hotel di sungai petani

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa

Sungai Petani terletak di Selatan negeri Kedah dan sangat hampir dengan Pulau Pinang. Ramai penduduk Pulau Pinang menetap di Sungai Petani kerana harga dan kos rumah masih murah berbanding Pulau Pinang.

Pilihan BEST Hotel di Sungai Petani (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: OYO 943 3Gs Hotel, ” Hotel ahli kumpulan OYO ini menawarkan penginapan yang termurah di Sungai Petani.”

Hostel Untuk Kakitangan Kerajaan: Hotel Seri Malaysia Sungai Petani, “Hotel ini memberikan diskaun kepada kakitangan kerajaan yang menginap di sini.”

Hotel Berkonsep Unik: El-Zahraa Hotel“Hotel ini berkonsepkan ala Al-Arabia. Tetamu pastinya berasa seperti di dalam filem 1001 Malam.”

Resort Untuk Keluarga: Cinta Sayang Resort, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga mempunyai fasiliti seperti kolam renang dengan permainan air, pusat menunggang kuda dan pusat memanah.”

Hotel Mewah Terbaik:  Purest Hotel Sungai Petani“Hotel mewah 4 bintang ini menjanjikan pengalaman penginapan terbaik di Alor Setar.”

Sungai Petani juga merupakan bandar transit untuk ke Pulau Pinang dan Langkawi. Ia juga merupakan antara bandar yang termaju di negeri Kedah. Jika anda berkesempatan singgah ke Sungai Petani dan mahu mencari tempat menginap. kami ada 31 Hotel di Sungai Petani yang selesa untuk anda pilih. 

Kami susun senarai hotel dari yang murah hingga ke mahal untuk memudahkan anda membuat pilihan. Kesemua hotel ini mendapat ulasan yang baik dari para tetamu, jadi anda tidak perlu risau tentang kualiti perkhidmatan yang disediakan. Pilih sahaja mana-mana hotel yang anda suka mengikut bajet anda.

Jika anda bertujuan untuk melawat Pulau Pinang selepas menetap di Sungai Petani, kami ada senarai 48 tempat menarik di Pulau Pinang untuk anda lawati.Dan jika anda bercadang mahu bermalam di Pulau Pinang, kami juga ada senarai 31 Hotel menarik berbajet bawah RM100 di Pulau Pinang untuk anda jadikan rujukan.

1. OYO 943 3Gs Hotel

OYO 943 3G hotel

OYO 943 3Gs Hotel merupakan salah satu hotel ahli OYO Rooms. Hotel ini merupakan hotel yang bertaraf 2 bintang dan terletak di tengah-tengah bandar Sungai Petani.

Hotel ini menawarkan 22 unit bilik tetamu yang bersih dan selesa. Setiap unit adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan set TV berskrin rata, meja tulis dan almari pakaian . Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kaunter meja depan yan beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma dan tempat letak kereta. perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan. 

OYO 943 3G hotel
  • Harga – Dari RM 66 Semalaman.
  • Alamat – 3, Jalan Pahlawan, Taman Lagenda Indah, Kedah, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. Old Penang Casa Lagenda Hotel

Old Penang Casa lagenda Hotel

Casa Lagenda Hotel ini diuruskan oleh syarikat Old Penang Hotel. Ianya merupakan sebuah hotel bajet yang bertaraf 2 bintang. Hotel ini terletak berhampiran dengan Sungai Petani Central dan dikelilingi beberapa buah bank dan restoran.

Hotel ini menawarkan sebanyak 58 unit bilik tetamu yang lengkap dengan kemudahan moden seperti penghawa dingin, meja dan set TV. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan peralatan mandian percuma.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan wifi percuma, ruang santai yang mempunyai surat khabar dan tempat menyimpan bagasi. Air panas untuk membuat minuman boleh didapati di kaunter meja depan.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, sistem keselamatan 24 jam, perkhidmatan fax dan fotostat dengan bayaran tambahan dan panggilan teksi juga ada disediakan.

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 1
  • Harga – Dari RM 68 Semalaman.
  • Alamat – No. 15, Jalaln Lagenda 2, Kedah, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. SP Berlian Inn

SP Berlian Inn Hotel

 SP Berlian Inn merupakan sebuah hotel bajet yang dibuka pada hujung tahun 2018. Ianya terletak di deretan rumah kedai di Jalan Taman Berlian. Oleh kerana statusnya sebagai hotel yang baru dibuka, kebanyak kemudahan dan peralatan yang disediakan masih baru. Ulasan tetamu juga tidak banyak.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang berhawa dingin dan lengkap dengan keperluan asas. Bilik-bilik juga dihias dengan kemas. Bilik mandi pula bersih dan dilengkapi dengan pancuran air panas dan bidet.

Hotel ini mempunyai kaunter penerimaan tetamu yang peramah dan sedia membantu. kaunter tersebut beroperasi 24 jam. Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan. Jika anda merupakan kakitangan kerajaan, anda boleh mendapat potongan harga sebanyak 20% jika anda memilih untuk menetap di sini.

SP Berlian Inn Hotel
  • Harga – Dari RM 69 Semalaman.
  • Alamat – 4, Jalan Taman Berlian, Taman Berlian, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia Suite Number, Intersection, Plaza, Square, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

4. OYO 539 Dowifi Hotel

OYO 539 Dowifi Hotel

OYO 539 Dowifi Hotel ini merupakan salah satu hotel ahli OYO Rooms. Umum tahu yang OYO Rooms mempunyai kriteria yang ketat tentang kualiti perkhidmatan dan premis penginapan ahli. Jadi tetamu tidak perlu risau tentang kualiti dan layanan yang akan diterima di hotel ini. Hotel bertaraf dua bintang ini terletak terletak di Sungai Petani Central dan bersebelahan dengan kedai dobi layan diri.

 OYO 539 Dowifi menawarkan bilik-bilik tetamu yang mempunyai penghawa dingin, almari pakaian, set TV, peti ais dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai yang selesa dan dispenser air minuman, Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 2
  • Harga – Dari RM 72 Semalaman.
  • Alamat – 46-47 Jalan Tuanku Haminah 1, Taman Tuanku Haminah, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. Rock Wood Hotel

Rock Wood

Rock Wood Hotel merupakan sebuah hotel butik yang berkonsepkan gabungan eleman batu dan kayu. Luaran hotel kelihatan sama seperti bangunan lain di sekitarnya, manakan dalaman pula dihias dengan perabot-perabot antik. 

Hotel ini menawarkan 33 unit tetamu yang cantik dan selesa. Setiap unit dilengkapi penghawa dingin, set TV dan cermin. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai, teres dan dispenser air minuman panas dan sejuk. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan. 

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 3
  • Harga – Dari RM 77 Semalaman.
  • Alamat – Jalan PPZ 1 Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Malaysia, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. SP Central Hotel

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 4

SP Central Hotel ini terletak betul-betul di tengah bandar Sungai Petani. Walaupun ianya merupakan hotel bajet, tetapi ianya dihias cantik dan persekitaran hotel ini kondusif dan bersih.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas dan selesa. Setiap unit lengkap dengan penyaman udara, meja dan set TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, ruang santai yang menghidangkan snek dan makanan ringan percuma, ruang seterika dan mesin layan diri yang menjual air minuman dan snek.

Perkhidmatan kemasan bilik harian dan surat khabar percuma juga ada disediakan. Untuk tetamu muslim, sejadah dan telekung ada disediakan atas permintaan.

SP Central Hotel
  • Harga – Dari RM 80 Semalaman.
  • Alamat – 6A, JALAN IBRAHIM KOMPLEKS SERI TEMIN, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. Saujana CT View Hotel

Saujana CT View Hotel

Saujana CT View hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak berhampiran dengan pusat membeli belah Amanjaya Mall. Bahagian luar dan dalaman hotel ini dicat dengan kombinasi warna putih dan merah jambu yang mencetuskan suasana ceria dan selesa.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias comel dengan perabot berwarna merah jambu. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV dan meja. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma,ruang santai yang menyediakan minuman panas dan kedai mini yang menjual snek, makanan segera dan minuman. Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan. Hotel ini juga menawarkan keahlian kepada para tetamu. Jika tetamu berjaya mengumpul 12 cop, mereka dapat menetap di hotel ini secara percuma semalam.

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 5
  • Harga – Dari RM 80 Semalaman.
  • Alamat -NO 6, JALAN CEMPAKA 1/1, BANDAR AMANJAYA, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. Hotel Apple Inn

Apple Inn Hotel

Apple Inn Hotel merupakan sebuah hotel butik yang terkenal di Sungai Petani. Ia juga pernah menjadi lokasi pergambaran drama siri terkenal Malaysia Mok Cun. Hotel ini dihias cantik dan mempunyai lukisan mural di bahagian dinding luarnya. 

Hotel ini menawarkan 11 unit tetamu yang selesa. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, perabot, set TV bersatelit, alat pengesan asap dan telefon. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan peralatan mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti ruang santai yang selesa, liputan WIFI percuma dan dewan acara. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

Apple Inn Hotel
  • Harga – Dari RM 85 Semalaman.
  • Alamat – 33, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

9.OYO 593 Sastria Hotel

OYO 593 Sastria Hotel

OYO 593 Sastria Hotel merupakan salah satu lagi hotel ahli OYO Rooms. Di cat dengan warna hijau terang, hotel ini merupakan hotel bertaraf dua bintang. Ianya terletak bersebelahan restoran yang menyajikan masakan panas tempatan.

Hotel ini menawarkan 37 unit bilik tetamu yang kemas dan selesa. Setiap unit lengkap dengan keperluan asas seperti penghawa dingin dan set TV. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan peralatan mandian. beberapa unit juga mempunyai tab mandi. Alat pengering rambut ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, ruang santai dan kerusi urut.

Perkhidmatan kemasan harian dan surat khabar percuma juga ada disediakan.  Perkhidmatan  hantaran ulang alik ke lapangan terbang juga boleh diatur dengan bayaran tambahan.

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 6
  • Harga – Dari RM 85 Semalaman.
  • Alamat – No.28 Jalan Pahlawan, Taman Lagenda Indah, Sungai Petani, Kedah, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

10. Northern Lodge

Northern Lodge

Northern Lodge ini merupakan hotel subsidiari kepada Hotel Park Royal Avenue. Ianya berfokuskan perkhidmatan tempat penginapan bajet kepada tetamu. Hotel ini baru sahaja diubahsuai untuk memastikan keselesaan berterusan kepada para tetamu.

Hotel ini menawarkan 91 unit bilik tetamu yang terang dan kemas. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, set TV dan perabot. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma dan ruang santai yang lengkap dengan kerusi urut. disediakan secara percuma. Terdapat juga pantri yang menyediakan dispenser air minuman panas dan sejuk. Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan.

Northern Lodge
  • Harga – Dari RM 85 Semalaman.
  • Alamat – C 80, Lorong 9, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

11. T+ Hotel Sungai Petani

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 7

T+ Hotel Sungai Petani merupakan salah satu cawangan T Hotel yang terkenal di bahagian utara Malaysia. Ianya merupakan sebuah hotek butik dan terletak dekat dengan stesyen keretapi dan terminal bas Sungai Petani.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV dan perabot. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai, tempat letak kereta, restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan surat khabar percuma. Hotel ini juga ada menyediakan perkhidmatan kemasan bilik percuma.

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 8
  • Harga – Dari RM 85 Semalaman.
  • Alamat – No. 59-62, Lengkok Cempaka 1, Persiaran Cempaka Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

12. M Season Boutique Hotel

M Season Boutique Hotel

M season boutique hotel merupakan sebuah hotel butik 4 tingkat yang bertaraf 1 bintang. Bahagian luaran hotel ini dicat dengan warna merah jambu manakala bahagian dalamannya pula dicat dengan warna putih.

Hotel ini menawarkan 33 unit bilik tetamu yang moden dan lengkap. Setiap unit dilengkapi peralatan seperti penghawa dingin, set TV, mesin kopi dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan peralatan mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, teres yang mempunyai pemandangan sungai, ruang santai yang lengkap dengan kerusi urut, dispenser air dan mesin kopi, kedai runcit mini, sistem keselamatan yang berfungsi 24 jam dan tempat letak kereta. 

Perkhidmatan kemasan harian, perkhidmatan komuter percuma dan panggilan teksi juga ada disediakan.

M season Boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 85 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Masjid 1, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

13. CMN Hotel

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 9

CMN Hotel ini dibuka pada tahun 2015. Ia merupakan sebuah hotel bajet. Namun begitu, perkhidmatan yang diberikan amat berkualiti dan berbaloi.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang bersih dan selesa. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, tuala dan rak baju. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai yang selesa dan cantik, ruang seterika dan mesin dispenser air minuman panas dan sejuk.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan daftar masuk/keluar percuma dan perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

CMN Hotel
  • Harga – Dari RM 85 Semalaman.
  • Alamat – No.119, Jalan Bukit Puteri 9/11, Bandar Puteri Jaya, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

14. Hotel Spring Inn

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 10

Hotel Spring Inn baru dibuka pada awal tahun 2019. Jadi tidak banyak ulasan tentang hotel ini. Oleh kerana ianya masih baru, jadi kemudahan dan peralatan yang disediakan juga masih baru dan moden.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa. Setiap unit lengkap dengan keperluan asas dan peralatan seperti penghawa dingin, set TV dan mesin mencuci pinggan. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, tab mandi dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFi percuma dan restoran yang menyediakan sarapan pagi. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

Hotel spring inn
  • Harga – Dari RM 88 Semalaman.
  • Alamat – No 16 Tingkat 1 & 2 Jalan Padang Temusu Taman Padang Temusu, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

15. Asiago Hotel

Asiago Hotel

Asiago Hotel merupakan hotel butik yang bertaraf 1 bintang. Ianya baru dibuka pada awal tahun 2018. Asiago Hotel mempunyai 4 tingkat dan berkongsi bangunan dengan pusat kesihatan. Ianya terletak di tengah-tengah bandar.

Hotel ini menawarkan 48 unit bilik tetamu dengan pemandangan bandar yang moden dan selesa. setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, perabot, cermin dan rak penyangkut baju. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan mesra OKU, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, kedai runcit, tempat letak kereta dengan pengecas kereta elektrik percuma dan sebuah restoran yang menyediakan sarapan pagi dan masakan panas.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, khidmat pos dan daftar masuk/keluar peribadi juga ada disediakan.

Asiago Hotel
  • Harga – Dari RM 95 Semalaman.
  • Alamat – 680D, Jalan Kuala Ketil, Pekan Lama, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

16. OYO 937 Lucky Hotel

OYO 937 Lucky Hotel

OYO 937 Lucky Hotel merupakan salah satu hotel ahli OYO Rooms yang amat mementingkan kualiti perkhidmatan dan tempat penginapan. Hotel bertaraf 2 bintang ini terletak di tengah-tengah bandar Sungai petani dan mudah diakses dari semua arah.

Hotel ini menawarkan 14 unit bilik tetamu yang selesa dan bersih. Setiap unit dilengkapi dengan perabot,almari pakaian, penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, bidet dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan.

OYO 937 Lucky Hotel
  • Harga – Dari RM 95 Semalaman.
  • Alamat – 156, Jalan Mawar 2, Taman Pekan Baru, Kedah, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

17. OYO 541 Hotel OSMS

OYO 541 osms hotel

OYO 541 Hotel OSMS merupakan salah satu hotel ahli OYO Rooms yang terdapat di Sungai Petani. Jadi para tetamu tidak perlu risau tentang kualiti perkhidmatan yang bakal diterima. Hotel ini merupakan hotel bertaraf 2 bintang.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang bersih dan selesa. Ramai tetamu memuji bilik yang disediakan berbau harum dan segar. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV, almari pakaian, cerek elektrik dan peti sejuk. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan peralatan mandi.  

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai yang mempunyai kerusi urut dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan di sini.

OYO 541 OSMS
  • Harga – Dari RM 96 Semalaman.
  • Alamat – C102 Jalan Indah 2, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

18. Big Banana Hotel, Sg Petani

Big Banana

Big Banana Hotel merupakan sebuah hotel butik yang bertaraf 4 bintang. Ianya diuruskan oleh syarikat bernama SP Myway. Hotel ini mempunyai ciri unik bereka bentukkan bangunan selat yang dicat putih. Dalaman hotel pula dihias dengan hiasan klasik yang menarik dan elegan. Ramai tetamu yang memberikan ulasan yang sangat baik mengenai hotel ini.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias unik dan luas. Setiap unit mempunyai tumbuhan renek hidup yang memberikan impresi segar kepada tetamu yang menginap. Selain itu, setiap bilik juga dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV berskrin rata dan kopi segera. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. Beberapa unit juga dilengkapi dengan tab mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu dan sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, panggung wayang mini, sudut permainan kanak-kanak dan restoran yang menghidangkan bufet sarapan pagi asia, pusat perniagaan yang lengkap dengan komputer, mesin faks dan mesin pencetak.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan kejutan bangun pagi dan penghantaran ke lapangan terbang juga ada disediakan.

Big Banana
  • Harga – Dari RM 98 Semalaman.
  • Alamat – 243 Jalan Mawar 3/3, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

19. Hotel Aman Jaya

Hotel AmanJaya

Hotel Aman Jaya terletak di tengah-tengah bandar Sungai Petani. Ianya juga baru dibuka kepada para tetamu. Jadi tidak banyak ulasan yang dijumpai mengenai hotel ini.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang moden, berlantai parket dan berteres. Setiap unit dilengkapi penghawa dingin, set TV, cermin, tuala, rak pakaian dan telefon, Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel in mempunyai kemudahan seperti kaunter daftar masuk/keluar yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai yang selesa dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan di sini.

AmanJaya Hotel
  • Harga – Dari RM 100 Semalaman.
  • Alamat – 30 & 31, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

20. Hotel Le An

Hotel Le An

Hotel Le An merupakan sebuah hotel butik yang unik dan tersendiri. Ianya merupakan satu-satunya hotel di Kedah yang mempunyai tema unik seperti ini.  Le An bermaksud kegembiraan dan ketenangan. Bangunan dan exterior luar bangunan kelihatan seperti bentuk rumah kampung. Hotel ini menerima ulasan yang sangat baik daripada tetamu yang pernah menetap di sini.

Hotel ini menawarkan 18 unit bilik tetamu dengan tema pelbagai dan dihias cantik. Bilik-bilik yang ditawarkan mempunyai tema berbeza-beza. Antara tema-tema yang menarik termasuk tema Inggeris, tema Jepun, tema Arabia, tema moden, tema kereta lumba, tema angkasa lepas dan banyak lagi. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan rak pakaian. Bilik mandi mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang peramah dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

Hotel Le An
  • Harga – Dari RM 106 Semalaman.
  • Alamat – 30, 30A, LORONG BLM 1/6, BANDAR LAGUNA MERBOK, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH., 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

21. Big Orange Hotel Sungai Petani

Big Orange Hotel

Terletak di Sungai Petani Central, Big Orange Hotel Sungai Petani merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang menarik. Sesuai dengan namanya, hotel ini berkonsepkan buah-buahan. Ianya memberikan impresi segar kepada tetamu yang menetap di sini. eksterior dan interior hotel ini dicat dengan warna putih dan oren.

Big Orange Hotel Sungai Petani menawarkan 27 unit bilik tetamu yang kemas dan ceria. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, perabot dan set TV. Bilik mandi pula dilengkapi pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai, kedai runcit, sudut komputer, tempat letak kereta dan kafe yang dibuka 24 jam.

Perkhidmatan kemasan harian, perkhidmatan concierge, tempahan meja lawatan dan panggilan teksi juga ada disediakan. 

Big Orange Hotel
  • Harga – Dari RM 108 Semalaman.
  • Alamat – No. A31, Jalan 2, Cinta Sayang Resort Home, Sungai Petani, Kedah, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

22. OYO 562 K Garden Hotel

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 11

 OYO 562 K garden Hotel merupakan satu lagi hotel ahli OYO Rooms yang amat mementingkan kualiti perkhidmatan dan tempat penginapan. Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang terletak jauh sedikit dari pusat bandar menjadikan suasana sekitar agak tenang dan kurang bising.

Hotel ini menawarkan 17 unit bilik tetamu yang luas dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, rak baju, kopi segera dan loker. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian percuma. Beberapa unit juga dilengkapi tab mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan bilik harian, panggilan teksi dan sarapan pagi juga ada disediakan.

OYO 562 K Garden Hotel
  • Harga – Dari RM 109 Semalaman.
  • Alamat – No. 66,67,68,69,70,71, Lengkok Cempaka 1, Persiaran Cempaka, Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

23. El-Zahraa Inn

El Zahraa Inn

El-Zahraa Inn ini dibuka pada tahun 2009. Ianya sebuah hotel butik yang bertemakan seni bina timur tengah. Pada yang sukakan kelainan dan persekitaran ala-ala arabia, hotel ini merupakan penginapan yang sesuai untuk anda.

Hotel ini menawarkan 24 unit bilik tetamu yang dihiasi dengan hiasan timur tengah. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV, almari pakaian, telefon, cerek elektrik, set minuman 3 dalam 1, peralatan solat dan senaskah Al-Quran. Seterika dan alat pengering rambut juga disediakan atas permintaan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma dan spa. Perkhidmatan kemasan bilik harian dan hantaran sarapan ke bilik juga ada disediakan.

El Zahraa Inn
  • Harga – Dari RM 109 Semalaman.
  • Alamat – 75 & 76, Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

24. Merilton Hotel

Merilton Hotel

Merilton Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Ianya menawarkan perkhidmatan yang memuaskan dan mendapat ulasan yang sangat baik daripada tetamu yang pernah menginap di sini.

Hotel ini menawarkan 104 unit bilik tetamu yang selesa. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV dan cermin. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian. Beberapa unit juga mempunyai tab mandi.

Hotel ini mempunyai kaunter meja depan dan sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta dan sebuah restoran yang menyediakan masakan panas kontinental dan Asia. Perkhidmatan kemasan bilik percuma, daftar masuk/keluar express dan sarapan pagi juga ada disediakan.

Merilton Hotel
  • Harga – Dari RM 112 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

25. The Jerai Sungai Petani

The Jerai

The Jerai Sungai Petani merupakan salah satu cawangan The Jerai Hotel. Ianya merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Hotel ini dipunyai dan diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

The Jerai Hotel Sungai Petani menawarkan 114 unit bilik tetamu yang terdiri daripada bilik superior, bilik deluxe, suite junior dan suite VIP. Setiap unit dilengkapi dengan perabot, penghawa dingin, set TV dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. beberapa unit bilik tetamu juga mempunyai tab mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, kolam renang dewasa, kolam renang kanak-kanak, gimnasium, meja ping pong dan restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas tempatan dan barbeku.

perkhidmatan kemasan bilik harian, hantaran ulang-alik ke lapangan terbang dan khidmat hantaran makanan ke bilik juga ada disediakan.

The Jerai Hotel
  • Harga – Dari RM 115 Semalaman.
  • Alamat – 427, JALAN KOLAM AIR, SUNGAI PETANI, KEDAH, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

26. Greencity Hotel

GreenCity Hotel

Greencity Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di tengah-tengah bandar Sungai Petani. Lokasi hotel ini amat startegik dan terletak bersebelahan dengan bank, kedai serbaneka dan restoran.

Hotel ini menawarkan sebanyak 63 unit bilik tetamu yang dihias dengan cantik dan sangan selesa. Setiap unit dilengkapi penghawa dingin, set TV dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU seperti lif, ramp kerusi roda, bilik dan dan tandas mesra kerusi roda. Selain itu, hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter daftar masuk yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai dengan dispenser air minuman dan sebuah restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi.

Perkhidmatan kemasan bilik dan panggilan kejutan bangun pagi juga ada disediakan.

GreenCity Hotel
  • Harga – Dari RM 118 Semalaman.
  • Alamat – No. 18 Jalan Permatang Gedong Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

27. Emerald Puteri Hotel

31 Hotel di Sungai Petani yang Awesome dan Selesa 12

Hotel Emerald Puteri merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Hotel ini asalnya MS Garden. Ianya telah diambil alih dan diubah suai untuk keselesaan tetamu yang menginap di sini.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang moden dan berhawa dingin. Setiap unit dilengkapi set TV berskrin rata, seterika, cerek elektrik dan peti sejuk. Sejadah dan peralatan solat turut disediakan untuk tetamu Muslim. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian. Sesetengah unit juga mempunyai tab mandi. 

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 2 jam, kolam renang atas bumbung, restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas tempatan dan antarabangsa, akses internet percuma dan tempat letak kereta percuma. 

Perkhidmatan kemasan bilik harian, penghantaran makanan ke bilik, dobi dan fotokopi juga ada disediakan.

Emerald Putri Hotel
  • Harga – Dari RM 125 Semalaman.
  • Alamat – 50, JALAN PERMATANG GEDONG, TAMAN SEJATI INDAH, SUNGAI PETANI, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

28. Cinta Sayang Resort

Cinta Sayang Resort

Cinta Sayang Resort merupakan sebuah resort yang bertaraf 4 bintang. Resort ini mempunyai slogan “Cinta dan Kesungguhan adalah cara hidup kita”. Hotel ini dibuka pada tahun 1989. Resort ini merupakan tempat penginapan yang sesuai untuk pelbagai jenis umur dan pelbagai jenis tujuan.

Hotel ini menawarkan 50 unit chalet, 33 unit pangsapuri dan 143 unit bilik tetamu dan suite yang lengkap dengan segala keperluan asas yang diperlukan tetamu. Setiap unit mempunyai penyaman udara dengan suhu terkawal, bar mini, cerek elektrik dan set TV bersatelit. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Sesetengah unit juga mempunyai tab mandi,

Hotel ini mempunyai liputan WIFI percuma, padang golf dengan 18 lubang, dua premis makanan, bilik persalinan, sebuah gimnasium, spa, sebuah kolam renang, sebuah taman tema air, sebuah pusat konvensyen, pusat memanah, gelanggang badminton, pusat equestrian, kedai serbaneka dan tempat letak kereta percuma.

Perkhidmatan kemasan harian, perkhidmatan concierge, perkhidmatan valet, perkhidmatan dobi dan kejutan bangun pagi juga turut disediakan. 

Cinta Sayang Resort
  • Harga – Dari RM 138 Semalaman.
  • Alamat – Persiaran Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah Darul Aman, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

29. Hotel Seri Malaysia Sungai Petani

Hotel Seri Malaysia

Hotel Seri Malaysia Sungai Petani merupakan salah satu cawangan Hotel Seri Malaysia yang terkenal di Malaysia. Ianya merupakan hotel yang bertaraf 3 bintang. Hotel ini ada menyediakan diskaun kepada kakitangan kerajaan yang menetap di sini. 

Hotel ini menawarkan 100 unit bilik tetamu yang cantik dan selesa. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, set TV, bar mini, cerek elektrik, kemudahan membuat kopi dan telefon. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian. Sesetengah unit juga dilengkapi tab mandi.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, kolam renang dan restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas tempatan. 

Perkhidmatan kemasan bilik harian, penghantaran makanan ke bilik, kejutan bangun pagi dan dobi turut disediakan. 

Hotel seri malaysia
  • Harga – Dari RM 138 Semalaman.
  • Alamat – Seksyen 21, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

30. Swiss-Inn Sungai Petani

Swiss Inn Sungai Petani

Swiss-Inn Sungai Petani merupakan cawangan Swiss Garden Hotel yang terkenal dengan perkhidmatan penginapan mewah . Ianya merupakan hotel yang bertaraf 3 bintang yang elegan dan terletak berhampiran dengan stesyen keretapi. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias cantik dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, bar mini, seterika, papan seterika dan telefon. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian percuma. Beberapa unit juga mempunyai tab mandi dan jakuzi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, akses WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, surau, bilik mesyuarat, kolam renang luaran yang bersaiz Olimpik, spa, gimnasium, sebuah restoran dan sebuah kafe.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan penghantaran makanan ke bilik, perkhidmatan dobi dan cucian kering, perkhidmatan kejutan bangun pagi dan perkhidmatan penghantaran ke lapangan terbang juga ada disediakan.

Swiss Inn Sungai Petani
  • Harga – Dari RM 142 Semalaman.
  • Alamat – No. 1, Jalan Pahlawan, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

31. Purest Hotel Sungai Petani

Purest Hotel

The Purest Hotel Sungai Petani merupakan antara hotel terbaik yang terdapat di Sungai Petani. Hotel ini merupakan sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang. Hotel ini menjanjikan perkhidmatan penginapan yang terbaik dan memuaskan kepada tetamu yang menginap di sini. Dalaman hotel ini dihias dengan konsep glamor dan berkelas.

Hotel ini menawarkan sebanyak 123 unit bilik tetamu yang dihias elegan. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, almari pakaian, telefon, peti ais dan cerek elektrik. Bilik air pula dilengkapi dengan pancuran air panas, alat pengering rambut, bidet, jubah mandi, selipar dan peralatan mandian. Sesetengah unit juga dilengkapi dengan tab mandi dan jakuzi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan dan sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, kolam renang dewasa, kolam renang kanak-kanak, ruang santai, padang gold, denai kembara, tempat letak kereta, sebuah restoran dan sebuah bar. 

Perkhidmatan kemasan bilik harian, khidmat bilik 24 jam, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan kejutan bangun pagi juga ada disediakan.

Purest Hotel
  • Harga – Dari RM 230 Semalaman.
  • Alamat – No. A-2, Jalan Indah 1, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

Berakhir sudah senarai 31 Hotel yang terdapat di Sungai Petani. Jika anda masih mahu mengetahui dengan lebih lanjut hotel-hotel yang terdapat di sana, anda boleh saja terus melawat ke Booking.com ataupun Agoda.com. Selamat bercuti.

Similar Posts