hotel in tawau

20 Hotel di Tawau Yang Menarik Untuk Anda Jika Pilih Bakal Bercuti

Tawau adalah sebuah bandar yang terletak di Selatan negeri Sabah. Ianya merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah. Tawau memang kaya dengan keindahan alam sekitarnya yang masih tidak terusik dan pantainya yang cantik dah jernih. Tawau juga menjadi pusat transit bagi pengunjung sebelum memulakan perjalanan ke Pulau-pulau berdekatan seperti Sipadan dan Mabul.

Pilihan BEST Hotel di Tawau (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: T Hotel, โ€ Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Tawau tetapi yang diberikan amat bagus dan memuaskan.โ€

Hotel Tumpuan Backpackers: Pertama Lodgeโ€ Walaupun merupakan perkhidmatan bajet, hotel ini menyediakan sarapan pagi ringkas dan juga terletak bersebelahan dengan kedai dobi layan diri.โ€

Hotel Butik yang Unik: Heritage Hotelโ€œHotel butik yang berkonsepkan elegen dan comel ini menyajikan tetamu dengan pengalaman penginapan yang menarik.โ€

Resort Untuk Keluarga: Balung River Eco Resort, โ€ Terletak jauh dari bandar, resort ini menjanjikan pengalaman menarik terutamanya untuk kanak-kanak dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.โ€

Hotel Mewah Terbaik: Promenade Hotel Tawauโ€ Hotel ini merupakan hotel termewah di Tamau. Ianya menjanjikan perkhidmatan cemerlang kepada tetamu.โ€

Jika anda mahu bermalam di Tawau dan mahu menginap di hotel, artikel ini mencadangkan sebanyak 20 buah hotel di Tawau yang boleh anda pilih. 

Hotel-hotel di daerah Tawau ini agak terhad bilangannya. Jadi hotel-hotel yang disenaraikan disini dipilih berdasarkan ulasan positif dari tetamu yang pernah menetap, harga yang berbaloi dan lokasi yang boleh diakses dengan mudah. Senarai hotel juga disusun dari harga yang termurah hingga yang termahal untuk memudahkan anda membuat perbandingan.

Anda mungkin juga bersinggah di Sandakan โ€“ article yang dicadangkan ialah 25 Hotel di Sandakan yang berbajet bawah RM 150

1. T Hotel

T Hotel

 T Hotel in adalah sebuah hotel bajet yang dibuka pada tahun 2013 di Tawau. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Tawau dan berdepan dengan Milimewa Superstore Fajar. Pada yang mencari penginapan transit sebelum menuju ke destinasi berdekatan ataupun sebelum berangkat ke lapangan terbang, hotel ini memang sesuai untuk anda.

Hotel ini menyediakan penginapan yang ringkas pada harga yang amat berpatutan. Bilik-bilik tetamu yang ditawarkan  berhawa dingin dan mempunyai bilik mandi sendiri. Setiap bilik mempunyai kelengkapan asas seperti seperti set bilik tidur, meja tulis, rak penggantung baju, cermin dan set TV. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan bidet.

Antara kemudahan yang disediakan terdiri daripada kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, Wifi percuma, ruang simpanan bagasi dan tempat letak kereta percuma. Kemudahan pengering rambut dan menyeterika  ada disediakan atas permintaan.

Hotel ini tidak mempunyai premis makanan sendiri, tetapi ada terdapat sebuah restoran yang terletak betul-betul bersebelahan dengan hotel untuk tetamu menjamu selera. 

T Hotel
  • Harga – Dari RM 70 Semalaman.
  • Alamat – TB 251, Block 24, Town Extension 2, Jalan Bunga Raya, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. Eden Boutique Hotel

Eden Boutique Hotel

Eden Boutique Hotel ini adalah sebuah hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Tawau. Ianya dibuka pada tahun 2017 jadi kebanyakan peralatan dan kemudahan yang disediakan boleh dikatakan masih baru. 

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan set TV berskrin rata dengan saluran Astro, cerek elektrik dan meja tulis. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian.terletak di Tawau. Semua bilik mempunyai TV skrin rata dengan saluran kabel dan bilik mandi peribadi.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada  kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam, perkhidmatan pemindahan lapangan terbang, ruang simpanan bagasi dan liputan WiFi percuma. Jika anda ingin menyewa kereta, hotel ini juga ada menyediakan perkhidmatan tersebut.

Hotel ini tidak mempunyai premis makanannya sendiri, walaubagaimanapun ianya terletak betul-betul berhadapan dengan Tawau Kopitiam. Mengikut ulasan penduduk tempatan, kopitiam ini memang terkenal dan menjadi tumpuan pengunjung. Alang-alang menginap di hotel ini, anda bolehlah cuba menjamu selera di restoran tersebut.

Eden boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 80 Semalaman.
  • Alamat – TB 1878, LOT 4, FAJAR COMPLEX, JALAN MASJID, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

3. Pertama Lodge

Pertama Lodge

Pertama Lodge ini adalah sebuah penginapan bajet tetapi apa yang menarik, ianya menyediakan sarapan pagi kepada tetamu. Tak perlulah anda keluar bersarapan di waktu pagi. Ianya terletak berdekatan dengan pasar Tawau. Jika anda ingin ingin tahu tentang barangan segar atau makanan istimewa yang terdapat di Tawar, memang pasarlah tempatnya. 

Pertama Lodge menawarkan sebanyak 21 unit bilik tetamu untuk dipilih. Bilik-bilik tetamu yang ditawarkan amat luas dan selesa. Dalaman hotel ini dihias dengan kertas dinding yang bercorak menarik. Bilik mandi juga dihias cantik. Memang tetamu takkan terasa seperti menetap di hotel bajet. Setiap bilik dilengkapi dengan set TV berskrin rata, set bilik tidur, cerek elektrik dan cermin yang besar. Memang sesuai untuk kaki swafoto bergambar. Bilik air juga lengkap dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta dan perkhidmatan kemasan bilik harian. Terdapat mesin layan diri di lobi hotel jika anda mahu membeli air minuman.

Pertama Lodge
  • Harga – Dari RM 82 Semalaman.
  • Alamat – Block E Pertama Commercial Centre, Jalan Apas Lot 43 To 45, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

4. Istana Monaco Hotel

Istana Monaco Hotel

Istana Monaco Hotel adalah hotel yang terletak di Pusat Bandar Tawau. Walaupun lokasinya di tengah-tengah bandar, tetamu persekitaran hotel ini agak senyap dan tenang. Hotel ini sudah lama beroperasi, jadi hiasan dalaman hotel agak lama. Namun begitu, hiasan di kawasan lobi dan beberapa bilik tetamu kelihatan telah diperbaharui.

Hotel ini menawarkan 133 unit bilik tetamu yang berhawa dingin yang selesa dan luas. Setiap bilik dilengkapi dengan keperluan asas seperti set TV, meja, kerusi atau sofa dan set bilik tidur. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet, set mandian dan selipar.

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi dan khidmat kemasan bilik harian. Tempat letak kenderaan awam ada disediakan dengan bayaran tambahan.

Istana Monaco Hotel
  • Harga – Dari RM 85 Semalaman.
  • Alamat – TB 228-229, Jalan Bunga, Fajar Complex, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. Astana Hotel

Astana Hotel

Astana Hotel ini merupakan sebuah hotel bajet yang juga terletak di tengah-tengah bandar Tawau. Namun begitu persekitarannya agak tenang dan kurang sesak. Walaupun berstatus hotel bajet, hotel ini ada premis makanannya sendiri. Jadi pada tetamu yang menginap di sini tak perlu risau tentang sarapan pagi. Kafe ini dibuka dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

Hotel ini menawarkan 50 unit bilik tetamu yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan set TV, sistem kekunci elektronik dan set bilik tidur. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian. 

Selain kafe, antara kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan adalah kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang seterika dan bekalan air panas yang terletak di setiap tingkat hotel, liputan WIFI percuma, lobi untuk tetamu bersantai dan surau untuk tetamu muslim bersolat.

Astana Hotel
  • Harga – Dari RM 85 Semalaman.
  • Alamat – TB 4714, Jalan Dunlop, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. The Dream Hotel

The Dream Hotel

The Dream Hotel merupakan merupakan sebuah hotel bajet bertaraf 1 bintang yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Tawau. Ianya sesuai untuk tetamu yang masih muda dan kurang sesuai untuk yang berkeluarga atau yang agak berumur kerana tiada kemudahan lif disediakan. Walaubagaimanapun perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan.

Hotel ini menawarkan 25 unit bilik tetamu yang bertema berbeza. Sesetengah bilik dihias dengan konsep Jepun, manakala ada bilik yang dihias dengan konsep roman dan oriental. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti set TV, sofa, bar mini dan kemudahan membuat teh atau kopi. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan set mandian. Sesetengah bilik ada disedikan tab mandi berjakuzi.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma, khidmat kemasan bilik harian, khidmat panggilan teksi dan khidmat pengawal keselamatan.

The Dream Hotel
  • Harga – Dari RM 88 Semalaman.
  • Alamat – TB 273 First Floor, Block 28, Fajar Complex, Jalan Haji Karim, 91000 Tawau, Sabah

Selanjutnya di Agoda.com

7. Check Inn Hotel Tawau

Check Inn Hotel Tawau

Check Inn Hotel Tawau ini terletak di bangunan 8 tingkat di tengah-tengah bandar Tawau. Ianya sangat hampir dengan pasar raya MiliMewa. Jika anda menyewa bilik di tingkat atas hotel ini, anda akan dapat melihat pemandangan Teluk Tawau yang sangat indah dan mendamaikan.

Hotel ini menawarkan sebanyak 44 unit bilik tetamu yang dihias cantik. Setiap bilik tetamu yang ditawarkan adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan peralatan seperti set TV berskrin rata, cerek elektrik, almari pakaian dan kemudahan membuat kopi/teh. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet, set mandian percuma serta alat pengering rambut.

Antara fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi,  perkhidmatan pengemasan bilik harian dan tempat letak kereta percuma.

Check Inn Hotel
  • Harga – Dari RM 98 Semalaman.
  • Alamat – TB 248, Jalan Bunga, 91000 Tawau, Sabah. P.O. Box 609, 91008 Tawau, Sabah. , 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. Prince Hotel

Prince Hotel

Prince Hotel ini adalah sebuah hotel bertaraf dua bintang. Ianya terletak agak jauh sedikit dari Pusat Bandar Tawau. Namun begitu ianya tetap boleh diakses dengan mudah dan dikelilingi kedai-kedai dan restoran.

Hotel ini menawarkan 48 unit bilik tetamu berhawa dingin yang luas dan dihias menarik. Setiap bilik dilengkapi dengan set TV, kemudahan membuat kopi atau teh dan peti simpanan keselamatan. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas, bidet, set mandian dan alat pengering rambut.

Hotel ini turut menyediakan fasiliti seperti spa yang lengkap dengan perkhidmatan urutan reflexologi, urutan tradisional dan bilik stim. Ianya juga mempunyai kedai serbaneka mini dan kaunter jualan tiket kapal terbang dan pakej pelancong sekitar Tawar. kaunter meja depan hotel ini juga beroperasi 24 jam. Kemudahan lain terdiri daripada liputan WIFI percuma, perkhidmatan kemasan bilik hari dan tempat letak kereta percuma. Jika tetamu perlu bangun pagi, perkhidmatan panggilan bangun pagi juga ada disediakan.

Prince Hotel
  • Harga – Dari RM 98 Semalaman.
  • Alamat – TB 208 & 209, Jalan Bunga Off Jalan Masjid, 91010 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

9. De Choice Hotel

D Choice Hotel

De Choice Hotel ini asalnya Hotel Monaco 2000 yang telah diambil alih dan dijenama semula. Kebanyakan hiasan dan peralatan tidak banyak yang berubah berbanding sewaktu dengan pengurusan lama. Hotel ini bertaraf 2 bintang dan agak terkenal di kalangan kakitangan kerajaan kerana ianya salah satu hotel tumpuan di mana kursus-kursus anjuran jabatan kerajaan diadakan.

Hotel ini menawarkan bilik tetamu berhawa dingin dan luas. Setiap bilik lengkap dengan set TV, cerek elektrik, cermin dan kemudahan menyeterika. Bilik mandi juga dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian. Alat pengering rambut ada disediakan atas permintaan.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di hotel ini adalah seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, sebuah restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas kepada tetamu, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta, khidmat kemasan bilik harian dan khidmat panggilan teksi.

D Choice Hotel
  • Harga – Dari RM 104 Semalaman.
  • Alamat – TB 3023 Jalan Masjid, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

10. City Garden Hotel

City Garden Hotel

City Garden Hotel ini adalah sebuah hotel yang bertaraf 2 bintang. Ianya terletak di pekan Sabindo. Hotel ini menjadi tumpuan pelancong yang menjadikannya lokasi transit sebelum ke Semporna atau pulau-pulau berdekatan. Selain menawarkan tempat menginap, hotel ini juga menawarkan pakej perlancongan siap dengan pemandu pelancong ke kawasan berdekatan.

Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang selesa, luas dan berhawa dingin. Semua bilik mempunyai TV skrin rata dengan saluran satelit, cerek eletrik dan meja bacaan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan set mandian. Sarapan pagi ada disediakan dan terus dihantar ke bilik. Pada yang mahu berehat dan bangun tidur agak lewat pasti suka jika tidak perlu turun ke bawah untuk menikmati sarapan.

Antara kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi dan perkhidmatan ulang alik dari hotel ke tempat berdekatan dengan bayaran tambahan. 

City Garden Hotel
  • Harga – Dari RM 105 Semalaman.
  • Alamat – TB457, TB458 & TB459 Block M, Bandar Sabindo, Tawau, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

11. Marco Polo Hotel Tawau

Marco Polo Hotel

Marco Polo Hotel adalah sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Ianya antara hotel tertua di Tawau. Hotel ini menjadi tumpuan pegawai kerajaan yang datang berkursus dan pasangan pengantin yang mahu melangsungkan majlis perkahwinan di sini.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa dengan lantai perkarpet penuh dan berhawa dingin. Setiap bilik lengkap dengan keperluan asas seperti set TV bersatelit, cerek elektrik dan bar mini. Ada juga bilik yang mempunyai balkoni. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut dan set mandian. Sesetengah bilik juga mempunyai tab mandi.

Hotel ini juga menawarkan kemudahan seperti termasuk taman untuk tetamu bersantai, Iiputan Wi-Fi percuma, dewan dan restoran bernama Venice Coffee House yang menyediakan bufet sarapan pagi dan hidangan panas tempatan dan antarabangsa kepada para tetamu. Perkhidmatan lain adalah seperti kauter meja depan yang beroperasi 24-jam, perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan dobi dan ruang simpanan bagasi. Perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang ada disediakan dengan bayaran tambahan. 

Marco Polo hotel
  • Harga – Dari RM 109 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Klinik, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

12. Balung River Eco Resort

Balung River Echo Resort

Balung River Eco Resort ini terletak bersempadanan di antara Tawau dan Semporna. Ianya menjadi tumpuan pelancong yang mahu menikmati keindahan alam sekitar yang terdapat di sini. Resort ini terletak bersebelahan dengan sungai dan dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Ianya dimiliki dan dikendalikan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. 

 Resort ini menawarkan sebanyak 73 unit bilik tetamu yang bersih, selesa dan dibina dengan elemen desa. Setiap unit dilengkapi dengan set TV dengan saluran ASTRO. Walaupun terletak agak pedalaman, tetamu masih boleh mendapat akses liputan telefon. Walaubagaimanapun, perkhidmatan WIFI tidak disediakan.

Resort ini juga menyediakan fasiliti seperti tempat letak kereta, sebuah jambatan gantung, kolam renang, surau dan restoran yang menyediakan masakan kampung yang enak untuk para tetamu. Selain itu, resort ini juga ada menawarkan pakej lawatan kepada para tetamu. Tetamu yang menempah pakej lawatan akan dibawa melawat ladang-ladang di sekitar kawasan resort seperti  ladang buah naga dan gula nipah yang juga dipunyai pemilik resort. 

Tetamu juga boleh mandi dan bermain di sungai yang terletak bersebelahan resort tersebut. Pada yang gemar memancing, anda boleh memancing di kolam ikan yang disediakan, hasil tangkapan boleh diserah kepada tukang masak restoran untuk dimasak sebagai hidangan. Aktiviti lain termasuk berbasikal, melihat burung dan bermain ATV.

Balung River Echo Resort
  • Harga – Dari RM 110 Semalaman.
  • Alamat – Mile 33, Apas Balung,Locked Bag No. 30, 91009 Tawau, Sabah, Malaysia, 91009 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

13. Shervinton Executive Boutique Hotel

Shervinton Boutique Hotel

Hotel Shervinton Executive Boutique ini merupakan sebuah hotel butik yang bertema moden dan urban. Ianya terletak berdekatan dengan lapangan terbang Tawau.

Hotel ini menawarkan bilik tetamu berhawa dingin yang selesa dan dihias elegen. Setiap unit dilengkapi set TV berskrin rata, kopi segera percuma, teh percuma, minuman alu-aluan percuma, kemudahan menyeterika, peti simpanan keselamatan dan cermin. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian. Sesetengah unit mempunyai tab mandi berjakuzi.

Antara fasiliti dan kemudahan yang disediakan terdiri daripada ruang santai yang mempunyai hiburan unik seperti papan damak, sebuah spa yang mempunyai sauna dan menawarkan khidmat urutan, tempat letak kereta, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, kedai serbaneka mini, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma dan sebuah restoran yang menyediakan buffet sarapan pagi kepada tetamu. Perkidmatan ulang alik ke lapangan terbang juga ada disediakan dengan bayaran tambahan.

Shervinton Boutique Hotel
  • Harga – Dari RM 110 Semalaman.
  • Alamat – TB224-227, LOT 1-4, Jalan Bunga, Fajar, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

14. Heritage Hotel

Heritage Hotel

Heritage Hotel ini merupakan hotel bertaraf 2 bintang yang terletak di Pusat Bandar Tawau. Ianya bertemakan kontemporari dan pernah memenangi Anugerah Perkhidmatan Hotel Cemerlang pada tahun 2011 oleh Sabah Tourism.

Hotel ini menawarkan 88 unit bilik tetamu yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan bar mini, set TV, rak baju, meja tulis dan kemudahan membuat teh atau kopi. Terdapat beberapa bilik yang mempunyai ruang tempat duduk untuk tetamu bersantai. Bilik mandi pula lengkap dengan set mandian dan pancuran air panas. Terdapat beberapa unit yang mempunyai tab mandi. Alat pengering rambut ada disediakan atas permintaan.

Antara kemudahan yang ditawarkan terdiri daripada kaunter penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, ruang simpanan bagasi, tempat letak kereta dan dua pilihan restoran. Hotel ini juga menyediakan kemudahan mesra tetamu OKU. Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian, panggilan teksi dan pengawal keselamatan juga ada disediakan.

Heritage Hotel
  • Harga – Dari RM 114 Semalaman.
  • Alamat – TB 210-213 Jalan Bunga Fajar Complex , 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

15. My Inn Hotel

My Inn Hotel

 My Inn Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Tawau.Walaupun berada di tengah bandar, suasana hotel ini tidak terlalu bising. Apa yang menariknya, hotel ini terletak bersebelahan dengan restoran KFC. Padanya gemarkan hidangan ayam goreng dari restoran makan segera yang terkenal ini pasti boleh tergugat iman bila menghidu bau ayam goreng tersebut.

Hotel ini menawar 68 unit bilik tetamu yang moden dan berhawa dingin. Semua bilik dilengkapi dengan keperluan asas seperti set TV yang mempunyai banyak saluran, cerek elektrik dan kemudahan membuat teh dan kopi. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian. 

 Selain dari pada penginapan, kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, tempat letak kereta percuma,  khidmat pengawal keselamatan 24 jam, pengemasan bilik harian dan khidmat panggilan teksi. Hotel ini juga menyediakan surat khabar untuk bacaan para tetamu.

My Inn Hotel
  • Harga – Dari RM 122 Semalaman.
  • Alamat – TB254 A/B, Block 25 Jalan Dunlop, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

16. King Park Hotel Tawau

King Park Hotel

King Park Hotel merupakan hotel yang bertaraf 3 bintang. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Tawau. Luaran bangunan hotel 8 tingkat ini memang menarik dan moden. Dalamannya juga dihias cantik.

Hotel ini menawarkan 100 unit bilik tetamu yang moden dan berhawa dingin. Setiap bilik dilengkapi dengan set TV, cerek elektrik dan meja. Beberapa unit di hotel ini juga mempunyai pemandangan laut. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas, bidet dan set mandian.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan termasuk liputan WIFi percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi restoran yang menyediakan buffet sarapan pagi dan masakan panas yang boleh dipesan terus ke bilik, perkhimatan kemasan bilik harian, khidmat dobi dan khidmat ulang alik ke lapangan terbang

King Park Hotel
  • Harga – Dari RM 130 Semalaman.
  • Alamat – TB 30, JALAN HAJI KARIM 91000 TAWAU, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

17. Hotel Emas Tawau

Hotel Emas

Hotel Emas ini adalah salah satu hotel bertaraf 3 bintang yang terdapat di Tawau. ianya terletak di tengah-tengah bandar Tawau dan mudah diakses dari semua arah. Hptel ini diuruskan oleh syarikat Teck Guan Holding. Hotel ini telah lama dibuka, namin begitu ia baru sahaja diubahsuai bagi memastikan keselesaan para tetamu.

Hotel ini menawarkan sebanyak 102 bilik tetamu yang selesa dan berhawa dingin. Kelengkapan seperti set TV berskrin rata, cerek elektrik dengan paket kopi dan teh 3 dalam 1, cermin yang besar dan bar mini ada disediakan. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, set mandian, selipar dan alat pengering rambut. Surat khabar percuma juga ada diberi.

Fasiliti di hotel ini juga mesra OKU. Tetamu boleh menikmati kemudahan seperti liputan WIFI percuma, spa yang menyediakan perkhidmatan urutan dan sauna, pengawal keselamatan yang bekerja sepanjang masa, perkhidmatan pengemasan bilik harian, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta dan restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas kepada para tetamu. Khidmat ulang alik ke lapangan terbang ada disediakan dengan bayaran tambahan.

Hotel Emas
  • Harga – Dari RM 140 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Balai Polis Lama, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Booking.com

18. MB Hotel

MB Hotel

MB Hotel atau nama penuhnya May Blossom Hotel ini adalah sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Ianya terletak di tengah-tengah pusat bandar Tawau.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu berhawa dingin yang selesa dan lengkap dengan set TV skrin rata, teh percuma, 2 botol air mineral percuma, surat khabar percuma, kit menjahit dan sofa. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut dan set mandian. 

Antara kemudahan yang disediakan termasuk liputan WIFI, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta dan sebuah restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas tempatan untuk dinikmati. Pekhidmatan seperti kawalan keselamatan 24 jam, khidmat kemasan bilik harian, simpanan bagasi, panggilan teksi turut disediakan. Perkhidmatan dobi dan khidmat ulang-alik lapangan terbang juga boleh diatur dengan bayaran tambahan .

MB Hotel
  • Harga – Dari RM 147 Semalaman.
  • Alamat – TB339, Jalan Majlid, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

19. Rooms

Rooms

Rooms merupakan sebuah hotel butik yang terletak di Pusat Komersial Kubota Square yang baru dibuka pada tahun 2017. Ianya mempunyai 3 tingkat dan dihias dengan konsep moden dan minimalis. Saya secara tidak sengaja menemui mereka semasa memandu melalui kawasan komersial Kubota Square. Setiap sudut hotel di hias meanrik dengan elemen seni moden.

Hotel ini menawarkan bilik tetamu yang sangat luas dan masih baru. Semua bilik berhawa dingin dan dilengkapi dengan kemudahan yang standard yang termasuk set TV yang mempunyai 8 saluran, cerek eletrik, sofa dan bar mini. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet, selipar, alat pengering rambut dan set mandian.

Antara kemudahan yang disediakan terdiri daripada liputan WiFi percuma, kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam, tempat letak kereta percuma, perkhidmatan simpanan bagasi, perkhidmatan kemasan bilik harian dan perkhidmatan concierge. 

Hotel ini tidak mempunyai premis makanan sendiri, walaubagaimanapun terdapat banyak restoran boleh dijumpai disekeliling hotel ini.

rooms
  • Harga – Dari RM 157 Semalaman.
  • Alamat – TB17376, Ground Floor, Lot 4, Block F, Kubota Square, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

20. Promenade Hotel Tawau

Hotel Promenade

Promenade Hotel adalah satu-satunya hotel bertaraf 4 bintang yang terdapat di Tawau. Ia juga merupakan hotel tertinggi di Tawau dengan 16 tingkat. Ianya terletak bersebelahan dengan Pusat Membeli Belah Easter Plaza. Hotel menawarkan penginapan yang elegen dan moden untuk para pengunjungnya

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang selesa dan luas. sesetengah bilik menyajikan pemandangan laut pada tetamu yang menginap. Setiap bilik dilengkapi dengan set TV berskrin rata, peti simpanan keselamatan, bar mini serta alat membuat teh/kopi. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, bidet, alat pengering rambut dan set mandian. sesetengah unit mempunyai tab mandi.

Antara fasiliti yang disediakan terdiri daripada kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang simpanan bagasi, liputan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma, kaunter tukaran wang, gimnasium yang terbesar di Tawau, dan spa yang mempunyai sauna dan perkhidmatan urutan. Hotel ini juga mempunyai berberapa premis makanan dan lounge. Restoran The Cafe@se7en terletak di tingkat 7, ianya menyediakan bufet sarapan pagi dan masakan panas kepada para tetamu. Kafe ini menawarkan pemandangan bandar Tawau. Selain restoran, hotel ini mempunyai sebuah bar yang mempunyai persembahan kugiran dan sebuah lounge untuk tetamu bersantai dan menikmati makanan dan minuman ringan.

Hotel Promenade
  • Harga – Dari RM 202 Semalaman.
  • Alamat – Eastern Plaza, Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

Similar Posts