21 Hotel di Sepang bawah RM 200 yang menarik untuk dipilih
Sepang yang dahulu bukanlah yang sekarang. Amboi, macam lirik lagu pula. Tapi ada kebenarannya di situ. Sepang dahulunya merupakan kawasan yang dipenuhi ladang kelapa sawit telah berubah wajah sama sekali dalam tempoh yang singkat.
Pilihan BEST Hotel di Sepang (Senarai Ringkas)
Hotel Termurah: Sri Enstek Hotel, “Menawarkan penginapan yang termurah di Sepang tetapi dalam masa yang sama kemudahan dan fasiliti yang disediakan amat bagus dan memuaskan.”
Hotel Butik Terbaik: De Grand Boutique Hotel, “Hotel butik yang comel ini dapat memenuhi segala keperluan tetamu pada harga yang amat berpatutan.”
Hotel warisan yang Unik: Hotel 126, “Pada tetamu yang sukakan kelainan dan sesuatu yang unik, hotel ini dapat memenuhi keinginan tersebut.”
Hotel Paling Menarik untuk Keluarga: Sri Langit Hotel, “Hotel butik ini bertemakan penerbangan. Kanak-kanak kecil pasti teruja dengan konsep bilik yang dihias seperti kabin kapal terbang dan penuh perhiasan berkonsepkan penerbangan.”
Hotel Transit Terbaik: Barry Inn Hotel, “Hotel ini menawarkan perkhidmatan khas untuk tetamu yang menginap di hotel tersebut atas tujuan transit ke lapangan terbang.”
Atas usaha dan buah fikiran Perdana Menteri Malaysia, Tun Doktor Mahathir. Sepang kini mempunyai dua buah lapangan terbang iaitu KLIA dan KLIA2 dan sebuah litar lumba antarabangsa. Putrajaya yang kini merupakan salah satu wilayah persekutuan yang mempunyai pentadbiran sendiri dan bandar pintar Cyberjaya juga terletak di dalam daerah Sepang.
Walaupun terkenal sebagai bandar transit bagi pelancong yang baru sampai ataupun mahu berangkat ke luar negara, Sepang juga menawarkan banyak tarikan lain untuk diterokai. Ianya mempunyai kawasan pantai yang popular iaitu Bagan Lalang dan pusat membeli-belah barangan berjenama bernama Mitsui Outlet Park. Jadi anda pastinya tidak akan menyesal menjadikan Sepang destinasi percutian anda.
Di sini, kami ada senarai 21 Hotel Di Sepang Yang Menarik Untuk Dipilih. Kami susun dari harga semalaman yang termurah hingga yang termahal bagi memudahkan pencarian anda. Jom kita tengok jika ada terjumpa yang berkenan di hati.
Artikel berkaitan:
- 16 Hotel Terbaik Yang Terdapat Di Bangi
- 15 Hotel Di Putrajaya Yang Terbaik Untuk Transit Penerbangan Di KLIA
- 12 Hotel Di Cyberjaya Yang Best Dan Zen
- 13 Hotel Di Nilai Yang Best Dan Menarik
1. Sri Enstek Hotel

Sri Enstek Hotel ini merupakan hotel butik yang terletak di Bandar Enstek. Ianya dibuka pada tahun 2013. Hotel ini mempunyai moto iaitu “percutian budaya anda”. Hotel ini dihias dengan tema budaya Melayu baik dari luaran bangunan hingga ke hiasan dalamannya. Tetamu dapat melihat arca berbentuk keris dan beberapa permainan tradisi seperti congkak, wau, wayang kulit dan gasing menghiasi bahagian luaran dinding hadapan hotel ini. Bahagian dalaman pula dihiasi dengan hiasan tradisi, mural dan lukisan tangan. Hotel ini juga terletak 5 minit dari Litar Lumba Sepang dan 25 minit ke lapangan terbang.
Hotel ini menawarkan sebanyak 51 buah unit bilik tetamu yang dihias cantik dengan perhiasan dan hasil seni bertemakan budaya Melayu. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan meja tulis. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian. Seterika dan alat pengering rambut juga disediakan atas permintaan.
Hotel ini mempunyai kemudahan yang mesra OKU seperti kerusi roda, ramp dan palang di tandas. Kemudahan lain seperti liputan WIFI, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, kedai cenderamata, rumah urut dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, penghataran ke litar lumba, lapangan terbang dan beberapa kawasan berhampiran, daftar masuk/keluar ekspress, kopi/teh dan snek ringan percuma, simpanan bagasi dan dobi juga ada terdapat di sini.

