23 Hotel Menarik Di Shah Alam Sebagai Penginapan Percutian Anda
Kalau anda sedang mencari hotel di Shah Alam yang menarik dan pada harga berpatutan sebagai tempat penginapan anda, jom kita lihat senarai hotel berikut. Pilihlah yang mana satu berkenan di hati anda. Yang pastinya, anda pasti berasa selesa di sini!
Pilihan BEST Hotel di Shah Alam (Senarai Ringkas)
Hotel Termurah: OYO 530 DD Hotel, ” Hotel cawangan kumpulan OYO ini menawarkan penginapan yang termurah di Shah Alam.”
Hotel Untuk Urusan Kerja: Mimilala Boutique Hotel, “Hotel ini menyediakan penginapan pada harga berpatutan, meja tulis dan seterika ada disediakan. Ia juga mempunyai kafe, kedai runcit mini dan menawarkan perkhidmatan kejut bangun pagi .”
Hotel Butik Terbaik: Best Western I-City, “Hotel ini mengetengahkan konsep moden kontemporari dengan padanan warna segar. Setiap ruang dan inci bilik dihias dengan gaya moden dan berstail. Bilik tetamu juga lengkap dengan mesin kopi dan bilik mandi yang luas.”
Hotel untuk Keluarga: Acapella Hotel Suite, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan suite yang besar dengan ruang makan dan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak. Hotel ini juga mempunyai fasiliti seperti kedai serbaneka dan kolam renang.”
Hotel Untuk Berbulan Madu: Grand BlueWave Hotel, “Hotel ini mempunyai suite bulan madu yang dihias dengan cantik sekali untuk mencetuskan suasana romantik. Makan malam romantik tepi kolam renang juga boleh diuruskan bagi memastikan tetamu menikmati pengalaman bulan madu yang indah.”
1. OYO 530 DD Hotel

Kalau anda hanya perlukan penginapan yang ringkas pada harga murah tetapi berhampiran dengan pelbagai restoran, pusat membeli-belah dan kedai, maka Hotel OYO 530 DD amat ideal untuk anda.
Sesuai dengan statusnya sebagai hotel bajet, hotel ini menawarkan harga bilik yang murah iaitu bermula dari serendah RM63 semalam untuk bilik Standard Double. Bilik ini dilengkapi dengan katil yang sederhana besar, penyaman udara, TV, rancangan kabel, bilik mandi, dan alat mandian peribadi.

Mencari sarapan atau makan tengah hari dan malam juga mudah. KFC, restoran mamak, dan pasaraya Giant terletak hanya beberapa meter dari hotel ini. Anda juga boleh pergi ke Taman Tasik Shah Alam yang berada kira-kira 3 km sahaja!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 1 =
- Harga – Dari RM63+ semalaman.
- Alamat – No.19A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Seksyen 9, Shah Alam, 40100 Shah Alam, Malaysia.
2. Hotel 138 @ Bestari

Antara hotel di Shah Alam yang berharga di bawah RM100 semalam adalah Hotel 138 @ Bestari. Hotel ini terletak di Bestari Subang dan hampir dengan medan makan, restoran, pasaraya dan HELP University.
Anda pasti berasa selesa menginap di hotel ini kerana ruang parkir keretanya banyak, biliknya selesa dan dilengkapi dengan kemudahan seperti TV, cerek, bilik mandi peribadi, bidet, dan pancuran air panas.

Harganya juga murah iaitu sekitar RM65 ke RM135 semalam. Anda juga boleh pergi ke pasar malam yang ada terletak berdekatan dengan hotel ini untuk mencuci mata dan menjamu selera.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 2 =
- Harga – Dari RM67+ semalaman.
- Alamat – 38 Jalan Nova K U5/K Seksyen U5 Bestari Subang, 40150 Shah Alam, Malaysia.
3. Hotel Hamilas

Selesa, bersih dan murah – itu adalah antara perkara yang akan anda nikmati bila menginap di Hotel Hamilas yang berada di Seksyen 20. Ia merupakan hotel di dalam rumah kedai, di atas kedai mamak. Mudahlah untuk anda mencari makan ketika berada di sini.
Kawasan hotel ini bersih dan kualiti biliknya juga memuaskan. Anda boleh menikmati kemudahan seperti TV, tuala, alat mandian, penghawa dingin, pengering rambut, dan alat pemanas air.

