hotel di temerloh

8 Hotel di Temerloh yang Selesa untuk Diinap

Temerloh merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di negeri Pahang. Bandar ini terkenal dengan masakan tradisi tempatan iaitu gulai tempoyak ikan patin. Pelancong datang dari merata ceruk ke bandar ini untuk merasa masakan istimewa ini.

Pilihan BEST Hotel di Temerloh (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: Hotel Mass, “Menawarkan penginapan yang termurah di Temerloh namun perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan.”

Hotel Cawangan Terbaik: OYO 1236 Hotel Green Park, “Hotel ini merupakan sebuah hotel kumpulan OYO yang menawarkan perkhidmatan penginapan bajet yang berkualiti.”

Hotel Terbersih: Merrinton Hotel Temerloh, “Hotel ini memenangi anugerah hotel terbersih di bandar Temerloh.”

Hotel Butik Menarik: Hotel Jelai“Hotel butik ini dicat dengan warna-warna terang yang menarik untuk mewujudkan suasana ceria dan selesa pada para tetamu.”

Hotel 3 Bintang Terbaik: Hotel Seri Malaysia“Hotel ini merupakan hotel bertaraf 3 bintang terbaik yang terdapat di Temerloh.”

Temerloh juga terletak berhampiran dengan beberapa pekan kecil dan perkampungan felda. Kebanyakan tetamu yang datang ke Temerloh adalah untuk urusan kerja, pelajar yang melanjutkan pelajaran ke UITM ataupun bercuti pada musim perayaan. 

Tidak banyak hotel yang terdapat di Temerloh. Jika anda bercadang melawat Temerloh, kami ada senarai 8 hotel di Temerloh yang boleh anda pilih. Kami susun senarai hotel dari yang berharga murah hingga ke mahal untuk memudahkan anda memilih.

Artikel berkaitan:

1. Hotel Mass

Hotel Mass

Hotel Mass merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di deretan rumah kedai tiga tingkat. Lobi hotel ini terletak di tingkat satu bangunan manakan tingkat bawah hotel menempatkan sebuah restoran mamak yang beroperasi 24 jam. Hotel ini juga terletak strategik dengan dikelilingi restoran dan pasar raya. Hotel ini sesuai untuk tetamu yang datang bersendirian atau dengan rakan.  Ramai tetamu yang memuji hotel ini bersih dan berbau segar.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang asas dan berbalkoni. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin dan set TV. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandian.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, pantri dengan mesin dispenser air panas/sejuk dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kemasan bilik harian, dobi dan seterika dengan bayaran tambahan.

8 Hotel di Temerloh yang Selesa untuk Diinap 11
  • Harga – Dari RM 77 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Emas 5, Kampung Baru, 28200 Kampong Kerayong, Pahang, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

2. OYO 1104 Q hotel

Q Hotel

OYO 1104 Q hotel merupakan salah satu daripada dua hotel ahli kumpulan OYO yang terdapat di Temerloh. Hotel ini merupakan sebuah hotel yang bertaraf 2 bintang. Hotel ini terletak di deretan rumah kedai dan berhampiran dengan restoran, bank dan pasar raya.

Hotel ini menawarkan 18 unit bilik tetamu yang luas dan selesa. setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, langsir gelap dan meja tulis. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan peralatan mandi. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, pantri dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, simpanan bagasi, daftar masuk/keluar ekspress dan dobi dengan bayaran tambahan juga ada disediakan.

Q Hotel
  • Harga – Dari RM 78 Semalaman.
  • Alamat – C 66, Jalan Dato Ngau Ken Lock, Pahang, 28000 Temerloh, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

3. Merrinton Hotel Temerloh

8 Hotel di Temerloh yang Selesa untuk Diinap 12

Merrinton Hotel merupakan sebuah hotel butik. Hotel 4 tingkat menjadi tumpuan tetamu yang datang bersama keluarga terutamanya dengan kanak-kanak kecil kerana ianya mempunyai lif. Hotel ini juga mendapat anugerah hotel terbersih di Temerloh berbanding hotel-hotel yang lain di bandar tersebut.

Hotel ini menawarkan 22 unit bilik tetamu yang luas dan kemas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, cerek elektrik, set kopi.teh, rak baju dan meja tulis. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandi. 

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, CCTV yang disambung terus ke set TV di bilik tetamu, ruang santai, kedai mini dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan yang terdapat di sini terdiri daripada kemasan bilik harian dan panggilan kejutan bangun pagi, tempahan tiket dan simpanan bagasi.

Merrinton Hotel
  • Harga – Dari RM 89 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Dagang 1 Dynaton Bukit Angin, 28000 Temerloh, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

4. Hotel Nur

Nur Hotel

Jangan tertipu dengan luaran hotel ini, Hotel Nur merupakan antara hotel yang mendapat ulasan baik di kalangan tetamu yang pernah menginap di sini. Walaupun hotel ini tidak mempunyai lif, hotel ini menyediakan bilik-bilik dan kemudahan mesra OKU pada bahagian bawah hotel.

Hotel ini menawarkan 15 unit bilik tetamu yang dihias kemas. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan set kopi/teh. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan peralatan mandi. 

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, ruang seterika, pantri dengan mesin dispenser air minuman panas/sejuk dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan seperti kemasan bilik harian dan sarapan pagi ada disediakan di sini.

Nur Hotel
  • Harga – Dari RM 91 Semalaman.
  • Alamat – Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

5. OYO 1236 Hotel Green Park

8 Hotel di Temerloh yang Selesa untuk Diinap 13

OYO 1236 Hotel Green Park merupakan satu lagi hotel ahli kumpula OYO yang terdapat di Temerloh. Ia juga merupakan hotel bertaraf tiga bintang dan merupakan hotel tertinggi yang terdapat di Temerloh dengan 10 tingkat. Hotel ini juga terletak di tengah-tengah bandar Temerloh. 

Hotel ini menawarkan 108 unit bilik tetamu yang luas dengan ruang tempat duduk. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, telefon dan cerek elektrik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran air panas dan peralatan mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, loker, ruang santai, restoran dan tempat letak kereta juga ada disediakan.

Perkhidmatan yang terdapat di sini terdiri daripada kemasan bilik harian, surat khabar percuma, daftar masuk/keluar ekspres dan dobi dengan bayaran tambahan.

OYO 1236 Hotel Green Park
  • Harga – Dari RM 96 Semalaman.
  • Alamat – 1, Jalan Terkukur, Off Jalan Merbak, Pahang, 28000 Temerloh, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

6. Hotel Jelai Temerloh

Hotel Jelai

Hotel Jelai Temerloh ini terletak di tengah-tengah bandar Temerloh. Hotel ini merupakan sebuah hotel butik yang dihias cantik dan menarik. Reka bentuk luaran hotel ini dicat dengan warna-warna terang yang menarik dan unik. Konsep unik ini menjadi tarikan pada tetamu untuk menetap di sini.

Hotel ini menawarkan 49 unit bilik tetamu yang dihias dengan warna-warna segar dan mempunyai balkoni. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, peti ais, meja tulis dan cerek elektrik. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas dan peralatan mandi. 

Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU. Kemudahan lain terdiri daripada liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang seterika di setiap tingkat, ruang santai, restoran dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan kemasan bilik harian, khidmat bilik, surat khabar percuma dan sarapan pagi.

Hotel Jelai
  • Harga – Dari RM 104 Semalaman.
  • Alamat – C29-C30, Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh, 28000 Temerloh, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

7. U Design Hotel

U Design Hotel

U Design Hotel Temerloh merupakan sebuah hotel butik bertaraf 2 bintang. Bahagian luaran hotel ini dicat dengan gabungan warna putih dan biru yang elegen. Bahagian dalam hotel pula dicat dengan warna neutral seperti warna tanah bagi mewujudkan suasana tenang dan selesa. Hotel ini juga terletak dengan strategik berhampiran dengan restoran, pasar raya dan bank. 

Hotel ini menawarkan 40 unit bilik tetamu yang cantik dan selesa. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV, cerek elektrik dan meja tulis. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, alat pengering rambut dan peralatan mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, CCTV yang bersambung terus ke set TV di bilik tetamu, ruang seterika, pantri dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, daftar masuk/keluar ekspress, surat khabar percuma dan simpanan bagasi, faks dan fotostat juga ada disediakan.

8 Hotel di Temerloh yang Selesa untuk Diinap 14
  • Harga – Dari RM 107 Semalaman.
  • Alamat – 337 1st Floor, Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

8. Hotel Seri Malaysia Temerloh

Hotel Seri Malaysia

Hotel Seri Malaysia Temerloh merupakan salah satu cawangan Hotel Seri Malaysia yang terletak di Temerloh. Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Hotel ini juga sesuai untuk tetamu yang datang bersama keluarga terutamanya kanak-kanak kecil dan warga emas.

Hotel ini menawarkan 43 unit bilik tetamu yang cantik dan mempunyai balkoni. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, set TV, almari pakaian, peti ais, telefon, cerek elektrik dan set kopi/teh. Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran mandian air panas, bidet dan peralatan mandi. Beberapa unit juga mempunyai tab mandi.

Hotel ini mempunyai kemudahan seperti liputan WIFI percuma, kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, ruang santai, surau, kolam renang, restoran yang menyediakan masakan panas tempatan, kemudahan barbeku dan tempat letak kereta.

Perkhidmatan kemasan bilik harian, perkhidmatan bilik, bufet simpanan bagasi, sarapan pagi dan dobi juga ada disediakan.

8 Hotel di Temerloh yang Selesa untuk Diinap 15
  • Harga – Dari RM 142 Semalaman.
  • Alamat – Lot PT 370/6/92 Jalan Hamzah Temerloh, 28000 Temerloh, Malaysia

Selanjutnya di Agoda.com

Berakhir sudah senarai 8 hotel di Temerloh yang selesa untuk anda jadikan pilihan. Jika anda masih mahu memilih, anda boleh terus melawat ke laman web Booking.com dan Agoda.com untuk maklumat lanjut. Selamat bercuti dan jangan lupa menikmati ikan patin sepanjang percutian anda.

Kredit gambar: Booking.com & Agoda.com

Similar Posts