Taiping Lake

45 Tempat Menarik Mesti Singgah di Perak

Negeri Perak mempunyai ketamadunan yang tertua di Malaysia. Ianya  telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Ianya juga mempunyai banyak tempat menarik untuk anda lawati di Perak.

Ibu negeri Perak iaitu Ipoh merupakan antara 10 tempat terbaik di Asia untuk dilawati mengikut laman web pelancongan terkenal Lonely Planet. Bandar Taiping pula telah dinobatkan sebagai kota paling lestari ke -3 dunia di dalam senarai sustainabletop100. Tak ketinggalan, Lembah Lenggong juga telah diiktiraf sebagai tapak warisan oleh UNESCO.

Artikel kali ini menyenaraikan 45 Tempat Menarik Mesti Singgah di Perak.  Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Jadi jangan lepaskan peluang menjelajah negeri yang kaya dengan sejarah ini.

Jika anda melawat ke Ipoh dan masih belum menempah penginapan, anda boleh lawat artikel kami yang menyenaraikan 31 hotel bajet dan hotel butik yang menarik dan “Instaworthy” di Ipoh.

1. Masjid Sultan Idris Shah II

Negeri Perak ini sejarahnya mendahului mana-mana negeri di Malaysia. Tamadun di Perak telah wujud sejak zaman prasejarah iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik, Zaman Logam dan Era Hindu / Agama Buddha. Masa pascasejarah pula bermula selepas ketibaan Islam diikuti oleh era sultan, penjajahan Inggeris, penjajahan Jepun dan kemerdekaan. Perak kini adalah negeri moden yang mempunyai banyak tempat menarik untuk anda lawati. Ibu negeri Perak iaitu Ipoh juga telah disenaraikan di dalam senarai 10 tempat terbaik di Asia untuk dilawati oleh laman web pelancong terkenal Lonely Planet. Bukan itu sahaja, bandar Taiping yang terletak di utara Perak pula telah dinobatkan sebagai kota paling lestari ke -3 dunia oleh International Tourismus-Börse (ITB). Tak ketinggalan kawasan sekitar Lenggong juga telah diiktiraf sebagai tapak warisan oleh UNESCO sempena penemuan hasil arkeologi prasejarah di sana. Disini kami senarai tempat menarik yang mesti anda singgah jika anda melawat Perak. Jadi jangan lepaskan peluang menjelajah negeri Perak. Pastinya anda akan mendapat pengalaman yang bermakna. Jika anda melawat ke Ipoh dan masih belum menempah penginapan
Sumber: Masjid Sultan Idris Shah II -Masjid Negeri Perak

Masjid Sultan Idris Shah II adalah masjid negeri Perak. Ipoh mempunyai tiga masjid besar, tetapi tiada satu yang boleh menampung semuajemaah melaksanakan solat Jumaat. Oleh itu, keputusan dibuat untuk menubuhkan sebuah masjid baru dan lebih besar. Masjid ini dibuka tahun 1968 dan dirasmikan oleh oleh Sultan Idris Shah II.

Ianya tempat ibadat untuk penganut muslim. Dinasihatkan berpakaian sopan.

Tip dari Bagasi.my

2. Kek Lok Tong

Kek Lok Tong
Sumber: hams Nocete

Kek Lok Tong merupakan sebuah tokong yang dibina di dalam gua batu kapur. Terdapat kolam ikan koi terletak di pintu masuk. Lantai dan bahagian bawah dinding tokong dipenuhi dengan jubin marmar. Bumbung dan dinding atas mengekalkan keadaan semulajadi gua yang mempunyai beberapa formasi stalaktit yang hebat dan mengagumkan.

Walaupun tokong ini tidak mengenakan bayaran. Anda digalakkan untuk menderma.

Tip dari Bagasi.my

3. Muzium Darul Ridzuan

muzium Darul Ridzuan
Sumber: Muzium darul Ridzuan

Muzium Darul Ridzuan asalnya sebuah rumah kepunyaan pelombong timah bernama Foo Choong Kit. Rumah tersebut dijual kepada Kerajaan Perak pada tahun 1950. Ianya digunakan sebagai pusat pentadbiran Jabatan Kerja Raya sebelum dijadikan muzium pada tahun 1992. Pengunjung boleh belajar tentang sejarah awal, pembangunan sektor perlombongan dan pertanian Perak di sini.

