street art penang

48 Lokasi Wajib Pergi Jika Anda Bercuti Di Penang

Aktivity Paling Best di Penang (2019)

#1 – Largest Indoor Theme Park: THE TOP at KOMTAR, “[…] panoramic views of Penang from an open platform of the city’s tallest building”

#2 – Trendy Modern Art Museum: DARK MANSION MUSEUM“With 5 themed attractions, you will have lots of photo taking opportunities”

#3 – SightSeeing: PENANG HILL AND TEMPLE“Enjoy an event-filled four hour guided tour of Penang and stop by its major attractions”

#4 – Perfect For Family: ENTOPIA By PENANG BUTTERFLY FARM“largest butterfly garden in Malaysia with over 15,000 free flying butterflies”

Senarai Tempat Menarik di Penang (Pulau Pinang, Malaysia)

Pulau Pinang adalah lokasi tumpuan pelancong paling terkenal di Malaysia. Ibu Negeri Pulau Pinang iaitu Georgetown telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Jika anda merancang bercuti di Pulau Pinang dan tercari-cari tempat menarik di Penang untuk dilawati. Anda datang ke tempat yang betul. 

Artikel ini menyenaraikan sebanyak 48 lokasi wajib pergi sewaktu anda di Pulau Pinang. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Jadi jangan buang masa, pilih sahaja mana-mana lokasi yang menarik yang menepati selera anda.

Bagi yang masih belum menempah tempat penginapan di Pulau Pinang dan mahukan penginapan bajet, bolehlah klik 31 Tempat Penginapan Menarik Yang Berbajet Rm 100 Ke Bawah Di Pulau Pinang untuk melihat pilihan hotel yang ada di sana.

1.Seni Jalanan Georgetown

seni jalanan Georgetown
Sumber: Amelia

Seni jalanan banyak dijumpai di sekitar bandar Georgetown. Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri telah memulakan kempen untuk menghias Georgetown dengan seni jalanan. Artis tempatan diberi peluang menghasilkan seni mereka berkisarkan kisah penduduk tempatan dan sejarah bandar tersebut. Ernest Zacharevic juga pernah dijemput menjalankan projek seni jalanan bernama “Cermin George Town”.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - 24 Jam
  • Alamat - Di sekeliling Bandar Georgetown

Keluar awal pagi supaya tidak perlu berebut mengambil gambar | pakai topi dan bawa bekalan air kerana cuaca di Pulau Pinang agak panas.

Tip dari Bagasi.my

2. Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling
Sumber: Xiquinho Silva

Masjid bersejarah yang dibina dengan gaya Moghul ini direka oleh arkitek Jerman. Ianya dibina pada tahun 1801 bagi memudahkan masyarakat India Muslim beribadat. Masjid ini dinamakan “Kapitan Keling” sempena gelaran yang diberikan kepada Cauder Mydin Merican yang merupakan pemimpin komuniti tersebut. Lawatan berpandu percuma juga ada untuk tetamu bukan islam.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Isnin - Khamis : 11:30 a.m - 1 p.m & 2:00 p.m - 6:00 p.m | Jumaat : 2:30 p.m - 6:00 p.m | Sabtu - Ahad : 11:30 a.m - 1.00 p.m & 2:00 p.m - 6:00 p.m
  • Alamat -14, Jalan Buckingham, 10200 George Town, Penang.

Masjid merupakan tempat ibadah untuk penganut muslim, digalakkan berpakaian sopan dan menutup aurat (jubah dan hijab ada disediakan).

Tip dari Bagasi.my

3. Leong San Tong Khoo Kongsi

Khoo Kongsi
Sumber: Xiquinho Silva

Lebih dari 100 tahun yang lalu, Klan Khoo yang merupakan imigran berketurunan Hakka telah membina sebuah rumah agam dengan halaman yang indah dipanggil Leong San Tong Khoo Kongsi yang bermaksud “Dewan Gunung Naga”. Ianya mencerminkan nilai, budaya, dan tradisi yang sempurna. Bangunan ini dihiasi dengan mural dan ukiran yang unik.

  • Bayaran Masuk - RM 10.00
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 9.00 a.m - 5.00 p.m.
  • Alamat - 18 Cannon Square, 10450 Georgetown, Penang.

Jika ada acara berlangsung pada waktu malam, kawasan sekitar bangunan akan dilimpahi cahaya lampu yang cantik, amat sesuai untuk yang suka mengambil gambar.

Tip dari Bagasi.my

4. Rumah Agam Peranakan Pinang

Rumah Agam Peranakan Pinang
Sumber: Travolution360

Rumah agam ini dibina pada tahun 1895 dan dihias dengan gaya ekletik selat. Ianya terletak di Church Street. Rumah ini asalnya merupakan rumah kepada Kapitan Cina yang bernama Chung Keng Kwee. Beliau merupakan ketua kepada semua orang Cina di Pulau Pinang. Rumah ini telah dipulihara dan dijadikan muzium.

  • Bayaran Masuk - dewasa : RM 20.00 | Kanak-kanak : RM 10.00
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 9:30 a.m - 5:00 p.m
  • Alamat - 29 Church Street, 10200 Georgetown

Jika anda mahukan lawatan berpandu percuma, ianya diadakan secara harian dari pukul 11.30 a.m hingga 3.30 p.m.

Tip dari Bagasi.my

5. Jalan sekitar Georgetown

Jalan Georgetown
Sumber: Mohd Fazlin Mohd Effendy Ooi

Selepas kemerdekaan, kebanyakan nama jalan di Georgetown telah ditukar dari nama penguasa British ke tokoh tempatan. Tetapi, masih ada yang dikekalkan contohnya Leith Street, Cannon Street dan Pitt Street. Jika anda berjalan di sekitar kawasan ini, anda akan dapat melihat deretan bangunan warisan yang kaya dengan elemen Melayu, Cina, India dan Eropah.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - 24 Jam | Waktu operasi kedai dan restoran berbeza
  • Alamat - Sekitar bandar Georgetown

Bandar Georgetown ini agak sesak kerana jalannya yang kecil dan sempit, berbasikal dapat mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan.

Tip dari Bagasi.my

6. Jeti Klan

Klan Jeti
Sumber: Marufish

Jeti Klan terdiri daripada 6 buah jeti. Ianya merupakan penempatan atas air terakhir orang Cina yang terletak di Pengkalan Weld. Kelompok rumah kayu atas air ini dibina oleh imigran Cina dari Fujian. Jeti-jeti tersebut adalah Jeti Chew, Jeti Peng Aun, Jeti Lee, Jeti Yeoh, Jeti Tan dan Jeti Koay.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Isnin - Jumaat : 9.00 a.m - 9.00 p.m
  • Alamat - Pengkalan Quay, 10300 George Town.

Tempat ini merupakan kawasan perumahan, tidak digalakkan untuk datang pada waktu malam untuk menjaga ketenteraman penduduk di situ.

Tip dari Bagasi.my

7. Rumah agam Cheong Fatt Tze

Cheong Fatt Tze
Sumber: Mohd Fazlin Mohd Effendy Ooi

Rumah agam ini dibina dalam gaya Teochew dengan intipati tradisional Hakka dan dicat berwarna biru. Ianya dibina tahun 1880-an oleh seorang peniaga Hakka bernama Cheong Fatt Tze. Bangunan ini mempunyai 5 halaman granit-berturap, 7 tangga, 38 bilik dan 220 tingkap berbingkai kayu. Ianya telah diubah suai menjadi hotel butik.

  • Bayaran Masuk - Dewasa: RM 17.00 | Kanak-kanak : RM 8.50.
  • Waktu operasi - Lawatan berpandu Isnin - Jumaat: 11.00 a.m, 2.00 p.m & 3.30 p.m (Bahasa Inggeris) | Sabtu - Ahad : 11.00 a.m & 2.00 p.m (Bahasa Inggeris), 12.00 p.m & 3.30 p.m (Bahasa Cina)
  • Alamat - 14, Lebuh Leith, 10200 Penang.

Selain tetamu yang tinggal di hotel, Tempat ini cuma membenarkan pengunjung yang telah menempah lawatan berpandu untuk melihat kawasan dalaman rumah. Jadi jika anda ingin masuk ke dalam, bolehlah membuat tempahan awal sebelum ke sana.

Tip dari Bagasi.my

8. Dewan Bandaraya Pulau Pinang

Penang City Hall
Sumber: Wikipedia

Dewan Bandaraya ini dibina pada tahun 1903 dengan elemen seni bina Victoria. Tiang-tiang Corinthians dan tingkap-tingkapnya yang besar mengimbau saat era penjajahan Inggeris. Ianya terletak bertentang dengan Padang Kota Lama dan berdekatan dengan Medan Selera Padang Kota. Bangunan ini masih digunakan hingga hari ini dan menempatkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Pejabat kerajaan beroperasi dari pukul 8.00 a.m -5.00 p.m
  • Alamat - Jalan Padang Kota Lama, 10450 George Town, Penang.

Bangunan ini menempatkan pejabat kerajaan, ada beberapa kawasan yang tidak boleh diakses oleh orang awam, Perlu sentiasa peka dan patuh dengan arahan pada papan tanda yang disediakan.

Tip dari Bagasi.my

9. Kubu Cornwallis

Kubu Cornwallies
Sumber: Marufish

Kubu Cornwallis adalah sebuah benteng pertahanan British yang terletak bersebelahan dengan Jam Memorial Victoria. Temboknya kira-kira 10 kaki tinggi dan mempunyai seni bina yang menarik. Di dalamnya terdiri terdapat penjara, kompaun simpanan senjata, beberapa Meriam gangsa dan Menara kawalan yang memberi isyarat untuk kapal yang masuk ke pelabuhan.

  • Bayaran Masuk - (Bukan Rakyat Malaysia) dewasa : RM 20.00 Kanak - kanak : RM 10.00 | rakyat malaysia : dewasa : RM 10.00 kanak-kanak : RM 5.00
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 9.00 a.m - 10.00 p.m.
  • Alamat - Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 George Town, Penang.

Bersebelahan kubu ini ada medan selera padang kota baru jika anda mahu menjamu selera.

Tip dari Bagasi.my

10. Menara Jam Memorial Ratu Victoria

Jam Memorial Ratu Victoria
Sumber: Andhika Padmawan

Menara Jam Memorial Ratu Victoria dibina oleh jutawan tempatan Cheah Chen Eok pada tahun 1897 bagi meraikan ulang tahun jubli berlian selama 60 tahun Ratu memerintah. Ia terletak di selatan Fort Cornwallis. Menara bercat putih yang berkilat mempunyai kubah emas berciri Moor yang indah dengan asas yang berbentuk oktagon.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - 24 Jam
  • Alamat - Lebuh Light, 10450 George Town, Penang.

Ianya terletak di tengah- tengah jalan raya bulatan lebuh light, jadi hati-hati bila bergambar.

Tip dari Bagasi.my

11. Kuil Sri Mahamariamman

Sri Mahamariamman Temple
Sumber: Guwashi999

Kuil ini dibina pada tahun 1833 dan didedikasikan kepada Tuhan Subramaniam, iaitu tuhan kepada penganut Hindu. Ianya adalah kuil Hindu tertua di Pulau Pinang. Ia mempamerkan unsur-unsur Hindu yang tipikal dalam reka bentuknya. Pintu masuk kuil atau dipanggil “gopuram” mempunyai ketinggian 23.5 kaki tinggi.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Isnin - Ahad : 6:30 a.m – 12:00 p.m, 16:30 p.m – 23:00 p.m
  • Alamat -Lebuh Queen, 10450 George Town, Penang.

Elakkan datang ke sini pada awal pagi atau lewat petang supaya tidak mengganggu penganut-penganut yang menjalankan ritual Puja.

Tip dari Bagasi.my

12. Muzium Negeri dan Galeri Seni Pulau Pinang

Muzium Negeri Pulau Pinang
Sumber: Muzium Negeri Pulau Pinang

Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1821 untuk memuatkan khazanah negeri serta khazanah negara. Ianya antara muzium terbaik di Malaysia. Yang dipamerkan di sini termasuk koleksi tembikar Baba Nyonya, barang kemas, perabot, pakaian dan lapan lukisan minyak milik Kapten Robert Smith. Ianya mempunyai dua bahagian iaitu ruang pameran muzium dan galeri seni.

  • Bayaran Masuk - rM 1.00
  • Waktu Operasi - Sabtu - Khamis : 9.00 a.m - 5.00 p.m | Jumaat & Cuti am : Tutup
  • Alamat - Lebuh Light, 10200 George Town, Penang.

Cenderamata yang dijual di sini agak unik dan murah dan hasil jualan disalurkan kepada pembangunan pelancongan pulau pinang.

Tip dari Bagasi.my

13. Gereja St. George

Gereja St. George
Sumber: Gereja St. George

Gereja St. George dibina oleh Syarikat India Timur pada tahun 1817. Ianya merupakan Gereja Anglikan tertua di Asia Tenggara dan salah satu bangunan tertua di Pulau Pinang. Reka bentuk Gereja ini mempunyai elemen Yunani. Penggunaan warna biru tua yang dipadankan lantai marmar menghiasi bahagian dalam gereja memberi efek yang menakjubkan.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Isnin - Khamis: 10.00 a.m - 4.00 p.m. | Jumaat - Ahad : Tutup untuk memberi laluan kepada Penganut Kristian beribadat)
  • Alamat - 1, Lebuh Farquhar, 10200 George Town, Penang.

Gereja ini mempunyai sebuah kafe untuk tetamu menikmati snek dan manisan.

Tip dari Bagasi.my

14. Cheah Kongsi

Cheah Kongsi
Sumber: Cheah Kongsi

Cheah Kongsi adalah Kongsi pertama didirikan di Pulau Pinang. Ianya didirikan pada tahun 1873 oleh seorang imigran Cina bernama Cheah Yam. Keturunan beliau bertanggungjawab menguruskan Cheah Kongsi. Bangunan kongsi dibina ini menyerupai istana dan kuil besar di China. Cheah Kongsi mempunyai bilik-bilik yang digunakan untuk bersosial, mesyuarat dan makan.

  • Bayaran Masuk - Dewasa : RM 10.00 | kanak -kanak : RM 5.00
  • Waktu Operasi - Isnin - Jumaat: 9.00 a.m - 5.00 p.m | Sabtu : 9.00 a.m - 1.00 p.m | Ahad : Tutup
  • Alamat - 8, Lebuh Armenian, 10200 George Town, Penang

Berdekatan dengan Cheah Kongsi terdapat beberapa hasil seni jalanan yang menarik jika anda mahu mengambil gambar.

Tip dari Bagasi.my

15. Tokong Kuan Yin

Tokong Kuan Yin
Sumber:Wikipedia

Tokong Kuan Yin merupakan tokong Toist tertua di Pulau Pinang. Ianya didirikan sebagai penghormatan kepada Dewi belas kasihan, Kuan Yin. Tokong ini mempunyai reka bentuk dan seni bina Cina klasik. Ia mempunyai ukiran batu naga, siling-siling tinggi, patung-patung seramik dengan bentuk yang mengagumkan dan dua buah perigi.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Setiap hari : Awal pagi hingga lewat petang
  • Alamat - Jalan Masjid Kapitan Keling, 10200 George Town, Penang.

Sekitar tokong ada menjual burung untuk dilepaskan sebagai simbol perbuatan yang baik.

Tip dari Bagasi.my

16. Hotel Eastern & Oriental

Eastern & Orientel Hotel
Sumber: Xiquinho Silva

Eastern & Oriental Hotel sebuah adalah hotel yang bergaya colonial. Bangunan hotel ini merupakan bangunan warisan yang mempunyai elemen era British-Raj. Ianya dibina oleh adik beradik Arkies yang berasal dari Armenia. Hotel ini mempunyai 100 buah bilik bilik dengan kawasan pinggir laut yang terpanjang di dunia.

  • Bayaran Masuk - Tiada bayaran untuk melihat kawasan awam
  • Waktu Operasi - 24 Jam
  • Alamat -10, Lebuh Farquhar, 10200 George Town, Penang.

Ianya sebuah hotel, selain tetamu hotel, pengunjung dari luar cuma diberikan akses ke kawasan awam hotel.

Tip dari Bagasi.my

17. Tokong Burma Dhamikarama

Dhammikarama Burmese Temple
Sumber: Wikipedia

Tokong Burma Dhammikarama adalah tokong Buddha Burma yang pertama di Malaysia. Ianya terletak Pulau Tikus. Ianya berfungsi sebagai biara bagi para penganut Buddha. Tokong ini mempunyai perpustakaan, tempat tinggal sami dan rumah tetamu. Terdapat beberapa patung Buddha, sebuah mural besar dan lukisan-lukisan berkisarkan Tuhan Buddha menghiasi ruang dalaman kuil ini.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 6.00 a.m - 5.30 p.m
  • Alamat - 24, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10250 George Town, Penang.

Tokong ini menyambut pestra Songkran setiap tahun. jika mahu merasa sambutan songkran, bolehlah datang sewaktu pesta diadakan.

Tip dari Bagasi.my

18. Wat Chaiyamangalaram Reclining Buddha

Wat Chayamangkalaram
Sumber: Wikipedia

Tokong Thai Wat Chaiyamangkalaram menjadi tumpuan pelancong kerana patung Buddha berbaringnya. Patung tersebut berukuran 33 meter panjang dan disalut dengan emas. Ianya merupakan patung Buddha yang ke-14 terbesar di dunia. Pintu masuk tokong ini dihias dengan dua pengawal naga di kiri dan kanannya. Ianya juga dipenuhi patung-patung dewa yang berwarna-warni.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 6.00 a.m - 5.30 p.m
  • Alamat - 17, Lorong Burma, Pulau Tikus, 10250 George Town, Penang.

Tokong ini juga menyambut pestra Songkran setiap tahun. jika mahu merasa sambutan songkran, bolehlah datang sewaktu pesta diadakan.

Tip dari Bagasi.my

19. Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang
Sumber: Wikipedia

Jambatan Pulau Pinang adalah salah satu mercu tanda Pulau Pinang. Jambatan ini menghubungkan Gelugor dengan Seberang Perai yang terletak di tanah besar. Ianya pernah memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Kecemerlangan Kejuruteraan (1986) dan Anugerah Khas FIABCI (1993). Jambatan ini juga adalah antara yang tersibuk di Malaysia.

  • Bayaran Masuk - Motorsikal : Percuma | Kereta / van : RM 7.00
  • Waktu Operasi - 24 Jam
  • Alamat - 9933+55 Perai, Penang, Malaysia.

Bayaran masuk RM 7.00 merangkumi perkhidmatan feri. Tiada bayaran dikenakan untuk pulang ke tanah besar melalui jambatan ataupun menaiki feri.

Tip dari Bagasi.my

20. Taman Rama-Rama Entopia Pulau Pinang

entopia
Sumber: Entopia

Taman Rama-Rama ini telah dijenama semula dengan nama baru iaitu Entopia. Entopia menggabungkan dua perkataan iaitu Entomologi dan Utopia. Pengunjung berpeluang mengenali lebih daripada 150 spesies fauna yang terdiri daripada pelbagai jenis serangga khususnya rama -rama, haiwan invertebrate, pelbagai jenis reptilia dan amfibia.

  • Bayaran Masuk - (Rakyat Malaysia) dewasa : RM 45.00 | Kanak- kanak : RM 25.00 | Warga Emas : RM 25.00 | (pelancong asing) Dewasa : RM 60.00 | Kanak - kanak : RM 40.00 | Warga Emas : RM 40.00
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 9.00 a.m - 6.00 p.m
  • Alamat -830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Penang.

Jika anda datang dengan rombongan yang lebih daripada 20 orang, anda akan mendapat potongan harga tiket jika menempah 2 minggu sebelum tarikh lawatan.

Tip dari Bagasi.my

21. Batu Ferringhi

Batu Feringghi
Sumber: Wikipedia

Batu Ferringhi dibuka pada tahun 1592 oleh Sir James Lancaster yang merupakan orang Eropah pertama yang sampai ke Pulau Pinang. Ia terletak di sepanjang pantai utara Pulau Pinang dan merupakan destinasi pantai paling terkenal di Pulau Pinang. Terdapat banyak hotel bertaraf dunia dibina di sepanjang pantai.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - 24 Jam
  • Alamat - Batu Ferringhi 11050, Penang, Malaysia

Pasar malam di Batu Feringghi dibuka setiap hari. Terdapat jualan makanan, cenderamata dan lain-lain barang menarik boleh didapati di sini.

Tip dari Bagasi.my

22. Masjid Terapung Pulau Pinang

Masjid Terapung
Sumber: Michael Coghlan

Masjid Terapung ini dibina di teluk di Tanjung Bungah. Walaupun namanya menggambarkan bahawa ianya terapung, masjid ini mempunyai tiang dan asas yang kukuh. Ianya merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibina di atas laut. Ianya kelihatan terapung apabila air pasang. Masjid ini boleh menampung sehingga 1,500 orang jemaah.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Setiap Hari " 5.00 a.m - 10.00 p.m
  • Alamat - Jalan Batu Ferringhi, 11100 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia

Jika mahu mengambil gambar, masjid ini mempunyai pemandangan laut yang menakjubkan. Pada waktu malam pula, masjid ini kelihatan cantik dengan limpahan lampu berwarna-warni.

Tip dari Bagasi.my

23. Persiaran Gurney

Gurney Drive
Sumber: KeWynn Lee

Persiaran Gurney merupakan antara tempat yang popular di Pulau Pinang terutamanya pada waktu malam. Selain pantai, Persiaran ini mempunyai banyak banglo kolonial, dua buah complex membeli belah dan tarikan utamanya iaitu medan selera yang menghidangkan makanan tempatan yang enak seperti Rojak Buah, Char Kuey Teow dan Asam laksa.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - 24 Jam. (Waktu operasi kedai dan medan selera berbeza-beza.)
  • Alamat - Gurney Drive, 10250 Georgetown, Penang.

Kawasan ini agak sesak terutamanya hujung minggu, susah untuk mencari tempat meletak kenderaan. mungkin boleh cuba perkhidmatan panggilan kereta seperti GRAB atau berjalan kaki jika tinggal berhampiran.

Tip dari Bagasi.my

24. Kek Lok Si

Kek Lok Si
Sumber: Phuket@photographer.net

Tokong Kek Lok merupakan tokong yang paling terkenal di Pulau Pinang. Ianya terbahagi kepada tiga kawasan utama. Di pintu masuk bukit terdapat kolam penyu, kedai makan dan cenderamata. Di kawasan tengah, menempatkan taman-taman, pagoda dan 4 taman diraja. Di puncak bukit pula adalah tempat di mana Kuan Yin (goddess of mercy) berada.

  • Bayaran Masuk - Percuma. (tetapi akses ke Pagoda dan Skylift perlu dibayar RM 2.00.)
  • Waktu Operasi - Setiap Hari : 7.00 a.m - 5.30 p.m
  • Alamat - 1000-L, Tingkat Lembah Ria 1, 11500 Ayer Itam, Penang.

Waktu yang paling sesuai untuk melawat Tokong adalah pada malam Tahun Baru Cina, sekeliling Tokong akan dipasang lampu tanglung menjadikan suasana sangat cantik.

Tip dari Bagasi.my

25. Taman Botani Pulau Pinang

Taman Botani Pulau Pinang
Sumber: Taman Botani Pulau Pinang

Taman Botani Pulau Pinang mula dibuka pada tahun 1884. Ianya mempunyai 12 taman kecil. Setiap taman mempunyai tarikan masing-masing. Antara tumbuhan menarik yang terdapat di sini adalah termasuk pokok pinang, pokok buah meriam, pokok hujan, teratai dan orkid.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Setiap Hari : 5.00 a.m -8.00 p.m
  • Alamat - Pavilion Administrative Complex, Jalan Kebun Bunga, 10350 Penang.

Jika anda datang berkumpulan, lawatan berpandu percuma ada disediakan oleh kakitangan taman.

Tip dari Bagasi.my

26. Bukit Bendera

Bukit Bendera
Sumber: Galeri Bukit Bendera

Bukit bendera merupakan stesen bukit kolonial pertama yang dibangunkan di Malaysia Barat. Suhunya kira-kira lima darjah lebih sejuk daripada Georgetown. Flora dan fauna di Bukit Pinang adalah dilindungi dan dipelihara. Untuk menaiki bukit ini, terdapat perkhidmatan keretapi funikular disediakan. Pelawat dapat menikmati pemandangan indah dari atas bukit.

  • bayaran tiket keretapi furnikular - dewasa : RM 30 (Laluan VIP rM 80) | Kanak - kanak : RM 15 (laluan VIP RM40) | Warga emas : RM 30 (laluan VIP RM 60)
  • Waktu Operasi - 24 Jam (tetapi stesen funikular cuma beroperasi dari 6.30 a.m hingga 10.30 p.m )
  • Alamat - Perbadanan Bukit Bendera, Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam, 11500 Penang.

Masa menunggu untuk naik ke atas dengan keretapi funikular kadang-kadang mengambil masa sejam hingga dua jam bergantung kepada bilangan pengunjung. digalakkan datang awal pagi kerana kaunter tiket dibuka seawal 6.30 pagi.

Tip dari Bagasi.my

27. Tanah Perkuburan Yahudi Pulau Pinang

Tanah perkuburan Yahudi
Sumber: Penang Jewish Cemetery

Perkuburan Yahudi Pulau Pinang ini merupakan tanah perkuburan Yahudi tertua di Asia Tenggara. Ianya menempatkan 107 kuburan dan kebanyakannya mempunyai bentuk nisan tradisional Yahudi (peti besi berkubah segitiga) yang biasa ditemui di Israel. Kubur yang terbaru di perkuburan ini bertarikh 2011 dan merupakan kubur Yahudi etnik terakhir di Pulau Pinang.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Anda dibenarkan masuk jika penjaga membenarkan
  • Alamat - Jalan Zainal Abidin, 10400 George Town, Penang.

Penjaga tempat ini adalah sebuah keluarga berketurunan India yang ramah. Mereka akan menerangkan kepada anda sedikit sebanyak tentang kisah tanah perkuburan tersebut. Walaupun tiada bayaran masuk, tak salah jika kita memberi sedikit upah atau derma kepada penjaga tersebut.

Tip dari Bagasi.my

28. Rumah P.Ramlee

rumah p ramlee
Sumber:

Rumah P. Ramlee terletak ini merupakan tempat di mana Allahyarham dilahirkan. Ianya dibina oleh bapa P. Ramlee pada tahun 1926. Rumah ini telah dibaik pulih oleh Arkib Negara Malaysia dan dibuka kepada awam pada tahun 1991. Tujuan pembukaanya adalah untuk mengingati Seniman Agong yang telah banyak berjasa dalam bidangnya.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Selasa - Khamis & Sabtu - Ahad : 10.00 a.m – 5.00 p.m | Jumaat : 10.00 a.m – 12.00 p.m & 3.00 p.m – 5.00 p.m | Isnin : Tutup
  • Alamat - Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Penang.

Tiada bayaran masuk dikenakan untuk melawat rumah ini tetapi anda boleh memberi sumbangan jika mahu.

Tip dari Bagasi.my

29. Muzium Sun Yat Sen

Sun Yat Sen Museum Penang
Sumber: Sun Yat Sen Museum Penang

Muzium Sun Yat Sen dibuka bagi mengingati tokoh yang merealisasikan Republik China pada tahun 1912 menerusi Revolusi Xinhai. Beliau pertama kali datang ke Pulau Pinang pada tahun 1905 dan memindahkan ibu pejabat parti politiknya, T’ung Meng Hui dari Singapura ke Pulau Pinang. Ibu pejabatnya kini dijadikan muzium.

  • Bayaran Masuk - Dewasa : RM 5.00 | Kanak - kanak : RM 3.00
  • Waktu Operasi - Selasa - Sabtu : 9.00 a.m - 5:00 p.m | Ahad : 1:00 p.m - 5:00 p.m | Isnin : Tutup
  • Alamat - 120, Lebuh Armenian, 10200 George Town, Penang.

Tetamu yang datang berkumpulan biasanya akan diberi lawatan berpandu berbanding yang datang seorang.

Tip dari Bagasi.my

30. Terowong Masa Pulau Pinang

Terowong Masa Pulau Pinang
Sumber: Penang Time Tunnel

Terowong Masa Pulau Pinang menceritakan sejarah Pulau Pinang yang bermula sekitar 400 tahun lalu. Muzium ini menyajikan paparan 2D, galeri mural 3D, seksyen fotografi graviti dan dunia impian berpendaflour 3D. Di tingkat bawah, terdapat 11 terowong tentang sejarah Pulau Pinang. Di tingkat atas pula di mana tarikan yang lain terletak.

  • Bayaran Masuk - (Rakyat Malaysia) Dewasa : RM 16.00 | Kanak - kanak : RM 8.00 | Pelajar : RM 11.00 | (Pelancong Asing ) Dewasa : RM 29.00 | Kanak -kanak : RM 16.00 | Pelajar : RM 16.00
  • Waktu Operasi - Isnin - Jumaat : 9.15 a.m – 7.00 p.m | Sabtu, Ahad & cuti umum : 9.15 a.m - 7.30 p.m
  • Alamat - 39, Jalan Green Hall, 10200 George Town, Penang.

Muzium ini ada membuat promosi baucar diskaun. Boleh lawat ke laman web rasmi untuk memdapatkan lebih maklumat tentang baucer tersebut.

Tip dari Bagasi.my

31. Taman Burung Pulau Pinang

Taman Burung Penang
Sumber: Penang Bird Park

Taman Burung ini merupakan taman burung pertama dan terbesar di Malaysia. Ia menempatkan lebih daripada 300 spesies burung untuk tujuan pemuliharaan dan pembiakan. Taman ini berkeluasan lima ekar dan dibina menyerupai habitat asal burung-burung tersebut. Taman ini juga menempatkan binatang seperti kancil, buaya, ular sawa, penyu, monyet daun dan sebagainya.

  • Bayaran Masuk - (Rakyat Malaysia) Dewasa : RM 23.00 | Kanak - kanak : RM 13.00 | Pelajar sekolah : RM 10.00 | (Pelancong asing) Dewasa : RM 38.00 | Kanak - kanak : RM 20.00 | OKU : Percuma
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 9.00 a.m - 7.00 p.m
  • Alamat - Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang

Taman ini mempunyai kafe bernama Flamingo Cottage. Minuman signature kafe ini iaitu jus buah markisa dipetik segar dari pokok-pokok yang ditanam di taman ini.

Tip dari Bagasi.my

32. Taman Negara Pulau Pinang

taman Negara Pulau Pinang
Sumber: Penang National Park

Taman Negara Pulau Pinang merupakan taman negara terkecil di dunia. Ianya diwartakan pada tahun 2003. Ianya rumah kepada lebih daripada 1,000 spesies flora dan kira-kira 271 spesies fauna. Taman ini ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara flora dan fauna bersama dengan kepentingan arkeologi, geologi, sejarah, dan etnologi di kawasan tersebut.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 7.30 a.m - 6.30 pm
  • Alamat - Penang National Park, Jalan Hassan Abas, 11050 Teluk Bahang, Penang.

Taman Negara ini juga dikenali sebagai 'Bay of Glowing Amber' kerana pemandangannya yang menakjubkan sewaktu matahari terbenam.

Tip dari Bagasi.my

32. Muzium Interaktif Made in Penang

Muzium Made in Penang
Sumber: Made In Penang

Muzium Interaktif Pulau Pinang merupakan muzium interaktif yang pertama dan terbesar di Pulau Pinang. Muzium ini memaparkan lukisan mural sepanjang 33 meter dan model Pengkalan Weld pada awal abad ke-19, pameran patung tentang sejarah dan budaya Pulau Pinang yang dibuat dari tanah liat dan galeri seni 3D.

Muzium ini ada membuat promosi pakej dan diskaun dari semasa ke semasa. Boleh lawat ke laman web rasmi untuk memdapatkan lebih maklumat.

Tip dari Bagasi.my

33. Muzium Terbalik

Muzium Terbalik
Sumber: Upside Down Museum

Muzium terbalik kelihatan seperti rumah biasa yang lengkap dengan ruang tamu, bilik tidur, dapur, tandas dan kawasan dobi. Walau bagaimanapun, ianya direka dengan cara yang unik dan dihias dalam keadaan terbalik. Tetamu akan mengambil sedikit masa untuk memproses situasi terbalik. Namun, selepas mereka membiasakan diri, maka ia akan menjadi pesta mengambil gambar.

  • Bayaran Masuk - (Rakyat Malaysia) Dewasa : RM 16.00 | Kanak - kanak : RM 8.00 | Pelajar : RM 11.00 | (Pelancong asing) Dewasa : RM 27.00 | Kanak - kanak : RM16.00 | Pelajar : RM 16.00
  • Waktu Operasi - Isnin - Jumaat : 8.45 a.m - 6. 30 p.m | Sabtu - Ahad : 8.45 a.m - 7.30 p.m
  • Alamat - 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang.

Jika anda tiada idea bagaimana untuk bergambar,kakitangan muzium akan memberi anda beberapa tips untuk membuat gambar anda lebih menarik.

Tip dari Bagasi.my

34. Muzium Anak Patung Beruang

Muzium anak patung beruang
Sumber: Teddy Ville Museum

Muzium Teddyville merupakan muzium yang memaparkan koleksi anak patung beruang yang pertama dan terbesar di Malaysia. Anak-anak patung beruang yang dipamerkan di sini datang dari pelbagai tempat dan era seawal tahun 1900-an. Terdapat pelbagai saiz anak patung beruang dari yang kecil hingga ke saiz manusia dewasa.

  • Bayaran Masuk - Dewasa : RM 36.00 | Pelajar : RM 29.00 | Kanak-kanak : RM 25.00
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 9.00 a.m - 6.00 p.m
  • Alamat - Ground Floor, DoubleTree Resort by Hilton Penang 56, Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, Penang, Malaysia.

Jika anda berminat untuk membuat anak patung ciptaan sendiri, muzium ini ada menyediakan perkhidmataan rekaan anak patung beruang yang dibuat khas mengikut spesifikasi yang diberikan anda.

Tip dari Bagasi.my

35. Taman Tema Escape

Taman Tema Escape
Sumber: Escape Theme Park

Escape Theme Park Penang menawarkan taman tema 2-dalam-1. Ianya mempunyai taman tema air dan lapangan pengembaraan luar. Taman air yang disediakan adalah alternatif kepada pantai dan lapangan pengembaraan luar pula menyediakan aktiviti sukan extrim mesra alam seperti lapisan zip,platform lompatan jatuh bebas setinggi 20 meter, tali ayunan dan tiub slaid.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - 24 Jam
  • Alamat - Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka

Kalau anda membeli tiket secara online, anda akan mendapat diskaun sehingga 50%.

Tip dari Bagasi.my

41. Ladang Durian Bao Sheng

Ladang Durian Bao Sheng
Sumber: Durian

Ladang Durian Bao Sheng adalah tempat wajib pergi untuk peminat durian. Ladang menyediakan pakej lawatan sehari ataupun bermalam. Ianya mendidik tetamu tentang kaedah peladangan bebas racun serangga dan menjamu tetamu dengan 5 jenis buah durian yang di tanam di ladang tersebut. Restoran ladang tersebut juga menyediakan makanan berasaskan durian.

  • Bayaran Masuk - Pakej 2 jam : RM 120 per individu (termasuk buffet durian) | pakej separuh hari : RM250 (termasuk buffet durian) | Bermalam (termasuk buffet durian) : Bermula dari RM 600 untuk 2 orang semalaman
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 11.00 a.m - 6.00 p.m
  • Alamat -150 Mk2 Sungai Pinang, Balik Pulau, 11000 Penang.

Ladang ini cuma dibuka sewaktu musim durian, jadi rancang perjalanan supaya dapat datang pada musim durian jika mahu menikmati durian di sini.

Tip dari Bagasi.my

42. Taman Rempah Tropika Pulau Pinang

Taman rempah
Sumber: Tropical Spice Garden

Taman Rempah Tropika Pulau Pinang mengandungi lebih daripada 500 spesies flora. Ianya merupakan satu-satunya taman rempah tropika di Asia Tenggara. Terdapat sebuah kompleks pemuliharaan dengan tiga laluan taman – Trail Spice, Jungle Trail, dan Trail Hiasan. Setiap laluan mempunyai koleksi tumbuhan unik seperti tumbuhan akuatik, rempah, herba dan flora hutan.

  • Bayaran Masuk - (Lawatan persendirian) Dewasa : RM27.90 | Kanak - kanak : RM16.20 | Warga emas & Pelajar : RM 22.50 | (Lawatan Berpandu) Dewasa : RM 43.20 | Kanak - kanak : RM 22.50 | Warga Emas & Pelajar : RM 34.20 | (Lawatan Malam) Dewasa : RM 76.50 | Kanak - kanak, Warga emas & Pelajar : RM 58.50
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 9.00 a.m - 6.00 p.m
  • Alamat - Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang,11050 George Town, Pulau Pinang

Taman ini menawarkan sekolah memasak dengan menggunakan herba-herba yang terdapat di sini. Anda boleh mengambil bahagian jika berminat.

Tip dari Bagasi.my

43. Ladang Buah Tropika Pulau Pinang

Ladang Buah Tropika
Sumber: Penang Tropical Fruit Farm

Ladang Buah Pulau Pinang terletak secara strategik di kawasan berbukit di Teluk Bahang yang ideal untuk tanaman pokok buah-buahan sub tropika dan tropika. Tiga objektif utama pembukaan ladang ini ialah untuk memelihara buah-buahan yang eksotik dan jarang dijumpai, mendidik dan mempromosikan buah-buahan tempatan dan mempopularkan pelancongan agro.

  • Bayaran Masuk - Dewasa : RM 40.00 | Kanak - kanak : RM 30.00 (termasuk hidangan buah-buahan dan jus buah.
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 8.00 a.m - 5.00 p.m
  • Alamat - Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka

Ladang ini ada menjual produknya yang berasaskan buah-buahan secara online. Jika berminat boleh melawat laman web rasminya untuk lebih maklumat.

Tip dari Bagasi.my

44. Tokong Ular Pulau Pinang

Tokong Ular
Sumber: Mohd Fazlin Mohd Effendy Ooi

Tokong Ular ini dibina oleh seorang lelaki Scotland untuk seorang sami Buddha bernama Chor Soo Kong kerana menyembuhkan beliau dari penyakit. Sami tersebut memberi perlindungan kepada ular-ular dari kawasan sekitar. Setelah pemergian beliau, ular-ular tersebut tetap tinggal di situ. Dupa dipasang supaya menjadi penenang kepada ular.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 6.00 a.m - 7.00 p.m
  • Alamat - Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas Industrial Park, 11900 Bayan Lepas, Penang.

Ular-ular di sini telah dibuang bisa tetapi taring masih ada. Walaupun tidak berbahaya, elakkan menyentuh ular-ular tanpa pengawasan.

Tip dari Bagasi.my

45. The Top Penang

The Top
Sumber: The Top

The Top merupakan Menara Hiburan Ikonik yang tertinggi dan terbesar di Pulau Pinang. Taman tema tertutup ini menawarkan lebih daripada 18 tarikan bertema. Antaranya ialah Rainbow Skywalk, Jurassic Research Center, 7d Discover Motion Theater, Tech Dome Penang dan banyak lagi. Ia juga mempamerkan sebanyak 120 pameran sains dan teknologi interaktif.

  • Bayaran Masuk - (FUNPASS) Dewasa : RM 99.00 | Dewasa + MyKad : RM 78.00 | Kanak-kanak : RM 58.00 | Kanak-kanak + MyKad : RM 48.00 | OKU & warga emas : RM 58.00 | OKU + MyKad & Warga emas + MyKad : RM 48.00 | (SKYWALK) Dewasa : RM 68.00 | Dewasa + MyKad : RM 48.00 | Kanak-kanak : RM 48.00 | Kanak-kanak + MyKad : RM 28.00 | OKU & Warga Emas : RM 48.00 | OKU + MyKad & Warga emas + MyKad : RM 28
  • Waktu Operasi - Setiap Hari : 11.00 a.m - 8.00 p.m
  • Alamat - No 1, Jalan Penang, George Town, George Town, Malaysia

The Top menawarkan pelbagai jenis promosi dari semasa ke semasa. Jika berminat untuk tahu dengan lebih lanjut, boleh melawatkan ke lamat web rasmi.

Tip dari Bagasi.my

46. The Habitat Bukit Bendera

The Habitat
Sumber: The Habitat

Projek eko-pelancongan ini terdiri daripada laluan semula jadi, Curtis Crest Tree Top Walk di mana pengunjung dapat melihat matahari terbenam dan bintang-bintang pada waktu malam, Langur Way Canopy Walk yang merupakan satu-satunya jambatan “two ribbon” di dunia, kawasan rehat berbentuk heli pad dan buaian gergasi.

  • Bayaran Masuk - Dewasa : RM 50.00 | Kanak-kanak, pelajar & Warga emas : RM 30.00 | Pakej keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak) : RM130.00 | OKU : Percuma
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 9.00 a.m - 7.00 p.m
  • Alamat - The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Penang, Malaysia.

The Habitat terletak di atas Bukit Bendera. Jika tidak mahu beratur panjang dan menunggu dengan lama, anda digalakkan datang awal pagi. Bagi yang telah menempah tiket untuk Night Walk, boleh datang pada lewat petang.

Tip dari Bagasi.my

47. Muzium Trick Art 3D Pulau Pinang

Muzium trick art 3D
Sumber:Penang Trick Art

Muzium Trick Art 3D ini menawarkan pameran dua dimensi yang kelihatan seolah olah hidup dengan menggunakan teknik lukisan 3D. Antara lukisan 3D yang terdapat di sini terdiri daripada Aerial Skydiving, Panda Village, Tiny Trolley Bus, The Clan Jetty dan banyak lagi. Memang sesuai untuk bergambar beramai-ramai.

  • Bayaran Masuk - Dewasa + MyKad : RM 15.00 | Dewasa – RM 25.00 | Kanak-Kanak + MyKad : RM 10.00 | Kanak-kanak : RM 15.00 | Pelajar + MyKad & Warga Emas + MyKad : RM 10.00 | Pelajar & warga Emas : RM 15.00
  • Waktu Operasi - Setiap hari : 9.00 a.m - 6.00 p.m
  • Alamat - 10 Lebuh Penang Georgetown, Penang 10200

Pakai sandal atau selipar jika datang ke sini kerana banyak tarikan dan lukisan yang memerlukan anda menanggalkan kasut jika mahu bergambar.

Tip dari Bagasi.my

48. Penang Avatar Secret Garden

Avatar
Sumber: Shamsiah Sulaiman

Avatar Secret Garden ini diinspirasikan dari filem terkenal Avatar. Tempat ini kelihatan hidup pada waktu malam dengan lampu pelbagai warna menghiasi pokok-pokok yang terdapat di situ. Ianya memberikan pemandangan yang menakjubkan dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Anda seolah-olah dibawa ke tempat asing yang cantik.

  • Bayaran Masuk - Percuma
  • Waktu Operasi - Setiap hari 8.00 a.m - 12.00
  • Alamat - 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia

Walaupun tempat ini dibuka pada siang hari, jika mahu melihat lampu-lampu yang cantik, kenalah datang pada waktu malam. Berhati-hati dengan ulat parking. Tempat ini tiada bayaran masuk, tetapi ada pihak tak bertanggungjawab meminta wang apabila pengunjung meletakkan kereta di kawasan sekitarnya.

Tip dari Bagasi.my

Berakhir sudah senarai 48 tempat menarik di Pulau Pinang yang mesti anda lawati. Jika yang disenaraikan masih tidak cukup, anda boleh terus melawat tempat menarik di Malaysia laman web rasmi Penang Global Tourism untuk maklumat lanjut.

Kembalik to http://wordpress-306939-938912.cloudwaysapps.com/

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment