40 Tempat Menarik di Selangor Untuk Anda Lawati
Pilihan Senarai Tempat Menarik di Selangor, Malaysia.
Selangor memang diketahui umum sebagai negeri termaju di Malaysia. Terletak mengelilingi ibu negara Kuala Lumpur, sudah tentulah kawasan sekitar juga turut membangun. Tempat-tempat menarik di Selangor pun banyak boleh dijumpai.
Artikel ini ada menyenaraikan sebanyak 40 Tempat Menarik di Selangor Untuk Anda Lawati. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Pilih sahaja mana-mana yang sesuai dengan bajet dan kehendak hati.
Jika anda bercadang menginap di Shah Alam dan masih belum menempah hotel, kami ada cadangan 23 hotel yang boleh anda jadikan tempat penginapan di Shah Alam.
Jika anda bercadang menginap di Bangi dan masih belum menempah hotel, kami juga ada mencadangkan 16 hotel yang boleh dijumpai di Bangi.
Jika anda melawat Putrajaya dan masih belum mempunyai tempat penginapan, anda boleh lihat cadangan 15 hotel menarik di Putrajaya yang boleh anda pilih.
Kebiasaannya, pelancong dari luar Selangor akan mengambil kesempatan melawat Kuala Lumpur sekaligus. Jika anda mahu mencari tempat penginapan berbajet rendah di Kuala Lumpur, kami ada cadangan 26 hotel berbajet bawah RM200 di Kuala Lumpur.
1. Batu Caves

Batu Caves adalah antara tempat paling dilawati pelancong di Selangor. Ia menjadi tumpuan penganut Hindu meraikan perayaan Thaipusam. Patung Dewa Murugan yang terdapat di sini merupakan yang tertinggi di dunia. Kuil ini mempunyai tiga gua utama dan beberapa gua kecil. Pelawat perlu mendaki 272 anak tangga untuk naik ke atas.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 6.00 A.M – 9.00 P.M
- Alamat – Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
[the_ad id=’8137′]
Jika mahu merasai kemeriahan Thaipusam, anda digalakkan datang ke sini sewaktu sambutan perayaan tersebut diadakan.Tip dari Bagasi.my
2. Kidzania

KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat edutainment interaktif dimana kanak-kanak dapat merasai pengalaman bekerja seperti orang dewasa. Di sini, mereka dihidangkan pelbagai aktiviti yang direka untuk membantu pertumbuhan intelektual mereka. Mereka boleh menikmati pengalaman bekerja di hospital, kapal terbang, syarikat surat khabar, salun kecantikan, stesen radio, kilang susu dan banyak lagi.
- Bayaran Masuk – Dewasa : RM 45.00 | Kanak-Kanak ( Umur 0 – 1): Percuma (Umur 2 – 3) : RM 41.00 (Umur 4 – 17) : RM 85.00 | OKU : RM 34.00 | Warga Emas : RM 34.00
- Waktu Operasi – Ahad, Selasa – Jumaat : 10.00 A.M – 5.00 P.M | Sabtu & Cuti Am : 10.00 A.M – 7.00 P.M | Isnin : Tutup.
- Alamat – Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
[the_ad id=’8137′]
Jika anda membeli tiket melalui atas talian. Harga tiket adalah lebih murah berbanding harga tiket yang dibeli di kaunter tiket.Tip dari Bagasi.my
3. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon merupakan sebuah taman tema yang terkenal yang terletak di Sunway City. Antara tarikan yang ditawarkan adalah seperti Nickelodeon Lost Lagoon, Scream Park, Amusement Park, Extreme Park dan Wildlife Park. Selain menawarkan taman tema sebagai tarikan untuk para pengunjung, Sunway lagoon juga kerap menjadi lokasi konsert selebriti-selebriti terkenal.
- Bayaran Masuk – Dewasa : RM 202.00 | Kanak -Kanak : RM 170.00 | Warga Emas : RM 170.00
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 10.00 A.M – 6.00 P.M
- Alamat – 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan, Malaysia
[the_ad id=’8137′]
Tempahan tiket atas talian adalah lebih murah berbanding belian di kaunter tiket.Tip dari Bagasi.my
4. Zoo Negara

Zoo Negara merupakan zoo yang terbesar di Malaysia. Ia menempatkan sebanyak 5137 binatang daripada 476 spesies. Ia mengamalkan konsep terbuka. Lebih daripada 90% haiwan ditempatkan dalam landskap yang sesuai dengan habitat mereka. tarikan yang paling popular ialah Pusat Pemuliharaan Giant Panda. Selain pameran, terdapat juga pertunjukan haiwan untuk hiburan.
- Bayaran Masuk – (Rakyat Malaysia) Dewasa : RM 43.00 | Kanak-Kanak : 43.00 | Warga Emas : RM 21.00 | (Rakyat ASEAN) Dewasa : RM 61.00 | Kanak-Kanak : RM 33.00 | (Pelancong Asing) Dewasa : RM 82.00 | Kanak-Kanak : RM 43.00
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 9.00 A.M – 5.00 P.M
- Alamat – Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
[the_ad id=’8137′]
Jika anda mahu melihat pertunjukan binatang. Ianya diadakan dua kali dalam sehari iaitu pada pukul 11.00 pagi dan 3.00 petang.Tip dari Bagasi.my
5.Sunway Pyramid Ice

