25 Hotel di Sandakan yang berbajet bawah RM150
Sandakan adalah bandar kedua popular di negeri Sabah selepas Kota Kinabalu. Ianya mempunyai tarikan yang tidak kurang hebatnya. Sama seperti Kota Kinabalu, Sandakan juga menawarkan makanan laut yang enak dan segar.
Pilihan BEST Hotel di Sandakan (Senarai Ringkas)
Hotel Termurah: Hotel Hsiang Garden, ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Sandakan tetapi penginapan dan perkhidmatan yang disediakan amat bagus dan memuaskan. Hotel ini juga mempunyai restoran dan surau”
Hotel Bajet yang Berbaloi: Borneo Seaview Hotel, “Hotel ini menyediakan penginapan transit pada harga yang berpatutan. Hotel ini bukan sahaja menyediakan bilik tetamu ia juga mempunyai dapur yang berfungsi.”
Hostel Berkonsep Unik: Arts Hostel Sandakan, “Hostel ini mengetengahkan hiasan dan hasil seni yang diperbuat daripada barang terpakai. Ia juga mempunyai galeri hasil seni dan menawarkan bengkel seni untuk tetamu yang berminat”
Hotel Butik Terbaik: S’kan Styles Hotel, “Hotel berkonsep moden kontemporari ini menyediakan fasiliti yang terbaik kepada tetamu. Hiasan dalaman dan reka bentuk hotel kelihatan moden dan menarik. Perkhidmatan seperti khidmat bilik dan dobi juga ada disediakan.”
Hostel Untuk Bagpackers: Sandakan backpackers Hostel, “Hostel ini menawarkan penginapan bilik asrama dengan fasiliti seperti teres berpatio dengan buaian tidur, ruang santai dengan set TV dan beg beanie untuk tetamu berehat. “
Tarikan utama Sandakan adalah Pusat Konservasi Orang Utan Sepilok. Sandakan juga mempunyai banyak hutan hujan yang cantik dan juga tempat-tempat bersejarah untuk dilawati. Selain itu, Sandakan mempunyai lapangan terbangnya sendiri.
Disebabkan ini, ia juga dikenali sebagai destinasi transit untuk para pelancong yang mahu meneruskan perjalanan ke Sungai Kinabatangan dan pulau-pulau yang berdekatan ataupun destinasi menginap sebelum penerbangan balik.
Oleh kerana itu, ramai pelancong mahu mencari hotel yang tidak terlalu mahal untuk menginap di sini. Di sini disenaraikan 25 hotel di Sandakan yang menawarkan harga bilik pada kadar bawah RM150 untuk diinapi.
1. Borneo Seaview Hotel

Hotel Borneo Seaview ini terletak di tengah-tengah bandar Sandakan. Hotel ini mempunyai perkhidmatan wifi percuma. Apa yang menarik, hotel ini bukan sahaja menawarkan bilik bujang ataupun berdua, hotel ini juga menyediakan bilik asrama kepada tetamu yang datang berkumpulan. Terdapat ruang santai untuk para tetamu berkumpul dan dapur untuk tetamu yang mahu memasak makanan ringkas.
Hotel ini juga mempunyai khidmat meja depan yang beroperasi 24 jam untuk memudahkan urusan keluar masuk tetamu. Jika tetamu tidak membuat tempahan awal, boleh sahaja terus bertanya di kaunter pada bila-bila masa jika ada bilik yang kosong.

- Harga – Dari RM 64 semalaman.
- Alamat – Lot 125 & 126 Jalan Dua Harbour Square 14, 90000 Sandakan, Malaysia
2. Hotel Hsiang Garden

Hotel Hsiang Garden terletak berdekatan dengan kawasan komersial, agensi-agensi kerajaan dan tempat makan yang terkenal di Sandakan. Walaupun begitu, suasana hotel ini agak senyap dan tenang tanpa bunyi bising. Bilik-bilik di hotel ini dihias cantik dengan gabungan gaya moden dan persekitaran yang menenangkan pada harga yang amat berpatutan.
Hotel ini menyediakan fasiliti seperti wifi percuma, set TV bersatelit, bilik berhawa dingin, pancuran air panas, set peralatan mandi, peti simpanan keselamatan, peralatan membuat kopi dan the, alat pengering rambut, seterika dan khidmat meja depan. Terdapat juga surau dan restoran untuk kegunaan para tetamu.

- Harga – Dari RM 51 semalaman.
- Alamat -Mile 1 1/2, Leila Road, P.O.Box 1603, 90717 Sandakan, Malaysia
3. Hotel Sandakan

Hotel Sandakan terletak 200 meter dari Pantai Laut Sulu. Tetamu yang menginap di hotel ini dapat melihat pemandangan Laut Sulu yang indah dan mendamaikan dari tingkap bilik mereka. Hotel ini mempunyai dua restoran iaitu Palm Café dan Palm Garden Restaurant. Palm Café menyediakan makanan tempatan dan antarabangsa manakan Palm Garden Restaurant pula menyajikan hidangan masakan kantonis dan dim sum. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan hotel yang lain seperti khidmat meja depan, pembersihan bilik harian, bufet sarapan pagi dan wifi percuma.
Bilik-bilik yang ditawarkan di hotel ini adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan set bilik tidur, set TV bersatelit dan bar mini. Bilik mandi di hotel ini mempunyai tab mandi dan pancuran air panas. Set mandian percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 104 semalaman.
- Alamat – Block 83, 4TH Avenue, Town Centre, 90000 Sandakan, Malaysia
4. S’kan Styles Hotel

S’kan Styles Hotel terletak di lokasi strategik, Sandakan Harbour Square. Sandakan Harbour Square adalah sebuah pusat rekreasi dan komersil yang terkenal di Sabah. Hotel ini menawarkan kemudahan standard hotel dengan bonus tambahan. Reka bentuk dan senibina hotel ini menggabungkan elemen yang bergaya dan funky dengan penggunaan warna-warna terang untuk memberi suasana ceria kepada tetamu yang menginap di sini. Hotel ini juga menawarkan pemandangan Laut Sulu kepada tetamu. Ianya mempunyai restoran yang menyajikan sarapan pagi dari awal 6.00 pagi hingga pukul 10.30 pagi. Restoran ini juga menyediakan masakan panas yang enak dan tetamu juga boleh menikmati pengalaman hidangan ala fresco sambal menghirup udara segar di tepi laut.
Bilik-bilik yang ditawarkan dilengkapi dengan set bilik tidur, Tv berskrin rata, peti simpanan dan peralatan membuat teh dan kopi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set peralatan mandian. Perkhidmatan pembersihan harian, perkhidmatan dobi dan servis bilik turut disediakan. Perkhidmatan wifi juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 144 semalaman.
- Alamat -HS 12, Sandakan Harbour Square, 90000 Sandakan, Malaysia
5. Labuk Hotel

Labuk Hotel terletak hanya 2 Kilometer dari Lapangan Terbang Sandakan. Ianya amat sesuai untuk tetamu yang mempunyai penerbangan balik pada awal pagi. Khidmat meja depan ini beroperasi 24 jam dan ianya menawarkan perkhidmatan hantaran ke lapangan terbang. Hiasan hotel ini agak moden dan menjaminkan keselesaan kepada tetamu. Perkhidmatan wifi juga ada disediakan. Pada tetamu yang mahukan khidmat simpanan barang, dobi dan fotokopi. Staff di sini sedia membantu memenuhi permintaan tersebut.
Bilik-bilik yang disediakan agak luas, berhawa dingin dan berlantai parket. Setiap bilik dilengkapi dengan katil, almari pakaian, TV berskrin rata, peti simpanan dan cerek elektrik. Bilik mandinya dilengkapi dengan pancuran air panas, sandal dan set mandian. Untuk tetamu yang mahu memanjakan diri, perkhidmatan mengurut di bilik juga disediakan atas permintaan.

- Harga – Dari RM 95 semalaman.
- Alamat – Block C2, Bandar Labuk Jaya, Km 11.9 (Mile 7.5), Jalan Lintas Labuk, 90000 Sandakan, Malaysia
6. Tyng Garden Hotel

Hotel ini terletak di Bandar Baru Tyng. Ianya menawarkan 96 bilik tetamu yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan set bilik tidur, perabot dan alat eletrik seperti set TV skrin rata, cerek elektrik dan peti simpanan digital. Hotel ini juga menawarkan akses Wi-Fi percuma. Bilik-bilik mandi pula dilengkapi pancuran mandian air panas, set peralatan mandian percuma dan alat pengering rambut.
Hotel ini menyediakan khidmat meja depan 24 jam dengan ruang simpanan bagasi. Perkhidmatan dobi dan seterika juga ditawarkan dengan bayaran tambahan. Untuk tetamu yang memandu kereta, tempat letak kereta percuma juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 88 semalaman.
- Alamat – Lot 19, Ground Floor, Bdr Tyng, Batu 5, Jalan Utara, 90000 Sandakan, Malaysia
7. Sanbay Hotel

Sanbay Hotel adalah sebuah hotel tiga bintang yang terletak di pinggir bandar Sandakan. Hotel ini menawarkan suasana pantai dan pemandangan Teluk Sandakan yang menakjubkan. Rekaan hotel ini pula memberikan sentuhan berkelas dan santai untuk keselesaan para tetamu. Hotel ini mempunyai sebuah kafe yang menyajikan sarapan setiap hari dan makanan panas. Kafe ini juga menyediakan perkhidmatan hantaran makanan ke bilik.
Sama seperti hotel lain, Sanbay Hotel mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24-jam dan ia turut menawarkan Wi-Fi percuma, kemudahan simpanan bagasi, servis faks, perkhidmatan dobi dan menyeterika ada disediakan. Bilik-bilik hotel ini berhawa dingin dan dilengkapi lantai berkarpet, set TV bersatelit, cerek elektrik dan peti keselamatan peribadi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan set peralatan mandian.

- Harga – Dari RM 83 semalaman.
- Alamat – Jalan Leila, Mile 1¼, 90702 Sandakan, Malaysia
8. Hotel Central Sandakan

Hotel Central Sandakan terletak di tengah-tengah pusat bandar Sandakan. Ianya dikelilingi restoran, pusat membeli-belah, bangunan kerajaan dan pasar raya. Hotel Central Sandakan menawarkan tetamu dengan penginapan yang mesra bajet dan suasana yang elegan. Ianya dilengkapi sistem keselamatan CCTV dan perkhidmatan wifi percuma. Ianya juga mempunyai 48 buah bilik tetamu.
Bilik-bilik di hotel ini berhawa dingin dan dilengkapi dengan kemudahan standard termasuk TV, radio dan pembuat teh dan kopi. Hotel ini menawarkan perkhidmatan bilik, perkhidmatan dobi dan seterika. Untuk kemudahan para tetamu, kaunter meja depan beroperasi 24-jam juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 69 semalaman.
- Alamat – Lot 5A-B & 6A-B, Block 24, Jalan Lebuh 2,, 90000 Sandakan, Malaysia
9. Hotel City View

Hotel City View terletak di Pusat Komersial Bandar Sandakan. Hotel ini menawarkan Wi-Fi percuma, kaunter pakej tempahan pakej pelancongan yang menawarkan pakej-pakej pelancong yang menarik, perkhidmatan kereta sewa, perkhidmatan dobi dan cucian kering. Hotel ini juga mempunyai restoran yang menawarkan makanan tempatan.
Setiap bilik dilengkapi dengan set katil, TV satelit, meja kerja dan alat pengering rambut. Bilik mandi pula dilengkapi pancuran air panas dan set mandian percuma.

- Harga – Dari RM 85 semalaman.
- Alamat – Lot 1, Block 23, 1st Avenue, P.O.Box 624, 90707 Sandakan, Malaysia
10. The Pavilion Hotel

Hotel Pavilion direka dengan gaya kontemporari terkini. Ianya berjarak 5 minit dari Lapangan Terbang Sandakan, 20 minit ke Pusat Konservasi Sepilok Orang Utan yang terkenal dandan 25 minit ke Pusat Sanctuari Monyet Proboscis Teluk Labuk. Hotel ini menawarkan sarapan bufet setiap hari yang disediakan di kafe hotel tersebut. Kafe hotel juga menyajikan masakan panas dan perkhidmatan hantaran makanan ke bilik.
Bilik-bilik berhawa dingin yang ditawarkan adalah bersih dan selesa, dihiasi dengan gaya kontemporari pada harga yang berpatutan. Ianya dilengkapi dengan lantai kayu, set TV berskrin rata 32-inci, peti keselamatan peribadi, Kemudahan membuat teh dan kopi, bar mini dan akses internet berwayar percuma. Bilik mandi juga lengkap dengan peralatan mandian asas dan set mandian percuma. Terdapat juga perkhidmatan urutan badan ditawarkan atas permintaan.

- Harga – Dari RM 108 semalaman.
- Alamat – Block A3, Bandar Labuk Jaya, Mile 7, Labuk Road, 90000 Sandakan, Malaysia
11. 1Libaran Hotel

1 Libaran Hotel terletak betul-betul di kawasan Bandar Indah yang menjanjikan penginapan yang santai dan indah. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang tetamu perlukan untuk menikmati tidur malam yang nyenyak. Terdapat perkhidmatan meja depan yang beroperasi 24-jam, perkhidmatan Wi-Fi dan perkhidmatan layanan untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang terbaik. Bilik tetamu dilengkapi dengan set televisyen berskrin rata, set pendingin hawa, cerek elektrik dan telefon. Semua bilik tetamu juga mempunyai bilik mandi dilengkapi set mandian percuma.Hotel ini juga menawarkan sewa kereta.

- Harga – Dari RM 88 semalaman.
- Alamat -Lot 2, 3 &4 , Block C 7, Bandar Labuk Jaya , Batu 7 Sandakan, 90000 Sandakan, Malaysia
12. Hung Wing Hotel

Hung Wing Hotel adalah sebuah hotel bajet yang menyediakan bilik-bilik berhawa dingin di Sandakan. Para tetamu boleh menikmati pemandangan bandar yang menarik dari hotel ini.
Bilik-bilik yang ditawarkan dilengkapi dengan set bilik tidur, TV berskrin rata, meja bacaan dan pekhidmatan wifi percuma. Bilik mandi pulai dilengkapi dengan bidet, peralatan mandian percuma dan alat pengering rambut. Hotel ini mempunyai khidmat meja depan yang beroperasi 24 jam. Kakitangan di hotel ini juga amat membantu dan bersedia untuk memenuhi keperluan para tetamu.

- Harga – Dari RM 70 semalaman.
- Alamat – Lot 4, Block 13, 3rd Avenue, 90008 Sandakan, Malaysia
13. Hotel Kensington

Hotel Kensington adalah sebuah hotel butik yang terletak berdekatan dengan kawasan komersial dan tempat-tempat makan yang terkenal di Sandakan. Hotel ini menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan hiasan yang kemas dan menenangkan. Hotel ini juga menyediakan fasiliti seperti wifi percuma dan bilik tetamu yang dilengkapi set TV bersatelit, bilik berhawa dingin, pancuran air panas, set peralatan mandi, peti simpanan keselamatan, peralatan membuat kopi dan the, alat pengering rambut, seterika, khidmat bilik dan khidmat meja depan.

- Harga – Dari RM 90 semalaman.
- Alamat – lot 37, block d, bandar maju, mile 1.5, jalan utara ,90000 sandakan , sabah, 90000 Sandakan, Malaysia
14. Marine Bay Hotel

Marine Bay Hotel menawarkan penginapan hotel bajet di Sandakan. Semua bilik yang ditawarkan di hotel ini mempunyai meja bacaan, set TV berskrin rata dengan saluran satelit, cerek elektrik dan bilik mandi peribadi.
Hotel ini juga mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24-jam dan perkhidmatan WiFi percuma. Sesetengah bilik disini juga menawarkan pemandangan laut kepada tetamu. Sama seperti hotel lain,Marine Bay Hotel juga turut menyediakan kemudahan simpanan bagasi, servis faks, perkhidmatan dobi dan seterika. Hotel ini juga berdekatan dengan pusat membeli-belah dan restoran makanan laut.

- Harga – Dari RM 108 semalaman.
- Alamat – Block HS-14, Lot 130-131, Sandakan Harbour Square, 90000 Sandakan, Malaysia
15. Nak Hotel

Nak Hotel adalah hotel butik yang mempunyai bar dan restoran yang terletak di aras bumbung. Bar dan restoran ini menawarkan pemandangan bandaraya Sandakan dan Laut Sulu. Ianya juga menyajikan hidangan barat dan menghiburkan tetamu dengan hiburan muzik secara langsung. Terdapat juga kedai cenderamata untuk tetamu yang mahu membeli sesuatu untuk di bawa pulang.
Hotel ini bertemakan elemen oriental. Ianya menawarkan 24 bilik. Setiap dinding di bilik di hotel ini dicat dengan warna terang, lantainya dipasang dengan lantai kayu, siling bilik juga dipasang dengan lampu siling burung dan tingkap besar. Sesetengah bilik dilengkapi katil empat tiang. Bilik-bilik mandi peribadi pula dilengkapi dengan tab mandi, pancuran mandian hujan berair panas dan set mandian percuma. Hotel butik ini juga menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma, perkhidmatan dobi dan ruang simpanan bagasi.

- Harga – Dari RM 146 semalaman.
- Alamat – Blk 29, Jalan Pelabuhan Lama., 90000 Sandakan, Malaysia
16. 2 Inn 1 Boutique Hotel & Spa

2 Inn 1 Boutique Hotel & Spa adalah sebuah hotel butik yang menarik. Hotel ini bukan sahaja mempunyai restoran untuk memenuhi keperluan gastronomi para tetamu, ia juga mempunyai spa untuk tetamu yang mahu memanjakan diri mereka. Restoran di hotel ini mengamalkan konsep dapur terbuka. Bukan sahaja ianya menyediakan sarapan pagi, restoran ini juga menyediakan hidangan panas. Spa yang disediakan pula amat luas dan selesa, pekerja spa amat professional dan berpengalaman. Pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman percuma kepada tetamu.
Bilik-bilik yang ditawarkan di hotel ini dihias dengan gaya moden, berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV LCD, perkhidmatan WIFI percuma, peti deposit keselamatan dan cerek elektrik. Pada tetamu yang mahukan perkhidmatan dobi, ia juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 78 semalaman.
- Alamat – Lot 1-7, Block B, Bandar Fajar, Jalan Leila, 90000 Sandakan, Malaysia
17. Alonto Hotel

Alonto Hotel ialah hotel bertaraf 2 bintang yang menawarkan penginapan berhawa dingin. Hotel ini terletak di Harbour Square Sandakan. Ianya menawarkan bilik tetamu yang dilengkapi dengan set bilik tidur, perabot dan alat eletrik seperti set TV skrin rata, cerek elektrik dan peti simpanan digital. Bilik-bilik mandi pula dilengkapi pancuran mandian air panas, set peralatan mandian percuma dan alat pengering rambut.
Hotel ini menyediakan khidmat meja depan 24 jam, akses Wi-Fi percuma dan perkhidmatan ruang simpanan bagasi. Perkhidmatan dobi dan seterika juga ditawarkan dengan bayaran tambahan.

- Harga – Dari RM 90 semalaman.
- Alamat – HARBOUR SQUARE SANDAKAN LOT 52 & 53 BLOK HS-5 TINGKAT BAWAH, 1 & 2 FASA 2 HARBOUR SQUARE BANDAR SANDAKAN, 90754 Sandakan, Malaysia
18. Hotel City Star

Hotel City Star terletak di pusat bandar Sandakan. Ia menawarkan perkhidmatan Wi-Fi percuma di seluruh bahagian hotel. Bilik-bilik yang ditawarkan juga luas dan mempunyai kemudahan bilik mandi peribadi. Setiap bilik adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan set TV bersatelit, telefon dan kemudahan seterika.
Hotel Star City mempunyai sebuah kafe untuk kemudahan tetamu. Makanan juga boleh ditempah dan dihantar terus ke bilik tetamu masing-masing. Terdapat juga perkhidmatan dobi dan cucian kering disediakan atas permintaan. Jika tetamu mahukan perkhidmatan kereta sewa, Ianya juga disediakan dengan bayaran tambahan.

- Harga – Dari RM 85 semalaman.
- Alamat – Lot 3A-4B, Block 22, 4Th Avenue, P.O.Box No 624, 90707 Sandakan, Malaysia
19. Arts Hostel Sandakan

Arts Hostel Sandakan asrama pertama di Sandakan dengan galeri seni. Ianya bukan sahaja menawarkan bilik asrama kepada tetamu, ia juga menyediakan perkhidmatan makanan panas kepada tetamu untuk memenuhi keperluan gastronomi tetamu dan menawarkan kelas mencanting batik dan kelas membuat cenderamata menggunakan bahan-bahan terpakai kepada tetamu.
Hostel ini dihias dengan barangan antik untuk memberikan suasana klasik kepada tetamu. Dinding-dinding di hostel ini dipenuhi dengan mural dan lukisan tangan. Semua bilik di hostel ini dlengkapi sebuah dapur kecil yang lengkap dengan kemudahan memasak seperti dapur gas, peti sejuk dan cerek elektrik. Terdapat ruang santai yang dilengkapi hammock untuk para tetamu berkumpul dan bersantai.

- Harga – Dari RM 35 semalaman.
- Alamat – B-3A-2, Second Floor, Lorong Letat Jaya 1, Bandar Letat Jaya, 90000 Sandakan, Malaysia
20. Harbourside Backpackers

Habourside Backpackers terletak di tengah-tengah pusat bandar Sandakan dan bertentang dengan Pusat Membeli-belah Habour Mall. Ianya juga dikelilingi pasar raya, restoran dan bank. Hotel ini menyediakan penginapan yang bersih, selesa dan selamat kepada tetamu pada harga yang berpatutan. Bilik-bilik yang ditawarkan terdiri daripada bilik bujang, bilik berdua, bilik berempat dan bilik asrama. Bilik mandi yang disediakan juga dilengkapi dengan pancuran air panas.
Hotel ini mempunyai ruang dapur, bilik TV, bilik komputer dan ruang santai yang mempunyai sudut bacaan. Tetamu boleh berkumpul dan berehat sambal menonton Tv bersama-sama.

- Harga – Dari RM 75 semalaman.
- Alamat – 1st Floor, Lot 43, Block HS-4, Harbour Square, Sandakan, Sabah, Malaysia, 90000 Sandakan, Malaysia
21. Oceanus Backpackers

Oceanus Backpackers terletak bersebelahan dengan laut. Tetamu dapat menikmati pemandangan laut dan juga mendengar deru ombak apabila menginap di sini. Ruang lobi hotel ini juga menghadap ke arah laut. Suasana nyaman angin laut dapat dirasai di seluruh sudut hotel ini. Hotel ini juga mempunyai WIFI percuma.
Hotel ini bukan sahaja menyediakan tempat penginapan, ia juga boleh mengaturkan pakej pelancongan mengikut kemahuan dan kehendak para tetamu jika mereka ingin melawat tempat-tempat menarik di Sandakan seperti Pusat Konservasi Orang Utan, Pulau Penyu Selingan, Ladang Buaya, Tempat Perlindungan Monyet Proboscis, Gua Gomantong dan sebagainya.

- Harga – Dari RM 47 semalaman.
- Alamat – Oceanus Backpackers
22. Borneo Sandakan Backpackers

Borneo Sandakan Backpackers terletak di Sandakan Harbour Square. Hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dan selesa untuk individu, pasangan, perseorangan, keluarga dan backpacker yang berkunjung ke Sandakan. Ianya menawarkan bilik bujang, bilik pasangan, bilik keluarga dan bilik asrama yang boleh memuatkan 6 orang.
Hotel ini menawarkan kemudahan termasuk bilik berhawa dingin, ruang dapur untuk tetamu yang mahu memasak masakan ringkas, Wi-Fi percuma, ruang tamu yang dilengkapi dengan kemudahan computer riba dan set TV satelit berskrin rata, bilik mandi dan khidmat meja depan yang beroperasi 24-jam. Terdapat khidmat sarapan pagi ringkas disediakan untuk tetamu yang menginap. Perkhidmatan hantar ke dan jemput dari lapangan terbang juga boleh diatur atas permintaan tetamu.

- Harga – Dari RM 68 semalaman.
- Alamat – Block HS-5, Lot 55, 1st Floor, Sandakan Harbour Square, 90701 Sandakan, Malaysia
23. Sandakan Backpackers Hostel

Sandakan Backpackers Hostel menawarkan penginapan berhawa dingin dengan WiFi percuma, serta akses ke teres yang mengadap ke arah laut. Tetamu boleh menikmati sarapan pagi yang disediakan sambal menikmati pemandangan Laut Sulu yang indah. Terdapat juga katil gantung untuk tetamu bersantai pada bila-bila masa disediakan di teres tersebut.
Hostel ini juga menyediakan ruang simpanan bagasi dan setiap sudut kediaman ini diawasi CCTV bagi memastikan keselamatan para tetamu yang menginap. Bilik-bilik yang ditawarkan berhawa dingin dan lengkap dengan bilik mandi yang menyediakan pancuran air panas. Perkhidmatan dobi juga ada disediakan. Hostel ini juga mempunyai ruang dapur yang lengkap dengan peralatan memasak untuk kegunaan para tetamu.

- Harga – Dari RM 80 semalaman.
- Alamat – Lot 108, Block SH-11 Sandakan Harbour Square, Sabah, 90000 Sandakan, Malaysia
24. Rose Guesthouse

Rose Guesthouse menyediakan tempat penginapan nyang memberikan suasana nyaman, tenang, santai dengan balkoni terbuka. Ianya satu-satunya rumah tamu di Sandakan yang mempunyai balkoni terbuka. Rumah tamu ini juga menyediakan sarapan pagi yang terdiri daripada roti, kopi dan teh.
Ianya menawarkan bilik bujang, bilik berdua dan asrama. Tandas dan bilik mandi di sini adalah dikongsi bersama. Perkhidmatan kaunter meja depan beroperasi 24/7 dan pekhidmatan WIFI percuma juga ada disediakan. Setiap tetamu diberi loker percuma dan khidmat simpanan bagasi percuma. Perkhidmatan dobi berbayar disediakan atas permintaan.

- Harga – Dari RM 48 semalaman.
- Alamat – Lebuh Tiga block 20, 90000 Sandakan, Malaysia
25. Prima B&B

Prima B&B Kami adalah tempat penginapan pertama yang terletak di pusat perniagaan mil 4 Prima Square Town. Prima B&B dikelilingi oleh premis perbankan, restoran (masakan Cina, Barat, Jepun, Melayu & India), kedai serbaneka 24-jam, kedai ais krim, bakeri dan pusat hiburan.
Prima B&B menawarkan khidmat pengemasan bilik harian, kaunter masuk yang beroperasi 24 jam, WIFI percuma, perkhidmatan simpanan bagasi, perkhidmatan kereta sewa, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan fotokopi dan percetakan. Bilik-bilik yang ditawarkan pula dilengkapi denganpapan seterika dan seterika, loker, alat pengering rambut dan air botol yang diberi percuma.

- Harga – Dari RM 60 semalaman.
- Alamat – Block 11,Lot 97, Lrg 1, Grd Floor – 1ft floor, Lrg Prima 1, Bdr prima Square -, 90000 Sandakan, Malaysia
Berakhir sudah senarai 25 hotel di Sandakan yang berbajet bawah RM 150. Harap-harap ada yang berkenan di hati. Jikalau masih mahu membuat pilihan yang lain, boleh sahaja terus ke booking.com ataupun agoda.com untuk lebih banyak pilihan.