tempat menarik di kuala lumpur

35 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang Best

Senarai Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur merupakan Ibu Kota Malaysia. Bandar metropolitan ini memang tidak pernah tidur. Ianya bukan sahaja terkenal sebagai pusat kewangan dan pusat pertembungan budaya, malah ianya juga menawarkan banyak tarikan dan tempat menarik untuk dilawati. 

35 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang Best 1
Pilihan #1

Sewa Kereta?

Tempah sewa kereta dan mula perjalanan dengan mudah!

Check Harga

Artikel ini ada menyenaraikan sebanyak 35 buah tempat menarik di Kuala Lumpur untuk anda lawati. Untuk memudahkan lagi percutian anda, kami juga ada menyediakan beberapa cadangan dan perkhidmatan tempahan terus pakej-pakej menarik pada harga yang lebih murah dari Klook untuk yang berminat. Yang penting anda dapat memaksimakan dan menikmati sepenuhnya percutian anda sepanjang berada di Kuala Lumpur.

1. Aquaria KLCC

Aquaria KLCC
Sumber: Mohd Fazlin Mohd Effendy Ooi

Aquaria KLCC merupakan sebuah oceanarium yang bertaraf dunia. Ianya terletak di bahagian di bahagian concourse Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tarikan utamanya adalah terowong lutsinar bawah air sepanjang 90 meter yang dilengkapi dengan travelator.

Aquaria menempatkan lebih daripada 250 spesies haiwan akuatik dan separa akuatik dari Malaysia dan di seluruh dunia. 

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Dewasa : RM 46.00 | Kanak-kanak & Warga Emas : RM 37.00
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 10.00 a.m – 8.00 p.m
  • Alamat – Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Center, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Selanjutnya di Klook

2. Petrosains

Petrosains
Sumber: Laman Web Petrosains

Petrosains dimiliki oleh Petrosains Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat PETRONAS. Ianya ditubuhkan bagi menunjukkan komitmen PETRONAS untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan saintifik di kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam teknologi industri tenaga.

Petrosains menggunakan pendekatan yang menyeronokkan dalam pamerannya. Setiap pameran mempunyai ciri interaktif dengan gabungan sentuhan elemen teater dan futuristik

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Dewasa : RM 28.00 | Kanak-kanak : RM 16.50 | Warga Emas : RM 14.00
  • Waktu Operasi – Selasa – Jumaat : 9.30 a.m – 5.30 p.m | Sabtu – Ahad : 9.30 a.m – 6.30 p.m
  • Alamat – Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

3. Var Live Malaysia

VaR live
Sumber: Laman FB rasmi VAR LIVE MY

VAR LIVE MY adalah merupakan sebuah taman tema realiti maya yang terbesar di Malaysia. Ianya menjanjikan pengunjung dengan pengalaman realiti maya yang meyeronokkan, mendebarkan dan menakjubkan dengan kaedah yang dikenali sebagai maklumbalas somatosensory.

Pengunjung akan berasa seolah-olah berada dalam situasi sebenar dan bukannya simulasi sewaktu bermain di taman tema ini.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – RM 69.00 setiap seorang
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 10.00 a.m – 10.00 p.m
  • Alamat – L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No.6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

4. Plane in the City

35 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang Best 19
Sumber: Tourism Malaysia

Plane In The City menawarkan pengalaman makan tengah hari dan malam mewah di dalam pesawat sebenar. Tetamu boleh memilih mana-mana pakej dengan menu hidangan yang disediakan oleh Hotel Le Meridien.

Tetamu juga akan dibawa melawat setiap bahagian pesawat termasuk kokpit dan sayap di mana tetamu boleh berswafoto dan mengambil gambar.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Pakej Kelas Ekonomi : RM 259.00 setiap seorang | Pakej Kelas Bisnes : RM 499 setiap seorang | Pakej Kelas Pertama : RM 999.00
  • Waktu Operasi – Selasa – Khamis : 6.00 p.m & 8.00 p.m | Jumaat : 6.00 p.m, 8.00 p.m & 10.00 p.m | Sabtu – Ahad: 5.00 p.m, 7.00 p.m & 9.00 p.m.
  • Alamat – 231, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

5. Menara Berkembar Petronas

35 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang Best 20
Sumber: SAM Cheong

Sama seperti Menara Eiffel adalah mercu tanda Paris, Menara Berkembar Petronas adalah mercu tanda Kuala Lumpur. Ianya direka oleh arkitek Argentina bernama César Pelli dengan gaya dan rekabentuk postmodern.