- Harga – Dari RM 54 Semalaman.
- Alamat – 61 Jalan Timur 6/1b, Bandar Enstek, 71760 Sepang, Malaysia
2. Hotel Royale City

Jika anda mencari sebuah hotel bajet yang selesa untuk tujuan transit, hotel ini mungkin ada jawapannya. Walaupun ianya merupakan sebuah hotel bajet, tetapi kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan kakitangan hotel ini juga amat mesra dan responsif. Banyak tetamu memberi ulasan yang hotel ini kemas dan selesa.
Hotel ini menawarkan 27 unit bilik tetamu yang dihias dengan warna ceria seperti hijau terang dan ungu. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, mesin layan diri air minuman dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti panggilan bangun pagi, simpanan bagasi, khidmat teksi dan khidmat hantaran ke lapangan terbang juga ada terdapat di hotel ini.

- Harga – Dari RM 61 Semalaman.
- Alamat – No. 18, Jalan Gemilang 1, Pusat Perniagaan Gemilang., 43900 Sepang, Malaysia
3. Sri Langit Hotel

Sri Langit Hotel merupakan hotel butik yang bertemakan penerbangan. Konsep ini merupakan yang pertama di Malaysia dan yang ke lima di dunia. Bahagian luar hotel ini dihias seolah-olah bangunannya diliputi awan-awan yang putih. Apabila tetamu melangkah masuk ke dalamnya, tetamu seolah-olah melangkah masuk ke dalam lapangan terbang. Jika anda datang bersama kanak-kanak kecil, pastinya mereka berasa seronok dan teruja.
Hotel ini menawarkan 94 buah bilik tetamu yang dihias seperti kapal terbang. Pintu masuk bilik tetamu kelihatan seperti kabin yang terbahagi kepada kelas pertama, kelas premium dan kelas ekonomi. Setiap unit dihiasi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas yang menggunakan tenaga solar dan peralatan mandian. Seterika dan alat pengering rambut ada disediakan atas permintaan.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, gimnasium, surau, kafe yang dibuka 24 jam, kedai serbaneka, bilik mesyuarat dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, simpanan bagasi, tempahan aktiviti, basikal sewa dan penghantaran ke lapangan terbang juga turut disediakan.

- Harga – Dari RM 68 Semalaman.
- Alamat – No. 2 – 10, Jalan 11, Medan 120, Bandar Baru Salak, 43900 Sepang, Malaysia
4. the youniQ Hotel

the youniQ Hotel merupakan sebuah hotel butik yang bertaraf 2 bintang. Bahagian luaran dan dalaman hotel ini dihias dengan konsep eksperimetal dan reka bentuk tidak konvensional. Hotel ini juga menggunakan kombinasi warna tanah, putih dan kuning. Pencahayaan hotel ini juga agak unik.
Hotel ini menawarkan 60 unit bilik tetamu yang dihias menarik dan selesa. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, set kopi/teh, peti keselamatan dan meja kerja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFi percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang seterika, gimnasium, dobi layan diri dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, penghantaran ke lapangan terbang, simpanan bagasi dan tempahan aktiviti juga ada terdapat di sini.

- Harga – Dari RM 68 Semalaman.
- Alamat – No.42, Jalan 2 Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, 43900 Sepang, Malaysia
5. Sky Star Hotel

Sky Star Hotel merupakan sebuah hotel 2 bintang yang terletak di Bandar Baru Salak tinggi. Ianya baru sahaja diubahsuai bagi memastikan persekitaran dan suasana hotel yang selesa untuk tetamu menginap. Hotel ini menyediakan penginapan yang asas kepada para tetamu. Ramai tetamu yang pernah menginap di sini memberi ulasan yang bilik-bilik yang mereka inapi berbau segar dan bersih. Kakitangan juga peramah dan suka membantu.
Hotel ini menawarkan 50 unit bilik tetamu yang dihias kemas dan selesa. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, cerek elektrik, set kopi/teh dan set TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain yang terdapat di sini terdiri daripada liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santai, kedai serbaneka mini, cafe dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, daftar masuk/keluar ekspress dan perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 69 Semalaman.
- Alamat – 58, Jalan 2, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Malaysia
6. City View Sepang

City View Sepang KLIA Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi yang berjarak 5 minit memandu dari KLIA. Ianya menawarkan penginapan yang moden dan selesa untuk tujuan transit.
Hotel ini menawarkan 50 unit bilik tetamu yang selesa dan bersih. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, almari pakaian, meja, set TV dan cerek elektrik. Bilik mandian pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam dan tempat letak kenderaan.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, simpanan bagasi dan penghantaran ke lapangan terbang juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 69 Semalaman.
- Alamat – 29 Jalan 4 Medan 120 Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Malaysia
7. Orange Hotel

Orange Hotels merupakan sebuah hotel 2 bintang yang terletak hampir dengan lapangan terbang KLIA dan KLIA2 dengan jarak lebih kurang 10 minit untuk sampai ke dua-dua lapangan terbang tersebut. Seperti namanya, hotel ini menggunakan warna oren sebagai warna tema hotel sekaligus mencetuskan suasana ceria. Hotel ini hanya mempunyai 3 tingkat, jadi lif untuk tetamu tidak disediakan, yang ada cuma lif untuk bagasi. Ianya sesuai untuk tetamu yang datang seorang atau dengan pasangan ataupun dengan rakan-rakan. Ramai tetamu yang memuji persekitaran hotel dan bilik di sini yang lapang dan luas.
Hotel ini menawarkan sebanyak 50 unit bilik tetamu yang amat selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, rak baju, cerek elektrik dan set kopi/teh. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian. Seterika dan papan seterika ada disediakan atas permintaan.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, kedai mini, pantri makanan yang lengkap dengan termos dan ketuhar gelombang mikro, pusat internet dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasa bilik harian, tukaran cadar dan linen harian, sarapan pagi, khidmat teksi dan penghantaran ke lapangan terbang juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 72 Semalaman.
- Alamat – No.25, Jalan Warisan Sentral 1 Kip Sentral, Kota Warisan,, 43900 Sepang, Malaysia
8. OYO 698 Hotel Sepang

OYO 698 Hotel Sepang merupakan sebuah hotel bertaraf dua bintang yang juga merupakan hotel ahli kumpulan OYO yang memang terkenal dengan penginapan bajet yang selesa dan memuaskan. Hotel ini dibuka pada tahun 2011. Bahagian luaran hotel dicat dengan gabungan warna putih dan oren manakala dalaman yang pula dicat dengan warna putih dan merah iaitu warna tema kumpulan OYO.
Hotel ini menawarkan 45 unit bilik tetamu yang selesa dan bersih. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, meja tulis dan set TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian. Seterika dan papan seterika akan disediakan atas permintaan.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, mesin layan diri air minuman, restoran, kedai runcit mini dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian ada terdapat di hotel ini.

- Harga – Dari RM 74 Semalaman.
- Alamat – No. 60, Jalan Cyber Valley 1B/3, Cyber Valley Commercial Centre, Dengkil,, 43800 Sepang, Malaysia
9. S Rose Hotel

S Rose Hotel ini terletak di Rantau Sepang dan sangat hampir dengan Xiamen University Malaysia. Hotel ini merupakan sebuah hotel bajet bertaraf 2 bintang dan menjadi tumpuan di kalangan para pelajar atau rakan-rakan pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti tersebut. Ianya juga sesuai untuk tetamu yang datang sendiri atau dengan rakan-rakan yang menjadikannya hotel transit sebelum ke lapangan terbang ataupun sebaik sampai di lapangan terbang.
Hotel ini menawarkan 19 unit bilik tetamu yang dihias dengan cantik dan mempunyai ruang tempat duduk. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, meja tulis, peti simpanan keselamatan dan set TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, dobi dan cucian kering, sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan teksi dan penghantaran ke lapangan terbang ada terdapat di sini.

- Harga – Dari RM 74 Semalaman.
- Alamat – NO 43 JALAN WARISAN MEGAH 1/5 KOTA WARISAN, 43900 Sepang, Malaysia
10. Bary Inn Hotel

Barry Inn menyediakan penginapan berkonsepkan transit untuk tetamu yang mahu menginap pada masa yang singkat. Tetamu yang menginap disini boleh menempah bilik untuk tujuan transit dengan daftar masuk bermula dari pukul 7.00 pagi dan daftar keluar pada pukul 7.00 petang. Tetamu juga boleh menempah bilik untuk mandi dan menyegarkan diri pada harga yang amat berpatutan.
Hotel ini menawarkan 90 unit bilik tetamu yang dihias ringkas tetapi lengkap dengan kemudahan asas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, telefon dan meja . Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, restoran dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat bilik, simpanan bagasi, panggilan kejutan bangun pagi dan pengangkutan transit pergi balik dari/ke lapangan terbang percuma.

- Harga – Dari RM 76 Semalaman.
- Alamat – No 1 Jalan 4, Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, 43900 Sepang, Malaysia
11. Casa Hotel

Casa Hotel KLIA 1 merupakan sebuah hotel bertaraf dua bintang. Ianya terletak di Pusat Perniagaan Salak. Hotel ini terletak agak jauh dari bandar. Pada tetamu yang sukakan suasana santai dan datang bercuti dengan rakan-rakan, hotel ini mungkin pilihan yang baik.
Hotel ini menawarkan 34 unit bilik tetamu yang dihias kemas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, seterika dan papan seterika. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 2 jam, restoran, bar snek, teres atas atap untuk tetamu bersantai dan tempat letak kereta. Terdapat gimnasium berdekatan dengan hotel jika tetamu mahu melakukan aktiviti kecergasan.
Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik percuma, sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, sarapan pagi dan transit ke/dari lapangan terbang.

- Harga – Dari RM 80 Semalaman.
- Alamat – No 2, 2A & 6-2 Jalan PPS 1 Pusat Perniagan Salak, 43900 Sepang, Malaysia
12. OYO 1094 Q One Hotel

OYO 1094 Q One Hotel merupakan salah satu hotel ahli kumpulan OYO. ianya merupakan sebuah hotel bajet dan menyediakan penginapan asa untuk tetamu yang ingin mencari hotel transit. Ianya terletak di lokasi strategik berdekatan dengan kedai serbaneka, restoran dan bank.
Hotel ini menawarkan 11 buah bilik tetamu yang dihias ringkas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, almari baju dan meja tulis. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian ada disediakan.

- Harga – Dari RM 84 Semalaman.
- Alamat – No 3 A Jalan Nilam 1 Taman Nilam, Dengkil, Selangor, 43800 Sepang, Malaysia
13. S 8 Boutique Hotel

S8 Boutique Hotel merupakan sebuah hotel butik. Ianya menyediakan penginapan yang bertema comel dengan penggunaan renda dan bunga-bungaan berwarna-warni bagi memastikan keselesaan tetamu. Hotel ini terletak 10 minit pemanduan dari lapangan terbang.
Hotel ini menawarkan 44 unit bilik tetamu yang dihias cantik dengan lantai berparket. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, rak pakaian dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, bidet, alat pengering rambut dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, restoran berteres atas atap, mesin layan diri dengan air minuman, ATM dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan kemasan bilik harian, sarapan pagi, dobi, simpanan bagasi, concierge dan transit dari/ke lapangan terbang juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 90 Semalaman.
- Alamat – 93, Jalan Warisan Sentral 1 KIP Sentral, Kota Warisan, 43900 Sepang, Malaysia
14. OYO 439 Night Queen Hotel

OYO 439 Night Queen Hotel merupakan sebuat hotel bertaraf 2 bintang yang juga merupakan salah satu hotel ahli kumpulan OYO yang terdapat di Sepang. Ianya menawarkan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan.
Hotel ini menawarkan 22 unit bilik tetamu yang selesa dan luas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV dan meja tulis. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. Payung juga ada disediakan jika hari hujan.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang santai, mesin dispenser air minuman dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, daftar masuk/keluar ekspress, khidmat teksi dan transit dari/ke lapangan terbang juga ada disediakan.

- Harga – Dari RM 93 Semalaman.
- Alamat – No 31A, Jalan Gemilang 1 Pusat Perniagaan Gemilang, 43900 Sepang, Malaysia
15.Qlassic Hotel

Qlassic Hotel merupakan sebuah hotel butik yang bertaraf 3 bintang. Seperti namanya, hotel ini mengenengahkan konsep klasik dan glamor. Ciri-ciri klasik dapat dilihat di setiap inci hotel ini. Tetamu yang menginap di sini pastinya merasa seperti dibawa ke lokasi yang glamor dan mewah.
Hotel ini menawarkan 50 unit bilik tetamu yang dihias bergaya. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, soket kuasa antarabangsa, cerek elektrik, set kopi/teh dan meja tulis. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas yang dikuaskan oleh tenaga solar dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, ruang simpanan bagasi, kedai runcit, restoran, teres dengan pemandangan taman dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kemasan bilik harian, panggilan kejutan bangun pagi, sarapan pagi, tempahan aktiviti, khidmat teksi dan transit ke/dari lapangan terbang.

- Harga – Dari RM 93 Semalaman.
- Alamat – No.20 & 22, Jalan 3, Medan 120 Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor, 43900 Sepang, Malaysia
16. Empress Hotel Sepang

Empress Hotel Sepang merupakan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak kira-kira 12 minit dari lapangan terbang. Hotel ini mempunyai 12 tingkat dan sesuai untuk yang datang bercuti dengan keluarga.
Hotel ini menawarkan sebanyak 320 unit bilik tetamu yang luas dan selesa dengan ruang tempat duduk. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, telefon, seterika, cerek elektrik dan set kopi/teh. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian. Beberapa unit juga dilengkapi dengan tab mandi.
Hotel ini mempunyai kemudahan yang mesra OKU. Kemudahan lain terdiri daripada liputan WIFI percuma, ruang santai dengan kerusi urut, kolam mandi atas atap, restoran yang menyajikan masakan cina dan antaravangsa, gimnasium dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik, sarapan pagi dan transit ke/dari lapangan terbang,

- Harga – Dari RM 104 Semalaman.
- Alamat – Jalan ST1C/7, Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Malaysia
17. EV World Hotel

EV World Hotel yang terletak di Kota Warisanini merupakan salah satu hotel rangkaian EV World Hotel yang mempunyai kira-kira 9 cawangan lain di sekitar negeri Selangor. Ianya merupakan sebuah hotel 2 bintang.
Hotel ini menawarkan 30 unit bilik tetamu yang dihias dengan hiasan yang comel. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain terdiri daripada liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, pantri dengan kelengkapan memasak ringkas, ruang makan dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, daftar masuk/keluar ekspress, sarapan pagi ringkas, perlindungan insurans, simpanan bagasi dan transit ke/dari lapangan terbang ada disediakan.

- Harga – Dari RM 115 Semalaman.
- Alamat – G57, Jalan Warisan Sentral, KIP Sentral, 43900 Sepang, Malaysia
18. Tune Hotel KLIA Aeropolis

Tune Hotel KLIA merupakan salah satu daripada dua cawangan hotel Tune Hotel yang terdapat di Sepang. Hotel ini adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Hotel ini berkonsepkan kontemporari dan dihias dengan perabot dan hiasan ergonomik dan berfungsi.
Hotel ini menawarkan 218 unit bilik tetamu yang dihias dengan kemas dan berkelas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti simpanan, cerek elektrik dan set kopi/teh. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain terdiri daripada liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, kafe yang menyediakan masakan tempatan dan barat, surau, ruang seterika, dobi layan diri. kedai mini yang dibuka 24 jam dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan yang disediakan termasuk kemasan bilik harian, kawalan keselamatan 24 jam, sarapan pagi, simpanan bagasi dan transit ke/dari lapangan terbang.

- Harga – Dari RM 116 Semalaman.
- Alamat – Low Cost Carrier Terminal, Lot PT 29, Jalan KLIA S4, 64000 KLIA, Selangor D.E. , Malaysia, 64000 Sepang, Malaysia
19. De Grand Boutique Hotel

De Grand Boutique Hotel merupakan hotel butik pertama yang dibuka di Sepang. Ianya terletak kira-kira 8 minit memandu dari lapangan terbang. Hotel ini mempunyai stail yang unik dengan suasana yang intim. Motto hotel ini adalah “Kami berkhidmat untuk memenuhi keperluan tetamu”.
Hotel ini menawarkan 30 unit bilik tetamu yang dihias mengikut tema yang berbeza. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, rak baju, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut, selipar dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, teres, bilik bacaan, gimnasium, kedai runcit, ruang makan dengan mesin kopi dan snek, bilik mesyuarat dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, kawalan keselamatan yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan bilik yang beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga jam 11.00 malam, dobi atas permintaan dan perkhidmatan ulang alik ke lapangan terbang.

- Harga – Dari RM 123 Semalaman.
- Alamat – 52,54 Jalan Gemilang 2 Pusat Perniagaan Gemilang, 43900 Sepang, Malaysia
20. Hotel 126

Hotel 126 merupakan sebuah hotel butik. Hotel ini berkonsepkan gabungan tradisi warisandan urban. Struktur luar bangunan mempunyai rekabentuk bangunan warisan manakala dalaman pula dicat dengan warna-warna terang dengan lukisan-lukisan bertema urban. Pada tetamu yang sukakan sesuatu yang unik. Hotel ini merupakan pilihan yang tepat.
Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang selesa dan asas dengan ruang tempat duduk. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, restoran yang menyediakan masakan tempatan, bar dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kemasan bilik harian, perkhidmatan concierge dan transit dari/ke lapangan terbang yang beroperasi 24 jam .

- Harga – Dari RM 125 Semalaman.
- Alamat – No 73, Jalan Airport City, Airport City Business Centre, 43900 Sepang, Malaysia
21. Tune Hotel klia2

Tune Hotel klia2 merupakan satu daripada dua cawangan Tune Hotel yang terdapat di Sepang. Ianya merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Hotel ini terletak bersambung terus ke terminal lapangan terbang KLIA2 melalui laluan pejalan kaki berbumbung. Pada tetamu yang mahu memastikan mereka tidak akan terlepas penerbangan, hotel ini pilihan yang tepat.
Hotel ini menawarkan 400 unit bilik tetamu yang dihias dengan cantik dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti simpanan keselamatan, cerek elektrik dan meja tulis. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, bidet, alat pengering rambut dan peralatan mandian.
Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain terdiri daripada liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, kafe, bar, kedai mini, teres dan tempat letak kereta.
Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, sarapan pagi, dobi, sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, simpanan bagasi, panggilan kejutan bangun pagi dan kereta sewa ada disediakan.

- Harga – Dari RM 129 Semalaman.
- Alamat – Lot Pt 13, Jalan KLIA 2/2, 64000 KLIA, Selangor Darul Ehsan, 64000 Sepang, Malaysia
Berakhir sudah senarai 21 Hotel di Sepang yang boleh anda pilih. Jika anda masih ingin mengetahui dengan lebih lanjut hotel-hotel lain yang terdapat di sana, anda boleh sahaja melawat terus ke Booking.com ataupun Agoda.com.
Sepang ini terletak di negeri Selangor. Jika anda mencari tempat-tempat menarik di Selangor untuk dilawati, kami anda artikel yang anda boleh jadikan panduan.
Pastikan anda memaksimumkan percutian anda apabila berada di sini. Selamat bercuti.
Kredit gambar: Booking.com dan Agoda.com.