Sunway Pyramid Ice merupakan gelanggang sukan ais bertaraf dunia yang pertama di Malaysia. Ianya direka dengan reka bentuk moden bagi mewujudkan suasana santai untuk peluncur ais meluncur. Gelanggang ini juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai kejohanan berprestij seperti World Ice Hockey, Skate Asia dan Skate Malaysia.
- Bayaran Masuk – Isnin – Jumaat : RM 18.80 | Sabtu – Ahad : RM 23.50 | Cuti Sekolah/ Cuti Am : RM 26.30
- Waktu Operasi – Isnin – Jumaat : 10.00 A.M – 8.00 P.M | Sabtu : 9.00 A.M – 9.00 P.M | Ahad : 9.00 A.M – 6.00 P.M | Cuti Sekolah/Cuti Am: 9.00 A.M – 9.00 P.M
- Alamat – 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Gelanggang ini ada menyediakan kelas untuk yang berminat belajar meluncur ais.Tip dari Bagasi.my
6. Farm In The City

Farm In The City merupakan sebuah “petting zoo” yang direka bentuk menyerupai kampung tipikal Malaysia yang lengkap dengan ladang dan kebun buah. Pelawat dapat berinteraksi dengan haiwan dan tumbuhan dalam persekitaran yang selesa dan autentik. Para pelawat boleh memberi makan dan berinteraksi dengan lebih daripada 100 spesies haiwan.
- Bayaran Masuk – (Rakyat Malaysia) Dewasa : RM 37.00 | Kanak-Kanak & Warga Emas : RM 30.00 |(Pelancong Asing) Dewasa : RM 55.00 | Kanak-Kanak & Warga Emas : RM 45.00
- Waktu Operasi – Isnin, Rabu -Jumaat : 10:00 A.M – 6:00 P.M Sabtu – Ahad : 09:30 A.M – 6:00 P.M Selasa : Tutup
- Alamat – Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Haiwan-haiwan di sini bebas bergerak di dalam kawasan ladang. Pada kanak-kanak yang tidak biasa berinteraksi dengan haiwan-haiwan tersebut, pengalaman pertama mungkin agak mendebarkan mereka. Sentiasa perhatikan mereka dan tunjukkan mereka cara yang betul untuk berinteraksi dengan haiwan-haiwan tersebut.Tip dari Bagasi.my
7. SkyTrex Adventure

Skytrex Adventure terletak di Taman Botani Negara Shah Alam. Ianya mempunyai tiga litar yang berbeza iaitu Little Adventure, Big Thrill dan Challenge Extreme. Setiap litar mempunyai tahap kesukaran yang berbeza. Terdapat juga kawasan berkelah dan tempat pelbagai fungsi disediakan. Ianya sesuai untuk yang gemarkan aktiviti mencabar.
- Bayaran Masuk – (Taman Botani) Dewasa : RM 3.00 | Kanak-Kanak : RM 1.00 | SkyTrex Little Adventures) : RM40.00 | Big Thrill : RM 50.00 | Extreme Challenge : RM 60.00
- Waktu Operasi – Selasa – Jumaat : 9.00 A.M – 2.00 P.M | Sabtu & Ahad : 8.30 A.M – 3.00 P.M | Isnin : Tutup
- Alamat – Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Harga tiket Skytrex yang dibeli secara atas talian adalah lebih murah daripada yang dibeli di kaunter.Tip dari Bagasi.my
8. Taman Tema ICT

Taman Tema I-City merupakan sebuah taman teknologi. Taman ini seolah-olah hidup di malam hari dengan ribuan lampu menghiasi pokok-pokok buatan yang terdapat di sekelilingnya. Antara tarikan menarik adalah taman salji tertutup yang dipanggil Snowalk, permainan arked hiburan, pawagam berlayar penuh, Muzium Lilin Karpet Merah dan banyak lagi.
- Bayaran Masuk – Tiada Bayaran Masuk Ke Taman Ini Tetapi Setiap Tarikan Mempunyai Bayaran Masing-Masing.
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 10.00 A.M – 12.00 A.M
- Alamat -Jalan Multimedia 7/AJ, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Walaupun waktu operasi taman ini sehingga pukul 12.00 malam, kebanyakan tarikan di sini mempunyai waktu operasi yang berbeza. Sila semak di laman web rasmi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang waktu operasi tarikan-tarikan tertentu.Tip dari Bagasi.my
9. Air Terjun Batu Asah, Kg Kemensah