Muzium ini sendiri adalah sebuah bangunan lama dan mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

Tip dari Bagasi.my

4. Menara Jam Tugu Peringatan Birch

Tugu Peringatan Birch
Sumber: tourismperakmalaysia

Menara Jam ini dibina untuk memperingati James W. W. Birch, Residen British pertama Perak. Ianya dihiasi potret-potret dan empat panel ilustrasi perkembangan tamadun. Ianya mempunyai loceng ibu dan empat loceng kecil. Terdapat empat patung berwarna putih di keliling Menara yang mewakili empat asas pentadbiran British: ‘kesabaran, keadilan, kesetiaan dan ketabahan’.

Empat panel ilustrasi yang terdapat di menara ini memaparkan perkembangan tamadun manusia dari Tamadun Timur Awal hingga ke hari ini.

Tip dari Bagasi.my

5. Sam Poh Tong

Sam Poh Tong
Sumber: Wikipedia

Tokong Sam Poh Tong merupakan tokong gua terbesar di Malaysia. Untuk sampai ke pintu masuk, tokong pengunjung perlu mendaki tangga curam dengan 249 anak tangga. Altar utama tokong dipenuhi dengan patung-patung Buddha dan dewa. Tarikan utama tokong adalah bangunan pagoda hiasan berbumbung merah yang diperbuat dari Jubin.

Tokong ini mempunyai kolam kura-kura, ramai yang datang ke sini untuk melepaskan kura-kura untuk untuk mengimbangi karma mereka.

Tip dari Bagasi.my

6. Han Chin Pet Soo

Han Chi Pet Soo
Sumber: IpohWorld

Han Chin Pet Soo merupakan muzium perlombongan bijih timah pertama di Malaysia. Musium ini asalnya rumah kepada Kelab Pelombong Bijih Timah Hakka. Bangunan ini disewakan kepada IpohWorld pada tahun 2013 untuk dijadikan muzium. Muzium ini mempunyai 5 bahagian pameran iaitu Perlombongan Timah, Dapur, Pekan Ipoh, Aktiviti Kelab dan Lantai Hakka.

Selain pameran, muzium ini juga menawarkan penyediaan makan malam bertemakan Hakka atas permintaan atau tempahan.

Tip dari Bagasi.my

7. Concubine Lane (Lorong Panglima)

Concubine Lane
Sumber: Panglima Lane Concubine Lane 二奶巷

Concubine Lane @Lorong Panglima telah wujud sejak 120 tahun yang lalu. Ianya salah satu daripada tiga lorong yang dihadiahkan oleh hartawan perlombongan, Yao Tet Shin kepada tiga isterinya. Kafe, restoran, hotel butik dan kedai cenderamata terletak di sini kebanyakannya dipulihara daripada bangunan asal yang kaya dengan senibina warisan.

Hotel-hotel butik di kawasan sekitar banyak yang cantik dan menawarkan harga yang murah kepada yang mahu menginap. Terdapat banyak seni jalanan boleh dinikmati di dinding-dinding bangunan juga.

Tip dari Bagasi.my

8. Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar

Kallumalai Arulmigu Subramaniyar Temple
Sumber: Jai Ganesh (MalaysianTemples)

Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar terletak di antara bukit batu kapur di Ipoh. Diasaskan pada tahun 1930, kuil ini menjadi tempat bagi penganut Hindu menyembah Dewa Murugan. Selain altar dan rajagopuram yang berketinggian 21.3m tinggi dengan 528 patung, kuil ini juga mempunyai balai perkahwinan dan ruang makan.

Kuil ini mempunyai kandang burung merak yang amat popular, burung merak dipercayai merupakan haiwan tunggangan kegemaran Dewa Murugan.

Tip dari Bagasi.my

9. Yasmin at Kong Heng

asmin
Sumber: Yasmin At Kong Heng

YASMIN AT KONG HENG adalah galeri yang didedikasikan khas untuk Allayarhamah Yasmin Ahmad yang merupakan pembuat filem berbakat dan terkenal di seluruh Malaysia atas hasil karyanya. Dalam usaha untuk memastikan legasi pengarah filem legenda ini berterusan, keluarga beliau dan beberapa sahabat telah menubuhkan galeri ini pada tahun 2014.

Pameran di galeri ini tidak tetap, ianya bertukar dari semasa ke semasa. Jadi anda akan sentiasa akan belajar dan mengetahui sesuatu yang baru tentang Yasmin.

Tip dari Bagasi.my

10. Bukit Larut

Bukit larut
Sumber: Wikipedia

Bukit Larut ialah sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang tertua di Malaysia. Bukit ini menjadi rumah kepada beberapa flora seperti daisi, tulip, mawar, dahlia dan bunga matahari dan terkenal di kalangan pemerhati burung. Kenderaan peribadi tidak dibenarkan naik ke atas, Walau bagaimanapun, perkhidmatan Land Rovers ada disediakan di kaki bukit.

Jika anda tidak mahu menaiki land rover, anda boleh juga berjalan kaki mendaki bukit.

Tip dari Bagasi.my

11. Taman Eko Spritzer

Taman Eko Spritzer
Sumber: Spritzer EcoPark

Taman Eko Spritzer adalah sebuah projek komuniti oleh syarikat pembotolan air mineral Spritzer. Seluruh kawasan landskap direka dengan tema alam sekitar. Ia juga menggabungkan elemen keseronokan, pendidikan dan warisan. Terdapat beberapa tarikan termasuk padang golf 18 lubang mini, zon kanak-kanak, terowong penemuan dan dan sudut fotografi.

Taman ini mempunyai sebuah kafe yang menyajikan snek dan manisan yang anda patut cuba.

Tip dari Bagasi.my

12. Muzium Diraja Perak

Muzium Diraja Perak
Sumber: RC On Two Wheels

Muzium Diraja Perak asalnya merupakan sebuah istana. Ianya dibina menggunakan kaedah pembinaan tradisional Melayu tanpa menggunakan paku. Bahagian luar istana dicat dengan warna putih, kuning dan hitam sempena warna bendera Perak. Dinding dalamannya pula dihiasi dengan motif geometri dari buluh. Muzium ini mempamerkan koleksi berkaitan sejarah Kesultanan Perak.

Jika anda melawat bersama-sama kanak-kanak kecil, nasihatkan mereka supaya tidak berlari-lari di dalam bangunan.

Tip dari Bagasi.my

13. Masjid Ubudiah

masjid Ubudiah
Sumber: Qaedi Shamsuddin

Masjid Ubudiah dikatakan antara masjid paling indah di Malaysia. Ia berdiri megah dengan Kubah utama dan menara-menara berkubah mini yang diperbuat daripada emas. Ia dibina pada tahun 1913 atas perintah Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah sebagai tanda kesyukuran setelah pulih daripada penyakit yang melanda baginda.

Pemandangan masjid paling cantik sewaktu matahari mula terbenam, kubah masjid kelihatan bersinar apabila memantulkan cahaya dari matahari pada waktu tersebut.

Tip dari Bagasi.my

14. Muzium Perak

Muzium Perak
Sumber: Muzium Perak Taiping Rasmi

Muzium Perak merupakan muzium pertama di Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak yang keempat. Bangunan muzium ini berusia 120 tahun dan direka dengan seni bina neo klasikal. Ia mempunyai empat galeri iaitu Galeri Alam, Galeri Kebudayaan, Tanah Liat dan Galeri Orang Asli.

Muzium ini mempunyai koleksi item jarang ditemui. Sebagai contoh, rangka tulang spesis binatang seperti "Benturong" dan "Pulasan" berumur lebih dari 100 tahun yang telah pupus.

Tip dari Bagasi.my

15. Galeri Arkeologi Lenggong

Galeri Arkeologi Lenggong
Sumber: TourismPerakMalaysia

Galeri Arkeologi Lenggong terletak di Kampung Kampung Tampan, Lembah Lenggong. Lembah lenggong telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco sempena penemuan tapak arkeologi zaman prasejarah di kawasan sekitar. Galeri ini mempamerkan artifak yang diperoleh daripada penggalian arkeologi prasejarah yang dijalankan di sekitar Lembah Lenggong. 

Muzium ini menempatkan rangka manusia yang berumur 11 ribu tahun yang dipanggil "Perak Man".

Tip dari Bagasi.my

16. Gereja Warisan All Saints’ Taiping

All Saint church
Sumber: Paul Low

Gereja All Saints ‘Taiping adalah Gereja Inggeris pertama di Taiping. Ianya berusia lebih dari seratus tahun dan telah dianugerahkan status Tapak Warisan Negara oleh Kerajaan Malaysia. Gereja ini dibina sepenuhnya dari kayu pokok meranti dengan seni bina Gothik. Ianya mempunyai menara louvers dengan empat buah loceng dan tingkap kaca berwarna.

Terdapat dua Gereja All Saint' di Taiping. Satu gereja warisan dan satu lagi gereja moden yang baru dibina. Kedua-duanya terletak bersebelahan.

Tip dari Bagasi.my

17. Kilang Arang Kuala Sepetang

kilang arang
Sumber: Kuala Sepetang Charcoal Factory (Mr. Chuah)

Perniagaan pembuatan arang masih berkembang pesat di Kuala Sepetang. Kilang ini telah wujud sejak tahun 1930 dan dikendalikan oleh generasi kedua keluarga Chuah yang masih mengekalkan cara tradisional pembuatan arang. Pokok Bakau Minyak dan Pokok Bakau Kurap dari hutan bakau berhampiran menjadi sumber pembuatan arang.

Setiap pokok bakau yang digunakan digantikan dengan anak pokok baru untuk memastikan biodiversiti hutan paya terpelihara.

Tip dari Bagasi.my

18. Sitiawan Settlement Museum

Setiawan Settlement Museum
Sumber: Sitiawan Settlement Museum 实兆远垦场博物馆

Sitiawan Settlement Museum terletak di Kampung Koh, Sitiawan. Bangunan dua tingkat ini dibina untuk Pastors Pioneer gereja Methodist Pioneer di Sitiawan sebelum ditukarkan menjadi muzium pada tahun 2003. Muzium ini menempatkan lebih dari 500 dokumen sejarah, rekod dengan butiran gambar dan artifak tentang komuniti awal Kristian dari Foochow, China Selatan.

Tiada bayaran masuk dikenakan tetapi anda digalakkan untuk menderma.

Tip dari Bagasi.my

19. Cerobong karbida Jepun

Cerobong Karbida Jepun
Sumber: Ah Kan Hou

Cerobong karbida Jepun terletak di Malim Nawar. Ia dibina oleh pihak Jepun sewaktu Perang Dunia 2 sebagai sebahagian daripada kilang yang menghasilkan karbida untuk dijadikan bahan bedil. Walaubagaimanapun, kemudahan itu tidak dapat disiapkan berikutan kekalahan Jepun di dalam perang. Hanya cerobong dan rumah pengawal kecil yang tingga di kilang ini.

Tempat ini tiada waktu operasi khas, tapi digalakkan datang pada waktu siang hari.

Tip dari Bagasi.my

20. Menara Condong Teluk Intan

Menara condong teluk intan
Sumber: Tourism Perak

Menara Condong Teluk Intan terletak di tengah-tengah dataran yang dikelilingi oleh empat jalan utama di Teluk Intan. Ianya dibina untuk tujuan simpanan air sebagai persediaan untuk kebakaran. Sebuah jam besar dipasang di atas Menara dan ianya masih berfungsi sehingga sekarang. Dari luar, menara itu kelihatan seperti pagoda 8 tingkat.

Info menarik: Nama menara ini dalam Bahasa Inggeris adalah Teluk Intang Leaning Tower atau singkatannya "TILT". "TILT" di dalam Bahasa Melayu bermaksud condong.

Tip dari Bagasi.my

21. Kompleks bersejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak
Sumber: Tourism Malaysia

Pasir Salak memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme Melayu. Percubaan J.W.W membasmi pengaruh pemimpin Melayu telah memulakan pemberontakan terhadap penjajahan British. Kompleks sejarah ini terdiri daripada bangunan tradisional Melayu, memorial dengan arca berbentuk Sundang untuk memperingati pahlawan-pahlawan Pasir Salak, terowong, perkuburan Seputum yang membunuh JWW Birch dan Meriam Lela Rentaka.

Kompleks ini terletak bersebelahan dengan Sungai Perak yang cantik. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan indah Sungai Perak.

Tip dari Bagasi.my

22. Tokong Tua Pek Kong

Tua Pek Kong
Sumber: The Signature Greentown Ipoh

Tokong ini terkenal dengan patung-patung dewa bersaiz gergasi yang memberikan nasib baik kepada pengunjung. Ianya mempunyai lebih daripada 98 patung dewa-dewi dan haiwan yang terdapat di dalam kalendar lunar Cina. Mengadap laut, terdapat patung Tua Pek Kong diapit oleh Guan Yin dan dewa-dewa lain seperti harimau, singa dan monyet.

Ramai yang pergi berdoa di sini berjaya memenangi loteri. Yang memenangi loteri kebiasaan menderma sebahagian hasil kemenangan kepada tokong.

Tip dari Bagasi.my

23. Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5

Tin Dredge
Sumber: Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 - TT5

Tanjung Tualang Tin Dredge no. 5 adalah bekas kapal korek bijih timah. Ia adalah relik dari zaman kegemilangan perlombongan bijih timah Malaysia. Kapal korek ini disokong oleh dok terapung dengan berukuran 75 meter panjang, 35 meter lebar dan 3 meter tebal. Kapal korek ini digunakan sehingga tahun 1982.

Pakai topi dan bawa bekalan air kerana tempat ini terbuka dan agak panas.

Tip dari Bagasi.my

24. Rumah Warisan Gopeng

Gopeng Heritage House
Sumber: Gopeng Heritage House

Gopeng Heritage House terletak di bandar bersejarah Gopeng yang indah. Rumah warisan ini mempamerkan koleksi eklektik barangan antik, perabot lama, perhiasan, seramik dan lukisan kaligrafi yang berusia lebih dari 100 tahun yang lalu sehingga tahun 1960-an. Terdapat juga sebuah taman kecil tetapi cantik dihias dengan pokok-pokok bonsai.

Rumah warisan ini mempunyai rumah teh yang menghidangkan minuman istimewa seperti teh herba dan manisan seperti jeli herba.

Tip dari Bagasi.my

25. Kellie's Castle

Kellie Castle
Sumber: Kellie's Castle Malaysia

Kellie’s castle merupakan rumah manor paling terkenal di Malaysia. Rumah ini dibina oleh saudagar getah dari Scotland yang bernama William Kellie-Smith untuk meraikan kelahiran anak lelakinya, Anthony. Namun manor ini tidak sempat disiapkan disebabkan kematian beliau akibat pneumonia. Manor ini mempunyai gabungan seni bina India, Scotland, Moorish, dan Tamilvanan.

Cerita tempatan ada menyebut yang manor ini berhantu, pada yang sukakan elemen supernatural, jangan lepaskan peluang melawat.

Tip dari Bagasi.my

26. Sunway Lost World Of Tambun

Sunway Lost World Tambun
Sumber: Lost World Of Tambun

Sunway Lost World Of Tambun adalah satu-satunya taman tema di Asia Tenggara dengan mata air panas semulajadi. Ia mempunyai tujuh tarikan yang menarik, sebuah pusat penjaja dan sebuah hotel. Taman ini dikelilingi oleh hutan tropika yang rimbun dan bukit batu kapur yang menakjubkan berusia lebih 400 juta tahun.

Mata air dan kolam air panas yang terdapat di sini dikatakan mempunyai manfaat kesihatan untuk yang mandi di dalamnya.

Tip dari Bagasi.my

27. Taman Rekreasi D.R Seenivasagam

D.R Seenivasagam
Sumber: musimpanas

Taman Rekreasi D. R. Seenivasagam dinamakan sempena ahli politik dan peguam yang banyak memberi sumbangan kepada rakyat Perak. Ianya terkenal dengan keindahan dan kemudahan riadahnya seperti padang bola sepak, kebun bunga, tasik buatan yang dipenuhi dengan ikan, taman permainan kanak-kanak, laluan basikal dan taman mini Jepun.

Taman ini ada sebuah pokok bernama Pokok Ipoh. Pokok ini menjadi ilham kepada nama Ipoh.

Tip dari Bagasi.my

28. Movie Animation Park Studios (MAPS)

45 Tempat Menarik Mesti Singgah di Perak
Sumber: MAPS

Movie Animation Park Studios (MAPS) ialah Taman Tema Animasi Pertama di Asia. Ia mempunyai 6 zon tematik dengan lebih daripada 40 tarikan yang mesra keluarga. Tarikan-tarikan yang disediakan termasuk Teater Kembara BoBoiBoy 4D, Akademi BoBoiBoy Hero dan tarikan utama Kokotiam Tok Aba yang terkenal dengan coklat panas.

Jika anda peminat BoboiBoy, jangan lepaskan peluang datang ke sini.

Tip dari Bagasi.my

29. Funtasy House Trick Art

Funtasy House
Sumber: Funtasy House Trick Art

Funtasy House Trick Art adalah sebuah muzium kesenian 3D yang memuatkan lebih daripada 30 hasil seni 3D yang dihasilkan oleh artis tempatan. Sesuai dengan namanya, muzium ini menawarkan kombinasi elemen fantasi dan keseronokan. Muzium ini juga mengekalkan struktur asal bangunan berupa tangga curam yang berusia lebih dari 100 tahun.

Anda perlu membuka kasut apabila masuk ke tempat ini. Digalakkan memakai sandal atau kasut yang mudah ditanggalkan.

Tip dari Bagasi.my

30. Taman Tasik Taiping

Taiping lake
Sumber: hams Nocete

Taman Tasik Taiping adalah taman tasik pertama di Malaysia. Ia dihargai kerana kecantikannya dan diselenggarakan dengan baik sejak pembukaannya. Terdapat sepuluh tasik dan kolam yang indah di sini. Terdapat juga fasiliti seperti jambatan, trek jogging, sudut refleksologi, gelanggang kasut roda dan taman permainan. Taman tasik telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan.

Anda boleh menyewa basikal individu dan basikal pasangan dan berbasikal mengelilingi taman tasik.

Tip dari Bagasi.my

31. Pulau Orang Utan

Orang Utan Island
Sumber: Bukit Merah Orang Utan Island Foundation

Pulau Orang Utan diwujudkan untuk menjadi tempat perlindungan orang utan. Namun kini, ia berkembang menjadi pusat penyelidikan. Populasi orang utan kini berjumlah 24 ekor. Ketika pelawat berjalan di sepanjang pelantar kayu, mereka dapat melihat orang utan berayun dari pohon ke pohon dan mempelajari fakta-fakta menakjubkan mengenai primat berwarna merah ini.

Orang utan merupakan haiwan terancam, pulau ini adalah tempat yang sesuai untuk melihat primat ini secara dekat.

Tip dari Bagasi.my

32. Bukit Merah LakeTown Resort

Bukit Merah Resort
Sumber: Bukit Merah Laketown Resort

Resort ini terletak menghadap Tasik Raban yang merupakan tasik terbesar di Malaysia. Resort ini juga menawarkan 4 taman tema seperti Laketown Waterpark, Laketown Ecopark, Laketown Adventure Park dan Laketown Recreation Park. Ia juga mempunyai tempat penginapan seperti Kampung Air Water Chalets dan Laketown Hotel, pusat konvensyen dan 3 buah restoran.

Resort ini sentiasa menawarkan pakej dan promosi menarik di laman web mereka, anda boleh melawat laman web tersebut untuk lebih maklumat.

Tip dari Bagasi.my

33. Zoo Taiping

Zoo Taiping
Sumber: Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping merupakan zoo tertua di Malaysia. Ianya berkeluasan 36 ekar dan menempatkan 1300 haiwan dari 180 spesis amfibia, reptilia dan mamalia termasuk gajah, badak air, zirafah dan burung enggang. Zoo ini juga telah beberapa kali berjaya membiakkan haiwan terancam seperti harimau, singa, siamang, rusa dan banyak lagi.

Zoo ini dibuka pada waktu malam untuk Night Safari, ianya lebih menyeronokkan melawat zoo di waktu malam.

Tip dari Bagasi.my

34. Lata Kinjang

Perak Agrotourism Resort
Sumber: tourismperakmalaysia

Lata Kinjang adalah air terjun yang paling terkenal di Malaysia. Air terjun ini dapat dilihat dari Lebuhraya Utara-Selatan. Tempat ini sesuai untuk berkhemah, mendaki, barbeku dan perkelahan. Terdapat ruang parkir, gerai makanan, tandas, pondok rehat dan ruang solat juga disediakan. Air terjun ini juga mempunyai jambatan gantung yang menarik.

Selain bermain di air terjun, anda juga boleh melawat taman orkid dan taman buluh yang terletak berdekatan dengan air terjun.

Tip dari Bagasi.my

35. Kolam Air Panas Sungai Kelah

Hot Spring
Sumber: feldatravel

Kolam Air Panas Sungai Klah merupakan sebuah taman berkonsep unik yang dikelilingi alam semula jadi. Terdapat dua kolam besar yang mempunyai suhu berbeza, beberapa jakuzi persendirian, stesen merebus telur, refleksologi air, laluan berkayu dan air terjun. Tempat itu juga mempunyai kafeteria, kedai cenderahati, tandas, kemudahan pancuran mandian dan tempat penginapan.

Kolam air panas Sungai Klah dipercayai mempunyai sifat penyembuhan semulajadi yang dapat membantu penyembuhan. Sesiapa yang mempunyai sakit sendi, otot tegang, insomnia, kecederaan tulang belakang ataupun masalah kulit boleh mempertimbangkan berendam sejam dua di sini.

Tip dari Bagasi.my

36. Perak Agrotourism Resort

Perak Agrotourism Resort
Sumber: PPNP

Perak Agrotourism Resort dimiliki dan diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak. Ia mempunyai taman rusa, zoo mini, ladang cili, ladang itik, taman herba dan madu lebah. Para pelawat akan mendapat peluang merasai kehidupan kampung dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengumpul telur itik, memetik cili, menunggang kuda, memancing dan banyak lagi.

Resort ini mempunyai sebuah kafe yang dipanggil Lakeview Café. Kafe ini menyediakan perkhidmatan memasak ikan dan udang yang ditangkap dan tanaman yang dipetik pelanggan dari kawasan resort.

Tip dari Bagasi.my

37. Hutan Lipur Kuala Woh

Kuala Woh
Sumber: Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah

Hutan Lipur Kuala Woh adalah antara taman eko yang popular di Perak. Pelawat biasanya datang ke sini untuk melakukan aktiviti seperti fotografi, berkhemah, berkelah, barbeku, berenang dan berkayak. Sungai yang mengalir di sini bernama Sungai Batang Padang yang jernih. Ada juga beberapa kawasan yang mempunyai mata air panas.

Selain bermain di sungai, anda juga boleh melawat muzium hutan dan taman herba yang terdapat berhampiran.

Tip dari Bagasi.my

38. Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Lubuk Timah
Sumber: Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Pusat Rekreasi Lubuk Timah mempunyai dua tarikan utama iaitu kolam air panas dan air terjun. Pusat rekreasi ini asalnya sebuah empangan mini hidro yang menjana elektrik untuk lombong timah berdekatan. Kawasan ini juga sesuai untuk dijadikan lokasi berkelah dan barbeku. Ianya juga menawarkan penginapan pada yang ingin bermalam.

Jika anda berminat menunggang kuda, tempat ini ada menawarkan khidmat tersebut.

Tip dari Bagasi.my

39. Tasik cermin

tasik cermin
Sumber: hams Nocete

Tasik Cermin merupakan sebuah tasik misteri yang tersembunyi di antara celah-celah bukit batu kapur di Ipoh. Untuk sampai ke tasik ini, seseorang terpaksa melalui terowong yang digali merentasi bukit batu kapur sepanjang 200 meter. Terdapat platform keluli yang dibina untuk pengunjung menikmati pemandangan indah tasik yang memantul cahaya seperti cermin.

Tasik ini terletak di tanah peribadi kepunyaan pihak kuari, jangan risau kerana tuan punya kuari tidak pernah menghalang pelawat yang ingin melihat tasik berkenaan. Tetapi sila berhati-hati kerana pihak kuari tidak bertanggungjawab atas keselamatan anda jika ada sesuatu terjadi.

Tip dari Bagasi.my

40. Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang
Sumber: SINI KAKI

Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan taman rekreasi yang terletak di antara bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike. Ianya terdiri daripada dua buah taman, sebuah air terjun buatan, laluan kayu sepanjang 2 kilometer, Menara jam, replika rumah kampung, taman permainan dan sebuah tasik yang dipenuhi dengan pelbagai ikan sungai.

Ikan-ikan di tasik ini jinak-jinak. Pengunjung boleh memberi ikan makan samada dengan roti dan makanan ikan. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter di hadapan pintu masuk.

Tip dari Bagasi.my

41. Bukit Kledang

Bukit Kledang
Sumber: hams Nocete

Bukit Kledang merupakan bukit yang menempatkan menara komunikasi yang bertindak sebagai stesen penyiaran untuk rangkaian radio dan TV di Ipoh. Ia juga merupakan lokasi mendaki yang popular. Terdapat perhentian rehat dan air terjun di sepanjang laluan mendaki ke puncak disediakan. Selain mendaki, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti berbasikal.

Terdapat 4 laluan mendaki yang mempunyai tahap kesukaran berbeza. Pendaki boleh memilih laluan mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Tip dari Bagasi.my

42. Taman Negeri Royal Belum

Taman Negeri Royal Belum
Sumber: Katja Hasselkus

Taman Negari Royal Belum dipercayai telah wujud sejak 130 juta tahun lalu. Ini menjadikannya antara hutan hujan tertua di dunia. Ianya diwartakan sebagai taman negara untuk memudahkan pendidikan biodiversiti, penyelidikan dan ekopelancongan. Taman ini merupakan rumah kepada 101 spesies mamalia, 316 spesies burung dan 3,500 spesies tumbuhan berbunga.

Taman Negeri ini hanya boleh diakses dengan bot melalui jeti di Pulau Banding. Permit dan panduan juga diperlukan untuk meneroka kawasan hutan.

Tip dari Bagasi.my

43. Pulau Banding

Pulau Banding
Sumber: bandingisland

Pulau Banding merupakan sebuah pulau buatan manusia yang dikelilingi Tasik Temenggor. Ia juga menempatkan pusat penyelidikan yang membantu para saintis dan penyelidik mengkaji flora, fauna, ekosistem terestrial dan akuatik yang terdapat di Taman Negeri Royal Belum. Saiznya agak kecil tetapi kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna yang luar biasa.

Pulau ini mempunyai jeti yang menjadi pintu masuk utama ke Taman Negeri Royal Belum.

Tip dari Bagasi.my

44. Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang

Paya Laut matang
Sumber: Pusat Eko Matang Mangrove Forest Reserve, Kuala Sepetang

Hutan Paya Laut Matang adalah hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Ia juga merupakan habitat kepada hidupan laut seperti ketam, ikan tembakul dan memerang. Pengurusan hutan ini merupakan yang terbaik di dunia. Pengunjung boleh berjalan di sepanjang pelantar kayu atau menaiki bot untuk melawat sekeliling dan memerhati hidupan liar.

Jika anda melawat kawasan sekitar dengan menaiki bot, anda mungkin dapat melihat sekawan ikan lumba-lumba berenang di sekitar bot jika anda bertuah.

Tip dari Bagasi.my

45. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor
Sumber: Wikipedia

Bahagian barat Pulau Pangkor terkenal dengan pantai, resort dan hotel manakala bahagian timur pula merupakan kawasan di mana penduduk tempatan tinggal. Antara tempat menarik yang perlu dilawati di pulau ini termasuk Batu Bersurat, Batu Harimau, Kota Belanda, makam di Kampung Teluk Gedung dan Bukit Kura-Kura.

Pulau ini menyediakan perkhidmatan kereta dan motor sewa.

Tip dari Bagasi.my

Amacam? Menarik tak tempat-tempat yang kami senaraikan? Jika anda masih ingin mengetahui banyak lagi tempat menarik di Perak, anda juga boleh melawat laman web senarai complete di Destinasi Malaysia – Bagasi.my dan Tourism Perak Malaysia. Selamat bercuti.

Kembali ke Bagasi.my

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment