

 Akar Beach Resort juga menawarkan pelbagai kemudahan dan fasiliti untuk memastikan tetamu menikmati pengalaman percutian yang menggembirakan. Hotel ini mempunyai sebuah kafe yang menyediakan sarapan percuma kepada tetamu dan makanan panas untuk para tetamu nikmati. Ianya juga menyediakan perkhidmatan hantaran makan ke bilik atas permintaan. Pada tetamu yang mahu bersantai dan menikmati barbeque, kemudahan grill dan barbeque ada disediakan. Terdapat juga kolam renang untuk tetamu beriadah dan berenang. Pada yang datang dengan memandu kenderaan, tempat letak kereta percuma juga ada disediakan. Fasiliti lain yang ditawarkan adalah bilik mesyuarat dan pasar mini.

akar beach resort
  • Harga - Dari RM 170 semalaman.
  • Alamat - Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Malaysia
d'wharf hote

D’Wharf Hotel & Serviced Residence terletak di tengah-tengah bandar Port Dickson. Ianya menyediakan 8 jenis penginapan iaitu bilik superior twin, bilik superior king, studio, suite eksekutif, suite keluarga, suite dupleks dan suite grand. Kesemua penginapan di sini mempunyai balkoni yang menyajikan samaada pemandangan Selat Melaka atau bandar, berhawa dingin dan mempunyai wifi. Bilik tetamu dan studio mempunyai keluasan sama iaitu 31 meter persegi. Yang berbeza cuma jenis katil dan studio mempunyai kemudahan tambahan seperti ruang dapur asas yang dilengkapi dengan ketuhar gelombang mikro. Untuk suite pula, saiz bermula dari 52 meter persegi hingga ke 150 meter persegi mengikut jenis suite. kesemua suite mempunyai 1 bilik tidur kecuali suite duplex yang mempunyai 3 bilik tidur dan suite grand yang mempunyai 4 bilik tidur. Suite yang disediakan juga berkeperluan lengkap dan mempunyai ruang tamu dan ruang dapur.

Fasiliti-fasiliti lain yang disediakan di hotel ini ialah bilik mesyuarat, kolam renang, restoran yang menyediakan bufet sarapan bagi tempatan dan barat, gimnasium dan taman permainan kanak-kanak. Terdapat juga perkhidmatan basikal sewa untuk tetamu yang gemarkan aktiviti berbasikal sambil menjelajah kawasan pantai berhampiran. Tetamu juga boleh meminta bantuan untuk perkhidmatan concierge dan simpanan bagasi di kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam. 

d’wharf hotel
  • Harga - Dari RM 180 semalaman.
  • Alamat - Persiaran Waterfront PD Waterfront, 71000 Port Dickson, Malaysia s-06-08, 71000 Port Dickson, Malaysia
grand beach resort

Terletak di sepanjang pantai di Port Dickson, Grand Beach Resort menawarkan penginapan yang ideal bagi yang mahu lari dari kesibukan kota. Hotel ini menjamu tetamu pemandangan Selat Melaka dan memanjakan tetamu dengan layanan dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa. 

Grand Beach Resort ini dibina dengan gabungan elemen senibina tradisional Malaysia yang dapat dilihat dari bentuk rekaan bangunan, reka bentuk moden kontemporari dengan siling dan beranda terbuka dan elemen alam dengan landskap yang hijau dan mendamaikan. Hotel ini menawarkan 6 jenis bilik tetamu yang cerah dengan pemandangan pantai terbaik di Port Dickson kepada tetamu. Bilik-bilik tetamu yang disediakan adalah bilik superior, bilik deluxe, bilik executive, studio, suite dan bilik keluarga. Semua bilik yang ditawarkan adalah berhawa dingin dan mempunyai lantai berpermaidani, meja tulis, almari pakaian, TV, mini bar dan sofa. Bilik mandi dengan tuala, set mandian percuma, tab mandi dan pancuran mandian air panas.

Fasiliti yang disediakan pula adalah seperti restoran, gimnasium, spa, ruang santai, ruang bermain, taman, kolam renang, gelanggang tenis, tempat letak kereta percuma dan ruang menyimpan bagasi. 

grand beach resort
  • Harga - Dari RM 190 semalaman.
  • Alamat - 5th Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Malaysia
Paradise Spa Hotel

Paradise Spa Hotel menawarkan tempat penginapan yang selesa kepada para tetamu. Sesuai dengan namanya, salah satu tarikan hotel ini adalah khidmat spa yang disediakan kepada tetamu. Pada yang mahu berehat dan memanjakan badan. Hotel ini memang pilihan yang sesuai. 

Hotel ini menyediakan 4 jenis bilik tetamu iaitu bilik deluxe, bilik superior, suite bulan madu dan suite keluarga. Bilik dan suite yang disediakan berhawa dingin, mempunyai sambungan WIFI, TV berskrin rata dan cerek elektrik. Bilik mandi pula mempunyai kemudahan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma. Bilik mandi selain bilik deluxe juga turut mempunyai tab mandi.

Tetamu yang mahukan perkhidmatan mengurut boleh turun ke spa ataupun memesan supaya tukang urut datang ke bilik. Untuk khidmat kecantikan seperti lulur, sauna, dan mandian stim, mandi bunga dan jacuzzi, spa di hotel ini ada menyediakan khidmat dan fasiliti untuk tujuan tersebut. Pada yang mahu bersantai, boleh sahaja berehat di tepi kolam renang. Bufet sarapan harian turut ada disajikan di restoran hotel, ianya juga dibuka untuk makan tengah hari dan makan malam. 

paradise spa hotel
  • Harga - Dari RM 223 semalaman.
  • Alamat - PT 1483, Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok, 71000 Port Dickson, Malaysia
The Guest Hotel and spa

The Guest Hotel & Spa adalah hotel yang bertaraf 4 bintang yang bertemakan moden kontemporari. Ianya terletak di Bandar Dataran Segar yang berada di pinggir pantai di Port Dickson. Hotel ini menyediakan 5 jenis bilik tetamu dari pelbagai standard dan kelas. Bilik-bilik tersebut adalah bilik superior, bilik premier, bilik keluarga, bilik executive dan suite president. Setiap bilik tetamu mempunyai akses internet, meja, dan kemudahan membuat kopi atau teh. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. Tab mandi ada disediakan di suite.

Hotel ini juga mempunyai restoran yang menawarkan pilihan makanan dan minuman tempatan dan antarabangsa sepanjang hari. Perkhidmatan penghantaran makanan ke bilik juga ada disediakan. Selain restoran, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai makanan ringan dan minuman di kafe ataupun di Lounge VIP eksklusif menyajikan pelbagai koktail, jus segar, minuman panas dan sejuk. Hotel ini juga mempunyai fasiliti lain seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta, bilik mesyuarat, gimnasium, kolam renang, spa dan kedai centeramata. Spa di hotel ini menawarkan perkhidmatan urut aromaterapi serta kemudahan wap mandi, sauna dan jakuzi.

The Guest Hotel and spa
  • Harga - Dari RM 228 semalaman.
  • Alamat - PT 4704, Jalan DS 3/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Lukut, 71010 Port Dickson, Malaysia
klana beach resort

Klana Beach Resort ini menawarkan penginapan yang unique dan lain dari yang lain. Ianya terletak di jalan pesisir Teluk Kemang dan terletak di antara dua pantai iaitu Pantai Teluk Kemang dan Pantai Seri Purnama. Hotel ini adalah milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Hotel ini berkongsi lokasi dengan Balai Cerap Batu Hilal yang juga dikenali sebagai salah satu tempat utama melihat anak bulan di Malaysia. Tetamu yang menginap di hotel ini diberi akses percuma ke balai cerap dan diberi peluang untuk melihat dari lensa teleskop yang bersaiz gergasi pemandangan angkasa, bulan dan planet-planet pada waktu malam. Ianya tentu akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Hotel ini menawarkan 3 jenis penginapan iaitu bilik superior, bilik deluxe dan unit pangsapuri. Penginapan yang disediakan adalah berhawa, dilengkapi dengan TV plasma, bar mini dan kemudahan untuk membuat teh/kopi. Setiap bilik juga mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan pengering rambut. Kemudahan seperti seterika dan meja seterika dan bantal extra ada disediakan didalam almari. 

Hotel ini juga mempunyai restoran yang menyajikan hidangan halal tempatan dan antarabangsa. Ianya juga menyediakan hidangan buffer sarapan dan makan malam. Pada waktu-waktu lain, makanan panas atas tempahan ada disediakan. Tetamu juga boleh menempah makanan ke bilik. Selain restoran, hotel ini juga menyediakan fasiliti seperti tempat letak kereta percuma, kolam renang berlainan jantina dan pelantar yang memberi akses ke dua-dua pantai. Para tetamu yang mahu melakukan aktiviti sukan air boleh mendapatkan khidmat tersebut di kaunter yang terletak di sepanjang pelantar tersebut. 

klana beach resort
  • Harga - Dari RM 238 semalaman.
  • Alamat - Kompleks Baitulhilal, Lot 4506, Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Malaysia
Glory Beach Resort

Glory Beach Resort ini terletak berhampiran dengan pantai. Ianya menawarkan 3 jenis penginapan iaitu apartment satu bilik, apartment dua bilik dan apartment tiga bilik. Semua unit apartment mempunyai ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur. Ianya juga mempunyai balkoni yang boleh diakses dari ruang tamu dan dilengkapi dengan kemudahan membuat teh dan kopi standard, telefon, TV LCD dengan saluran HyppTV yang dipilih, pancuran mandian air pemanas di bilik mandi dan unit penghawa dingin . 

Ianya juga mempunyai sebuah kafe yang dipanggil Karah Cafe yang menyajikan sarapan dan makanan panas tempatan dan antarabangsa dan sebuah bar yang bernama Glory Sport bar yang menyajikan tetamu dengan live band dan minuman segar. Ia juga mempunyai meja pool untuk tetamu meluangkan masa bersama.

Pantai Port Dickson juga terkenal dengan pendaratan penyu terutama spesies Hawksbill. Glory Beach Resorts bekerjasama dengan institut penyelidikan perikanan Rantau Abang menubuhkan Pusat Penetasan Penyu bagi mewujudkan kesedaran dikalangan masyarakat Port Dickson untuk melindungi spesis terancam ini. Telur penyu yang terdapat di pantai Port Dickson dipindahkan ke pusat ini untuk direkod dan ditetas sebelum dibebaskan semula ke laut. Tetamu yang menginap di sini berpeluang melawat pusat ini.

Glory Beach Resort Port Dickson juga mempunyai kolam renang dewasa dan kolam renang kanak-kanak, gimnasium, bilik stim, kawasan barbeque yang boleh disewa, gelanggang tenis, gelanggang bola tampar pantai, gelanggang bola sepak pantai, gelanggang bola keranjang, gelanggang skuash, kolam ikan, mini pet zoo dan kaunter sukan air.

glory beach resort
  • Harga - Dari RM 238 semalaman.
  • Alamat - Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemuk, 71000 Port Dickson, Malaysia
hotel Legacy

Hotel Legacy adalah sebuah hotel 2-bintang yang terletak menghadap ke laut. Hotel ini bagaimanapun tidak terletak di tepi pantai yang popular jadi persekitarannya agak sunyi, amat sesuai untuk tetamu yang mahukan suasana privasi.

Hotel ini mempunyai sebuah kaunter meja depan yang beroperasi 24-jam, tempat letak kereta percuma, sebuah restoran yang menyediakan sarapan dan masakan panas tempatan dan antarabangsa, surau dan kolam renang. 

Hotel ini menyediakan 5 jenis bilik tetamu iaitu bilik standard, bilik superior, bilik deluxe, suite junior dan suite executive. Bilik-bilik yang ditawarkan mempunyai balkoni dan dilengkapi dengan TV berskrin rata dengan saluran satelit, peti ais dan meja tulis. Bilik mandi pula dilengkapi dengan tab mandi, pancuran mandian air panas dan set mandian percuma.

hotel Legacy
  • Harga - Dari RM 253 semalaman.
  • Alamat -Jalan Rumah Rehat, Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson, Malaysia
Bayu beach resort

Bayu Beach Resort adalah sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Ianya terletak di tepi Pantai Cahaya Negeri yang popular. Hotel ini menawarkan penginapan yang terdiri daripada studio, bilik keluarga deluxe, bilik keluarga premium, unit apartment 2 bilik, unit apartment 3 bilik dan suite. Bilik=bilik yang disediakan juga lengkap dan bersih. Bilik mandi juga lengkap dengan tab mandi.