Hotel ini juga terkenal dengan pekerjanya yang profesional dan ramah-tamah. Pusat bandar Shah Alam berada hampir iaitu sekitar 3 ke 5 km sahaja.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 3 =
- Harga – Dari RM73+ semalaman.
- Alamat – 3 Jalan Singa H 20/H Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Malaysia.
4. D’Metro Hotel Shah Alam

Jika bajet anda di bawah RM100 dan masih mahu menikmati pengalaman bermalam yang memuaskan hati ketika berada di Shah Alam, jom tempah bilik di D’Metro Hotel. Hotel bajet tiga bintang ini terletak di Seksyen 19.
Harga bilik di hotel ini cukup murah iaitu bermula dari RM75 semalam. Walaupun ia hotel bajet, namun anda masih menerima kemudahan bilik yang lengkap seperti bilik yang bersih, peralatan mandian diri, tuala, dan cerek. Malah, sarapan pagi pun ada disediakan dengan tambahan RM10 sahaja.

Ketika bermalam di D’Metro, anda boleh singgah di Restoran Nasi Vanggey yang popular atau pergi ke pasar malam berhampiran untuk membeli makanan atau snek pada waktu petang dan malam. Lokasinya memang strategik!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 4 =
- Harga – Dari RM74+ semalaman.
- Alamat – No.10, Jln Nelayan D 19/D, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Malaysia.
5. M Avenue Hotel

Selepas penat bekerja atau belajar semasa musim semester yang sibuk, jom kita rancang escapism dengan kawan-kawan kita dan menginap di salah satu hotel di Shah Alam! Antara hotel menarik yang menawarkan harga berpatutan adalah M Avenue Hotel yang terletak di Seksyen 16.
Hotel ini strategik kerana mudah untuk anda berjalan-jalan di PKNS atau Uptown Shah Alam dengan rakan-rakan. Malah, kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan beberapa restoran ada terletak berhampiran dengan hotel ini.

Adakah harganya mahal? Tidak juga. Bagi Bilik Superior Queen, anda hanya perlu membayar sekitar RM80 ke RM90 sahaja untuk semalam. Memang berpatutan terutamanya untuk anak-anak muda!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 5 =
- Harga – Dari RM84+ semalaman.
- Alamat – C-1-G Jalan Serai Wangi H 16/H, Alam Avenue 1, Persiaran Selangor, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Malaysia.
6. Mimilala Boutique Hotel

Ini merupakan lagi satu pilihan hotel di Shah Alam yang menarik untuk anda pilih semasa getaway hujung minggu atau percutian anda di Selangor. Kalau anda nak tahu, Mimilala Hotel adalah hotel mesra Muslim.
Surau ada terdapat di hotel ini dan sejadah juga turut disediakan di dalam setiap bilik tetamu. Dengan harga semurah RM85 semalam, anda boleh menikmati kemudahan seperti bilik tamu yang selesa, katil yang empuk, dan bilik air peribadi dengan pemanas air.

Walaupun tiada sarapan disediakan, namun ada ruang snek di lobi untuk anda membeli makanan untuk melapik perut. Atau, singgah sahaja di salah satu restoran yang terdapat banyak berdekatan dengan hotel ini!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 6 =
- Harga – Dari RM85+ semalaman.
- Alamat – No.22, Jalan Keluli AN7/AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia.
7. EV World Hotel

Bagi mereka yang datang dari negeri lain dan perlu melawat keluarga atau rakan-rakan yang sedang belajar di UiTM, antara hotel di Shah Alam yang boleh anda tempah adalah EV World Hotel. Selain itu, ia juga dekat dengan i-City dan Muzium Shah Alam.
Dekorasi bilik di hotel ini dihiasi dengan warna ceria dan hiasan yang comel. Walaupun ruang biliknya tidak terlalu besar, namun ia cukup untuk membolehkan anda bergerak. Bilik mandinya juga bersih dan dilengkapi dengan pemanas air.

Yang menariknya di EV World Hotel adalah lokasinya amat strategik iaitu berhampiran dengan restoran, pasaraya dan tempat membeli-belah.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 7 =
- Harga – Dari RM85+ semalaman.
- Alamat – No.19A &19B, Jalan Plumbum R7/R, Pusat Komersial Seksyen 7, 46000 Shah Alam, Malaysia.
8. Laman Green The Boutique Hotel

Di Shah Alam, terdapat satu hotel patuh syariah yang boleh anda tempah, iaitu Laman Green The Boutique Hotel. Hotel ini sesuai bagi pelanggan beragama Islam yang ingin merasai keunikan menginap di hotel ini.
Hiasan dalaman hotel ini cukup menarik, ianya moden dan berkonsepkan ala futuristik dengan lampu neon yang terang-benderang. Ruang biliknya agak sederhana tetapi selesa disebabkan katilnya yang empuk dan kemudahan yang lengkap.

Lokasinya juga bagus bagi mereka yang perlu ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang terletak hanya 5 km dari hotel ini. Anda perlu bermalam secara tiba-tiba dan tiada kelengkapan diri? Tak perlu risau, kedai 7-Eleven ada di hadapan hotel ini dan restoran pun banyak di sekitarnya!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 8 =
- Harga – Dari RM89+ semalaman.
- Alamat – 8 & 10, Jalan Renang 13/26, 40100 Shah Alam, Malaysia.
9. Hotel 99 Kota Kemuning

Hotel 99 adalah antara hotel bajet yang menarik untuk anda inap ketika berada di Kota Kemuning, Shah Alam. Hotel ini ada menawarkan bilik penginapan yang murah di bawah RM100 semalam.
Walaupun ia hotel bajet, namun kebersihan dan dekorasi biliknya cukup memuaskan. Perabot, TV, bilik mandi, dan katilnya serba moden dan pilihan rancangan kabelnya pasti dapat menghiburkan anda.

Restoran dan kedai serbaneka juga ada terletak berdekatan dan pada malam Sabtu, anda boleh pergi ke pasar malam untuk membeli makan malam atau snek ringan. Jom cuba menginap di sini!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 9 =
- Harga – Dari RM95+ semalaman.
- Alamat – No.10-G, Jalan Anggerik Vanilla S31/S, Seksyen 31, Kota Kemuning,40460 Shah Alam, Malaysia.
10. Intekma Resort & Convention Centre

Sememangnya, Shah Alam menawarkan pilihan penginapan mesra keluarga yang banyak untuk percutian anda. Salah satu daripada hotel yang menarik untuk anda pilih adalah Intekma Resort & Convention Centre.
Ia merupakan hotel ala resort yang menjanjikan keselesaan, keseronokan dan ketenangan semasa percutian keluarga. Anda boleh memilih sama ada untuk menginap di dalam bilik Standard atau Deluxe yang cukup luas. Malah, bilik Family Suite dan Apartment juga ada jika anda ke sini dengan anak-anak.

Dengan kolam renang yang luas dan kafe yang menyajikan makanan sedap, bolehlah anak-anak anda beriadah di kolam dan bersarapan sepuas-puasnya. Harganya berbaloi – semurah RM97 semalam semasa waktu bukan puncak. Murah, bukan?
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 10 =
- Harga – Dari RM97+ semalaman.
- Alamat – Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia.
11. Hotel de Art @ i-City

Anda bercadang untuk membawa ahli keluarga anda bercuti di taman tema i-City? Mari mempertimbangkan untuk bermalam di Hotel de Art @ i-City! Anak-anak anda pasti sukakan hotel ini.
Dekorasinya serba meriah, berwarna-warni dan artistik. Ketika melihat mural di luar bangunan hotel dan hiasan lobi pun, anda sudah pasti teruja. Untuk pengetahuan anda, Hotel de Art adalah hotel bajet di Shah Alam berstatus tiga bintang yang menawarkan harga berpatutan.

