Negeri Terengganu boleh dikatakan sebagai antara negeri di Malaysia yang mempunyai persisiran pantai yang sungguh cantik. Maka, tidak hairanlah jika ada ramai pengunjung – tempatan mahupun antarabangsa – yang ingin datang bercuti di sini dan menikmati pemandangan laut yang serba membiru. Anda mungkin terfikir, hotel di Terengganu yang manakah sesuai untuk dipilih?
Pilihan BEST Hotel di Kuala Terengganu
Resort Pantai Termurah: White Sand Beach Resort, “Terletak di tepi Pantai bernama Pantai Pasir Putih dan sangat sesuai untuk tetamu yang datang solo atau bersama rakan-rakan.”
Resort Bulan Madu: Sutra Beach Resort Terengganu, “Resort yang terletak di Setiu ini memang sesuai untuk yang mahu berbulan madu, terdapat suit bulan madu yang dihias indah untuk tetamu yang mahu mencipta kenangan manis.”
Chalet Kayu yang Unik: Chalet Teratak SamuderaKita, “Chalet yang terletak di tepi pantai ini dibina seperti rumah tradisi Melayu Terengganu. Suasana kampung yang tenang dan damai turut memberikan pengalaman yang menarik”
Resort Terbaik untuk seisi Keluarga: Resorts World Kijal, “Resort ini menawarkan banyak tarikan dan aktiviti yang meliputi semua lapisan umur dari kanak-kanak hingga yang dewasa. Tetamu yang menginap pastinya akan berasa gembira menginap di sini”
Resort Mewah Yang Menarik: Tuna Bay Island Resort, “Terletak di Pulau Perhentian, Resort ini menawarkan penginapan yang mewah dan perkhidmatan yang terbaik untuk tetamu”
Jangan pening kepala, kami ada menyediakan beberapa senarai hotel atau resort pantai yang menyeronokkan. Jom kita tengok antara pilihan menarik hotel yang ada di Kuala Terengganu!
Apabila bercuti di Terengganu, sudah pasti kita tercari-cari hotel penginapan yang terletak berhampiran dengan pantai. Jika anda ke Marang (tempat yang best untuk borong keropok lekor!), apa kata anda mempertimbangkan untuk bermalam di Marang Village Resort And Spa.
Ia merupakan sebuah resort harga patut yang terletak berhampiran dengan laut. Resort ini mempunyai pantainya sendiri dan anda pasti teruja dapat menikmati pemandangan matahari naik dan terbenam di tepi laut ketika menginap di sini.
Bilik di Marang Village Resort And Spa agak besar. Sesuai jika anda datang ke sini dengan rakan-rakan atau anak-anak. Hiasannya juga moden dan lengkap dengan segala kelengkapan bilik hotel seperti katil yang selesa, penghawa dingin, ruang tempat duduk, bilik air peribadi, TV dan saluran satelit.
- Harga - Dari RM65+ semalaman.
- Alamat - Marang Village Resort And Spa 4177 KM24 Kampung Kelulut, 21600 Marang, Malaysia.
Lagi satu hotel yang best di Terengganu yang boleh anda pilih ketika berada di Marang adalah D’Lavender Beach Resort. Ia merupakan resort tepi pantai berstatus dua bintang yang menawarkan harga berpatutan (serendah RM120 semalam untuk bilik standard).
Apabila menginap di sini, anda boleh menikmati pemandangan laut secara terus dari bilik hotel anda! Ia juga mempunyai pantai peribadi di mana anda boleh berjalan-jalan di persisiran laut atau membuat aktiviti BBQ bersama keluarga atau rakan-rakan.
- Harga - Dari RM120+ semalaman.
- Alamat - Lot. 418, Jalan Dungun, Kampung Kijing, 21600 Marang, Malaysia.
Seronok rasanya jika dapat pergi bercuti dengan keluarga ke Terengganu dan menginap di chalet ala kampung yang mendamaikan. Kalau anda nak tahu, pengalaman ini dapat dinikmati di sebuah resort chalet tepi pantai, dikenali sebagai Chalet Teratak SamuderaKita.
Ia merupakan sebuah pusat penginapan yang terletak di Kampong Gong Badak. Bilik chalet di sini dibuat berasaskan kayu dan hiasan dekorasinya juga bersifat kemelayuan dengan perabot dan hiasan kayu. Ruangnya juga luas. Resort ini sememangnya mesra keluarga dan kanak-kanak.
- Harga - Dari RM95+ semalaman.
- Alamat - Lot 2868-C, Jalan Pantai Batu Rakit, 21020, Kampong Gong Badak, Malaysia.
Tidak semua hotel mampu memuatkan rakan-rakan dan sanak-saudara yang ramai. Jika anda bercadang mahu melakukan percutian dalam kumpulan yang besar, sudah pasti Chalet Kak Mah Homestay Pantai Guest House yang terletak di Kuala Terengganu menjadi antara pilihan yang sesuai.
Ia merupakan chalet yang terletak di tepi pantai yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan anda. Aktiviti seperti Hari Keluarga sesuai dibuat di sini. Rumah chalet ini boleh ditempah pada harga serendah RM70 yang boleh memuatkan dari 4 sehingga 15 orang. Besar bukan?
- Harga - Dari RM70+ semalaman.
- Alamat - Lot 153 Jalan Sultan Mahmud 20400 K. Terengganu, 20400 Kuala Terengganu, Malaysia.
Anda sedang mencari hotel di Terengganu yang best untuk berbulan madu dan terletak di tepi pantai? Jom menginap di Sutra Beach Resort. Hotel berstatus tiga bintang ini sememangnya mempunyai pemandangan laut dan taman yang cukup indah.
Di sini, anda akan dilayan oleh staff yang serba profesional dan ramah. Bilik di resort ini mempunyai hiasan yang cukup cantik dan kelengkapan yang berkualiti. Ruang biliknya luas dan disertai oleh katil yang besar, bilik air peribadi, tab mandi, balkoni dan pemandangan laut/taman yang menakjubkan.
Artikel yang berkaitan:
Pada waktu pagi, anda boleh bersarapan di Restoran Merang yang ada di resort ini, berjalan dengan pasangan di tepi pantai, atau bermandi-manda di kolam renang yang besar. Keselesaan dan keindahan resort ini akan membuatkan anda berasa seolah-olah sedang bercuti di Bali!
- Harga - Dari RM200+ semalaman.
- Alamat - Kampung Rhu Tapai, Setiu, 21010 Batu Rakit, Malaysia.
Antara hotel di Terengganu yang mempunyai lokasi yang strategik di bandar dan mempunyai pemandangan laut adalah Hotel Grand Continental. Seronok tau jika dapat menginap di sini. Pantai Batu Buruk dan Taman Shahbandar terletak berhampiran sahaja.
Malah, kalau anda mahu ke Pasar Payang untuk membeli-belah atau melawat Masjid Terapung, ia terletak kira-kira 3 km sahaja dari Hotel Grand Continental. Sudah pasti, dengan statusnya sebagai hotel empat bintang, kemudahan di hotel ini juga lengkap.
- Harga - Dari RM179+ semalaman.
- Alamat - Lot 004023, Jalan Sultan Zainal Abidin, Daerah 8, 20000 Kuala Terengganu, Malaysia.
Terletak di Batu Buruk, Terengganu, Intan Beach Resort juga adalah salah satu hotel best yang menawarkan pemandangan indah tepi pantai. Pasti hilang semua stress dan tekanan tatkala anda berjalan-jalan di tepi pantai sambil menikmati angin laut dan pemandangan pokok kelapa ditiup angin!
Ramai tetamu sebelum ini telah memuji keselesaan dan kebersihan resort ini. Bilik tetamunya luas, kemas dan bilik airnya juga bersih. Harganya juga berpatutan dan amat berbaloi bagi percutian bajet dengan ahli keluarga.
- Harga - Dari RM100+ semalaman.
- Alamat - 898N, Lorong Dato Jaya, Jalan Haji Busu, Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Malaysia.
Pandan Laut Beach Resort adalah lagi satu pilihan hotel di Terengganu yang terbaik untuk percutian keluarga, acara family day, mahupun getaway dengan rakan-rakan. Jom jauhkan diri seketika dari kesibukan kota dan menginap di resort ini yang terletak di Pantai Rhu Sepuluh.
Resort ini menyediakan kemudahan yang lengkap sehinggakan anda berasa tidak perlu untuk keluar dari tempat ini ketika sedang bercuti. Bilik hotelnya luas, lengkap dengan penyaman udara, teres peribadi dan bilik air. Malah, kemudahan kopi/teh, cerek dan peralatan mandian juga ada disediakan.
- Harga - Dari RM90+ semalaman.
- Alamat - Lot 390, Pantai Rhu Sepuluh, 21010 Kampung Penarik, Malaysia.
Anda pernah pergi ke Besut? Jika belum, jom rancang percutian di sini dan menginap di sebuah hotel yang terletak berhampiran dengan Pantai Besut iaitu The Manor Beach Resort Besut. Persekitaran ini cukup cantik dengan hiasan kayu dan lanskap taman yang dapat menenangkan setiap jiwa yang melihatnya.
Yang uniknya tentang The Manor Beach Resort adalah ia menyediakan tempat penginapan ala kotej yang berkonsepkan kayu dan tradisional. Walaupun tradisional, namun kelengkapan dalamannya adalah kemas dan cukup lengkap.
- Harga - Dari RM200+ semalaman.
- Alamat - Lot 23 Tanjong Demong , Jalan Bukit Kluang , 22200 Kampung Kuala Besut, Malaysia.
Ketika menginap di Anjung Pantai Seberang yang terletak di Kuala Terengganu, anda akan dapat menikmati bunyi ombak yang menderu terus dari bilik penginapan anda. Pasti best kan? Resort ala lodge ini sangat mesra keluarga dengan persekitarannya yang tenang dan santai.
Selain terletak dekat dengan pantai, Anjung Pantai Seberang juga menyediakan taman kanak-kanak dan basikal untuk aktiviti riadah anak-anak anda. Bilik di sini juga berkonsepkan kayu dan kampung melayu.
Ruang biliknya juga luas, amat selesa untuk diinap dengan ahli keluarga atau rakan-rakan. Jika anda mahu mencuba makanan tempatan, anda juga boleh pergi ke gerai makan yang ada banyak berhampiran dengan hotel ini.
- Harga - Dari RM150+ semalaman.
- Alamat - Jalan Fikri, Kampung Baru, Seberang Takir, 20000 Kuala Terengganu, Malaysia.
Apabila bercakap tentang hotel di Terengganu yang best dan mempunyai pemandangan laut dan tepi pantai yang menakjubkan, sudah pasti kita perlu bercakap tentang Pulau Redang!
Untuk menikmati pemandangan air laut yang jernih dan membiru serta pasir pantai yang halus dan putih, sudah pasti anda perlu menginap di Redang Paradise Resort. Ia akan membuatkan anda seperti sedang menginap di pulau di luar negara.
Dengan bilik chalet kayu yang berkonsepkan gaya desa, anda pasti seronok dan tenang berada di sini. Antara kelengkapan yang disediakan di resort di Pulau Redang ini adalah katil yang selesa, penyaman udara, Wi-Fi percuma, bilik air peribadi dan pancuran air panas. Jom inap di sini!
- Harga - Dari RM369+ semalaman.
- Alamat - GM41, Lot No. 92, Tempat Pasir Panjang Besar, 21090 Pulau Redang, Malaysia.
Mungkin ada di antara kita yang tidak mahu menginap betul-betul di tengah pusat bandar kerana dek kesibukannya. Mungkin ada yang ingin sedikit kedamaian dan suasana tenang. Jika itu anda, jom cuba menginap di NK’s Chalet.
Terletak di Kampung Beting Lintang di Besut, NK’s Chalet sememangnya selesa dan mendamaikan. Namun, ia masih tidak terlalu jauh dari pusat bandar mahupun jeti-jeti utama seperti Jeti Pulau Perhentian (hanya 10 km sahaja).
Bilik di chalet ini cukup besar dan mampu memuatkan dari empat ke enam orang tetamu. Kelengkapannya juga lengkap seperti penghawa dingin, TV skrin rata, dan Wi-Fi percuma. Kolam renang pun ada di sini. Pantai pula terletak tidak jauh dari chalet.
- Harga - Dari RM112+ semalaman.
- Alamat - Lot 2204, Kampung Beting Lintang, Besut, Terengganu, 22200 Kampung Kuala Besut, Malaysia.
Di Terengganu juga terdapat beberapa resort tepi pantai yang bertaraf lima bintang yang pasti memberikan kepuasan maksima ketika percutian anda. Salah satunya adalah Resorts World Kijal, juga dikenali sebagai Awana Kijal Golf Beach Spa Resort.
Di sini, segala kemudahannya cukup lengkap dan berkualiti tinggi. Anak-anak anda pasti berasa teruja dapat bermain di kolam renang yang luas dan mempunyai permainan air yang besar. Anda juga dapat menikmati pemandangan pantai dan laut terus dari bilik hotel anda.
Kelengkapan dalam biliknya sudah pasti memuaskan hati dan disertai dengan layanan profesional oleh para pekerja di sini. Harga biliknya turut merangkumi sarapan pagi. Jika anda gemar bermain golf, anda juga boleh memilih bilik khas yang datang bersama pakej bermain golf (Pakej Bilik Golf Premier).
- Harga - Dari RM367+ semalaman.
- Alamat - Km28, Jalan Kemaman-Dungun Kemaman Darul Iman Kijal, 24100 Kijal, Malaysia.
Jika anda ingin menginap berhampiran dengan Pantai Batu Burok dan Kompleks Budaya Kraf Terengganu, maka Primula Beach Hotel sesuai untuk anda pertimbangkan. Hotel empat bintang ini amat mesra keluarga dan cukup dekat dengan pusat bandar.
Di sini, anda boleh menggunakan segala kemudahan yang ada seperti kolam renang yang luas, gimnasium, pusat urutan dan spa. Malah, ada tiga restoran di sini. Jadi, anda tidak perlu risau tentang mencari makan. Harga biliknya juga turut termasuk sarapan pagi.
Bilik di sini dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, penyaman udara, kemudahan seterika, bar mini, peralatan mandian peribadi dan balkoni dengan pemandangan pantai atau taman. Kedai serbaneka juga ada di hotel ini – cukup selesa dan memudahkan!
- Harga - Dari RM300+ semalaman.
- Alamat - Jalan Persinggahan, 20400 Kuala Terengganu, Malaysia.
Bagi anda yang ingin melawat Rantau Abang, antara pilihan resort tepi pantai yang boleh anda pilih adalah White Sand Beach Resort Marang. Ia terletak hampir dengan Pantai Pasir Putih. Ketika berjalan-jalan di kawasan resort ini, anda sudah boleh melihat kebiruan air laut!
Di sini, terdapat beberapa kemudahan untuk para penginap. Antaranya adalah seperti kolam renang, Internet/Wi-Fi percuma, dan kemudahan barbeku. Bilik di sini berkonsepkan ala chalet dan mempunyai hiasan ala kampung tradisional.
Bilik tetamu juga agak besar dan selesa. Ia dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, pancuran air panas, pengering rambut, dan peralatan mandian. Jika anda bercuti ke sini dengan keluarga, anda boleh memilih bilik Family Deluxe yang boleh memuatkan sehingga 4 orang.
- Harga - Dari RM30+ semalaman.
- Alamat - Km 46 Kampung Pasir Putih Merchang, 21610 Marang, Malaysia.
Bagaimana pula buat mereka yang ingin bercuti di Pulau Perhentian? Jangan risau, sebagai antara pulau yang terkenal di malaysia, Pulau Perhentian ada menyediakan banyak pusat penginapan di sini. Antara hotel yang best dan menyediakan pemandangan indah di tepi pantai adalah Tuna Bay Island Resort.
Di sini anda bukan sahaja dapat melayan perasaan ketika menikmati pemandangan laut yang menakjubkan, malah turut boleh melihat anak-anak ikan dan batu karang di tepi gigi laut! Anda boleh memilih sama ada untuk menginap di bilik chalet dengan pemandangan laut atau bukit.
Yang menariknya tentang Tuna Bay adalah biliknya cukup cantik, besar dan selesa. Kelengkapannya juga lengkap, berkualiti dan berbaloi dengan harga. Apa tunggu lagi? Tempah segera sebab biliknya cepat habis!
- Harga - Dari RM730+ semalaman.
- Alamat - Pulau Perhentian Besar, Kuala Besut, 22200 Pulau Perhentian, Malaysia.
Ya, kebanyakan hotel di Pulau Perhentian agak mahal harganya, terutamanya yang berada betul-betul di tepi pantai. Namun, jika anda pandai mencari, sudah pasti anda dapat menjumpai hotel yang murah di Pulau Perhentian. Antaranya adalah Samudra Beach Chalet.
Dengan harga bilik chalet serendah RM105 bagi bilik Standard Double, Samudra Beach Chalet menjadi pilihan yang ideal untuk percutian bajet di Terengganu. Walaupun harganya murah, namun tahap keselesaan dan kebersihannya tidak dikompromi.
Bilik chalet di sini menggunakan konsep tradisional dengan rumah kayu. Namun, kelengkapannya lengkap. Ia disertakan dengan katil yang agak besar, almari, bilik mandi peribadi, pancuran air panas, tuala, dan penyaman udara.
- Harga - Dari RM105+ semalaman.
- Alamat - Teluk Dalam, Pulau Perhentian, Kuala Besut, 22300 Pulau Perhentian, Malaysia.
Bayu Beach Penarek merupakan lagi satu pusat penginapan tepi pantai yang sesuai untuk percutian dengan rakan-rakan atau keluarga. Sebaik sahaja tiba di resort ini, anda pasti terpana melihat kecantikan rumah chalet yang berkonsepkan kayu tradisional.
Di sini, anda boleh memilih sama ada untuk menginap di chalet sebilik sehingga empat bilik yang boleh menampung 8 orang tetamu pada satu-satu masa. Persekitaran di sini amat tenang dan santai dengan keindahan pemandangan pantai dan pepohon kelapa.
Antara kemudahan yang boleh didapati di sini adalah ruang chalet yang luas, katil yang besar, bilik air, ruang tempat duduk, balkoni, Wi-Fi, kemudahan barbeku, mesin basuh dan dapur. Ianya cukup lengkap!
- Harga - Dari RM150+ semalaman.
- Alamat - Lot 6572, Kg Penarek Baru, 22100 Kampung Penarik, Malaysia.
Terletak di Dungun, Angun Beach Guest House merupakan satu tempat penginapan menarik di Terengganu yang memberikan pemandangan laut terus dari tingkap bilik anda! Selain pemandangan yang cantik, ia juga berada di lokasi strategik – berhampiran dengan kedai makan dan pasaraya.
Di sini, anda boleh memilih sama ada untuk terus menempah seluruh rumah dengan tiga bilik tidur atau menginap di salah satu bilik yang ada pada harga berpatutan. Kelengkapannya juga lengkap dengan katil yang selesa, hiasan yang moden, bilik mandi yang bersih, ruang tamu dengan TV skrin rata, ruang makan, penghawa dingin, dan dapur kecil.
Ia juga terletak tidak jauh dari tempat menarik seperti Pantai Tanjung Jara (8 km), Sungai Dungun (6 km), dan Rantau Abang (16 km). Mudahlah untuk anda membawa ahli keluarga anda bersiar-siar ketika berada di sini.
- Harga - Dari RM76+ semalaman.
- Alamat - PT 13440, Jalan Pantai, Taman Seri Bayu, Sura Tengah, Terengganu, 23000 Dungun, Malaysia.
Jika anda dalam perjalanan dari Mersing ke Kuala Besut, singgah sebentar dan menginap di Kijalena Beach BnB. Ia merupakan antara hotel di Terengganu yang mempunyai pemandangan tepi pantai yang indah dan kolam renang yang serba baru dan selesa.
Selain daripada pemandangan yang instaworthy, Kijalena Beach BnB juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti anda. Antaranya adalah kemudahan BBQ dan sarapan pagi di tepi kolam renang.
Bilik di sini juga selesa dan bersih serta dilengkapi dengan Wi-Fi percuma. Bilik mandinya bersifat en-suite dan biliknya juga disediakan katil Single atau Double, penyaman udara, balkoni, peti sejuk, seterika dan TV skrin rata. Anda pasti seronok menginap di sini!
- Harga - Dari RM195+ semalaman.
- Alamat - Lot 316, Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Malaysia.
Lagi satu hotel di Terengganu yang best di tepi pantai yang cantik adalah Teluk Lipat Seaview Inn. Berada di Dungun, resort ini memberikan keselesaan semasa percutian anda sekeluarga. Ia juga hotel yang mesra keluarga dan terletak berhampiran dengan bandar, gerai dan restoran makan.
Harga bilik di Teluk Lipat Seaview Inn juga berpatutan di mana ia bermula serendah RM130 bagi bilik Deluxe Twin. Bilik di hotel ini cukup selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti katil yang empuk, TV berserta rancangan kabel, bilik air yang moden dan bersih, pancuran air panas, dan alat mandian.
Ketika menginap di sini, anda boleh bersantai di pantai sambil menikmati kesegaran angin laut. Anda juga boleh pergi ke bandar Dungun, Medan Ikan Bakar Dungun, Pantai Tanjung Jara, atau Rantau Abang yang terletak hanya beberapa kilometer sahaja dari hotel ini.
- Harga - Dari RM149+ semalaman.
- Alamat - 53, Jalan Pantai Sura, 23000 Dungun, Malaysia.
Menarik bukan hotel-hotel di Terengganu yang kami senaraikan di atas? Ia terletak di beberapa bandar besar di negeri tersebut yang hampir dengan banyak tempat tarikan pelancong. Antaranya adalah Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Besut, Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Pilih salah satu hotel di atas untuk percutian epik anda yang akan datang dan nikmati pemandangan pantai dan laut yang memukau. Harganya berpatutan dan sudah pasti berbaloi dengan kemudahan dan layanan yang akan anda terima.
Selain itu, jangan lupa untuk semak harga terkini bagi setiap hotel pilihan anda secara terus di Booking.com. Selamat menikmati percutian anda!
Kredit gambar: Booking.com