Air Terjun Batu Asah adalah air terjun yang terletak di Kampung Kemensah. Ianya juga berhampiran dengan Zoo Negara. Chalet- chalet yang terdapat di sini dibina dari kayu menyerupai rumah kampung. Fasiliti seperti tandas, tempat barbeque dan kolam mandi ada disediakan. Selain bermain air terjun, juga boleh menunggang ATV dan memancing.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – 24 Jam
- Alamat – Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Di sini terdapat banyak chalet yang boleh anda sewa dengan harga serendah RM 40 semalam.Tip dari Bagasi.my
10. Sungai Congkak

Sungai Congkak adalah antar hutan rekreasi yang popular di Selangor. Ianya diuruskan oleh Tourism Selangor. Selain menikmati airnya yang sejuk dan jernih, para pengunjung juga boleh berkelah di gazebo yang disediakan sepanjang sungai. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuk tempat perkemahan, bilik persalinan, tandas dan taman permainan untuk kanak-kanak.
- Bayaran Masuk – Dewasa (Pelancong Asing) : RM 5.30 | Dewasa (Warganegara) : RM1.05 | Kanak-Kanak : Percuma
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 8.00 A.M – 6.00 P.M
- Alamat – Congkak Park And Resort Hutan Lipur Sungai Congkak Sungai Congkak 43100 Hulu Langat Selangor Malaysia
Anda boleh membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan hutan dengan bayaran tambahanTip dari Bagasi.my
11. Hutan lipur Kanching

Hutan Lipur Kanching adalah salah satu hutan rekreasi tertua di Malaysia. Ianya diuruskan oleh Tourism Selangor. Hutan ini tempat yang popular untuk pengunjung berkelah, berkhemah, berenang dan berjalan-jalan di hutan pada hujung minggu. Air terjun tingginya sekitar 120 meter dan mempunyai 7 tingkat. Ianya menawarkan pemandangan yang menakjubkan.
- Bayaran Masuk – Dewasa (Pelancong Asing) : RM 5.30 | Dewasa (Warganegara) : RM 2.05 | Kanak-Kanak : Percuma
- Waktu Operasi – 24 Jam
- Alamat – Kilometer 17, Jalan Kuala Lumpur – Rawang, Templer Baiduri, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia
Air terjun di sini mempunyai 7 tingkat. Tingkat 2, 3 dan 4 sesuai untuk pengunjung yang datang bersama keluarga.Tip dari Bagasi.my
12. FRIM -Forest Research Institute of Malaysia

FRIM adalah sebuah kapsul kawasan hijau yang diuruskan oleh Pusat Penyelidikan Pengurusan Hutan Malaysia. Kapsul ini berkeluasan 545-hektar. Terdapat pelbagai jenis flora dan hidupan liar semulajadi yang boleh dijumpai di sini contohnya monyet daun dan pokok buah-buahan asli. Terdapat juga laluan dan jambatan gantung untuk pengunjung menjelajah sekitar kawasan ini.
- Bayaran Masuk – (Warganegara) Dewasa : RM 1.00 | Pelajar : RM 1.00 | Kanak -Kanak & OKU : Percuma | (Pelancong Asing) Dewasa : RM 5.00 | Pelajar : RM 5.00 | Kanak-Kanak : RM 1.00 | OKU : Percuma
- Waktu Operasi – Isnin – Khamis : 8.00 A.M – 1.00 P.M & 2.00 P.M – 4.30 P.M | Jumaat : 8.00 A.M – 12.15 P.M & 2.45 P.M – 4.30 P.M | Sabtu & Ahad : Tutup
- Alamat – Jalan Frim, Kepong, 52109 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
Canopy Walk adalah tempat yang paling sesuai untuk menikmati pemandangan di sekitar kawasan hutan ini.Tip dari Bagasi.my
13. Bukit Broga

Bukit Broga terletak di sebuah bandar kecil Semenyih yang menjadi tumpuan pendaki. Ia mempunyai ketinggian kira-kira 400 meter. Broga mempunyai rupa yang unik. Landskapnya tidak mempunyai pokok, malah seluruh kawasannya dipenuhi dengan rumput hijau yang rimbun. Pendaki hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak.
- Bayaran Masuk – RM 1.00 (Bayaran Tempat Letak Kereta : RM 3.00)
- Waktu Operasi – 24 Jam
- Alamat – Broga 71750 Semenyih, Selangor, Malaysia
Jika anda mahu melihat matahari terbit dari atas puncak bukit, adalah dinasihatkan untuk mendaki bukit pada waktu awal pagi.Tip dari Bagasi.my
14. Taman Rimba Templer

Taman Rimba Templer adalah sebuah hutan simpan. Rizab hutan ini terdiri daripada air terjun, sungai dan laluan pendaki. Fasiliti seperti kawasan perkelahan, tempat memancing, tempat meletak kereta, tandas awam dan gerai ada disediakan. Pengunjung dapat melihat hidupan liar seperti monyet, pelbagai jenis burung dan pelbagai jenis kodok di sini.
- Bayaran Masuk – Dewasa : RM 1.00 | Kanak-Kanak : RM 0.50
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 7.00 A.M – 6.00 P.M
- Alamat – Taman Rimba Templer 48200 Rawang, Selangor, Malaysia
Taman rimba ini mempunyai pacat terutama di kawasan mendaki. Jika anda datang untuk trekking di hutan. Elakkan memakai sandal dan seluar pendek.Tip dari Bagasi.my
15. Taman Rekreasi Sungai Tekala

Taman Rekreasi Sungai Tekala adalah sebahagian daripada Taman Warisan Negeri Selangor. Taman ini diuruskan dan dijaga dengan baik oleh Jabatan Perhutanan Selangor. Sungai di sini cetek dan selamat untuk kanak-kanak. Air terjun pula mempunyai tiga tingkat yang boleh diakses dengan mudah. Terdapat pondok persalinan dan dan gazebo untuk keselesaan pengunjung.
- Bayaran Masuk – Dewasa : RM 1.00 | Kanak-Kanak : RM 0.50
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 7.00 A.M – 7.00 P.M
- Alamat – Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, KM11(Batu 7), Jalan Cheras, 43200 Cheras, Selangor.
Terdapat banyak gerai yang menjual makanan ringan, buah potong dan minuman di pintu masuk taman ini.Tip dari Bagasi.my
16. Gunung Nuang

Gunung Nuang mempunyai ketinggian 1493 meter. Ia adalah salah satu lokasi mendaki paling popular di Selangor. Gunung Nuang menawarkan flora dan fauna tropika yang eksotik dan unik kepada pendaki. Selain mendaki, pendaki juga boleh bermandi manda di sungai dan air terjun yang terdapat di gunung tersebut.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – 24 Jam
- Alamat – Kampung Pungsun, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
Terdapat perkampungan orang asli di sekitar kawasan gunung tersebut. Pengunjung digalakkan menjaga tingkah laku bagi menghormati penduduk di kawasan tersebut.Tip dari Bagasi.my
17. Santuari Ikan Sungai Chilling

Santuari Ikan Sungai Chiling diuruskan oleh Jabatan perikanan Malaysia dengan usahasama Jabatan Hutan. Air terjun yang ada disini adalah antara yang tercantik di Selangor. Pengunjung perlu merentasi beberapa buah sungai untuk sampai ke kawasan air terjun. Fasiliti seperti tempat perkhemahan, tandas dan dataran ada disediakan.
- Bayaran Masuk – RM 1.00
- Waktu Operasi – Jumaat – Ahad : 8.00 A.M – 6.00 P.M | Isnin – Khamis : Tutup
- Alamat – 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
Setiap botol plastik dan beg plastik yang anda bawa akan dikenakan deposit RM 3.00 setiap satu. Wang akan dikembalikan jika pengunjung membawa keluar kesemua beg plastik ataupun botol mineral sewaktu keluar dari tempat tersebut.Tip dari Bagasi.my
18. Bukit Tabur

Bukit Tabur adalah sebahagian daripada rabung kuarza Klang Gates. Ianya mempunyai ketinggian 500 meter. Perjalanan ke puncak biasanya mengambil masa tiga jam. Pemandangan indah Empangan Klang Gates dan panorama kota Kuala Lumpur dapat dilihat dari puncak bukit. Terdapat pokok buah-buahan tempatan dan kolam air semulajadi di kawasan kaki bukit ini.
- Bayaran Masuk – Tiada Bayaran Masuk Tetapi Perlu Mendapatkan Permit Mendaki
- Waktu Operasi – Khamis, Sabtu & Ahad : 8.30 A.M – 5.00 P.M | Cuti Am : 8.30 A.M – 5.00 P.M
- Alamat – Bukit Tabur 53100 Selangor Malaysia
Permit mendaki perlu dipohon terlebih dahulu sebelum boleh mendaki di sini. Bayaran untuk permit adalah RM 5.00.Tip dari Bagasi.my
19. Bukit Melawati

Bukit Melawati adalah bekas kubu yang dibina Sultan Selangor pada akhir 1700-an untuk menangkis pencerobohan Belanda. Walaubagaimanapun ianya berjaya ditakhluk Belanda. Terdapat perkhidmatan tram untuk naik ke atas di sediakan. Terdapat juga sebuah rumah api, sebuah muzium serta sisa tinggalan kota tersebut seperti meriam dan makam di atas bukit ini.
- Bayaran Masuk – Tiada Bayaran Masuk. Tetapi Jika Anda Mahu Menaiki Tram, Anda Perlu Membeli Tiket Tram. Dewasa : RM 5.30 | Kanak-Kanak : RM 3.20
- Waktu Operasi – Selasa – Ahad : 9.00 A.M – 5.30 P.M
- Alamat -Bukit Melawati, 45000, Kuala Selangor
Terdapat banyak monyet “silver leaf” dan kera berekor panjang boleh dijumpai di sini. Jika anda mahu memberi mereka makan, terdapat gerai-gerai kecil yang menjual sayur dan buah yang telah dipotong kecil untuk diberi kepada monyet-monyet tersebut.Tip dari Bagasi.my
20. Taman Alam Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor ini agak unik kerana mempunyai dua jenis hutan iaitu Hutan Hujan Tropika dan Hutan Paya Bakau. Ianya diuruskan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Keindahan alam semulajadinya dikekalkan tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan habitat penghuni. Terdapat juga beberapa menara tinjau untuk anda melihat kawasan sekitar dari atas.
- Bayaran Masuk – Dewasa : RM 4.00 | Kanak- Kanak : RM 1.00 | Warga Emas : RM 2
- Waktu Operasi – Setiap Hari: 9.00am – 6.00pm
- Alamat -Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Elakkan memakai seluar pendek, kemeja t pendek dan selipar terutama sekali sewaktu musim hujan kerana terdapat banyak nyamuk di kawasan sekitar.Tip dari Bagasi.my
21. Sky mirror

Sky Mirror merupakan pulau misteri yang hanya muncul beberapa hari pada setiap bulan. Kebiasaannya ia timbul pada 4 hari sebelum dan selepas hari pertama dan hari ke 15 mengikut calendar bulan lunar. Ianya mendapat nama kerana permukaan airnya yang memantul pemandangan langit mirip seperti cermin.
- Bayaran Masuk -(Trip Hari Biasa) Dewasa : RM 80.00 – RM 100.00 | Kanak-Kanak : RM 60.00 – RM 80.00 | (Trip Matahari Terbenam) Dewasa : RM 80.00 – RM 100.00 | Kanak-Kanak : RM 60.00 – RM 80.00
- Waktu Operasi – Terhad Bergantung Pada Waktu Pakej
- Alamat – Jeti Pekan Lama, Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
Anda perlu menempah tiket secara atas talian lebih awal kerana trip ke Sky Mirror agak terhad. Pakej yang disediakan termasuk insuran, khidmat mengambil gambar, snek dan minuman, fasiliti jeti dan bot.Tip dari Bagasi.my
22. Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam mempunyai 11 taman menarik termasuk Taman Herba, Rumah Iklim Empat Musim, Taman Kaktus, Taman 1Malaysia dan banyak lagi. Selain mewujudkan peluang rekreasi secara alami melalui aktiviti berbasikal, skuter elektrik, memanah, berkuda dan ATV, ianya juga menyediakan peluang eksplorasi dan pembelajaran konservasi melalui aktiviti Pendidikan Botanikal.
- Bayaran Masuk – Dewasa : RM 3.00 | Kanak-Kanak : RM 1.00
- Waktu Operasi – Selasa – Ahad : 7.30 A.M – 4.30 P.M
- Alamat – 40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Taman ini menyediakan perkhidmatan tram percuma untuk pengunjung.Tip dari Bagasi.my
23. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz adalah masjid utama negeri Selangor. Ianya terletak di Shah Alam. Ia merupakan masjid terbesar di Malaysia dan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini mempunyai kubah berwarna biru dan perak yang besar. Ia juga mempunyai empat Menara yang didirikan di setiap sudut masjid
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – Isnin – Khamis : 8.00 A.M – 1.00 P.M & 2.00 P.M – 5.00 P.M | JUMAAT : 8.00 A.M – 12.15 P.M & 2.45 P.M – 5.00 P.M | Sabtu & Ahad : Tutup
- Alamat – Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pengunjung perlu berpakaian sopan kerana masjid merupakan tempat ibadah bagi penganut Islam di Malaysia.Tip dari Bagasi.my
24. Kelip kelip Kampung Kuantan

Kelip Kelip Kampung Kuantan ini diusahakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor. Kampung Kuantan adalah antara lokasi terkenal di Malaysia untuk melihat kelip-kelip. Majlis daerah menyediakan sebanyak 27 buah sampan berserta pengemudi untuk pelancong yang ingin menikmati pemandangan kelip-kelip yang menakjubkan. Fasiliti seperti kaunter tiket, taman permainan dan tandas turut disediakan.
- Bayaran Masuk – RM 50 Per Sampan (Boleh Memuatkan 4 Orang Dewasa)
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 7.30 P.M – 10.30 P.M
- Alamat – Kampung Kuantan, 45000 Bestari Jaya, Selangor, Malaysia
Jangan berbuat bising dan jangan mengambil gambar menggunakan “flash” supaya tidak mengganggu kelip-kelip di habitat asal mereka.Tip dari Bagasi.my
25. Taman Tema Air Wet World Park Shah Alam