Hotel ini mempunyai lapan buah dewan. Di kawasan pantai pula ada disediakan kemudahan untuk berkelah dan barbeque. Terdapat kolam renang yang besar disediakan untuk tetamu bermandi-manda dan bersantai. Berdekatan dengan kolam renang juga ada sebuah poolside bar untuk tetamu yang mahu menikmati minuman yang menyegarkan.

Bayu Beach Resort juga ada menyediakan kemudahan sauna dan gimnasium percuma kepada tetamu. Apa yang lebih menyeronokkan ia juga mempunyai bilik karaoke untuk tetamu yang mahu menyerlahkan bakat terpendam mereka. Terdapat juga restoran yang menyajikan hidangan sarapan pagi dan masakan panas kepada tetamu. Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah perkhidmatan dobi serta cucian kering dan khidmat penyimpanan bagasi.

Bayu beach Resort
  • Harga - Dari RM 259 semalaman.
  • Alamat - 4½ Miles, Jalan Pantai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Port Dickson, 71050, Malaysia
Crystal Private Water chalet

Crystal Private Water Chalet ini adalah salah satu hotel yang menyediakan penginapan chalet atas air. Ianya juga mempunyai kawasan pantai peribadi.

Hotel ini menawarkan 2 jenis bilik penginapan iaitu chalet deluxe dan chalet executive. Setiap unit mempunyai balkoni dengan pemandangan laut dan dilengkapi dengan sambungan WIFI, TV berskrin rata, penyaman udara, bar mini, sofa santai, dan meja tulis. Bilik mandi pula dilengkapi dengan tab mandi.

Hotel ini juga mempunya fasiliti seperti taman, ruang santai, bakeri, restoran dan kolam renang. Perkhidmatan basikal sewa juga ada disediakan. 

crystal Private water chalet
  • Harga - Dari RM 344 semalaman.
  • Alamat - Bt2, Jalan Seremban, Taman Tanjung, Port Dickson, 71000 Port Dickson, Malaysia
ancasa residence

Ancasa Residences ini adalah cabang hotel Ancasa Hotel & Resort yang terletak di Port Dickson. Hotel ini dikelilingi dengan taman yang cantik dan dipenuhi dengan pondok pondok kecil dan air pancut yang berelemen tradisional bali.

Ancasa Residence menawarkan 3 jenis suite iaitu suite satu bilik, suite dua bilik dan suite tiga bilik. Suite yang disediakan adalah sangat selesa dan mempunyai bahagian dalaman yang luas serta moden. Setiap bilik mempunyai balkoni, ruang tamu dan dapur kecil. TV dan kemudahan membuat teh / kopi juga disediakan.

Hotel ini mempunyai fasiliti seperti tempat letak, kolam renang dewasa yang besar dan dikelilingi tumbuh-tumbuhan, kolam renang kanak-kanak yang mempunyai papan gelongsor, 2 restoran iaitu BabaReeba yang mempunyai karaoke dan Restoran stimbot express yang menyajikan hidangan stimbot, spa, pondok mengurut, gimnasium dan kaunter aktiviti sukan air. 

Ancasa residence
  • Harga - Dari RM 357 semalaman.
  • Alamat - 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Malaysia
Corus Paradise Resort

Corus Paradise Resort adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di pantai Bagan Pinang. Semua bilik yang ditawarkan di hotel ini adalah mengadap laut. Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik tetamu iaitu bilik deluxe, bilik superior, suite dan suite signature. Bilik-bilik yang ditawarkan juga bercitarasa moden dan mempunyai nuansa warna neutral dan dilengkapi dengan katil bersaiz king atau dua katil bersaiz queen, penyaman udara, TV, peralatan membuat teh/kopi, kemudahan IDD, bar mini dan peti keselamatan elektronik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian percuma.

Hotel ini mempunyai lagun buatan yang dipisahkan dari pantai sebenar dengan tambak berpasir. Air yang terkumpul di lagun ini juga cetek dan sesuai untuk keluarga bermandi-manda. Hotel ini juga mempunyai banyak kemudahan mesra kanak-kanak, seperti playpool, arked permainan dan bilik permainan. Selain itu, hotel ini juga mempunyai enam dewan, gimnasium, pusat memanah, kolam renang yang dilengkapi gelongsor air, sebuah restoran yang menyediakan masakan panas dan sebuah kafe yang menyajikan kek dan pastri segar. seluruh hotel ini mendapat liputan WIFI.

corus paradise resort
  • Harga - Dari RM 360 semalaman.
  • Alamat - Port Dickson, 71000 Port Dickson, Malaysia
thistle hotel

Thistle Port Dickson terletak di Teluk Kemang, Port Dickson. Ianya berkeluasan 36 hektar dan mempunyai pantai 3 km pantai berpasir peribadi.

Thistle Port Dickson Resort menawarkan 3 jenis bilik tetamu iaitu bilik deluxe, bilik keluarga dan suite yang dihiasi dengan warna-warna hangat. Kesemua bilik lengkap dengan kemudahan standard antarabangsa seperti TV berskrin rata, seterika, meja tulis, sofa, almari pakaian dan Wi-Fi percuma. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan set mandian. Suite dan bilik keluarga pula mempunyai balkoni dan tab mandi.

Hotel ini mempunyai 3 restoran iaitu Chinoise, Fresh dan Glass. Chinoise menghidangkan masakan Cina moden, Fresh menawarkan hidangan bufet kegemaran Asia dan tempatan dan Glass menyajikan hidangan Itali. terdapat juga 2 bar iaitu Cumulus dan Steps juga menyediakan snek dan minuman.

Hotel ini juga mempunyai padang golf dengan 9 lubang, sebuah taman eko, kolam renang, bilik mainan kanak-kanak dan bilik lego. Tetamu boleh berehat di tepi kolam renang ataupun bersenam di gimnasium. Sebagai alternatif, tetamu juga boleh bermain golf atau menyewa basikal untuk meneroka kawasan sekitar. Aktiviti sukan udara boleh diatur di kaunter penerimaan tetamu. Kanak-kanak boleh bermain di kanak-kanak kelab. Perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuk spa dan dobi.

Thistle hotel
  • Harga - Dari RM 378 semalaman.
  • Alamat - KM 16, Jalan Pantai, Teluk Kemang Si-Rusa, 71050 Port Dickson, Malaysia
avillion port dickson

Avillion Port Dickson adalah sebuah tempat penginapan atas air yang memenangi anugerah.  kecemerlangan Persatuan Arkitek Malaysia dalam seni bina pada tahun 2000. Ianya mempunyai keluasan sebesar 23 ekar dan menghadap Selat Melaka.

Ianya menawarkan 3 jenis chalet mewah dan 2 jenis villa yang direkan seperti sebuah kampung nelayan Melayu tradisional. Chalet yang ditawarkan adalah chalet taman, chalet air dan studio pantai. Kesemua chalet di hotel ini berhawa dingin, mempunyai balkoni, perabot kayu dan lengkap dengan tab mandi. Villa yang ditawarkan pula adalah villa 1 bilik tidur dan villa 2 bilik tidur. Villa-villa ini dibina dengan menggabungkan keanggunan warisan Malaysia dan keselesaan moden yang mewah. Villa-villa disini juga mempunyai bilik mandi langit terbuka dan jakuzi.

Terdapat 5 pilihan untuk menjamu selera disediakan di hotel ini. Crow’s nest menawarkan hidangan fusion á la carte dan Village Court pula dibuka untuk santapan sepanjang hari. Snek dan minuman ringan ada disediakan di The Galley dan aVi Lounge. The Verte pula mempunyai pakar mixologist dan terletak secara alfresco menghadap lautan.

Terdapat banyak fasiliti lain yang didsediakan di sini. yang datang bersama keluarga boleh pergi melihat burung aviari burung eksotik, melawat ladang rempah, bermesra dengan haiwan di pet zoo mini dan memancing. Kanak-kanak pula boleh bermain di kanak-kanak kelab atau berenang di kolam renang kanak-kanak. Terdapat juga kolam renang yang khusus untuk orang dewasa, gimnasium dan spa. 

avillion port dickson
  • Harga - Dari RM 438 semalaman.
  • Alamat - 3rd Mile Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Malaysia
tasik villa

Tasik Villa International Resort adalah sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di Port Dickson. Ianya terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari Wild West Cowboy Indoor Theme Park. Walaupun tidak terletak betul-betul berhampiran dengan pantai, hotel ini mempunyai tasik yang agak luas. Persembahan air pancut berwarna-warni turut diadakan setiap malam untuk menghiburkan para tetamu yang menginap di sini.

Hotel ini menawarkan 4 jenis penginapan iaitu bilik deluxe, bilik superior, chalet atas air dan villa. Bilik-bilik yang ditawarkan berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV skrin rata, meja dan cerek elektrik. Beberapa unit di hotel ini juga mempunyai balkoni. Bilik mandi yang disediakan mempunyai pancuran mandian air panas dan tab mandi berjakuzi.

Selain keselesaan bertaraf 5 bintang, hotel ini juga menjaga keperluan gastronomi para tetamu. Di sini, tetamu dihidangkan dengan sarapan kontinental dan masakan panas Asia serta makanan antarabangsa. Terdapat juga bar dan lounge untuk tetamu bersantai. Hotel ini juga menyediakan kolam renang bersaiz olimpik, bilik sauna dengan perkhidmatan mengurut dan gimnasium. Jika tetamu mahu bersiar-siar, cruise mini boleh disewa untuk mengelilingi tasik.

tasik villa
  • Harga - Dari RM 458 semalaman.
  • Alamat - Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut, Port Dickson, 71010 Port Dickson, Malaysia
Grand lexis

Grand Lexis Port Dickson terletak 500 meter dari Pantai Tanjung Gemuk. Ia menawarkan vila-vila yang elegan dengan kolam renang peribadi. Hotel ini dikelilingi oleh taman-taman berlandskap serta menawarkan 4 pilihan tempat makan dan pelbagai aktiviti rekreasi. WiFi percuma disediakan di dalam vila. Hotel ini juga disenaraikan di dalam Malaysia Book of Record sebagai sebuah tempat penginapan yang mempunyai kolam renang terbanyak iaitu sebanyak 317 buah berkadaran dengan 317 unit villa yang ditawarkan kepada para tetamu.

Villa-villa yang ditawarkan adalah luas dan dihiasi dengan ambience yang terang dan dilengkapi dengan kelengkapan moden seperti TV berskrin rata dan penghawa dingin. Vila-vila tertentu menawarkan pemandangan laut dan panel kaca di lantai untuk pemandangan bawah air yang menakjubkan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan kemudahan tab mandi dan pancuran mandian yang berasingan.

Hotel ini mempunyai sebuah kafe, sebuah restoran makanan jepun, sebuah bar dan sebuah pool kafe. Bufet sarapan disajikan di Roselle Coffee House, yang juga dibuka untuk makan tengah hari dan makan malam. Umi Japanese Restaurant pula menghidangkan makanan Jepun yang autentik. Minuman dan hidangan ringan disediakan di Lanun Bar dan Pool Cafe.

Orang dewasa boleh berehat di gazebo sementara kanak-kanak berenang dan bermain di kolam renang kanak-kanak. Tetamu yang sukakan cabaran boleh mencuba aktiviti memanah atau kursus halangan segway. Gimnasium, spa, kedai cenderamata dan meja tempahan lawatan juga ada tersedia. Terdapat juga perkhidmatan basikal sewa disediakan. Keluarga boleh bermain dam ular yang besar bersama-sama. Kakitangan di kaunter meja depan beroperasi 24 jam dan bersedia membantu perkhidmatan bilik dan dobi.

grand lexis
  • Harga - Dari RM 552 semalaman.
  • Alamat -Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson, Malaysia

Berakhir sudah senarai 31 hotel di Port Dickson yang menarik dan berbaloi untuk dipilih. Jika masih sukar membuat pilihan, boleh sahaja terus melawat ke website yang menyediakan perkhidmatan carian hotel seperti Booking.com, Agoda.comataupun Hotels.com. Selamat bercuti, semoga anda mendapat pengalaman yang menyeronokkan dalam percutian anda.

Kembali ke bagasi.my

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment