hotel taiping

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa

Taiping merupakan salah satu tempat bersejarah di Malaysia. Ia menempatkan sekurang-kurangnya 33 lokasi “pertama di Malaysia” termasuk taman tasik pertama, muzium pertama, stesyen keretapi pertama, menara jam pertama, zoo pertama dan banyak lagi.

Pilihan BEST Hotel di Taiping (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: Janaview Taiping Hotel, ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Taiping, namun begitu fasiliti seperti kafe, gelanggang tenis dan kolam renang ada di sini.”

Hotel Untuk Pengembara Solo: Guesthouse Hotel Malaya, “Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Taiping dan dekat dengan kedai makan dan kedai serbaneka. Amat sesuai untuk tetamu yang mengembara solo.”

Hotel Berkonsep Unik: The Forest Cabin“Hotel yang terletak di tengah-tengah kampung ini menyajikan tetamu dengan penginapan desa di kelilingi suasana kampung yang damai. Tetamu berpeluang duduk mengelilingi unggun api, berbarbeku, melawat dusun dan ladang dan mendaki bukit ke air terjun berhampiran.”

Hotel untuk Keluarga: Sentosa Villa, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga mempunyai fasiliti seperti kemudahan barbeku, dewan permainan, taman permainan kanak-kanak dan kolam renang untuk kanak-kanak juga ada disediakan.”

Hotel Untuk Berbulan Madu: Hotel Grand Baron“Hotel yang terletak bersebelahan dengan Taman Tasik Taiping ini menawarkan suite bulan madu yang dihias cantik. Perkhidmatan makan malam romantik dengan pemandangan tasik dan perkhidmatan limousin juga ada disediakan.”

Taiping menyajikan anda kenyamanan tanah tinggi di Bukit Larut yang merupakan kawasan terlembap di Malaysia kerana taburan hujannya yang tinggi. Dalam masa yang sama juga ia memberi anda peluang menikmati suasana pantai yang permai dan kaya dengan hasil laut.

Taiping baru sahaja disenaraikan sebagai bandar ketiga paling lestari di dunia. Ia bukan pencapaian kecil untuk sebuah bandar yang agak kecil. 

Jika anda berminat untuk melawat Taiping, kami ada senarai 27 hotel di Taiping yang terbaik dan selesa yang boleh anda pilih. Senarai ini disusun dari yang paling murah ke yang paling mahal untuk memudahkan pencarian anda. Pilihlah yang mana sesuai dengan minat dan bajet anda. 

Jika anda masih tiada rancangan tentang tempat menarik yang anda mahu lawati, anda boleh merujuk pada senarai 45 Tempat Menarik di Perak yang kami sediakan. Ada beberapa tempat yang disenaraikan terletak di Taiping.

Jika anda berniat untuk melawat Ipoh selepas Taiping. Kami juga ada senarai 31 Hotel Butik yang Cantik di Ipoh untuk anda jadikan rujukan.

1. Janaview Taiping Hotel

JanaView Hotel main

Janaview Taiping Hotel ini terletak berhampiran dengan Taiping Golf Resort. Hotel ini agak lama berbanding hotel-hotel yang ada di Taiping. Walaupun begitu, segala kemudahan yang disediakan masih berada dalam keadaan baik.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik yang mempunyai balkoni dengan pemandangan Bukit Larut ataupun Taman Tasik. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, set TV, almari pakaian, meja, sofa, set kopi dan teh percuma dan lain-lain. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan selipar. Terdapat juga dapur mini untuk tetamu memanaskan masakan. Hotel ini bagaimanapun tidak mempunyai liputan WIFI. Tapi memandangkan kos sewaan semalamannya agak murah. Hotel ini agak berbaloi terutama untuk keluarga.

Hotel ini juga mempunyai restoran untuk tetamu yang ingin menikmati masakan panas. Terdapat juga sebuah kolam renang yang boleh digunakan tetamu dengan bayaran RM5 seorang. Persekitaran sekitar hotel ini amat tenang dan mendamaikan untuk untuk tetamu bersiar-siar. Terdapat juga sebuah gelanggang tenis di sini.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan basikal sewa, perkhidmatan kemasan harian dan penghantaran barangan runcit ke bilik.

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 43
  • Harga – Dari RM 57 Semalaman.
  • Alamat – Taiping Golf Resort Jalan Bukit Jana, Kamunting, 34600 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. Guesthouse Hotel Malaya

Guesthouse Hotel Malaya main

Guesthouse Hotel Malaya terletak kira-kira 400 meter dari Taiping Mall. Oleh kerana lokasinya berada di tengah-tengah bandar, ia agak meriah dan sibuk. Ianya sangat sesuai untuk pengembara solo. Hotel ini merupakan sebuah hotel bajet yang bertaraf 2 bintang. Walaupun hotel ini agak lama, tetapi kemudahan yang disediakan masih berada dalam keadaan baik. 

Ianya menawarkan bilik-bilik yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan perabot dan kelengkapan seperti set TV, cermin, almari baju dan cawan untuk minuman. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan rak tuala.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan liputan WIFI percuma. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

Guesthouse Hotel malaya
  • Harga – Dari RM 63 Semalaman.
  • Alamat – 52, Market Square, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. Reserve The Cozytainer

Reserve The Cozytainer

Reserve The Cozytainer adalah merupakan tempat perkhidmatan yang dibina daripada kabin kontena yang dihias dengan konsep kontemporari dan moden. Hotel ini sangat sesuai untuk tetamu yang datang melawat Taiping dengan rakan-rakan.

Hotel ini menawarkan sebanyak 27 unit bilik tetamu yang terdiri daripada 3 jenis iaitu bilik double, bilik triple dan bilik quadruple. Setiap bilik dilengkapi dengan katil, set TV, selipar dan tuala. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan alat pengering rambut.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, teres, taman, tempat letak kereta percuma dan dapur yang lengkap dengan dapur gas untuk tetamu memasak, pembasuh pinggan mangkuk dan dispenser air panas dan sejuk. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

Reserve The Cozytainer
  • Harga – Dari RM 67 Semalaman.
  • Alamat – 183, Jalan Merdeka, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

4. OYO 965 Maxwell Inn Boutique Hotel

OYO 965 Maxwell Inn Boutique Hotel

OYO 965 Maxwell Inn Boutique Hotel ini merupakan sebuah hotel butik. Rekabentuk hotel ini dibina mirip seperti bangunan kolonial yang banyak terdapat di Taiping. Hotel ini sesuai untuk tetamu yang datang bersama pasangan dan keluarga.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang elegan dan berkelas. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, set TV berskrin rata, almari pakaian dan telefon. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah unit pula mempunyai tab mandi. 

Hotel ini menyediakan kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma dan ruang santai yang cantik dan selesa. Hotel ini juga ada menyediakan perkhidmatan basikal sewa dan kemasan bilik harian.

OYO 965 Maxwell Inn Boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 70 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Taming Sari 249, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. Potato Hotel

Potato Hotel

Walaupun nama hotel ini Potato Hotel, rekabentuk bangunannya dibina dengan konsep moden dan dicat dengan combinasi warna kelabu dan ungu. Ianya terletak di luar kawasan pusat bandar jadi suasananya agak tenang dan mendamaikan. Hotel ini sesuai untuk tetamu yang mempunyai kenderaan peribadi.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa. Setiap unit dilengkapi dengan set penghawa dingin, set TV berskrin rata, tuala dan langsir gelap. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, kaunter bar untuk tetamu makanan yang dibungkus dan mesin layan diri yang menjual air minuman.

Ambil kesempatan daripada pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang tiada tandingan di hotel Taiping ini. Untuk menamakan beberapa kemudahan di hotel ini, terdapat pengemasan harian, meja depan 24 jam, simpanan bagasi, Wi-Fi di tempat awam, tempat letak kereta. Pekhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

Potato Hotel
  • Harga – Dari RM 73 Semalaman.
  • Alamat – Lot 11512, Jalan Kampung Dew 34700 Simpang, 34700 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. Kimal Hotel Kamunting

Kimal Hotel Kamunting

Terdapat dua cawangan Kimal Hotel di Taiping. Salah satunya ialah Kimal Hotel Kamunting. Ianya dibuka pada tahun 2016 dan terletak hampir dengan Taiping Mall.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa dan cantik. Ianya lengkap dengan penghawa dingin, set TV berskrin rata. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut, set peralatan mandian yang lengkap dengan sikat, syampu, gel mandian, berus gigi dan ubat gigi.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan harian juga ada disediakan.

Kimal Hotel Kamunting
  • Harga – Dari RM 77 Semalaman.
  • Alamat – 73 – 75, Jalan Taiping Utara Taman Taiping Utara, Kamunting, 34600 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. Kimal Hotel Taiping

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 44

Kimal Hotel Taiping adalah satu lagi cawangan hotel Kimal Hotel yan terdapat di Taiping. Walaupun ianya merupakan sebuah hotel bajet, ia menawarkan tempat penginapan asas yang sangat selesa kepada tetamu. Dinding-dinding di hotel ini dihias dengan lukisan mural dan poster-poster yang menarik.

Hotel ini menawarkan sebanyak 32 bilik tetamu yang cantik dan lengkap dengan kemudahan asas. Setiap unit mempunyai penghawa dingin, lantai berkarpet, set TV, meja, cerek elektrik dan kemudahan membuat teh dan kopi.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang santai dan tempat letak kereta. Perkhidmatan kemasan harian, surat khabar percuma dan perkhidmatan dobi juga ada disediakan.

Kimal Hotel Taiping
  • Harga – Dari RM 77 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. Sojourn Beds & Cafe

Sojourn Bed & Cafe

Sojourn Beds & Café ini asalnya merupakan sebuah rumah kedai pra perang dunia kedua yang telah dibaik pulih menjadi sebuah tempat penginapan. Hotel ini amat sesuai untuk tetamu yang datang berkumpulan dan sukakan sesuatu yang klasik dan unik. 

Hotel ini menawarkan 4 bilik tetamu single dan 8 bilik asrama lengkap dengan katil kembar dua tingkat. Bilik-bilik ini selesa dan berhawa dingin. Setiap unit mempunyai meja tulis, adapter dan kemudahan menyeterika. Ianya juga menyediakan bilik mandi berkongsi yang bersih dan lengkap dengan pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma. ruang santai yang selesa, teres atas bumbung, taman yang cantik, ruang simpanan bagasi, dapur yang lengkap dengan peralatan memasak, peralatan komputer dan perpustakaan mini. 

Kakitangan di sini sangat peramah dan suka membantu, tetamu akan diberi peta percuma dan maklumat-maklumat menarik tentang tempat-tempat menarik di Taiping. Sarapan pagi dan kopi/teh percuma juga ada disediakan sepanjang hari. Tetamu juga boleh menyewa basikal di sini.

Sojourn Bed & Cafe
  • Harga – Dari RM 78 Semalaman.
  • Alamat – No. 54, Jalan Kota, 34000 Taiping, Perak, Malaysia., 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

9. Axis Hotel

Hotel Axis

Axis Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di bandar Taiping. Ianya terletak hampir dengan restoran makanan terkenal di Taiping iaitu Ansari Cendol dan Bismillah. Ia juga terletak berhampiran dengan pasar besar Taiping.

Hotel ini menawarkan 3 jenis bilik tetamu iaitu bilik single, bilik pasangan dan bilik keluarga. Setiap bilik mempunyai kelengkapan seperti penghawa dingin, set TV berskrin rata dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi dan tempat letak kereta awam dengan bayaran RM2 sehari. Perkhidmatan kemasan harian percuma dan panggilan teksi juga ada disediakan.

Hotel Axis
  • Harga – Dari RM 82 Semalaman.
  • Alamat – 64, Jalan Barrack, Perak, 34700 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

10. Hotel Seri Malaysia Taiping

Hotel Seri Malaysia Taiping

Hotel Seri Malaysia merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak berdekatan dengan Taman Tasik Taiping yang merupakan taman tasik pertama di Malaysia. Persekitaran hotel ini amat tenang dan mendamaikan.

Hotel ini menawarkan sebanyak 100 buah bilik tetamu yang luas dan selesa. Setiap unit dilengkapi dengan set perabot kayu yang elegan, telefon dan set TV berskrin rata. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan peralatan mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja tetamu, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, sebuah kolam renang luaran, ruang solat, kemudan barbeku, ruang simpanan bagasi dan restoran yang menyediakan sarapan dan masakan panas tempatan. Perkhidmatan kemasan harian dan panggilan bangun pagi juga ada disediakan.

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 45
  • Harga – Dari RM 82 Semalaman.
  • Alamat – No 4 Jalan Sultan Mansor Taiping Perak, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

11. SSL Traders Hotel

SSL Traders Hotel

SSL Traders Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang berkonsepkan kontemporari. Ianya terletak di persimpangan antara bandar warisan Taiping dan Kamunting. 

Hotel ini menawarkan sebanyak 110 buah bilik tetamu yang unik dan moden. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV berskrin rata, peti simpanan, cerek elektrik, set teh/kopi percuma dan peti sejuk. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan yang mesra OKU, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tiga buah restoran, sebuah bar, sebuah gimnasium dan tempat letak kereta. Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, panggilan bangun pagi, dobi, fax dan fotokopi juga ada disediakan.

SSL Traders Hotel
  • Harga – Dari RM 84 Semalaman.
  • Alamat – No. 43, Jalan Medan Perwira Satu, Medan Perwira., 34600 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

12. Hotel Panorama

Hotel Panorama

Hotel Panorama terletak di tengah-tengah bandar Taiping yang bersejarah, Hotel ini sangat selesa, mudah dijumpai dan sesuai untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil.

Hotel ini menawarkan sebanyak 80 buah bilik tetamu yang dihias cantik dan mewah. Terdapat 4 jenis bilik tetamu yang disediakan iaitu bilik single, bilik deluxe, bilik keluarga dan suite. Setiap unit dilengkapi dengan peralatan seperti telefon, mini bar, cerek elektrik dan kemudahan membuat teh/kopi. Bilik tetamu pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan peralatan mandian. Sesetengah unit juga mempunyai tab mandi. Katil bayi juga ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma,sebuah restoran dan tempat letak kereta dengan pengawal keselamatan. Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada hantaran makanan ke bilik, surat khabar percuma, perkhimatan kemasan harian dan basikal sewa.

Hotel Panorama
  • Harga – Dari RM 89 Semalaman.
  • Alamat – 61-79, Jalan Kota, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

13. The Forest Cabin

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 46

Jika tetamu mahukan pengalaman yang lain dari yang lain. The Forest Cabin adalah jawapannya. Tempat ini terletak di sebuah kampung Melayu yang menenangkan dan dikelilingi pokok-pokok buah-buahan dan reban haiwan ternakan seperti ayam dan itik. 

The Forest Cabin menawarkan penginapan yang unik dan mesra alam sekitar. Setiap kabin yang ditawarkan lengkap dengan tilam, cerek elektrik, cawan dan peti ais. Bilik mandi terletak berasingan. Kabin-kabin di sini mempunyai balkoni yang menghadap unggun api.

The Forest Cabin mempunyai unggun api yang juga berfungsi sebagai tempat tetamu bersantai dan berbarbeku. Tetamu juga boleh menjalankan aktiviti seperti memanah dan trekking di kawasan hutan berhampiran yang juga dekat dengan air terjun.  

The Forest Cabin
  • Harga – Dari RM 93 Semalaman.
  • Alamat – Lorong 14 3, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

14. SQUARE Inn

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 47

SQUARE INN hotel ini masih baru, jadi tak banyak ulasan yang ditinggal dari tetamu yang pernah menginap di sini. Seperti namanya, reka bentuk hotel ini berkonsepkan segi empat sama yang unik. Ruang dalamannya juga dihias cantik dan amat sesuai untuk tetamu yang suka bergambar. Ianya sesuai untuk keluarga dan tetamu yang inginkan kemudahan memasak.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang dihias kemas. Setiap unit mempunyai perabot, penghawa dingin, set TV dan telefon. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam,liputan WIFI percuma, ruang santai yang selesa, dapur yang lengkap dengan peralatan memasak ringkas, peti sejuk dan dispenser air minuman, ruang makan yang luas dan ruang menyeterika. Perkhidmatan kemasan bilik harian juga ada disediakan. 

Square Inn
  • Harga – Dari RM 94 Semalaman.
  • Alamat – 4, Lorong Jaya 4, Taman AOR Jaya, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

15. Bukit Merah Laketown Hotel

Bukit Merah Laketown Hotel

Bukit Merah Laketown Hotel adalah sebahagian daripada Bukit Merah Laketown Resort yang merupakan sebuah kompleks eko-pelancongan yang lengkap dan komprehensif. Ianya terletak kira-kira 20 KM dari bandar Taiping. Sesuai untul dijadikan transit sebelum ke Taiping jika anda dari arah utara. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin dan lengkap dengan peralatan seperti set TV, peti sejuk dan kemudahan membuat teh/kopi. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kenderaan percuma, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma, kolam renang, gimnasium, spa dan restoran yang dengan pemandangan tasik berkeluasan 7000 ekar. Terdapat juga tempat menarik seperti taman tema air, taman eko dan pusat rehabilitasi orang utan di sekitarnya.

Bukit Merah Laketown Hotel
  • Harga – Dari RM 98 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Bukit Merah Taiping 34400 Semanggol, PERAK Malaysia, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

16. TT Dorf Hotel

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 48

TT DORF HOTEL merupakan hotel kabin kontena pertama yang terdapat di Matang. Matang merupakan salah satu kawasan di Taiping yang terkenal dengan Hutan Simpan Paya Bakau Matang dan kilang arang. Ianya sesuai untuk tetamu yang sukakan yang dekat dengan alam semula jadi. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang lengkap dan berlantai parket. Ia juga mempunyai keperluan asas seperti penghawa dingin, set TV dan telefon. Bilik mandi pula luas dan lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempak letak kereta dan kemudahan barbeku. Perkhidmatan seperti kemasan harian dan basikal sewa juga ada disediakan. Premis ini tidak mempunyai liputan WIFI, jadi ianya sesuai untuk tetamu yang mahu lari sekejap dari suasana sibuk kota.

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 49
  • Harga – Dari RM 103 Semalaman.
  • Alamat – NO 8, TAIPING, Perak, 12, Lorong Ds 1, TAMAN MATANG PERMAI, 34750 Matang, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

17. Hotel Vistana Micassa

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 50

Hotel Vistana Micassa ini dibuka pada tahun 2012. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Taiping. Jadi pada yang sukakan akses mudah ke mana-mana tempat menarik sekitar bandar Taiping. 

Hotel ini menawarkan sebanyak 44 unit bilik tetamu yang terdiri daripada 6 jenis. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, telefon dan cerek elektrik. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan set mandian. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, ruang lobi dan restoran.

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 51
  • Harga – Dari RM 104 Semalaman.
  • Alamat – 20, Jalan Taming Sari, Taman Jambu, 34000 Taiping, Negeri Perak, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

18. Louis Hotel

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 52

Louis Hotel adalah sebuah hotel butik yang terletak di tengah-tengah bandar Taiping. Ianya dibuka pada tahun 2016. Bahagian luar hotel dicat dengan warna-warna ceria seperti kuning, oren dan merah. Bahagian dalaman pula dihias dengan warna-warna glamour yang menarik.

Hotel ini menyediakan 27 unit bilik tetamu yang dihias cantik dan menarik dengan pencahayaan lampu malam. Setiap unit lengkap dengan perabot, penghawa dingin, set TV, cerek elektrik, rak baju, dan peti simpanan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, selipar dan set mandian. Sesetengah unit juga mempunyai tab mandi. 

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta dan kedai runcit. Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan khidmat panggilan teksi juga ada disediakan.

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 53
  • Harga – Dari RM 107 Semalaman.
  • Alamat – No. 129-131, Jalan Pasar, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

19. Tune Hotel – Taiping

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 54

Tune Hotel merupakan subsidiari kepada syarikat Air Asia yang menawarkan perkhidmatan hotel 3 bintang yang lengkap dan moden pada harga bajet. Hotel ini terletak bersebelahan dengan pusat membeli belah Tesco dan bertentangan dengan Taiping Sentral Mall. ia juga mempunyai restoran makanan segera dan gimnasium di bangunan yang sama. Pada tetamu yang datang ke Taiping untuk tujuan kerja, Tune Hotel adalah pilihan yang sesuai.

 Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang berhawa dingin dan lengkap dengan set TV, peti simpanan bersaiz komputer riba dan meja kerja. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, bidet dan alat pengering rambut.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan yang mesra OKU, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, sistem keselamatan 24 jam, ruang simpanan bagasi, ruang santa yang selesa, liputan WIFI percuma dan tempat letak kereta. Pekhidmatan seperti kemasan bilik harian dan panggilan bangun pagi juga turut disediakan.   

Tune Hotel Taiping
  • Harga – Dari RM 108 Semalaman.
  • Alamat – No. 67, Taiping Centre Point, Susur Larut, (Jalan Istana Larut) 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

20. Golden Roof Hotel, Taiping

Golden Roof Taiping

Golden Roof Hotel Taiping adalah sebuah cawangan Hotel Golden Roof yang mempunyai beberapa cawangan di Perak. Ianya dibuka pada tahun 2015, terletak di tengah-tengah kawasan bandar dan dekat dengan kawasan-kawasan menarik di Taiping.

Hotel ini menawarkan sebanyak 25 unit bilik tetamu yang terdiri daripada bilik superior, bilik deluxe dan bilik keluarga. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV dan peti simpanan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, mesin dispenser air minuman dan tempat letak kereta. Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, daftar masuk dan keluar express dan khidmat panggilan teksi juga ada disediakan.

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 55
  • Harga – Dari RM 110 Semalaman.
  • Alamat – 3A, Jalan Taiping 1, Off Jalan Tupai, Taiping Business Centre, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

21. Sentosa Villa

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 56

Sentosa Villa terletak hampir dengan Bukit Larut. Ianya menawarkan tempat penginapan seperti santuari yang dikelilingi alam semula jadi yang tenang dan mendamaikan. Tetamu yang menetap ke sini dapat menikmati pemandangan Bukit Larut. Cuaca di sekeliling juga nyaman.

Hotel ini menawarkan 27 unit bilik tetamu yang luas dan selesa dan berbalkoni. Setiap unit adalah berhawa dingin dan lengkap dengan peralatan seperti set TV, rak baju, peti sejuk, peti simpanan, telefon dan kemudah membuat teh/kopi. Bilik mandi pula lengkap pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut, set mandian dan jubah mandi.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma tempat letak kereta, kolam renang semula jadi, sungai yang cetek, landskap tropika, dewan permainan ping pong, kemudahan barbeku, taman permainan kanak-kanak dan restoran yang menyediakan sarapan pagi dan masakan panas tempatan. 

Tetamu boleh meluangkan masa berjalan di kawasan sekitar atau bersiar-siar di kaki hutan Bukit Larut. Tetamu juga boleh melawat Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping dan Taman Equine yang menyediakan perkhidmatan menunggang kuda dan ATV.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, urutan spa, hantaran makanan ke bilik, kereta sewa dan basikal sewa juga ada disediakan. 

Sentosa Villa
  • Harga – Dari RM 111 Semalaman.
  • Alamat -Sentosa Villa, Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

22. Legend Inn Hotel

Legend Inn

Legend Inn Hotel merupakan antara hotel yang baru dibuka di Taiping. Hotel ini juga berkonsep canggih dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang baru dan terkini. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Taiping. Stesyen bas dan teksi juga terletak berdekatan.

Hotel ini menawarkan sebanyak 88 unit bilik tetamu yang bergaya dan pempunyai pemandangan bandar dan bukit. Setiap bilik dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, set TV, peti simpanan dan peti sejuk. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti  liputan WIFI percuma, ruang lobi yang luas, kedai kopi yang selesa, kaunter meja depan dan sistem keselamatan yang beroperasi 24 jam, restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi, masakan panas tempatan dan antarabangsa. Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, hantaran makanan ke bilik, dobi dengan bayaran tambahan, kereta sewa dan pos juga ada disediakan.

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 57
  • Harga – Dari RM 119 Semalaman.
  • Alamat – No 2, Jalan Long Jaafar, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

23. Flemington Hotel

Flemington Hotel

Flemington Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang dibuka pada tahun 2006. Ianya terletak bersebelahan Taman Tasik Taiping dan menawarkan pemandangan taman tasik dan pemandangan bandar warisan.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas dan mempunyai tingkap besar dari siling ke lantai. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti sejuk, telefon, peti simpanan dan cerek elektrik. Bilik mandi mempunyai pancuran air panas, tab mandi dan set mandian.

Flemington Hotel mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan 24 jam, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, kolam renang dewasa yang terletak di atas bumbung, kolam renang kanak-kanak dan 3 buah restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi, masakan tempatan, masakan tempatan dan masakan antarabangsa. Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada khidmat kemasan bilik harian, penghantaran makanan ke bilik, panggilan kejutan bangun pagi dan basikal sewa.

Flemington Hotel
  • Harga – Dari RM 137 Semalaman.
  • Alamat – No. 1, Jalan Samanea Saman, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

24. Hotel Grand Baron

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 58

Hotel Grand Baron merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang terletak berhampiran dengan kaki Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping. Ianya mempunyai reka bentuk yang unik dan bahagian atas bangunan dipenuhi dengan pokok-pokok renek dan pokok hiasan menambahkan keunikan rekabentuk hotel ini.

Hotel ini menawarkan 80 unit bilik tetamu yang selesa dan mewah. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, alat tulis, kit jahitan dan cerek elektrik. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, tab mandi, selipar, jubah mandi, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel Grand Baron mempunyai kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam. liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi, kolam renang terbuka dengan kerusi santai, gimnasium, spa, tempat letak kereta dan 3 buah restoran. Perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan harian, perkhidmatan bilik yang beroperasi 24 jam, perkhidmatan concierge, perkhidmatan dobi, perkhidmatan limousin, khidmat ulang alik, penghantaran pos dan kurier, tempahan tiket dan pakej pelancongan dan penghantaran makanan ke bilik.

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 59
  • Harga – Dari RM 146 Semalaman.
  • Alamat – Hotel Grand Baron 8, PT 7861, Jalan Bukit Larut, Perak, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

25. Hotel Seri Warisan

Hotel Seri Warisan

The Regency Hotel Seri Warisan merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di tengah-tengah bandar Taiping. Ianya terletak berhampiran dengan Taiping Market Square. Lokasi hotel ini juga boleh diakses dengan mudah.

Hotel ini menawarkan 45 unit bilik tetamu yang selesa dan menenangkan. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, meja, bar mini, cerek elektrik dan telefon. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, spa, surau dan restoran yang menyediakan masakan panas tempatan dan antarabangsa. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik dan panggilan kejutan sarapan pagi.

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 60
  • Harga – Dari RM 154 Semalaman.
  • Alamat – 2453, Jalan Convent, 34000 Taiping, Negeri Perak, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

26. Novotel Taiping

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 61

Novotel Hotel terletak bersambung dengan Taiping Mall. Lokasi hotel ini terletak hampir dengan medan selera Taiping yang terkenal dengan sate dan yong tau foo. Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang berkonsepkan elegen dan kontemporari. 

Hotel ini menawarkan 197 unit bilik tetamu yang mewah dan elegan dengan pemandangan bukit dan bandar. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV berskrin rata, peti sejuk dan cerek elektrik . Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, jubah mandi, selipar, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, kolam renang luaran dengan teres untuk bersantai, gimnasium, kelab kanak-kanak dan restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan sebuah bar gourmet. Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kemasan bilik harian, penghantaran makanan ke bilik, dobi dan panggilan bangun pagi.

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 62
  • Harga – Dari RM 168 Semalaman.
  • Alamat – No.1, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

27. Hotel Taiping Perdana

27 Hotel di Taiping Yang Best dan Selesa 63

Hotel Taiping Perdana merupakan hotel bertaraf tiga bintang yang memberikan perkhidmatan dan fasiliti bertaraf 4 bintang. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Taiping dan menawarkan keselesaan dan kemewahan kepada tetamu yang menginap di sini.

Hotel ini menawarkan 138 unit bilik tetamu yang elegan dan dilengkapi dengan lantai peribadi. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, kemudahan membuat teh/kopi dan seterika. Bilik mandi pula dilengkapi pancuran air panas, tab mandi, alat pengering rambut dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, pusat perniagaan, kolam renang dalaman, restoran yang menyediakan masakan panas tempatan dan antarabangsa. Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, simpanan bagasi, dobi dan cucian kering juga ada disediakan.

Hotel Taiping Perdana
  • Harga – Dari RM 212 Semalaman.
  • Alamat – 1, Medan Koperasi, Lorong Koperasi, 34000 Taiping, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

Berakhir sudah senarai 27 Hotel di Taiping yang boleh anda pilih. Jika anda masih mahu memilih, anda boleh terus melawat ke Booking.com ataupun Agoda.com

Taiping sudah sangat hampir dengan Pulau Pinang. Jika anda mahu melawat Pulau Pinang, kami ada senarai 48 Tempat Menarik di Pulau Pinang untuk anda.

Anda juga boleh memilih tempat penginapan di Penang dengan merujuk senarai 31 Hotel Bajet di Pulau Pinang yang kami sediakan.

Similar Posts