Para pelawat berpeluang untuk mengakses dek pemerhatian menara dan Skybridge yang merupakan jambatan dua tingkat tertinggi dunia jika mereka membeli tiket.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Dewasa: RM 28.00 | Kanak-kanak: RM 14.00 | Warga emas: RM 14.00
  • Waktu Operasi – Isnin: Tutup | Selasa – Ahad: 9.00 a.m – 9.00 p.m
  • Alamat – Concourse Level, Petronas Twin Tower, Lower Ground, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Selanjutnya di Klook

6. The Rift

The Rift
Sumber: Laman FB rasmi The Rift

The Rift adalah merupakan sebuah taman tema realiti maya yang menawarkan sebanyak 24 jenis dunia maya untuk diterokai.Taman tema ini merupakan yang terbesar di Asia.

Antara jenis-jenis interaksi yang ditawarkan termasuk pengembaraan bebas dalam suasana realiti maya, perlawanan antara pemain virtual maya dengan pemain sebenar, perlawanan laser dan banyak lagi.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk -Exit Reality 4 Credits : RM 38.00 | Exit Reality 8 Credits : RM 75.00 | Exit Reality 12 Credits : RM 110.00 | Exit Reality 20 Credits : RM 150.00 | The Rift Junior : RM 20.00 | Zero Latency : RM 90.00 | Zero Latency Outbreak Origin: RM 110.00
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 11.00 a.m – 10.00 p.m
  • Alamat – Jalan Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

7. Taman Burung Kuala Lumpur

KL Bird Park
Sumber: shankar s

Taman Burung Kuala Lumpur menempatkan lebih daripada 200 spesies burung. 90% adalah burung tempatan manakala 10% lagi merupakan burung-burung unik yang diimport dari negara-negara lain.

Taman ini terletak di kaki Bukit Aman dan menerima purata 200,000 pengunjung setiap tahun. Ianya terbahagi kepada empat zon dan setiap zon mempunyai tarikan tersendiri.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Dewasa: RM 27.00 | Kanak-kanak: RM 13.00
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 9.00 a.m – 6.00 p.m
  • Alamat – KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

8. Museum Of Illusions Kuala Lumpur

Museum of Illusion Kuala Lumpur
Sumber: Laman FB rasmi Museum of Illusions Kuala Lumpur

Muzium of Illusion Kuala Lumpur merupakan tempat yang sesuai untuk dilawat bersama keluarga dan rakan-rakan. Ianya menjanjikan pengunjung dengan pengalaman dunia ilusi yang unik dan menyeronokkan.

Antara tarikan utama muzium ini adalah silinder berputar, bilik cermin dan bilik infiniti. Terdapat banyak juga koleksi hologram dan ilusi optik menakjubkan yang dipamerkan kepada pengunjung.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Dewasa : RM 35.00 | Kanak-kanak: RM 25.00 | Tiket Keluarga : RM 90.00
  • Waktu Operasi – Setiap Hari : 10.00 a.m – 10.00 p.m
  • Alamat – Ansa Hotel, Tingkat 1 & 2, 101 Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur

Selanjutnya di Klook

9. Illusion 3D Art Museum

35 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang Best 21
Sumber: Laman FB rasmi Illusion 3D Art Museum

Illusion 3D Art Museum merupakan sebuah muzium yang menawarkan lebih daripada 36 buah lukisan tangan 3D bersaiz besar yang dipaparkan di galeri dengan suasana desa yang berkeluasan 6,400 kaki persegi.

Pelawat juga dapat menikmati pameran lukisan tangan unik dan menarik dengan gabungan unsur-unsur kebudayaan dan moden hasil tangan pengkarya-pengkarya tempatan.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Dewasa: RM 34.00 | Kanak-kanak/Pelajar/Warga Emas : RM 17.00
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 10.00 a.m – 8.00 p.m
  • Alamat – Lot 4.01-4.03, Tingkat dua, Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, 50050, Kuala Lumpur

Selanjutnya di Klook

10. Kuala Lumpur City Gallery

KL City Gallery
Sumber: Kuala Lumpur City Gallery

Kuala Lumpur City Gallery adalah galeri yang mempamerkan kisah lalu, kisah terkini dan aspirasi masa depan Kuala Lumpur melalui pameran miniatur mercu tanda.

Antara miniatur yang dipamerkan termasuk diorama 3D Dataran Merdeka, Chinatown dan Masjid Jamek. Struktur ikonik I ♥ KL yang terletak di luar bangunan juga merupakan tumpuan pelawat.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – RM 10 setiap seorang
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 9.00 a.m – 6.30 p.m
  • Alamat – Dataran Merdeka, 27, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

11. SuperPark Malaysia

35 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang Best 22
Sumber: SuperPark Malaysia

Super Park Malaysia merupakan taman sukan dalam bangunan yang diinspirasikan dari Finland. Ianya menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Taman sukan ini terbahagi kepada beberapa zon iaitu Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall. Setiap zon mempunyai tarikan masing-masing contohnya trampolin, padang gold mini dan banyak lagi. 

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk –
    (Isnin – Jumaat) 1 Day Ticket : RM 50.00 | After 6 PM : RM 30.00
    (Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah) 1 Day Ticket : RM 70.00 | After 6 PM : RM 45.00 | Morning Mayhem : RM 45.00 | Middle Session : RM 55.00
  • Waktu Operasi – Isnin – Jumaat : 10.00 a.m – 9.00 p.m | Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah : 9.00 a.m – 9.00 p.m
  • Alamat – Unit 4-1, Tingkat 4, Pusat Membeli Belah Avenue K , 156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

Selanjutnya di Klook

12. Pasar Pudu

pasar pudu
Sumber: Morgan López

Pasar Pudu merupakan antara pasar paling bersejarah di Malaysia. Dengan jumlah gerai yang melebihi 1300, ia telah menjadi pasar terbesar di Semenanjung Malaysia dan membekalkan rakyat Malaysia dengan barangan mentah yang segar seperti daging, sayur-sayuran dan macam-macam lagi.

Pasar ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 4.00 a.m – 3.00 p.m
  • Alamat – Jalan Pasar Pudu, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selanjutnya di Klook

13. Waka Waka KL

Waka Waka KL
Sumber: Laman FB rasmi Waka Waka KL

Waka Waka KL merupakan sebuah taman permainan dalaman. Ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak kecil dan pra remaja. Hiasan dalaman taman ini bertemakan elemen safari Afrika.

Aktiviti yang ditawarkan disini khusus untuk membantu perkembangan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran mereka. Antaranya adalah ruang bermain yang comel dengan pasir, labirin dan laluan tali.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Tiket Hari Biasa : RM 16.80 – RM 21.00 | Tiket mingguan : RM 21.00 – RM 28.00 | Dine & Play : RM 15.00 |Knight Membership : 120.00 | Kingdom Membership : RM 200.00 |Royal Membership : RM 600.00
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 10.00 a.m – 7.00 p.m
  • Alamat -136, Lower Ground Floor, Furama Bukit Bintang Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

14. Menara Kuala Lumpur

KL Tower
Sumber: Phuket@photographer.net

Selain Menara Berkembar Petronas, Menara KL merupakan satu lagi menara yang paling dikenali di Malaysia. Dilengkapi dengan antena, menara ini bertujuan untuk penyiaran televisyen dan radio.

Menara KL kelihatan seolah-olah gasing yang berpusing. Seni binanya mencerminkan warisan Islam dengan skrip Arab, jubin Islam, dan corak pola bunga dan abstrak Islam.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Dewasa: RM 30.00 | Kanak-kanak: RM 20.00
  • Waktu Operasi – Setiap hari: 9.00 a.m -10.00 p.m
  • Alamat -2, Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

15. Kuil Sri Maha Mariamman

35 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang Best 23
Sumber: Jorge Láscar

Kuil Sri Mahamariamman adalah kuil tertua di Kuala Lumpur. Senibinanya mempunyai elemen India selatan. Ianya dinamakan sempena nama dewa Hindu Mariamman.

Kuil ini dibina menyerupai bentuk tubuh manusia. Kepalanya menghala ke arah barat dan kakinya pula ke arah timur. Terdapat 228 buah berhala yang menghiasi menara lima tiang bernama Gopuram.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Ahad – Khamis : 6.00 a.m – 10.30 a.m, 11.30 a.m – 1.00 p.m & 4.00 p.m – 8.30 p.m | Jumaat : 6.00 a.m – 1.30 p.m & 2.30 p.m – 9.30 p.m | Sabtu: 6.00 a.m – 9.00 pm
  • Alamat -Jalan Tun H S Lee, Pusat Bandaraya, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selanjutnya di Klook

16. Jalan Petaling (Chinatown)

35 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang Best 24
Sumber: IQRemix

Jalan petaling atau jolokannnya China Town Malaysia merupakan tempat kunjungan pelancong yang ingin mencari barangan berharga murah. Pengunjung juga boleh mengurangkan lagi harga belian dengan cara tawar menawar dengan penjual.

Jalan Petaling juga menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan yang menarik seperti mee Hokkien, ikan bakar, asam laksa dan mi kari.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Setiap hari: 10.00 a.m – 12.00 p.m
  • Alamat -Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

17. Pasar Seni (Central Market)

35 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang Best 25
Sumber: Mohd Fazlin Mohd Effendy Ooi

Pasar Seni merupakan salah satu tarikan yang paling popular di Kuala Lumpur. Ianya juga telah dikelaskan sebagai Tapak Warisan oleh Jabatan Warisan Negara.

Pasar seni menempatkan kedai-kedai yang menjual barangan tempatan seperti batik, songket, kraftangan, aksesori dan banyak lagi. Ia juga menganjurkan pertunjukan seni dan kebudayaan dari semasa ke semasa.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 10.00 a.m – 9.30 p.m
  • Alamat -Jalan Hang Kasturi, Pusat Bandar 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

18. Bangunan Sultan Abdul Samad

35 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang Best 26
Sumber: William

Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di hadapan Dataran Merdeka. Akses ke bahagian dalam bangunan adalah terhad. Walau bagaimanapun, pengunjung bebas mengambil gambar bahagian luaran bangunan.

Bangunan ini dibina sepenuhnya daripada batu bata. Kubahnya yang berbentuk seperti bawang diperbuat daripada tembaga. Ianya juga merupakan latar belakang penting untuk Perbarisan Sambutan Kemerdekaan.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Tiada bayaran masuk
  • Waktu Operasi – 24 Jam
  • Alamat -Jalan Raja, Pusat Bandar, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Selanjutnya di Klook

19. Tokong Thean Hou

Thean Hou Chinese Temple
Sumber: Robert Wilson

Tokong Thean Hou merupakan sebuah tokong yang menggabungkan pegangan Buddhisme, Taoisme dan Konfusianisme. Tokong ini diuruskan oleh komuniti Hainan Malaysia.

Seni bina tokong ini menggabungkan elemen kontemporari dengan unsur tradisi. Ianya merupakan salah satu kuil terbesar di Asia Tenggara. Selain tempat ibadat, ia juga mempunyai taman herba dan kolam kura-kura.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Setiap hari: 09:00 a.m – 18:00 p.m
  • Alamat -65, Persiaran Endah, Taman Persiaran Desa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Selanjutnya di Klook

20. Harriston Boutique (Cocoa Boutique)

Harriston Boutique
Sumber: Laman FB rasmi Harriston Chocolate

Harriston Boutique adalah salah satu cawangan Harriston Chocolate. Harriston Chocolate adalah merupakan pembuat coklat tempatan yang berjaya menempah nama di pasaran dunia.

Pengunjung boleh menikmati coklat dengan citarasa unik Malaysia seperti coklat berperasa durian, tongkat ali, halia, kelapa dan banyak lagi. Harriston menghasilkan sebanyak 150 jenis variasi coklat untuk dinikmati.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 9.00 a.m – 8.00 p.m
  • Alamat – Malaysia Tourism Centre, 139, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

21. Istana Negara

Istana Negara
Sumber: Phuket@photographer.net

Istana Negara merupakan kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong. Ia mempunyai dua kubah emas besar dan 20 kubah kecil yang kelihatan seperti susunan daun sirih.

Istana Negara merupakan kawasan larangan. Namun, pengunjung masih dapat menikmati seni binanya dari luar dan melihat upacara pertukaran sesi pengawal diraja yang menjaga pintu gerbang istana.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Akses ke dalam istana tidak dibenarkan, jadi tiada bayaran masuk.
  • Waktu Operasi – Isnin – Jumaat : 9,00 a.m – 1.00 p.m, 3:30 p.m –9.00p p.m | Sabtu – Ahad: Tutup
  • Alamat – Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

22. Tugu Negara

Tugu negara
Sumber: Mohd Fazlin Mohd Effendy Ooi

Tugu negara dibina bagi memperingati dan mengenang jasa tentera Malaysia yang gugur sewaktu mempertahankan keamanan negara Malaysia terutama sekali sewaktu perang dunia kedua dan darurat.

Tugu ini terdiri daripada tujuh patung askar yang diperbuat daripada gangsa. Setiap askar mempunyai maksud simbolik iaitu kepimpinan, perpaduan, kekuatan, kewaspadaan, penderitaan, keberanian dan pengorbanan.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 7.00 a.m – 8.00 p.m
  • Alamat -Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Selanjutnya di Klook

23. Muzium negara

Muzium Negara
Sumber: Marufish

Muzium Negara merupakan sebuah repositori yang menempatkan/menyimpan koleksi artifak dan warisan sejarah negara dari zaman prasejarah sehingga peristiwa terkini. Bangunan berbentuk rumah tradisi Minangkabau ini terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Bahagian luaran muzium ini menyajikan mural dari mozek yang memaparkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah, peradaban dan budaya Malaysia.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Dewasa : RM 2 | kanak-kanak : Percuma
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 9.00 a.m to 6.00 p.m
  • Alamat -Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50566 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Selanjutnya di Klook

24. Masjid Negara

Masjid negara
Sumber: Jorge Láscar

Masjid Negara merupakan lambang Malaysia sebagai negara Islam. Ianya dibina berdasarkan reka bentuk moden yang unik Masjid al-Haram. Ciri-ciri menarik termasuk menara setinggi 74 meter dan bumbung utama yang kelihatan seperti payung terbuka.

Pelawat boleh melawat di luar waktu solat. Jubah dan tudung ada disediakan bagi yang tidak berpakaian sesuai.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Sabtu – Khamis: 9.00 a.m – 12.00 p.m, 3.00 p.m – 4.00 p.m, 5.30 p.m – 6.30 p.m | Jumaat: 3.00 p.m – 4.00 p.m, 5.30 p.m – 6.30 p.m
  • Alamat -Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

25. Dataran Merdeka

Dataran Merdeka
Sumber: Mohd Fazlin Mohd Effendy Ooi

Dataran Merdeka terletak berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.Ianya tempat di mana Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.

Dataran ini mempunyai tiang bendera tertinggi di dunia yang mengibarkan Jalur Gemilang (bendera Malaysia). Ia juga merupakan lokasi yang terkenal untuk penganjuran konsert dan pertunjukan bunga api semasa sambutan tahun baru.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – 24 Jam
  • Alamat -Jalan Raja, Pusat Bandar Kuala Lumpur, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

26. Brickfields (Little India)

35 Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang Best 27
Sumber: Yun Huang Yong

Brickfields atau dikenali sebagai Little India merupakan tempat di mana hab pengangkutan awam utama Kuala Lumpur terletak. 

Terdapat pelbagai kedai milik pengusaha India yang menjual rempah, barangan runcit, makanan tradisi India, tekstil, emas dan bunga boleh dijumpai di sini.

Tempat ini juga amat meriah semasa sambutan perayaan Deepavali dan Thaipusam.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Setiap hari: 10.00 a.m- 9.00 p.m
  • Alamat -Brickfields Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

27. Taman Rama Rama Kuala Lumpur

Taman rama rama
Sumber: Mohd Fazlin Mohd Effendy Ooi

Taman Rama Rama Kuala Lumpur merupakan antara yang terbesar di Malaysia. Ia mempunyai koleksi lebih daripada 5,000 rama-rama tempatan dari 120 spesies yang berbeza.

Taman ini direka menyerupai hutan hujan dengan labirin jalan kaki dilengkapi dengan kolam dan air terjun. Di setiap sudut taman, ada stesen makanan disediakan untuk rama-rama.

Jika anda mahu membuat tempahan tiket atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Harga tiket berbeza mengikut persembahan
  • Waktu Operasi –
    (KLPac Box Office) Setiap hari : 10.00 a.m – 6.30 p.m
    (Malam persembahan) Bergantung pada tarikh persembahan : 10.00 a.m – 8.30 p.m
  • Alamat -Jalan Sultan Azlan Shah, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

28. Tokong Chan See Shu Yuen

Chan See Shu Yuen Temple
Sumber: Marcin Pieluzek

Tokong Chan See Shu Yuen adalah antara kuil Buddha yang tertua di Malaysia. Ia mempunyai halaman terbuka di tengah-tengah astaka yang dihiasi dengan lukisan berwarna-warni dan ukiran.

Dari luar, bumbung tokong ini mempunyai senibina kwang-tung, manakala bahagian dalam mempunyai tiang yang mempamerkan adegan pahlawan yang sedang melawan singa dan naga.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 8.00 a.m – 6.00 p.m
  • Alamat -172, Jalan Petaling, Pusat bandaraya, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

29. Tokong Sze Si Ya

Sin Sze Si Ya Temple
Sumber: Jennifer

Tokong Sze Si Ya dibina oleh Yap Ah Loy dan didedikasikan kepada dewa Sin Sze Ya dan Si Sze Ya.

Tokong ini adalah kuil Tao tertua di Kuala Lumpur. Ramai yang datang berdoa supaya nasib menjadi lebih baik. Terdapat juga ritual untuk menghilangkan nasib buruk atau membalikkan sihir jahat disediakan.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 7.00 a.m – 5.00 p.m
  • Alamat – 113A, Jalan Tun H S Lee, Pusat Bandaraya, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Selanjutnya di Klook

30. Masjid Jamek

Masjid Jamek
Sumber: Qaedi Shamsuddin

Masjid Jamek merupakan masjid tertua di Kuala Lumpur. Ia terletak di antara Sungai Klang dan Sungai Gombak. Nama rasminya ialah Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

Masjid ini mempunyai elemen senibina Moorish, Indo-Saracenic dan Mughal. Ianya mempunyai 3 kubah dan menara merah jambu dan putih yang diperbuat daripada bata dan plaster.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi –
    (Solat) Setiap hari : 5.30 a.m – 9.30 p.m
    (Lawatan) Sabtu – Khamis : 10.00 am – 12.30 pm, 2.30 pm – 4.00 pm | Jumaat : Tutup
  • Alamat -Jalan Tun Perak, Pusat Bandaraya, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

31. Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

KL Forest Eco Park
Sumber: Dennis Sylvester Hurd

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur adalah antara rizab hutan kekal tertua di Malaysia dan satu-satunya hutan hujan tropika yang masih tinggal di Kuala Lumpur. Ia juga merupakan tempat perlindungan bagi hidupan liar seperti mamalia kecil dan monyet.

Tarikan taman termasuk Canopy Walk, jambatan gantung, taman herba, gazebo dan laluan hutan.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 7.00 a.m – 8.00 p.m
  • Alamat – Lot 240, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

32. Bukit Bintang

Bukit Bintang
Sumber: Kojach

Bukit Bintang merupakan kawasan membeli-belah dan hiburan yang paling popular di Kuala Lumpur. Kawasan ini popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan, terutamanya di kalangan golongan muda.

Kawasan paling popular di Bukit Bintang adalah Bintang Walk. Ianya menempatkan pusat-pusat membeli-belah, kafe-kafe al-fresco, hotel, bar, kelab malam serta pelbagai jenis restoran.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Percuma
  • Waktu Operasi – Pusat Membeli belah: 10.00 a.m -10.00 p.m | Pusat Hiburan: 6.30 p.m – 3.00 a.m
  • Alamat -Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Selanjutnya di Klook

33. Dining In The Dark Kuala Lumpur

Dining in the dark
Sumber: Laman FB rasmi Dining in the dark – Kuala Lumpur

Dining in the Dark adalah restoran yang memperkenalkan konsep hidangan dengan cara luar biasa di mana pelanggan menikmati hidangan dengan mata tertutup. Sebaliknya pelanggan akan menikmati hidangan berpandukan deria rasa, bunyi, bau dan sentuhan.

Apa yang lebih menarik, pekerja cacat penglihatan juga digaji untuk membimbing pelanggan ke tempat makan masing-masing.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Dark Classic / Vegetarian meal set : RM 160. 10 setiap seorang.
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 6.30 p.m – 9.30 a.m
  • Alamat -50A Changkat Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Selanjutnya di Klook

34. FlowRider 1 Utama

FlowRider 1 Utama
Sumber: Laman FB rasmi FlowRider 1 Utama

Mahu meluncur ombak tetapi tiada masa ke pantai? FLOWRIDER® ada jawapannya. Di sini, terdapat banyak jenis tarikan sukan air yang boleh anda nikmati bersama keluarga dan rakan-rakan tidak kira sama ada anda professional atau amatur atau hanya untuk suka-suka.

Terdapat juga kolam air untuk kanak-kanak dan tarikan luncur angin.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk –
    (Normal Rate 1 jam) Isnin – Jumaat : RM 45.00 | Sabtu & Ahad : RM 55.00
    (Normal Rate 2 jam) Isnin – Jumaat : RM 80.00 | Sabtu & Ahad : RM 100.00
    (Day Pass) Isnin – Jumaat : RM 270 | Sabtu & Ahad : RM 330.00
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 6.30 p.m – 9.30 a.m
  • Alamat Lot LG 601, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre Petaling Jaya, Malaysia

Selanjutnya di Klook

35. Art & Bonding

Art & Bonding
Sumber: Laman FB rasmi FlowRider 1 Utama

Art & Bonding diilhamkan oleh Philip Chan dan Stephy Lew. Mereka menyedari bahawa kebanyakan aktiviti masa lapang rakyat Malaysia tertumpu di pusat membeli-belah ataupun menonton filem.

Jadi mereka menubuhkan Art & Bonding untuk dijadikan tempat di mana semua orang boleh menjadi pelukis, walaupun mereka tidak mempunyai kemahiran atau pengalaman seni.

Jika anda mahu membuat tempahan pakej atas talian dengan harga menarik, boleh terus ke laman web klook.com untuk maklumat lanjut.

  • Bayaran Masuk – Pakej Sip & Paint : RM 130.00 | Bengkel : RM 150.00 – RM 220.00
  • Waktu Operasi – Setiap hari : 6.30 p.m – 9.30 a.m
  • Alamat -22-3, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Selanjutnya di Klook

Pilihan BEST Hotel di Kuala Lumpur (Senarai Ringkas)

Hotel Termurah: Swiss Hotel, ” Hotel ini menawarkan penginapan yang termurah di Kuala Lumpur tetapi penginapan dan perkhidmatan yang disediakan amat bagus dan memuaskan.”

Hostel Untuk Bagpackers: Hotel 1000 Miles, “Hotel ini menyediakan penginapan pada harga berpatutan, ianya mempunyai kafe, ruang santai, perpustakaan mini dan ruang simpanan bagasi.”

Hotel Berkonsep Unik: ibis Kuala Lumpur City Centre“Hotel ini mengetengahkan hiasan dan konsep bertemakan burung ibis. Setiap ruang dan inci bilik dihias dengan gaya moden dan berstail.”

Hotel untuk Keluarga: One-Stop Residence & Hotel, “Hotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga mempunyai fasiliti seperti kedai serbaneka, taman permainan kanak-kanak dan kolam renang”

Hotel Untuk Berbulan Madu:  Areena Star Hotel“Hotel ini mempunyai suite bulan madu yang dihias cantik dengan perabot vintage dan klasik. Suite juga lengkap dengan set katil yang romantik dan tab mandi berjakuzi yang dihias indah”

Berakhir sudah senarai 35 tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi. Jika anda mahukan pakej-pakej menarik yang ditawarkan sekitar Kuala Lumpur. Anda boleh sahaja melawat ke laman web Klook.com untuk maklumat lanjut. Banyak informasi yang boleh anda jumpai di sana. Selamat bercuti.

Artikel berkaitan:

Similar Posts