hotel di semporna

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa

Semporna merupakan sebuah bandar pesisir yang terletak di bahagian timur Sabah berhampiran dengan Tawau. Satu masa dulu, tidak ramai yang mahu melawat Semporna kerana ia menjadi kawasan tumpuan lanun. Tetapi, situasi ini berubah setelah kawalan keselamatan di kawasan berkenaan dipertingkatkan.

Pilihan BEST Hotel di Semporna (Senarai Ringkas)

Rumah Tamu Termurah: AE Semporna Guesthouse, ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Semporna.”

Hostel Untuk Tujuan Transit: Ang Lee Holiday Stay, “Hotel ini terletak hampir dengan jeti yang membawa tetamu ke pulau-pulau berdekatan.”

Hotel Berkonsep Unik: 7Inn“Hotel kabin yang bertema eklektik urban kontemporari ini kelihatan tak ubah seperti ruang pameran IKEA. Seluruh sudut hotel dihias moden dan trendy.”

Hotel untuk Keluarga: TD Mutiara Hotel Semporna, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan bilik keluarga dengan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak dan juga ruang makan.”

Rumah Tamu Paling Berbaloi: RTMS GuestHouse Semporna” Rumah tamu ini terletak di kawasan yang cantik dikelilingi hutan yang hijau, memberikan suasana aman dan menenangkan. Sarapan pagi, khidmat kereta sewa dan tempahan lawatan yang dikendalikan tuan rumah ini juga ada disediakan.”

Semporna kini menjadi destinasi penginapan popular untuk pelancong yang mahu pergi ke pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Sipadan, Pulai Kapalai, Pulau Mataking, Pulau Sibuan, Pulau Mantabuan, Pulau Siamil, Pulau Pom Pom dan Pulau Mabul.

Selain daripada kecantikan semulajadinya, Semporna juga menawarkan pelbagai variasi makanan laut yang segar, murah dan lazat.

Antara aktiviti popular yang boleh dilakukan terdiri daripada menyelam skuba, snorkeling dan trekking hutan. Setiap tahun pada bulan April, Semporna menjadi tuan rumah untuk acara perlumbaan bot tradisional Regatta Lepa. 

Pada anda bercadang mahu menetap di Semporna, kami ada senarai 20 hotel di Semporna yang selesa untuk anda sewa. Semua hotel yang disenaraikan mendapat ulasan yang baik daripada tetamu yang pernah tinggal di sini. Kami susun senarai hotel dari harga terendah ke yang tertinggi untuk memudahkan anda membuat pilihan. Jom kita tengok senarai hotel tersebut.

Jika anda mahu meneroka tempat-tempat lain di Sabah, kami juga ada senarai 31 Hotel di Kota Kinabalu, 17 Hotel di Kundasang dan 25 Hotel di Sandakan untuk anda jadikan rujukan.

Berakhir sudah senarai 20 hotel Semporna yang selesa untuk anda pilih jika ke sini. Semporna tidak mempunyai banyak hotel. Hotel yang selesa dan mendapat ulasan yang baik dari para tetamu juga agak sukar dicari. Tetapi jika anda masih mahu mencari dengan lebih lanjut hotel-hotel yang terdapat di sini, anda boleh terus ke laman web Booking.com ataupun Agoda.com. Selamat menikmati percutian yang menyeronokkan di Semporna.

1. AE Semporna Guesthouse

AE Semporna Guesthouse

AE Semporna Guesthouse ini menawarkan penginapan yang amat berbaloi. Kebanyakan tetamu yang pernah tinggal di sini memberi ulasan yang baik mengenai hotel ini.

Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang berhawa dingin dan lengkap denan peralatan asas seperti set TV, peti ais dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut dan set peralatan mandian. Setiap unit juga kalis bunyi dan mempunyai balkoni. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti  kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, kemudahan barbeku dan teres untuk tetamu bersantai. Perkhidmatan kemasan bilik harian, tempahan pakej lawatan dan sarapan kontinental juga ada disediakan.

AE Semporna Guesthouse
  • Harga – Dari RM 106 Semalaman.
  • Alamat – Lot G10 First Floor, Block G Bandar Mutiara, 91300 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

2. Arung Hayat Semporna Resort

Arung Hayat Semporna Resort

Arung Hayat ini terletak 20 minit berjalan kaki ke pusat bandar. Lokasinya terletak di kawasan perkampungan dan agak sunyi. Pada yang sukakan ketenangan, mungkin tempat ini sesuai untuk anda.

Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang berhawa dingin dan luas. Setiap unit mempunyai perabot, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan set mandian.

Arung Hayat Hotel mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan, liputan WIFI percuma, pengawal keselamatan, tempat letak kereta dan restoran. Perkhidmatan kemasan harian dan perkhidmatan hantaran ke pusat bandar juga ada disediakan.

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 27
  • Harga – Dari RM 111 Semalaman.
  • Alamat – Arung Hayat,Jalan Pinggir Bakau, P.O Box 789, 91308 Semporna, Sabah, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. RTMS Guesthouse Semporna

RTMS Guesthouse Semporna

RTMS Guesthouse ini terletak berhampiran dengan kawasan hutan bakau dan berlokasi agak jauh dari pusat bandar. Tempat penginapan ini mendapat ulasan yang sangat baik daripada tetamu yang pernah menginap di sini. Kebanyakannya memuji sifat prihatin dan mesra pemilik hotel ini yang betul-betul memastikan yang tetamu menikmati pengalaman yang menyenangkan sepanjang menginap di sini. Pemilik hotel ini juga menawarkan perkhidmatan lawatan dan aktiviti ke pulau-pulau berhampiran.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang bersih dan selesa. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, kipas siling, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai tempat letak kereta, liputan WIFI percuma, kemudahan barbeku dan halaman untuk tetamu bersantai terutama pada waktu malam. Tetamu dapat menikmati pemandangan langit yang indah pada malam hari kerana lokasi kawasan ini masih tidak dicemari dengan pencemaran cahaya.

Perkhidmatan seperti tempahan pakej lawatan, perkhidmatan ulang alik ke lapangan terbang dan pusat bandar, perkhidmatan kereta sewa dan perkhidmatan sarapan pagi juga ada disediakan.

RTMS Guesthouse Semporna
  • Harga – Dari RM 118 Semalaman.
  • Alamat – PO BOX 449, Jalan Tagasan Marahadja Saali Guesthouse Building, Kampung Bubul Lama, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

4. Halo Hotel

Halo Hotel

HALO HOTEL ini terletak di tengah kawasan pusat bandar dan ianya juga baru dibuka pada awal tahun 2019. Ianya merupakan sebuah hotel bajet yang terletak diantara deretan rumah kedai dua tingkat.

Hotel ini menawarkan 17 unit bilik tetamu yang dihias cantik. Setiap unit dilengkapi dengan set penghawa dingin, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, selipar dan set mandian.  

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta dan restoran yang menyediakan masakan panas kepada tetamu. Perkhidmatan kemasan bilik harian dan sarapan pagi juga ada disediakan.

Halo Hotel
  • Harga – Dari RM 118 Semalaman.
  • Alamat – JALAN HOSPITAL LOT G14, BANDAR MUTIARA, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. Ozzy Lodge Semporna

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 28

Ozzy Lodge Semporna ini baru dibuka pada awal tahun 2019. Tak banyak ulasan yang ditemui, tetamu kesemua ulasan yang diberikan tetamu adalah positif. Lokasi penginapan ini terletak di pinggir bandar Semporna dan kawasan sekelilingnya tenang dan mendamaikan. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu dengan tema berwarna putih. Setiap unit dilengkapi dengan kelengkapan seperti penghawa dingin, set TV dan set kopi/teh.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, pantri dan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak ringkas seperti oven, ketuhar gelombang mikro, alat pembakar roti dan dispenser air minuman.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, tempahan pakej lawatan dan sarapan pagi juga ada disediakan.

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 29
  • Harga – Dari RM 120 Semalaman.
  • Alamat – LOT 161, Desa Seri Tongtalun, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

6. Ang Lee Holiday Stay

Ang Lee Holiday Inn

Ang Lee Holiday Stay ini terletak di pinggir pantai di Semporna. Ia juga terletak hampir dengan jeti yang membawa pelancong ke pulau-pulau berhampiran. Tempat penginapan ini dicat dengan warna biru dan bertemakan kapal laut. Hiasan seperti kemudi kapal dan sauh menghiasi bahagian dalaman hotel.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias ringkas tetapi bergaya. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, set TV berskrin rata dengan saluran satelit, rak baju, cerek elektrik dan set kopi/teh. Bilik mandi pula dilengkapi dengan alat pengering rambut, kemudahan pancuran mandian air panas, selipar dan peralatan mandian percuma.

Hotel ini menyediakan kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi, ruang santai dan restoran.

Perkhidmatan kemasan harian, tempahan pakej lawatan dan penghantaran ke lapangan terbang ada disediakan.

Ang Lee Holiday Inn
  • Harga – Dari RM 153 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Hospital Semporna Bangunan Heng Leong, Block C Lot 3, 91307 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. Memory Boutique Hotel

Memory Boutique Hotel

Memory Boutique Hotel merupakan sebuah hotel butik. Ia dihias cantik dan penuh gaya. Hotel butik ini juga terletak 10 minit berjalan kaki daripada jeti yang menghubungkan Semporna dengan pulau-pulau berdekatan.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa dan mempunyai balkoni. Setiap unit dilengkapi dengan set TV, cerek elektrik dan cermin. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, selipar dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, penghantaran ke lapangan terbang, kawalan keselamatan yang berfungsi 24 jam dan daftar masuk/keluar express juga ada disediakan.

Memory Boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 155 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Hospital, Bandar Baru Lot 7, Block A, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. De Marina Hotel

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 30

D Marina Hotel ini merupakan hotel bajet yang terletak di barisan rumah kedai 2 tingkat. Dari luaran, hotel ini kelihatan seperti bangunan biasa tetapi bahagian dalam hotel ini kelihatan mewah.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias dengan kemas dengan beberapa lukisan dinding. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV berskrin rata, almari pakaian dan meja tulis. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, ruang santai dan sebuah ruang makan.

 perkhidmatan kemasan bilik harian dan sarapan pagi juga ada disediakan.

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 31
  • Harga – Dari RM 155 Semalaman.
  • Alamat – Bandar Utama Lot E1, E2, E3, E4, E5, Bandar Utama, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

9. Xian Lan

Xian Lan

Xian lan adalah sebuah hotel bajet yang asas. Seni binanya mempunyai elemen tradisi cina. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Semporna.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang asas tetapi lengkap dengan keperluan seperti penghawa dingin, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai sebuah restoran yang menyediakan sarapan pagi kepada yang menginap di sini. Restoran ini juga menyajikan masakan panas Cina yang boleh dinikmati sepanjang hari. Ianya mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan.

Xian Lan
  • Harga – Dari RM 155 Semalaman.
  • Alamat – Lot 6 & 7, Blok F, Bandar Mutiara, Jalan Hospital, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

10. Asia Style Inn

Asia Style Inn

Asia Style Inn ini merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di pusat bandar Semporna. Luaran hotel ini dicat dengan warna oren manakala dalamannya dicat dengan warna putih.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa. Setiap unit lengkap dengan kelengkapan asas seperti penghawa dingin, meja kerja, set TV, cerek elektrik dan plug pelbagai fungsi. Terdapat juga snek, set minuman panas 3 dalam 1 dan air mineral disediakan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian termasuk berus gigi dan ubat gigi.

 Hotel ini mempunyai kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan. Liputan WIFI tiada disediakan, jadi pada yang mahu melarikan diri sementara dari teknologi. Hotel ini mungkin pilihan anda.

Asia Style Inn
  • Harga – Dari RM 168 Semalaman.
  • Alamat – NEW TOWNSHIP SEMPORNA LOT 4, 1ST FLOOR, NO SN0218, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

11. Sunbay Inn

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 32

Sunbay Inn merupakan sebuah hotel bajet yang terletak bersebelahan dengan pantai. Luaran hotel dicat dengan warna kuning manakala dalamannya pula dicat dengan warna putih dan dihias kemas.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas dan mempunyai balkoni yang mempunyai pemandangan laut. Ianya mempunyai bilik berdua, bertiga dan berempat. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan asas seperti penghawa dingin, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi pula luas dan lengkap dengan pancuran air panas, selipar dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma,teres untuk tetamu berjemur, ruang santai, mesin dispenser air minuman dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan harian, tempahan pakej lawatan, sarapan pagi dan penghantaran ke lapangan terbang ada disediakan.

Sunbay Inn
  • Harga – Dari RM 170 Semalaman.
  • Alamat – A11, 1st & 2nd Floor Jalan Bubul, Seafront Resort Township, 91300 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

12. Han Palace Hotel

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 33

Han Palace Hotel terletak kira-kira 10 minit perjalanan ke pusat bandar Semporna. Hotel ini antara hotel terbesar yang terdapat di Semporna dan bertaraf 3 bintang.

Hotel ini menawarkan 144 unit bilik tetamu yang selesa dan luas. Setiap unit mempunyai perabot, ruang tempat duduk, penghawa dingin, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandi juga luas dan lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, spa dan sebuah restoran yang menyediakan masakan asia dan makanan laut. Persembahan muzik secara langsung juga boleh dinikmati di sini.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sarapan pagi, panggilan kejutan bangun pagi, penghantaran makanan ke bilik, penghantaran ke pusat bandar dan lapangan terbang percuma dan dobi dengan bayaran tambahan juga ada disediakan. 

han Palace Hotel
  • Harga – Dari RM 180 Semalaman.
  • Alamat – Lot 22-37 Bandar Baru Bubul, Mile 2, Bubul Road, 91300 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

13. 7 Inn

7 Inn

7 Inn ini merupakan hotel yang baru dibuka di Semporna. Ianya sebuah hotel kabin yang direka bentuk dengan konsep urban kontemporari. Apabila anda melangkah ke dalam hotel ini, suasananya tak ubah seperti ruang pameran perabot di IKEA. Ia juga terletak berhampiran dengan jeti.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu kalis bunyi yang dihias bergaya. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV dan soket pelbagai fungsi. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai liputan WIFI percuma, ruang santai yang mempunyai permainan papan dan menyajikan snek mesin kopi, mesin pemerah jus dan makanan ringan, kemudahan barbeku dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan concierge, tempahan pakej lawatan,  penghantaran ke lapangan terbang dan kemasan bilik harian juga ada disediakan. Tetamu juga boleh menjalankan aktiviti mendaki di sekitar kawasan hotel.

7 Inn
  • Harga – Dari RM 189 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Pinggir Bakau, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

14. Happy Home

Happy Home

Happy Home ini baru sahaja dibuka dan terletak di tengah bandar Semporna. Tak banyak ulasan dari tetamu yang dapat dijumpai tentang hotel ini. Hotel ini dicat dengan warna biru di bahagian luaran dan dalaman hotel. Ianya memberikan suasanan segar seperti berada di tepi pantai.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias cantik dan moden. Setiap unit lengkap dengan keperluan asas seperti penghawa dingin, meja tulis, set TV dan cerek elektrik. Bilik tetamu pula lengkap dengan pancuran air panas, tuala, alat pengering rambut dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan harian dan tempahan pakej lawatan juga ada disediakan. 

Happy Home
  • Harga – Dari RM 205 Semalaman.
  • Alamat – Lot 1 Bangunan Hock Heck Leong 91308 Semporna, Sabah, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

15. TD Mutiara Hotel Semporna

TD Mutiara Hotel

TD Mutiara Hotel Semporna merupakan antara hotel yang terbesar yang terdapat di Semporna. Ianya terletak di tepi pantai dan mendapat ulasan yang baik di kalangan tetamu yang pernah menetap di sini. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu dan unit pangsapuri kepada para tetamu. Ianya amat sesuai untuk tetamu yang datang bersama keluarga. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, TV berskrin rata, perabot dan cerek elektrik. Unit pangsapuri mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak dan alatan dapur. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian

Hotel ini mempunyai kemudah seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai yang selesa dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan concierge, dobi, fotokopi dan penghantaran ke lapangan terbang juga ada disediakan. 

TD Mutiara Hotel
  • Harga – Dari RM 221 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Hospital, 91300 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

16. Grace Hotel Semporna

Grace Hotel

Grace Hotel Semporna baru sahaja dibuka pada April 2019. Jadi segala-galanya masih baru. Hotel ini berkonsepkan minimalis tetapi lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan para tetamu. Ianya terletak berhampiran dengan pantai.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang kemas dan selesa. Bilik-bilik ini berhawa dingin dan lengkap dengan set TV, almari baju dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah unit di sini juga menawarkan pemandangan laut.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma, ruang santai, tempat letak kereta dan restoran.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, sarapan pagi dan penghantaran ke lapangan terbang juga ada disediakan.

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 34
  • Harga – Dari RM 250 Semalaman.
  • Alamat – Lot 8-10, Semporna Seafront, Jalan Kastam, 91300 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

17. Summer Inn Semporna

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 35

Summer Inn merupakan salah satu lagi hotel bajet yang terletak di tengah-tengah bandar Semporna. Lokasi hotel ini amat strategik dan terletak berhampiran dengan restoran, kedai serbaneka dan bank. 

Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang kemas dan bersih. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV, plug dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai yang luas dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan harian, concierge, kereta sewa dan penghantaran ke lapangan terbang juga ada disediakan. 

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 36
  • Harga – Dari RM 258 Semalaman.
  • Alamat – City Inn @ Summer Inn, Lot 1,2,3, Bangunan Hing Loong,Semporna, Sabah, 91307 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

18. Wave View Hotel

Wave View Hotel

Wave View Hotel merupakan salah satu hotel terbesar di Semporna. Ianya terletak betul-betul berhampiran dengan pantai dan bersebelahan dengan kedai yang menjual kelengkapan menyelam. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin yang selesa. Setiap bilik dilengkapi dengan peralatan seperti perabot, set TV, cerek elektrik dan kemudahan membuat teh/kopi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. Beberapa unit di sini mempunyai balkoni dengan pemandangan laut yang mendamaikan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai, teres untuk berjemur, tempat letak kereta dan restoran yang menyediakan hidangan masakan panas tempatan dan makanan laut.

Perkhidmatan kemasan harian, sarapan pagi, penghantaran makanan ke bilik, penghantaran ke lapangan terbang dan tempahan pakej lawatan/aktiviti juga ada disediakan.

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 37
  • Harga – Dari RM 283 Semalaman.
  • Alamat – Lot 1, Semporna Seafront Resort Township, Peti Surat 150, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

19. Chan’s Holiday Inn

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 38

Chan’s Holiday Inn ini merupakan chalet yang baru sahaja dibuka.  Ianya terletak di kawasan kampung dan agak jauh sedikit dari bandar Semporna. Pada yang sukakan suasana senyap dan mahu lari dari hiruk pikuk bandar. Chalet ini amat sesuai untuk anda.

Hotel ini menawarkan unit chalet yang amat luas, kalis bunyi dan dihias cantik. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan kemudahan membuat teh/kopi. Bilik mandi juga luas dan dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. 

Chan’s Holiday Inn mempunyai kemudahan seperti ruang simpanan bagasi, tempat letak kereta, dapur yang lengkap dengan peralatan memasak, ruang makan patio dan teres untuk tetamu berjemur.

Perkhidmatan kemasan harian dan sarapan pagi juga ada disediakan. Chalet di sini tidak mempunyai liputan WIFI, ia amat sesuai pada yang mahu melarikan diri dari teknologi dan buat sementara waktu. 

Chan's Holiday Inn
  • Harga – Dari RM 288 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Sempor Raya Batu Dua, Jalan Bubul Haji Ahlindal, 91308 Semporna, Sabah, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

20. Bay Inn 海湾假日酒店

Bay Inn

Bay Inn 海湾假日酒店 terletak di tepi pantai. Kos bermalam di sini agak tinggi sedikit berbanding dengan hotel-hotel yang terdapat berhampiran. Mungkin kerana perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang mempunyai balkoni dengan pemandangan laut. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan peti sejuk. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

Hotel ini mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, patio, tempat letak kereta dan sebuah restoran. perkhidmatan kemasan harian dan sarapan pagi juga ada disediakan.

Hotel ini tidak mempunyai liputan WIFI, ianya sesuai untuk tetamu yang mahu berehat sebentar dari menggunakan teknologi dan menikmati percutian sepenuhnya tanpa gangguan.

20 Hotel di Semporna yang Best dan Selesa 39
  • Harga – Dari RM 318 Semalaman.
  • Alamat – Lot C3, Seafront Newtownship, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia, 91308 Semporna, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

Similar Posts