Taman Tema Air Wet World Shah Alam adalah berkonsepkan taman tema air mesra keluarga dan menawarkan pelbagai aktiviti air dan tarikan yang sesuai dengan semua peringkat umur. Selain menawarkan tarikan seperti slaid dan gelongsor air, fasiliti seperti loker, bilik persalinan, tandas dan bilik mandi, cafeteria dan gazebo juga ada disediakan.
- Bayaran Masuk – (Warganegara) Dewasa : RM 37.00 | Kanak-Kanak : RM 32.00 | (Pelancong Asing) Dewasa : RM47 | Kanak-Kanak : RM 42.00 I Bayi : Percuma
- Waktu Operasi – Khamis – Selasa : 10.00 A.M – 6.00 P.M | Rabu : Tutup (Kecuali Cuti Am & Cuti Sekolah)
- Alamat – Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2 Shah Alam, Malaysia
Jika datang ke sini waktu cuti sekolah, perlu datang awal untung mendapatkan tempat meletak kenderaan. Dinasihatkan juga untuk beli tiket atas talian kerana waktu membeli dikaunter kadang-kadang mengambil masa hingga 2 jam kerana ramai yang beratur membeli tiket.Tip dari Bagasi.my
26. Pantai Morib

Pantai Morib terletak di Kuala langat dan popular di kalangan keluarga yang mahu berkelah di tepi pantai. Pantai ini mempunyai permukaan yang cetek. Pelbagai restoran makanan laut boleh didapati di sepanjang pantai. Pantai ini juga mempunyai resort hotel bernama Gold Coast Morib yang mempunyai taman tema air.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – 24 Jam
- Alamat – Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor, Malaysia
Ketam Goreng yang dijual di medan selera di pantai ini agak enak dan menarik.Tip dari Bagasi.my
27. Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Bangi Wonderland Theme Park & Resort terletak di tanah seluas 12 ekar di tengah-tengah Bangi Avenue. Taman tema air ini mempunyai 14 buah tarikan air yang menarik contohnya seperti Water Cannon, Anaconda Trail, Green Pearl dan Wonder Loop. Fasiliti seperti bilik persalinan, loker, gazebo dan cafeteria juga ada disediakan.
- Bayaran Masuk – (Warganegara) Dewasa : RM 57.65 | Kanak-Kanak : RM 47.15 | Bayi : Percuma | OKU Dewasa : RM 29.35 | OKU Kanak-Kanak : RM 25.15 | Warga Emas : RM 29.35 |(Pelancong Asing) Dewasa : RM 69.15 | Kanak-Kanak : RM 58.70 | Bayi : Percuma | OKU Dewasa : RM34.60 | OKU Kanak-Kanak : RM 29.35 | Warga Emas : RM 34.60 |
- Waktu Operasi – Monday, Wednesday – Friday : 11.00 A.M – 6.00 P.M | Sabtu & Ahad : 10.00 A.M – 6.00 P.M | Selasa : Tutup (Kecuali Cuti Sekolah Dan Cuti Am)
- Alamat – No. 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Jika anda membeli tiket 2 pax ataupun 5 pax, harga tiket akan menjadi lebih murah.Tip dari Bagasi.my
28. Sawah padi Sekinchan

Sekinchan sering dikunjungi pelancong yang mahu melihat pemandangan sawah yang cantic. Ianya merupakan salah satu kawasan penghasilan padi utama di Malaysia. Sawah padi di sini luas dan disusun dengan teratur. Perkampungan ini juga sering menjadi lokasi penggambaran untuk drama dan filem. Anda juga boleh membeli beras tempatan terus dari kilang.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 7.00 A.M – 7.00 P.M
- Alamat – 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia
Sawah padi yang terdapat di sini adalah milik peribadi pesawah, kebiasaannya mereka tidak kisah jika pelancong mahu bergambar. Jika anda mahu mengambil gambar di kawasan sawah padi, pastikan anda berhati-hati dan tidak merosakkan tanaman tersebut kerana padi adalah mata pencarian mereka.Tip dari Bagasi.my
29. Kampung Nelayan Bagan, Sekinchan

Bagan merupakan kampung nelayan yang terletak di Sekinchan. Tidak lengkap perjalanan ke Sekinchan jika tidak mengunjungi perkampungan ini. Pada yang gemarkan makanan laut, anda boleh membeli makanan laut yang segar terus dari nelayan di sini. Terdapat juga pantai untuk anda berkelah dan restoran ataupun gerai makan yang menyediakan makanan laut.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 7.00 A.M – 7.00 P.M
- Alamat – 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia
Nelayan kebiasaannya akan balik ke darat pada waktu pagi dengan hasil tangkapan. Jika anda ingin membeli makanan laut yang segar, seelok-eloknya beli pada waktu pagi.Tip dari Bagasi.my
30. Paya Indah Wetlands

Paya Indah Wetlands menempatkan 210 spesies burung, 68 ekor buaya dan 26 spesies mamalia, termasuk empat badak air. Tempat ini diuruskan oleh Perhilitan yang memberi fokus untuk tujuan pemuliharaan dan penyelidikan. Ianya mempunyai 3 zon. Aktiviti seperti memancing, berperahu, berbasikal dan lawatan berjalan kaki disediakan di zon rekreasi.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 8.00 A.M – 6.00 P.M
- Alamat – Paya Indah Wetlands Department Of Wildlife And National Parks KM 4, Jalan Dengkil – Banting 43800 Dengkil, Selangor
Jika anda memandu kenderaan, anda boleh memandu masuk ke kawasan ini. tapi pastikan jangan memandu dengan laju kerana ada pengunjung yang berjalan kaki dan berbasikal melalui jalan yang sama.Tip dari Bagasi.my
31. Pantai Bagan Lalang

Pantai Bagan Lalang merupakan satu-satunya pantai di Sepang. Ianya merupakan sebuah lokasi riadah yang popular. Terdapat medan selera dan kedai-kedai menjual cenderamata dan mainan di sepanjang pantai ini. Sepang Gold Coast juga terletak di sini. Pantai di sini cetek dan sesuai untuk kanak-kanak kecil bermain.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – 24 Jam
- Alamat – Di Sekeliling Bandar Georgetown
Pantai ini juga menjadi lokasi untuk mengutip lala. Jika ada rezeki, mungkin anda akan terjumpa haiwan laut tersebut.Tip dari Bagasi.my
32. Sungai Gabai

Air Terjun Sungai Gabai amat terkenal di kalangan penduduk tempatan di daerah Hulu Langat yang mahu bermandi-manda dan berkelah bersama keluarga. Air terjun ini mempunyai tiga tingkat dan paras tertinggi boleh diakses dengan mendaki laluan bersimen yang mempunyai 336 anak tangga. Fasiliti asas seperti tandas dan bilik persalinan ada disediakan.
- Bayaran Masuk – RM 1.00
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 8.00 A.M – 7.00 P.M
- Alamat -Air Terjun Sungai Gabai 43100 Hulu Langat Selangor Malaysia
Pada yang pertama kali datang ke sini, mesti mencuba gelongsor air semulajadi yang terdapat di sini.Tip dari Bagasi.my
33. MAEPS AgroTourism Park.

MAEPS Agrotourism Park adalah sebuah taman Agrotourism yang terbesar dan komprehensif. Ianya ditubuhkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Taman ini terletak di atas tanah milik MARDI. Setiap tahun, MAEPS menjadi tuan rumah bagi Pameran MAHA yang mempromosikan gaya hidup pertanian dan makanan Malaysia.
- Bayaran Masuk – Pelancong Asing : Rm 65.00 | Rakyat Malaysia : RM 45.00 | Pelajar : RM 35.00
- Waktu Operasi – Isnin, Rabu – Jumaat : 10.00 A.M – 6.00 P.M | Sabtu, Ahad Dan Cuti Am : 9.30 A.M – 6.00 P.M | Selasa : Tutup.
- Alamat – MAEPS Secretariat Building, Mardi, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Tempat ini agak besar dan terbuka. Pastikan anda membawa payung atau topi dan bekalan air yang cukup untuk mengelakkan dehidrasi.Tip dari Bagasi.my
34. Balai Seni Sasaran Kuala Selangor

Balai Seni Sasaran merupakan sebuah tempat yang diusahakan oleh Persatuan Kesenian Sasaran Kuala Selangor bagi merealisasikan visi mereka menjadikan Sasaran sebagai kampung seni. Tempat ini dihiasi landskap yang cantik dan kerja seni yang menarik hasil kerja tangan artis-artis tempatan yang terlibat.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – Galeri Dibuka Ketika Ada Pameran Seni. Bahagian Luar Pula Boleh Diakses Pada Bila-Bila Masa.
- Alamat – Jalan Sasaran, Sungai Buloh, 45800 Jeram, Selangor, Malaysia
Rujuk laman web rasmi untuk mengetahui senarai pameran yang akan diadakan sebelum datang ke sini.Tip dari Bagasi.my
35. Tokong Fo Guang Shan Dong Zen

Tokong Fo Guang Dong Zeng adalah salah satu cabang Sekolah Buddha Fo Guang Shan yang berasal dari Taiwan. Tokong ini terkenal dengan festival tanglung dan bunga yang dianjurkan sempena Tahun Baru Cina. Pada tahun 2003, tokong ini menerima “Anugerah Pemandangan Luar Biasa” daripada Lembaga Pembangunan Pelancongan Selangor.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 9.00 A.M -6.00 P.M
- Alamat – Fo Guang Shan Dong Zen Temple, PT2297, Jalan Sg. Buaya, 42600 Jenjarom, Kuala Langat, Selangor
Sila menjaga tingkah laku kerana tokong merupakan tempat ibadat pengikut Buddha.Tip dari Bagasi.my
36. Taman Rimba Komuniti Kota Damansara

Taman Rimba Komuniti Kota Damansara telah diwartakan pada tahun 2010 untuk tujuan rekreasi, pendidikan dan penyelidikan. Ianya diuruskan Persatuan Komuniti Kota Damansara. Taman ini lengkap dengan fasiliti asas untuk kegunaan pelawat. Terdapat 6 laluan untuk pengunjung berjalan kaki atau berbasikal disediakan. Taman ini juga mempunyai sebuah tasik dan sebuah kebun.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – 7.00 A.M – 7.00 P.M
- Alamat – Jalan Merbah 10/1, Seksyen 10 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Jika anda tinggal di sekitar Kota Damansara dan berminat dengan kerja-kerja sukarela, anda boleh mendaftar menjadi ahli persatuan komunitiTip dari Bagasi.my
37. Laman Seni 7

Laman Seni adalah sebuah projek yang dianjurkan oleh Majils Bandaraya Shah Alam. Lorong belakang kebiasaannya sering dipandang negatif. Projek ini bertujuan mentakrif semula fungsi lorong belakang. Dengan menyuntik elemen seni halus dan seni bina, lorong belakang ini menjadi platform untuk orang ramai menunjukkan hasil kreativiti mereka.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – 24 Jam
- Alamat – Di Sekeliling Bandar Georgetown
Kalau anda mahu menggunakan KTM, turun di stesyen Padang Jawa. Tempat ini hanya 2 minit berjalan kaki dari stesyen tersebut.Tip dari Bagasi.my
38. MinNature Malaysia

MinNature adalah pameran kereta api model yang dihasilkan dengan teknologi percetakan 3D. Ianya merupakan yang pertama dibuka di Malaysia. Terdapat trek keretapi berukuran lebih daripada 2,500 kaki panjang melalui model kawasan berkeluasan 7,744 kaki persegi. Terdapat juga model depot kereta api, lapangan terbang dan Menara Berkembar Petronas dipamerkan.
- Bayaran Masuk – (Pelancong Asing) Dewasa : RM 38.00 | Kanak-Kanak & Warga Emas : RM 25.00 | (Warganegara) Dewasa : RM28.00 | Kanak-Kanak & Warga Emas : RM15.00 | OKU & Bayi : Percuma
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 10:00 A.M – 7:00 P.M
- Alamat – Level 4, The Summit USJ Mall, Usj 1, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Tempat ini mempunyai bengkel untuk pelawat belajar membuat model mini seperti rumah, bangunan, kenderaan dan banyak lagi.Tip dari Bagasi.my
39. Muzium Sultan Alam Shah

Muzium Sultan Alam Shah merupakan Muzium Negeri Selangor. Ia terletak di sebuah bangunan moden bereka bentuk Minangkabau. Muzium ini mempamerkan pelbagai topik seperti geografi, sejarah, budaya dan sejarah negeri Selangor. Terdapat koleksi keris,tekstil, alat muzik dan sebuah galeri tentang agama islam mempamerkan model masjid paling terkenal di Selangor.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – Selasa – Khamis, Sabtu & Ahad: 9:30 A.M – 5:30 P.M | Jumaat : 9.30 A.M – 12:15 P.M & 2:45 P.M – 5.30 P.M | Isnin & Cuti Am: Tutup
- Alamat – Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Jangan terkejut, muzium ini ada menawarkan pakej perkahwinan. Pada sesiapa yang mahi merasa bersanding di Muzium, bolehlah menempah pakej yang ditawarkan.Tip dari Bagasi.my
40. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz merupakan hasil buah fikiran Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Lokasi asal galeri tersebut terletak di Jalan Kota Raja, Ianya dipindahkan ke Bangunan Sultan Suleiman setelah D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menaiki tahta. Baginda merasmikan Galeri Diraja yang baru pada 1 November 2007.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – Selasa – Ahad : 10.00 A.M – 5.00 P.M | Isnin & Cuti Umum : Tutup
- Alamat -Bangunan Sultan Suleiman, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Galeri ini ada kedai cenderamata yang menjual cenderamata yang menarik.Tip dari Bagasi.my
Berakhir sudah senarai 40 tempat-tempat menarik di Selangor. Jika yang disenaraikan masih tidak cukup untuk anda buat pilihan, anda boleh terus melawat Destinasi di Malaysia atau laman web rasmi Tourism Selangor untuk mendapat lebih lagi maklumat tentang tempat-tempat menarik di sekitar negeri Selangor.
Selamat bercuti.
Kembali ke Bagasi.my