Untuk bilik Art Twin, harganya bermula serendah RM101 semalam dan anda boleh mendapat lebih banyak diskaun, sehingga RM90 ketika tawaran diberikan. Ruang biliknya sederhana, cukup selesa untuk anda bergerak dan berehat selepas perjalanan jauh dari rumah anda.
Info tambahan: Terdapat lagi satu cawangan Hotel de Art di Shah Alam, iaitu di Seksyen 7.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 11 =
- Harga – Dari RM101+ semalaman.
- Alamat – No.19 Jalan Keluli 7/110, Section 7, 40000 Shah Alam, Malaysia.
12. Alami Garden Hotel

Jika anda ingin menginap berhampiran dengan Stadium Malawati, anda boleh memilih Alami Garden Hotel. Hotel yang menawarkan harga patut ini amat selesa dan bersih. Ruang parkir di hadapannya banyak dan terletak berhampiran dengan restoran dan kedai.
Bilik di sini juga kemas dan lengkap dengan kemudahan. Anda boleh bermalam di bilik yang menyediakan katil yang lembut, kemudahan membancuh teh/kopi, serta peralatan mandian dan kelengkapan peribadi. Bilik mandinya pun agak besar dan moden.

Hotel ini sesuai jika anda ke sini dengan rakan-rakan atau keluarga. Walaupun berstatus bajet, bilik Family Deluxe dan Apartment boleh memuatkan antara empat ke enam orang tetamu!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 12 =
- Harga – Dari RM108+ semalaman.
- Alamat – 1-13, Block 1, Presint Alami, No. 2, Persiaran Akuatik, 40100 Shah Alam, Malaysia.
13. Carlton Holiday Hotel & Suites

Lagi satu hotel di Shah Alam yang sesuai untuk percutian keluarga adalah Carlton Holiday Hotel & Suites. Ia terletak Seksyen 13 dan bertaraf tiga bintang. Harga bilik di sini juga agak murah di mana ia bermula dari RM109 semalam bagi bilik Deluxe King yang lengkap dengan segala kemudahan.
Dengan ruang bilik yang luas (selesa untuk anak-anak bermain dan untuk anda solat) dan banyak kedai serbaneka dan restoran berhampiran, anda tidak perlu pergi jauh untuk mencari makan atau membeli barangan keperluan diri.

Di sini juga terdapat Restoran Kari Kepala Ikan untuk anda cuba! Pasaraya AEON Big dan Tesco juga ada terletak beberapa meter dari sini.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 13 =
- Harga – Dari RM109+ semalaman.
- Alamat – No 1, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Malaysia.
14. Orange Hotel

Anda perlu ke Shah Alam, berhampiran dengan Kota Kemuning, atas urusan kerja atau perniagaan? Maka, kami cadangkan anda menginap di Orange Hotel. Hotel bajet dua bintang ini tidak seperti hotel bajet lain, tahap keselesaan dan kemudahan yang disediakan memang terbaik.
Bagi yang bekerja, anda pasti berpuas hati dapat menggunakan sambungan Internet/Wi-Fi yang cukup laju di hotel ini! Malah, dengan bajet sekitar RM120-RM125, anda sudah dapat menginap di bilik standard Double yang luas, bersih, kemas dan lengkap.

Antara kelengkapan yang disediakan di hotel bajet ini adalah penghawa dingin, TV skrin rata, pemanas air, dan peralatan bilik mandi.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 14 =
- Harga – Dari RM125+ semalaman.
- Alamat – 2 Jln Anggerik Vanilla S31/S Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Malaysia.
15. Pegasus Hotel

Pegasus Hotel adalah lagi satu hotel di Shah Alam yang sesuai sama ada untuk percutian keluarga, urusan perniagaan atau pun sekadar getaway hujung minggu anda dengan rakan-rakan. Anda mungkin pernah terlihat bangunan hotel ini ketika melalui Lebuh Raya Persekutuan.
Ia merupakan hotel empat bintang yang amat selesa dan lengkap dengan segala kemudahan. Antaranya adalah seperti kafe (ramai yang memuji keenakan makanannya!), gimnasium, sauna, dan perkhidmatan dobi.

Kalau anda perlu menghadiri persidangan di Pusat Konvensyen Shah Alam, inaplah di Hotel Pegasus kerana ia terletak berhampiran dengan pusat konvensyen ini (hanya 4 km sahaja). Tempat menarik lain adalah seperti Stadium Shah Alam, Masjid Biru, SACC Mall, dan Taman Tasik Shah Alam.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 15 =
- Harga – Dari RM130+ semalaman.
- Alamat – IDCC Shah Alam Jalan Pahat L 15/L, Dataran Otomobil, Sek 15, 40200 Shah Alam, Malaysia.
16. De Palma Hotel

Anda ingin membawa diri dan anak-anak berehat daripada kesibukan harian? Mari bercuti di De Palma Hotel yang terletak di Seksyen 19. De Palma Hotel merupakan hotel empat bintang yang mesra keluarga.
Hotel ini serba luas dan mempunyai konsep ala-ala resort, walaupun terletak di tengah-tengah bandar. Anda tidak perlu pergi jauh untuk melarikan diri seketika dari kesibukan kota!

Di sini, anda boleh menginap di bilik yang luas, menikmati sarapan pagi yang enak di restorannya, serta merehatkan diri dan bermandi-manda dengan anak-anak di kolam renang. Harganya pun memang berpatutan iaitu serendah RM146 untuk sehari semalam.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 16 =
- Harga – Dari RM146+ semalaman.
- Alamat – No 6 , Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, 40718 Shah Alam, Malaysia.
17. Hotel UiTM Shah Alam

Jika anda mahu bermalam berhampiran dengan Taman Tasik Shah Alam atau PKNS, anda boleh memilih hotel UiTM sebagai tempat penginapan anda. Hotel ini berada di pusat bandar, jadi mudah untuk anda bersiar-siar atau membeli-belah ketika berada di sini.
Terdapat beberapa jenis bilik hotel yang boleh anda pilih. Antaranya seperti Standard Double atau Twin. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan katil yang besar, saluran TV satelit, bar mini, penghawa dingin, cerek, tuala, dan Wi-Fi percuma.

Untuk sarapan, anda boleh pergi ke kafe yang ada di hotel ini, iaitu Anggerik Coffee House. Di sini, anda akan dijamu dengan sarapan Continental ala bufet dan harganya termasuk dalam kadar sewa bilik.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 17 =
- Harga – Dari RM162+ semalaman.
- Alamat – Persiaran Raja Muda, 40450 Shah Alam, Malaysia.
18. Nexus Business Suites Hotel

Nexus Business Suites Hotel merupakan sebuah hotel yang serba moden dan terkenal dengan tahap keselesaan yang tinggi. Hiasan di dalam bilik tidurnya cukup cantik, umpama rumah apartment yang urban dan bersih.
Jika anda menginap di salah satu bilik di hotel ini, anda akan dapat menikmati kemudahan yang baru dan lengkap seperti katil yang besar dan sangat empuk (ramai yang memujinya!), ruang yang luas, bilik air moden dan lengkap dengan pemanas air serta alat mandian.

Harganya juga tidaklah terlalu mahal, iaitu bermula dari RM160 semalam. Nexus Hotel ini sesuai jika anda mahu menginap berhampiran dengan Masjid Biru Shah Alam (3.1km) atau Summit USJ (4.7 km).
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 18 =
- Harga – Dari RM163+ semalaman.
- Alamat – Lot 1, Jalan Perimbun, Section 27/11, Shah Alam, 40400 Shah Alam, Malaysia.
19. Best Western I-City

Lagi satu hotel di Shah Alam yang dekat dengan taman tema I-City adalah Best Western I-City. Melihat kepada maklum balas daripada tetamu sebelum ini, ramai yang memuji kualiti layanan yang diberikan oleh pekerja hotel ini.
Para staff di Best Western i-City ramah-ramah belaka. Bilik hotel di sini juga cukup luas dan menyediakan kemudahan yang lengkap. Selalunya hotel menyediakan kemudahan membancuh teh atau kopi. Namun di sini, siap ada tambahan bakul snek!

Disebabkan ia terletak hampir dengan i-City, anda dapat menikmati pemandangan bandar dan taman tema dari hotel anda. Harga biliknya juga berpatutan, bermula dari RM170 berserta dengan sarapan (hidangan di hotel ini sedap tau!).
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 19 =
- Harga – Dari RM170+ semalaman.
- Alamat – A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia, CityPark, i-City, 40000 Shah Alam, Malaysia
20. Acapella Suite Hotel

Acapella Suite Hotel adalah antara hotel menarik di Shah Alam bagi mereka yang perlu bermalam selepas menonton perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam, menghadiri orientasi atau konvokesyen di Management & Science University (MSU), mahupun sekadar bercuti di bandar ini.
Yang bagusnya tentang Acapella Suite Hotel ini adalah ruang biliknya yang sangat luas. Kalau anda mempunyai keluarga besar dan akan membawa anak-anak ke Shah Alam, hotel ini sesuai untuk anda. Sesetengah bilik turut mempunyai dapur kecil, balkoni, dan ruang duduk berasingan.

Kelengkapan di sini juga lengkap. Anda boleh menggunakan kemudahan gimnasium, kolam renang outdoor yang besar, dan restoran untuk sarapan pagi anda. Memang seronok jika dapat menginap di sini dengan keluarga tersayang!
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 20 =
- Harga – Dari RM186+ semalaman.
- Alamat – No. 8, Persiaran Sukan, 40100 Shah Alam, Malaysia.
21. Geno Hotel

Antara pilihan terbaik bagi anda yang ingin menginap di hotel yang terletak berhampiran dengan Subang Jaya dan Shah Alam adalah Geno Hotel. Jika anda menempah hotel di sini, mudah untuk anda pergi ke kedua-dua bandar besar ini.
Ia adalah hotel yang serba baru. Sebaik sahaja menapak masuk ke ruang lobi, anda pasti akan terus berasa selesa dengan kecantikan dan tahap kebersihan hotel ini. Katil dalam bilik tetamu pun luas serta masih lagi baru dan empuk.

Selain kemudahan yang lengkap, Geno Hotel juga terletak berhampiran dengan kedai-kedai dan restoran. Selepas anda bersarapan di hotel, anda boleh jalan-jalan cari makan di restoran berhampiran pula.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 21 =
- Harga – Dari RM192+ semalaman.
- Alamat – Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Shah Alam, Malaysia.
22. Grand BlueWave Hotel

Kalau anda gemar menginap di pusat bandar Shah Alam ketika tiba Ramadan mahupun musim perayaan untuk mengunjungi Masjid Biru atau membeli-belah baju raya di PKNS atau SACC Mall, maka amat sesuailah untuk anda menginap di hotel yang seterusnya ini: Grand BlueWave Hotel. Hotel bertaraf lima bintang ini hanya terletak 5 minit sahaja dari masjid jika anda berjalan kaki!
Walaupun ia kelihatan mewah dan anda mungkin tertanya-tanya tentang harganya, tak perlu risau. Jika anda pandai mendapatkan harga tawaran, harga bilik di sini boleh bermula serendah RM199 sahaja bagi bilik standard!

Kemudahannya sudah pasti lengkap. Anda boleh beriadah di kolam renang, mencuba menu makanan Halal Cina dan Jepun di restoran atau bersenam di gimnasium. Ruang biliknya sudah pasti luas, lantainya lembut dengan karpet, dan bilik mandinya dilengkapi dengan alat mandian dan tab mandi.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 22 =
- Harga – Dari RM199+ semalaman.
- Alamat – Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Malaysia.
23. Concorde Hotel

Antara hotel yang terletak di pusat bandar Shah Alam adalah Concorde Hotel. Dengan status empat bintang, hotel ini dapat memberikan keselesaan untuk percutian anda. Yang seronoknya tentang penginapan ini adalah, harganya sangat berpatutan!
Ada bilik hotel di sini yang berharga serendah RM240 sahaja untuk semalam. Ruang dalam biliknya juga luas, cukup untuk anda bergerak dengan selesa dan bagi tetamu Muslim, mudah untuk anda solat.

Antara kemudahan lain yang boleh anda nikmati adalah bersarapan di restoran hotel, bermandi-manda di kolam renang yang besar, dan melihat pemandangan cantik bandar raya Shah Alam.
#Fikiran Kita Tentang Hotel Di Shah Alam No 23 =
- Harga – Dari RM240+ semalaman.
- Alamat – 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam.
Sememangnya, Shah Alam boleh dianggap sebagai syurga hotel. Ia bersesuaian dengan statusnya sebagai antara bandar yang sering dikunjungi ramai. Jangan lupa untuk menyemak harga semasa bagi hotel pilihan anda di Booking.com. Anda juga boleh mendapatkan maklumat tambahan lain di situ.
Kredit gambar: Booking.com